Sabtu, 25 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Wujudnya "Melayu Harbi" Disamping "Budaya Takfiri" Cemarkan Islam

Posted: 25 Jun 2016 02:13 AM PDT

Penularan fahaman takfiri di negara ini membimbangkan

Penularan fahaman takfiri di negara ini begitu membimbangkan sehingga gejala mengkafirkan pihak yang tidak sealiran pemikiran semakin menjadi-jadi di media sosial, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau juga melahirkan kebimbangan jika fahaman takfiri yang memporak-perandakan rantau Teluk khususnya Syria dan Iraq dibawa masuk ke negara ini oleh elemen Daesh (IS).

"Saya amat gusar dan bimbang dengan fahaman takfiri yang mula melanda negara kita secara hebat sekarang ini. Melabel mengkafirkan, 'menerakakan' orang sudah menjadi trend di negara ini khususnya di media-media sosial.



"Saya berpesan kepada diri saya, pimpinan, penyokong Amanah dan umat Islam dan bukan Islam supaya kita bertanggungjawab menjaga keamanan, keharmonian sesama masyarakat.

"Fahaman takfiri yang akhirnya menjadi punca pembunuhan sesama Islam seperti sedang melanda Iraq, Somalia, Syria, Libya, Afghanistan, Pakistan dan negara umat Islam lain, diharap tidak merebak ke negara ini," tegasnya.

Menurut Mohamad, kemenangan mengejut kumpulan Daesh atau Islamic State (IS) pimpinan Abu Bakr Al-Baghdadi di Iraq pernah dipuji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedangkan ia boleh mengundang bahaya kepada umat manusia khasnya umat Islam.

Mereka yang terjebak dalam budaya dan fahaman takfiri ini, jelas Mohamad sukar dipulihkan dan boleh memusnahkan negara.

"Parti Amanah berpendapat, dalam menangani perbezaan perlu banyakkan program dialog berbanding melabel-label orang.

"Pihak bertanggungjawab perlu menjaga fatwa-fatwa mereka supaya ia akhirnya tidak menjerat umat Islam itu sendiri.

"Pihak keselamatan negara pula hendaklah lebih berhati-hati dan berusaha supaya fahaman yang boleh menjahanamkan negara dan umat tidak bermaharajalela masuk ke negara ini," katanya.

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Mohamad merayu mereka yang berbeza pendapat supaya berlawan hujah dan tidak sampai melabel seseorang itu sehingga menghalalkan darahnya secara tidak sah oleh undang-undang dan agama. -MD


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Bagi GB, selain dari "budaya takfiri", yang lebih membimbangkan ialah wujudnya kumpulan Melayu Harbi. Kumpulan Melayu Harbi inilah yang menyemarakkan budaya takfiri di dalam masyarakat Islam selain mengkafirhabikan kumpulan bukan Islam yang menjadi musuh politik mereka.

Kononnya akidah akan jadi sesat jika tidak memilih pemimpin dari kalangan kumpulan mereka. Mereka yang meninggalkan kumpulan mereka dianggap kafir dan wajar diperangi dan seumpamanya.


Mereka menganggap kumpulan mereka atau parti mereka sebagai "satu-satunya jemaah Islam" yang ada, dan kumpulan dan parti lain walaupun berteraskan Islam tidak diterima.

Ini amat bertentangan dengan kenyataan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.




Kumpulan mereka juga adalah ganas, kasar dan membawa ciri-ciri budaya IS (Daeisy). Sanggup memaki-hamun, bertumbuk, melakukan keganasan, sanggup memfitnah kerana ketaksuban mereka menyebabkan mereka hilang pertimbangan akal dan menjadi gila kerana mereka berpendapat mereka saja yang membawa Islam yang benar, yang lain tidak.


Itu sesama Islam. Jika dengan kumpulan bukan Islam pula, mereka tidak teragak-agak menempelak bukan Islam itu sebagai "kafir harbi" walaupun istilah itu disalahgunakan kerana "kafir harbi" bermaksud kafir yang memerangi umat Islam. Apakah DAP khususnya pernah mengisytiharkan perang terhadap Islam? Jika tidak mengapa isytiharkan mereka kafir harbi?

Ya, DAP tidak bersetuju dengan pindaan RUU 355 Perlembagaan Malaysia. Namun ia bukan sampai "mengisytiharkan perang terhadap Islam". Ramai yang Islam juga tidak bersetuju dengan pindaan itu, malah tidak bersetuju dengan hukum hudud untuk dilaksanakan sebelum dilaksanakan hal-hal yang lebih perlu diutamakan seperti masalah rasuah negara yang dasyat, masalah kemiskinan, masalah pengangguran, rompakan balak dan seumpamanya.


Yang jelas kepada kita kini ialah terdapatnya kumpulan Melayu Harbi yang melampaui batas, iaitu Melayu yang mengisytiharkan perang keatas orang lain sesuka hati.

PAS, melalui kenyatan Mursyidul Amnya, Dr Haron Din yang secara berterus-terang menuduh DAP musuh Islam yang nyata dan Mufti Pahang yang mengkafir-harbikan DAP adalah termasuk di dalam kelompok tersebut. Kumpulan akhbar Utusan yang mengapi-apikan sentimen perkauman juga tidak terlepas dari termausk di dalam kumpulan itu.

Demikianlah, dan hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan untuk menghukum kumpulan yang melampaui batas ini kerana Allah tidak suka kepada mereka yang melampaui batas.



Selapas Haron Din, Kini Mufti Pahang Pula "Mengkafirharbikan" DAP

Posted: 24 Jun 2016 06:42 PM PDT

Sarjana tegur mufti, 'fatwa' undang pertumpahan darah

Seorang sarjana di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menegur laporan Utusan Malaysia yang mengisytiharkan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

Dr Maszlee Malik berkata, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman (gambar) patut sedar gelaran itu, yang menyebabkan halal darah pihak dirujuk.

"Istilah itu memberi maksud seseorang atau sekumpulan boleh dibunuh dengan sah oleh orang Islam kerana kekafiran dan penentangan mereka terhadap orang Islam, seperti dibincangkan sarjana Islam daripada semua mazhab.


"Oleh itu, mengisytiharkan seseorang individu atau sesebuah kumpulan di Malaysia sebagai kafir harbi membuka pintu keganasan dan menyokong wacana (kumpulan bersenjata) IS," katanya.

Utusan melaporkan, DAP, yang disifatkan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular, tergolong dalam kalangan kafir harbi.

Memetik Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, akhbar Umno itu melaporkan, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Bagaimanapun, dalam laporan Utusan itu, tidak dinyatakan petikan langsung Abdul Rahman yang menunjukkan beliau menyebut istilah kafir harbi.

Sementara itu, merujuk RUU itu, Maszlee juga membangkitkan status anggota parlimen beragama Islam yang mungkin menolaknya.

"Adakah fatwa itu menyebabkan anggota parlimen beragama Islam sama halal darahnya?" soalnya.

Beliau justeru mengingatkan pemimpim-pemimpin agama supaya berhati-hati mengeluarkan pandangan yang berkaitan dengan nyawa seseorang.

"Mereka semua dinasihat membaca tulisan (sarjana Islam terkemuka) Dr Yusuf al-Qaradawi bertajuk Fiqh a-Jihad (fekah jihad) berkaitan gelaran kafir habir.

ULASAN GB

Baru semalam Mursyidul Am PAS, Dr.Haron Din menyatakan "DAP sebagai musuh Islam yang nyata", kini Mufti Pahang pula mengisytiharkan DAP sebagai "kafir harbi" yang halal darahnya.

Sungguh dasyat mentaliti "ulama-ulama" kini, cuba mempromosikan keganasan dan pembunuhan di kalangan rakyat negara ini dan tampak seperti menyokong gerakan IS yang mewajarkan pembunuhan ke atas mereka yang bukan Islam.

Dan kedua-dua kenyataan itu dilaporkan oleh akhbar UMNO bernama Utusan Malaysia, akhbar yang sudah bankrap dengan pemberitaan beretika dengan menyalakan api perkauman di kalangan rakyat.

PAS dan UMNO nampaknya bersatu hati dan terpaksa berpaut kepada talian hayat terakhirnya iaitu "menanamkan kebencian kepada DAP" serta melabelkannya sebagai "musuh Islam" dan "kafir harbi".

GB sudah acapkali menegur golongan agamawan yang berlagak bijak dan berlagak pandai ini supaya meminta mereka berdoa kepada Allah supaya Allah hanya menciptakan manusia hanya dari satu kumpulan atau bangsa dan menghapuskan kumpulan-kumpulan (bangsa-bangsa yang lain), jika terus-menerus menyerang orang yang lain dari kumpulan mereka.

Apakah hanya sanya kita ini dilahirkan dari rahim seorang ibu yang beragama Islam, maka orang lain tidak berhak untuk hidup dan menyatakan pendirian mereka?

GB ingin bertanya, taqdirnya dahulu jika anda-anda yang sewenang-wenangnya mengkafirharbikan orang bukan Islam, dilahirkan dari rahim seorang ibu bukan Islam, bagaimanakah agaknya sikap anda hari ini? 

GB ingin bertanya, taqdirnya dahulu jika anda-anda yang membenci bukan Islam itu dilahirkan dari rahim seorang ibu bukan Islam, apakah anda-anda tidak akan menyentuh makanan yang diharamkan Islam seperti babi, arak dan sebagainya? Silap gaya andalah orang yang paling banyak melahap babi dan paling ke depan di dalam menentang hudud.

Dan anda bernasib baik kerana dilahirkan seorang Islam. Maka itu bersyukurlah dan jangan memandang rendah kepada orang lain yang tidak seagama dengan anda. Anda yang akan dipertanggungjawabkan jika anda tidak menyampaikan dakwah kepada mereka. Kita di suruh untuk berdakwah, bukan untuk menyemarakkan keganasan dan peperangan.

Itu sebab mengapa Islam mengajar kita untuk tidak "menghina" orang yang bukan dari kelompok kita. Tidak menghina ugama lain, tidak menghina "tuhan-tuhan" agama lain. Lihat ayat-ayat ini:

(2:148) Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadaNya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(10:99) Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?

(49:11) Hai orang-orang yg beriman, janganlah sekumpulan org laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

(6:107) Dan kalau Allah menghendaki, niscaya mereka tidak memperkutukan(Nya). Dan Kami tidak menjadikan kamu pemelihara bagi mereka; dan kamu sekali-kali bukanlah pemelihara bagi mereka.

(6:108) Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

(16:125) Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dgn cara yg baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yg lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang2 yang mendapat petunjuk.

Justeru itu, amat menghairankan samada PAS atau UMNO, kedua-duanya kini berlumba-lumba menyamarakkan api perkauman dan keganasan dibantu oleh agen utamanya bernama Utusan Malaysia. Apakah ini yang diajarkan oleh Islam?

Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan dan menghukum mereka yang melampaui batas ini dengan menghantar mereka ke lembah kehancuran dan kemusnahan sebelum mereka menghancur dan memusnahkan keharmonian dan keamanan negara.

Ini mengingatkan kita mengenai kata-kata Ibnu Sina seperti berikut:


Tiada ulasan: