Isnin, 11 Julai 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Saya juga merasai apa yang Dr Maza rasakan

Posted: 11 Jul 2016 12:45 AM PDT

MSO

Saya berkongsi perasaan yang sama dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza) berkaitan dengan "kebebasan akhbar" diamalkan portal berita MalaysiaKini yang menaik turunkan berita tentang pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang memberi gambaran seolah-olah pendakwah itu menggalakan keganasan.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Perkara itu sempat menjadi isu dan mendapat reaksi beberapa pihak sehari dua lepas.

Saya membaca artikel dalam portal berkenaan dan perasaan saya, samalah dengan apa yang menjadi tanggapan Dr Maza. Sebagai penulis kecil dan terlibat dalam dunia kewartawanan dan akhbar, saya memahami tujuan artikel begitu ditulis. Iya mungkin benar mahu mengamalkan kebebasan berakhbar, tetapi tidak dapat tidak di celah-celahnya ada nawaitu mencari keuntungan.

Sepatutnya portal berkenaan tidak menyiarkan artikel berkenaan yang sumbernya diambil daripada luar, atau daripada pihak lain yang tidak dapat disahkan kerana berkemungkinan ia berniat jahat. Bukankah ia meragukan? Walaupun selepas itu ada penjelasan atau komentar balas, tetapi ia meninggalkan sesuatu yang negatif.

Apabila Dr Maza melahirkan keterkilannya atas apa yang berlaku itu, bahawa portal berita berkenaan semacam ada niat halus untuk memburukkan Islam, itu persepsi yang diperolehi daripadanya oleh mereka yang bersifat intelegensi.

Teguran dibuat Dr Maza itu kena dengan kedudukannya sebagai seorang Mufti. Mufti perlu berpandangan lebih luas terhadap isu-isu kentemporari daripada terbelenggu dengan perasaan untuk menjatuhkan hukum atau "mengharbikan" mana-mana pihak. Kepekaan Dr Maza patut dicontohi oleh Mufti dan agamawan lain.

Berbalik kepada isu dimainkan oleh MalaysiaKini berhubung Dr Zakir Naik itu,  perkara ini memang disedari kalau kita mengikuti apa yang didedahkan oleh portal berkenaan. Kebebasan dan kepentingan awam itulah motto yang digunakan, tetapi di hujung yang terpendam ada niat tidak baik dan motif tersendiri.
Bagi saya portal ini kurang tanggungjawab kepada agama bangsa (0sendiri?), tetapi lebih mementingkan kepada komersil dan figure (pelawat)nya. Kalau ia ada tanggungjawab itu, berita dan kebebasan yang diperjuangkan itu akan dikawal dengan tertib sehingga tidak menimbulkan kecurigaan dan tanggapan seperti apa dirasai oleh Dr Maza dan saya.

Kita memang inginkan sebuah media yang bebas, tetapi kebebasan itu mesti terarah kepada kebaikan bagi sebuah negara dan bangsa. Piagaman yang perlu digunakan oleh portal itu dan juga media lain ialah piagam kebebasan cara kita bukan piagam dunia yang dijuarai Barat.

Kebebasan itu juga perlu dilingkungan dengan adat sopan dan mampu membawa kebaikan, wal hikmah. Jauh sekali kalau ia menjadi agen murahan kepada mana-mana pihak dengan ketara, seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 atau RTM. Media berkenaan menjijik dan menjelek serta membelakang etika sebenarnya dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

Walaupun Malaysiakini telah membela dirinya dengan memberi fakta apa yang ditulis itu adalah sumber dari luar, dan telah berlaku adil dengan menyiarkan kenyataan balas (penjelasan), tetapi ia tidak dapat menghilangkan tanggapan tadi. Kalau ia sudah diketahui sumber kenapa dipetik. Inilah menjadi persoalan dan menyebabkan timbul syak wasangka buruk kepada portal tersebut yang ia mempunyai agenda tertentu.

Wujud implikasi lain apabila berita atau perkara itu disensasikan. Mungkin niat portal berkenaan tidak sejauh itu. Tetapi apa jadi dengan pelawatnya? Penyiaran itu telah memberi ruang untuk pelawatnya berargumentasi, berforum dan bebas meluahkan pendapat sehingga mengecam pendakwah itu secara melulu. Ruang yang disediakan itu telah mewujudkan reforendum idea. Inilah kesan dan dapatan negatif daripada penyiaran artikel berkenaan.

Saya kira pihak Editornya arif akan kesan pengutipan bahan luar itu, dan ia tentu dibuat dengan ada motif tertentu. Ia tahu tindakan balas daripada penyiaran artikel itu. Sebuah media dianggap profesional tidak mungkin berbuat sesuatu tanpa motif. Pada asasnya semua media massa ada konsep dan prinsip serta nilai perjuangan sendiri. Apakah perjuangan MalaysiaKini dalam hal ini?

Sebenarnya, apa yang berlaku dalam portal ini bukan sahaja suka memainkan isu sensasi dapat mengaut pengunjung, tetapi turut juga memecah mecilkan pemikiran orang di luar sana. Sedar atau tidak MalaysiaKini telah menjadi atau membuka ruang untuk membolehkan orang bertelagah sesama sendiri, khasnya dalam aspek agama dan politik. Kesungguhan mereka mendomoinasi perkara ini seolah-olah menjadi modal perniagaan bagi mereka.

Peranan atau sikap demikian bolehlah disamakan sebagai menahan lukah dipergentingan. Tidak salah bagi portal berkenaan mencari untung dan laba besar, tetapi biarlah berpada-pada dan dibuat atas semangat mendokong pembangunan bangsa, negara dan agama (Islam).


TERBURU-BURU PULAK? GANTUNG DULU BARU SIASAT TIDAK TERBURU-BURU KE?

Posted: 11 Jul 2016 12:36 AM PDT

shahbudindotcom


Tindakan Shafie Apdal mengumumkan keluar UMNO nampaknya mula meninggalkan kesan yang menakutkan bagi UMNO. Tapi segala-galanya bak kata pepatah, "sudah terantuk, baru tengadah."

Setelah bekas Naib Presiden UMNO itu berbuat demikian dan diikuti dengan tindakan majoriti pimpinan UMNO Bahagian Semporna serta sebilangan lagi di Batu Sapi juga keluar UMNO, nada pimpinan UMNO sudah lain jadinya.

Melalui beberapa maklumat, beberapa pemimpin UMNO dan ahli-ahli di beberapa bahagian lain di Sabah juga bakal mengikut jejak Shafie dalam tempoh terdekat ini.
 
 
 
 
Dua pemimpin tertinggi  yang juga ahl Majlis Tertinggi UMNO, Mustapha Mohamad dan Ismail Sabri Yaakob antara yang awal tampil menyifatkan keputusan Shafie itu sebagai terburu-buru.

Kata mereka, kedudukan Shafie hanyalah digantung sementara menunggu laporan Jawatankuasa Disiplin UMNO dan bekas menteri itu tidak seharusnya terburu-buru membuat keputusan keluar daripada UMNO.

Kenapa baru sekarang mengatakan keputusan Shafie itu terburu-buru?

Siapa yang terburu-buru sebenarnya?

Adakah Shafie yang membuat keputusan keluar UMNO setelah digantung tanpa dipanggil membela diri itu sebagai terburu-buru atau UMNO yang menggantung beliau terlebih dahulu tanpa memberi surat tunjuk sebab dan memanggil membela diri sebagai pihak yang lebih terburu-buru?
 
 
 
 
Adakah dalam mesyuarat MT UMNO yang membuat keputusan penggantungan itu, Mustapha dan Ismail Sabri ada bercakap dan memberi pandangan agar Shafie diberikan surat tunjuk sebab dan dipanggil membela diri terlebih dahulu sebelum digantung?

Adakah hanya setelah melihat keadaan yang berlaku di Sabah selepas Shafie keluar parti dan mungkin berlaku kesan lebih besar daripadanya, maka pemimpin-pemimpin UMNO mula berubah nada? 


3 warga Myanmar maut dilibas parang di Prai

Posted: 11 Jul 2016 12:28 AM PDT

 
Dalam kejadian serangan ganas berkumpulan itu, pekerja Myanmar terbabit dikelar manakala dua lagi rakannya dipancung kepala.


machete


GEORGE TOWN: Tiga pekerja kilang warga Myanmar maut dilibas, sementara seorang lagi cedera parah dalam satu serangan dilakukan sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang di Prai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kumpulan penyerang terbabit datang ke asrama mangsa di Lorong Nagasari 1 di sini dengan menaiki empat motosikal.

Menurut polis, tiga mangsa yang berusia antara 26 dan 33 tahun pada ketika itu sedang mandi di anjung asrama berkenaan.

Seorang jiran memberitahu polis beliau nampak serangan ganas itu, di mana mangsa pada mulanya dikelar dua lelaki yang kemudiannya memancung kepala mereka.

Seorang lagi mangsa yang sedang mandi bersama dua lagi lelaki terbabit, berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Manakala, seorang rakan senegara yang segera datang untuk melihat kekecohan itu turut maut dikelar.
Dua mangsa dikenali sebagai Naing Win, 28, Kyaw Hoe, 33, sementara mayat ketiga masih belum dikenal pasti.

Ketiga-tiga mangsa ialah pekerja kilang di Bukit Tengah.

Ketua Polis Seberang Prai Tengah ACP Rusli Md Noor berkata polis setakat ini menahan 15 lelaki bagi membantu siasatan.

Semua suspek berumur antara 22 dan 38 tahun ialah rakan sekerja dan teman serumah mangsa.

Saman syarikat konsesi tol yang gagal selesai kesesakan

Posted: 11 Jul 2016 12:25 AM PDT

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
 
 
Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man


Masalah kesesakan lebuhraya setiap kali musim perayaan dan cuti adalah masalah bersama. Malangnya, masalah ini hanya dipikul para pengguna lebuhraya yang terpaksa berhabis banyak masa dan minyak yang tidak diperlukan.

Hari ini, pengorbanan dan kesabaran pengguna lebuhraya tidak pernah dihargai. Malah, mereka dibalas dengan pelbagai perangkap hadlaju dan saman, yang tujuannya lebih kepada menghukum dan mendenda yang secara langsung menambahkan beban kos perjalanan mereka dan bukannya untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Contohnya, banyak perangkap hadlaju sengaja dipasang di tempat-tempat tersembunyi untuk memerangkap para pengguna lebuhraya. Ini seolah-olah menghukum dan mengikis duit pengguna lebuhraya adalah agenda utama perangkap hadlaju ini dipasang. Ramai hanya tersedar mereka terkena saman hadlaju apabila surat saman tiba di rumah.

Jikalau menyelamatkan nyawa para pengguna lebuhraya menjadi keutamaan perangkap hadlaju, maka sepatutnya perangkap hadlaju harus dipasang di selekoh-selekoh maut lebuhraya secara terang-terangan tanpa perlu bersembunyi.

Para pengguna lebuhraya pula diberikan amaran seawal 5km sebelum tiba di destinasi perangkap hadlaju yang dipasang agar mereka dapat mengurangkan kelajuan kereta sebelum tiba di selekoh maut supaya mereka boleh melalui mana-mana selekoh maut dengan kadar laju yang selamat dan tidak membahayakan diri dan keluarga. Ini sebenarnya tujuan asal perangkap hadlaju di mana ia adalah untuk menyelamatkan nyawa dan bukannya sebagai alat mendenda dan menghukum.

Tahun ini, fokus masalah lebuhraya ditumpukan kepada salahguna laluan kecemasan. Malah, Perdana Menteri sendiri ada membuat satu kenyataan khusus di Facebook menyentuh isu ini.

Dalam isu ini, PAS bersetuju bahawa laluan kecemasan tidak sepatutnya digunakan melainkan kecemasan.
Namun, PAS ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa jangan sekadar tahu saman pengguna lebuhraya tanpa melihat punca kesesakan lebuhraya sehingga pengguna terpaksa menggunakan laluan kecemasan ketika musim perayaan dan cuti.

Menyaman para pengguna lebuhraya yang menggunakan laluan kecemasan bukanlah penyelesaian kepada masalah kesesakan lebuhraya di depan mata setiap kali musim perayaan dan cuti.

Rakyat sudah ditekan dengan kekerapan kenaikan tol dari semasa ke semasa. Untuk berlaku adil, kerajaan harus mengenakan tekanan kepada syarikat konsesi tol untuk mencari formula menyelesaikan kesesakan di plaza tol.

Seperti para pengguna lebuhraya, syarikat konsesi tol yang gagal mengatasi masalah kesesakan di sepanjang lebuhraya, terutamanya kesesakan di plaza tol juga mesti disaman.

Syarikat konsesi tol yang gagal menyelesaikan masalah kesesakan di plaza tol, PAS mencadangkan agar ditarik balik kuasanya untuk mengutip tol sepanjang musim perayaan dan cuti kerana lebuhrayanya tidak dapat memberikan manfaat penjimatan masa dan minyak yang setimpal dengan kadar tol yang dikenakan pada para pengguna lebuhraya.

Antara plaza tol yang sangat sesak ialah Plaza Tol Bentong dan Gombak. Plaza ini telah terlalu lama beroperasi dan sewajarnya ia ditutup kerana telah melebihi tempoh. Paling tidak disarankan Plaza Tol Bentong dihapuskan dan kutipan hanya dibuat di Plaza Tol Gombak.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  adalah Timbalan Presiden PAS.

Jika laporan audit 1MDB disiar SR palsu, kenapa dakwa rahsia bocor?

Posted: 11 Jul 2016 12:17 AM PDT

 MAHFUZ OMAR
 
 
Mahfuz Omar tunggu siapa ada teloq.Mahfuz Omar tunggu siapa ada teloq.


1.Sarawak Report (SR) telah mendedahkan sebahagian dari laporan penuh Ketua Audit Negara yang dibentangkan kepada Jawatan kuasa kira kira kewangan negara (PAC). Mereka telah mendakwa mengikut laporan Ketua Audit negara PM Najib terlibat dan bertanggung jawab terhadap salah guna wang dalam 1MDB.

2.Hingga kini *tiada apa apa penafian dari PM Najib mahu pun Ketua Audit Negara yang mengataka pendedahan SR tentang laporan siasatan audit 1MDB oleh Ketua Audit Negara adalah palsu*.Yang ada hanyalah kenyataan Menteri Komunikasi dan multimedia Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak yang menggesa  pihak Polis menyegerakan siasatan bagaimana *kebocoran dokumen rahsia rasmi Laporan ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang boleh menjejaskan keselamatan negara* diperolehi oleh SR dan Datuk Nur Jazlan Timbalan menteri Dalam Negeri mengesahkan Polis akan menyiasat.

3.Sepatutnya ketua Audit Negara sekali baca saja laporan SR boleh mengesahkan benar atau tidak yang dilaporkan oleh SR. Jika laporan itu palsu tak timbul dah macam mana laporan boleh bocor. Najib boleh saja ambil tindakan undang undang terhadap SR kerana fitnah.

*Jika laporan itu benar POLIS,SPRM,BANK NEGARA dan PEGUAM NEGARA boleh memulakan langkah untuk mengheret PM Najib kemuka pengadilan*. Hari ini Ketua Polis Negara kata nak minta pengesahan dari Ketua Audit Negara terlebih dahulu betul atau tidak yang dilaporkan SR.La dah empat hari baru nak dapat pengesahan. *Ketua Audit bukan buta Huruf*.Dia pun baca laporan SR.Kalau tak betul dia boleh buat kenyataan serta merta kata tak betul.

4.Kalau Ketua audit negara kata laporan SR itu betul tak ada makna juga Polis siasat kalau tak berani nak ambil tindakan terhadap Najib atau SR.Ia hanya akan menghabiskan wang rakyat saja selepas hilangnya wang dalam Skandal negara 1MDB. *Saya nak tanya Polis untuk apa Polis nak siasat.Adakah nak ambil tindakan atau hanya nak habiskan wang rakyat*.Saya cadang biarkan SR dedah sepenuhnya laporan Ketua Audit Negara kemudian kalau kerajaan Najib ada teloq *bebaskan laporan ketua audit negara berkaitan 1MDB dari OSA dan bentang pada awam untuk rakyat buat perbandingan dengan laporan SR*.

5.Kalau kedua dua laporan itu betul dan sama  maka *Ketua Polis negara,Ketua Pesuruhjaya Sprm,Gabenur bank negara dan Peguam Negara yang ada teloq pergi heret Najib untuk didakwa* bukan siasat siapa yang bocor maklumat OSA.Kalau laporan SR yang tak betul hanya menanti kalau *PM Najib ada teloq ambil tindakan pada SR kerana fitnah beliau*.

#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia
#SayangiRakyat
 

Kembalikan kedudukan Sarawak sebagai 'wilayah' bukan 'negeri'

Posted: 11 Jul 2016 12:12 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Kedudukan Sarawak dalam Malaysia masih menjadi perbahasan pemimpin politik negeri.Kedudukan Sarawak dalam Malaysia masih menjadi perbahasan pemimpin politik negeri.


Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen meminta kerajaan BN memfailkan rang undang-undang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan supaya Sarawak dapat kembali kepada kedudukan asalnya sebagai sebuah wilayah.

Menurutnya, DAP bersedia menyokong pindaan berkenaan dan bersama Ahli Parlimen BN dan PKR, ia memerlukan lebih daripada majoriti dua pertiga meminda perlembagaan berkenaan.

"Kami dalam DAP sudah menjelaskan pendirian kami malah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sudah membuat pendirian bahawa DAP akan menyokong pindaan kepada perlembagaan bagi mengembalikan kedudukan Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan negeri dalam Malaysia.

"BN mempunyai 122 Ahli Parlimen (28 adalah dari Sarawak) manakala DAP mempunyai 38 Ahli Parlimen. Saya percaya PKR juga menyokongnya dan ini bermakna kita akan ada lebih daripada dua pertiga untuk meminda perlembagaan.

"Maka itu tidak perlu lagi bercakap, lakukan di dalam Parlimen," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Petra Jaya, dekat sini semalam.

Chong juga Ahli Parlimen Bandar Kuching mengulas mengenai seruan Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk merujuk kepada Sarawak sebagai sebuah wilayah dalam Malaysia dan bukan negeri di dalam persekutuan apabila berunding dengan kerajaan persekutuan mengenai penurunan kuasa.

"Pada mulanya di dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan asal, ia telah diperuntukkan bahawa Malaysia terdiri daripada empat wilayah iaitu Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

"Bagaimanapun pada 1976, pindaan perlembagaan telah dibuat di mana klausa tersebut telah dipinda kepada 'Malaysia terdiri daripada 13 negeri iaitu…termasuk Sabah dan Sarawak dan satu wilayah'.

"Di sanalah status Sarawak sebagai sebuah wilayah telah diturunkan kepada negeri," kata Chong.

Manakala Karim juga ketika ditemu bual mengenai perkara itu menyifatkan saranan untuk merujuk kepada Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan negeri sebagai 'sangat subjektif'.

Sambil menyatakan perkara itu agak sensitif, beliau berkata ia adalah lebih penting untuk memberi tumpuan kepada hak Sarawak kerana ia adalah salah satu daripada pihak yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963.
"Tidak seperti negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu di Semenanjung Malaysia, mereka menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 sebagai satu entiti manakala Sarawak menandatanganinya sebagai satu lagi entiti, Sabah entiti lain selain Singapura.
"Pada pendapat saya, dari aspek perundangan, ia harus dipanggil persekutuan negeri," katanya.

Karim juga Menteri Muda Belia dan Sukan berpendapat bahawa Sarawak masih dapat menganggap diri sebagai sebuah negeri kerana ia adalah sebahagian daripada Malaysia, lapor Borneo Post.

"Sarawak masih boleh dianggap sebagai sebuah negeri tetapi ia adalah sebuah negeri di dalam satu kesatuan dalam sebuah konfederasi.

"Sama ada kita harus menganggap diri sebagai sekadar Sarawak atau sebuah negeri, bagi saya itu adalah perkara kecil.

"Apa lebih penting sekarang ialah ketika kita menandatangani Perjanjian Malaysia, terdapat hak tertentu kita sudah persetujui dan hak ini telah dihakis sejak 53 tahun yang lalu dan kita mahu mengembalikannya," katanya.

Karim berharap hak negeri ini dapat dikembalikan semula, terutamanya dalam usaha Adenan terhadap autonomi Sarawak.

Umno alat lindungi kepentingan individu tertentu, kata KB Batu Sapi

Posted: 11 Jul 2016 12:05 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Pangiran Roslan Pangiran Nasrun (tengah) mengumumkan beliau keluar parti kerana kecewa dengan parti yang melindungi kepentingan individu.Pangiran Roslan Pangiran Nasrun (tengah) mengumumkan beliau keluar parti kerana kecewa dengan parti yang melindungi kepentingan individu.

Umno parti tertua orang Melayu kini dianggap sebagai alat melindungi dan menjaga kepentingan individu tertentu, secara tidak langsung merosakkan dan melumpuhkan parti, dedah  Naib Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Pangiran Roslan Pangiran Nasrun.

Beliau berkata demikian  dalam satu kenyataan ketika mengumumkan beliau keluar parti pada Ahad.

Seramai 600 ahli Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi itu telah mengumumkan keluar parti serta merta kerana tidak puas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno mengantung jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tanpa dipanggil membela diri.

"Umno kami terima dahulu disebabkan pemimpin dan barisan kepimpinan yang telus dan fokus membantu membela nasib orang Melayu dan Bumiputera di Semenanjung dan di negeri Sabah.

"Walaupun pada awalnya Umno agak sukar diterima di sini, tetapi kami memilih untuk menyertai parti Umno kerana percaya dan yakin dengan perjuangan yang pada ketika itu memang hanya untuk rakyat.

" Tetapi apa yang berlaku pada masa kini adalah parti Umno ini dijadikan alat untuk melindungi dan menjaga kepentingan indvidu tertentu yang secara tidak langsung telah merosakkan dan melumpuhkan parti," ujarnya.

Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, dan disebabkan tidak mahu lagi bersekongkol dengan pemimpin yang menggunakan parti Umno ini untuk kepentingan peribadi yang pada akhirnya akan merosakan masa depan negara dan anak bangsa.

"Saya mengumumkan keluar parti Umno serta-merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada Presiden parti dan juga barisan kepimpinannya.

"Tindakan ini saya ambil dengan rela hati, tiada paksaan dari mana-mana pihak. Kepada pengundi di kawasan saya, terima kasih saya ucapkan dan saya akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan," ujarnya.

Beliau juga menjangkakan akan lebih ramai ahli yang akan keluar parti.

"Dijangka lebih ramai akan menyusul…" ujarnya.

Sebelum itu pada 27 Jun seramai 300 ketua cawangan Umno Bahagian Semporna keluar parti apabila Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti.

Sebahagian daripada 600 ahli daripada 100 cawangan Umno Batu Sapi Sabah yang mengumumkan keluar parti pada Ahad.Sebahagian daripada 600 ahli daripada 100 cawangan Umno Batu Sapi Sabah yang mengumumkan keluar parti pada Ahad.
 

Tujuh Parti Tolak Pakatan Harapan, Bentuk Gabungan Pembangkang Baharu

Posted: 11 Jul 2016 12:02 AM PDT




Lina Soo (kanan), Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) jurucakap gabungan pembangkang baharuLina Soo (kanan), Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) jurucakap gabungan pembangkang baharu


Tujuh parti menolak Pakatan Harapan (PH) membentuk gabungan pembangkang baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo.
Bercakap pada sidang media di Sibu pada Ahad, Soo berkata gabungan pembangkang baharu itu ditubuhkan kerana Pakatan Rakyat (PR) telah berpecah belah dan sudah tidak sehaluan lagi.

Tambahnya, gabungan pembangkang baharu itu dinamakan Gabungan Rakyat Saksama atau ringkasnya Saksama, yang terdiri daripada tujuh parti iaitu STAR, Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat (PAP) dari Semenanjung.

"MUPP di bawah presidennya, Philip Among memulakan gabungan baharu ini bulan lalu. Tujuh parti politik bersetuju menjadi sebahagian daripadanya dan kami menjangkakan lebih ramai akan menyertai gabungan ini," kata Soo.

Beliau berkata permohonan untuk mendaftarkan parti itu telah dibuat dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
"Kami menjangkakan untuk melancarkan (gabungan) parti baharu ini dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi," katanya.

Pada 31 Mei lalu, Pengerusi penaja Saksama, Phillip Among berkata tujuh parti itu pada dasarnya telah bersetuju untuk membentuk gabungan pembangkang baharu melalui mesyuarat bersama yang telah diadakan.

Phillip, yang juga Pemangku Presiden MUPP berkata gabungan pembangkang baharu itu akan dibentuk secara formal sepertimana BN.

"Kami mahu Gabungan Rakyat Bersatu menjadi perikatan formal kedua dengan simbol yang sama di Malaysia selepas BN yang telah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu,"katanya kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama buat kali kedua.

Hadir dalam mesyuarat bersama itu ialah David Dass (Setiausaha Umum PAP), Patrick Anek Uren (Timbalan Presiden PBDS), Jack Giau (Presiden Perpaduan), Lina Soo (Presiden STAR) dan Abdul Banning Mohd (Presiden Sapu)

David Dass berkata, gabungan itu berharap dapat membawa perubahan bukan sahaja untuk Sabah dan Sarawak, tetapi juga di Semenanjung.

"Jika semuanya berjalan lancar, kita akan melihat Malaysia yang baharu,"katanya.

IS keluar majalah bahasa Melayu pertama

Posted: 10 Jul 2016 11:57 PM PDT

MALAYSIAKINI


Berdepan penolakan rakyat Malaysia, kumpulan bersenjata IS terus cuba menyebarkan fahamannya di kalangan rakyat negara ini.

Mereka kini dikatakan bergerak setapak lagi ke depan dengan menerbitkan majalah berbahasa Melayu pertamanya, Al Fatihin.

Menurut Utusan Online, edisi pertama Al Fatihin memuatkan pelbagai propaganda dan berita berkaitan kegiatan militan mereka dalam bahasa Melayu dan Indonesia.

Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana edaran makalah itu.

Portal itu melaporkan, carian di Internet menunjukkan Al Fatihin (bermaksud 'Penakluk') diterbitkan melalui cetakan digital sahaja.

Ia dikatakan dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan pengenalan "600zaza" pada 20 Jun lalu di laman web Internet Archive.

IS sebelum ini telah menyampaikan propagandanya melalui video bahasa Melayu di Youtube.

Ia antaranya memberi amaran ibu pejabat polis Bukit Aman tidak lagi akan aman dan mereka akan memenggal leher musuh-musuhnya.

Guan Eng boleh tanding pemilihan parti, kata DAP

Posted: 10 Jul 2016 11:43 PM PDT

Kow Gah Chie


DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam masa beberapa minggu akan datang bagi memutuskan sama ada akan mengadakan pemilihan parti atau sebaliknya.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, jika pemilihan diadakan tahun ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu melepaskan jawatan sebagai setiausaha agung.

Bagaimanapun, tambah Loke, Guan Eng masih boleh bertanding dalam pemilihan tersebut dan memegang sebarang jawatan lain selain setiausaha agung.

"Ini bukan persoalan letak jawatan, beliau masih boleh bertanding dalam CEC.

"Di bawah perlembagaan parti, (Guan Eng hanya boleh memegang) kedudukan setiausaha agung dihadkan tiga penggal. Namun, beliau masih boleh berkhidmat di bawah kapasiti lain," ujarnya semasa sidang akhbar.

"CEC akan bertemu tidak lama lagi - dalam beberapa minggu akan datang atau mungkin dalam satu, dua minggu lagi," katanya.

"Kita perlu berbincang mengenai isu ini dalam mesyuarat CEC akan datang kerana penggal sekarang akan berakhir pada 29 Sept," katanya.

Jika DAP memutuskan untuk tidak mengadakan pemilihan baru, parti itu boleh menangguhkan pemilihan selama 18 bulan sahaja, jelas Loke.



DBKL akan kaji kualiti bendera Malaysia di sekitar KL

Posted: 10 Jul 2016 10:44 PM PDT

Oleh Bernama 
 
 


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula kualiti bendera Malaysia yang dikibarkan di sekitar ibu negara berikutan bendera yang dikibarkan di Dataran Merdeka koyak akibat angin dan hujan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, usaha itu perlu diambil agar bendera yang merupakan lambang negara tahan lebih lama, tidak cepat koyak dan 'tahan lasak' berbanding yang sedia ada.

Beliau berkata, Jalur Gemilang yang koyak itu telah diturunkan pada Jumaat lepas dan akan diganti dengan yang baharu esok.

"Bendera yang dikibarkan di ibu negara diganti dengan yang baharu setiap tiga bulan," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Mhd Amin mengulas mengenai penyebaran gambar bendera Malaysia di Dataran Merdeka yang koyak melalui media sosial baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bendera itu koyak ekoran angin kuat dan hujan lebat pada Rabu dan Khamis lepas. - MalaysiaGazette


Tindakan tegas terhadap peneroka Felda jika terlibat Daesh - Isa

Posted: 10 Jul 2016 10:37 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
PORT DICKSON: Warga peneroka Felda akan dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati terlibat dengan kumpulan militan Daesh, tegas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad. 
 
Beliau berkata tindakan itu akan diambil berlandaskan undang-undang negara dan Felda. 
 
"Jika mereka yang terlibat adalah daripada generasi kedua dan memohon membeli rumah yang kita wujudkan untuk mereka, kita akan tolak. Ada lagi tindakan lain yang akan kita lihat dari semasa ke semasa. 
 
"Pun begitu, saya percaya pihak polis dan tentera lebih arif dalam mengenal pasti mereka yang terlibat atau menyokong aktiviti-aktiviti kumpulan militan ini. Bagaimanapun, kita memandang serius isu ini," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkannya di sini, hari ini. 
 
Isa berkata Felda akan sentiasa memantau warganya bagi memastikan mereka tidak dipengaruhi kumpulan itu.
 
Setakat ini, katanya, tiada laporan yang menunjukkan warganya terlibat dengan kumpulan militan Daesh. 
 
"Saya percaya masyarakat Felda inginkan suasana harmoni yang mereka kecapi kini terus dipertahankan.  
 
"...bagi generasi lama Felda, mereka sudah tentu tidak inginkan generasi kedua dan akan datang mensia-siakan peluang yang diberi kerajaan dengan terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah itu," katanya.
 
 

Masalah teknikal, brek punca bas rempuh sepuluh kenderaan di PLUS [TONTON VIDEO]

Posted: 10 Jul 2016 10:30 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: Sebuah bas persiaran merempuh 10 kenderaan lain dalam satu kemalangan di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, selepas Terowong Menora di sini, pada Ahad. 
 
Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata kemalangan kira-kira 3 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal atau kegagalan brek bas berkenaan.  
 
"Mengenai kecederaan, buat masa ini pihak polis tidak dapat memastikan jumlah yang terlibat," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu dilaporkan selamat. 
 
 
Beliau berkata semasa kejadian, bas berkenaan yang tidak diketahui destinasinya, secara tiba-tiba melalui bahagian lebuh raya itu lalu merempuh tiga kereta di hadapannya. 
 
"Semua pemilik kenderaan telah membuat laporan polis di cawangan Trafik Ipoh. Pemandu bas itu akan ditahan untuk membantu siasatan," katanya.  
 
Ketika kejadian, katanya, aliran trafik di lebuh raya itu bergerak perlahan. 
 
 
"Polis Perak memandang serius kejadian ini. Kita akan siasat secara menyeluruh sama ada ia melibatkan isu-isu teknikal, kelalaian dan pengaruh dadah atau alkohol," katanya. 
 
Sementara itu, jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu. 
 
Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dapat dialihkan kira-kira 4.30 petang, katanya

LIHAT VIDEO DI SINI

PAS ambil pengajaran PRU13, tak mahu beri kerusi kepada Amanah

Posted: 10 Jul 2016 10:25 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Mengambil iktibar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, PAS tetap akan mempertahankan kesemua kerusinya bagi menghadapi PRU14, akan datang.
 
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh, parti juga bertegas tidak akan sesekali beralah dengan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk memberi sebahagian kerusi milik mereka.
 
"Jika DAP dan PKR hendak beri kerusi kepada PAN (Amanah), berilah. Tetapi saya yakin, malah PAS juga, tidak akan mengizinkan mana-mana kerusi PAS diberi kepada PAN (Amanah). Saya yakin pimpinan PAS juga berpendirian yang sama.
 
"Sudah cukup kita berkorban sebelum ini untuk beri kerusi kita kepada PKR. Terpulang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk membincangkan kerusi manakah yang akan diberi kepada Amanah," ujarnya dalam temubual bersama Antarapos, baru-baru ini.
 
Mohd Fuad mengulas pendirian PAS membabitkan kerusi-kerusinya bagi menghadapi PRU14 yang hanya berbaki kurang dua tahun lagi.
 
Jelasnya, parti tidak mahu mengulangi khilaf yang sama sebagaimana sebelum ini apabila menyerahkan beberapa kerusi kepada PKR.
 
Antara kerusi yang dimaksudkan adalah Kota Damansara pada PRU13 lalu, malah Permatang Pauh juga merupakan kerusi tradisi PAS yang diserahkan kepada PKR.
 
Menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang berlangsung pertengahan bulan lalu, PAS berdepan dengan saingan tiga penjuru bersama Barisan Nasional (BN) dan Amanah.
 
Bagaimanapun BN kekal mempertahankan dua kerusi berkenaan, dengan jumlah undi yang lebih tinggi berbanding PRU13.
 
"Kepada PAN (Amanah) untuk meminta kerusi yang mereka pegang dan bawa lari sekarang (daripada PAS), jawapannya adalah tidak.
 
"Saya tidak mengatakan PKR kena pertimbangkannya. Tetapi di dalam perbincangan, kita tidak mahu ada pihak yang kalah-menang. Kita mahu kedua-duanya menang. Bilangan kerusi mungkin kekal, tetapi mungkin berlaku perubahan kawasan, sekiranya ada," tegas Mohd Fuad.
 
Rentetan kekalahan PAS dan Amanah dalam PRK serentak 18 Jun lalu, ramai pemimpin pembangkang mengajak PAS mengadakan rundingan bersama PH bagi menghadapi PRU14, bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dapat diadakan.
 
Namun sehingga kini PAS masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tawaran tersebut.
 
 

Tiada ulasan: