Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Seorang Inspektor, Tiga Anggota Polis Bebas Tuduhan Bunuh Dharmendran

Posted: 30 Jun 2016 03:59 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai dan tiga anggota polis menangis kegembiraan selepas dibebaskan daripada pertuduhan membunuh N.Dharmendran hampir empat tahun lepas semasa dalam tahanan lokap polis.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamardin Hashim melepaskan dan membebaskan Inspektor S. Hare Krishnan, 42, Sarjan Jaffri Jaafar, 46, Koperal Mohd Nahar  Abd Rahman, 47, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 34 daripada pertuduhan membunuh Dharmendran selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap mereka.

Beliau berkata kes prima facie pendakwaan terhadap tertuduh hanya diasaskan  kepada keterangan mengikut keadaan, tidak menjurus pada satu dapatan, dan fakta menyebabkan kematian si mati.

"Pada asasnya pembelaan tertuduh adalah bahawa mereka tidak pada bila-bila  masa, tidak mencederakan mangsa dan tidak mempunyai niat bersama untuk mencederakan atau membunuh si mati dalam kes ini," katanya yang membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan.

Kesemua lelaki itu didakwa membunuh Dharmendran, 32, di bilik soal  siasat Bahagian Jenayah Berat (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah antara 18 dan 21 Mei 2013.
Mereka berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 26 Februari lepas, kesemua anggota polis itu yang dibebaskan selama lebih  setahun, kembali semula ke penjara selepas Mahkamah Rayuan meminda keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Dis 2014, yang membebaskan kesemua tertuduh daripada pertuduhan membunuh tanpa memerintahkan mereka membela diri.

Dharmendran ditahan atas dakwaan cuba membunuh membabitkan senjata api.

Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu mewakili tertuduh Jaffri, Mohd Nahar dan  Mohd Haswadi, manakala Hare Krishnan diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim. Sebanyak 19 orang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Kesemua tertuduh menangis kegembiraan sambil berpelukan sesama sendiri di  dalam kandang tertuduh selepas hakim membacakan keputusan itu yang disahut dengan rasa gembira anggota keluarga tertuduh yang memenuhi galeri awam.

Pada 28 April lepas, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian Dharmendran, mendapati kematiannya pada 21 Mei 2013 akibat penggunaan kekerasan fizikal oleh polis.

Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata laporan bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei 2013, mendapati kematian Dharmendran disebabkan diffuse soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma.-- Bernama

Dua Anggota Polis Ditahan Reman Kerana Rasuah

Posted: 30 Jun 2016 03:59 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
IPOH: Dua anggota polis, masing-masing berpangkat inspektor dan koperal ditahan di Cameron Highlands pada Selasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM4,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Kedua-dua anggota polis berumur dalam lingkungan 30-an ditahan oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan mengeluarkan perintah reman dua hari, bermula Khamis.

Seorang jurucakap SPRM, yang enggan dinamakan, mengesahkan penahanan dua anggota polis berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Beliau berkata kedua-dua anggota polis itu dipercayai meminta suapan itu untuk tidak mengganggu urusan perniagaan yang dijalankan oleh ahli perniagaan itu.

Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Tuduhan Rasuah Libatkan Tanah Dan Banglo

Posted: 30 Jun 2016 08:18 AM PDT

MSTAR ONLINE


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town, Khamis untuk didakwa atas tuduhan bersabit kes jual beli sebuah banglo. -fotoBERNAMA
 
 
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta  pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua itu Lim didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu bekas pemilik banglo itu Phang Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu perjelas ‘Kafir Harbi’

Posted: 30 Jun 2016 08:18 AM PDT

Supaya masyarakat dicerahkan dengan takrifan yang jelas.


zamihan


PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan dan agensi agama sewajarnya perjelaskan 'kafir harbi' supaya masyarakat dicerahkan dengan takrifan yang jelas.

Ini kerana ketidakfahaman istilah 'kafir harbi' telah membawa kepada kenyataan-kenyataan yang menunjukkan sikap sembrono dan terlebih prasangka terhadap Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

"ASWAJA berpuas hati dengan penjelasan yang berikan oleh mufti dan kenyataan mengenai kafir harbi tidak ada cacat celanya," kata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) Zamihan Mat Zin, yang bertemu Abdul Rahman bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya.

Penjelasan yang diterimanya, menurut Zamihan, dibuat mengikut nas dan kitab ulama.

"Ahli politik, sarjana dan agamawan seharusnya 'tabayyun' (mencari penjelasan) terlebih dahulu sebelum membuat ulasan bebas menerusi berita akhbar dan media yang masing-masing mempunyai motif tersendiri," kata Zamihan, yang mengatakan isu ini dimanipulasikan oleh segelintir agamawan dan sarjana "terlajak ulas" dan mengaitkan kenyataan mufti itu dengan keganasan.

Dalam kenyataannya malam tadi, Zamihan tidak menafikan istilah harbi bermaksud memerangi dan diperangi.

"Namun, jangan sempitkan tafsiran ini dengan minda yang cetek. Islam mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak kecuali sekiranya Islam itu diperangi maka wajib umat Islam mempertahankannya," tegas Zamihan.

Kontroversi kafir harbi mendorong Jemaah Menteri mengeluarkan kenyataan semalam bagi menjelaskan kenyataan Abdul Rahman. Pejabat Perdana Menteri menjelaskan mufti bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.

"Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan berkenaan dengan menggunakan istilah 'diperangi'", kata Pejabat Perdana Menteri.

Sebelum itu, kumpulan profesional Islam membidas penggunaan label "kafir harbi" terhadap rakyat bukan Islam, dengan berkata ia istilah lapuk di zaman moden kecuali oleh kumpulan pengganas seperti IS dan Boko Haram.

"Ramai sarjana semasa Islam, seperti Muhammad Abu Zahrah, Abdullah Bayyah, Yusuf Qaradawi, Wahbah al-Zuhayli, Fahmi Huwaidi dan Muhammad Emarah Syakh berpendapat kategori kafir harbi dan kafir dhimmi tidak lagi relevan dan terpakai dalam kerangka sosio-politik zaman moden hari ini," kata Forum Profesional Islam (MPF).

Mufti Perlis Asri Zainul Abidin mengambil pendirian rakyat bukan Islam tidak boleh dikelaskan sebagai kafir harbi selagi mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang Malaysia.

Lelaki maut ditikam isteri selepas bergaduh

Posted: 30 Jun 2016 08:18 AM PDT


bunuh tikam
Gambar Hiasan


MARAN - Seorang lelaki orang asli maut ditikam isteri selepas bergaduh di rumahnya di Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Awang A/L Muhamad, 42, dari Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Maran.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, siasatan awal mendapati,  anak tiri mangsa berusia 30 terdengar mangsa dan suspek bertengkar.

Menurutnya, anak tiri, mangsa kemudiannya bergegas ke ruang tamu dan sempat melihat ibu tirinya menikam mangsa.

"Anak tiri mangsa sempat melihat suspek iaitu ibu tirinya berusia 33 tahun menikam perut mangsa sebanyak dua kali di dalam bilik tidur," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu terus membawa adik lelakinya berusia 11 bulan ke rumah saudara berdekatan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba di tempat kejadian sejurus mendapat maklumat menahan suspek sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat dijalankan.

Mat Rizal berkata, polis menahan reman suspek selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Salleh bidas laporan WSJ isu Guan Eng

Posted: 30 Jun 2016 08:18 AM PDT

SINAR HARIAN
Datuk Seri Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Said Keruak


KUALA LUMPUR - Berikut ialah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengenai artikel Wall Street Journal (WSJ), "Critic of Malaysia's Najib Arrested on Corruption Charges" yang disiarkan hari ini:

"Hari ini, The Wall Street Journal (WSJ) berkata: Pengkritik Najib telah ditangkap atas Pertuduhan Rasuah.

"WSJ sebenarnya melaporkan mengenai penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana rasuah tetapi cara ia menyampaikan tajuk berita memberi tanggapan bahawa Guan Eng ditangkap kerana mengkritik dan bukan kerana rasuah.

Perenggan pertama laporan itu ialah: Seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang mengkritik pengendalian dana pelaburan negara 1Malaysia oleh Perdana Menteri telah didakwa terhadap pertuduhan rasuah atas peranannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jadi, sekali lagi, ia mempengaruhi atau menggambarkan dalam fikiran pembaca bahawa penangkapan Guan Eng ialah kerana kritikan beliau terhadap pengendalian Perdana Menteri berhubung 1MDB.

WSJ kemudian berkata: Pada Mei, kerajaan Pulau Pinang membekukan pembelian tanah seluas 234 ekar di negeri itu oleh 1Malaysia Development Bhd sehingga, Encik Lim berkata ketika itu, dana menguruskan hal-ehwalnya dengan "akauntabiliti dan ketelusan."

Cara WSJ menyampaikan laporan itu adalah seolah-olah keseluruhan isu itu ialah mengenai 1MDB dan Najib dan bukan kerana rasuah. Dan ini adalah agensi berita yang disebutkan oleh pembangkang sebagai untuk dipercayai, sangat profesional, tidak mempunyai agenda tersembunyi, tidak menyasarkan Najib, dan sebagainya.

Seorang yang mempunyai kecerdikan yang terhad pun dapat melihat bahawa WSJ ialah bertentangan semua itu dan bahawa ia terlibat dalam kempen menentang Perdana Menteri dan kemungkinan terhadap Malaysia.

"Tetapi ada ramai yang masih percaya bahawa WSJ hanya cuba untuk mendedahkan kebenaran dan tiada membabitkan unsur berniat jahat." - Bernama


Perintah gaji minimum berkuat kuasa 1 Julai

Posted: 30 Jun 2016 08:18 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Richard Riot
Datuk Richard Riot

PUTRAJAYA - Perintah Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dikuatkuasakan mulai esok tanpa sebarang penangguhan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa tiada masa yang mencukupi bagi para majikan untuk membayar gaji minimum baharu itu mulai tarikh itu adalah tidak berasas.

Katanya dakwaan bahawa kedudukan ekonomi semasa negara adalah kurang baik juga tidak tepat kerana pelbagai indikator, contohnya pertumbuhan produktiviti buruh bagi tahun 2015 menunjukkan peningkatan kepada RM75,538 daripada RM73,091 pada 2014.

Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi tahun 2015 juga menunjukkan peningkatan positif iaitu sebanyak RM43,435 juta daripada RM35,600 juta pada 2014, katanya.

"Dalam menetapkan kadar gaji minimum baharu ini, kerajaan telah meneliti semua syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan mengambil pendekatan 'balanced approach' dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan dan pekerja termasuk kedudukan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kadar gaji minimum baharu itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015.

Riot berkata, hebahan mengenai kadar gaji minimum baharu itu telah dibuat menerusi pelbagai saluran oleh kementerian termasuk melalui program libat-urus yang diadakan di seluruh negara sepanjang bulan Jun bagi meningkatkan kesedaran pihak majikan dan kesatuan sekerja berhubung Perintah Gaji Minimum 2016.

Beliau berkata, aktiviti penguatkuasaan berhubung pembayaran gaji minimum akan dipergiatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja bagi memastikan perintah itu dipatuhi.

"Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah tersebut, jika disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

"Majikan yang melakukan kesalahan berulang boleh dikenakan penalti sehingga RM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Riot berkata, pelaksanaan gaji minimum baharu meliputi semua majikan termasuk majikan sektor perhotelan dan mereka dikehendaki membayar gaji minimum iaitu gaji pokok (tanpa elemen caj perkhidmatan) tidak kurang daripada RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia atau RM920 sebulan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Katanya majikan berintensifkan buruh disyorkan agar berusaha gigih ke arah mekanisasi dan automasi proses pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing kurang mahir.

"Kerajaan yakin dasar gaji minimum ini akan mampu melonjakkan pendapatan pekerja sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai matlamat Negara Maju Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020," katanya.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 boleh didapati melalui Urus Setia Majlis Perundingan Gaji Negara di talian 03-88865156 atau emel minimumwages@mohr.gov.my atau mana-mana Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. - Bernama


Siasat dakwaan Astro kenakan caj tersembunyi

Posted: 30 Jun 2016 08:12 AM PDT

SINAR HARIAN

astro


KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menyiasat dakwaan syarikat pengendali televisyen berbayar, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), mengenakan caj dan penalti tersembunyi kepada pelanggannya.
 
Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, sebarang tindakan yang diambil syarikat itu terikat dengan terma dan syarat-syarat ketika mendapat lesen operasi. 

"Kita memang siasat aduan yang diterima, dari masa ke semasa kita berbincang dengan pihak Astro. Apa yang Astro lakukan mestilah terikat dengan syarat-syarat, bila kita beri lesen, kita beri syarat, jika mereka langgar syarat lesen sudah tentu tindakan boleh diambil," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan rangkaian jalur lebar baharu, 'Yes 4G LTE' oleh syarikat penyedia perkhidmatan, YTL Communications Sdn Bhd., di sini hari ini.

Salleh berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang pelanggan syarikat berkenaan yang memuat naik status di laman sosial Facebooknya mendakwa  dikenakan caj penalti yang tinggi oleh Astro jika mahu menukar pakej dan menamatkan kontrak bersama penyedia saluran televisyen berbayar itu.  
  
Status dimuat naik 'Sephia Mhd Bhrm' yang mendakwa dikenakan notis bayaran untuk pakej sukan naik sebanyak RM8 dan apabila beliau ingin menamatkan langganan, beliau dikenakan bayaran sebanyak RM360.

Beliau berkata, caj itu termasuk RM200 untuk penalti; RM88 (bil bulanan) dan RM70 untuk satu bulan notis.

Status berkenaan dikongsi oleh lebih 21,000 pengguna laman sosial Facebook.

Salleh berkata, pengguna bagaimanapun mempunyai hak sama ada untuk menggunakan khidmat yang disediakan stesen televisyen berbayar itu atau tidak.

Hadir sama di majlis itu, Pengerusi YTL Corporation Berhad, Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay dan Pengarah Urusannya, Tan Sri Dr Francis Yeoh. – Bernama



PTPTN siasat isu peminjam bayar penuh disekat

Posted: 30 Jun 2016 08:08 AM PDT

SINAR HARIAN

PTPTN
PTPTN


PUTRAJAYA - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih menjalankan siasatan lanjut berhubung isu peminjam Safura Foo yang disekat ke luar negara walaupun sudah membuat bayaran penuh.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, PTPTN berkata, ia masih dalam proses mengenalpasti punca kelewatan kemaskini rekod bayaran Foo.

Sebelum itu media melaporkan bahawa Foo, bekas pelajar bidang fotografi dari Segi College, Subang Jaya telah membuat bayaran penuh RM18,449.35 pada Mac tahun lepas.

Namun beliau disekat ke luar negara oleh Jabatan Imigresen kerana namanya masih dalam senarai hitam jabatan itu pada Mei lalu kerana dikatakan masih mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN lebih RM3,000.

Dalam pada itu, PTPTN menyarankan agar pelanggan menyemak penyata akaun mereka secara online bagi memastikan bayaran yang dibuat sentiasa dikemaskini.

"Sekiranya transaksi yang dibuat masih belum dikemaskini selepas 3 hari bekerja, aduan boleh dibuat secara online melalui ikon Aduan," kata PTPTN.

Perbadanan itu berkata, ia sentiasa berusaha mengurangkan kerenah birokrasi dengan membuka cawangan di seluruh negara.

PTPTN juga menyediakan perkhidmatan online melalui portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my. - Bernama

Kenapa Ahmad Husni letak jawatan?

Posted: 30 Jun 2016 08:05 AM PDT

Cina Sarawak, Cina Semenanjung 'berperang'
 

TIDAK banyak perubahan besar dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Namun apa yang menjadi tumpuan dan paling mengejutkan ialah peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah sebagai Timbalan Menteri Kewangan kedua.

Ketika ramai pemimpin bercita-cita mahu untuk menjadi menteri, Ahmad Husni pula memilih keputusan untuk meninggalkan barisan jemaah menteri. Beliau pergi secara senyap-senyap dan tidak memberikan sebarang kenyataan secara terbuka kepada umum.

Ahmad Husni bukan sahaja melepaskan jawatan Timbalan Menteri Kewangan Kedua, malahan turut meletakkan jawatan sebagai Bendahari Umno Malaysia, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Tambun. Beliau hanya mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Tambun.

Dalam analisis Sin Chew Jit Poh semalam menulis, sebelum pengumuman Najib, tidak ada sebarang tanda-tanda awal yang menunjukkan Ahmad Husni akan melepaskan semua jawatan yang disandangnya kecuali Ahli Parlimen. Umno Perak juga dikatakan tidak tahu menahu mengenai tindakan beliau yang mengejutkan itu.

Ahmad Husni difahamkan sudah bersedia untuk bersara dan enggan bertanding dalam PRU akan datang.
 Dalam rombakan Kabinet baru-baru ini, atas permintaan Perdana Menteri, beliau dikatakan dilantik jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab ke atas Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Bagaimana pun, Ahmad Husni tidak setuju pelawaan Perdana Menteri itu sebaliknya memilih untuk mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan Kedua.

Malangnya, permintaan beliau itu dikhabarkan tidak direstui oleh Perdana Menteri dan menyebabkan beliau melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti.

Ketika mengumumkan kedudukan Ahmad Husni, Perdana Menteri berkata: "Husni telah memaklumkan kepada saya dia mahu bersara, jadi saya hormati keputusan itu. Dia sekarang sedia untuk bersara."

Kuasa melantik menteri dan timbalan menteri adalah terletak pada tangan Perdana Menteri. Oleh itu, penjelasan Perdana Menteri itu perlu diterima semua pihak kerana beliau tidak perlu memberikan penjelasan lanjut lagi mengenai peletakan jawatan seseorang menteri.

Akhbar ini menulis, biarpun tindakan yang dibuat Ahmad Husni ini agak terburu-buru namun punca sebenar peletakan jawatannya hanya beliau sendiri yang mampu menjelaskannya.
Menurut analisis itu lagi, Ahmad Husni adalah seorang pemimpin yang bersih dan tidak pernah terlibat dalam sebarang pertelingkahan peribadi dalam parti. Kebanyakan berita beliau dalam laporan akhbar adalah berkaitan dengan aktiviti kementerian dan tugasan rasmi.

Beliau juga amat disenangi oleh semua pengundi dalam kawasan Parlimen Tambun.

"Peletakan jawatan Ahmad Husni amat dirasai bukan saja kepada seluruh jemaah Kabinet malahan kepada politik negara. Tidak kira apa jua punca sebenar beliau letak jawatan, yang pasti beliau tidak terima tekanan daripada mana-mana pihak dan kedua, peletakan jawatannya tidak ada kena mengena dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir," kata sumber itu.

Sementara itu, dalam akhbar yang sama, sumber yang boleh dipercayai menyatakan Ahmad Husni tidak berhasrat menyertai mana-mana parti pembangkang selepas melepaskan jawatan.

Di samping itu, kata sumber itu, secara tradisinya, Bendahari Agung Umno adalah Bendahari BN. Oleh itu Ahmad Husni secara sendirinya melepaskan kedua-dua jawatan tersebut dianggap tindakan bijak demi kebaikan Umno dan BN.

"Sebelum rombakan Kabinet tahun lalu, Umno telah mengalami krisis dalaman akibat isu 1MDB. Ketika itu, Ahmad Husni telah menyatakan hasratnya kepada Najib untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan Kedua.

"Bagaimanapun, jawatan Ahmad Husni tetap dikekalkan oleh Perdana Menteri. Beliau kemudian meneruskan amanah itu dengan berusaha menyelesaikan isu 1MDB yang membelenggu pucuk pimpinan kerajaan. Beliau sentiasa memberikan penjelasan kepada pihak-pihak tertentu bagi memastikan kedudukan ekonomi negara tidak terjejas akibat isu 1MDB," kata sumber itu.


Pas Pulau Pinang gesa Guan Eng bela diri

Posted: 30 Jun 2016 07:58 AM PDT

Pas Pulau Pinang gesa Guan Eng bela diri
Mohd Fauzi


GEORGETOWN - Walaupun diserang berkali-kali oleh DAP, Pas Pulau Pinang tetap menggesa supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng diberi pembelaan sewajarnya.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof berkata, Pas negeri tetap berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Sekalipun Lim Guan Eng dan sekutunya sering menyerang Pas dengan pelbagai tomahan dan fitnah, namun Pas tetap bertindak selaras dengan ajaran Al-Quran supaya berlaku adil dengan semua pihak termasuk musuh.

"Islam mengajar bahawa sebelum penghakiman dibuat, maka seseorang itu masih tidak bersalah," katanya melalui satu kenyataan kepada media.

Mohd Fauzi berkata, Pas Pulau Pinang juga meneliti beberapa kenyataan yang dibuat oleh pimpinan pembangkang yang menyatakan bahawa isu berkenaan adalah pendakwaan terpilih oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Perlu diingatkan bahawa kuasa pendakwaan bukanlah kuasa SPRM, sebaliknya ia adalah kuasa pihak Peguam Negara (AG).

"Kepercayaan perlu diberi kepada SPRM yang menjalankan tugas untuk menyiasat dan mengemukakan kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara," katanya.


Mesyuarat DAP akan tentukan kedudukan Guan Eng

Posted: 30 Jun 2016 07:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memaklumkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang akan berjalan seperti biasa meskipun dirinya terpalit dengan dua pertuduhan rasuah di mahkamah tinggi hari ini.

Disoal wartawan, sama ada beliau akan mengosongkan jawatannya, Lim pada sidang akhbarnya di Georgetown, berkata keputusan hanya akan dibuat selepas DAP mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat.

Menurutnya,  sama ada beliau akan bercuti buat sementara, termasuk keperluan melantik pemangku ketua menteri, akan ditentukan pada mesyuarat itu.

" DAP akan menjalankan mesyuarat dan akan menentukan mengenai perkara ini (jawatan ketua menteri).
"Buat sementara ini, ia berjalan seperti biasa dan parti akan mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya.

Lim bagagaimanapun, enggan memaklumkan bila mesyuarat berkenaan akan diadakan.

Ketua menteri itu didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.

Beliau juga didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon, yang menjual banglonya kepada Lim pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengannya.

Najib salahkan Dr M kerana masalah pengangkutan awam

Posted: 30 Jun 2016 07:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya telah mengabaikan pembangunan sistem pengangkutan awam negara semasa pemerintahan 22 tahun bekas perdana menteri itu.

Dalam merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Ampang di Stesen Putra Heights, Najib berkata idea itu dikemukakan pada 2009 selepas satu siri sesi sumbang saran dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

"(Masalah) ini kerana pendahulu saya yang memerintah selama 22 tahun, tidak banyak memberikan perhatian kepada pengangkutan awam.

"Oleh kerana itu, terdapat kekosongan, Pelaburan tidak mencukupi dan terdapat sistem yang tidak selaras kerana dimiliki oleh terlalu banyak pihak," kata Najib pada ucapannya.

Stesen Putra Heights adalah salah satu daripada 12 stesen baru di Kelana Jaya.

Stesen ini juga akan menyambung laluan laluan Kelana Jaya dengan laluan Seri Petaling/Ampang.

Zaid: Bos sedang perhati, kes Lim boleh lonjakkan AG

Posted: 30 Jun 2016 07:39 AM PDT

Kes mahkamah yang membabit Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempunyai potensi untuk melonjakkan Peguam Negara Mohamad Tan Sri Apandi Ali ke tahap lebih tinggi, menurut Datuk Zaid Ibrahim.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu mengulas tindakan Apandi yang mengetuai enam timbalan pendakwaraya hari ini.

Zaid, yang hadir di mahkamah sesyen di Georgetown ketika Lim didakwa dengan dua pertuduhan rasuah pagi ini, mendakwa Apandi muncul ceria dengan senyuman sinis.


"Sudah tentu beliau yakin. Tiada AG akan kendalikan kes seperti ini, yang sedang diperhatikan oleh orang ramai, kecuali beliau yakin boleh mendapatkan keputusan bersalah.

"Bukan hanya orang ramai, tetapi bosnya (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) juga sedang merhatikan.

"Lagipun ini kes penting yang jika berjaya boleh melonjakkan kejayaan AG ke peringkat cemerlang," katanya menerusi Tweeter.

Bagaimanapun, Zaid berkata bahawa kes itu tidak sebegitu mudah seperti yang dijangkakan oleh AG.
Apandi dilantik tahun lalu selepas peguam negara terdahulu Tan Sri Abdul Gani Patail dilucutkan atas alasan kesihatan.

Walau bagaimanapun, para pengkritik mendakwa penyingkiran Abdul Gani dikaitkan dengan pasukan petugas khas yang menyiasat isu berkaitan Najib dan skandal 1MDB.

Kerajaan menafikan perkara tersebut.

Sementara itu, Zaid juga berhujah bahawa tidak ada sebab untuk Lim melepaskan jawatan ketua menteri.
Beliau berkata ini adalah kerana setiausaha agung DAP tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kes berkenaan.

"Beliau tidak mempunyai kuasa untuk memecat peguam negara, mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup fail atau menukar hakim (perbicaraan) ke Gua Musang," katanya.

Lim didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.



Beliau juga didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon, yang menjual banglo tersebut kepada Lim, pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng.

Berikutan itu, terdapat desakan dari pihak tertentu, khususnya parti komponen BN supaya Lim meletakkan jawatan sebagai ketua menteri.


Ketua gangster peluk Islam, beri makan percuma

Posted: 30 Jun 2016 07:39 AM PDT

SINAR HARIAN

Vince Focarelli
Anak Vince, Giovanni terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak antara kumpulan gangster di Dry Creek pada 2012.


ADELAIDE - AUSTRALIA. Seorang ketua gangster bukan saja berubah menjadi seorang yang mengutamakan keluarga dan suka membantu, malah membuka restoran untuk memberi makanan percuma kepada mereka yang tidak bernasib baik dan gelandangan.

"Semua orang pernah buat silap," kata Vince Focarelli, 41 dipetik laporan Adelaide Now.

Vince membuka restoran La'Fig Cucina di Carrington Street awal Jun lepas dan menawarkan makanan percuma setiap hari Selasa.

"Sebagai orang Islam, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk bersedekah, terutamanya pada bulan Ramadan," kata Vince.

Katanya, Ramadan adalah bulan paling sesuai untuk orang Islam mengawal diri, berbuat kebaikan dan membina kesabaran yang tinggi.

"Sempena kedatangan Ramadan, sebahagian keuntungan restoran saya akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

"Kami akan menyumbang dengan cara yang kami mampu," jelas Vince.

Sebelum memeluk Islam, Vince yang merupakan ketua kumpulan Comanchero pernah terlibat dengan beberapa jenayah berat termasuk pengeboman yang membunuh dua orang ahli kumpulan gangster Hells Angels.

Anak Vince, Giovanni terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak antara kumpulan gangster di Dry Creek pada 2012

Terpulang mahu lepas jawatan atau tidak

Posted: 30 Jun 2016 07:33 AM PDT

SINAR HARIAN
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng 
 
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, terpulang kepada Lim Guan Eng sama ada ingin melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berikutan kes mahkamah yang dihadapinya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ini kerana Guan Eng hanya menghadapi dakwaan dan beliau belum disabitkan kesalahan.

"Terserah kepada beliau untuk ambil tindakan selari dengan pandangan peribadi dan pandangan parti beliau (DAP)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan rangkaian jalur lebar baharu, 'Yes 4G LTE' oleh syarikat penyedia perkhidmatan, YTL Communications Sdn Bhd., di sini hari ini.

Guan Eng, 56, yang juga setiausaha agung DAP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Georgetown, atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Dalam perkembangan lain, Salleh yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Sabah berkata, anggota Umno Sabah perlu bertenang dan menerima tindakan yang diambil pucuk pimpinan parti terhadap beberapa pemimpin parti itu baru-baru ini kerana ia adalah bersebab.

"Penerangan mengenai isu ini dibuat dari masa ke semasa. Tindakan itu diambil kerana soal disiplin, dalam parti tidak kira kita ada jawatan atau tidak, sesiapa yang terbukti melanggar perlembagaan parti maka tindakan akan diambil mengikut peraturan parti.

"Saya harap kita dapat bersabar dalam keadaan ini. Yang penting bukan individu, tapi yang penting adalah parti, parti yang mampu bela kita, bukannya individu," katanya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, 24 Jun lepas, memutuskan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai timbalan presiden Umno, dipecat daripada parti bersama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pula digantung keanggotaannya sehingga MT Umno menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti. – Bernama


Produk haram berlogo halal?

Posted: 30 Jun 2016 07:24 AM PDT

Produk haram berlogo halal?
Facebook Jakim menjelaskan tentang viral gambar tersebut.
 
 
SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan gambar produk haram berlogo halal yang tersebar di media sosial baru-baru ini isu lama yang disebarkan kembali.

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim berkata, pihaknya telah menyiarkan penjelasan mengenai kes penggunaan logo halal itu pada September dan November, tahun lalu.

"Merujuk kepada gambar yang diviral tersebut, ditegaskan bahawa Jakim sama sekali tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada produk haram seperti gambar yang tersebar tersebut.

"Hasil siasatan Jakim di dua lokasi iaitu Miri dan Kuching seperti yang dimaklumkan oleh pengadu mendapati produk tersebut tidak berada di pasaran," katanya.

Beberapa keping gambar makanan dipercayai daging khinzir dalam tin dengan logo halal tersebar di media sosial yang mengundang keresahan pengguna dari kalangan umat Islam.

Sehubungan itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia gambar yang sengaja diedit dengan meletakkan logo Halal Jakim.

"Sekiranya benar, Jakim mengecam perbuatan tersebut kerana perkara tersebut boleh mendatangkan tohmahan dan fitnah terhadap Pensijilan Halal Malaysia.

"Jakim menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung penjualan, pengedaran atau penyimpanan produk ini untuk tampil membantu agar tindakan sewajarnya dapat diambil sekiranya perkara tersebut adalah benar-benar berlaku," katanya.


RON95, RON97 & diesel naik 5 sen bagi Julai 2016

Posted: 30 Jun 2016 07:15 AM PDT

minyak


SHAH ALAM - Harga minyak bagi RON95, RON97 dan diesel untuk bulan Julai 2016 naik 5 sen seliter.
Harga runcit petrol RON95 naik menjadi RM1.75 seliter dan RON97 pada RM2.10 seliter manakala diesel dijual pada RM1.60 seliter.

Sebelum ini, harga bagi ketiga-tiga minyak tersebut kekal bagi bulan Mei dan Jun.

Kali terakhir berlaku kenaikan pada bulan April di mana, RON95 dan RON97 meningkat sebanyak 10 sen.

Bukan Guan Eng, heret dahulu dalang masalah 1MDB

Posted: 29 Jun 2016 11:06 PM PDT

 ARIF ATAN
 
 
Lim Guan Eng menggenggam tangan ke udara ketika dibawa ke kamar mahkamah.Lim Guan Eng menggenggam tangan ke udara ketika dibawa ke kamar mahkamah.


Rakyat bukan mahu melihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa tetapi menuntut mereka yang terlibat dengan kontroversi menyelubungi syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diheret ke muka pengadilan.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, penangkapan Guan Eng semalam seperti sengaja mahu mengalih perhatian rakyat terhadap isu kepincangan urus tadbir negara yang semakin menonjol pada masa ini.

"Rakyat juga tertanya-tanya apa perlunya rombakan Kabinet ketika ramai pihak termasuk dari Umno-BN sekalipun mendesak pengunduran Najib.

"Rakyat juga mahu tahu apa sebenarnya berlaku di sebalik pemecatan dan arahan bertukar beberapa jawatan kritikal dalam negara.

"Ini termasuklah Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang dikatakan akan bersara awal Ogos ini walaupun kontrak beliau hanya tamat pada 2018," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Mengulas lanjut penangkapan Guan Eng atas dua tuduhan rasuah dan didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi ini, beliau berkata, rakyat sebenarnya menuntut kerajaan menyelesaikan kemelut ekonomi bukannya membuat tindakan bermotif politik kepartian.

"Rakyat mahu kerajaan ada usaha dalam menangani masalah ekonomi negara pada masa ini.

"Padahal, Pulau Pinang yang diterajui Guan Eng menyaksikan ekonomi negeri itu makmur dengan manfaat turut dirasai termasuk institusi agama Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat semakin menyedari krisis kepimpinan Umno-BN yang diterajui Najib semakin tidak relevan serta tidak memberi manfaat kepada mereka.

Guan Eng tidak mengaku salah, ikat jamin RM1 juta

Posted: 29 Jun 2016 11:03 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Lim Guan Eng melambai tangan kepada penyokongnya yang memenuhi perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen.Lim Guan Eng melambai tangan kepada penyokongnya yang memenuhi perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini dan dikenakan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Pemilik banglo yang beliau beli, Phang Li Khoon juga tidak mengaku bersalah di atas tuduhan dan dikenakan ikan jamin RM200,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua menerima syarat jaminan itu.

Mereka berdua dibicarakan di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Azmi Ariffin.

Walaupun dikenakan ikan jamin, pasport kedua-dua tidak ditahan namun diminta untuk melaporkan diri kepada SPRM dua hari sebelum mereka ke luar negara.

Peguam kedua-duanya tidak membantah syarat jaminan yang ditetapkan mahkamah.

Pengurusan kes ditetapkan pada 22 September bagi menetapkan tarikh perbicaraan bersama kedua-dua tertuduh.

Semasa di bawa dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi yang berada di blok berlainan pada jam 11.15 pagi, kira-kira 1,000 penyokong Lim berada di perkarangan mahkamah.

Mereka melaungkan nama Lim Guan Eng! Lim Guan Eng!.

PENDAKWAAN

Terdahulu di Mahkamah Sesyen, Guan Eng mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid – satu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

Seksyen 23 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Jika sabit kesalahan, Guan Eng boleh dipenjarakan maksimum dua tahun, denda dan rampasan hartanah.

Pasukan Pendakwaan diketuai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Pasukan pembela Guan Eng diketuai Gobind Singh dan Ramkarpal Singh bersama lapan yang lain.

Apandi kemudian memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan hakim membenarkan permohonan itu dan menetapkan sebutan kes di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Li Khoon didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Guan Eng pada 28 Julai 2015 berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Li Khoon didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kedudukan Guan Eng sebagai rasuah.

PH bersedia dengan strategi untuk memenangi saingan tiga penjuru, kata Saifuddin

Posted: 29 Jun 2016 10:59 PM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pakatan Harapan akan bersedia awal dengan strategi sesuai untuk menghadapi saingan pelbagai penjuru pada PRU 14, jika usaha untuk mencapai permuafakatan dengan PAS gagal, kata Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah.
 
" Kita dalam pakatan juga bersedia dengan kemungkinan usaha (permuafakatan dengan PAS) tidak berlaku dan akan adanya perlawanan tiga penjuru di mana-mana tempat.
 
"Kita tidak boleh tunggu sampai minit-minit terakhir kita dapat tahu ada tiga perjuru baru kita nak bersedia. Kita kena bersedia dari sekarang," kata beliau kepada Antarapos.
 
Bagaimanapun beliau menegaskan pilihan pertama PH ialah untuk membentuk kerjasama jitu antara pembangkang, yang melibatkan PAS dan pihak lain.
 
"Seandainya, pilihan pertama, doa dan harapan kita adalah satu lawan satu. Sekiranya berlaku tiga penjuru seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan (tidak) semestinya dengan PAS, mungkin dengan orang lain, kita kena bersedia dengan strategi tiga penjuru.
 
"Sudah tentu akan ada caranya untuk menang juga," kata Saifuddin, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang menyertai PKR tahun lalu.  
 
Pemerhati politik rata-rata akur kesukaran PH membentuk kerjasama dengan PAS kerana permusuhannya dengan DAP dan Amanah. 
 
Usaha PH memastikan saingan dua penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dalam tempoh dua bulan yang lalu berakhir dalam kegagalan.
 
Pada Mei lalu, pilihan raya negeri Sarawak menyaksikan DAP dan PKR meletakkan calon masing-masing di enam kerusi manakala PAS menentang Amanah di sebelas  kerusi.  
 
Saingan pelbagai penjuru itu membantu BN memenangi kerusi-kerusi berkenaan, sekali gus memberikan majoriti lebih dua pertiga di DUN Sarawak.
 
Walaupun bertekad mengelakkan keadaan sedemikian berulang, PAS dan Amanah sekali lagi bertembung pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu.
 
BN berjaya mengekalkan dua kerusi parlimen itu dengan majoriti yang besar, sekali gus mencerminkan perpecahan yang semakin ketara dalam blok pembangkang.
 
Saifuddin berkata pihaknya mengambil iktibar daripada PRK berkenaan dan mahu membentuk blok pembangkang yang 'lebih luas'.
 
"Pakatan Harapan bersikap terbuka dengan semua parti politik termasuk PAS, PSM dan ada lagi beberapa buah parti kecil di Sabah dan Sarawak malahan dengan tokoh atau individu tertentu juga kita terbuka untuk berunding.
 
"Kami tidak akan berhenti dan tidak akan berputus asa untuk berunding...asalkan kita ada satu blok pembangkang yang lebih luas," katanya.
 
Perbalahan di kalangan parti pembangkang merancakkan rentak sokongan rakyat kepada BN yang kini diuar-uarkan bersedia menghadapi PRU14 lebih awal daripada yang dijangkakan.
 
 

Pendakwaan terhadap Guan Eng dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

Posted: 29 Jun 2016 10:56 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Pendakwaan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng pagi ini berhubung dua tuduhan rasuah, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. 
 
Perkara itu diputuskan, Hakim Mahkamah Sesyen, Roslan Hamid sejurus selepas pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali membuat permohonan berkenaan.
 
Terdahulu, prosiding mahkamah bermula pada jam 10.30 pagi tadi. 
 
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dijangka berhadapan dua tuduhan rasuah. 
 
Pertuduhan pertama adalah berkaitan dengan dakwaan beliau  menyeleweng kuasa bersabit  permohonan menukar status sebidang tanah daripada pertanian kepada komersial.
 
Satu lagi tuduhan terhadap Guan Eng adalah  berhubung tindakannya  membeli sebuah banglo daripada seorang ahli perniagaan wanita di bawah harga pasaran.
 
Guan Eng dijangka dituduh di bawah dua akta berasingan iaitu Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah dan dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara jika disabit kesalahan. 
 
 

Rayani Air Arah Berhenti Kerja, Batal Surat Tamat Khidmat

Posted: 29 Jun 2016 10:47 PM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
 
 
PETALING JAYA: Rayani Air menarik balik keputusan untuk mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan, sebaliknya akan memberikan surat pemberhentian kerja kepada 415 kakitangannya.

Ia dibuat kerana menganggap  penamatan perkhidmatan itu lebih merujuk kepada pemecatan yang tidak akan memberi manfaat kepada pekerja syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia Rayani Air, Datuk Karthiyani Govindan memberitahu mStar Online bahawa surat baharu iaitu pemberhentian kerja memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak terutama pekerja.

Katanya, keputusan baharu itu juga dibuat selepas mendapat nasihat Jabatan Tenaga Kerja  (JTK).

"Syarikat merasakan surat penamatan khidmat itu tidak sesuai untuk pekerja kerana ia hanya memberi gambaran buruk kepada mereka. Syarikat hanya akan mengeluarkan surat seperti itu sekiranya ia melibatkan masalah disiplin atau salah laku.

"Oleh itu, syarikat memutuskan untuk mengeluarkan surat pemberhentian kerja berikutan syarikat tidak lagi beroperasi ketika ini.

"Surat itu akan memudahkan pekerja untuk memohon kerja di syarikat lain atau memohon bekerja semula dengan Rayani Air sekiranya syarikat kembali beroperasi pada masa akan datang," katanya.

Surat penamatan perkhidmatan yang tersebar pada Rabu.


Pada Rabu, mStar Online melaporkan salinan surat penamatan perkhidmatan tersebar di kalangan pekerja Rayani Air walaupun dokumen itu belum diserahkan secara rasmi kepada setiap kakitangan.

Difahamkan, salinan surat itu 'terbocor' selepas ia terlepas tangan kepada salah seorang bekas kakitangan, yang bertindak menyebarkan dokumen itu kepada pekerja lain.

Menurut surat bertarikh 28 Jun 2016 (Selasa), keputusan untuk menamatkan khidmat kakitangan syarikat itu dibuat selepas syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu mengalami masalah kewangan sejak operasi dihentikan pada 8 April lalu.

Dokumen yang ditandatangani Karthiyani menyebut, masalah kewangan telah membawa kepada pembatalan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendali Udara (AOC) milik syarikat, mengakibatkan syarikat tidak lagi dibenarkan beroperasi berkuat kuasa 13 Jun lalu.

Surat tersebut menyebut: "Syarikat dengan dukatcita ingin memaklumkan mengenai perkhidmatan anda ditamatkan berkuat kuasa pada 10 April 2016. Gaji anda pada Mac 2016 dan April 2016 (pro-rata sehingga 10 April 2016) akan dibayar secepat mungkin."

Menurut Karthiyani, selain memanfaatkan pekerjanya, surat 'versi baharu' itu juga akan memudahkan urusan pengambilan semula pekerja oleh pelabur yang akan mengambil alih syarikat itu, sekiranya ia dibenarkan untuk beroperasi semula.

Ditanya bilakah surat pemberhentian kerja akan diberikan kepada pekerja, Karthiyani menjangkakan ia dapat dibuat pada hari ini (Khamis).

"Saya telah menyiapkan surat untuk kira-kira 200 pekerja hari ini (Rabu), saya jangka dapat menghabiskan 215 lagi esok, sebelum ia diberikan kepada mereka," katanya.

Pada Selasa, Pengarah JTK Selangor, Mohd Asri Abd Wahab memberitahu portal berita ini, pihaknya akan menasihatkan pemilik Rayani Air untuk mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan bagi memudahkan pekerja syarikat penerbangan itu memohon kerja di syarikat lain.

Rayani Air ketika ini berdepan dengan masalah tunggakan gaji pekerjanya yang dijanjikan diselesaikan sebelum Aidilfitri.

Walaupun pekerja menuntut tunggakan gaji selama tiga bulan iaitu Mac sehingga Mei tetapi menurut Mohd Asri, majikan Rayani Air hanya perlu melunaskan tunggakan bagi gaji Mac dan 10 hari pertama pada April.

Ia berikutan penggantungan operasi sementara Rayani Air oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 11 April lalu dan kemudiannya memutuskan syarikat penerbangan itu tidak lagi boleh beroperasi.

Pada 13 Jun lalu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) membatalkan ASL bagi Rayani Air disebabkan oleh ia melanggar syarat lesen berkenaan, selain tidak mempunyai keupayaan kewangan dan pengurusan untuk terus beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial.

Ia diikuti pembatalan AOC oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas melakukan siasatan penuh ke atas pentadbiran dan audit keselamatan operasi syarikat itu.

Pelepasan Khas Pada 8 Julai Jika Aidilfitri Pada 6 Julai

Posted: 29 Jun 2016 10:45 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Tan Sri Dr Ali Hamsa
 
 
PUTRAJAYA: Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

"Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan  daripada penjawat awam itu khususnya oleh Cuepacs.

"Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing," katanya.

Tabung Haji Lantik Johan Sebagai Pengarah Urusan, CEO

Posted: 29 Jun 2016 10:40 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Datuk Johan Abdullah
 
 
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai.

Tabung Haji dalam satu kenyataan pada Khamis berkata Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang menamatkan perkhidmatannya pada akhir bulan Jun selepas berkhidmat lebih sedekad menganggotai lembaga pengarah.

Johan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Morehead State University dan ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Eastern Michigan University.

Sebelum menyertai Tabung Haji sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO pada 15 Januari tahun lepas, beliau berkhidmat sebagai Pengarah urusan dan CEO BIMB Holdings Bhd sejak Mei 2008.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan di Bursa Malaysia Bhd dan memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam.


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT