Selasa, 12 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Nak Tunggu Negara Bankrap Baru Nak Tentang UMNO BN?

Posted: 12 Jul 2016 01:40 AM PDT

1MDB: Jangan jadi pemimpin bodoh, kata Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan pemimpin politik tidak menampakkan kebodohan diri sendiri apabila mempersoal pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).


"Pemimpin politik dan orang awam jangan jadi bangang. Sarawak report keluar kerana laporan audit 1MDB tidak diberi kepada awam malah diletak bawah OSA," katanya kepada Malaysia Dateline.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau melahirkan kehairanan dengan sikap sesetengah pemimpin politik pembangkang yang membidas pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Sedangkan kata beliau, pendedahan portal itu telah membuka mata banyak pihak terhadap maklumat baru skandal 1MDB yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai.

Semalam, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim meminta rakyat tidak terpedaya dengan laporan Sarawak Report berhubung 1MDB kerana disifatkannya sebagai "menyimpang jauh daripada kebenaran".

Menyokong pendirian kerajaan, Pemimpin Pas itu senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak agar laporan lengkap 1MDB dirujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sebagai penyelesaian, beliau pada masa sama turut mendesak laporan ketua audit negara mengenai 1MDB yang tulen didedahkan segera.

Sarawak Report sejak beberapa hari lalu telah 'membocorkan' maklumat yang didakwa diperoleh daripada dokumen laporan audit mengenai 1MDB.

ULASAN GB

Kenyataan-kenyataan dari pemimpin PAS semacam ingin memberikan ruang kiepada Najib untuk terus berkuasa.

Sebelum kenyataan dari TITM yang menuduh Sarawak Report memperdaya rakyat dan Nik Abduh yang menyatakan kemungkinan 1MDB sebagai konspirasi politik peringkat dunia, Mursyidul Am PAS pernah menyatakan bahawa sukar untuk percaya tuduhan terhadap Najib menerima derma di akaunnya. Malah beliau menganggap Najib sebagai pemimpin berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan. Presiden PAS pula berharap Najib diberikan peluang sebagai PM sehingga habis tempoh.


Demikian pemikiran pemimpin PAS yang ada kini. Kononnya kena tunggu pilihanraya baru boleh turunkan Najib. Sebab hipotesis mereka turunkan Najib tidak ada makna selagi UMNO berkuasa... kata mereka.

Agaknya PAS nak tunggu negara dibankrapkan dahulu oleh rejim Najib sebelum berjuang menentangnya.

Ia seperti menangguhkan penentangan terhadap kemungkaran yang berlaku dan PAS memberikan sahamnya kepada mempertahankan kemungkaran besar itu.

Maka tidaklah hairanlah mengapa bekas PM, Tun Dr Mahathir menyifatkan pemimpin PAS sudah termakan dedak.


Apakah PAS Sedia Terima Nasihat Atau Hanya Nak Jadi Penasihat?

Posted: 11 Jul 2016 08:10 PM PDT

Lima nasihat kepada Pas kalau nak menang

SHAH ALAM – Kekalahan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukanlah perkara luar biasa. Sebagai salah satu parti politik yang ikut bertanding dalam arena PRK tanah air, sudah menjadi adat bagi parti yang bertanding untuk menang atau kalah.

Bagaimanapun kekalahan Pas dalam kedua-dua PRK tidak boleh di pandang enteng oleh pimpinan parti itu.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis menggariskan lima perkara yang perlu dilakukan Pas sebelum bermulanya musim Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Pilih pihak yang tegar bersama Pas

Menurut Muhammad Shamsinor, Pas perlu memilih blok parti lain sebagai rakan dalam menghadapi PRU kerana permuafakatan politik adalah teras utama untuk menang dalam pilihan raya di negara ini.

"Jika mahu bergabung atau pilih mana-mana pihak, Pas perlu pilih sama ada mahu bergabung dengan Pakatan Harapan atau BN.

"Jika Pas hanya mahu bentuk kerjasama, kerjasama sama ada dengan pembangkang atau BN perlulah dibentuk daripada sekarang bagi membina penyelarasan dan persefahaman," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Kompromi

Katanya lagi, sekiranya Pas sudah memilih 'bulu' (rakan) bagi perjuangannya, parti Islam itu juga perlu berkompromi dengan rakan seangkatannya.

"Berjuang secara sendirian memang nampak heroic, tetapi Pas kena tahu yang membina barisan atau pakatan dalam berjuang lebih sesuai dengan lanskap politik negara.

"Jika Pas sudah pilih rakan, Pas perlu bertolak ansur dengan kekuatan dan kelemahan rakan yang dipilih tanpa mengabaikan aspirasi penubuhan parti sendiri," katanya lagi.

Belajar main isu semasa

Tambahnya, Pas juga perlu mendukung isu dan kemahuan yang bermain di fikiran rakyat. Dengan kekuatan rakan parti lain, Pas boleh menyusun strategi untuk bermain isu yang sesuai dengan keadaan semasa.

"Pas perlu bersama dengan parti lain untuk membawakan isu yang melekat di hati pengundi dalam barisan yang dipilih. Dengan cara itu, Pas mempunyai kelebihan untuk membentuk serangan secara kolektif dalam pihak yang dipilih," ujarnya.

Berani teruskan agenda

Selain itu, menurut Muhammad Shamsinor lagi, Pas juga perlu berani meneruskan agenda memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan negara.

"Ia dilihat lebih berprinsip tetapi berhikmah, sekali gus mendapat sokongan pengundi Muslim serta kepercayaan pengundi bukan Islam," katanya lagi.

Kaji dan kaji lagi.

Akhir sekali, Pas juga dikatakan perlu melaksanakan kajian demi kajian berkaitan pengundi dan PRU14. Kajian tersebut perlu dilakukan secara berkala bagi mengenal pasti peluang dan strategi sesuai untuk Pas melancarkan serangan pada waktu yang sesuai.

"Melaksanakan kajian secara akademik dan berkala dalam mendapatkan jawapan tahap dominan atau kepentingan sesuatu isu, strategi kempen yang menambat hati dan calon yang diterima pengundi. Ia perlu dilakukan jika Pas mahu memahami secara jelas lanskap politik negara yang dinamik," tegasnya. _SH

ULASAN GB

5 nasihat di atas memang bagus untuk PAS. Namun, soalnya apakah PAS sedia menerima nasihat dan teguran?

PAS dikenali sudah sebagai parti yang recalcitrant (keras kepala). Mereka ingin menjadi Penasihat tetapi tidak akan mahu mendengar nasihat.

Buktinya banyak. Salah satunya:


Akibat daripada sikap sedemikian maka kita dapat melihat PAS menuai kegagalan dan kemusnahan. PAS tenggelam akibat keegoan dan keangkuhannya sendiri.


Pun begitu masih enggan untuk menerima kebenaran. Masih angkuh seperti biasa dan masih mendabik dada menyatakan mereka pembangkang terkuat walhal umum mengetahui PAS kini sadang sakit tenat.


Terkuat apanya jika yang menang itu BN? PAS melihat dari sudut parti pembangkang sebagai "individu", bukan sebagai satu keseluruhan seperti Pakatan Harapan. Sampai bila nak mendabik dada jadi pembangkang terkuat tetapi kalah dalam pilihanraya?

PAS sanggup menggunakan kaedah haiwaniah Machievilisme "the end justifies it means" dengan menyamakan kedudukan partinya sebagai agama. Tidak taat kepada parti dianggap "menjejaskan akidah". Itu level pemikiran mereka. Dasyat sekali.


Di dalam satu ulasan GB sebelum ini GB telah menyatakan bahawa: perjuangan Islam sepatutnya lebih kepada "substance" (isi dan pengertian) bukan kepada "forms" (rupa dan bentuk) semata-mata.... Tetapi hakikat perjuangan PAS terbalik ... memperjuangkan forms bukan substance.

Mengenepikan soal professionalism, good governance, ketelusan, kepimpinan berintegriti, pembasmian taklid dan mempertingkatkan ilmu, tetapi sebaliknya memperjuangkan kejumudan, mempertahankan kelemahan di atas nama agama dan wala. Hudud yang disakit-sakitkan walaupun dah dinasihatkan oleh ketua Ulama Sedunia, teggakkan kkehidupan Islam dahulu bukan hudud.


Ibarat kuih koci yang berbalut daun pisang. Yang diperjuangkan dan yang dipertekakkan bukan kuihnya tetapi pembalutnya iaitu daun pisang.

Hukum kebenaran dan keadilan telah berjalan berkali-kali PAS membutakan mata dan menutupkan telinga. Enggan untuk menerima kebenaran itu. Kerajaan Terengganu tumbang hanya baru sepenggal dipegang, begitu juga Kedah dan jangkaan bahawa Kerajaan Kelantan yang telah dibina oleh Almarhum TG Nik Aziz selama lebih 20 tahun pun nampaknya bakal tumbang setelah ketiadaannya. Bunga-bunga PAS bakal tumbang di Kelantan sudah kelihatan. Malah alam sendiri sudah menyampaikan khabarnya melalui tragedi banjir besar di kelantan hampir dua tahun lepas. Pun masih degil dan enggan untuk akur dengan musibah yang menimpa itu.

Oh, itu ujian Allah.... kata mereka, sednagkan mereka enggan menerima hakikat disebalik ujian itulah kaffarah yang perlu menjadi bahan untuk muhasabah.

Dan pesanan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) menutup ulasan GB kali ini:

Tiada ulasan: