Jumaat, 29 Julai 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi Ketua Pesuruhjaya SPRM?

Posted: 29 Jul 2016 06:54 AM PDT

  Tahniah kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana baru sahaja dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Beritanya  di sini

   Paling gembira tentulah penyamun-penyamun balak di Kelantan..... bolehlah teruskan projek mereka tanpa tergugat....

  Kah! Kah! Kah! Orang Pas boleh berangan lah.... sehingga akhbar Singapura tu perbetulkan gambar yang dipaparkannya itu ....

Shukri : 'SPRM bukan tempat pengecut'

Posted: 29 Jul 2016 05:41 AM PDT

  Suasana sedih menyelubungi majlis perpisahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

 Ia bermula apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meninggalkan pesanan terakhir pada "anak-anak buahnya".

 Shukri mengambil kesempatan mengingatkan mereka supaya menjalankan tanggungjawab dengan berani demi melawan barah rasuah dalam negara.

 "Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.

 "Peliharalah kebebasan SPRM mencegah rasuah, bukan satu kerja yang mudah banyak cabaran dan dugaan, hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah," katanya yang membuatkan dewan suram.

 Ketika ucapan itu, kedengaran esakan kakitangan SPRM sambil tunduk dan mengelap air mata.

 Shukri akan meninggalkan suruhanjaya itu bersama dua lagi pegawai kanan suruhanjaya itu, iaitu rakan sejawatnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali dan ketua pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

 Dalam ucapan itu Shukri turut memberi nasihat kepada ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya supaya jujur dalam menjalankan tugas kerana akhirnya mereka akan menerima hukuman di akhirat.

 "Nasihat saya, kepada para hakim jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak, siapa pun terlibat kerana satu hari nanti kita akan bertemu Hakim yang adil, yang akan jatuhkan hukuman pada kita.

 "Pada waktu itu semua termasuk saya akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, menjadi peguam bela ke atas diri kita sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi.

 "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.

 "Utamakan rakyat berkhidmat lah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti, ingatlah satu hari nanti rakyat akan jadi saksi bila bertemu pencipta kita. 

"Pada masa itu tidak jawatan tidak ada pengaruh, tidak ada konspirasi, tidak ada kuasa yang boleh membantu tuan-tuan untuk mengubah keputusan yang telah dibuat oleh pencipta kita," katanya dengan nada sebak. ~ sumber

Tiga "pahlawan" SPRM ucap selamat tinggal

Posted: 29 Jul 2016 02:47 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan satu majlis perpisahan untuk Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan dua timbalannya petang ini.

 Abu Kassim secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas 32 tahun perkhidmatan.

Kain rentang yang diletakkan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini juga mengesahkan khabar angin pemberhentian Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali.

 Difahamkan Shukri juga telah bersara daripada perkhidmatan.

 Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan kemudiannya mengumumkan pelantikan Mustafar sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baru berkuatkuasa 1 Ogos.

 Mustafar akan menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 Pada masa yang sama, Ali turut mengesahkan pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad, seorang pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara, sebagai pengganti Abu Kassim.

 Abu Kassim, sementara itu, akan menawarkan kepakaran beliau sebagai perunding kepada fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara.

 Majlis perpisahan hari ini dihadiri oleh lebih 1,000 pegawai dan kakitangan SPRM dari seluruh negara.

 Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Mohd Jamidan Abdullah menyifatkan ketiga-tiga mereka sebagai "pahlawan" yang telah membawa agenda transformasi dalam suruhanjaya itu. ~ sumber

Selena Gomez :Pas cuma tahu buat bising nak berlagak jadi hero konon!

Posted: 28 Jul 2016 11:25 PM PDT

 Pas jangan nak ngada-ngada dan perasan mendabik dada kononnya kerana protes merekalah maka Selena Gomes berpakaian sopan.

  Bahawa penampilan Selena Gomez dengan pakaian yang sopan itu adalah setelah tekanan dan desakan dibuat oleh Pemuda Pas...konon...phui!

Menurut  Ahmad Sayuti Bashiron :
Dalam mesyuarat Ahli Majlis MBSA semalam (20 Julai 2016), Ahli-Ahli Majlis PAS bersungguh bangkit menyuarakan bantahan pada Datuk Bandar dan jabatan yg terlibat.

 Namun kalangan Ahli Majlis MBSA itu juga ramai yg bersetuju apabila mendapat penjelasan oleh Datuk Bandar, bahkan bersetuju untuk kelulusan diberikan tertakluk pada syarat tambahan dan system pemantauan yg ketat, demi memastikan penganjur menepati kesemua syarat kelulusan agensi yg terlibat.

Syarat tambahan MBSA antaranya:

a. Pakaian yg sesuai dan bukan seksi

b. Tiada penggunaan arak / alcohol

c. Tiada aktiviti melibatkan dadah.
d. Tiada aktiviti yg tidak elok, etc.
  Maknanya, Pas telah sedia maklum mengenai syarat-syarat tambahan diatas, tetapi kenapa PAS Selangor melalui Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat melakukan demonstrasi di hadapan pintu masuk Bangunan SUK Selangor, dan menghantar beberapa wakil berjumpa dgn kakitangan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor untuk membantah pada hari yang sama?

Berikut pula maklumat fesbuker Aznan Hamat :
Kronologi Sebenar Konsert Selena Gomez...
1. Exco Slgr lulus pada Rabu 13/7. Unanimously, tanpa bantahan, walau ada yg bertanya soalan. Dlm Exco ada 3 wakil Pas. Alasan lulus sbb semua 6 agensi federal dah lulus, termasuk mereka setuju dgn etika pakaian Jakim / Puspal tetapkan.

 2. Hari yg sama, SUK Slgr serah ke MBSA. Hari yg sama MBSA buat meeting pegawai utk ketetapan. Dato Bandar kata, tak blh tolak, sbb 6 agensi pusat, 2 agensi negera dah lulus. Jabatan MBSA cdgkan syarat tambahan.

 3. Khamis 14/7 MBSA panggil all ketua whip Pas/Pkr/Dap dan explain situasi. Tiada bantahan dan setuju dgn syarat. Hari sama MBSA panggil penganjur, mereka setuju dgn semua syarat. Letak bond USD5 juta.

 4. Isnin 18/7 MBSA luluskan.

 5. Isnin tu juga baru Pas bising.

 6. Rabu Mesyuarat Ahli Majlis, baru Ahli Majlis Pas buat bising. Datuk Bandar kata, keputusan dah dibuat dan semua syarat dah diberikan, sbb tiada bantahan mana2 parti sblm ini.

 7. Hari yg sama Pas demo depan SUK. Wakil SUK sebut, dia hanya ambil maklum sbb kelulusan dah diberikan oleh Exco dan MBSA.

 Masa concert mmg MBSA lantik pemantau dari MBSA dari AM Pkr/Dap. AM Pas x mahu jadi pemantau, pasukan penguatkuasa pun ramai.

 So kalau Pas kata itu hasil kejayaan mereka, ikut kronologi mmg satu pembohongan yg ketara...

 Cukup lah itu hanya satu joke oleh Khiril dan lain2 pemuda yg malu dgn kegagalan AM Pas hadir meeting, dan gagal lasanakan tugasan mereka....

 W'alam.
Pas cuma tahu buat bising nak berlagak jadi hero konon! Hipokrit adalah! Nak kabo tu jer....

Idris Ahmad, Kalau hang suka pun jangan melampau sangat nak jilat!

Posted: 28 Jul 2016 06:00 PM PDT

Kalau benci pun jangan melampau sangat' 

 SHAH ALAM – Pas mengingatkan mana-mana pihak yang menuduh parti Islam itu membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) tidak menabur fitnah. 

 Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, parti itu hanya mengingatkan sahaja kerana tidak mahu AS menjadikan isu pendedahan DoJ itu sebagai alasan untuk melakukan sesuatu kepada negara ini. 

 "Tak habis-habis hendak fitnah kepada Pas. Terbaru kata Pas bela (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat. 

 "Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu. 

 "Pas hanya mengingatkan sahaja. Siapa tidak kenal AS terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. 

 "Di Syria, atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. Pas konsisten mengenai hal kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan. 

 Sebelum ini, DAP mendakwa Pas membela Najib selepas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan sebarang tuduhan mahupun dakwaan terhadap Perdana Menteri perlu disertakan dengan bukti dan saksi yang adil. 

 Menyentuh soal pendedahan DoJ mengenai dua rakyat Malaysia, Riza Aziz dan Jho Low, Idris menyarankan agar tindakan diambil ke atas mereka. 

 "Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti. 

 "Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab," katanya. 

 Rabu lalu, DoJ dilaporkan cuba mendapatkan kembali 17 aset bernilai lebih RM4 bilion melibatkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan melalui dana 1MDB.

Komen al-Husseyn :

  Macam-macamlah alasan nak jilat presiden dia! Boleh pula nak bawa contoh Amerika serang Osama Laden dan al-Qaedah di Afghanistan, nak dikaitkan pula dengan peperangan IS di Syria ....

 Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat  (DoJ) memfailkan tindakan undang-undang pada hari Rabu lalu yang mahu merampas berpuluh-puluh hartanah terikat kepada 1MDB, mengatakan bahawa lebih AS $ 3.5 bilion telah disalahgunakan. Ia bertujuan untuk merampas aset "terlibat dalam dan boleh dikesan kepada konspirasi antarabangsa untuk penggubahan wang haram dari dari 1MDB".

  Global Financial Integrity Report yang berpengkalan di Washington pada 8 Disember 2015 telah menyenaraikan negara Malaysia anatara 5 negara teratas dalam penggubalan wang haram. Reputasi antarabangsa Malaysia kini lebih teruk daripada Thailand atau Indonesia dan hampir sebaris dengan negara seperti Nigeria dan Rusia dalam hal pengubahan wang haram.

 Malaysia merupakan negara yang bergelar Kleptokrasi kerana 1MDB iaitu "kerajaan yang diterajui perompak" yang mana risiko dinasionalkan dan keuntungan di swastakan 

  Deris Ahmad, hang janganlah nak kelentong sangat, kononnya Hj Hadi dan Pas konsisten mengenai hal kedaulatan negara?

 Pas sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana telah membantu negara dalam usaha membenteras penggubahan wang haram melalui kemudahan banking di Amerika dan pendedahan Kleptokrasi negara.

  Kerajaan telah gagal menyiapkan siasatan yang berkaitan dengan 1MDB. Pada Jun tahun lalu, kerajaan meminta untuk tempoh enam bulan untuk menyelesaikan masalah-masalah 1MDB. Tiga bulan kemudian, satu lagi 6 bulan telah diminta. Ia telah lebih daripada satu tahun sekarang dan masalah itu adalah jauh daripada diselesaikan. Bukan sahaja seluruh negara tetapi seluruh dunia kini tahu mengenai tompok hitam ini yang akan terpahat dalam sejarah kita.

   Sebelum pendedahan bukti-bukti oleh DoJ, bukan main Hj Hadi desak mahukan bukti.

  Bila dikeluarkan bukti mulalah merapu kononnya nak ingatkan kita semua kemungkinan Amerika nak serang Malaysia! Cukup-cukuplah kelentong kamu tu semua!

  DoJ mendedahkan semua ini melalui dokumen 136 muka surat siasatannya dengan fakta yang jelas dan nyata, tiba-tiba Hj Hadi menyatakan mahu bersama kerajaan Kleptokrasi untuk halau US ?

  Hj Hadi dan Idris ingat dua rakyat Malaysia, anak tiri Najib, Riza Aziz dan penasihat rapat Najib, Jho Low tu besembunyi di Malaysiakah??

   Tujuan DoJ merampas aset - kondominium, rumah-rumah besar, hotel, dan kerja seni - semua yang telah dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1MDB dan rakyat Malaysia.Aset itu tidak akan menjadi hak kepunyaan kerajaan Amerika Syarikat.

  Aset yang disita itu akan dipindahkan kembali kepada kerajaan Malaysia. AG Lynch Amerika Syarikat berkata, " Ini adalah wang rakyat Malaysia. Ia bukan hak kepunyaan Amerika. Kami mahu memberikan kembali kepada anda."

  Tapi sebelum itu, Malaysia kena tunggu ada seorang perdana menteri yang baru.... Amerika bukan bangang sangat nak bagi semula aset tu kepada perompak!
 
Jadinya... dimanakah peranan ulama' seperti Hj Hadi? Bukankah Hj Hadi pernah kata nak jadi penasihat BN? Hj Hadi ada peranan yang besar untuk menasihati mereka bukan pergi ampu sana, ampu sini!

 Hj Hadi sepatutnya menasihati mereka yang ada konflik kepentingan, orang seperti Najib yang terlibat untuk pergi bercuti.

Deris ... Deris... hang hanya sebut nama dua ekoq tu jer... tapi macam mana hang boleh lupa nak sebut sekoq lagi "Malaysian Official 1"! Sedangkan "Malaysian Official 1" itu disebut sebanyak 36 kali dalam dokumen DoJ itu. Hang Deris dah melampau!

   Dan rata-rata semua orang mengatakan "Malaysian Official 1" itu adalah Najib! Pendedahan menerusi dokumen tersebut, membuktikan bahawa skendel 1MDB ini menunjukkan bahawa najib seorang pembohong, tidak jujur, tidak amanah, rasuah, menggunakan kedudukan untuk mengayakan diri dah keluarga.

   Apakah Hj Hadi dan Pas sudah lupa amaran Allah melalui ayatnya Surah al-Hud:113 yang selalu kita diperdengarkan suatu ketika dulu - Wa la tarkanu ilalladzina dzalamu.....??

  Hj Hadi dan Pas perlu menyedari bahawa ini bukan satu perkara serangan bermotifkan politik atau untuk menjatuhkan ketua yang dipilih secara demokrasi kerajaan. Ini bukan satu perkara masa depan politik seseorang itu. Ini adalah satu perkara yang mempunyai kepentingan negara dan untuk mengelakkan memalukan lanjut mengenai bagaimana kita menangani isu-isu yang kini pada skala global.

  Maksud sepotong hadis Nabi menyatakan: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya......"

Tiada ulasan: