Sabtu, 2 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Berserban Tapi Telanjang & Eh, Bukan Serban Pun...

Posted: 02 Jul 2016 01:46 AM PDT

Malam td tok bermimpi bertemu dgn insan ini. Dia mnyendiri keseorangan tidak tentu tujuan dan arah.

Bila tok terjaga dari mimpi, puas tok memikirkan apakah mksud mimpi tok itu. Sewaktu tok ke masjid utk solat subuh, tok bertanyakan kpd tok imam yg terkenal dlm ilmu tafsir mimpi. " Apakah maksud mimpi Ana itu wahai pendita Imam?". Tanya tok.

Pendita Imam pun menadah kedua2 tangannya yg pernah dimasukkan ke dalam mulut buaya satu ketika dulu, sambil memejamkan matanya yg kuyu bagaikan beruk jinak itu seraya berkata, "Itu adalah perumpamaan org yg hanya mmperjuangkan hudud dan meninggalkan kewajipan yg lain, sama seperti manusia yg berserban tapi telanjang". Jawab pendita imam.



"Tapi...itu bukan serban wahai tuan pendita imam'. Sahut tok lagi.

"Na'am. Memang bukan serban. Tapi orang itu merasakan itulah serban, ia membawa maksud dan perumpamaan org yg merasakan Akta 355 itu adalah hudud, sedangkan ia bukan hudud samasekali'. Jawab pendita imam.

Barulah tok merasa lega bila dpt jawapan tentang tafsiran mimpi tok itu.

ULASAN GB

Terbaik dari KTUUGC. Pemenang pertama Sayembara Raja Lawak Edisi Siber.



Pelawak Singapura Pun Kata Perdana Menteri Malaysia Pencuri....

Posted: 01 Jul 2016 06:55 PM PDT

Pelawak S'pura gelakkan PM di Malaysia

Perkembangan politik Malaysia turut menjadi bahan jenaka di Singapura.

Kali ini pelawak negara itu Fakkah Fuzz menggunakan isu semasa yang hangat diperkatakan di negara ini untuk menghiburkan penontonnya.

Satu klip video memaparkan aksi Fuzz kini tersebar luas di media sosial.


Melalui jenaka itu Fuzz bercerita tentang 'perbezaan' penggunaan bahasa orang Melayu Malaysia dan Singapura.

"Sebagai contoh, jika Melayu Malaysia mahu mengajak ke sesuatu tempat, mereka berkata: Jom.

"Tapi kalau Melayu Singapura mereka akan berkata: Jom! Jom! Jom!" katanya.

Fuzz kemudian meneruskan jenakanya lagi: "Apabila kita ada thief, di Singapura kita panggil pencuri. Di Malaysia mereka panggil perdana menteri. Jadi ia memang sangat berbeza."

Kenyataan itu disambut dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh daripada penonton.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan di mana persembahan Fuzz itu diadakan.

Singapura antara negara yang menyiasat isu berkaitan syarikat negara yang sarat hutang 1MDB.

Ia secara langsung dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun pada Februari lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah.

Dana syarikat itu didakwa turut disimpan di salah sebuah bank di negara berkenaan.

Menurut keterangan pada Facebook, Fakkah Fuzz pernah membuat persembahan di beberapa negara termasuk Hong Kong, Kemboja dan Malaysia. -mk



ULASAN GB

Sehina dan sedasyat itu nama Malaysia di luarnegara sehingga "perdana menteri" diterjemahkan sebagai "thief".

Meskipun ia hanya dituturkan secara sinis oleh seorang pelawak di negara jiran namun itulah realitinya. Bahawa, skandal Najib dengan 1MDBnya sudah cukup membusukkan nama negara.

Dan segala cara digunakan oleh Najib untuk menutup skandal itu, namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan.

Pecuri tetap pencuri....



Tiada ulasan: