Isnin, 11 Julai 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Lebai Jenih Lidah Bewak

Posted: 11 Jul 2016 06:27 AM PDT


   Inilah dia lebai jenis lidah bewak! Dalam kuliah sesama puak dia, bukan main ranggi tuduh orang kapior la bagai....korang tengoklah cara dia cakap berapi-api dalam vdo nih!

Tapi bila dah kena saman masuk mahkamah, demi untuk lepaskan diri, maka dia pun cakap lain.... Lebai bewak ni kata , Umno, PKR, Amanah... semuanya tu adalah Ahli Sunnah wal Jamaah....pulak dah!?

Saja la aku nak ulang soalan aku kepada Norazli Musa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu dalam kes Norazli Musa lwn Ahmad Syihan Ismail. Aku tanya Norazli Musa : 

 S : Dalam konteks Malaysia, Jemaah Islam tu siapa ustaz? Apakah Jemaah Islam dalam konteks Malaysia 
 J : Dalam kupasan banyak hadith mengatakan, Nabi katakan dalam hadith "Al-jamaah" tu, ulamak kata Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

 S : Saya kata dalam konteks Malaysia sekarang ini, Ustaz sebagai seorang ahli politik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ketua Penerangan PAS Perak, Jemaah Islam ini merujuk kepada siapa?  
J : Ahli Sunnah Wal Jamaah, siapa-siapa yang bersetuju dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ianya termasuk Jemaah. 

 S : Jadi termasuklah Umno? 
 J : Kalau dia mendakwa dia Ahli Sunnah Wal Jamaah 

 S : Termasuklah PKR? 
 J : Kalau dia mendakwa dia Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

 S : Termasuklah Parti Amanah Negara? 
 J : Kalau dia mendakwa dia Ahli Sunnah Wal Jamaah 

 S : Jadi dalam konteks politik, dalam konteks politik itu atau konteks ini sesiapa yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah Jemaah Islam? 
 J : Mengikut hadith ini memang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 JADI Norazli Musa tak payah nak sakan sangat la berceramah atau bertazkirah kata kapiorrrrrr apa bagai kalau keluar Jemaah Lebai...... 

Hang sendiri kata Umno pon Jemaah Islam.... Keadilan pun Jemaah Islam... AMANAH pun Jemaah Islam.... Kalau bukan kerana aku dah akujanji kepada Mahkamah untuk tidak uplaod rakaman prosiding Mahkamah di sini, dah lama aku upload rakaman tu.... 

Biar semua orang tengok apa yang hang jawab dan kelentong dalam Mahkamah... ~ Zulhazmi Sharif

Ustaz Azli Meraban ....

Posted: 10 Jul 2016 11:18 PM PDT


  Ust Azli Musa, yang pernah mengaku sebagai 'pakar hadis' negeri Perak telah mengupas sepotong hadith. Lafadz hadis tersebut sebenarnya agak panjang...

  Berikut, saya perturunkan potongan hadis yg Ust Azli syarah dan huraikan melalui kuliah Maghrib yg disampaikannya di Surau ar-Rahmah, Shah Alam S8, pada malam Selasa 18 Ogos 2014, seperti berikut :

(Al Harits Al Asy'ari Radliyallahu'anhu) berkata; lalu Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda:

"Saya perintahkan kalian dengan LIMA hal yang Allah telah perintahkan kepadaku:

1. JAMA'AH,
2. MENDENGAR,
3. TAAT,
4. HIJRAH
5. DAN JIHAD DI JALAN ALLAH.

 Barangsiapa yang keluar dari jama'ah satu jengkal, maka dia telah melepaskan perjanjian Islam dari lehernya sampai dia kembali.

 Barangsiapa yang memanggil dengan panggilan jahiliyyah, maka dia termasuk bangkai Jahannam." Mereka berkata; "Wahai Rasulullah, walaupun dia berpuasa dan shalat?." Beliau bersabda: "Walaupun dia berpuasa dan shalat dan beranggapan bahwa dirinya adalah seorang muslim. Panggillah kaum muslimin dengan nama-nama yang Allah Azzawajalla menamakan mereka yaitu 'MUSLIMIN DAN MUKMININ DAN HAMBA ALLAH Azzawajalla'."

  Pas bukanlah Jama'atul muslimin. Pas hanyalah jama'ah minal muslimin iaitu jama'ah yang terdiri dari sekelompok kaum muslimin yg berjuang untuk mewujudkan cita-cita islam berdasarkan manhaj atau metode gerakan masing-masing.

 Azli Musa telah tersasar jauh bila menganggap Pas adalah Jamaatul Muslimin lalu dia menyifatkan mereka yang keluar dari Pas sebagai telah keluar dari Islam.

 Azli tergamak memanggil mereka ' Kafir ' dan bukan dengan panggilan islam sebagai mana yang Allah dan RasulNya perintahkan :
Panggillah kaum muslimin dengan nama-nama yang Allah Azzawajalla menamakan mereka yaitu 'MUSLIMIN DAN MUKMININ DAN HAMBA ALLAH Azzawajalla'."
Dibahagian akhir hadith tersebut yang selengkapnya menyatakan: 
 " ...Barangsiapa yang memanggil dengan panggilan jahiliyyah, maka dia termasuk bangkai Jahannam."
Mereka berkata; "Wahai Rasulullah, walaupun dia berpuasa dan shalat?."
Beliau bersabda: "Walaupun dia berpuasa dan shalat dan beranggapan bahwa dirinya adalah seorang muslim. Panggillah kaum muslimin dengan nama-nama yang Allah Azzawajalla menamakan mereka yaitu 'MUSLIMIN DAN MUKMININ DAN HAMBA ALLAH Azzawajalla'."
 Jelas di sini bahawa Nabi telah mengancam mereka  akan masuk neraka yang walaupun mereka berpuasa dan beranggapan bahwa diri mereka adalah seorang muslim; lantaran kerana memanggil orang lain dengan seruan jahiliah.

 Cuba kalian amati sejenak, apakah yang dimaksudkan dengan 'panggilan/seruan jahiliah'?

  Iaitulah seruan  untuk saling bermusuhan dengan jama'ah yang lain; mengaku jama'ahnya sahaja yang betul, yang lain adalah sesat! Mengajak orang lain untuk masuk dan berhukum kepada jama'ahnya sahaja sehingga sanggup mengkafirkan  kaum muslimin lain yang tidak bersama jama'ah mereka.

  Nabi tidak maksudkan ancaman tersebut terhadap mereka yang keluar dari jama'ah satu jengkal.... seperti mana yang Azli Musa ulang-ulangkan itu...

 - Kenapa pakar hadis ini tidak sebut dan menghuraikan bahagian akhir hadis tersebut ini ?

 Malah dia telah mengingkarinya dgn celupar memanggil mereka yang keluar dari jemaah yakni partinya (Pas) dengan panggilan KAFIR !

  Seperkara lagi pakar hadith ini ada menyebut pada minit 6: 50 ~ ala... kata Nabi ... ketahuilah oleh kamu, kata Nabi... man farraqal jama'atin minal sibrin, faqad khala'a rib qatul-Islami min 'unuqihi ....

  Betulkah ada kalimah "ala... ?? kata Nabi ... i'lamu....?? ketahuilah oleh kamu, kata Nabi... Saya tak berjumpa lagi setakad ini....

  Nak tahu ... apa hukumnya menambahkan perkataan-perkataan yang Nabi tidak sebutkan?

Tiada ulasan: