Ahad, 10 Julai 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


RUU 355 ANGKAT TARAF MAHKAMAH SYARIAH???

Posted: 10 Jul 2016 11:45 AM PDT

 Ust Zakaria Ahmad telah mendakwa bahawa RUU persendiraian yang Hj Hadi bawa ke parlimen itu bertujuan supaya  Mahkamah Syariah naik taraf sama dengan Mahkamah Sivil.

"Baru ni Tok Guru Haji Hadi Awang… dia bawa satu usul dalam parlimen supa diletakan Mahkamah Syariah standard taraf sama dengan Mahkamah Sivil… dan Alhamdulillah diterima untuk peringkat bacaan … nak bahas dia bulan sepuluh nanti…"  (sila rujuk entri di sini )

 Berikutan dengan dakwaan tersebut, Ust Che Ibrahim Mohamad telah memberikan reaksinya supaya kita sama-sama memahami apa sebenarnya duduk perkara : 

Benarkah Pas sudah berjaya??
    RUU 355 hanya sekadar utk mengubah kuasa hukuman yg boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah drp denda tidak melebihi RM5000, penjara 3 thn dan sebat 6 kali kpd suatu hukuman mengikut undang2 Islam yg tidak disebut satu persatu bentuk hukumannya.

 Cadangan ini sama sekali tidak mengubah bidangkuasa dan taraf mahkamah syariah yg sedia ada sebagai sebuah mahkamah keluarga Islam mengikut negeri2.

 Perbezaan Mahkamah Syariah dgn Mahkamah Sivil antaranya:

 1. Mahkamah Syariah ditubuhkan melalui Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri2, manakala Mahkamah Sivil ditubuhkan melalui peruntukkan2 dlm Perlembagaan Persekutuan.

2. Mahkamah Syariah hanya berkuasa ke atas perkara2 berkaitan hal2 kekeluargaan Islam dan kesalahan2 rukun Islam bagi penganut agama Islam shj, manakala Mahkamah Sivil berkuasa mengenai semua perkara berkaitan undang2 selain undang2 mahkamah syariah.

3. Struktur Mahkamah Sivil disusun mengikut Persekutuan manakala struktur mahkamah syariah di susun mengikut negeri2. Mahkamah sivil terdiri drp:

i. Mahkamah Majistrate
ii. Mahkamah Seksyen
iii. Mahkamah Tinggi
iv. Mahkamah Rayuan
v. Mahkamah Persekutuan. Manakala struktur mahkamah syariah ditubuhkan mengikut negeri2 yg terdiri drp:

a. Mahkamah Rendah Syariah
b. Mahkamah Tinggi Syariah
c. Mahkamah Rayuan Syariah.

4. Bidangkuasa Mahkamah Sivil meliputi semua akta2 dan enakmen yg diluluskan oleh Badan Perundangan samada oleh Parlimen atau DUN, manakala bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terhad setakat enakmen2 yg berkaitan agama Islam shj.

5. Perlantikan Pegawai2 Kehakiman Sivil dibuat mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan oleh Suruhanjaya Kehakiman, manakala perlantikan pegawai kehakiman syariah hanya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri2 sbgmana jawatan2 lain spt pembantu tadbir, pegawai tadbir, pemandu dll.

6. Pegawai2 Kehakiman Sivil diberi berbagai2 kemudahan dan keistimewaan sehingga ianya dipandang tinggi oleh masyarakat, manakala pegawai2 kehakiman syariah tidak mempunyai apa2 kemudahan dan keistimewaan dlm perkhidmatannya sehinggalah ianya hanya dipandang sbg pegawai biasa dlm sektor perkhidmatan awam.

 Oleh itu RUU 355 tidak boleh mengubah perbezaan antara dua darjat ini, apalagi utk dianggap sbg samataraf.

Komen al-Husseyn :

Dengan penjelasan Ust Che Ibrahim ini, diharapkan masyarakat tidak lagi terkeliru dengan pembohongan yang sengaja menyelewengkan fakta dan kebenaran. Terima kasih Tuan CIM! ~ sumber

Tiada ulasan: