Jumaat, 24 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ada asas teraju SPRM dipaksa lepas jawatan, kata Mujahid

Posted: 24 Jun 2016 03:58 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Perubahan teraju SPRM didakwa babitkan campur tangan politikPerubahan teraju SPRM didakwa babitkan campur tangan politik


Penamatan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dua tahun lebih awal dan pengakuan wujud campur tangan politik dalam siasatan kes berprofail tinggi yang diakui pegawai tinggi SPRM tidak menolak kemungkinan wujud tekanan supaya Abu Kassim dan timbalannya berundur.

Abu Kassim MohamedAbu Kassim MohamedNaib Presiden Amanah yang juga ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof berkata, walaupun pada sidang media semalam Abu Kassim mengakui penamatan khidmat itu atas permintaannya sendiri namun kemungkinan wujud campur tangan politik agar beliau melepaskan jawatan tidak boleh dikesampingkan.

Ini katanya berasaskan insiden yang berkembang hasil daripada siasatan sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri dan skandal 1MDB.

Dr Mujahid mengimbau tindakan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari skandal sumbangan peribadi RM2.6 bilion pada awal 2016 setelah dilantik ke jawatan tersebut pada 27 Julai 2015.

Apandi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatan beberapa bulan lebih awal dari tempoh persaraan rasmi, katanya.

Tindakan Apandi, ujarnya telah menimbulkan reaksi tidak puas hati Panel Penilaian Operasi SPRM yang menuntut supaya SPRM diizinkan mendapatkan penyata kewangan dari bank luar negara yang menyalurkan dana RM2.6 bilion ke akaun Najib.

Tambah Mujahid, walaupun Apandi mengakui transaksi itu wujud, beliau enggan bekerjasama untuk mendapatkan MLA atau bantuan undang-undang untuk tujuan tersebut.

Tindakan memindahkan pengarah operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) atas ketegasan beliau mengendalikan siasatan 1MDB, kata Mujahid turut menimbulkan berbagai tanda soal.

"Sebelumnya pejabat SPRM digeledah oleh polis atas alasan 'dokumen yang tidak patut didedahkan'. Datuk Bahri bersumpah untuk melindungi integriti SPRM dari tindakan PDRM sebelum beliau dipindahkan secara mengejut.
"Pihak Polis menahan beberapa pegawai SPRM termasuk timbalan pendakwaraya yang kesemuanya terlibat dalam siasatan 1MDB dan SRC International sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati SPRM yang membuat solat hajat supaya Allah memelihara SPRM dan kakitangannya dari diganggu kerana membuat siasatan yang telus dan amanah," jelas Mujahid.
Mujahid juga menimbulkan kembali edaran dalaman daripada Abu Kassim yang kesal dengan gangguan terhadap pegawai-pegawainya ketika menjalankan tugas dan komitmen beliau untuk mempertahankan integriti SPRM.

Ini tegas Mujahid membuktikan SPRM telah 'dicerobohi' kuasa politik.

"Kami mendesak satu penjelasan yang telus kerana semua perkembangan ini menunjukkan kepada satu arah, iaitu perdana menteri dan kabinetnya gagal memelihara kebebasan SPRM yang menjadi medan hadapan utama memerangi rasuah," tegas Mujahid.

Beliau turut bimbang dengan kecenderungan negara yang menuju ke arah kediktatoran ekoran misteri penamatan jawatan Abu Kassim berkuatkuasa Ogos 2016 walaupun tempoh khidmatnya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berakhir pada 4 Disember 2018.

Ku Nan: Pemecatan bukti Umno pandang serius ahli langgar peraturan

Posted: 24 Jun 2016 03:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin danDatuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno menunjukkan parti itu memandang serius perbuatan anggotanya yang melanggar peraturan parti, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Keputusan ini dilakukan kerana parti memandang serius perbuatan anggotanya... apa tah lagi seorang timbalan presiden dan ketua perhubungan negeri yang duduk bersekongkol dengan parti lawan untuk menentang parti dan kerajaan.

"Jadi, saya ingat wajar tindakan ini diambil... sepatutnya tindakan diambil lebih awal," katanya kepada pemberita di ibunegara semalam.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn semalam, presiden parti Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Muhyiddin, yang sebelum ini digantung daripada jawatan timbalan presiden, dipecat daripada Umno bersama-sama Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi Umno menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa pula berkata isu berhubung Muhyiddin, Mukhriz dan Mohd Shafie telah banyak kali dibangkitkan namun tindakan disiplin sering ditangguhkan sehingga mereka dengan jelas melakukan perlanggaran disiplin.

"Saya berpendapat dalam politik, tiada seorang pun lebih besar daripada parti. Sesiapa yang pilih untuk melanggar peraturan parti jawapannya adalah berbalik kepada tindakan disiplin. Malangnya, perkara ini berlaku di atas kehendak pihak berkenaan, bukan kita," katanya.

Dalam pada itu, Anggota Majlis Tertinggi Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata keputusan pemecatan itu tidak akan memudaratkan parti kerana Muhyiddin dan Mukhriz sudah lama tidak membantu parti.

"Saya harap ini adalah nasihat atau peringatan kepada anggota Umno lain... apabila kita masuk parti, ia untuk berjuang, kita tidak boleh kecewa dan derhaka terhadap parti," katanya.

Di JITRA, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz adalah wajar dilakukan daripada membiarkan mereka terus menggunakan platform Umno untuk mengecam kepimpinan Najib.

Beliau berkata kedua-dua bekas pemimpin Umno itu didapati banyak menggunakan platform Umno untuk bertemu dengan anggota-anggota parti dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan.

"Lebih baik mereka berada di luar... bila dipecat, mereka tidak boleh jumpa (anggota Umno) melainkan melalui program yang disusun pihak pembangkang," katanya di Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu semalam.

Beliau juga berpendapat pemecatan itu sepatutnya dibuat dari dahulu lagi selepas mereka bersekongkol dengan parti pembangkang untuk melakukan Deklarasi Rakyat.

Di MELAKA, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Idris Haron pula berkata pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz adalah tindakan yang perlu dibuat bagi memastikan Umno terus menjadi parti berwibawa dan dipercayai.

Beliau yang juga ketua menteri Melaka berkata sebagai parti berwibawa, Umno tidak boleh terus memberikan ruang kepada anggotanya berkongsi pentas dengan pembangkang dan menghina kepimpinan sehingga ke tahap merosakkan parti.

"Majlis Tertinggi terpaksa membuat suatu keputusan yang saya kira cukup berat kerana kita terpaksa memilih antara kawan dan semangat kerja berpasukan.

"Saya kira, untuk Umno terus jadi parti berwibawa dan dipercayai, kita perlu menjadi sebuah parti yang tegas," katanya dalam kenyataan semalam.

Idris berkata dengan keputusan itu, beliau berharap Umno akan terus kukuh dan menarik sokongan rakyat. - Bernama

GKCM bayang kemungkinan wujud parti baru

Posted: 24 Jun 2016 03:54 PM PDT

MALAYSIAKINI


Menganggap 'penghinaan' terhadap beberapa tokoh Umno oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai "tidak dapat diterima lagi", Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) membayangkan kemungkinan bakal wujud parti baru di negara ini.

Menamakan kumpulan penentang Najib itu sebagai 3M (Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Ketua GKCM Kamarul Azman Habibur Rahman mempertikaikan tanggapan mereka tidak lagi berpengaruh.

"Benarkah 3M ini tidak ada pengaruh? Bagaimana jika mereka menubuhkan sebuah parti baru?

"GKCM akan mula bertindak. Umno akan dilanda badai ketidakpercayaan yang amat dasyat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

GKCM adalah gabungan pemimpin Umno peringkat bawahan yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Kenyataan GKCM itu dibuat selepas Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memecat Muhyiddin dan Mukhriz, serta menggantung keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dari Umno.

Muhyiddin adalah bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, manakala Mohd Shafie adalah naib presiden parti. Mukhriz pula bekas menteri besar Kedah.

Ketiga-tiga mereka - bersama Dr Mahathir - adalah antara pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Najib.

Dr Mahathir sendiri terlibat menggerakkan kempen Deklarasi Rakyat bersama beberapa parti pembangkang bertujuan mendesak Najib berundur daripada jawatannya sebagai perdana menteri.

Kata Kamarul Azman pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan keahlian Mohd Shafie sebenarnya akan melahirkan banyak persoalan.

Persoalan utama, katanya, ialah tentang integriti Najib.

Beliau mendakwa bahawa Najib kini menjadi 'orang nombor satu paling dibenci di negara ini' tetapi beliau tidak mahu menerima hakikat itu.

Manakala pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan Mohd Shafie, tambah Kamarul, akan mempunyai tempias negatif terhadap MT.

Justeru katanya Najib dan MT Umno perlu mengambil iktibar daripada revolusi rakyat Filipina yang berjaya menggulingkan Fredinand Marcos pada 22 hingga 25 Februari 1986.


PM Britain letak jawatan, PM Malaysia disindir kerana mengaku demokrat

Posted: 24 Jun 2016 03:45 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
DEMOKRAT SEBENAR... David Cameroon mengumumkan perletakan jawatannya selepas rakyat Britain memilih untuk keluar daripada EU.DEMOKRAT SEBENAR... David Cameroon mengumumkan perletakan jawatannya selepas rakyat Britain memilih untuk keluar daripada EU.


Perdana Menteri Britain David Cameron mengumumkan perletakan jawatannya setelah rakyat negara itu mengundi bagi meninggalkan Kesatuan Eropah (UE) dalam referendum hari ini.

Dengan linangan air mata, Cameron yang berucap dalam sidang media di samping isterinya memaklumkan sudah menyatakan keputusannya itu kepada Ratu England.

Dalam kempen referendum yang dikenali sebagai Brexit, Cameron memilih untuk kekal di dalam EU.
Bagaimanapun keputusan referendum menunjukkan 51.9% rakyat Britain mahu negara itu meninggalkan EU manakala 48.1% mahu kekal.

Sementara itu komen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Britain menghormati referendum itu mendapat respon sinis aktivis sosial.

Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk ketawa atau menitiskan air mata apabila membaca kenyataan Najib yang menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat.

"Adakah PM kata 'kita' demokrat?

"Saya tidak tahu sama ada untuk ketawa atau menangis," komen beliau menerusi tweeter.
"Mungkin 'kita' perlu letak jawatan juga," katanya merujuk kepada Najib.

Ambiga adalah antara mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat yang menggesa Najib supaya berundur.

Seorang peguam Syahredzan Johan memberikan komen berikut: "Demokrat tidak tangkap penentang."

Penularan fahaman takfiri di negara ini membimbangkan

Posted: 24 Jun 2016 03:41 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Fahaman takfiri yang didalangi Daesh (IS) dikhuatiri merebak ke negara ini dengan kecenderungan sesetengah pihak mengkafirkan umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka.Fahaman takfiri yang didalangi Daesh (IS) dikhuatiri merebak ke negara ini dengan kecenderungan sesetengah pihak mengkafirkan umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka.


Penularan fahaman takfiri di negara ini begitu membimbangkan sehingga gejala mengkafirkan pihak yang tidak sealiran pemikiran semakin menjadi-jadi di media sosial, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau juga melahirkan kebimbangan jika fahaman takfiri yang memporak-perandakan rantau Teluk khususnya Syria dan Iraq dibawa masuk ke negara ini oleh elemen Daesh (IS).

"Saya amat gusar dan bimbang dengan fahaman takfiri yang mula melanda negara kita secara hebat sekarang ini. Melabel mengkafirkan, 'menerakakan' orang sudah menjadi trend di negara ini khususnya di media-media sosial.

"Saya berpesan kepada diri saya, pimpinan, penyokong Amanah dan umat Islam dan bukan Islam supaya kita bertanggungjawab menjaga keamanan, keharmonian sesama masyarakat.

"Fahaman takfiri yang akhirnya menjadi punca pembunuhan sesama Islam seperti sedang melanda Iraq, Somalia, Syria, Libya, Afghanistan, Pakistan dan negara umat Islam lain, diharap tidak merebak ke negara ini," tegasnya.

Menurut Mohamad, kemenangan mengejut kumpulan Daesh atau Islamic State (IS) pimpinan Abu Bakr Al-Baghdadi di Iraq pernah dipuji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedangkan ia boleh mengundang bahaya kepada umat manusia khasnya umat Islam.

Mereka yang terjebak dalam budaya dan fahaman takfiri ini, jelas Mohamad sukar dipulihkan dan boleh memusnahkan negara.

"Parti Amanah berpendapat, dalam menangani perbezaan perlu banyakkan program dialog berbanding melabel-label orang.

"Pihak bertanggungjawab perlu menjaga fatwa-fatwa mereka supaya ia akhirnya tidak menjerat umat Islam itu sendiri.

"Pihak keselamatan negara pula hendaklah lebih berhati-hati dan berusaha supaya fahaman yang boleh menjahanamkan negara dan umat tidak bermaharajalela masuk ke negara ini," katanya.

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Mohamad merayu mereka yang berbeza pendapat supaya berlawan hujah dan tidak sampai melabel seseorang itu sehingga menghalalkan darahnya secara tidak sah oleh undang-undang dan agama.

Rasuah Selangor: Tiada apa yang hendak disembunyikan, kata Azmin

Posted: 24 Jun 2016 03:38 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menegaskan kerajaan negeri tidak ada menyembunyikan apa-apa berkaitan dakwaan wujud permintaan wang dan wanita dalam pentadbiran negeri itu.
 
Malah pihaknya sentiasa bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
"Tiada apa-apa yang hendak disembunyikan, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
 
"Kami juga tidak menghukum mereka yang membuat aduan. Ini kerana kami adalah terbuka dan bersedia menerima kritikan di bawah sistem demokrasi," katanya yang dipetik Oriental Daily News.
 
Terdahulu Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membuat laporan mengenai dakwaan rasuah yang berlaku di Selangor.
 
Laporan yang dibawa Rafizi itu bermula selepas satu perbualan Whatsapp 'terbocor' mendedahkan beliau menerima aduan bahawa wujud permintaan habuan wang dan 'perempuan' ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor. 
 
Mengulas mengenai agenda Deklarasi Rakyat yang dilihat mengabaikan agenda reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Ketua Umum PKR mengirim surat kepada PKR, bagaimanapun Azmin menafikan perkara tersebut.
 
Sebaliknya Azmin menganggap surat penjara yang ditulis Anwar sebelum ini hanyalah peringatan untuk kepimpinan parti. 
 
Malah beliau berkata surat itu adalah untuk edaran dalaman dan bukan untuk tatapan umum.
 
"Dalam surat itu, Anwar berkata, tidak ada masalah dengan pemimpin-pemimpin parti menyertai Deklarasi Rakyat. Beliau juga tidak menghentikannya, tetapi sekadar memberi cadangan dan peringatan.
 
"Apa yang Anwar tekankan bahawa kita tidak harus lupa agenda reformasi selepas menyertai deklarasi ini," katanya.
 
 

Hanya mahkamah Syariah boleh dengar cabaran SIS terhadap fatwa, kata hakim mahkamah sivil

Posted: 24 Jun 2016 03:30 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kajian undang-undang Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa diwarta di Selangor yang mengisytihar kumpulan itu sesat.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah berkata, hanya mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa untuk mengkaji permohonan berkenaan.

Katanya, perkara utama kes SIS adalah fatwa atau penentuan undang-undang Islam.

"Saya berpandangan mahkamah ini tiada kuasa untuk memberikan penyelesaian yang dicari oleh plaintif dalam kajian undang-undang ini.

"Pada pendapat saya, ini adalah bidang kuasa mahkamah Syariah," katanya.

Hakim tidak mengarah SIS atau dua lagi pemohon untuk membayar kos kerana kes itu berkepentingan awam.

Pada 31 Oktober 2014, SIS memfailkan kajian undang-undang terhadap fatwa diwarta di Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai sesat berdasarkan pandangan mereka (SIS) terhadap liberalisme dan pluralisme.

Fatwa itu juga mengisytiharkan sebagai haram sebarang percetakan yang mengandungi elemen liberalisme dan pluralisme serta boleh dirampas oleh pihak berkuasa agama.

Ia juga mahu pengawal Internet negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya memantau dan menyekat laman web media sosial yang mempunyai kandungan anti-Islam.

SIS Forum (Malaysia), Zainah Mahfoozah Anwar yang juga salah seorang pengasas SIS dan Datuk Zaid Ibrahim menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan kerajaan negeri sebagai responden dalam permohonan mereka.

SIS Forum (Malaysia) adalah syarikat yang menguruskan SIS dan peguamnya, Malik Imtiaz Sarwar sebelum ini berhujah di mahkamah bahawa ia adalah badan yang di luar sistem perundangan Islam.

Pada 10 Disember 2014, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan SIS untuk mendapatkan kajian undang-undang.


Tangkap pegawai SRPM beri maklumat kepada Rafizi

Posted: 24 Jun 2016 05:54 AM PDT

 
Kenyataan Rafizi mengesahkan ada kebocoran maklumat daripada suruhanjaya itu, kata Vell Paari


S Vell Paari


PETALING JAYA: Seorang pemimpin MIC hari ini menggesa polis menyiasat dan menangkap pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mendedahkan maklumat dalaman kepada Rafizi Ramli.

Bendahari Agung MIC S Vell Paari berkata kenyataan Setiausaha Agung PKR itu mengesahkan kebocoran maklumat berlaku.

"Saya minta polis supaya menyiasat dan menangkap pegawai-pegawai kanan yang mendedahkan hal dalaman SPRM kepada pembangkang untuk kepentingan politik mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seruan itu menjawab dakwaan Rafizi bahawa seorang pegawai kanan SPRM memaklumkan kepadanya bahawa Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Mohd Shukri Abdull dipaksa meletak jawatan.

"Ini menunjukkan pembangkang mungkin mencampuri penyiasatan SPRM kerana Rafizi sendiri menyatakan bertemu pegawai kanan terbabit dan membincangkan urusan dalaman suruhanjaya," katanya.

Vell Paari menambah, hubungan rapat Rafizi dan pegawai berkenaan mungkin menjadi sebab siasatan SPRM keatas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak lengkap.

Kertas siasatan SPRM diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 26 Mei, tetapi diserahkan semula kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

"Mungkin ini memberikan masa kepada pembangkang untuk menyembunyikan maklumat penting," dakwa pemimpin MIC itu.

Semalam, Abu Kassim berkata perletakan jawatannya dibuat secara rela hati, manakala Shukri pula bersara wajib.

Rafizi, dalam satu kenyataan semalam mendakwa "orang luar" akan menggantikan mengisi dua kekosongan itu dan menggesa wakil rakyat pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah untuk meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

Mereka adalah Dr. Tan Seng Giaw (DAP), Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) dan Dato' Takiyuddin bin Hassan (PAS).

Pas tiada kompromi dengan Amanah agihan kerusi PRU14

Posted: 24 Jun 2016 05:50 AM PDT

SINAR HARIAN
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man


KOTA BHARU - Pas tidak akan memberikan kerusi tradisi yang pernah ditandinginya dalam pilihan raya kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau mencadangkan supaya Amanah bertanding di kerusi yang tradisinya ditandingi DAP jika ia ingin memang dalam pilihan raya itu nanti.

"Amanah kalau dia nak hidup kena bertanding atas kerusi DAP, dia ada harapan menang, kalau bertanding atas kerusi PAS dia akan kalah.   

"Sepatutnya DAP beri kerusi kepada Amanah sebab Amanah anak buah dia, nampak sinonim kedua-duanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah politik di Pasir Tumboh di sini, malam tadi.

Amanah adalah parti serpihan Pas yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu.

Tuan Ibrahim berkata, kajian yang dibuat oleh Pas terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini, mendapati Amanah mendapat sokongan dari kawasan pengundi bukan Melayu.

Beliau juga berkata Pas akan bertanding di tempat yang tradisi parti itu  bertanding di seluruh negara dan tidak akan berkompromi dengan parti lain termasuk DAP dan Amanah. - Bernama

Pas bersedia hadapi PRU14

Posted: 24 Jun 2016 05:39 AM PDT

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob


KOTA BHARU – Pas tidak gentar sebaliknya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi persaingan sekiranya PRU14 diawalkan.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas sebagai sebuah parti politik sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk khabar angin yang mengatakan PRU14 yang mungkin dipercepatkan.

"Sebagai parti politik Pas sentiasa bersiap sedia untuk ke arah itu di mana kita sebenarnya sudah mula buat persediaan sebaik sahaja PRU13 berakhir. Kalau betul tahun depan kita tak ada masalah," katanya kepada media pada majlis sumbangan kuih raya Aidilfitri kepada agensi-agensi keselamatan di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat serta Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub.

Sempena majlis itu, kerajaan negeri menyerahkan 13,100 kotak kuih raya kepada wakil agensi keselamatan
.
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan turut menyangkal ramalan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan pengaruh Pas semakin lemah di beberapa negeri.

Beliau berkata, sebaliknya DAP perlu mengakui kelemahan sendiri dan bukannya menuding jari kepada orang lain.

"Kit Siang ramal Pas Kelantan lemah tapi itu sebenarnya dia (DAP) yang terasa lemah, ini terbukti dalam dua PRK (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) baru-baru ini.

"Walaupun DAP bergabung dengan empat kumpulan (DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Tun Dr Mahathir Mohamad) tapi mereka tidak boleh mengatasi BN. Ertinya kadar kelemahan sentiasa ada dan ia perlu jadi pengajaran kepada kita," katanya.

Terdahulu, Kit Siang dalam satu laporan meramalkan Pas bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri Kelantan yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun pada PRU14 berdasarkan keputusan diperoleh Pas dalam PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.


Ringgit bakal jatuh jika UK keluar EU

Posted: 24 Jun 2016 05:39 AM PDT



Ringgit bakal jatuh jika UK keluar EU
Gambar hiasan


SHAH ALAM - Bursa tempatan, Bursa Malaysia menerima kesan seiring dengan pasaran global yang bertindak balas secara negatif terhadap keputusan United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah (EU) Brexit dengan lebih 700 kaunter mencatat kerugian, kata peniaga seperti dipetik oleh BNBBC.

Difahamkan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merost 22.66 mata kepada 1,617.32 semasa mengakhiri sesi pagi selepas bergerak antara 1,619.24 dan 1,640.07.

Ia dibuka 0.14 mata lebih rendah pada 1,639.84.

Dalam pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 747 berbanding 96, manakala 197 kaunter tidak berubah, 685 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Selain itu, jumlah dagangan pada 994.55 juta saham bernilai RM783.87 juta.

Peniaga berkata kebimbangan berhubung Brexit menyebabkan mata wang pound susut ke paras terendah dalam tempoh 31 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat, diniagakan di bawah AS$1.35, paras terendah sejak September 1985.


Prof Izzi meninggal dunia

Posted: 24 Jun 2016 04:21 AM PDT

Prof Izzi meninggal dunia
Prof Izzi


SHAH ALAM - Pakar motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12:45 tengah hari tadi di Hospital Alor Setar, Kedah.

Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya, Abdul Muein Abadi, 28, kepada Sinar Online sebentar tadi.

"Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu.

"Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu," katanya.

Dalam pada masa itu, menerusi akaun Facebooknya sehari sebelum Ramadan lalu, Allahyarham sempat memuat naik status meminta maaf kepada semua orang.

"Saya nak minta maaf zahir batin kepada anda semua. Saya juga maafkan kepada sesiapa jua jika ada yang bersalah dengan saya dan mohon agar ALLAH ampunkan dosa saya dan anda semua.

"Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Moga matlamat/KPI Ramadan this time (kali ini) akan dapat  dicapai. Aamin," kenyataan itu dipetik.

Terdahulu, Allahyarham suatu ketika dahulu sangat popular dengan tagline: "Renung-renungkan dan selamat beramal" dan suaranya sering muncul dicorong-corong radio.


Al-Fatihah


Bayar zakat terus kepada asnaf, ini jawapan mufti

Posted: 24 Jun 2016 04:09 AM PDT

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria


PARIT BUNTAR - Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) sedia mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab menggerakkan kempen mendesak masyarakat Islam membayar terus zakat kepada asnaf dan tidak melalui badan itu melalui media sosial.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mengikut hukum syarak, apabila sebuah badan khas dipertanggungjawabkan mengumpulkan zakat, maka setiap umat Islam wajib menjalankan ibadat zakat mereka kepada badan itu.

Menurutnya, ada pun terdapat kempen menyuruh masyarakat Islam membayar terus zakat kepada asnaf, dalam hukum syarak tindakan itu tidak sah kerana mereka tidak mempunyai kuasa sebagai amil bagi mengagihkan zakat terhadap lapan golongan asnaf.

"Untuk pengetahuan masyarakat, pihak majlis agama tidak akan menggunakan dana zakat terkumpul melainkan untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang dipertanggungjawabkan.

"Adalah salah pendapat mendakwa majlis agama menggunakan bahagian-bahagian asnaf itu bagi tujuan lain, sedangkan pegawai-pengawai menguruskan hal zakat hanya diberi ganjaran gaji melalui bahagian amil.

"Majlis agama tidak pernah menyentuh langsung bahagian-bahagian asnaf ditetapkan kerana kesemua harta zakat perlu diagihkan secara adil kepada mereka yang layak dan perlu menerimanya," katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri sumbangan Maipk dan Yayasan Muhibbah Fng Ah Seng Daerah Kerian di sini.

Turut hadir Pengerusi yayasan itu, Tan Sri Dr Fng Ah Seng dan Ketua Pegawai Eksekutif Maipk, Dr Amiruddin Ahmad.

Harussani berkata, setiap hari, pegawai-pegawai Maipk bertungkus-lumus masuk ke setiap ceruk kampung di negeri ini bagi mengenal pasti orang Islam yang berhak dikategorikan sebagai asnaf.

Menurutnya, pada setiap tahun, Maipk bukan sahaja membina sebanyak 400 rumah dan tempat tinggal kepada golongan asnaf memerlukan, malah peruntukan lebih RM20 juta disalurkan melalui pemberian bantuan bulanan kepada golongan fakir miskin kurang upaya.

"Pendapatan zakat yang Maipk perolehi ketika ini sebanyak RM140 juta adalah tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan asnaf di Perak, sehinggakan kita terpaksa menggunakan pendapatan dikutip pada tahun berikutnya.

"Di sebalik itu, masih terdapat beberapa golongan asnaf berjaya keluar dari kepompong kemiskinan setelah diberi bantuan modal perniagaan dan mereka pula kini menjadi pengeluar zakat.

"Sekiranya inisiatif ini dapat dipertingkatkan, pastinya usaha mengurangkan bilangan golongan asnaf di Perak pada masa hadapan dapat dikurangkan,"katanya.

Harussani turut menegaskan Maipk tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengqada'kan kembali zakat yang diagihkan terus kepada asnaf, dibayar semula kepada majlis agama itu.
Menurutnya, tindakan itu bahkan digalakkan memandangkan perbuatan mana-mana pihak yang melaksanakan zakat secara terus kepada asnaf adalah tidak sah.

"Saya bimbang jika masyarakat Islam terpengaruh dengan hasutan golongan tertentu  supaya zakat dibayar terus kepada asnaf dan tidak melalui Majlis Agama Islam, maka akan pincanglah masyarakat Islam,"katanya.


Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan

Posted: 24 Jun 2016 03:58 AM PDT


Muhyiddin yassin


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

"MT Umno sebulat suara mengambil keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana pelanggaran disiplin.

"Ini kerana mereka telah berada di atas pentas bersama pembangkang menyerang pimpinan dan parti. Ini merupakan kesalahan besar disiplin," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015.

Ia disusuli dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno yang digantung bermula 26 Februari lalu sehingga pemilihan parti akan datang.

Mukhriz pula melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah pada 3 Februari lalu dan diganti dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


Himpunan aman sokong pindaan Akta 355 tiada sambutan

Posted: 24 Jun 2016 03:50 AM PDT

 
Hanya 100 orang hadir menyatakan sokongan terhadap himpunan itu.


pindahaktha1


KUALA LUMPUR: Kehadiran penyokong dalam perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan terhadap pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hari ini tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Hanya 100 orang saja yang hadir dalam perhimpunan diketuai Sekretariat Ummat yang menyokong memperkasa Akta 355.

Perhimpunan yang berlangsung selama 30 minit di depan Masjid Negara itu meminta semua umat Islam dan bukan Islam menyokong Akta 355 dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang Parlimen, Oktober depan.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ummat Aminuddin Yahaya berkata kehadirannya pada perhimpunan itu bagi mewakili 500 gabungan NGO Islam yang menyokong pindaan Akta 355.

Katanya, Akta 355 ini disalahertikan pelbagai pihak dan penjelasan yang menyeluruh akan dilakukan secara berperingkat selepas ini.

"Kita akan adakan jelajah untuk menerangkan pindaan Akta 355 ini. Perlu dijelaskan akta ini khusus untuk umat Islam dan seharusnya penganut agama lain tidak perlu bimbang.

"Kami juga menyarankan langkah segera perlu diambil untuk membetulkan salah tafsir dan salah faham mengenai pindaan yang dicadangkan di mata masyarakat bagi memastikan keharmonian kaum sentiasa terpelihara," katanya.

Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU persendirian berkenaan selepas dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Tindakan Hadi itu menyebabkan beberapa pemimpin parti komponen BN mahu meletakkan jawatan di dalam Kabinet jika undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Rakyat.

Antara pemimpin yang membantah ialah Presiden MIC Datuk S Subramaniam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Pengambilan vaksin hukumnya sunat, bukan wajib .

Posted: 24 Jun 2016 03:50 AM PDT

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata tidak tepat menyatakan hukumnya adalah wajib dan berdosa kepada ibu bapa yang tidak mengambilnya.


Mohd-Khairuddin_vaksin_600


PETALING JAYA : Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pengambilan vaksin di awal usia kanak-kanak dengan tujuan pencegahan penyakit digalakkan oleh Islam jika vaksin itu daripada bahan suci dan terbukti memberi manfaat.

Bagaimanapun, katanya untuk menyatakan hukum pengambilannya adalah wajib dan berdosa kepada ibu bapa yang tidak mengambilnya adalah tersasar daripada pandangan yang benar.

Katanya, ini kerana penggunaan vaksin adalah salah satu usaha dijangka dengan sangkaan yang kuat membantu mencegah penyakit pada masa depan, bukan satu-satunya usaha pencegahan.

"Islam mendidik umat dengan konsep penjagaan kesihatan antaranya berasaskan kaedah menjaga lebih baik daripada merawat.

"Mendapatkan rawatan awal bagi pencegahan penyakit yang dibimbangkan berlaku pada masa hadapan adalah bertepatan dengan saranan syarak," katanya.

Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan individu yang menolak penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit yang mengancam nyawa adalah berdosa.

Beliau berkata, ibu bapa yang memilih untuk tidak membenarkan anak mereka divaksin tanpa langkah pencegahan lain yang terbukti lebih efektif juga berdosa kerana meletakkan anak mereka dalam keadaan bahaya.

Katanya, syariat Islam antaranya menuntut pemeliharaan kesihatan dan nyawa dan dalam konteks berkaitan penggunaan vaksin perlulah berpegang kepada konsep Islam.

500 kes ibu bapa tolak vaksin dalam 3 bulan

Posted: 24 Jun 2016 03:47 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Apabila ramai ibu bapa yang menolak imunisasi, maka kelompok imuniti akan hilang menyebabkan jika berlakunya satu kes maka ia akan merebak kepada individu lain dengan lebih cepat.


hilmi-yahya,vaksin


GEORGE TOWN: Terdapat 500 kes ibu bapa menolak suntikan vaksin direkodkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, jumlah yang tinggi itu menimbulkan kebimbangan kerana ia membahaya dan mendedahkan anak-anak mereka kepada penyakit yang boleh
menyebabkan kematian.

"Saya hairan mengapa ibu bapa masih tidak mahu memberikan imunisasi kepada anak-anak bagi mencegah penyakit. Ia percuma…kerajaan belanjakan lebih RM100 juta setiap tahun untuk menyediakan 12 jenis suntikan vaksin kepada semua kanak-kanak sejak lahir hingga berumur 13 tahun," katanya selepas majlis sumbangan Aidilfitri kepada 220 orang kurang upaya (OKU) daerah Barat Daya di Pasaraya Mydin Bukit Jambul hari ini.

Dr Hilmi berkata, apabila ramai kalangan ibu bapa yang menolak imunisasi, maka kelompok imuniti akan hilang menyebabkan jika berlakunya satu kes maka ia akan merebak kepada individu lain dengan lebih cepat.

"Ramai ibu bapa yang mempertikaikan tentang vaksin yang disediakan, sebenarnya kami di kementerian terlebih dahulu menyemak dan mengkaji semua vaksin itu bebas daripada khinzir," katanya.

Dr Hilmi berkata, penolakan suntikan vaksin itu juga berpunca daripada masyarakat kini yang lebih mempercayai maklumat diperoleh berdasarkan pelbagai carian menerusi Internet yang kebanyakannya tidak tepat.

Beliau berkata, kementerian kini giat menjalankan kempen kesedaran termasuk mengadakan perjumpaan dengan pakar-pakar bagi memberikan nasihat kepada ibu bapa di seluruh negara supaya memberikan kebenaran suntikan vaksin kepada anak-anak mereka.

Terdapat 12 jenis vaksin penting perlu diberikan kepada kanak-kanak dan vaksin paling penting ialah vaksin lima serangkai yang bertujuan mengelakkan pelbagai ancaman penyakit termasuk difteria.

"Bagi kes yang maut akibat difteria itu adalah disebabkan tidak mengambil vaksin lima serangkai ini," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang mewajibkan ibu bapa memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka, Dr Hilmi berkata, perkara itu belum diputuskan.

Terdapat dua kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria, iaitu pada Sabtu lepas di Melaka dan Rabu lalu di Kedah.– BERNAMA

Tidak halal darah rakyat bukan Islam – Asri

Posted: 24 Jun 2016 03:43 AM PDT

 
Perlis mengambil pendirian yang berbeza daripada Pahang berhubung status perangi orang bukan Islam


Mohd-Asri_islam_600


PETALING JAYA: Mufti Perlis berpendirian rakyat yang bukan Islam tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi, istilah yang ditafsirkan sebagai golongan bukan Islam yang diperangi.

Ini kerana, perjanjian kewarganegaraan memberikan perlindungan kepada semua rakyat bukan Islam dan hak mereka dipelihara.

"Dalam konteks moden setiap yang mendapat kerakyatan dalam Dar al-Islam (negara Islam) itu seorang zimmi, bererti yang dipelihara atau dilindungi haknya," jelas Mohd Asri Zainul Abidin, dan menambah istilah zimmi telah digantikan dengan istilah rakyat yang bukan beragama Islam.

Pendirian ini menyusuli kenyataan Mufti Pahang di akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang mengulas penentangan DAP kepada perlaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

"Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka," kata Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

"Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya," tambahnya.

Mengulas lanjut, Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata istilah kafir harbi ditujukan kepada semua pihak yang menentang Islam.

Memetik Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Yusuf al Qaradawi, Asri menjelaskan ciri-ciri negara Islam ialah kekuasaan politik dalam tangan orang Islam, perlaksanaan hukum Islam walaupun tidak menyeluruh dan penganut mengamalkan agama Islam secara aman.

Asri berkata Malaysia menepati ciri Dar al-Islam, maka orang bukan Islam yang mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang Malaysia tidak boleh digelar kafir harbi.

"Sehinggalah dia tiada lagi sebarang ikatan perjanjian dengan negara Islam dan tidak dilindungi lagi oleh undang-undang negara Islam," katanya melalui catatan Facebook.

Menurut Asri, istilah kafir harbi juga tidak boleh dikenakan keatas orang bukan Islam daripada negara-negara bukan Islam yang mempunyai perjanjian dengan negara Islam, antaranya Amerika Syarikat.

"Kafir harbi, berdasar yang dibincang di atas ialah bukan muslim yang menolak dan menentang seruan Islam, bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, tiada sebarang perjanjian aman dengan Dar al-Islam dan tinggal di negara mereka Dar al-Harb,"

Menurut Asri, hanya Israel yang dikategori sebagai Dar al-Harb kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam.

"Dengan itu rakyat Malaysia yang bukan muslim tidak boleh dikategorikan kafir harbi yang boleh diperangi dan halal darahnya ditumpahkan selagi mereka mempunyai ikatan hubungan dengan negara!" tegasnya.

Rampaslah Yayasan Kepimpinan Perdana, kata Dr M

Posted: 24 Jun 2016 03:40 AM PDT

 
Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan, katanya.


Mahathir


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia sekiranya kerajaan berhasrat untuk menarik balik peruntukan Yayasan Kepimpinan Perdana (YPM) yang diterajuinya sejak tertubuhnya badan itu.

Katanya, kerajaan berhak menggunakan kuasanya untuk menarik balik yayasan itu seperti yang dicadangkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.

"Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan yang mengesyorkan supaya kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada YPM, termasuk penggajian kakitangan.

"Memanglah menjadi hak kerajaan mengguna kuasa yang diberi rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah," katanya dalam entri terbarunya di blog chedet.cc.

Namun, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalannya berhubung sikap Khairul Azwan yang disifatkan sebagai angkuh dan sudah menunjuk kebengisan menjadi pemimpin rasuah sebelum berkuasa.

"Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi.

"Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.

"Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan. Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini.

"Apakah akan jadi kepadanya setelah budaya rasuah dipandang tinggi dan dipertahankan oleh yang akan berkuasa dan memerintah," katanya.

Sebelum ini Khairul Azwan berkata Dr Mahathir memperalatkan YPM dalam usahanya melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

YPM ditubuhkan pada Januari 2003 sebagai pertubuhan yang bukan membuat keuntungan untuk mengkaji dan mempromosikan pemikiran dan warisan perdana menteri Malaysia.

Ia dilancarkan secara rasmi pada 10 Mei 2005 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi. Dr Mahathir pula merasmikan Pustaka Perdana yang menempatkan pelbagai maklumat berhubung perdana menteri negara.

Pesawat Eaglexpress 'Ditarik', Didakwa Tak Bayar Sewa

Posted: 24 Jun 2016 12:12 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Gambar hiasan.
 
 
PETALING JAYA: Ketika Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd (Eaglexpress) berdepan masalah tunggakan gaji pekerja selama dua bulan, pesawat yang digunakan syarikat penerbangan itu pula didakwa 'ditarik' kerana gagal membayar sewa, baru-baru ini.

Sumber yang juga salah seorang kakitangan syarikat penerbangan itu mendakwa insiden tersebut melibatkan pesawat Airbus A330 sejurus ia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jeddah pada 7 Jun lalu.

Menurut sumber yang enggan dikenali, kejadian itu mengakibatkan lebih 300 jemaah yang sepatutnya menaiki penerbangan ke Jeddah untuk menunaikan ibadat umrah terkandas.

Dakwanya, punca pesawat itu ditarik kerana kegagalan Eaglexpress membayar sewa, tetapi tidak mengulas lanjut jumlah atau tempoh tunggakan itu. Difahamkan syarikat yang menyewakan pesawat tersebut berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

"Insiden pesawat A330 kena tarik menyebabkan lebih 300 jemaah yang sudah berada di KLIA untuk ke Jeddah terkandas.

"Bagaimanapun, kesemua mereka diterbangkan menggunakan pesawat lain yang digunakan Eaglexpress iaitu Boeing 747, esoknya pada 8 Jun," katanya kepada mStar Online dalam pertemuan baru-baru ini.

Eaglexpress yang merupakan syarikat penerbangan carter menggunakan satu pesawat A330 dan tiga pesawat Boeing 747 bagi perkhidmatan umrah dan haji.

Sementara itu, jurucakap Eaglexpress ketika dihubungi mengesahkan insiden pesawat A330 'ditarik' penyewanya pada 7 Jun lalu, mengakibatkan sekumpulan jemaah terkandas.

Ditanya adakah ia disebabkan kegagalan syarikat membayar sewa pesawat seperti yang didakwa, jurucakap itu menyifatkannya sebagai 'penamatan kontrak lebih awal yang tidak dijangka antara kedua pihak'.

"Kita mempunyai deposit tiga bulan dengan mereka (syarikat menyewakan pesawat)," katanya sambil mendakwa pesawat tersebut diambil semula tanpa diberikan notis lebih awal kepada syarikat penerbangan itu.

"Mereka mahu mengambil balik pesawat, jadi kita biarkan mereka ambil. Kalau tiada persetujuan bersama, kenapa kita perlu teruskan (guna pesawat syarikat itu). Bagaimanapun, kita akan menyelesaikan isu tersebut dengan mereka, kita tidak akan duduk diam sahaja," tambah jurucakap itu.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, semua jemaah yang terkandas diberikan penginapan di hotel sementara menunggu penerbangan pada 8 Jun.

"Kita masih ada pesawat lain iaitu 747. Jemaah yang terkandas diterbangkan menggunakan pesawat 747 pada hari berikutnya," katanya.

Terdahulu, pada Isnin, mStar Online mendedahkan sebuah syarikat penerbangan carter gagal membayar gaji pekerjanya termasuk tidak membuat caruman KWSP dan Perkeso.

Eaglexpress kemudiannya tampil mengakui tunggakan gaji berlaku disebabkan syarikat itu mengalami masalah kewangan sejak Februari lalu.

Bagaimanapun ia masih membuat 'sebahagian bayaran kepada sebahagian pekerja' berdasarkan permintaan dan keperluan pekerja, berikutan sumber kewangan syarikat yang terhad.

Eaglexpress pada Selasa lalu memberi jaminan untuk melunaskan tunggakan gaji pekerjanya seawal-awalnya minggu depan, iaitu sebelum Aidilfitri, susulan perniagaan syarikat penerbangan itu kembali normal.

Pesawat 'Ditarik', Nasib Juruterbang Eaglexpress Jadi Tanda Tanya

Posted: 24 Jun 2016 12:10 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

 

 
 
 
PETALING JAYA: Nasib sekumpulan juruterbang Eaglexpress kini menjadi tanda tanya susulan insiden sebuah pesawat yang digunakan oleh syarikat penerbangan itu telah diambil semula oleh penyewanya, baru-baru ini.

Difahamkan, insiden itu hanya memberi kesan kepada juruterbang yang mengendalikan pesawat Airbus A330 berikutan ia merupakan satu-satunya pesawat yang digunakan Eaglexpress ketika ini selain tiga pesawat Boeing 747.

Menurut jurucakap Eaglexpress kepada mStar Online, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan juruterbang A330 pada minggu lalu bagi menjelaskan kedudukan susulan insiden itu.

"Kita telah memaklumkan kepada mereka tentang penstrukturan semula yang bakal dibuat dan mereka akan ditawarkan untuk menjadi juruterbang bagi pesawat 747.

"Ini bermakna mereka perlu menjalani latihan mengendalikan pesawat 747.

"Pilihan setakat ini adalah menawarkan mereka sama ada terus berkhidmat sebagai juruterbang 747 atau ditamatkan perkhidmatan dengan pampasan," katanya kepada mStar Online.

Pada Khamis, mStar Online mendedahkan pesawat A330 yang digunakan oleh Eaglexpress telah diambil semula oleh penyewanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Jun lalu.

Ia mengakibatkan lebih 300 jemaah yang mahu berlepas ke Jeddah untuk mengerjakan umrah terkandas, dan diterbangkan menggunakan pesawat 747 pada hari berikutnya.

Jurucakap Eaglexpress berkata, syarikat akan mengeluarkan surat pemberitahuan secara rasmi berhubung tawaran itu kepada juruterbang secepat mungkin.

Bagaimanapun menurut sumber kepada mStar Online, 'penstrukturan semula' tersebut mendapat bantahan daripada beberapa juruterbang A330 yang menyifatkan ia sebagai kata dua buat mereka.

"Saya diberitahu oleh juruterbang A330 bahawa keengganan mereka disebabkan oleh pasaran bagi A330 lebih bernilai berbanding 747. Jenis pesawat dan prospek kerjaya berhubung kait, jadi antara mereka melihat penghijrahan itu bukan satu keputusan bijak," katanya.

Tambah sumber, juruterbang turut mempersoalkan sama ada mereka akan diberikan gaji sepanjang tempoh latihan itu, terutama ketika ini syarikat masih tidak melunaskan tunggakan gaji selama dua bulan.

"Apa yang saya diberitahu oleh juruterbang, mereka mengharapkan supaya pampasan yang diberikan setimpal dengan kontrak dan situasi yang berlaku," jelas sumber sambil menambah terdapat kira-kira 10 juruterbang A330 yang berkhidmat dengan Eaglexpress.

Terdahulu, jurucakap Eaglexpress mengesahkan insiden jemaah terkandas akibat pesawat diambil semula oleh penyewanya.

Ditanya adakah ia disebabkan kegagalan syarikat membayar sewa pesawat seperti yang didakwa, jurucakap itu menyifatkannya sebagai 'penamatan kontrak lebih awal yang tidak dijangka antara kedua pihak'.

Terdahulu, pada Isnin, mStar Online mendedahkan sebuah syarikat penerbangan carter gagal membayar gaji pekerjanya termasuk tidak membuat caruman KWSP dan Perkeso.

Eaglexpress mengakui tunggakan gaji berlaku disebabkan syarikat itu mengalami masalah kewangan sejak Februari lalu, tetapi masih membuat 'sebahagian bayaran kepada sebahagian pekerja'.

Eaglexpress pada Selasa lalu memberi jaminan untuk melunaskan tunggakan gaji pekerjanya seawal-awalnya minggu depan, iaitu sebelum Aidilfitri, susulan perniagaan syarikat penerbangan itu kembali normal.

19 Orang Keracunan Makanan Selepas Makan Juadah Bazar Ramadan

Posted: 24 Jun 2016 12:04 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Seramai 19 orang dilaporkan mengalami cirit birit dan muntah selepas menikmati makanan yang dibeli di sebuah gerai di bazar Ramadan Paka.

Dalam kejadian itu, lima orang dimasukkan ke wad Hospital Dungun, manakala seorang dimasukkan ke Kuantan Medical Centre.

Seorang mangsa, Rohani Muda,31, mengesyaki dia terkena cirit birit selepas membeli dan memakan puding buih yang dibeli oleh suaminya di bazar berkenaan petang Selasa lalu.

Katanya dia yang menikmati hidangan tersebut ketika berbuka puasa agak pelik apabila susu puding itu lebih pekat daripada biasa.

"Saya makan seperti biasa tanpa mengesyaki apa-apa dan kira-kira pukul 1 pagi semalam, perut saya memulas-mulas menyebabkan saya beberapa kali ke tandas," katanya ketika dihubungi.

Katanya, akibat sakit perut dan muntah yang berterusan beliau telah ke klinik swasta dan diberikan ubat namun keadaan itu berterusan menyebabkan suaminya membawa beliau ke Kuantan Medical Centre pada kira-kira 1 tengah hari tadi.

Sementara itu, suami mangsa Norhisham Manap, 36, terkejut selepas mendapati pembeli puding buah di bazar yang sama turut mengalami keracunan makanan seperti isterinya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah mengambil sampel makanan terbabit untuk dianalisis.

Kanak-kanak melecur, kereta terbakar bahana pemetik api

Posted: 23 Jun 2016 11:51 PM PDT

 
Ibunya turut melecur di bahagian tangan ketika menarik mangsa keluar dari kereta.
 
 
 
terbakar


KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak nyaris maut apabila melecur teruk di muka dan badan selepas disambar api kerana dipercayai bermain dengan pemetik api ketika ibunya sedang mengisi minyak di Sungai Pas, di sini semalam.

Mangsa, Saifuddin Ismail, 7, dikatakan berada di tempat duduk belakang kereta ibunya ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu.

Bapa mangsa, Ismail Din berkata api tiba-tiba menyambar kereta tersebut menyebabkan isterinya panik dan terus menarik Saifuddin keluar dari kereta.

"Isteri saya turut melecur di bahagian tangan ketika menarik anak keluar dari kereta," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Video rakaman kamera pengawasan (CCTV) mengenai kejadian itu kini tersebar di media sosial.

Berdasarkan rakaman itu, sebuah kereta Proton Saga yang sedang diisi petrol oleh pemandunya seorang wanita, tiba-tiba terbakar.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai. Kakitangan stesen berkenaan yang melihat kebakaran itu bertindak segera memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Mangsa kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) namun dilaporkan stabil.

PKR, PAN akur pengaruh yang dimiliki PAS?

Posted: 23 Jun 2016 09:45 PM PDT

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR mencadangkan agar PAS kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi mengukuhkan kembali kuasa pembangkang membuktikan parti Islam itu memainkan peranan besar dalam meraih sokongan rakyat.
 
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata PKR, PAN malah DAP terpaksa mengakui pengaruh yang ada pada PAS tidak mampu diganti oleh mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.
 
"Apabila Amanah (PAN) membuat cadangan sebegini, sebenarnya ini menunjukkan Amanah (PAN) yang terdesak dan bukannya PAS. 
 
"PAS mempunyai kedudukan yang agak lebih berbanding dengan Amanah (PAN) yang ketika ini berada dalam Pakatan Harapan. 
 
"Sebenarnya dalam perkara ini, dua PRK yang lepas menunjukkan PAS itu berbanding Amanah (PAN) mereka adalah lebih hebat dari segi sokongan terutama sekali daripada pengundi Melayu," katanya kepada Antarapos.
 
Kelmarin Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU14. 
 
Pandangan yang sama juga disuarakan Timbalan Presiden PAN Salahudin Ayub yang mahu mengukuhkan kembali pakatan pembangkang.
 
Gesaan itu bagaimanapun tidak begitu mesra disambut pemimpin PAS.
 
Bagi timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah mustahil untuk PAS bergabung dengan Pakatan Harapan namun beliau bersetuju jika ditubuhkan mekanisme baru bagi mengukuhkan parti pembangkang.
 
Ujarnya mekanisme itu punya dua syarat. Pertama jaminan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kedua, jaminan bahawa tiada mana-mana parti politik hilang kerusi dalam proses agihan kerusi.
 
Tuan Ibrahim tidak pula mengulas bagaimana PAN akan mendapat peruntukan kerusi pada PRU14 nanti.
 
Mengulas lanjut, Azmi berkata, saham politik PAS terus memuncak selepas DAP sendiri terpaksa akur bahawa PAN masih belum mampu menggantikan peranan yang ditinggalkan PAS sebelum ini.
 
Pada awal penubuhan PAN, parti itu sering disebut-sebut sebagai pengganti PAS. Malah pemimpin PAN juga sering mencanang keyakinan mereka untuk memainkan peranan yang pernah dipikul PAS dalam Pakatan Rakyat.
 
"Dua PRK yang lepas adalah petunjuk popular atau tidak Amanah (PAN), ia juga menunjukkan isyarat bahawa DAP menggunakan Amanah (PAN) dalam menarik pengundi Melayu atau Cina tidak berjaya. 
 
"Jadi itu salah satu pengajaran yang dapat diambil daripada dua PRK lalu, DAP juga dikatakan walaupun masih berkeras tidak mahu menerima PAS tetapi mereka kena akur Amanah (PAN) setakat hari ini masih tak mampu menggantikan PAS. Apa yang mereka lakukan dalam PR sebelum ini," ujarnya.
 
 

Pasca PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar : Mengapa PH wajib mengelak "duri hijau" yang ditabur BN

Posted: 23 Jun 2016 09:42 PM PDT

MOHD ZULKHAIRI AB AZIZ
 
 
 
Pertembungan berterusanPertembungan berterusan


Amanah harus berbangga dengan pencapaian yang diperoleh dalam pertandingan pertama di Semenanjung (Sg Besar dan Kuala Kangsar). Sebaliknya Pas perlu sedar bahawa setelah berpuluh tahun dengan ratusan bilangan cawangan yang terdapat di kedua-dua kawasan hanya mampu membuahkan tidak lebih 30% daripada jumlah keseluruhan undi. Ini merupakan pencapaian terburuk Pas di kedua-dua kawasan yang ditandingi. Pas gagal mendapatkan undi kaum Cina akan tetapi Amanah semakin menempa nama dan meningkat selaras dengan logo Amanah yang diperkenalkan hari demi hari. Ini merupakan petunjuk harapan buat Amanah tetapi malapetaka buat Pas.

Analisis mengikut kaum yang digunapakai Pas adalah petunjuk bahawa Pas dalam keadaan tertekan untuk menenangkan ahlinya yang semakin tidak selesa dengan kepimpinannya. Pas secara simbolik mengakui bahawa is tidak berdaya untuk menang sendirian sebaliknys menggunakan analisis sedemikian untuk men dapatkan 'position of strength' untuk berunding dengan mana-mana pihak termasuklah mungkin dengan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

Pas cuba merumuskan bahawa tanpa Pas, PH akan tersungkur tanpa undi Melayu. Apa yang tidak diperincikan bahawa keputusan Sg. Besar tidak mewakili kawasan bandar dan pinggir bandar serta sokongan Melayu kepada PH tidak static sebaliknya dinamik dan akan bertambah secara terus selaras dengan pengenalan parti baru Amanah. Pas terpaksa menggunakan senjata hudud sebagai senjata politik terakhir, yang sepatutnya menjadi agenda ummah keseluruhannya, namun begitu masih belum dapat menambah bilangan undi Melayu. Ini petanda buruk bahawa undi Melayu PAS juga akan merosot hari demi hari sementara undi Cina tidak akan bertambah.

Pas cuba membuat persepsi dengan analisa mengikut kaum bahawa Amanah tidak ada nilai tambah langsung dalam PH melainkan hanya Pas sahaja yang mampu memberikan nilai tambah kepada PH.

Pas cuba mendapatkan kelebihan dalam perundingan dengan PH jika berlaku untuk menekan PKR agar menyingkirkan Amanah. Apa yang tidak dijelaskan juga dalam analisa mengikut kaum ini adalah, jika PKR bersama Pas, maka undi Cina, India dan sebahagian undi Melayu yang merupakan undi asas PKR akan juga hilang akibar daripada pendirian ekstrim PAS. Adakah berbaloi untuk hilang undi asas semata-mata mengejar bahagian undi Pas yang belum tentu ada. Bahagian undi Pas pula tidak boleh dipercayai dengan sejarah pengundi Pas yang sangat anti parti selain Pas seperti yang berlaku di Parlimen Tanah Merah (PKR) dan DUN dibawahnya (Pas) pada PRU 13 yang lalu. Pengundi tegar Pas tidak akan mengundi parti selain Pas walaupun parti tersebut sekutu kepada Pas. Ini bagi memastikan Pas sentiasa 'superior' berbanding parti sekutu yang lain.

Namun begitu, kehadiran Amanah tidak akan menghilangkan undi asas mana-mana parti sekutu sebaliknya potensi untuk penambahan undi sangat besar. Rakan kongsi yang baik dan boleh dipercayai adalah kunci utama kenapa Pas sama sekali tidak mampu menggantikan Amanah dalam apa keadaan sekalipun.
Kesimpulannya, Pakatan Harapan tidak perlu lagi melayan retorik murahan Pas yang hanya membantutkan harapan rakyat untuk melihat perubahan kerajaan persekutuan. Masa masih belum terlambat untuk terus meningkatkan muafakat menerusi penubuhan Sekretariat PH di semua negeri menjelang PRU-14.

*  Mohd Zulkhairi Ab Aziz adalah Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Negeri Melaka.

Tiada ulasan: