Jumaat, 24 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pas berani menyalak sahaja tapi tidak berani nak menerkam!

Posted: 24 Jun 2016 03:17 AM PDT


  Pada 26 Julai 2015, Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din mengingatkan bahawa hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya rakan sekutunya itu menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

 Menurutnya lagi, kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemgumuman pembentukan muafakat pembangkang yang baru "menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan PAS", lapor Mingguan Malaysia hari ini. Baca lagi di sini

 Berlandaskan kepada kenyataan Haron Din diatas itulah maka Dewan Muslimat dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 di Kota Bharu yg lalu telah meluluskan usul yang dikemukakan perwakilan PAS Kedah supaya PAS mengkaji semula hubungan dengan PKR.

 "Memandangkan sejak kebelakangan ini, Pas dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain," kata usul tersebut yang tertulis di dalam Buku Usul.

  Usul itu mempunyai kaitan dengan beberapa tindakan yang dibuat oleh PKR termasuk ketika Pilihan Raya Negeri di Sarawak baru-baru ini.  

  Tetapi belum pun Majlis Syura Ulama berbincang dan membuat apa-apa keputusan, tiba-tiba Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu, parti Islam itu akan meneruskan kerjasama politik bersama PKR seperti yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu.   

 Kenyataan Mustafa Ali ini berkemungkinan besar kerana bimbangkan Majlis Syura Ulama akan terpengaruh dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan meneliti usul memutuskan hubungan dengan PKR.

Tetapi yang peliknya, kenapa usul Muslimat itu perlu dibawa untuk dibincangkanlah oleh MSU? Kenapa tidak dibincang dan diputuskan dalam muktamar sebagaimana keputusan meneruskan kerjasama politik bersama PKR yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu?

 Muktamar Muslimat PAS Ke-62 mengusulkan supaya Majlis Syura parti itu mengkaji untuk memutuskan hubungan dengan PKR pula.

 Mustafa menghina Dewan Muslimat Pas

 Mustafa nampaknya telah menghina Dewan Muslimat Pas apabila beliau memperlekehkan usul Dewan Muslimat yang dianggap 'kurang pengetahuan' dalam isu tersebut

"Usul Dewan Muslimat itu timbul disebabkan kurangnya 'pengetahuan' pihak berkenaan dalam isu tersebut.-," kata Mustafa.

 "Dia (pihak kemuka usul) tak tahu banyak perkara, dia tengok begitu sahaja. Kalau secara keseluruhannya, benda yang positif (bersama PKR) masih banyak."

 Sepatutnya, Usul Dewan Muslimat itu dibawa untuk dibincang dan dibahaskan dalam muktamar Pas Pusat kerana hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Merujuk Fasal 7. Perlembagaan PAS 
 Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan 

 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

 Melalui perbahasan dan perbincangan secara terbuka oleh para muktamirin, maka kita semua akan dapat menilai sama ada usul tersebut patut diterima atau ditolak oleh muktamar.

 Juga melalui perbincangan dan perbahasan itu juga, maka banyak perkara yang Dewan Muslimat akan pelajari, kalaulah benar dakwaan Mustafa bahawa Muslimat tak tahu banyak perkara.

  Sebenarnya, Pas ni berlagak macam anjing yang menyalak bukit sahaja.... berani menyalak sahaja tapi tidak berani nak menerkam! Tunggu apa tunggu?

Bersekongkol dengan DAP dalam kerajaan Selangor tak haram?

Posted: 24 Jun 2016 02:27 AM PDT

  Seorang sarjana di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menegur laporan Utusan Malaysia yang mengisytiharkan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

 Dr Maszlee Malik berkata, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman (gambar) patut sedar gelaran itu, yang menyebabkan halal darah pihak dirujuk.

"Istilah itu memberi maksud seseorang atau sekumpulan boleh dibunuh dengan sah oleh orang Islam kerana kekafiran dan penentangan mereka terhadap orang Islam, seperti dibincangkan sarjana Islam daripada semua mazhab.

 "Oleh itu, mengisytiharkan seseorang individu atau sesebuah kumpulan di Malaysia sebagai kafir harbi membuka pintu keganasan dan menyokong wacana (kumpulan bersenjata) IS," katanya.

 Utusan melaporkan, DAP, yang disifatkan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular, tergolong dalam kalangan kafir harbi.

 Memetik Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, akhbar Umno itu melaporkan, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

 Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Bagaimanapun, dalam laporan Utusan itu, tidak dinyatakan petikan langsung Abdul Rahman yang menunjukkan beliau menyebut istilah kafir harbi.

 Sementara itu, merujuk RUU itu, Maszlee juga membangkitkan status anggota parlimen beragama Islam yang mungkin menolaknya.

 "Adakah fatwa itu menyebabkan anggota parlimen beragama Islam sama halal darahnya?" soalnya.

 Beliau justeru mengingatkan pemimpim-pemimpin agama supaya berhati-hati mengeluarkan pandangan yang berkaitan dengan nyawa seseorang.

 "Mereka semua dinasihat membaca tulisan (sarjana Islam terkemuka) Dr Yusuf al-Qaradawi bertajuk Fiqh a-Jihad (fekah jihad) berkaitan gelaran kafir habir.~ SUMBER

Komen al-Husseyn :

 Mufti kata, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

 Harap Mursyidul 'Am Pas, Haron Din dan Presiden Pas, Hj Hadi Awang tolong ambil perhatian dengan fatwa Tok Peti ini - haram dan berdosa besar berskongkol dengan DAP!

  Tunggu apa lagi? Pas kena cepat-cepat keluar dari bersekongkol dengan DAP dalam kerajaan di Selangor. Ada berani tak? Atau takut hilang jawatan??

 Dan bersediakah Pas untuk menyerang dan menggulingkan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP, kafir Harabi itu?

TITM, Nik Beduh dan orang-orangnya sudah berpakaian lengkap hulubalang ....

Motar Senik rasanya sudah siap mandi minyak tu....apa tunggu lagi! kikiki!

Tiada ulasan: