Khamis, 28 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Tidak Syak Lagi MO1 Memang Najib - TDM

Posted: 28 Jul 2016 01:33 AM PDT

Sekarang rahsia telah terbongkar Oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengambil tindakan untuk merampas aset individu-individu yang dinamakan yang disyaki mencuri wang hak milik 1MDB dan Kerajaan Malaysia.

Secara keseluruhannya 17 aset telah disenaraikan. Ini termasuk harta, pelaburan, pesawat udara, kapal layar, syarikat-syarikat, lukisan dan filem-filem. Jumlahnya bernilai USD1 bilion. Dokumen sepanjang 136 halaman itu menunjukkan secara terperinci cara wang itu disalurkan melalui pelaburan penipuan dalam syarikat-syarikat palsu, melalui pelbagai bank dan individu-individu serta berakhir dalam akaun MALAYSIAN OFFICIAL 1.


Siapakah Malaysian Official 1 yang disebut 36 kali dalam laporan ini. Beliau digambarkan sebagai "seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB. Sepanjang keseluruhan masa berkaitan dengan aduan itu, Malaysian Official 1 adalah "pegawai awam" sebagai istilah yang digunakan dalam 18 USC – 1956 (c) (7) (B) (iv) dan "penjawat awam" sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia."

Dalam para 39 laporan tersebut "Malaysian Official 1 memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB. Malaysian Official 1 mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan kepada, dan penarikan balik daripada, Lembaga Pengarah 1MDB dan Kumpulan Pengurusan Kanan 1MDB. Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB, termasuk pelaburan yang mungkin memberi kesan kepada jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia, memerlukan kelulusan Malaysian Official 1."

Para 102 laporan menyatakan bahawa Malaysian Official 1 adalah benefisiari muktamad AmPrivate Banking – Akaun MR adalah akaun sama yang kemudiannya menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira USD681 juta pada Mac 2013. Seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 263 di bawah, Peguam Negara Malaysia telah secara terbuka menyatakan bahawa akaun yang menerima bayaran $681 milion itu dipunyai oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Tidak mungkin akaun dan jumlah USD681 juta dimiliki oleh dua orang yang berbeza.

Para 28 menyatakan "Malaysian Official 1″ adalah seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB."

Para 29 "Riza Shahriz bin Abdul Aziz ("Aziz"), seorang warganegara Malaysia, adalah saudara kepada Malaysian Official 1 dan seorang kawan LOW. Beliau adalah pengasas bersama Red Granite Pictures, iaitu studio pengeluaran dan pengedaran filem Hollywood, pada tahun 2010."

Dalam Para 39 Malaysian Official 1 mengambil alih kedudukan berkuasa dengan 1MDB dan lain-lain.

Saya tidak tahu mengapa pegawai-pegawai Amerika yang menulis laporan segan memberi nama sebenar Malaysian Official 1 pada hal dengan rela hati menyebut nama-nama pesalah lain, iaitu Riza Aziz, Jho Low dan Khadim Abdullah. Jika ini adalah kerana bukan peringkatnya untuk membuat tuduhan jenayah, maka mana-mana nama pun tidak patut disebut.

Sekarang Najib dan penyokong-penyokong bodoh beliau mengatakan bahawa Najib tidak terlibat oleh sebab namanya tidak disebut. Najib sendiri berkata, "Biarkan proses undang-undang berjalan bagi mereka yang nama mereka disebut oleh US DOJ." Jelas sekali bahawa beliau menganggap proses undang-undang itu tidak mengandungi siasatan berhubung peranannya sendiri di dalam mencuri wang milik 1MDB.

Namun rujukan kepada Malaysian Official 1 bertepatan dengan apa yang diketahui dan yang diakui oleh Najib sebagai mempunyai kaitan dengan beliau. Ini termasuk rujukan kepada USD681 juta dalam akaun Malaysian Official 1, rujukan kepada kuasa Malaysian Official 1 atas Kerajaan dan 1MDB yang bertepatan dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Dan begitulah seterusnya dengan 30 penerangan lain mengenai hal kuasa dan peranan Malaysian Official 1 serentak dengan peranan Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan Malaysia dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Walaupun terdapat penerangan terperinci dalam laporan DOJ bagaimana wang 1MDB telah dipindahkan melalui pelbagai syarikat, termasuk Good Star, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low dan bank-bank di beberapa negara dan akhirnya menjelma dalam akaun Malaysian Official 1 di Ambank, Peguam Negara menegaskan bahawa tidak ada bukti bahawa wang daripada 1MDB telah disalah gunakan.

Di bawah 11 pada Para 14 laporan DOJ "Fasa The Good Star: Lebih daripada $1 bilion disalah gunakan daripada 1MDB."

Para 40, cara bagaimana $1 bilion wang 1MDB telah dilaburkan dalam Petro Saudi diperincikan.

Para 41 menjelaskan bahawa Jho Low dan rakan-rakannya menyebabkan $700 juta daripada $1 bilion bertujuan untuk dilaburkan dalam Petro Saudi, dihantar ke satu akaun di RBS Coutts Bank di Zurich yang dipegang atas nama Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low.

Para 42 menyatakan bahawa "di antara bulan Mei dan Oktober 2011", kira-kira $330 juta dana tambahan telah dihantar atas arahan pegawai 1MDB ke akaun Good Star yang kononnya mempunyai kaitan dengan suatu perjanjian pembiayaan antara 1MDB dan 1MDB-Petro Saudi JV.

Mungkin Peguam Negara Malaysia dapat menjelaskan mengapa pelaburan 1MDB sebanyak $1 bilion harus pergi ke dalam akaun Good Star dalam RBS Coutts Bank di Zurich. Atau adakah beliau akan menafikan bahawa ini berlaku? Dalam kes ini beliau patut menunjukkan bukti bahawa ianya tidak berlaku. Semata-mata dengan berkata ianya tidak benar tidak mencukupi. Kata-kata Peguam Negara tidak mempunyai sebarang kredibiliti sama sekali. Dakwaan bahawa tidak ada bukti salah laku Najib dalam semua laporan-laporan yang dikemukakan kepadanya adalah seandai mempercayai air mata tangisan buaya. Dakwaan Peguam Negara bahawa Najib telah mengembalikan RM2.3 bilion daripada RM2.6 bilion yang diberikan oleh seorang Raja Arab Saudi yang telah meninggal dunia mempunyai kredibiliti yang sama. Tiada dokumen pemindahan dan tiada resit telah dipamerkan.

Mencuri wang adalah satu jenayah. Semata-mata merampas wang yang dicuri tidak membatalkan jenayah itu. Satu-satunya urutan logik untuk menyita wang yang dicuri adalah membuat pertuduhan jenayah terhadap pencuri. Bagaimanakah DOJ dari Amerika Syarikat akan mengenakan tuduhan terhadap Malaysia Official 1 tanpa menyebut namanya?

Rakyat Malaysia mahu menebus semula nama baik mereka. Mereka tidak mahu dipimpin oleh seorang pemimpin yang disyaki kleptokrasi mencuri berbilion-bilion wang Kerajaan. Mereka sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana Malaysian Official 1 mengawal Peguam Negara dan polis – agensi-agensi penguatkuasaan. Mereka tidak boleh menyingkirkannya melalui undi tidak percaya kerana beliau mengawal majoriti Ahli-ahli Parlimen melalui langkah-langkah yang haram.

Suka atau tidak, mereka terpaksa bergantung kepada tindakan oleh negara-negara asing. Jika Amerika Syarikat benar-benar percaya dengan membasmi rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan negara mereka, mereka sepatutnya tidak segan untuk menyebut nama dan membiarkan proses undang- undang berlaku.

Apabila pencuri adalah pengawas polis dan agensi pendakwa, hanya campur tangan asing sahaja yang boleh membawa keadilan.

Tangislah negara ku yang tersayang.






FEATURED ADS


PKR Buat Hal Lagi Keruhkan Hubungan Dalam PH

Posted: 27 Jul 2016 10:10 PM PDT

'Jangan berbogel, kemudian adu ditinggal telanjang'

Dalam sindiran pedas kepada kenyataan Ketua DAP Selangor, Tony Pua sebentar tadi, Latheefa Koya berkata, PKR tidak boleh terus bersetuju dengan segala permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Mengenai kebocoran maklumat kepada media berkenaan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, anggota jawatankuasa pusat PKR turut mempersoalkan individu pertama yang mengumumkan perkara tersebut.

"Atau sekejap... siapa yang secara bersendirian umumkan terkuburnya Pakatan Rakyat?


"Atau sekejap... siapa yang umumkan pembentukan Pakatan Harapan - kepada semua media sebelum keputusan muktamad?

"Jangan lucutkan semua terlebih dahulu dan kemudian mengadu ditinggalkan telanjang," katanya dalam catatan Facebooknya.

Terdahulu, Pua melahirkan rasa kesal dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan.

"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami," katanya dalam laman Facebook petang ini.

Sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara merujuk kepada pendirian PKR mengenai cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pua sendiri, bagaimanapun, menolak untuk menyatakan beliau merujuk kepada PKR dan pendirian parti itu berhubung rancangan mengadakan pilihan raya mengejut.

DAP pada tahun 2014, berdiri teguh dan menyokong PKR semasa krisis menteri besar di Selangor.

Mengulas lanjut, Latheefa yang mengetuai biro undang-undang PKR juga menegaskan, sebab untuk mengadakan pilihan raya mengejut juga sering berubah.

"Pertama, ia bertujuan mendapatkan kembali apa dipanggil mandat rakyat yang peliknya kamu berkeras masih belum kehilangannya.

"Kemudian kata ia bukan mengenai pendakwaan ke atas pemimpin kamu (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng).

"Dan sekarang kamu kata, ia sebagai referendum terhadap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) berdasarkan pendedahan terkini DOJ (Jabatan Kehakiman) Amerika Syarikat.

"Mungkin, kamu perlu membuat keputusan terlebih dahulu dan kemudiannya berunding dengan kami, yakinkan kami," katanya tanpa menyebut DAP mahupun Pua.

Pilihan raya mengejut tersebut didedahkan buat kali pertama oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berikutan tuduhan rasuah berkembar terhadap bosnya.


Pua kesal rakan-rakan tinggalkan dalam telanjang

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua kecewa dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan.

"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami," katanya dalam laman Facebook petang ini.

Sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara merujuk kepada pendirian PKR mengenai cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

DAP pada tahun 2014, berdiri teguh dan menyokong PKR semasa krisis menteri besar di Selangor.

Bagaimanapun, Pua memilih untuk tidak mengulas lanjut apabila dihubungi.

"Tiada komen," katanya menjawab mesej teks Malaysiakini ketika ditanya mengenai posting kaburnya itu.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu masih tidak yakin mengenai keperluan untuk mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR, yang menurutnya juga mengambil kira pandangan daripada masyarakat sivil.

DAP mempunyai 18 kerusi, manakala PKR 10 dan PAS 1 di Pulau Pinang.

Sesetengah pemerhati politik mendakwa PKR berdepan risiko kehilangan beberapa kerusi di kawasan majoriti Melayu jika pilihan raya negeri diadakan sekarang. -FMT

ULASAN GB

Perang terbuka PKR-DAP.

PKR sejak akhir-akhir ini nampaknya lebih cenderung untuk bersikap individualistik. Tidak sehaluan dengan pendirian dan pandangan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Harapan.

Situasi yang amat jelas berlaku sewaktu PRN Sarawak dulu. Bertindak sendirian dan melengah-lengahkan permuafakatan di kalangan rakan-rakan komponen sehingga akhirnya calon-calon PH terpaksa bertemu sesama sendiri.

Begitu juga dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Banyak masa dibuang melayani karenah PKR sehingga mesyuarat PH tergendala tiga kali sehinggalah di hari penghabisan baru mereka putuskan akur dengan keputusan pimpinan komponen PH yang lain.

Kini sekali lagi, PKR buat hal.

PKR terlupa bahawa semasa Langkah Kajang dahulu, DAP bertungkus-lumus memberikan sokongannya tanpa berbelah-bagi kepada PKR. Ia lansung tidak diingati dan dihargai.

PKR sebenarnya tidak yakin dengan rakan komponen PH. Ia lebih yakin dengan PAS.

Jika demikian, lebih elok PKR membuat keputusan muktamad, tinggalkan PH dan sertai Blok Ketiga.

Kemudian sebagai strategi menghadapi PRU14, PKR bersama blok ketiga boleh ada perbincangan dengan PH.

Masa kian suntuk untuk melayan karenah PKR ini yang menyebabkan rakyat jadi bosan dan keliru yang kelak PH berantakan.






FEATURED ADS


Tiada ulasan: