Jumaat, 24 Jun 2016

dollah yankee

dollah yankee


Muslim pun ramai dalam parti DAP...

Posted: 24 Jun 2016 07:54 AM PDT

Image result for mufti pahang arah perangi DAP

Utusan Malaysia tuduh DAP yang komited lawan rasuah dan penyelewengan di Malaysia sebagai musuh Islam. Sedangkan, menentang rasuah sendiri adalah salah satu tuntutan Islam.
Tapi, Utusan Malaysia, akhbar pro-UMNO BN itu membisu terhadap segala celaka ekonomi dan sosial yang berlaku di depan mata ke atas negara dan bangsa akibat boros, tamak dan tidak tahu mengurus oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN sendiri.
Tuduh DAP musuh Islam adalah 'lagu lama' yang nampaknya takkan berhenti. Buatlah segala yang baik sekalipun; misalnya peruntukan pembangunan Islam terbesar diberikan Kerajaan Pulau Pinang, DAP akan tetap akan dituduh musuh Islam. Utusan bertindak seperti seekor burung kakak tua yang sudah dilatih tuan.
Rasanya, DAP pun sudah lali dengar tuduhan sebegitu.
Kali ini Utusan tidak keseorangan, mereka sudah ada PAS sebagai pembantu dan penasehat. Tuduhan semberono Utusan itu dibuat beralaskan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din. Beliau dipetik berkata: "Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga" seperti yang diterbitkan dalam UtusanOnline bertajuk 'Dr Mahathir sanggup gadai prinsip sendiri'.
Hari ini Tun Dr. Mahathir sudahpun dilabel bersekongkol dengan 'musuh Islam'. Tapi kita tidak perlu hairan, budaya label-melabel ini sudah wujud lama dalam PAS. Ia sudah ada sejak zaman solat dua imam gara-gara taksub dengan Amanat Haji Hadi 1981 sehingga ada orang PAS tidak mahu makan haiwan sembelihan orang UMNO, tidak mahu menikahkan anak melalui Tok Kadi UMNO dan sebagainya.
Budaya label-melabel yang telah menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat berpecah inilah juga telah akibatkan sebahagian besar pemimpin muda dan progresif PAS disingkirkan secara jahat oleh kelompok yang mengangkat diri mereka sebagai 'ulama' dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.
Jadi, apa nak nak dihairankan. Modus operandi menunggang agama untuk meraih sokongan ini sudah menjadi trend dunia. PAS dan UMNO akan terus membuai Melayu dengan segala ketakutan yang dicipta dan direka ...

Tiada ulasan: