Kelab Greenboc |
[BERGAMBAR] Azhar Ab Shukur, Calon Pakatan Harapan P093 Sungai Besar Posted: 01 Jun 2016 11:40 PM PDT Azhar Abdul Shukur telah diumumkan sebagai calon Parti Amanah Negara mewakili Pakatan harapan untuk PRK P093 Sungai Besar. Pengumuman itu dibuat di Dewan Sri Sekincan yang dihadiri oleh barisan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook, Ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum AMANAH, Mohamad Sabu, Presiden Amanah, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Naib Presiden AMANAH dan beberapa orang pimpinan yang lain. Azhar, 50, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar adalah seorang anak tempatan Sungai Besar, merupakan bekas guru yang sebelum ini mendahului dua calon senarai pendek lain yang dikemukakan Amanah Selangor kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional. Azhar ialah Pengerusi Amanah Kawasan Sungai Besar. Beliau mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Nor'adzimah Hassanuddin. Mempunyai ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian islam dari Jamiah Abi Bakr Islamiyah Karachi Pakistan pada 1993. Sebagai bekas guru beliau mempunyai pengaruh dalam hubungan dengan masyarakat setempat. Beliau juga seorang yang berjaya di dalam perniagaan. Memegang jawatan sebagai Pengarah urusan beberapa buah syarikat serta pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Islam Puchong dan Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar . Berikut ialah sedikit biodata beliau.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++ |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan