Isnin, 13 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Mahathir Sudah Temui Hadi, Tapi Hadi Nampak Dedak Saja....

Posted: 12 Jun 2016 10:58 PM PDT

'Saya temui Hadi terang kesalahan Najib tapi...'

KUALA KANGSAR - "Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.

"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎


"Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib," katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini.‎

Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini.

"Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan Najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.

"Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu.‎

"Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.

"Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya. -SH


Undi Termizi, tolak Najib, Tun M rayu pengundi Kuala Kangsar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merayu pengundi di Kuala Kangsar agar tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) sebaliknya memilih calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli yang menyokong Deklarasi Rakyat.

Beliau berkata, tindakan itu bagi membuktikan penolakan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas segala salah laku dan penyalahgunaan wang negara yang dilakukannya.

"Dalam pilihan raya ini saya minta jangan undi BN kerana BN telah diperkosa oleh Najib.

"Undilah calon kita yang pada kali ini dari parti Amanah, yang penting adalah persoalan menolak Najib.

"Jangan membazir undi. Beri undi kepada calon yang menandatangani Deklarasi Rakya dan jangan beri satu undi pun kepada BN," katanya ketika berucap dalam forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar hari ini.

Beliau juga menyeru rakyat bukan sahaja memastikan BN kalah teruk tetapi hilang wang pertaruhan.

"Kita perlu menentukan Najib (BN) kalah seburuk-buruknya kalau boleh biar hilang deposit.

"Inilah yang saya pohon daripada pengundi Kuala Kangsar. Saya tak pernah buat sperti ini. Saya tak pernah rayu untuk mennetang BN tapi dalam pilihan raya kali ini kalau kit aberi undi kepada BN maknanya kita menyokong Najib," katanya yang hadir bersama isteri Tun Dr Siti Asmah Ali.

Turut berucap di hadapan hampir seribu hadirin itu ialah calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli, bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dan Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
-MD




ULASAN GB

Seorang Naib Presiden PAS, Idris Ahmad namanya semalam membantah kenyataan Tun Dr Mahathir. Katanya Mahathirlah yang mengajar kroni-kroninya makan dedak dan bermula dari dia jugalah, pelbagai sistem ditukar bagi memastikan dia terus berkuasa.

Sebelum dari itu, beliau menjawab cabaran Rafizi Ramli di dalam isu jet peribadi Rosmah dengan menyatakan bahawa PAS juga boleh bercakap isu tersebut jika ada fakta.

Sekarang Idris menuduh TDM mengajar kroni-kroninya makan dedak iutu berfaktakah?

GB sudah ulas semalam, GB kata :

Sebenarnya GB bukanlah orang yang menyanjungi TDM. Malah pernah satu ketika dahulu? GB adalah penentangnya yang paling keras. Ingat mahazalim? Itu nama pena GB dan itu juga nama diberikan kepada Tun dahulu.

Tetapi sebagai manusia yang bertindak rasional, benci macamana sekalipun kita keatas Tun, kita tidak dapat menolak sumbangan Tun kepada pembangunan Malaysia.

Putrajaya yang Najib dan menteri-menterinya sedang duduk sekarang, Cyberjaya, PLUS, KLIA, Sepang Circuit, Petronas Twin Tower, KLCC... dan banyak lagi... itu semua dari Tun punya kepala hotak. Kita kena akur bab itu.

Sekirangnya negara perlu berhutang ketika itu, namun rakyat berpuashati dengan "hasil pulangan" yang mereka nikmati.

Berbanding dengan era selepasnya, Pak Lah dan Najib, apa yang mereka berdua tu ada selain dari menjahanamkan negara terutama Najib yang kita telah meletakkan Malaysia diambang kebangkrapan dengan pelbagai skandal khususnya 1MDB?

Nak harapkan PAS? Tanpa profesyenal dengan hanya kepimpinan ulamak orthodoks sahaja di dalamnya, taka apalah yang boleh diharapkan dari mereka. Yang mereka hanya nak perjuangkan hudud, itu pun seperti GB katakan sebelum ini, telah ditipu oleh UMNO berkali-kali.

Kerana nak membodek sangat UMNO untuk mendapatkan restu dan dedaknya, Muktamar PAS yang lepas pun terpaksa disarkaskan dengan memberi imej "UMNO" kepadanya dengan tema pahlawan Melayu.... Alangkah rendahnya harga dan maruah serta bangangnya mentaliti PAS sekarang ini...

GB amat yakin satu hari Putrajaya akan "halau" keluar mereka yang menghina dan menolak "perancang dan akitek sebenar" Putrajaya. Bagaimana mungkin anda hendak duduk di kerusi empuk di Putrajaya sedangkan orang yang mewujudkan Putrajaya itu anda hina dan tolak? Tidak mungkin Allah menyukai dan merestuinya.

Kedua, dari senario yang berlaku kini, ternyata Mahathir kini bersama dengan Pakatan Harapan sekalipun ada pihak yang menuduh AMANAH dan PH hanya memperkuatkan UMNO apabila berkerjasama dengan Mahathir.

Tetapi pihak yang menuduh itu terlupa bahawa Mahathir sudah tidak menjadi ahli UMNO.

Dan hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan memberikan kita ruang untuk membuat telahan bahawa Pakatan Harapan sedang berjalan menuju ke Putrajaya untuk menggantikan Barisan Nasional dengan membawa sekali perancang dan akitek Putrajaya iaitu Tun Dr Mahathir.


Mengubahsuai kata-kata Napoleon selepas Waterloo pada 1821: "Able was I, I saw Putrajaya"!

Tiada ulasan: