Isnin, 13 Jun 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


KENALI CALON RAKYAT : DR RANI OSMAN

Posted: 13 Jun 2016 03:03 AM PDT



KENALI CALON RAKYAT : DR RANI OSMAN

NAMA : Dr Abdul Rani Osman

TARIKH LAHIR : 14 April 1958 pada hari Isnin di Jalan Padang Port Swetternham (Sekarang dikenali sebagai Port Klang).

Anak bongsu dari 12 orang adik beradik. Bapa beliau bertugas sebagai kapten laut dan ibu beliau adalah seorang suri rumahtangga.

STATUS : Berkahwin dengan seorang isteri, 5 anak dan 4 cucu.

PENGAJIAN:

1. Sekolah Rendah Kebangsaan Port Klang (Darjah 1 – 5)
2. Sekolah Kebangsaan Kg Raja Uda (Darjah 5)
3. Sekolah Dato' Hamzah (Tingkatan 1-3). Pelajar Terbaik 1974 dan Daerah Klang.
4. Sekolah Menengah Sains Selangor (Tingkatan 4-5)
5. Universiti Tanta, Mesir (1977 – 1984 (Pengajian Perubatan)

PENGALAMAN BERTUGAS:

1. Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL)
2. Hospital Umum Sarawak.
3. Hospital Daerah Serian, Sarawak.
4. Klinik Kesihatan Puchong.
5. Membuka Klinik Ftirah pada 1991.

PENGALAMAN ANTARABANGSA:

Menghadiri Seminar Perubatan Antarabangsa di Dublin, Kenya, Australia, Afrika Selatan dan India.

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN (HUMANITARIAN AIDS).

Bersama NGO Yayasan Amal Malaysia :

1. Gaza, Palestin
2. Nepal
3. Sudan
4. Tamil Naidu, India
5. Vietnam
6. Peshawar, Pakistan
7. Bam, Iran
8. Aceh, Indonesia
9. Cambodia

BERTANDING DALAM PILIHANRAYA UMUM
1. DUN Meru - 2004 Kalah Majoriti 4,099
2. DUN Meru - 2008 Menang Majoriti 5,513
3. DUN MERU - 2013 Menang Majoriti 9,079

Mantan Pesuruhjaya PAS Selangor.

__
Layari laman Web Rasmi PRK P.093 Sungai Besar: pilihanraya.pas.org.my/sungaibesar

Like FB dan follow IG kami untuk dapatkan info lanjut berkenaan PRK Sg Besar.

FB : https://www.facebook.com/P.093SungaiBesar
IG : https://instagram.com/passelangor

#PAS
#PRKSungaiBesar
#SungaiBesar
#Selangor
#UndilahPAS
#P093大港補選
#請投伊斯蘭黨
#வாக்களியுங்கள்

PRK SG BESAR : BN MENANG BESAR, GST BOLEH NAIK SEHINGGA 10 PERATUS?

Posted: 13 Jun 2016 02:52 AM PDT



PRK SG BESAR : BN MENANG BESAR, GST BOLEH NAIK SEHINGGA 10 PERATUS?

SG. BESAR, 13 JUN 2016 - Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad, berkata beliau tidak hairan jika GST dinaikkan sehingga 10 peratus jika BN menang besar pada PRK Sg Besar.

Katanya jika BN menang besar mereka akan menganggap ia satu isyarat bahawa rakyat boleh menerima segala penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh mereka. Seolah-olah rakyat telah memaafkan segala tindakan-tindakan mereka.

BN juga boleh mentafsirkan sebarang kemenangan besar sebagai penerimaan rakyat terhadap polisi-polisi mereka termasuk polisi yang tidak popular seperti pelaksanaan GST.

Iskandar menjangkakan lebih banyak penyelewengan dan salahguna kuasa akan berlaku jika BN menang besar. Selain dari itu bukan sahaja GST akan diteruskan tetapi tanpa mesej yang jelas dari rakyat ia boleh dinaikkan sehingga 10 peratus seperti di Indonesia dan Vietnam.

Oleh yang demikian, katanya PRK Sg Besar dan juga PRK Kuala Kangsar amat penting bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia akan menentukan nasib rakyat selepas ini. Maka beliau menggesa para pengundi agar menolak calon BN dan memilih calon PAS kerana PAS telah terbukti sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib dan hak rakyat sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang akhbar khas di Bilik Gerakan Utama PAS di Simpang Lima, Sg Besar. Turut hadir adalah calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Ir. Haji Haslin Hassan. - Pandankini@Sg Besar

__
Layari laman Web Rasmi PRK P.093 Sungai Besar: pilihanraya.pas.org.my/sungaibesar

Like FB dan follow IG kami untuk dapatkan info lanjut berkenaan PRK Sg Besar.

FB : https://www.facebook.com/P.093SungaiBesar
IG : https://instagram.com/passelangor

#PAS
#PRKSungaiBesar
#SungaiBesar
#Selangor
#UndilahPAS
#P093大港補選
#請投伊斯蘭黨
#வாக்களியுங்கள்

Lelaki, Tolong La Isteri Di Dapur Masak Juadah Berbuka

Posted: 12 Jun 2016 07:40 PM PDT



I can still remember my mother's philosophy echoing in my eardrums "Orang lelaki takpa balik rumah letih kerja boleh baca surat khabar duduk ruang tamu tengok TV. Orang perempuan balik rumah letih kerja kena bersilat di dapur". (Men have the luxury, despite lethargy after work, to sit at the living room reading newspaper watching TV. Women even though exhausted after work have to wrestle at the kitchen).

Today, the percentage of women in the work force is 52.4% a slight majority compared to men.

The myth of "Men work, women cook" is somewhat irrelevant in today's life provided that women too have to work to earn monetary capacity for the family as the men's earnings are insufficient.

The criterion of "Able to cook" & "Able to perform household duties" should be encarved in every husband today.

I'm not a good cook (see my Telur Dadar is imperfect). But I try to be one. This post is not to show off saying I'm a good husband no. This post is to share what my mom said to me years back.

We are not living in an age where women stay at home with the children. Husbands have to help despite their working nature.

I want to "raikan" my wife with my cooking. Thank you for everything.

Men, supress your ego, we don't want that. Learn how to cook.

Tiada ulasan: