Khamis, 23 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Bakal Bungkus Di Selangor, Perak & Kelantan

Posted: 23 Jun 2016 12:01 AM PDT

Ramalan Lim Kit Siang tentang keputusan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ternyata mengena apabila PAS dibuktikan begitu banyak undi setelah berpisah daripada pakatan politik pembangkang.

Parti Islam tersebut hanya memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5.684 undi di Kuala Kangsar dalam PRK yang baru selesai Sabtu lalu.

"PAS memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013.

"Mereka kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK lalu," jelas Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya hari ini.


Menurutnya lagi, PAS hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13, namun undi yang mereka perolehi pada masa itu adalah atas nama Pakatan Rakyat.

"Saya telah berhujah bahawa cerminan yang tepat untuk sokongan bagi PAS ialah keputusan PRU tahun 2004, apabila PAS yang bertanding 'sendirian' mendapat 7,988 undi di Sungai Besar dan 5,748 undi di Kuala Kangsar," ujarnya lagi.

Menurutnya, PAS malah tidak mampu mengulang pencapaian tahun 2004 di kedua-dua kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meramalkan PAS akan bungkus di Selangor dan Perak, berdasarkan keputusan PRK Sabtu lalu.

"PAS akan menyusut daripada mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor, dan lima kerusi di Perak pada PRU ke-13 sehingga langsung tidak mempunyai kerusi, sepertimana yang berlaku dalam tahun 2004," jelasnya.

Gabungan pembangkang sebelum ini – Barisan Alternatif, terkubur sebelum PRU tahun 2004, justeru memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada waktu itu.

"Pada PRU ke-14, PAS Kelantan bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun di bawah (Almarhum) Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar," katanya memberi peringatan.

ULASAN GB

Jangkaan tokoh politik veteran, Lim Kit Siang jarang kesasar. GB selalu mengikuti perkembangan jangkaan-jangkaan politiknya dan lazimnya ia menghampiri kenyataan. Ini kerana LKS adalah seorang ahli di dalam bidangnya - bidang politik. Pengalaman bertahun-tahunnya di dalam bidang itu menjadikan bacaannya tidak boleh dipandang sepi.

Di dalam PRK Teluk Intan pada pertengahan tahun 2014 dahulu, tatkala orang lain optimis yang DAP boleh memenanginya, namun pandangan LKS berbeza.

Beliau pesimis pada ketika itu sehingga pada malam mengundi pun tatkala bandar Teluk Intan mengadakan ceramah perdana yang dihadiri ribuan orang, beliau tidak nampak DAP akan menang.

Akhirnya benar, GERAKAN berjaya menewaskan DAP dengan majoriti 238.

Begitu juga di dalam PRN Sarawak yang baru lalu. Tatkala masing-masing parti berhiruk pikuk menyatakan mampu mencipta kejutan, tetapi LKS mempunyai pandangan yang berbeza.

Ketika itu beliau melihat pertembungan pelbagai penjuru yang berlaku akan hanya memenangkan BN. Kegagalan PH untuk bersatu menjadi penyebab kepada kemenangan besar BN, dan benar ia menjadi realiti.

Di dalam dua PRK yang lalu, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, LKS menjangkakan PAS akan kehilangan 10,000 undi di Sungai Besar. Dan ia menjadi kenyataan!



Kita bukan percaya kepada ramalan. Tetapi itu adalah hasil kajian dan pemerhatian dari orang yang berpengetahuan dan berpengalaman.

Kini LKS menyatakan jika PAS berdegil untuk tidak bermuafakat dengan PH, PAS akan bungkus di Selangor dan Perak malah di Kelantan juga.

Kenyataan beliau itu seperti telah diiyakan dari UMNO BN yang telah bersedia untuk mengambil-alih Selangor dan Kelantan.


PAS tak serik-serik menuduh pihak lain apabila mereka tewas. Masih menyalahkan Cina, masih salahkan DAP. Mereka tak lansung melihat salah sendiri. Kenyataan Timbalan Presiden PAS< Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan orang Cina ditakutkan oleh AMANAH dan DAP menyebabkan PAS kalah di Sungai Besar.


Suka sangat menunjukkan jarinya ke pihak orang lain melupakan empat jarinya menunjukkan ke arah sendiri. Sedang yang angkuh dan yang meragukan serta menjauhkan orang Cina terhadap PAS adalah pemimpin PAS sendiri.



Kini terpulang kepada PAS. Mereka yang menentukan nasib mereka sendiri, nak terus bersama di dalam arus politik negara atau ingin bungkus dan tutup kedai untuk sekadar menjadi penasihat kepada BN.

Semasa PAS berada di dalam PR dahulu, sewaktu tahaluf siyasi masih berjalan, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menekan perlunya kita mendapatkan sokongan kaum bukan Islam, tetapi agaknya bagaimana pendirian Ustaz Azhar sekarang ini?


Tiada ulasan: