Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


HUSNI KATA HANYA DI MOF BELIAU DAPAT MEMBANTU DAN MENYATU-PADUKAN ORANGRAMAI...HEBAT KAN!!

Posted: 08 Jul 2016 06:26 AM PDT

shahbudindotcom



Sebagai huraian lanjut mengenai persaraannya yang agak mengejutkan baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah memberikan dua sebab mengapa beliau tidak setuju ditukarkan ke kementerian lain, sebaliknya memilih untuk bersara.

- pertama kerana di MOF beliau dapat membantu banyak pihak yang memerlukan bantuannya.

- kedua,  percaya di MOF beliau boleh menyatupadukan orangramai kerana percaya dengan kepelbagaian budayanya. 



Katanya, sebab itulah beliau ada memberitahu Perdana Menteri, Najib Razak bahawa beliau akan memilih untuk bersara jika ditukarkan ke kementerian lain.

Hebat kan dua alasan yang diberikan Husni untuk menolak ditukarkan daripada MOF, sebaliknya lebih rela untuk bersara. 

Dalam erti kata lain, ia bermakna:-

- Husni hanya boleh membantu orangramai dengan jawatan Menteri Kewangan saja.

-  di kementerian lain, beliau tidak boleh sama sekali membantu orangramai.

- oleh kerana MOF terkenal sebagai kementerian yang banyak projek-projek pembangunan, apakah kerja membantu orangramai hanya dalam bentuk pertolongan perniagaan semata-mata?

- adakah menteri-menteri selain menteri kewangan tidak boleh membantu orangramai dengan portfolio yang mereka sandang?

- kalau bukan membantu orangramai, apa pula kerja menteri-menteri lain di negara ini?

- berkenaan peranan menyatupadukan orangramai melalui kepelbagaian budaya di MOF, apa rekod Husni yang boleh membuktikan hakikat itu berjaya dilaksanakan selama ini?

- siapa dan berapa ramai yang sudah disatupadukannya sejak menjadi Menteri Kewangan?

Kecuali jika bukti dalam bentuk angka dan fakta dapat dilampirkan untuk menyokong alasan-alasannya, ternampak bahawa lagi kerap Husni bercakap mengenai sebab-sebab untuk mewajarkan perletakan jawatannya, lagi terserlah siapa dirinya yang sebenar.

Benarkah menolong orangramai menjadi kesukaannya dan faktor menyatupadukan itu pula menjadi keutamaannya dalam menjalankan tugas?

Atau....??? 


Bocor audit 1MDB: Salleh mahu tindakan

Posted: 08 Jul 2016 06:22 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Laporan bahawa Sarawak Report mempunyai dokumen yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi patut disiasat oleh polis.


salleh-keruak_1mdb_sarawakreport_600


KUALA LUMPUR: Polis harus segera menyiasat bagaimana Sarawak Report, laman web yang berpangkalan di London, memperoleh sebahagian daripada kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata siasatan itu harus dilakukan dengan kadar segera bagi memastikan ketirisan dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak berleluasa, kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Beberapa dokumen kerajaan adalah ditakrifkan sebagai dokumen rahsia di mana ia diletak bawah OSA.
 Adanya akta seperti ini adalah untuk memastikan keselamatan negara.

"Laporan bahawa Sarawak Report mempunyai dokumen yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi patut disiasat oleh polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salleh berkata sekiranya dikenal pasti sumber ketirisan tersebut, individu yang terlibat dan organisasi yang bersekongkol boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Tanpa tindakan yang sewajarnya, integriti dan kedaulatan negara boleh tercabar, katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Sarawak Report telah menyiarkan sebahagian daripada kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.– Bernama

Kami dah tahu pasal akaun Rosmah - Pasukan Petugas Khas

Posted: 08 Jul 2016 06:18 AM PDT

Astro Awani
Kami dah tahu pasal akaun Rosmah - Pasukan Petugas Khas
Pasukan Petugas yang menyiasat isu 1MDB memaklumkan mereka sudah mengetahui tentang dakwaan RM2 juta dimasukkan ke akaun isteri PM.
 
 
KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memaklumkan mereka sudah mengetahui berkaitan dakwaan wang RM2 juta dimasukkan ke akaun isteri perdana menteri.

"Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh pasukan petugas khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan," kata Pasukan Petugas Khas itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan media itu dikeluarkan bersama oleh ketua-ketua di Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasukan Petugas Khas itu dalam kenyataannya turut menegaskan siasatan dijalankan dengan telus, bebas dan profesional serta berharap semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan mereka.

"Semua pendedahan itu dipandang serius oleh Pasukan Petugas Khas dan siasatan akan dibuat serta kenyataan diambil daripada semua orang yang berkenaan," kata kenyataan itu lagi.

Pada Khamis, Sarawak Report mendakwa isteri perdana menteri menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Jumlah itu didakwa didepositkan seorang "pembantu peribadi" bernama Roslan Sohari menerusi lapan transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik "Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)" di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.
Sementara itu, portal berita Malaysiakini dilapor sudah menghubungi seorang pembantu Rosmah dan masih menunggu reaksi pihak beliau.

Penyelidik UM berjaya tanam saffron di Malaysia

Posted: 08 Jul 2016 06:14 AM PDT

Bernama
Penyelidik UM berjaya tanam saffron di Malaysia
Digelar raja segala rempah, helaian-helaian halus berwarna merah za'faran merupakan stigma kering daripada bunga saffron yang mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi.
 

KUALA LUMPUR: Crocus sativus L. atau lebih dikenali sebagai Saffron atau Za'faran merupakan herba termahal di dunia. Ia digunakan sejak ribuan tahun dahulu terutama di Asia Barat sebagai rempah utama dalam masakan.

Digelar raja segala rempah, helaian-helaian halus berwarna merah za'faran, merupakan stigma kering daripada bunga saffron yang mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi.

Hanya boleh ditanam di kawasan negara empat musim seperti kawasan Mediteranean, Asia Barat dan Eropah, harganya di Malaysia boleh mencecah antara RM28,000 hingga RM32,000 bagi setiap satu kilogram.

Bagaimanapun, usaha sekumpulan penyelidik Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) diketuai Profesor Dr Rosna Mat Taha bersama Nordiyanah Anuar, Noraini Mahmad, Asif Khan, Dr Sadegh Mohajer, Nor Amirah Md. Nor telah berjaya menanam dan menghasilkan bunga saffron di Malaysia selain memperolehi stigmanya yang digunakan dalam masakan.

Pokok saffron yang ditanam secara in vivo dalam bilik kultur itu berbunga buat pertama kalinya dari November hingga Januari lepas.

Kajian bermula

Saffron boleh membesar mencapai ketinggian 15 hingga 30 sentimeter dan untuk memperolehi 5kg hingga 7kg saffron yang kering memerlukan keluasan tanah lebih kurang satu hektar.

Setiap bunga hanya mempunyai tiga stigma dan bagi mendapatkan 10 gram stigma za'faran pula memerlukan 1,000 kuntum bunga za'faran dan ini menyebabkan harganya menjadi sangat tinggi.

Kejayaan penyelidikan saffron di Malaysia hingga berjaya menghasilkan bunganya buat pertama kali di kawasan beriklim tropika memberi satu petanda positif akan potensinya di sini.

Bagaimanapun, ia masih memerlukan kajian lebih mendalam sehingga ia boleh dikomersialkan mengikut persekitaran dan cuaca yang ada di Malaysia, menurut Rosna yang memulakan projek penyelidikan ini pada 2014 melalui geran penyelidikan UM.

"Saffron hanya boleh hidup di negara empat musim seperti di negara-negara Mediteranean atau Asia Barat seperti Iran, yang merupakan pengeluar terbesar di dunia, sementara Turki, Kashmir atau negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Perancis juga menghasilkan saffron tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

"Apabila ia boleh berbunga di Malaysia, ini memberi satu harapan untuk menanam saffron di Malaysia dan seterusnya tidak mustahil untuk dikomersialkan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tanaman unik yang dianggap 'emas merah' dunia ini digunakan sejak turun temurun dalam masakan dan kini semakin meluas digunakan sebagai bahan pewarna, minyak wangi dan dalam bidang perubatan serta sebagai campuran dengan madu untuk makanan kesihatan.

Mengandungi safranin, ia bertindak sebagai anti-kanser dan anti-oksidan yang sangat berkesan. Antara khasiat saffron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia bagi membantu menguatkan daya ingatan. Banyak tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam mengenai khasiat dan kebaikan saffron yang turut diperakui oleh ahli perubatan barat moden.

Di India, saffron banyak digunakan bagi membantu masalah pencernaan. Kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin, kajian juga mendapati saffron dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser. Ia juga  banyak digunakan sebagai bahan penenang kepada mereka yang menghadapi masalah tekanan jiwa.

Keunikan saffron

Merupakan tumbuhan yang sensitif dan memerlukan penjagaan rapi, ia membiak melalui umbisi (corm) pada tanah dan akan mengeluarkan bunga pada awal musim luruh pada suhu antara 11 dan 18 darjah Celsius.

Di Iran, saffron akan mula mengeluarkan bunga setiap tahun dari September-November. Proses itu akan berulang dan umbisi (corm) itu mampu mengeluarkan bunga sehingga 10 tahun.

Benih baharu bagaimanapun akan diganti setiap lima tahun bagi menghasilkan stigma bunga yang berkualiti tinggi.

Menurut Rosna, kajian awal daripada kejayaan penanaman dan pembungaan saffron melalui penanaman secara in vivo mendapati ia sesuai dan membesar dengan baik menggunakan tanah hitam serta akan berbunga pada suhu 15-20 darjah Celsius.

Apabila saffron diletakkan pada suhu 21-28 darjah Celsius, hanya 50 peratus sahaja yang berbunga dan pada suhu melebihi 30 Celsius, langsung tidak ada saffron yang menghasilkan bunga. Nutrien pada tanah hitam yang digunakan sangat sesuai untuk pertumbuhan saffron di Malaysia.

"Selepas lebih kurang dua bulan, pokok saffron menghasilkan bunga yang berwarna ungu dan berbau harum sama seperti yang biasa dihasilkan di negara asalnya. Dalam kajian ini, saffron telah menghasilkan bunga pada bulan November, Disember dan Januari, sedikit berbeza dengan di Iran yang berbunga pada musim luruh (akhir Sept-November)," katanya.

Menambahbaik kajian

Pertumbuhan dan penghasilan bunga saffron banyak dipengaruhi oleh suhu, jenis tanah dan juga rawatan awal (pre-treatment) terhadap corm atau umbisinya. Struktur bunga saffron terdiri daripada lima kelopak, tiga stigma dan tiga stamen.
Kumpulan penyelidik itu kini menjalankan kajian untuk penambahbaikan daripada segi penanaman dan pembungaan secara in vitro atau kaedah kultur tisu.

Menurut Rosna, saffron membiak dengan sangat perlahan dan menghasilkan sangat sedikit anak benih secara semulajadi. Oleh itu teknik kultur tisu untuk mikropropagasi tumbuhan ini penting dalam menyelesaikan masalah ini.

"Kaedah bioteknologi membolehkan tumbuhan ini dimajukan dan menjadikan ianya berpotensi besar untuk ekonomi negara," katanya.

Kajian yang dilakukan itu turut diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun lepas, kajian itu memenangi pingat perak dalam pertandingan iCompEx 2015, di Politeknik Muadzam Shah, Jitra, Kedah.

Baru-baru ini, kajian itu juga telah memenangi pingat emas dalam pertandingan The 2nd World Invention Innovation Contest (WiC) 2016 di Korea Selatan.

Najib dicabar dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB

Posted: 08 Jul 2016 06:00 AM PDT

tony pua

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Status sulit laporan Ketua Audit Negara mengenai skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mesti diubah selepas laman web Sarawak Report membocorkan sebahagian daripada dokumen rahsia berkenaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Sarawak Report memberi hadiah Aidilfitri terbaik kepada rakyat Malaysia dengan mendedahkan hasil siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang selama ini cuba disembunyikan kerajaan melalui Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Oleh itu, jelasnya, demi menghormati semangat kejujuran dan kesopanan sempena sambutan Aidilfitri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti segera mengarahkan status laporan Ketua Audit Negara itu diubah agar tidak lagi tertakluk bawah OSA.

"Lagipun, jika beliau ikhlas tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan berkeras bahawa Sarawak Report memalsukan laporan Ketua Audit Negara itu, maka mendedahkan laporan 'sebenar' akan memusnahkan terus kredibiliti Sarawak Report.

"Kegagalan untuk mengubah status sulit laporan Ketua Audit Negara itu akan hanya meningkatkan syak wasangka orang ramai mengenai penutupan terbesar skandal yang melibatkan Perdana Menteri negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Laman web Sarawak Report semalam menerbitkan beberapa kandungan yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan masih diklasifikasikan sebagai sulit di bawah OSA.

Ia menyenaraikan kebimbangan yang diutarakan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya, termasuk beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, laman web yang dikendalikan oleh Clare Rewcastle Brown itu berjaya membuat sesuatu yang beliau sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sendiri gagal lakukan.

"Ia adalah sesuatu yang saya sendiri tidak mampu lakukan kerana Pengerusi AC Datuk Hasan Arifin memutuskan bahawa anggota jawatankuasa pun tidak dibenarkan menyimpan salinan dokumen itu.

"Saya hanya boleh membaca laporan tersebut semasa mesyuarat PAC atau atas permintaan di pejabat Parlimen," katanya. – Roketkini.com


Hari Raya hambar kerana ekonomi meleset akibat korupsi

Posted: 08 Jul 2016 05:58 AM PDT



guan eng

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan asas pada musim Hari Raya menjadikan sambutan tahun ini lebih mencabar berbanding dengan tahun sebelumnya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Aidilfitri beliau hari ini memberi peringatan bahawa masalah utama rakyat Malaysia adalah ekonomi yang kian meleset akibat oleh pengenaan GST dan penurunan nilai matawang ringgit ekoran skandal kewangan 1MDB sebanyak RM50 bilion dan skandal derma RM4 bilion.

"Kenaikan harga minyak buat pertama kali sejak bulan April 2016, sungguhpun hanya 5 sen adalah petunjuk bahawa keadaan ekonomi akan bertambah lebih buruk lagi.

"Kini harga petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing pada harga RM1.75, RM2.10 dan RM1.60 seliter," ujar beliau.

Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, kemelesetan ekonomi hanya boleh diatasi sekiranya tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab ke atas skandal melibatkan 1MDB.

"Itulah sebabnya kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap skandal pembelian 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang, oleh 1MDB dengan harga RM1.3 bilion.

"Kerajaan negeri telah mengharamkan segala urusniaga tanah ke atas 234 ekar tanah di Air Itam itu sehingga skandal 1MDB dan "donation" ini diperjelaskan dan diselesaikan," tambah beliau.

Dalam kenyataan serupa, Ahli Parlimen Bagan itu turut menegaskan tidak terlibat dalam amalan rasuah, terutamanya yang berkait dakwaan korupsi melibatkan pembelian rumah beliau.

"(Kita) akan membuktikan bahawa penjual rumah tidak menerima sebarang faedah dan manfaat yang khas atau luar biasa dan juga tidak ada hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri," ujarnya.

Menurut beliau lagi, dakwaan rasuah terhadapnya adalah satu konspirasi politik jahat untuk mengalihkan perhatian awam daripada skandal rasuah sebenar BN dalam negara. – Roketkini.com


Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Isnin

Posted: 08 Jul 2016 05:53 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North dan Palawan bermula Jumaat hingga Isnin ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan pada Khamis, berkata keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, ribut petir dijangka berterusan sehingga pagi Jumaat di perairan Selat Melaka, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang berkelajuan 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil. - BERNAMA

Harga Lemang Naik RM2 Sebatang

Posted: 08 Jul 2016 05:51 AM PDT

Oleh: MUHAMMAD ADNAN
 
 
Peniaga lemang, Yusmawati yang dikenali sebagai Kak Yus memulakan perniagaan sejak 11 tahun
 
 
PETALING JAYA: Kebanyakkan peniaga lemang di ibu negara mendakwa terpaksa menaikkan harga menu wajib Hari Raya itu sebanyak RM2 sebatang pada tahun ini berikutan peningkatan kos bahan asasnya.

Tinjauan mStar Online mendapati, peniaga mendakwa perlu menaikkan harga lemang berikutan kenaikkan harga santan dan beras pulut sempena perayaan tahun ini.

Peniaga lemang di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Norhayati Mokhtar, 57, berkata dia tidak dapat mengekalkan harga lemang seperti tahun lalu kerana berdepan kerugian berikutan kenaikkan harga bahan asas.

"Tahun ni harga lemang yang saya jual terpaksa dinaikkan sedikit berbanding tahun sebelumnya kerana harga beras pulut meningkat dari RM100 seguni kepada RM120.

"Kalau tahun lepas saya jual lemang dalam RM16 tapi sekarang naikkan kepada RM18 satu," katanya yang menjalankan perniagaan lemang sejak 14 tahun lalu.

Seorang lagi peniaga lemang, Roslan Tadol, 39, mendakwa, harga lemang yang dijual mengikut saiz terpaksa dinaikkan.

"Harga memang berbeza dengan tahun lepas kerana kos barang asas naik terutamanya santan.

"Tahun lepas, harga santan segar baru RM5 sekilo, tapi sekarang dah naik sekali ganda sampai RM10," katanya.


Pembeli lemang dan rendang ayam di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) 

Tinjauan di Paya Jaras, Sungai Buloh pula mendapati kenaikkan harga lemang turut berlaku walaupun ia dijual lebih murah mengikut saiz.

Yusmawati Gadang, 50, memberitahu, kenaikkan harga lemang turut menjejaskan jualan berbanding tahun lalu.

"Bila harga naik, permintaan menurun. Mungkin orang ramai memilih makanan lain kerana sekarang banyak pilihan.

"Tetapi apa yang menarik ialah ramai rakan-rakan Cina dan India yang turut tidak melepaskan peluang untuk menjamah lemang dengan serunding, inilah yang dikatakan Malaysia.

"Ramai pelanggan Cina dan India membeli lemang kali ini, ada yang mahu membawa ke rumah rakan-rakan dan ramai juga yang ingin makan bersama keluarga," jelasnya.

Pemilik Rayani Air Mohon Maaf Kepada Pekerja, Pelanggan

Posted: 08 Jul 2016 05:41 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
 

PETALING JAYA: Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran tampil memohon maaf kepada semua pelanggan dan pekerjanya kerana gagal melunaskan tunggakan gaji serta membuat bayaran balik tiket seperti yang telah dijanjikan.

"Kami mohon kemaafan kepada semua pelanggan dan pekerja kerana masih tidak mampu membuat bayaran," kata Ravi kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat.

Ravi berkata demikian bagi merujuk kepada masalah yang dihadapi syarikat itu untuk membuat bayaran balik ke atas tiket penerbangan penumpang dan melunaskan tunggakan gaji 415 kakitangannya, walaupun telah mencuba sedaya-upaya.

Sebelum ini, Ravi memberi jaminan untuk menyelesaikan isu bayaran membabitkan pelanggan dan pekerja syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu sebelum Aidilfitri.

Bagaimanapun sehingga 1 Syawal, ia sekadar janji tinggal janji apabila tiada bayaran dibuat kepada kedua-dua pihak, malah terdapat dakwaan sebahagian pelanggan diberikan cek tendang untuk bayaran balik tambang.

Ravi berkata, penarikan balik lesen-lesen milik Rayani Air dibuat ketika urusan memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan itu.

Jelasnya, dengan penarikan balik lesen-lesen berkenaan, tiada pelabur yang mahu memberi kerjasama.

"Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen untuk memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan bayaran balik telah menarik diri di luar jangkaan kami," ujar Ravi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air.

Bagaimanapun Ravi berkata, pihaknya sedang berusaha keras dengan membuat rayuan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) supaya memberi peluang kedua kepada Rayani Air untuk beroperasi kembali.

"Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambil alih pemilikan syarikat dengan pasukan pengurusan baharu yang lebih baik," katanya.

Merujuk kepada pelanggan, Ravi berkata, pihaknya tidak dapat menjanjikan tarikh pembayaran dilaksanakan, tetapi keutamaan mereka akan diberikan menerusi usaha syarikat mencari jalan penyelesaian.
"Diharapkan agar tuan-tuan dan puan-puan bersabar dan tidak datang ke pejabat kerana pejabat kami tutup dalam masa terdekat ini.

"Kami akan membuat pengumuman rasmi sebaik mendapat berita positif," kata Ravi.

Pada 13 Jun lalu, DCA bersama Mavcom membuat keputusan membatalkan Sijil Pengendali Udara (AOC) dan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) syarikat penerbangan itu sekali gus Rayani Air tidak lagi dibenarkan beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial.

Ia susulan penggantungan sementara operasi Rayani Air yang diputuskan DCA pada 11 April, berikutan beberapa masalah yang dihadapi syarikat penerbangan itu yang baharu beroperasi sejak Disember tahun lalu.

"Jangan Hina Saya Keluar Umno" - Shafie Apdal

Posted: 08 Jul 2016 05:39 AM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 


SEPANG: Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta pemimpin parti itu supaya tidak menghina beliau susulan keputusannya untuk keluar daripada Umno yang didakwa tidak menjejaskan parti tersebut.

"Ada yang menyatakan tidak ada kesannya saya keluar dari parti, kita tunggulah ada kesan atau tidak, kita tunggu Allah SWT. Tapi saya dulu antara pengasas Umno di Sabah, sumbangan itu adalah sedikit dalam membesarkan dan mengukuhkan parti di negeri ini.

"Dan saya tahu saya pun ada penyokong bukan tidak ada  tapi jangan hina saya. Saya datang dari Sabah nak memperjuangkan (hak rakyat) dan membantu negara kita," katanya kepada pemberita di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, petang Jumaat.

Ketika ditanya sama ada terdapat ramai lagi ahli Umno Sabah yang akan meninggalkan parti itu, Mohd Shafie tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku kerana memahami citarasa masyarakat luar bandar.

"Kita tunggu sahaja macam mana keadaan itu. Saya tahu suara di peringkat akar umbi kerana sudah lapan tahun jadi menteri luar bandar.

"Saya hantar 40 Orang Asli ke London, Amerika Syarikat buat Master Degree. Jadi saya sedar apa citarasa dan apa yang terpendam dalam hati mereka, " katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna itu turut mempertikaikan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantungnya daripada jawatan naib presiden tanpa mendapatkan sebarang penjelasan daripadanya secara bersemuka.

"Siasatlah dulu, kenapa takut sangat nak siasat saya secara berdepan. Tanya saya apa salah saya tapi mereka tak tanya saya semasa hadir MT.

"Tapi apabila saya pergi umrah mereka gantung keahlian saya. Tak apalah mungkin ini petunjuk Allah apabila saya berdoa di Masjid Nabawi," katanya.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Umno Bahagian Semporna boleh menubuhkan jawatankuasa baharu berikutan peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya, Mohd Shafie berkata segalanya terpulang kepada Umno.

"Itu terserahlah, Umno boleh buat apa suka dia. Lakukanlah sekurang-kurangnya itu yang saya nyatakan diperingkat awal," katanya.

Pada masa sama, Mohd Shafie turut mengulangi pendirian tidak akan menyertai parti pembangkang atau menubuhkan parti baharu buat masa ini.

 "Buat masa ini tidak akan sertai mana-mana parti" katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin mempelawa Mohd Shafie untuk menyertai parti itu.

Pertimbang mekanisme lulus lesen fasiliti air

Posted: 08 Jul 2016 05:33 AM PDT

OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang mempertimbang pelan perancangan jangka panjang bagi memberi kelulusan membabitkan proses lesen perkhidmatan kepada pengurusan air negeri.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata perkara itu masih dibincangkan bagi mengenal pasti mekanisme terbaik demi manfaat rakyat Selangor.

ZAIDY DUN

"Cadangan dan pelan pelaburan baharu akan dilaksanakan selepas Air Selangor memperoleh lesen perkhidmatan dan fasiliti serta kelulusan Pelan Perniagaan.

"Buat masa ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masih berbincang mekanisme terbaik untuk memberi lesen perkhidmatan dan fasiliti kepada Air Selangor," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada 2 Ogos lalu menandatangani perjanjian dasar induk berkenaan penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang di Selangor.

Ini bermakna, Kerajaan Negeri akan berkuasa penuh ke atas ketiga syarikat konsesi yang bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion.

Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abbass Sdn Bhd (Abbas) bersetuju dengan tawaran itu, manakala Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bakal diambil alih menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Kerajaan Negeri juga sebelum ini berjaya menyelesaikan krisis air di Selangor menerusi pelan jangka panjang dan projek mitigasi yang dijangka mampu membekalkan air bersih mencukupi ke seluruh negeri.
-AA-


Pengalaman Berharga Bersama Presiden PAS

Posted: 08 Jul 2016 05:26 AM PDT

DETIK DAILY




Oleh Timmy Say

Empat ke lima tahun lepas, saya diberi kesempatan melawat rumah Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, di waktu subuh buat kali pertama. Seperti yang diperkatakan ramai, akhirnya saya dapat melihat sendiri bahawa rumah Tok Guru berada benar-benar di tepi masjid.

Rumah Tok Guru tidak kelihatan sebagai sebuah rumah Menteri Besar, jauh sekali rumah seorang berada mahupun kaya. Hanya ada satu perkataan yang sesuai diungkapkan iaitu, "Ia kelihatan simple." Dalam simple itulah menyinarnya keakjuban hidup Tok Guru. Saya cuma sempat berjumpa Tok Guru di dalam masjid dan tidak sempat memasuki rumahnya.

Semalam, saya diberi peluang ke rumah Tok Guru Haji Hadi di Rusila. Berbeza dengan lawatan ke Pulau Melaka, lawatan ini tidak dirancang sama sekali. Ini kali pertama saya ke Rusila sebagaimana kali pertama saya bersua dengan sahabat lama di Facebook, Tuan Wan Z, seorang peguam terkenal di Terengganu.

Melihat rumah Ayah Chik, perkataan "simple yang menakjubkan" yang terpintas di Pulau Melaka kembali di minda. Rumah Ayah Chik juga benar-benar berada di tepi masjid.

Ketika menaiki tangganya yang usang lalu menjejakkan kaki buat pertama kalinya di ruang tamu rumah Ayah Chik, dan terlihat kerusi-kerusi kusyen yang sederhana buat tetamunya, satu soalan terus tercetus di minda, boleh ke siapa-siapa dengan taraf yang ada seperti Ayah Chik boleh hidup sedemikian?

Rata-rata manusia apabila tiba ke suatu tahap akan mula mengejar kesenangan. Rumah akan mula diubahsuai dan dihiasi dengan perabot yang sesuai dengan status dan egonya.

Tapi ini tidak kelihatan pada rumah manusia yang bergelar Presiden PAS, Ahli Parlimen dan Adun ini.

Ruang tamunya cukup simple. Tanpa ego, tanpa status, cukup sederhana. Barangkali itulah yang paling menakjubkan pada seseorang yang bertaraf status Tok Guru. Dalam ke-simple-annya, terpancar cara hidupnya yang susah diikuti manusia biasa.

Ayah Chik tidak sihat ketika kami berjumpa. Tekanan darahnya amat rendah, katanya, menyebabkan beliau pening. Maklumlah, pagi tadi beliau baru menyelesaikan urusan rumah terbuka beliau. Meskipun begitu, Ayah Chik tetap melayan tetamunya yang kerdil ini.

Walaupun tidak sihat, namun minda Ayah Chik tetap tajam ketika menghuraikan masalah yang melanda di dunia.

Apa yang di sebalik persengketaan Sunni-Syiah dihuraikannya dengan deskripsi yang cukup mendalam dan berbeza dengan apa yang difahami di luar sana.

Siapakah di dunia Islam yang tidak membantu Palestin dan Hamas? Siapakah di dunia Islam yang mementingkan ekonomi dan sains dan teknologi sehingga memintas Amerika Syarikat? Siapakah yang menculik saintis dan siapa yang menghargai saintis?

Siapa yang melanggar nasihat Amerika dan membina senjata sendiri? Siapa pula yang malas sekadar ingin membeli senjata yang dibekalkan Amerika? Siapakah di dunia Islam yang betul-betul melawan Israel dan siapa yang tidak? Bagaimana Amerika berperanan, melalui saraf dan demokrasinya, untuk menghuru-harakan negara lain? Apakah kesilapan Ikhwan Muslimin? Mengapa Turki mengambil pendekatan berbaik semula dengan Israel dan Russia?

Jawapan-jawapan kepada semua soalan di atas, bolehlah sahabat rujuk kepada Tuan Wan Z dan saudara Naraza Muda, atau berjumpa dengan Ayah Chik sendiri untuk mendengar sendiri daripada mulutnya. Yang pasti, jawapan Ayah Chik akan mengejutkan minda-minda yang terpengaruh dengan maklumat-maklumat di media sosial.

Mengenai tentangan terhadap Islam, Ayah Chik menghurai mengapa sesetengah golongan terus menolak walaupun mereka sudah tidak beralasan dan tidak berhujah dengan memberikan contoh di Acheh.

Seorang bukan Islam diberi pilihan memilih antara dua hukuman. 40 sebatan yang tidak melukakan kulit tapi dibuat di khalayak ramai dan denda penjara 4 bulan atas satu kesalahan yang sama. Akhirnya, bukan Islam itu memilih 40 sebatan di khalayak ramai.

"Mereka menolak sebab mereka tahu apabila orang kenal apa itu Islam, mereka akan memilih Islam. Itu yang mereka takut sebenarnya," kata Ayah Chik.

Mana-mana kerajaan yang zalim dan tidak melaksanakan amanah mudah diambil kesempatan oleh puak pengganas untuk melakukan huru-hara, kata Ayah Chik, seperti konflik Sunni-Syiah dan jarum saraf yang melagakan rakyat antara satu sama lain.

Di dalam konteks Malaysia, Ayah Chik mengeluh ketika memikirkan mengenai masa depan Malaysia.
"Negara dikurniakan dengan sumber yang terlalu banyak. Namun, semuanya habis dipulun. Ini pencuri berkuasa lawan pencuri tak berkuasa," kata beliau.

"Perjuangan kita melawan dasar bukan melawan individu. Ada yang hanya ingin menukar individu. Tapi kalau dasar tetap sama, tiada apa yang akan berubah. Jika mahu perubahan dasar perlu berubah," tambah Ayah Chik sambil menegaskan PAS tidak akan sesekali bersama Umno dan Barisan Nasional.

Teringat satu kata-kata Saidina Omar, kalau akhlak kita sama dengan musuh maka kemenangan akan tertangguh. Rasanya itulah yang Ayah Chik cuba nyatakan.

Mengenai keunikan PAS, Ayah Chik berkata PAS mempunyai Majlis Syura yang dipandu oleh al-Quran, Hadis, Qias dan Ijma'. Walaupun muktamar adalah kata pemutus tertinggi, Ayah Chik berkata keputusannya tetap perlu berlandaskan al-Quran, Hadis, Qias dan Ijma'.

Ayah Chik turut berbicara mengenai IS dan mengapa IS mudah menarik orang kepadanya. Berikut ialah jawapan Ayah Chik.

"Pengebom berani mati sengaja dipilih dari orang-orang yang bodoh dan tidak faham agama! Jihad apa lagu tu?" jawab Ayah Chik.

Setakat ini sahaja yang mampu tercatat oleh saya. Terlalu banyak yang dikongsikan oleh Ayah Chik dalam perbualan 2 jam tersebut. Lautan ilmu Ayah Chik terlalu luas untuk ditulis di dalam satu artikel. Malah kami yang mendengarnya lemas di dalamnya.

Ini sememangnya Hari Raya pertama yang cukup istimewa bagi saya. Terima kasih Tuan Wan Zainuddin Dsun Rjer serta Naraza Muda atas pengalaman yang berharga ini.---Timmy Say-

Sarawak Report: Bank Negara hantar surat kedua kepada PAC

Posted: 08 Jul 2016 05:24 AM PDT

DETIK DAILY





Sumber : Malaysiakini - Laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London, Sarawak Report sekali lagi mendedahkan apa yang didakwa sebagai dokumen-dokumen penting dalam siasatan 1MDB.

Kali ini, ia megemukakan sepucuk surat yang kononnya daripada Bank Negara Malaysia, yang ditandatangani oleh timbalan gabenor bank pusat itu.

"Dilampirkan bersama laporan Ketua Audit Negara dan penting dalam siasatan itu adalah surat daripada Bank Negara yang dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," petik artikel itu.

Surat itu dikatakan bertarikh 23 Mac dan Sarawak Report menunjukkan bahawa surat kedua dari Bank Negara itu dihantar kepada PAC pada 6 April, yang sebelum ini telah dilaporkan.

Surat kedua itu mengesahkan bahawa usahawan kontroversi Jho Low adalah pemilik tunggal Good Star Limited, yang menerima dana AS$1.03 bilion daripada 1MDB.

Surat terbaru yang didedahkan oleh Sarawak Report kononnya memperincikan kebimbangan Bank Negara mengenai pemindahan dana tertentu yang dipersoalkan.

Bagaiamapun Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah sahih dan kami juga tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang.

Pendedahan terbaru itu dibuat sehari selepas, Sarawak Report menerbitkan apa yang didakwa sebagai laporan Audit Negara, walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menurut portal itu, ia akan menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.

Anggota PAC Tony Pua, sebelum ini pernah mendakwa pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Hasan Ariffin telah memadamkan maklumat mengenai Good Star Ltd daripada laporan PAC tanpa kelulusan mereka.

Beliau juga menggesa Hasan untuk mendedahkan surat yang kononnya diterima daripada Bank Negara untuk membuktikan bahawa beliau tidak cuba melindungi Low.

Lelaki kena tetak sebab bunyikan hon

Posted: 08 Jul 2016 01:06 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Perbuatan membunyikan hon mengakibatkan pemandu Perodua Kancil keluar dari keretanya dan menuju ke arah kereta pengadu sambil memegang sebilah parang panjang.


hon_parang_polis_600


KUALA TERENGGANU: Akibat membunyikan hon terhadap pemandu yang memotong keretanya, seorang lelaki cedera ditetak dengan parang panjang dalam kejadian di Jalan Buluh Gading, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika mangsa bersama isteri dan dua orang anaknya yang menaiki Honda City dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke Besut untuk menziarahi saudara mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Kancil yang dinaiki dua lelaki telah mencelah dan memotong kereta yang dinaiki empat sekeluarga itu.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa yang berusia lingkungan 42 tahun bertindak membunyikan hon keretanya, namun perbuatan itu mengakibatkan pemandu Perodua Kancil itu keluar dari keretanya dan menuju ke arah kereta pengadu sambil memegang sebilah parang panjang.

"Mangsa turut keluar dari kereta dan berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sehingga masuk ke dalam semak berhampiran jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Abd Aziz berkata orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menghampiri serta membantu mangsa dan melihat kehadiran orang ramai, suspek melarikan diri dengan memecut laju menghala ke arah Batu Enam.

Berikutan insiden itu, mangsa cedera di lengan kiri akibat ditetak selain luka di kepala.

"Orang ramai telah menghubungi ambulans dan anggota polis peronda yang kebetulan tiba di tempat kejadian telah mengawal keadaan," katanya.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti suspek yang berusia sekitar 20-an dan tindakan memburu mangsa sedang dilaksanakan.

Wan Abd Aziz berkata telefon bimbit dipercayai milik suspek turut dijumpai di tempat kejadian oleh orang awam dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.– Bernama

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 22 Julai

Posted: 08 Jul 2016 01:01 AM PDT

BERNAMA
 
 
ESSZone pantai timur SabahESSZone pantai timur Sabah


Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir kelmarin, akan dilanjutkan sehingga 22 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

Beliau berkata perintah berkurung itu, yang berkuat kuasa dari 7 malam hingga 5 pagi, membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

"Dengan berkuat kuasanya perintah berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah (dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada) di kawasan yang telah diisytiharkan pada waktu dinyatakan," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu kelmarin.

Abdul Rashid berkata langkah meneruskan perintah berkurung itu adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa serta pelancong yang berkunjung ke pulau-pulau peranginan di kawasan terbabit.

Beliau berkata berdasarkan maklumat diterima, kumpulan dari selatan Filipina yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh di perairan ESSZone untuk melakukan jenayah rentas sempadan yang lain.

Katanya, selain untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah, perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pergerakan serta menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pengusaha chalet dan nelayan melalui kehadiran anggota keselamatan.

Abdul Rashid berkata pihaknya juga telah menurunkan kuasa kepada semua ketua polis daerah di kawasan perintah berkurung itu untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan serta laluan yang mendesak.

Motif pembunuhan Bill Sayong tidak akan didedah

Posted: 07 Jul 2016 05:21 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
 
Bill SayongBill Sayong


KUCHING: Polis tidak akan mendedahkan motif di sebalik pembunuhan aktivis PKR Bill Kayong kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata beberapa tindakan masih lagi perlu diambil untuk melengkapkan siasatan sebelum hasil siasatan dikemukakan kepada pendakwa raya, lapor Borneo Post.

"Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan hasil siasatan kami, seperti motif pembunuhan kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan dan proses perbicaraan di mahkamah nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasminya di sini, kelmarin.

Selain itu beliau turut ditanya sama ada enam suspek yang ditahan sebelum ini hanya sebagai pembunuh upahan dan siapakah dalang di sebalik insiden tersebut.
"Seperti apa yang saya telah katakan, saya tidak dapat mendedahkan apa-apa buat masa sekarang kerana siasatan masih dijalankan dan kami tidak akan menghentikan siasatan sehingga kami berpuas hati bahawa kami sudah mengambil setiap langkah yang ada." katanya.
Sementara itu, Mazlan turut memberitahu bahawa pihaknya kini sedang menjalankan pemantauan secara menyeluruh mengenai pembabitan anggota polis dalam kegiatan berkaitan pengganas.

"Orang ramai mesti juga berwaspada dan segera memaklumkan kepada polis jika mereka mengesan sebarang kegiatan yang mencurigakan," katanya.

Mersing tiada air, rakyat mengeluh sambut raya

Posted: 07 Jul 2016 05:16 PM PDT

 
 
Salamah menunjukkan air yang ditadah untuk kegunaan seharian.
Salamah menunjukkan air yang ditadah untuk kegunaan seharian.


Penduduk Mersing menggesa kerajaan negeri agar menangani masalah ketiadaan air yang berlarutan di daerah ini sejak catuan bermula pada bulan April lepas.

"Kami faham masalah air yang tidak nencukupi di empangan ekoran tiada hujan tetapi sampai bila kami harus hidup dalam keadaan air yang sehari ada, tiga hari tiada.

"Pada musim raya ni, keadaan jadi tambah teruk kerana anak-anak semua balik dan nak mandi atau basuh pinggan mangkuk tak tahu nak cari air di mana," kata seorang pesara kerajaan, Salamah Hasim.

Katanya, akibat sudah hampir empat bulan menanggung sengsara, dia memohon agar pihak kerajaan melihat permasalahan ini secara serius.

Seorang lagi penduduk dari Kampung Air Papan, Mat Noor Abu berkata, catuan air yang ditanggung rakyat sepatutnya tidak selama empat bulan.

"Dah lama sangat air tak ada di sini. Susah kami nak masak, mandi dan basuh pakaian kerana tiada sumber air yang boleh kami gunakan.

"Tahun ni tak boleh buat kenduri doa selamat nak sambut raya macam tahun-tahun sudah sebab nanti tak ada air nak basuh pinggan," ujarnya.

Jelasnya, akibat ketiadaan air, tetamu yang datang terpaksa dihidangkan menggunakan cawan dan pinggan pakai buang.

"Tak tahulah sampai bila air akan kembali normal di sini. Saya harap kerajaan dapat buat sesuatu segera untuk selesaikan masalah kami ini," katanya.

Masalah ketiadaan air di Mersing disebabkan kapasiti air di Empangan Congak yang surut sejak kemarau melanda daerah ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasni Mohamad berkata kerajaan negeri sudah melantik pakar bagi mengkaji sama ada air dari empangan Labong di Endau dapat diguna bagi meningkatkan kapasiti takungan air di Empangan Congok.

Jika ini dilaksana akan membabitkan pemasangan paip sepanjang lapan kilometer dari Labong ke Congok dan kajian awal mendapati projek melibatkan kos RM16.3 juta.

Kajian katanya dijangka siap dalam tempoh dua bulan dan jika dilaksana kerja pemasangan paip dan pembinaan rumah pam akan disiapkan dalam tempoh 12 bulan.

Selain itu katanya kerajaan negeri melalui Syarikat Air Johor (SAJ) turut memasang paip sepanjang 12 kilometer dari Loji Air Nitar ke Empangan Congok untuk menambah jumlah kapasiti air, yang dijangka siap bulan depan. -- MalaysiaGazette


Pelakon Tamam Idris meninggal dunia

Posted: 07 Jul 2016 05:14 PM PDT

MalaysiaGazette
 



Pelakon drama era 80an, Bustaman Idris yang lebih dikenali dengan nama Tamam Idris meninggal dunia pada pukul 11.50 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM).

Beliau menghembus nafas terakhir pada usia 77 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan kapankan di PPHUKM dan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras untuk disembahyangkan, menurut anak sulungnya, Norassikin Bustamam.

Allahyarham akan dikebumikan di Perkuburan Alam Damai, Cheras, bersebelahan dengan masjid berkenaan.

Allahyarham yang menerima rawatan sejak 22 Jun lalu dikatakan tenat sejak semalam kerana mengalami pendarahan dalam perut.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Pak Tamam, popular kerana pembabitannya drama-drama persilatan, antaranya Seorang tua di kaki gunung. - MalaysiaGazette


Kangen water tidak berlesen- KP Kesihatan

Posted: 07 Jul 2016 05:12 PM PDT

MalaysiaGazette
 
 


Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengambil tindakan terhadap pengedar minuman yang didakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit, Kangen water.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kangen water tidak mempunyai lesen diperlukan di bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Untuk makluman ramai "Kangen water" tidak berlesen seperti yang diperlukan di bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sehubungan dengan itu tindakan akan di ambil dan arahan telah dikeluarkan kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri," katanya di laman facebook rasminya.

Kangen water didakwa merupakan air alkali yang telah diionkan kononnya mampu menghapuskan 99 peratus bakteria serta berkesan untuk mengurangkan kolestrol dan juga penyakit berkaitan saraf.

Ia juga didakwa boleh menghapuskan radikal bebas dan mengaktifkan sel-sel penting seperti DNA selain dikatakan mempunyai PH yang tinggi hampir menyamai PH air zam-zam.

Mesin Kangen Water dijual pada harga lebih RM5,000 sehingga RM20,000 seunit bagaimanapun, air berkenaan turut dibotolkan dan dijual pada harga RM10 hingga RM20.-MalaysiaGazette


Lebuhraya Ayer Keroh – Senawang sesak malam tadi

Posted: 07 Jul 2016 05:08 PM PDT

 
 


Tidak ada kemalangan atau pun kerja-kerja menaiktaraf jalan tetapi aliran trafik dari Ayer Keroh Melaka hingga ke Senawang bergerak sangat perlahan dari pukul 6 petang hingga pukul 1 pagi tadi.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, alirran trafik bergerak perlahan disebabkan peningkatan bilangan kenderaan di atas lebuhraya.

Keadaan trafik dijangka lebih teruk mulai esok di kedua-dua arah lebuh raya utara selatan.

"Orang ramai diminta mematuhi undang-undang jalan raya dan jangan memasuki menggunakan lorong kecemasan kerana itu akan lebih memburukkan keadaan.

"Selain Ayer Keroh, trafik juga bergeral perlahan dari Sungai Petani menuju ke Bertam disebabkan terlalu banyak kenderaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Sehubungan itu katanya, sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang trafik di lebuh raya boleh menghubungi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000. -- MalaysiaGazette


Pengarah DBP mesti pandai bahasa, bukan mengampu

Posted: 07 Jul 2016 05:03 PM PDT

Anne Muhammad & Rusnizam Mahat


Apabila menyentuh mengenai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pasti yang terlintas di fikiran adalah sumbangan dan peranan yang dimainkan sebagai sebuah institusi pengembangan bahasa, budaya dan sastera di negara ini.

Pada 22 Jun lalu, DBP genap berusia 60 tahun. Namun sehingga kini institusi itu tidak lekang berdepan kritikan termasuk daripada kalangan cendikiawan dan ahli akademik sendiri.

Bagi bekas senator Syed Husin Ali, DBP harus melakukan banyak pembaharuan agar ia terus kekal relevan dalam menghadapi peredaran zaman.

Paling utama, katanya, institusi bahasa itu sendiri harus diterajui individu yang benar-benar berkebolehan dalam bidang bahasa dan sastera.

"Pengarah DBP kena orang yang betul-betul komited dengan bahasa, tahu masalah pendidikan bahasa dan tahu masalah penerbitan (bagi menghasilkan) buku-buku yang bernilai.

"Sekarang pengarah baru, kakitangan kerajaan yang tak tahu soal bahasa dan kerjanya mengampu," katanya ketika ditemubual Malaysiakini di sebuah syarikat penerbitan,Gerak Budaya baru-baru ini.

Mungkin ramai mengenali Syed Husin sebagai seorang tokoh politik veteran dan pernah memimpin parti Rakyat Malaysia (PRM), sebelum parti itu bergabung dengan Parti Keadilan Nasional.

Namun mungkin tidak ramai tahu Syed Husin juga adalah seorang penulis dan pernah bersama mengasakan Persatuan Penulis Nasional (Pena).

Banyak menulis buku berkaitan politik dan sosiologi termasuk kajian Melayu dan beberapa buah cerpen, Syed Husin yang kini berusia 80 tahun masih aktif menulis.

Menurutnya kini, usaha bagi meningkatkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dilihat agak ketinggalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, gedung bahasa itu juga seperti tidak berdaya dalam menyatakan pendiriannya terhadap beberapa dasar kerajaan membabitkan soal bahasa.

"Macam soal DLP (Dual Language Program). Soal itu ternyata mencabar kedudukan bahasa Melayu.

"Apabila DBP tidak bersuara ini memundurkan peranan DBP untuk bersama-sama memperjuangkan bahasa kebangsaan," katanya yang suatu ketika pernah rapat dengan penulis tersohor seperti sasterawan negara, Allahyarham Datuk Usman Awang dan Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail.

Tak segah bangunan

Syed Husin berkata, kejayaan DBP tidak seharusnya diukur dari segi materialistik semata-mata.

Sebaliknya, DBP harus berperanan dalam menerbitkan lebih banyak buku dan karya-karya berkualiti.

"Bangunannya gah dan pegawainya agak ramai juga, tapi DBP tidak segah pembangunan yang dibina.

"Jadi mengukur kejayaan institusi itu bukan dari segi bangunannya tapi melalui buku yang diterbitkan, berapa (banyak buku) yang ditulis dan saya rasa tak seimbang di antara keindahan bangunan itu dengan hasil yang dikeluarkan," kata Syed Husin.

Selain itu, katanya, DBP juga perlu bergerak sebagai sebuah institusi bebas selari dengan tujuan asal ia ditubuhkan dan tanpa sebarang campurtangan politik.

"Mereka mesti jalankan kerja tanpa interference dari politik kepartian. Ia mesti jadi institusi bebas dan kerjanya mesti menjalankan tujuan yang termaktub dalam tujuan asal DBP ditubuhkan," tegasnya.

Bukan hanya institusi Melayu

Syed Husin berkata DBP tidak seharusnya dilihat sebagai sebuah institusi Melayu semata-mata, apatah lagi ia merupakan sebuah gedung bagi bahasa kebangsaan.

Oleh itu, katanya, adalah penting sekiranya DBP turut melibatkan peranan bukan Melayu yang mahir dalam soal bahasa.

"Ia adalah natural kalau lebih ramai orang Melayu yang terlibat (dalam DBP), tapi bagi saya janganlah sampai kelihatan seolah-oleh exclude orang bukan Melayu.

"Salah satu cara nak tarik orang bukan Melayu iaitu dengan melibatkan mereka dengan kerja-kerja dalam DBP dan aktiviti dalam DBP," katanya.

Tambah Syed Husin, antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan mempergiatkan usaha penterjemahan buku-buku bahasa asing termasuk bahasa Cina dan Tamil.

"Kalau banyak buku bahasa Cina dan India diterjemah, mereka akan merasa buku-buku mereka dimuliakan dan diiktiraf serta tidak merasa diketepikan," katanya.

Tangkap, bebas, tangkap, kali keenam buat Sanjeevan

Posted: 07 Jul 2016 04:54 PM PDT

Adrian Wong


Tangkap, bebas, tangkap semula - Pengerusi Badan Pemantau Jenayah (MyWatch) Datuk R Sri Sanjeevan - terperangkap dalam kitaran ini sejak dua minggu lalu.

Seperti apa yang berlaku semalam, tidak lama selepas Majistret Seremban menolak permohonan reman ke atas Sanjeevan, polis Kajang menunggu untuk menahannya semula sekali lagi pagi ini, untuk kali keenam.

Semalam, Sanjeevan ditahan semula selepas polis gagal mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya daripada Majistret Seremban.

"Kamu lihat, laporan polis ini (yang membawa kepada penangkapanya) hanya dibuat semalam, bertujuan untuk memastikan bahawa beliau akan ditangkap semula.

"Mereka sedang membawanya ke Kajang. Jika majistret menolak reman esok, pasti akan menjadi tangkapan semula.

"Semua ini dirancang," kata peguam Sanjeevan, Preakas Sampunathan kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Pada 23 Jun lalu, polis menahan Sanjeevan di plaza tol Nilai, berikutan aduan bahawa beliau memeras ugut RM25,000 daripada seorang pengusaha judi haram. Pemandunya, seorang warga India, berusia 26 tahun, turut ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 385 dan 506 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan ugutan jenayah.

Sebelum ini, Sanjeevan lantang menentang rasuah dalam pasukan polis, dan pernah ditembak hingga parah pada tahun 2013.

Empat kereta kemalangan akibat pemandu mengantuk

Posted: 07 Jul 2016 04:27 PM PDT

Astro Awani 
 
Empat kereta kemalangan akibat pemandu mengantuk
Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan dua hala yang lurus dengan garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan. -Gambar: Twitter/JBPM
 
 
KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM24.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat sini, pagi tadi.

Mangsa Abdullah Asri @ Amat, 60, bersama isterinya, Mariyatul Batang, 51, maut di lokasi kejadian akibat kecederaaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman kemalangan jam 9.40 pagi itu berlaku selepas pemandu kenderaan pelbagai guna menghala ke sungai rengit masuk ke laluan bertentangan akibat mengantuk.

Ia menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan tiga lagi kenderaan.

Akibat dari kemalangan itu pemandu dan penumpang salah sebuah kereta meninggal dunia.

Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan dua hala yang lurus dengan garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.
Permukaan jalan kering dan cuaca baik pada waktu pagi. 
 
 

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT