Selasa, 7 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Undi PAS = Undi UMNO

Posted: 07 Jun 2016 12:54 AM PDT

Mahfuz: PRK macam gusti, PAS belajar dari Umno

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyamakan pertandingan antara parti politik termasuk PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai pertandingan gusti.

Namun katanya berlainan dalam PRK kali ini, meskipun dinamakan pertandingan tiga penjuru tetapi di peringkat awal corak kempen dan kenyataan terbuka memperlihatkan ia pertandingan 'dua lawan satu'.


"Dua lawan satu di PRK kali ini tak ubah macam pertandingan gusti di mana tiga orang sekali lawan dalam satu pertandingan atas satu pentas gelanggang. Lalu dua orang akan cari jalan untuk lemahkan yang seorang.

"Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang, baru yang dua lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan, kehandalan dan kebijaksanaan menipu," kata Mahfuz dalam kenyataan medianya.

Katanya, PAS kini seperti sudah mengisytiharkan parti AMANAH sebagai musuhnya dalam PRK ini dan tidak pula akan menyerang Umno BN seperti dinyatakan pimpinan PAS sebelum ini.

"Begitu juga Umno BN mengisytihar AMANAH musuh mereka dan tidak PAS. Sesekali dilihat dari serangan Umno dan PAS nampak macam parti AMANAH begitu hebat dan kuat kerana ditakuti oleh PAS dan BN.

"Saya percaya pemerhati dan penganalisis politik Malaysia sedang melihat dalam kepeningan dengan perkembangan politik baru dari PRK ini," kata Mahfuz.

'PAS banyak belajar dari Umno'

Mahfuz berkata, pertandingan dua lawan satu itu menyaksikan blok ketiga pembangkang- PAS dan IKATAN serta blok kerajaan Umno BN menghalakan serangan kepada Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH.

"Apakah ini satu kebetulan atau satu perancangan strategik dari BN dan blok ketiga pembangkang untuk melemahkan lawan mereka yang sama iaitu Pakatan Harapan yang diwakili oleh AMANAH.

"PAS parti saya sudah isytihar undi AMANAH sama macam undi DAP. Sama seperti sebelum ini Umno BN menakutkan Melayu dengan slogan undi PAS sama macam undi DAP.

"Nampaknya banyak perkara yang PAS parti saya dah belajar dari Umno BN untuk menarik sokongan pengundi Melayu," katanya.

Mahfuz kelihatan merujuk spekulasi bahawa PAS akan memberi laluan kepada kemenangan BN di Sungai Besar manakala parti pemerintah akan membiarkan parti Islam itu mengambil alih Kuala Kangsar.

Spekulasi itu dibangkitkan AMANAH berdasarkan langkah PAS meletakkan Dr Abdul Rani Osman, yang tidak popular di kalangan konservatif PAS di Sungai Besar manakala BN meletakkan calon, Mastura Md Yazid, yang tidak dapat berkempen di Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan perkara itu dan berikrar akan menawan kedua-dua kerusi berkenaan.

Menurut Mahfuz, rakyat sedang memerhati mainan politik pemimpin politik dan walaupun dinafikan, rakyat hari ini sangat tajam dan jauh pandangan politik mereka.

"Maafkan saya atas kenyataan ini yang mungkin memperlihatkan perjalanan yang sukar bagi Amanah pada PRK ini.Tapi semuanya serba mungkin dan ketentuan Allah yang muktamad," katanya. -mk


PAS isytihar AMANAH musuh di PRK, bukan Umno

PAS semalam mengisytiharkan parti serpihan AMANAH sebagai lawan utama mereka dan bukan UMNO dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana berdegil meletak calon mereka.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti tersebut dilihat beriya-iya mahu menentang PAS dalam PRK kali ini dan bukannya Umno.

"Nampaknya yang beriya nak bertanding (lawan) kita sekarang ialah Amanah," katanya.

Mustafa menggesa supaya pengundi menolak AMANAH yang disifatkan parti tajaan DAP.

"Tradisinya, PAS melawan mana-mana parti kerana kita ada tahaluf siyasi dengan semua, tapi kini lain.

"AMANAH ini tajaan DAP. Kalau sokong AMANAH, samalah macam sokong DAP," katanya pada sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).

Mustafa berkata, saingan dihadapi PAS ketika berdepan pelbagai ujian, termasuk menjelang pilihan raya ibarat 'alah bisa tegal biasa' kerana parti itu sudah lama bertapak dalam dunia politik.

Katanya, lawan utama PAS pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan UMNO, sebaliknya AMANAH yang terbentuk pasca pemilihan parti Islam itu pada tahun 2015.

PAS akan berdepan saingan tiga penjuru dalam dua PRK Parlimen pada 18 Jun ini.
-The Malaysian Mirror




ULASAN GB

GB dah ulas sebelum ini. GB tulis, petikan:

Dahulu PAS mempunyai slogan hebatnya, PAS GANTI UMNO. Tetapi apa yang berlaku kini ialah PAS DAH JADI UMNO.

Malah berlebih-lebihan pula kebangangan dan ketololannya (maaf, dulu istilah "tolol" digunakan oleh Presiden PAS kepada golongan yang tidak bersetuju dengannya, kini istilah itu telah kembali kepada dirinya) apabila menggunakan keris yang panjangnya tak pernah dilihat orang dan tak pernah pula orang menggunakan keris untuk memotong makanan.

Jika kita amati memang bukan sahaja dia bangang dan tolol, malah zalim pula. Zalim bermaksud "meletakkan sesuatu sesuatu bukan pada tempatnya". Jika demikian maksudnya, menggunakan keris untuk memotong pulut memanglah zalim, kerana itu berarti meltakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Sekarang para pemimpin PAS senang-senang membuat fitnah terhadap AMANAH seperti kenyataan Mustafa Ali di atas.

Katanya: "AMANAH ini tajaan DAP. Kalau sokong AMANAH, samalah macam sokong DAP,"

Tapi PAS tidak dapat membuktikan lansung AMANAH itu ditaja DAP. Yang ada cuma spekulasi, tohmahan dan fitnah.

AMANAH lahir untuk meneruskan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rayat yang umum mengetahui PAS sebagai parti yang telah mengkhianati rakyat.

Dan kini PAS macam janda yang miang. Terpaksa mempertautkan diri dengan UMNO untuk mendapat sokongan rakyat. Terhegeh-hegeh tak tahu malu menjilat ludah mereka sendiri. Sampai tersasul-sasul buat keris panjang dua depa untuk tunjukkan kononnya PAS juga pejuang Melayu.

Cukup memualkan dan meloyakan.

"Tak Guna Julang Keris Jika Takut Tegur Kezaliman"

Posted: 06 Jun 2016 09:10 PM PDT

Sekalipun keris dijulang, dan besar (panjang) kerisnya, tapi kalau tidak ada keberanian menegur kezaliman, penyelewengan, rasuah dan juga tekanan di atas derita rakyat kita juga minta calon mereka juga ditolak (rakyat)".

Demikian kata Datuk Saifuddin Nasution di majlis ceramah memperkenalkan calon Pakatan Harapan, Ustaz Azhar Abd Shukur di Tongkat 10 Sungai Besar malam kelmarin.


Ustaz Azhar tak payah julang keris, kata Saifuddin dan jika beliau menang pada 18 Jun ini, suara pembangkang akan bertambah dan yang lebih penting dari itu ialah kita ingin mengajak rakyat supaya memahami politik negara di dalam memilih pemerintah kita sedang menuju ke arah sistem dua parti.

"Jika rakyat tidak setuju dengan Barisan Nasional, kita minta rakyat sokong Pakatan Harapan. Itu dua pilihan. Kita tak mahu rakyat beri peluang hantar Ustaz Azhar ke parlimen hanya untuk jadi "penasihat".

Saifuddin juga menjelaskan sebab mengapa Keadilan menyokong Amanah di dalam dua-dua PRK yang akan berlansung 18 Jun ini.

"Jawapannya jelas, Amanah sekutu didalam Pakatan Harapan. Noktah. Apa ertinya rakan sekutu? Ertinya kita sudah seia sekata, sehati sejiwa, mengikat janji setia," ujarnya.

"Apabila kita bekerja memenangkan Amanah dan apabila parti Amanah itu menang, orang Keadilan merasakan itu juga kemenangan buat orang-orang Keadilan. Amanah yang menang, DAP juga akan merasa kemanisan, ini juga kemenangan DAP," tambahnya lagi.

Mengulas PRK yang berlaku di bulan puasa, beliau menyatakan ia tidak jadi masalah. Katanya beliau pernah bertanding di dalam PRK di Lunas pada bulan Ramadhan tahun 2000 dan alhamdulillah beliau menang di dalam PRK itu.

Malah katanya di dalam sejarah Islam terdapat beberapa peperangan yang berlansung di bulan Ramadhan dan hampir kesemua pepernagan itu dimenangi oleh Rasulullah.



Tiada ulasan: