Ahad, 3 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Zaidi Dakwa PAS Sudah Jadi Parti Assabiyah Melayu

Posted: 03 Jul 2016 02:00 AM PDT

PAS BUKAN LAGI PARTI ISLAM TAPI SUDAH JADI PARTI ASOBIYAH MELAYU

Ini berdasarkan Dalil Al Quran surah Hud Ayat 113 dimana Allah SWT berfirman (bermaksud); "Dan jangan sekali2 kamu cenderung hati kepada orang2 yg zalim itu kelak kamu disambar api neraka".

PAS dibawah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (ATGNA) melawan Umno BN habis habisan sebab itulah Umno BN mengenakan berbagai tekanan kepada ATGNA dan Kelantan. Tapi hasil kebijaksanaan memerintah dan polisi jimat cermat Kelantan dapat bertahan.


ATGNA juga "istiqomah" dengan gabungan pembangkang malah TIDAK PERNAH mengatakan Dap sebagai musuh Islam malah mengekalkan hubungan baik dengan Karpal Singh, antara yg paling kuat menentang hudud. Sebab itulah PAS digeruni di zaman beliau dan berjaya dengan pencapaian terbaik pada PRU12 dan PRU13. Namun lihatlah kerosakan yg berlaku kepada PAS apabila harun din mengambil alih sebagai Mursyidul Am (AM).

Miskin sangatkah beliau sehingga beliau sanggup terima jawatan dibawah agensi UMNO? Lihat kenyataan beliau dibawah yg MEMBELA najib dan menyerang musuh2 najib (sudah tentu kena bela sebab sudah kenyang makan DEDAK UMNO).


Bukan beliau seorang saja malah hj hadi, nik abduh dan beberapa pemimpin utama pas sudah bernada membela umno dan menyerang parti2 pembangkang lain.

Malah "Budaya politik matang dan sejahtera" kononnya yang cuba diwar2kan oleh hj hadi TIDAK BERTEPATAN DENGAN SYARAK iaitu ayat yg disebut diatas tadi.

Sebab itu saya katakan sekali lagi PAS bukan saja sudah hilang kelayakan sebagai sebuah parti Islam tetapi kini Pas adalah sebuah parti asobiyah yg wajib dijauhi dan ditentang kerana BERSEKONGKOL dengan umno bn yang zalim. Jom sama2 perkuatkan Pakatan Harapan bagi menumbangkan Umno BN dan konco2nya yang zalim.

ALLAH MAHA BESAR

Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM)
Ahli DAP

ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang. Yang jelas dan nyata kini PAS berjalan dengan iringan jarum jam ke belakang.

PAS kini menghentam dan mengutuk kaum Cina khususnya DAP habis-habisan. Di dalam banyak ketika, PAS senada dan seirama dengan UMNO iaitu "memperjuangkan Melayu".

Jom kita tonton dan dengar pesanan dan kata-kata Allahyarham TG Nik Aziz.


Najib Pelakon Terhebat, Dan Dia Juga Punca Segala Musibah...

Posted: 02 Jul 2016 11:49 PM PDT

NAJIB - PELAKON PALING MANTAP DI MALAYSIA, KALAH ROSYAM NOR & AARON AZIZ DEK KEHEBATANNYA!!

Najib Razak sebenarnya bukan tidak sedar rakyat semakin menceceh mengenai dirinya dan tidak kurang yang terus menolaknya secara terang-terangan berikutan pelbagai isu yang melingkari dirinya yang dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Sebab itu akhir-akhir ini beliau dilihat semakin kerap cuba menonjolkan dirinya seolah-olah seorang pemimpin yang zuhud, baik hati, merendah diri, tidak berbeza dengan rakyat biasa serta tidak kekok menyantuni golongan miskin yang tidak berharta.

Di Facebook dan Twitter miliknya, gambar-gambar "lakonannya" itu boleh disaksikan dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tidak lain yang diharapkan Najib, melainkan agar penonjolan berbagai watak baik yang "dilakonkan" itu dapat membuatkan rakyat terlupa tentang skandal 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi, duit SRC International yang dibelanjakannya, kemewahan tanpa had, pembaziran merata-rata, penggunaan jet oleh isteri, pembelian hartanah mewah oleh anak tiri, pemecatan Peguam Negara, institusi awam yang penting dinodai dan seribu satu macam lainnya lagi.

Makin didedahkan onar dan kecurangannya, kita juga melihat semakin mantap "lakonan" sang Perdana Menteri ini. Boleh kalah Rosyam Nor atau Aaron Aziz dek kehebatannya!!

Tidak cukup dengan "lakonan" membelikan pakaian raya untuk golongan miskin yang tahun-tahun sebelumnya hanya merupakan aturcara biasa untuk Wanita dan Puteri UMNO atau mengucapkan selamat jalan untuk wargakota yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, malah ketika membayar zakat fitrah pun dijadikan "suatu persembahan" juga oleh Najib.

Mari kita tonton satu demi satu watak "lakonan" Najib, di sebalik pelbagai onar dan seluruh dunia juga memperkatakan mengenai rasuah, penyonglapan dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.


Cuma satu, jika rakyat masih juga terpedaya dengan "lakonan demi lakonan" Najib ini dan tiada keberanian melakukan perubahan, maka makin rosaklah masa depan negara dan anak cucu kita. -shahbudindotcom.


Tiada ulasan: