Khamis, 30 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


SPRM, Polis digesa tegakan keadilan, atau jadi barua Najib?

Posted: 29 Jun 2016 05:30 PM PDT

 Presiden parti Amanah Negara, Hj Mohamad Sabu dalam ucapannya sewaktu solidarii bersama orang ramai di hadapan bangunan SPRM Pulau pinang malam tadi berkata, penangkapan Lim Guan pada hari ini hanyalah siaran ulangan.

 " Dulu yang buat jahat Ketua Menteri Melaka, rogol budak Melayu.. Lim Guan Eng bela, Lim Guan Eng masuk jell!"

 Beliau turut mengecam tindakan SPRM kerana tidak melakukan tindakan yang sama keatas PM Najib walaupun Najib telah mengaku menerima RM2.6 bilion.

" Sekarang Perdana Menteri mengaku.. dia terima RM2.6 bilion, dia mengaku… SPRM tak siasat! Tak malukah pegawai-pegawai SPRM?"

 Mat Sabu turut memberi amaran kepada SPRM suopaya tidak memperlakukan Lim Guan Eng senagaimana yang pernah dilakukan keatas mendiang Ong Beng Hock dan juga allahyarham bekas pegawai kastam Sabrini, yang mati akibat terjatuh dari bagunan SPRM ketika dalam sesi soal siasat mereka.

 "Jangan buang mayat Lim Guang seperti kamu buang mayat Beng Hock! Jangan buang seperti mayat Sabrini, bekas pegawai kastam di Kelana Jaya!"

Mat Sabu turut mempersoalkan, kenapa orang yang mengaku terima rasuah tidak disiasat. 

Beliau mengingatkan SPRM supaya menjalankan siasatan sebaik-baiknya, ke atas Lim Guan Eng seraya mengingatkan tidak diperlakukan seperti Ong Beng Hock dan Sabrini.

 Menurutnya, inquest telah membuktikan bahawa Beng Hock mati kerana dibunuh.

 Beliau mendakwa Malaysia diperintah oleh Mafia dan mempersoalkan polis dan SPRM kerana terus menyokong perdana menteri yang rasuah. 

 "Tidakkah kamu malu didepan tuhan?" Mat Sabu mengemukakan soalan yang berkaitan dengan ugama mungkin kerana sempena bulan Ramadan dimana ummat Islam sedang berebut-rebut mengejar untuk mendapat ganjaran yang melimpah dari Allah di bulan yang mulia ini.

 Mat Sabu menegaskan bahawa negara menuju bengkrap, dikenali dengan rasuah diseluruh dunia… 

" Esok dunia akan melihat, Ketua Menteri yang mengangkat mertabat ekonomi Pulau Pinang, bersih, telus, cekap…. orang ini didakwa!"

 Beliau menggesa SPRM betindak supaya menangkap Najib dan mendakwanya di mahkamah supaya dapat membuktikan kepada rakyat bahawa Malaysia melaksanakan 'The Rule of Law"

 Beliau menegaskan melainkan (SPRM, Polis) bertindak mempertahankan undang-undang dan lawan rasuah hingga ke akar umbi, rakyat akan menyatakan bahawa SPRM, polis, adalah barua Najib! 

 Beliau seterusnya mengecam Najib dan menyeru polis dan SPRM supaya berusaha menegakan keadilan dan jangan jadi pak turut semata-mata kepada perdana menteri yang korup dan rasuah.

Tiada ulasan: