Isnin, 18 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hasrat YB PAS Selangor Terkubur, Kenyataan Hadi Legakan UMNO

Posted: 18 Jul 2016 02:27 AM PDT

KENYATAAN ADUN & MP PAS SELANGOR

SOKONGAN TERBUKA ADUN DAN AHLI PARLIMEN PAS SELANGOR KEPADA KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN DAN NAIB PRESIDEN PAS UNTUK SERTAI PAKATAN HARAPAN

Setelah meneliti dan membincangkan dengan mendalam, kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PAS di Selangor dengan ini menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pandangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, YB Dato Iskandar Abd Samad agar PAS Selangor bersama Pakatan Harapan.


Selanjutnya ADUN dan Ahli Parlimen Pas di Selangor juga berpendirian seperti berikut :-

1. Parti parti politik Pro "Blok Pembangkang" berhenti menyerang diantara satu sama lain dan menghalakan serangan terhadap UMNO dan BN Selangor;

2. Mencari pendekatan atas nama "Pakatan Pembangkang" untuk mempertahankan kemenangan di Negeri Selangor dengan bergabung bersama Pakatan Rakyat kini Pakatan Harapan yang telah dicapai semenjak 2008;

3. Menumpukan kepada pembelaan kebajikan rakyat dan pembangunan di Selangor;

4. Penyertaan PAS Selangor dalam Pakatan Harapan adalah pendekatan terbaik untuk "1 lawan 1" menentang BN dalam pilihanraya umum ke 14 nanti;

5. Mencari titik persamaan yang terbaik berdasarkan demografi di Selangor dengan syarat menghormati prinsip yang dibawa oleh setiap parti yang berbeza.

Maka ADUN & MP Pas Selangor akan menyerahkan suatu surat kepada pimpinan pusat untuk PAS Selangor sertai Pakatan Harapan yang di sokong dan di tandatangani oleh kesemua ADUN dan MP Pas di Selangor.

Jumaat, 15hb Julai 2016

t.t
YB DATO' DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
N.51 - SIJANGKANG

t.t
YB MOHD SHAFIE BIN NGAH
N.26 - BANGI

t.t
YB MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
N.38 - PAYA JARAS

t.t
YB ZAIDY BIN ABDUL TALIB
N.15 - TAMAN TEMPLER

t.t
YB Ir. MOHD.HASLIN BIN HASSAN
N.54 - TANJONG SEPAT

t.t
YB DR ABD RANI BIN OSMAN
N.42 - MERU

t.t
YB KHASIM BIN ABDUL AZIZ
N.20 - LEMBAH JAYA

t.t
YB DR HALIMAH ALI
N.45 - SELAT KLANG

t t
YB UST HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
N.17 - GOMBAK SETIA

t.t
YB NOOR HANIM BINTI ISMAIL
N.29 - SERI SERDANG

t.t
YB RAZALY BIN HASSAN
N.23 - DUSUN TUA

t.t
YB UST SALLEHEN BIN MUKHYI
N.02 - SABAK

t.t
YB DR CHE ROSLI CHE MAT
P.101 - HULU LANGAT

ULASAN GB

ADUN-ADUN dan MP-MP PAS di Selangor sedia maklum bahawa parti mereka akan tewas teruk jika terus bertanding sebagai blok ketiga jika tidak berbincang dengan Pakatan Harapan di dalam PRU14 nanti.

Justeru mereka bersetuju dengan saranan "gencatan senjata PAS-PH" yang dibuat oleh Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Seperti selalunya, saranan TITM itu tidak mendapat respons yang positif dari Presiden PAS. Haji Hadi menyatakan bahawa PAS tidak akan sertai bahtera yang kelm-kabut.

ADUN dan MP PAS Selangor mempelajari trend pengundian di PRK Sungai Besar dimana kekalahan calon PAS, Dr.Rani Osman di tangan BN dan memperolehi undi yang lebih rendah dari calon AMANAH membuka mata mereka.

Jika calon sehebat Dr.Rani yang menang dengan majoriti 25.6% di DUN Meru pun boleh tewas di era kewujudan Pakatan Harapan, apakah nasib ADUN-ADUN dan MP-MP yang memenangi majoriti yang lebih kecil dari itu?

Di PRK Sungai Besar yang lalu, Dr Abdul Rani Osman hanya mendapat 6,902 undi berbanding calon yang baharu dari AMANAH yang memperolehi 7,609 undi.

Perlu diingat, di dalam PRU13, tidak ada calon PAS yang mendapat majoriti lebih dari ADUN Meru kecuali di Cempaka yang memperolehi 25.9% (iaitu lebih hanya 0,2% dari DUN Meru)

Kemenangan mereka sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengundi bukan Melayu yang dahulunya bersama dengan Pakatan Rakyat.

Kini sokongan bukan-Melayu terhadap PAS menjunam jatuh ditambah pula kini dengan sokongan Melayu yang turut merudum kerana beralih kepada parti AMANAH yang merupakan komponen PH.

Justeru itu, PAS Selangor bakal lenyap dari DUN Selangor jika mereka tidak bersama atau setidak-tidaknya bekerjasama dengan PH

UMNO awal-awal tidak suka dengan saranan TITM itu dan mengharapkan agar Haji Hadi tidak menerimanya kerana usaha mereka untuk memecah-belahkan pembangkan tidak berjaya.

Benar, ia jadi kenyataan. Haji Hadi seperti solah-olah mengikut telunjuk UMNO dengan "tidak menyatakan secara tegas" menyokong saranan timbalannya. Jawapan Haji Hadi itu telah melegakan UMNO.

,

Tiada ulasan: