Selasa, 28 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Zimmi La Sangat

Posted: 28 Jun 2016 04:06 PM PDT




Ust Muhammad Fauzi Asmuni


Ada orang sayang sangat dengan DAP dan sekutunya. Sentuh sikit pun tak boleh. Bila Mufti Pahang kata mereka ini harbi, kita boleh fahamlah kenapa ada orang Melayu marah … takut nanti masyarakat jadi eksterim kata halal darah pula. Bila kita kata mereka ini bukan zimmi, pun tanpa disangka, ada juga orang Melayu yang marah. Ustaz pulak tu.

DAP ni ada wakil kat IFC. Mereka tuntut kebebasan untuk orang Islam murtad. Mereka tuntut jangan catat muslim kat MyKad supaya tiada lagi pengenalan diri berasaskan agama. Mereka tuntut orang bukan Islam boleh kawin dengan orang Islam tanpa perlu masuk Islam. Hancur keluarga dan generasi umat Islam kalau jadi begitu. Mereka tuntut program dakwah agama lain kepada orang Islam dibenarkan, termasuklah anak-anak kecil. Dan macam-macam lagilah cerita tuntutan IFC ni.

DAP juga adalah tulang belakang kuat kumpulan COMANGO. Mereka tuntut dibenarkan seks songsang dan jangan dikategorikan sebagai jenayah. Saya pun tak tahu kenapa bersungguh sangat mereka pertahan seks songsang. Mereka minta hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Mereka minta dihapuskan beberapa kesalahan jenayah syariah seperti khalwat dan seumpamanya. Tebal kertas tuntutan COMANGO dan ini cuma sebahagian kecil darinya. Mereka lobi negara luar untuk tekan Malaysia. Tikam belakang namanya.

Sebelum itu ada sembilan Menteri bukan Islam buat tuntutan juga. Yang ini sekutu DAP pula. Mereka tuntut semakan semula peruntukan perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Mahkamah Sivil dari mencampuri keputusan Mahkamah Syariah. Kedudukan Mahkamah Syariah pun nak campur tangan.

Ada juga tuntutan Dong Zong. Yang ni DAP juga. Mereka minta kerajaan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Pelajar Cina warganegara Malaysia boleh masuk universiti tempatan tanpa SPM. Dah jadi dua aliran pendidikan pulak. Bahasa Melayu dah jadi bukan syarat wajib masuk IPT. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mereka nak campak begitu sahaja.

Jangan lupa juga 83 tuntutan Suqiu. DAP juga tu. Tuntut supaya barisan senator dipilih oleh rakyat menggantikan pemilihan majoriti senator oleh YDP Agong. Minta pilihanraya kerajaan tempatan oleh rakyat yang jelas bertentangan dengan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan). Hak bumiputera, kouta kemasukan ke IPT semua dipertikai.

Jangan lupa juga DAP ni suka October Fest dan mempertahankannya dengan sungguh-sungguh. Pesta arak nak dijadikan sambutan tahunan macam Eropah. Jangan lupa juga yang DAP ni dah beberapa kali gertak-gertak Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan pertikai kewujudan JAKIM. Jangan lupa juga isu pimpinan DAP dengan Sultan Perak dan Sultan Selangor.

Dengan apa yang DAP dah buat, masih ada juga orang Melayu yang masih memandang DAP sebagai suci. Kenapa masih kata bahawa tindakan DAP tidak bertentangan dengan Perlembagaan? Kenapa memutar belit dalil dan pandangan ulamak untuk membenarkan apa yang DAP buat?

Sokong LGBT, perendah institusi agama, permain titah Sultan, lobi negara luar tekan kerajaan Malaysia, lawan perlembagaan …..ini zimmi???? ayooolahai--

 

PAN Nafi Akan Serah jawatan Presiden Kepada Muhyiddin – Suhaizan Kayat

Posted: 28 Jun 2016 03:59 PM PDT







Parti Amanah Negara (PAN) menafikan akan menyerah jawatan Presiden parti itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbal balas bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyertai parti, tegas pengarah Organisasi PAN, Suhaizan Kayat.

Sebaliknya, kata Suhaizan hireaki kepimpinan PAN kekal seperti sedia kala dan jika Muhyiddin menyertai parti itu, beliau akan diberi jawatan yang sesuai kepada beliau.


"Ada yang menulis kononnya jika Tan Sri Muhyiddin masuk AMANAH maka jawatan Presiden akan diserahkan pada Tan Sri Muhyiddin.

"AMANAH adalah parti progresif. Ia memiliki keadah meletakkan kedudukan seseorang di tempat yang sesuai dengan tidak menjejaskan organisasi asal,"katanya dalam Facebook hari ini.

Walaupun Muhyiddin adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, namun Suhaizan berkata PAN tidak pernah membeza-bezakan asal usul seseorang itu.

"AMANAH tidak membeza-bezakan dari mana mereka berasal. Halatujunya jelas untuk menumbangkan BN secara demokrasi bagi mendapat redha Allah.

"Berilah masa Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakanya membuat kajian. Wadah mana yang sesuai dengan mereka,"katanya lagi.



Sementara itu, Presiden PAN, Mohamad Sabu menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah menyertai partinya seperti yang sedang tersebar di media sosial.

Dalam satu kenyataan ringkas, setiausaha politik beliau, Mohd Azhar Mat Dali berkata Mohamad tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung hala tuju politik kedua-dua pemimpin UMNO yang baru dipecat itu.

"Presiden Amanah, Tuan Haji Mohamad Sabu tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung hala tuju politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Sehubungan itu, kenyataan yang tersebar kononnya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Sri Mukhriz telah menyertai Amanah adalah bukan daripada Presiden Amanah," katanya dalam satu kenyataan.

Pagi ini tersebar satu kenyataan media bertajuk "Muhyiddin dan Mukhriz sertai Amanah" kononnya dibuat oleh Mohamad.

Kenyataan itu antara lain memetik Mohamad kononnya mengucapkan terima kasih di atas penyertaan kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu ke dalam PAN.

LIHAT VIDEO DI SINI




Debat Terbuka Terowong Dasar Laut Bertukar Kecoh

Posted: 28 Jun 2016 03:55 PM PDT

ORANG ramai menyaksikan debat terbuka berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di Georgetown, sebentar tadi. – Foto Muhammad Mikail Ong






GEORGETOWN: Sesi debat terbuka berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di sini sebentar tadi, bertukar tegang selepas EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Utiliti negeri, Lim Hock Seng menggelar penyokong Barisan Nasional (BN) sebagai 'bodoh'.


Situasi itu berlaku apabila Hock Seng dikatakan gagal mengawal perasaan ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungannya sehingga menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa mengepung pentas utama.

Ketika sesi penggulungan itu, Hock Seng turut menggunakan gelaran 'celaka', 'hooligan' dan 'samseng' yang sekali gus membangkitkan kemarahan penyokong BN.

Suasana tegang yang berlarutan hampir 10 minit itu juga menyebabkan beberapa penyokong kedua-dua pihak terpaksa dihalau keluar dari dewan, selain terdapat beberapa cubaan untuk menyerang Hock Seng yang ketika itu berada di pentas.

Debat terbuka antara Hock Seng dan Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng itu diadakan di Dewan Kompleks Penyayang di sini, bagi membincangkan isu berhubung pembinaan projek terowong dasar laut yang dirangka Kerajaan Pulau Pinang – BH

Ahli Umno diminta jaga emosi - Bung Moktar

Posted: 28 Jun 2016 03:34 PM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bong Moktar Radin meminta ahli Umno bertenang dan tidak bertindak mengikut emosi untuk keluar parti ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan pemimpin tertinggi.
 
Sebaliknya berkata semua ahli parti bertunjangkan Melayu itu perlu kembali merapatkan saf masing-masing dan berusaha untuk mengekalkah kedudukan parti berkenaan dan berhenti memecahbelahkan parti dari dalam.
 
"Saya suka berpesan kepada ahli-ahli Umno kita kena bertenang dan harus sentiasa akur dengan keputusan kepimpinan parti, sebab kalau kita terlalu emosi maka parti akan lemah dan runtuh, yang rugi bukan siapa-siapa tetapi ahli-ahli parti dan orang melayu, perkukuhkan berisan kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Bung berkata demikian bagi mengulas tindakan ketua cawangan Umno Bahagian Semporna yang meninggalkan parti sebagai tanda protes Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keanggotaan Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat lalu.
 
Bung Moktar turut berkata tindakan menggantung Shafie adalah demi kebaikan dan kepentingan parti secara keseluruhannya.
 
Malah beliau percaya Shafie mampu untuk menghadapi tindakan itu dan meminta semua ahli berdoa agar beliau kembali ke pangkuan Umno.
 
"Pemimpin datang dan pergi perjuangan parti kena diteruskan, saya percaya Datuk Seri Shafie Afdal mampu melakukan yang terbaik, sudah jadi lumrah politik hari ini berkawan esok jadi lawan," katanya lagi.
 
Semalam, 300 daripada 481 ketua cawangan di bahagian itu mengumumkan keluar parti termasuk Naib Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong bersama tiga ketua sayap parti berkenaan.
 
"Saya terkilan sedikit dimana perkara sebegini berlaku di Semporna, ia itu seramai 300 cawangan Umno keluar dari parti, bersama dengan Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri sekali, ini dilihat sebagai tanda protes terhadap kepimpinan parti," tambah Bung Moktar. 
 
Bagaimanapun jumlah itu dinafikan Timbalan Ketua Umno Bahagian berkenaan Datuk Nasir Sakaran.
 
Menurut beliau, hanya sekitar 150 hingga 200 ketua cawangan Umno Bahagian Semporna sahaja yang keluar meninggalkan parti.
 
 

PAS tak pernah ada perjanjian dengan Umno

Posted: 28 Jun 2016 07:19 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS menafikan ada mengikat perjanjian dengan Umno seperti yang didakwa Datuk Seri Muhkriz Mahathir berkaitan pe­nyerahan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  menegaskan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali dan tidak boleh dipercayai.
 
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, sepanjang beliau menjadi Presiden  PAS, perkara itu tidak pernah dibincangkan antara ke­dua-dua parti dan PAS hanya akan bertanding dalam PRU-14 untuk mendapatkan negeri-negeri ber­kenaan.
 
"Berita palsu (tentang penyerahan negeri-negeri itu). tidak ada perjanjian dan kita tidak pernah berbincang.
 
" PAS hanya akan bertanding (dalam PRU-14) untuk dapatkan negeri-negeri itu," katanya selepas menyampaikan kuliah Zuhur di Ibu Pejabat Agung  PAS petang semalam.
 
Terdahulu bekas Menteri Besar Kedah itu mendakwa perjanjian antara Umno-PAS dipercayai wujud untuk membahagi negeri-ne­geri berkenaan di bawah pemerintahan PAS selepas PRU-14.
 
Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol dengan DAP bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 
Abdul Hadi berkata, PAS menolak cara sedemikian kerana ia berbeza dengan tujuan PAS untuk membuat perubahan kepada negara dan bukannya menukar individu semata-mata.
 
Beliau berkata, PAS tidak akan menggunakan pengaruh DAP untuk mendapatkan sokongan ke atas sebarang gerakan bagi menjatuhkan pemimpin, sebaliknya parti itu mempunyai cara penyelesaian Islam yang diguna pakai sejak sekian lama.
 
"Berlainan dengan tujuan PAS (menjatuhkan pemimpin). Tujuan PAS untuk membuat perubahan negara sejak dahulu lagi dan bukannya tukar individu.
 
"Kita tidak terima penyelesaian DAP kerana kita adalah Islam. Terpulang kepada Dr. Mahathir kerana ini demokrasi. Tetapi bagi PAS akan terus istiqamah dengan pendekatan Islam," katanya.
 
 

Tindakan Husni Hanadzlah perlu disanjung dan jadi ikutan rakyat bermaruah

Posted: 28 Jun 2016 06:00 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Husni HanadzlahHusni Hanadzlah


Tindakan Datuk Seri Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan kerajaan dan Umno membuktikan bahawa beliau mempunyai prinsip yang cukup tulen untuk tidak bersekongkol dengan segala bentuk amalan salahlaku rasuah.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata walau apapun alasan yang mendorong beliau meletak jawatan sebagai menteri kewangan kedua serta semua jawatan-jawatan politiknya perlu diberi sanjungan kerana tindakan ini bertepatan dengan ajaran agama islam yang tulen yang tidak mahu bersubahat dengan tokoh pemimpin paling korup masakini.

Tindakan Husni perlu jadikan ikutan, kata Khairudin yang juga bekas pemimpin Umno. Tindakan Husni perlu jadikan ikutan, kata Khairudin yang juga bekas pemimpin Umno. "Bagi saya beliau juga adalah seorang tokoh pemimpin bersih yang berpegang utuh pada hukum-hakam Allah SWT yang tidak meletakkan kepentingan peribadi bagi mempertahankan pangkat, perut mahupun poketnya," kata Khairuddin melalui satu kenyataannya.

Keseluruhan rakyat katanya harus beri tabik hormat pada Datuk Seri Husni, pemimpin-pemimpin yang beginilah yang harus dipertahankan apabila berlaku pertukaran kepimpinan kelak.

"Malahan keseluruhan pemimpin-pemimpin umno yang tiada aqidah agama yang bersekongkol dengan amalan korupsi harus mengikuti contoh yang telah dipamerkan beliau dan pemimpin-pemimpin Umno yang telah tersesat jalan harus balik ke pangkal jalan.

"Mereka semua kena laksanakan solat taubat nasuhah seterusnya insaf dan balik ke pangkal ajaran agama islam yang berlandaskan kepada al-quran serta as-sunnah," katanya.

Menurut beliau, sekiranya parti Umno nak selamat; keseluruhan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya mestilah mengikuti contoh teladan seperti Tan Sri MuhyiddiY yassin, Datuk Seri Mukhriz TunMmahathir, Datuk Seri Shafei Apdal, Datuk Seri HusniHhanadzlah serta beberapa tokoh lagi yang berani menentang kemungkaran di dalam parti Umno mahupun kerajaan.

"Hakikatnya, rakyat malaysia tak perlukan rombakan kabinet tetapi negara kita amat memerlukan penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri paling korup dalam sejarah politik moden kita," katanya.

Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan

Posted: 28 Jun 2016 06:00 AM PDT


Lima Ketua Umno Cawangan Pagoh letak jawatan
Mohd Solihan membakar kemeja Umno sebagai tanda protes terhadap keputusan parti berkenaan yang melucutkan keahlian Muhyiddin baru-baru ini. - Foto Sinar Harian


PAGOH - Lima ketua Umno Cawangan Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang melucutkan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti berkenaan baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan]

Bagaimanapun, kelima-lima individu terbabit mendakwa mereka masih mengekalkan keahlian dalam parti berkenaan kerana masih sayangkan Umno.

Mereka adalah Ketua Cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri dan Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad serta Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.

Tahir berkata, tindakan mereka meletakkan jawatan adalah sebagai tanda protes selain membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita membantah pemecatan Tan Sri Muhyiddin yang dibuat oleh MT baru-baru ini. Bagi saya, pemecatan itu dibuat tanpa mengikut prosedur yang selaras dengan perlembagaan parti.

"Tan Sri Muhyiddin menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan tindakan beliau menegur presiden adalah demi menyelamatkan parti ini," katanya ketika ditemui selepas perjumpaan tertutup dengan Ketua-ketua Cawangan dalam bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.

Manakala bagi Ahmad, keputusan MT melucutkan jawatan Muhyiddin sememangnya meninggalkan kesan kepada beliau.

"Beliau (Muhyiddin) merupakan pemimpin yang disegani dan dihormati. Saya boleh terima sekiranya beliau hanya dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, namun tindakan MT yang turut melucutkan keahliannya sebagai Umno turut membuatkan saya terasa.

"Saya sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilihat tidak wajar dalam sesebuah parti," katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Solihan yang juga merangkap sebagai Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berkata, beliau juga tidak menolak andainya wujud parti baru yang diterajui Muhyiddin.

"Jika Tan Sri Muhyiddin mahu memperjuangkan nasibnya dengan menubuhkan parti politik baru, saya dan rakan-rakan yang lain sedia untuk membantu beliau dan meneruskan perjuangan parti berkenaan.

"Saya percaya sebenarnya ramai yang membantah dan mahu keluar daripada parti namun mereka masih teragak-agak kerana tidak jelas dan keliru dengan pendirian mereka. Namun saya pasti, keputusan kami ini boleh mempengaruhi ahli Umno lain yang dilihat begitu kecewa terhadap tindakan MT ini," katanya.


Anwar dibenar padam sabitan kes rasuah & liwat, Utusan diperintah bayar kos

Posted: 28 Jun 2016 06:00 AM PDT

BERNAMA
Anwar IbrahimAnwar Ibrahim


Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memadamkan sabitan kes rasuah dan liwatnya dalam pernyataan pembelaan Utusan Melayu (M) Bhd berhubung saman yang mengaitkan Anwar dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara.

Hakim Datuk John Louis O'hara memutuskan bahawa penghakiman bagi kesalahan jenayah tidak boleh diguna pakai dalam prosiding kes sivil.

O'hara berkata Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 29 Mei 2015 yang membenarkan permohonan Anwar dalam kes saman fitnahnya terhadap Senator Datuk S. Nallakarupan supaya penghakiman kes liwat pada 1998 tidak diguna pakai dalam pernyataan pembelaan.

Beliau berkata barisan panel hakim ketika itu membuat keputusan tersebut berdasarkan Seksyen 43 Akta Keterangan yang menghalang sabitan jenayah lampau diguna pakai di dalam kes saman sivil.

O'hara memerintahkan Utusan Melayu selaku defendan membayar kos RM2,500 kepada Anwar yang merupakan plaintif.

Anwar, 69, memohon memadamkan beberapa perenggan berhubung sabitan kes rasuahnya pada 1999 dan kes liwat keduanya pada 2015 dalam pernyataan pembelaan Utusan Melayu.

Pada 15 Okt tahun lepas, Anwar memfailkan saman itu dengan menamakan bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail sebagai defendan pertama serta TV3 dan Utusan Melayu, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Anwar mendakwa Mazlan menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan menerusi Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 selain mendakwa Mazlan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Dia mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang mengandungi perkataan fitnah itu dan mendakwa perkataan fitnah itu merupakan serius dan berniat jahat yang membawa maksud dia seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.

Kalaulah Rahman Dahlan jadi seperti Nazri, kata Guan Eng

Posted: 28 Jun 2016 05:54 AM PDT

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada Datuk Abdul Rahman Dahlan akan meneruskan apa yang didakwa sebagai 'mendiskriminasi dan menzalimi' negeri Pulau Pinang.

Abdul Rahman dilantik menjadi menteri di jabatan perdana menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi dalam rombakan kabinet yang diumumkan semalam.

Lim berkata, jika Abdul Rahman yang juga pengarah komunikasi strategik BN terus mempolitikkan fungsi kementerian, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain dikuasai pembangkang akan sentiasa menjadi mangsa.

"Jika mereka mahu terus menzalimi rakyat Pulau Pinang, bukan sahaja Pulau Pinang sahaja yang susah Malaysia juga kerana negeri ini menyumbang 25 peratus daripada jumlah eksport dan import di negara ini," kata Lim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran bangunan baru Institut Pulau Pinang di George Town, hari ini.

Malangnya, tidak ramai di kalangan para menteri yang mengambil sikap membina seperti yang ditunjukkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, ujar Lim.

Bagi Nazri, jika bilangan pelancong ke Pulau Pinang meningkat, ia juga bermakna jumlah pelancong ke Malaysia juga turut meningkat, jelas Lim.

"Mengapa mendiskriminasi, mendakwa atau menghukum Pulau Pinang? Malangnya, ramai para menteri tidak berkongsi pandangan ini," kata beliau yang juga setiausaha agung DAP.

Kajian: Cina kurang puas hati dengan prestasi Azmin

Posted: 28 Jun 2016 05:52 AM PDT

Tinjauan terbaru mendapati 65 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Berdasarkan kajian Merdeka Center, seramai 51 peratus berpuas hati manakala 14 peratus lagi sangat berpuas hati.

Hanya 21 peratus tidak berpuas hati dan selebihnya tidak pasti (13 peratus) dan enggan menjawab (1 peratus).

Daripada pelbagai latar belakang, termasuk bangsa, jantina, kawasan perbandaran, kawasan berinternet, had umur, pendapatan isi rumah, pekerjaan dan tahap pendidikan, Azmin rata-rata berada di tahap 60 peratus.

Tinjauan melalui telefon dibuat antara 28 Mei hingga 5 Jun lalu.
Ia melibatkan 1,011 responden daripada pelbagai kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

Sementara itu, merujuk kepada prestasi kerajaan negeri, seramai 73 peratus berpuas hati, manakala 23 peratus pula sebaliknya.

Kajian juga menunjukkan bahawa responden Cina agak hambar dengan prestasi Azmin berbanding dengan kumpulan etnik yang lain.

Empat puluh empat peratus daripada responden Cina merasakan bahawa Selangor berada di landasan yang betul, berbanding dengan 68 peratus Melayu dan 64 peratus India.

Ada juga berpendapat kerajaan negeri menuju ke arah yang salah kerana keadaan ekonomi, iaitu kos sara hidup yang tinggi, kekurangan wang, GST, kenaikan harga rumah dan pengangguran.

Walau bagaimanapun, 53 peratus responden Cina berkata mereka berpuas hati dengan transformasi dan perubahan yang dibawa oleh Azmin dalam menguruskan negeri itu.

Kajian yang sama mendapati 72 peratus Melayu dan 66 peratus India berpuas hati dengan transformasi dan perubahan oleh pemimpin PKR itu.

Hanya 56 peratus responden Cina bersetuju bahawa kerajaan negeri mengutamakan rakyat, manakala 74 peratus masyarakat Melayu percaya ia adalah mesra rakyat.


Kajian HSBC: Kos belajar universiti M'sia 14% lebih mahal

Posted: 28 Jun 2016 05:49 AM PDT

Lebih daripada 50 peratus ibu bapa di Malaysia sanggup menanggung hutang untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka, selain 80 peratus daripada mereka membiayai pendidikan anak-anak mereka daripada pendapatan harian, demikian menurut satu kajian oleh HSBC.

Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan Negara HSBC Bank Malaysia Bhd, Lim Eng Seong berkata, 92 peratus ibu bapa tempatan membiayai pendidikan anak-anak mereka dan bersedia berkorban dan menanggung risiko jaminan kewangan berbanding 60 peratus di peringkat global.

"Ramai ibu bapa berpendapat, membiayai pendidikan anak-anak lebih penting daripada komitmen kewangan lain seperti pembayaran balik kad kredit, insurans dan simpanan persaraan," katanya selepas mengeluarkan 'Asas-Asas Untuk Masa Depan', laporan terbaru dalam beberapa siri 'Nilai Pendidikan' terbitan HSBC.

Ditanya mengenai peruntukan untuk pendidikan, Lim berkata, peratusan peruntukan yang perlu disediakan adalah antara 10 dan 15 peratus daripada gaji.

"Sebagai contoh, jika berpendapatan RM5,000 sebulan, ibu bapa perlu mengetepikan 10 atau 15 peratus hanya untuk pendidikan, selain perbelanjaan lain seperti petrol dan cukai pendapatan," tambahnya.

Kajian itu mendapati ibu bapa Malaysia membelanjakan kira-kira 14 peratus lebih tinggi atau US$8,720 setiap tahun untuk pendidikan universiti berbanding purata global US$7,631.

Lim juga berkata, adalah penting ibu bapa memulakan perancangan kewangan lebih awal dan berunding dengan bank berikutan keadaan global tidak menentu.

"Contohnya, pound sterling telah menyusut kepada paras 5.4 bagi setiap ringgit berbanding 6.5 dua minggu lepas, oleh itu ibu bapa perlu mula menemui perancang kewangan kerana mereka bukan hanya membayar yuran pengajian, tetapi juga makanan, buku, perjalanan tempatan, pengangkutan serta pelbagai peranti teknologi," katanya.

Kajian itu dijalankan di 15 negara, termasuk Malaysia dengan pembabitan 6,200 ibu bapa.- Bernama


Rombakan di JPM, Azalina ambil alih portfolio undang-undang?

Posted: 28 Jun 2016 05:36 AM PDT



Spekulasi bertiup kencang bahawa rombakan seterusnya ke atas menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menyaksikan Datuk Seri Azalina Othman Said mengambil alih portfolio undang-undang daripada Nancy Shukri.

Sumber yang rapat dengan perkara itu mengesahkan bahawa desas desus mengenainya memang menjadi perbualan.

Walau bagaimanapun, Azalina sendiri berkata beliau dalam gelap berhubung spekulasi itu.

"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam tempoh 10 minit akan datang dalam hidup saya, jadi bagaimana saya mahu tahu tentang perkara ini?

"Apa pun, ia adalah hak perdana menteri untuk membuat sebarang rombakan," kata Ahli Parlimen Pengerang itu kepada Malaysiakini.

Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada Nancy, yang jawatannya dikatakan akan diubah dalam rombakan tidak lama lagi itu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merombak kabinetnya untuk kali ketiga dan berkata perubahan dalam portfolio bagi menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menyusul tidak lama lagi.

Mengikuti rombakan semalam, sembilan menteri di Jabatan Perdana Menteri, termasuk Azalina dan Nancy.

Menteri lain adalah Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Wee Ka Siong, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Paul Low, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Tan Sri Joseph Kurup, dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Azalina adalah seorang peguam, dan dalam kapasitinya sebagai menteri bertanggungjawap menjaga Parlimen. Beliau sering-kali menggunakan hujah-hujah undang-undang ketika menjalankan tugasnya.

Ini termasuk menggunakan pembelaan subjudis apabila menolak soalan pembangkang mengenai 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Azalina menjadi menteri buat kali ketiga semasa rombakan kabinet kedua Najib tahun lalu.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai menteri pelancongan dari 2008 hingga 2009, dan sebagai menteri belia dan sukan pada 2004-2008 semasa Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, kedua-dua penganalisis dari Sarawak, Jeniri Amir dan Awang Azman Awang Pawi, berkata terdapat kemungkinan bahawa bagi Najib melantik seorang anak Sarawak sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ini berikutan rasa tidak puas hati pemimpin BN Sarawak berhubung keputusan Najib untuk tidak melantik Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi sebagai menteri penuh bagi menggantikan Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang mengosongkan jawatannya untuk bertanding pada pilihan raya negeri.

"Saya rasa perdana menteri akan melantik sekurang-kurangnya seorang menteri Dayak," kata Awang Azman dari Universiti Malaya kepada Malaysiakini.

Jeniri, bagaimanapun, lebih cenderung untuk mempercayai bahawa rombakan seterusnya akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kedudukan Najib, daripada mengambil kira memuaskan hati pemimpin Sarawak.

Beliau juga percaya bahawa pertukaran Nancy (atas, kanan) ke portfolio lain tidak akan mengecewakan BN Sarawak, jika portfolio yang sesuai diberikan kepada Ahli Parlimen Batang Sadong itu.

Noh dilantik kembali, kerajaan Selangor perlu hati-hati

Posted: 28 Jun 2016 04:24 AM PDT

Noh Omar
Datuk Seri Noh Omar


SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor perlu mula berhati-hati dan mengatur strategi untuk memenangai hati pengundi menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, kerajaan negeri bakal berdepan saingan sukar apabila BN melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT).

"Tindakan memasukkan Noh omar  kembali ke dalam kabinet menampakkan usaha untuk memperkasakan BN Selangor.

"Ini menunjukkan kerajaan Persekutuan serius merancang strategi untuk mendapatkan kembali Selangor," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Sehubungan itu, kerajaan Selangor perlu memperkasakan usaha untuk mengekalkan undi majoriti di negeri itu.

"Pastikan pelaksanaan dasar dilakukan sepenuhnya sebelum menjelangnya PRU. Pakatan perlu jaga pengundi dengan baik," katanya lagi.

Noh Omar yang dahulunya merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bakal kembali semula ke kabinet selepas ini setelah beliau dilantik menjadi Menteri KPKT menerusi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Selain daripada itu, rombakan kabinet berkenaan turut menyaksikan Ahli Parlimen Titwangsa, Datuk Johari Abd Ghani dilantik menjadi Menteri Kewangan II bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang memohon untuk menamatkan perkhidmatannya di kementerian berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Noh Omar kembali dilantik sebagai menteri]


Kit Siang Mahu Hapuskan Mitos ‘Melayu Hilang Kuasa Jika UMNO Tumbang’

Posted: 28 Jun 2016 12:51 AM PDT

 

 


Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu menghapuskan mitos 'Melayu akan hilang kuasa jika UMNO ditumbangkan' kerana mitos ini merupakan politik mundur yang berbaur perkauman.

"Ia adalah penipuan yang nyata, kerana kaum Melayu tidak akan kehilangan kuasa politik jika UMNO ditendang keluar dari Putrajaya," katanya dalam ceramah kopitiam di Pekan Nenas semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Moha­mad yang mendakwa bahawa kaum Melayu bakal musnah sekiranya UMNO ditumbangkan.

Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kaum Melayu tidak akan kehilangan kuasa ekoran peratusan populasi kaum berkenaan yang meningkat saban tahun berbanding kaum lain di negara ini.

"Daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, majoriti 114 adalah kerusi yang dipegang kaum Melayu yang mewakili 70 peratus, manakala 22 majoriti kerusi kaum Cina dan 29 kerusi campuran. Tidak ada satu pun kerusi majoriti dari kaum India," tambahnya.

Justeru katanya, Malaysia tidak akan menjadi negara demokrasi yang normal seperti negara rantau lain sehinggalah mitos Melayu hilang kuasa itu dibuktikan palsu semata-mata.

Malangnya negara Malaysia ini

Posted: 28 Jun 2016 12:39 AM PDT

Oleh Aspan Alias
 




TINDAKAN Naib Ketua Umno Bahagian Semporna berserta dengan ketiga-tiga ketua sayap parti dan 300 Ketua cawangan keluar parti semalam merupakan tanda-tanda yang nyata bahawa Najib sudah tidak dapat mengawal Umno itu lagi.

Tetapi itulah tindakan yang patut Najib lakukan dengan memecat serta menggantung pemimpin Umno yang tidak beserta untuk membantu beliau melindungi kejahatan yang beliau lakukan selama ini.

Bagi Najib mengkritik beliau untuk kebaikan parti itu adalah haram pada kemahuan beliau. Najib sedang berada dalam keadaan yang sangat getir kerana beliau tahu dan sedar yang beliau tidak boleh menutup semua onak yang beliau lakukan.

Segala-galanya semakin hari semakin jelas yang beliau merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang rasa hormat ahli-ahli terutamanya diperingkat akar umbi.

Semasa Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim, Timbalannya dahulu, tidak ada reaksi yang begini buruk yang menyusuli pemecatan itu tetapi dalam isu yang mutakhir ini ia amat jelas Najib sudah hampir ke penghujung hayatnya sebagai pemimpin utama negara.

Beliau mungkin boleh memulas tangan beberapa orang pemimpin tetapi Najib tidak dapat memulas perasaan yang membara terhadap beliau dan tindakan keluar Umno beramai-ramai ini merupakan petanda yang hampir pasti yang Najib hanya boleh memimpin kelompok beliau sahaja dan tidak mampu menguasai perasaan dan sokongan yang ramai di kalangan ahli-ahli parti itu.

Jika beliau tidak disegani oleh ahli-ahli Umno sendiri bagaimana beliau mahu mendapatkan rasa hormat rakyat jelata yang ramai? Kita tidak pasti samada berita yang ramai lagi ketua-ketua cawangan seluruh negara akan keluar Umno tetapi mood yang ada pada hari ini nampaknya tidak memberikan Umno harapan untuk pulih seperti sedia kala selagi Najib masih mentadbir parti pemerintah itu.

Husni Hanadzlah, salah seorang dari ahli kabinet beliau, telah mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatan parti setiap peringkat dan jawatan beliau dalam kerajaan semalam, dan ini merupakan satu lagi indikasi yang amat buruk bagi Umno terutamanya kepada Presidennya Najib Tun Razak.

Tetapi Najib tetap merasakan yang beliau masih kuat dan tidak ada apa-apa dan sesiapa yang boleh mengenepikan beliau. Beliau mempunyai muka yang selamba dan berpura-pura dalam hidup kepimpinan beliau.

Beliau tidak dapat lagi membuat keputusan yang matang dan bertindak secara berhemah dalam usaha mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu.

Najib sudah tidak ada masa untuk mentadbir kerajaan kerana segala tenaga dan usahanya ialah untuk mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sahaja. Tetapi apa pun alasan yang beliau berikan diatas tindakan beliau memecat Muhyiddin dan Mukhriz serta menggantung jawatan Shafie Apdal itu sudah cukup untuk membuktikan yang Najib sudah begitu 'desperate' dalam menghadapi kemelut yang menghadapi negara dan Umno serta BN sekarang ini.

Tindakan beliau mutakhir ini adalah tindakan terdesak dan kita sudah pasti yang negara tidak akan berada dalam keadaan stabil lagi. Beliau boleh menyalahkan pembangkang tetapi beliau mesti soal dirinya apa yang menyebabkan pembangkang mampu untuk menggugat kepimpinannya.

Bagaimana beliau mahu mendapatkan sokongan pembangkang dan rakyat ramai sedangkan ahli-ahli serta pemimpin Umno sendiri tidak lagi segan silu untuk keluar parti secara terbuka. Jika semasa pilihan raya lebih sejuta ahli Umno memangkah pembangkang sekarang ini ahli-ahli Umno berani keluar parti secara terbuka.

Bagi saya tindakan ramai ahli-ahli Umno keluar parti ini adalah tindakan yang tidak bersalahan dengan keadaan negara sekarang. Ramai berpendapat tidak ada apa-apa lagi dalam Umno kerana semua 'attribute' Umno itu sudah luntur dan tidak wujud lagi selain dari tinggal namanya sahaja.

Umno itu wujud untuk mempertahankan negara tetapi Umno sekarang berada dalam keadaan sebagai sebuah parti yang membiarkan pucuk pimpinan melakukan tindakan 'treason' dan mensabotaj negara. Umno tidak lagi parti untuk kepentingan negara tetapi Umno sudah semakin jelas sebagai sebuah parti yang memusuhi negara.

Apa tidaknya? Umno kini sedang menyokong pemimpin yang melakukan rasuah yang tidak terhingga besarnya jika dibandingkan dengan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin rasuah di negara-negara lain.

Skandal kewangan yang berlaku dibawah pentadbiran Najib sekarang ini merupakan skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah dunia.

Suharto dikatakan rasuah, Ferdinand Marcos dianggap rasuah dan ramai lagi pemimpin dunia dianggap rasuah tetapi rasuah mereka adalah jauh lebih kecil dari yang dituduh dilakukan oleh Najib dan kroni beliau.

Malahan ada yang beranggapan rasuah yang dilakukan oleh Suharto dan Marcos dicampurkan sekali jauh lebih kecil dari apa yang sudah dilakukan oleh Najib.

Apa rupa nasib rakyat Malaysia selepas ini sama-sama kita perhatikan dan tengok secara serius. Kita akan terdampar dalam kerosakan dan semuanya ini akan dirasai oleh rakyat. Tidak payah kita fikirkan nasib anak dan cucu kita sekarang ini, kerana nasib kita dan generasi kita pun sudah tidak terjamin lagi.

Kita sudah sampai diambang kehancuran budaya dan tamadun. Bagaimana sejarawan menulis tentang Najib ini tidak dapat kita bayangkan. Yang pasti tidak ada dalam kalangan sejarawan akan menulis tentang apa yang baik yang Najib telah lakukan.

Malangnya negara kita ini. Apakah hikmah yang kita akan perolehi, tidak dapat dibayangkan lagi oleh sesiapa. - aspanaliasnet.blogspot.my/

PAS Sabah tawar ahli Umno sertai PAS

Posted: 28 Jun 2016 12:37 AM PDT



 
Oleh MOHD AMINUDDIN ALING


Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Sabah menawarkan kepada ahli Umno yang kecewa atas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan Datuk Sri Shafei Apdal supaya menyertai PAS.

Berdasarkan laporan media saya difahamkan di Semporna sahaja 300 cawangan Umno dibubarkan termasuk sayap pemuda, wanita dan puteri. Saya beranggapan sudah tiba masanya ahli Umno beralih kepada PAS. Ini kerana perjuangan PAS daripada sejak ditubuhkan mempunyai matlamat yang jelas dan tidak berjaya dipermainkan oleh musuh ataupun kawan.

Saya yakin ramai di kalangan ahli Umno yang tidak suka kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang ada dalam kerajaan sekarang. Tetapi mereka disekat daripada bersuara kerana kesannya seperti yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz.

PAS Sabah melihat Umno sudah tidak boleh diubah. Bayangkan orang nombor dua dalam kerajaan dan parti sendiri boleh dipecat hanya kerana menyuarakan soal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion.

Saya melihat tempat terbaik ahli Umno adalah beralih kepada PAS. PAS mendidik manusia keseluruhannya supaya berpolitik tanpa melupakan konsep ketuhanan. Hanya dengan rasa bertuhan sahaja dunia ini boleh diurus dengan sempurna.

* MOHD AMINUDDIN ALING,Pesuruhjaya PAS Sabah -

Mana orang Sarawak? Rombakan mengecewakan, kata penganalisis

Posted: 28 Jun 2016 12:13 AM PDT

 
Jeniri Amir menyifatkan rombakan hari ini langkah Najib mengukuhkan kedudukan Barisan Nasional menghadapi PRU akan datang.


jeniri-amir-sarawak-kabinet-2016


PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Madya Jeniri Amir menyifatkan tiadanya menteri baru dari Sarawak dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sebagai mengecewakan.

Apatah lagi selepas Barisan Nasional (BN) Sarawak mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mei lalu, kata penganalisis politik itu lagi.

"Berdasarkan kuota, sepatutnya pemimpin dari Sarawak yang menggantikan Datuk Seri Douglas Uggah Embah (yang bersara), lebih baik lagi jika pengganti itu pemimpin Dayak daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.

"Kecewa adalah sentimen di sini (Sarawak) yang mengharapkan ada penambahan menteri daripada Sarawak. Tetapi (rombakan) seperti tidak mengiktiraf pencapaian cemerlang BN Sarawak pada PRN lalu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata ramai yang menjangka Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh berdasarkan kuota negeri, namun perkara itu tidak berlaku.

Selain tiada penambahan menteri, negeri itu juga kehilangan satu kedudukan menteri apabila portfolio Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang dipegang Ahli Parlimen Betong, Datuk Seri Douglas Uggah Embah, digantikan dengan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Kiong.

Dalam rombakan yang diumumkan Najib tadi, Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU), manakala portfolio terdahulu beliau – Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – dipegang Tan Sri Mohamad Nor Omar yang kembali ke Kabinet.

Jeniri menyifatkan rombakan hari ini langkah Najib mengukuhkan kedudukan kerajaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kedudukan strategik diberikan kepada orang yang setia kepadanya seperti Noh dan Rahman. Ini strategi beliau menghadapi PRU akan datang, termasuk merampas kembali Selangor daripada pembangkang," katanya merujuk kepada kedudukan Noh selaku pengerusi BN Selangor.

Beliau berkata, hakikat tiadanya tambahan menteri dari Sarawak sudah dimaklumi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan tidak akan mengeruhkan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Hal ini pasti sudah dibincangkan kedua-dua pihak. Saya fikir Adenan sudah tahu," katanya lagi.

Menjelang Aidilfitri, pelanggan Rayani Air desak wang dikembalikan

Posted: 28 Jun 2016 12:05 AM PDT

 
Duit itu bagi membolehkan menempah penerbangan lain.


rayani-air


SHAH ALAM : Menjelang beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelanggan Rayani Air meminta syarikat penerbangan patuh syariah itu memulangkan semula wang mereka.

Pelanggan Rayani Air, Aida Humaira, 39, berkata dia hanya mahu Rayani Air memulangkan semula wang berjumlah RM4,000 bagi penerbangan yang ditempahnya untuk ke Kota Kinabalu pada November ini.

"Nak raya dah ni. Yang kita mahu mereka pulangkan semula duit untuk kita tempah penerbangan lain.

"Kita tak peduli Rayani Air ini macam mana," katanya ketika ditemui FMT di depan pejabat syarikat penerbangan itu di sini hari ini.

Aida berkata ini juga merupakan kali ketiga dia mengisi borang untuk menebus kembali wangnya.
"Mula-mula kita isi borang pada April lalu dan apabila kita datang sini balik hari ini, kena isi borang lagi," katanya.

Menurutnya, Rayani Air hanya akan memberikan cek pemulangan semula duit pelanggan pada Jumaat ini.
Salah seorang pelanggan Rayani Air, Jazman Nurrait, 45, turut mendesak Rayani Air mengembalikan semula wangnya.

Katanya, dia membelanjakan kira-kira RM500 untuk membeli dua tiket penerbangan ke Kota Kinabalu pada Mei dan Jun.

Pada 13 Jun lalu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) membatalkan ASL Rayani Air.

Rasuah tetap rasuah

Posted: 28 Jun 2016 12:00 AM PDT


Dr Mahathir Mohamad menulis, ada pihak cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah.
 
 
 
mahathir_rasuah_600

Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad


Rasuah ialah jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor daripada mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif.

Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewatkan keputusan dan pelaksanaan.

Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.

Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima RM100 juta rasuah akan dikenakan tindakan sama ada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.

Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.

Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.

Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses ke arah bertamadun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.

Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.

Penerima pula disuruh bersumpah 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi', supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna mereka.

Ramai yang terima yang sumpah mereka apabila ditunaikan maka penerimaan mereka menjadi halal.
Sebenarnya pemberian kepada mereka adalah haram kerana ia sogokan rasuah. Rasuah tetap rasuah dan tidak halal bagi pemberi dan penerima. Tidak melaksana tujuan rasuah tidak akan menghalalkan rasuah.

Balasan di dunia mungkin tidak berlaku kerana yang menghulur rasuah adalah juga mereka yang dipertanggungjawab mengawal rasuah. Pihak mereka ini lebih berdosa kerana sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rasuah, sebaliknya merekalah yang melakukan rasuah.

Ada juga mereka yang berpendapat jika duit rasuah yang diterima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala. Pendapat ini datang daripada orang yang ingin menyedapkan hati mereka.

Sebenarnya wang hasil pencurian atau rasuah tetap haram. Kebajikan atau ibadat yang dibuat tidak akan halalkan wang yang haram.

Ramailah yang sedia terima wang untuk buat ibadat haji dan umrah tanpa bertanya dari mana datang wang yang diterima. Kita tidak dipaksa oleh agama untuk buat kerja haji jika kita tidak mampu. Kita tidak dipaksa curi dan samun atau melakukan jenayah rasuah supaya dapat menunaikan ibadat haji.

Tetapi ada pendapat bahawa ibadat ini, walaupun daripada punca kewangan yang tidak halal, maka mereka sudah penuhi rukun kelima ini dan yang menghadiahkan belanja haji, terlepas dosa rasuah.

Agama Islam memberi kelonggaran tentulah kerana tidak hendak membebankan umat Islam sehingga mereka terpaksa berjenayah untuk membiayai pelaksanaan ibadat ini.

Tidak ada dalam Al-Quran atau hadis sahih yang menyuruh orang Islam mengamalkan rasuah atau menyamun atau mencuri supaya dapat buat kebajikan dan ibadat.

Yang menyebabkan adanya orang yang cuba menghalalkan rasuah, matlamat mereka ialah kerana kepentingan duniawi seperti umpamanya politik. Dalam masyarakat yang menghalalkan rasuah, yang berkuasa dan kaya boleh menindas yang miskin. Ini kerana segala urusan pentadbiran akan menanggung kos rasuah. Keselamatan rakyat juga akan terabai kerana sebahagian daripada dana pemerintah akan diselewengkan. Pihak berkuasa akan menipu rakyat sepanjang masa.

Inilah sebabnya mereka yang berhajat menyalahgunakan kuasa kerajaan sanggup menghulur rasuah daripada duit yang didapati secara halal atau tidak halal atau mempergunakan duit kerajaan dengan cara yang salah.

Bagi mereka ini rasuah yang dihulurkan dalam pilihan raya adalah satu pelaburan yang akan hasilkan pendapatan tinggi dan kuasa berterusan untuk menerima rasuah lagi.

Ingatlah, wahai pemberi dan penerima rasuah, walaupun terlepas hukum di dunia tetapi di akhirat sogokan rasuah tidak akan menyelamatkan mereka daripada api neraka.

* Tun Dr Mahathir Mohamad ialah bekas perdana menteri Malaysia dan tulisan ini diambil daripada blognya chedet.cc.

Kontraktor KPM ‘hilang’ bersama gaji 24 pekerja am sekolah

Posted: 27 Jun 2016 11:57 PM PDT

 
Pekerja pencuci di tiga buah sekolah mengadu majikannya tidak membayar gaji selama dua bulan iaitu pada Januari dan Februari tahun ini. 


Kontraktor KPM


PUTRAJAYA: Seramai 24 pekerja am di tiga buah sekolah mengadu majikan mereka tidak membayar gaji selama dua bulan iaitu pada Januari dan Februari tahun ini.

Malah, mereka mendakwa kontraktor dilantik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu juga menipu wang milik mereka dengan membawa lari sebanyak RM43,800.

Valli Maniam, 40 yang sudah bekerja sejak empat tahun lalu, menyatakan tindakan majikannya menyebabkan beliau terpaksa berhutang.

"Saya minta gaji dua bulan belum dapat. Pada saat akhir, majikan saya melarikan diri. Saya terpaksa berhutang dengan kawan-kawan untuk membeli ubat-ubatan.

"Gaji saya tidak besar, RM900 sahaja, tetapi jika dua bulan tidak bayar, susahlah saya," katanya sewaktu ditemui di Bangunan KPM, hari ini.

Manakala, Kinah Md Said, 64 terpaksa mencari jalan meneruskan kehidupan.

"Jenuh juga nak cari ikhtiar. Tetapi saya nasib baik ada suami. Dia mendapat pencen," ujarnya.

Beliau berharap KPM membantu menjelaskan bayaran gaji dua bulan yang tertunggak memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.

Sementara itu, AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bahagian Biro Pekerja, Sivaranjani Manikam berkata, tiga sekolah terlibat itu adalah dari SMK Lelaki Methodist, SMK Jalan Davidson dan SRK Jalan Davidson.

"Kontraktor yang terlibat menghilangkan diri, mereka yang menjadi mangsa bukannya bergaji besar.
"Pekerja juga membuat tuntutan sebanyak dua kali di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) tetapi tiada sebarang perubahan berlaku," katanya.

Malah, selepas pertemuannya dengan wakil KPM, beliau memberitahu syarikat kontraktor berkenaan sudah disenarai hitamkan.

"KPM juga berjanji gaji pekerja berkenaan akan dibayar dalam masa terdekat," katanya.

Kes bunuh Kevin Morais: fokus imej enam lelaki berdasarkan ciri tertentu - Saksi

Posted: 27 Jun 2016 11:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi pada Isnin bahawa beliau tidak pernah melihat enam lelaki yang imej mereka dirakamkan di dua buah hotel, dua hari sebelum Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais ditemukan mati pada 16 September lalu.
 
Juruanalisis Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia Insp Mior Samsul Abdul Rahman berkata beliau hanya melihat kesemua lelaki tersebut melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Hotel New Town dan Hotel Go di Petaling Jaya.
 
Ketika pemeriksaan balas peguam V. Rajehgopal, Mior Samsul memberitahu kesemua imej lelaki yang difokuskan itu diambil atas arahan Pegawai Penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said.
 
Ketika ditanya Rajehgopal bagaimana beliau boleh mengenali dan memfokuskan individu yang dikehendaki ASP Wan Abdullah, saksi ke-26 itu berkata melalui ciri-ciri fizikal termasuk rambut, bentuk badan dan warna kulit yang diberitahu pegawai penyiasat itu.
 
Mior Samsul bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau merakamkan imej kesemua lelaki itu secara rawak berdasarkan arahan dan petunjuk daripada ASP Wan Abdullah.
 
Rajehgopal: Ini bermaksud sebelum 20 September, sebelum kamu ambil rakaman, kamu pergi jumpa individu yang kamu nak fokuskan? Anda pernah lihat mereka sebelum ini?
 
Mior Samsul: Tidak. Sebelum itu saya tak pernah lihat mereka.
 
Rajejgopal: Siapa yang suruh kamu fokuskan individu-individu ini?
 
Mior Samsul: ASP Wan Abdullah
 
Enam lelaki - G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
 
Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.
 
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung.
 
 

Op Selamat bermula esok

Posted: 27 Jun 2016 11:46 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA SELANGOR:  Op Selamat 9/2016 akan bermula esok sehingga 13 Julai ini bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.
 
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi yang berlangsung selama 15 hari itu bertujuan memberi kesedaran dan menanam nilai-nilai murni kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa memandu.
 
Menurutnya, operasi itu juga untuk melancarkan pergerakan lalu lintas dan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian pada tahap minimum selain memberi tumpuan kepada penurunan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. 
 
 

Letupan pusat hiburan: Polis sahkan bom tangan

Posted: 27 Jun 2016 11:37 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahan letupan yang dibaling di sebuah pusat hiburan hingga mencederakan lapan orang di Puchong, awal pagi tadi adalah bom tangan. 
 
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata siasatan menyeluruh sedang dilakukan pihaknya termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis terbabit bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian. 
 
"Setakat ini, kita belum tahu apa motif bom itu dibaling. Mungkin kerana persaingan perniagaan, balas dendam... kita akan siasat dari semua sudut.
 
"Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
 
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi meminta orang ramai supaya tidak membuat andaian berhubung kejadian yang mengaitkannya dengan perbuatan pengganas.
 
"Siasatan kita menjurus kepada semua kemungkinan...kaitan dengan kumpulan gangster, persaingan perniagaan, pengganas.
 
"Buat masa ini, siasatan masih dijalankan," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, lapan pengunjung pusat hiburan berkenaan cedera termasuk seorang daripadanya parah selepas premis itu dibaling bom tangan ketika semua mereka sedang menonton perlawanan pusingan kalah mati 16 pasukan Euro 2016.
 
Mereka yang cedera terdiri empat lelaki dan empat wanita yang kini dirawat di Hospital Serdang dan pusat perubatan swasta.
 
 

Aura dan kepemimpinan Muhyiddin, Mukhriz serta Husam terhad?

Posted: 27 Jun 2016 11:32 PM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Apa bezanya kes pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Umno dengan kes bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hingga dilucutkan keahliannya dari PAS?
 
Mereka nampaknya menggunakan taktik mengenakan 'kerosakan maksimum' terhadap parti dan mengacah para pemimpin masing-masing supaya memecat mereka walaupun tahu akibatnya parti akan lebih lemah bukan sebaliknya.  
 
Pada satu sisi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemecatannya dari Umno adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ini bermakna bahawa beliau memang insaf ada tingkah lakunya yang menyalahi adab Umno.
 
Ini juga membuktikan bahawa beliau faham dan sedar bahawa apa yang dilakukan sejak beberapa bulan selepas digugurkan dari kabinet Malaysia memang akan mengundang padah sedemikian.
 
Justeru pertimbangan beliau tidak mahu membuat rayuan terhadap keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memecat beliau dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kelihatan wajar.
 
Namun anehnya beliau tetap melaungkan bahawa keputusan MT Umno itu tidak adil. Beliau mendakwa pemecatan mereka tidak melalui proses keadilan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.
 
Menurut Muhyiddin, untuk berlaku adil, MT Umno sewajarnya memberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu bagi membolehkan beliau dan Mukhriz menerangkan sebarang asas berhubung tindakan mereka sebelum ini.
 
"Itu (keputusan) dibuat dengan kehendak mereka sendiri tanpa beri ruang kepada kami untuk beri sebarang penjelasan,"katanya dalam sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya minggu lalu.
 
Di sini kelihatan bahawa Muhyiddin sebenarnya 'belum bersedia' dipecat. Jika tidak, mengapa perlu mempersoalkan soal teknikal dan bukan menerima hakikat bahawa beliau sudah melanggar disiplin parti?
 
Jika benar soal pemecatan sudah diduga dan beliau bersedia dengan skrip tidak akan membuat rayuan, mengapa perlu mempertikaikan cara beliau dipecat?
 
Begitu juga dengan Husam. Setelah menghamburkan pelbagai kritikan terhadap presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di hadapan khalayak ramai, beliau juga dilihat 'tidak bersedia' meninggalkan parti yang "disayanginya".
 
Seperti Muhyiddin dan Mukhriz, Husam juga enggan merayu kes pemecatan mereka tetapi masih bersedia untuk 'memerah situasi' untuk meraih simpati ahli dan rakyat pada 'perjuangan' mereka yang 'menyakiti parti masing-masing. 
 
Sebagai pemimpin utama dalam parti masing-masing, tentu baik Muhyiddin mahupun Husam sedar tindakan menjaja apa yang disifatkan kelemahan dan keburukan pemimpin, adalah gelagat politik yang kurang adab. 
 
Tugas Muhyiddin sebagai timbalan presiden dan Husam sebagai bekas naib presiden tentunya membantu presiden. Jika ada yang tidak dipersetujuinya, mereka boleh menegur atau membentangkannya dalam mesyuarat pimpinan parti. 
 
Malah jika cara berkenaan juga tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, mereka bebas untuk meletak jawatan dan bukan membuat serangan terbuka terhadap presiden dan parti. Itu adab mana-mana institusi politik. 
 
Nampaknya baik Muhyiddin mahupun Husam mahu meregang seberapa boleh kesempatan masih berada dalam parti untuk memburukkan pemimpin dan bukan berusaha untuk memperkukuhkannya.
 
Ketika menyerang kepimpinan parti mereka seolah-olah tidak menghiraukan soal adab. Bagaimanapun apabila dipecat masing-masing mengungkit soal teknikal dan pentadbiran untuk terus memburukkan wibawa pimpinan parti. 
 
Sebenarnya, pengumuman pemecatan ke atas Muhyiddin dan Mukhriz dan Husam itu hanya dibuat setelah berbulan-bulan mereka 'mempersendakan' kewibawaan presiden masing-masing. Sedikitpun soal berlaku adil tidak timbul. 
 
Sebenarnya pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya telah lama dilakukan ekoran desakan beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, tahun lalu.
 
Bagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih untuk tidak melakukannya.
 
Begitu juga dengan Hadi. Jika hendak diambil kira serangan-serangan dari dalam yang dilancarkan oleh Husam terhadap kepimpinannya dan ditokok oleh kawan-kawan Husam yang sudah meninggalkan parti dan menubuhkan PAN, memang beliau menunjukkan kesabaran yang tinggi.
 
Menurut Annuar Musa lagi,  dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, pimpinan parti dengan jelas memberi isyarat agar mereka 'kembali ke pangkal jalan' dan mengutamakan solidariti parti bersama pucuk pimpinan.
 
"Najib pula sewaktu menggulung perbahasan ketika itu memilih untuk berjiwa besar dengan menghulurkan tangan dan menyeru ke arah penyatuan parti.
 
"Walaupun begitu segalanya bukan saja disambut dingin oleh Muhyiddin dan Mukhriz malah mereka terus dan berulang kali melanggar disiplin parti," katanya.
 
Umno-BN kemudiannya berdepan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak namun mereka terus bersekongkol dengan pembangkang dan ini berlarutan dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 
 
Memang demikian adat orang yang cuba menegakkan benang basah. Namun apabila dipecat mereka menimbulkan soal teknikal untuk mendapat 'talian hayat' pada kerjaya politik mereka dan meraih simpati penyokong parti. 
 
Seperti Husam, Muhyiddin dan Mukhriz pun belum mahu membentangkan langkah politik selanjutnya yang bakal mereka ambil. Mereka cuma membayangkan sudah mendapat banyak tawaran menyertai parti lain. 
 
Sebenarnya parti politik berdaftar tidak banyak di Malaysia. Di pihak pembangkang, yang aktif cuma PAS, DAP, PKR dan PAN. Mengambil iktibar gelagat Husam tentu PAS tidak berselera menjemput Muhyiddn dan Mukhriz menyertai mereka.
 
Untuk menyertai DAP, tentu ketiga-tiga mereka bimbang dituduh mahu membantu menegakkan aspirasi politik Cina parti itu. 
 
Sementara untuk menjadi ahli PKR pula, Muhyiddin tentu ingat betapa beliau berkunjung ke kediaman Anwar Ibrahim pada hari Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. 
 
Ketika itu Muhyiddin ialah Naib Presiden Umno. Kunjungan Muhyiddin itu menanamkan harapan bahawa beliau akan bergabung dengan entiti politik yang mahu mempertahankan Anwar.  
 
Sebaliknya Muhyiddin yang pernah bergabung dengan Anwar dalam "Team Melayu Baru" untuk memanjat tangga Naib Presiden Umno menyifatkan dirinya Umno totok. Soal membantu Anwar dalam perjuangan langsung tidak timbul. 
 
Sekurang-kurangnya Anwar Ibrahim apabila dipecat dari Umno mampu menggerakkan kempen reformasi untuk negara. Mampukah Muhyiddin dan Mukhriz memulakan gerakan berkesan membantai Umno?
 
Husam pula berlagak 'duri dalam daging PAS' tetapi tidak mahu ditalak parti itu. Mungkin parti yang bersesuaian buat mereka beertiga ialah PAN yang masih belum menunjukkan kepimpinan yang berkesan. 
 
Mungkin PAN sesuai untuk Muhyiddin, Mukhriz dan Husam "menjual" kredential mereka sebagai politikus yang pernah menempel dalam parti-parti politik besar walaupun aura dan potensi kepimpinan mereka sebenarnya terhad.
 
Sila ketepi Mat Sabu. 


Umno Tambun terima peletakan jawatan Husni tapi mahu penjelasan

Posted: 27 Jun 2016 10:28 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: UMNO Bahagian Tambun menghormati keputusan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletak semua jawatannya dalam parti dan Barisan Nasional (BN) termasuk sebagai Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Bendahari Agung BN.
 
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, bagaimanapun bahagian itu berharap Ahmad Husni, yang turut melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua, dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.
 
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan Ahmad Husni sebaliknya memberi beliau masa untuk menjelaskannya.
 
"Saya perlu bertemu sendiri dengan Datuk Seri (Ahmad Husni) kerana setakat ini, apa yang saya peroleh sama seperti yang Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin maklumkan.
 
"Apa juga keputusan beliau, kita hormati tapi dalam masa sama, berharap dia akan terus bersama kita," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Umno Bahagian Tambun di sini, malam tadi.
 
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.
 
Menerusi Shamsul Zairil yang juga setiausaha politiknya, Ahmad Husni turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun. - BERNAMA