Selasa, 19 Julai 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bilakah Dua Pesuruhjaya Pas akan mohon maaf kerana memfitnah?

Posted: 19 Jul 2016 06:53 AM PDT

 Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya menjadi pejuang dan penegak (qawwamin) keadilan. Allah juga mengingatkan kita supaya jangan berlaku zalim hanya disebabkan kita benci kepada sesuatu kaum.

Fiman Allah surah Al-Maidah: 8 yang bermaksud ~ Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Tegakkanlah keadilan, itulah yang lebih hampir dengan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan.

 Maka amat malang sekali jika dua orang Pesuruhjaya parti yang mengaku memperjuangkan Islam, tapi bertindak zalim disebabkan kebencian kepada golongan DAP...

Fitnah dari Ust Saiful Bahri, Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu
Gambar asal yang sebenarnya adalah di Lapangan Terbang Dong Muang, Bangkok ketika banjir buruk Thailand pada 10 Nov 2011, gambar berikut :


   Sementara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkongsi menyibarkan fitnah berikut pula :


 Gambar asal dari Reuter :


 Akhbar New York Times, Julai 5 melaporkan mengenai banjir di pedalaman China, yang mengakibatkan tanah runtuh akibat hujan lebat yang berlangsung dari bulan Jun. Di ladang babi dengan Anhui di pedalaman, lembangan Sungai Yangtze, 6000 kepala atau lebih babi  tenggelam dalam air dalam banjir itu.

 Kalau dua orang ni gentleman, ada rasa tanggungjawab dan berwibawa, pastinya kita akan mendapat khabar , mereka menyatakan rasa kesal dan mohon maaf kepada netizen kerana memfitnah.

  Tapi rasanya, besar kemungkinan bahawa mereka berdua ni akan ikut jejak langkah presiden mereka... Mereka akan lebih wala' kepada Hj Hadi daripada wala' kepada ayat Allah di atas itu... Allahu a'lam!

Daripada gencatan senjata, TITM berubah menyerang Khalid Samad dan Amanah!

Posted: 18 Jul 2016 04:33 PM PDT


  Kenyataan  Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak parti pembangkang melaksanakan genjatan serangan dan menumpukan serangan kepada Umno-BN sahaja mendapat sokongan Naib Presidennya, Pesuruh Jaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad dan kesemua wakil rakyat Pas di negeri Selangor.

 Malangnya suara dan sokongan tersebut telah disanggah dengan begitu sahaja oleh pimpinan PAS yang lain.

   Kenyataan Hj Hadi dalam memberikan reaksnya terhadap saranan TITM itu agak keras. HJ Hadi telah mengingatkan TITM bahawa, "PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran,"

"PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya."

Kenyataan keras Hj Hadi menempelak Timbalannya telah mendapat perhatian beberapa ahli politik tanah air.

 Keadaan ini telah mendorong Khalid Samad menyarankan agar Tuan Ibrahim dan mereka yang menyokongnya supaya meninggalkan Pas kerana petanda kepada wujudnya pemikiran baharu di dalam PAS.

  Khalid berpandangan TITM dan rakan-rakannya  tidak lagi mewakili pendirian PAS kerana Hj Hadi dan penyokongnya menyanggah saranan gencatan senjata TITM dan menganggapnya ianya sebagai pandangan peribadi TITM.Khalid sangat memahami perasaan TITM kerana beliau dan rakan-rakannya yang mengambil jalan keluar Pas pernah mengalaminya sendiri.

  Mungkin Khalid sangat simpati kepada TITM dan penyokongnya. Khalid tidak mahu TITM dan penyokongnya menerima nasib sepertinya yang telah dianugerahkan banyak gelaran-gelaran sebelum diminta keluar...

 Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Nakhaie Hj Ahmad menyifatkan cara berpolitik Hj Hadi sebagai bengis.
Politik bengis: Kalau nak kerjasama dengan aku, kenalah ikut aku. Itu sempadannya. Tak ikut aku tak akan kerjasama. Lawan terus. Politik ramah: Kita berkerjasama dalam perkara yang kita persetujui bersama dan kita mengikut jalan masing2 dalam perkara yang kita berbeza. Kita akan terus berdialog untuk mencari persefahaman dan persetujuan dalam usaha kebaikan untuk rakyat dan negara.

 Ciri2 politik bengis juga mudah menghukum kafir, fasik, munafiq terhadap saudara muslim yang tidak sealiran. Politik ramah pula sentiasa menginsafi diri dan memahami realiti lalu mengambil pendiruan " pendirian aku adalah betul tetapi berkemungkinan salah.Pendirian orang lain adalah salah tetapi berkemungkinan betul." Sesuatu pendapat manusiawi tidak mutlak, kerana itu setiap masa harus berusaha mengkoreksi diri dengan menilai setiap langkah supaya menepati syariah.
  Mungkin kerana tempelakan itu menyebabkan TITM terus kecut lalu berubah 360 darjah dan serta merta itu pula menyerang Khalid Samad  dan Amanah.

   Saya sangat tertarik dengan komen  saudara Shahbudin yang menyarankan agar  TUAN IBRAHIM SEPATUTNYA LEBIH DULU MELAKUKAN GENJATAN SENJATA DALAM DIRINYA.

   Shahbudin menulis antara lainnya :

 Jika sebelum ini beliau meminta semua parti-parti pembangkang melakukan genjatan senjata, Tuan Ibrahim seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik mengenai apa yang dilafazkannya itu.

 Tempelakannya agar Khalid Samad berdiam diri dan Amanah dibubarkan, sama sekali tidak mencerminkan keinginan daripada hatinya sendiri ke arah genjatan senjata, jauh sekali untuk sama-sama menumbangkan BN.

 Tidak salah untuk Tuan Ibrahim memberi reaksi terhadap saranan Khalid Samad yang memintanya meninggalkan Pas, tetapi meminta Amanah dibubarkan untuk melahirkan suasana aman dalam pembangkang, lebih menunjukkan ingin berperang daripada mengangkat senjata.

 Tuan Ibrahim seharusnya sedar ketika beliau menyarankan genjatan senjata, Amanah sudah pun wujud dan menjadi sebahagian anggota dalam Pakatan Harapan. Sewajarnya, perkara itu disedari dan dihormati.

 Jika daripada awal sudah mahukan Amanah dibubarkan, buat apa bercakap mengenai genjatan senjata?

 Bukankah genjatan senjata untuk saling menghormati, bekerjasama dan mencapai persetujuan sesama rakan dalam blok pembangkang demi mencapai matlamat menumbangkan musuh yang sebenar?

 Selain itu, tindakan Tuan Ibrahim siang-siang lagi bercakap mengenai pembahagian kerusi pilihanraya dan membayangkan hanya Amanah sebagai punca pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14 akan datang juga tidak mencerminkan keinginan ke arah saling berganding bahu menumbangkan BN.

 Beliau nampaknya sudah menyerlahkan keinginan Pas untuk membolot semua kerusi yang pernah ditandinginya sebelum ini dan tidak mahu memberi peluang sama sekali kepada Amanah untuk meletakkan calon, walhal genjatan senjata baru dilafazkan dan rundingan mengenai pembahagian kerusi belum pun dimulakan lagi.

 Apa yang Pas utamakan dalam perjuangan sebenarnya - kerusi untuk diri sendiri atau saling bekerjasama untuk mengalahkan BN?

 Lebih-lebih lagi kerana Tuan Ibrahim sendiri mengatakan saranan genjatan senjata itu adalah idea peribadinya, maka beliau seharusnya berlatih untuk mengawal dirinya secara peribadi terlebih dahulu. Mulakan genjatan senjata dalam jiwa, hati dan perasaan sendiri terlebih dahulu sebelum mengajak orang lain melakukannya.

 Jika tidak, saranannya itu tidak bermaka apa-apa kepada sesiapa, termasuk diri Tuan Ibrahim sendiri. (SH 18/07/2016).

Tiada ulasan: