Selasa, 14 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


JIKA RAMLY ZAHARI TERUS TERKILAN, MASIH TERJAMINKAH KEMENANGAN MASTURA?

Posted: 14 Jun 2016 06:22 AM PDT

shahbudindotcom


Ini ialah luahan hati bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramly Zahari yang sebelum ini namanya dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz untuk dipertimbangkan sebagai calon atas alasan ia lebih mudah untuk BN mengekalkan kemenangan di Kuala Kangsar.

UMNO bagaimanapun akhirnya memilih Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khair-il Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang pengundiannya pada 18 Jun ini.

Katanya, beliau tidak merajuk, cuma terkilan dengan sikap dingin Mastura terhadapnya.
 
 
 
 
Beliau turut mendedahkan satu peristiwa mengenai dirinya diminta beredar oleh ahli keluarga Mastura ketika menghadiri majlis tahlil arwah Wan Khair-il  yang diadakan di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Pelbagai versi kedengaran mengenai siapa yang sebenarnya  "menghalau" balik Ramli Zahary itu. Ada yang mengatakan ia dilakukan oleh salah seorang anak Mastura dan dan ada juga mengatakan ia dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain atas permintaan Mastura sendiri.

Mengapa perkara itu boleh berlaku? 

Adat Melayu mana yang mewajarkan tetamu dalam majlis tahlil diminta beredar oleh ahli keluarga si mati?

Memang dalam pemilihan UMNO 2013 lalu berlaku pertembungan antara Wan Khair-il dengan Ramly Zahari bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, tetapi bukankah semua itu asam garam dalam politik?

Yang bermusuh hanyalah antara Wan Khair-il dengan Ramly Zahari, itu pun hanya berkaitan soal politik, kenapa ia mahu diteruskan lagi oleh keluarga yang masih hidup?

Tidak bolehkah bersikap memaafkan, jika pun ada perkara yang mengguris hari demi memberi ketenangan kepada roh yang berada di alam lain?

Sebelum tidak lagi dipilih bertanding pada pilihanraya 2013 lalu dan kemudian kalah kepada Wan Khair-il bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramli Zahari pernah menjadi Adun Manong sejak 1995 dan dilantik menjadi Exco Negeri Perak selama empat penggal.

Kenapa bekas pemimpin yang pasti masih ada ramai pengikut dilayan sebegitu rupa?

Sudah begitu terjaminkah kemenangan mampu diraih calon BN itu sehingga mahu bermusuh dengan orang lama seperti Ramli Zahari, walaupun majoriti kemenangan suaminya dulu hanya 1,082 undi saja?
 
 
 

Azmin jawab persoalan tidak turun kempen di PRK Sungai Besar

Posted: 14 Jun 2016 06:15 AM PDT

Hafiz Marzukhi, Astro Awani
 
Azmin jawab persoalan tidak turun kempen di PRK Sungai Besar
Azmin ulang sokongan terhadap calon Amanah, dan doakan yang terbaik untuk calon PAS.
 
 
SUNGAI BESAR: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan beliau tidak turun berkempen di Sungai Besar kerana tidak 'merestui' calon Parti Amanah Negara (Amanah).

"Di bulan Ramadan ini, terdapat banyak acara berbuka puasa melibatkan Tuanku.

"Sebagai Menteri Besar, saya harus mengiringi baginda," jelas Azmin.

Tambahnya, tidak harus timbul kemusykilan, sokongannya terhadap Azhar Abdul Shukur, calon  Amanah.

"Saya ulangi sokongan saya terhadap calon Amanah.

"Namun, saya tetap doakan yang terbaik untuk Dr Rani (calon PAS) sebagai sahabat dalam kerajaan di Selangor dalam perjuangannya," kata Azmin dalam ucapannya sempena Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru di Sungai Panjang, kelolaan Amanah.

Turut hadir, calon PAS bagi PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.
Dakwaan terhadap Azmin dibuat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang membangkitkan ketiadaan Azmin ketika kempen pilihan raya di Sungai Besar. 
 
 

'Jangan salahkan orang Islam, semua agama ada orang jahat' - Dalai Lama

Posted: 14 Jun 2016 06:12 AM PDT

Agensi | Diterjemahkan oleh: Hamzah Hamid
 
'Jangan salahkan orang Islam, semua agama ada orang jahat' - Dalai Lama
Dalai Lama tidak mahu aktiviti keganasan dikaitkan secara langsung dengan sesuatu agama. - Foto AFP
 
 
WASHINGTON: Pemimpin spiritual Tibet, Dalai Lama pada Isnin menyifatkan insiden tembakan rambang di Orlando, Amerika Syarikat yang mengorbankan 50 orang, sebagai tragedi yang serius, namun menegaskan adalah salah untuk menuding jari kepada orang Islam sebagai pengganas.

Dalam sebuah wawancara dengan Reuters, calon Presiden AS dari Parti Republikan Donald Trump menggunakan peristiwa itu untuk sekali lagi mengingatkan tentang cadangannya mengharamkan orang Islam daripada memasuki negara tersebut.

Walaupun Dalai Lama menghormati pendapat Trump itu, beliau membangkitkan pertanyaan: "Apakah alasannya. Berikan perincian."

Dalai Lama berkata dalam setiap komuniti agama, termasuk Buddha, 'akan ada orang yang melakukan kejahatan'.

"Anda tidak boleh membuat rumusan berdasarkan satu kejadian. Beberapa orang Islam mungkin melakukan aktiviti keganasan, namun lebih baik kita tidak menyebutnya sebagai 'pengganas Muslim'. Saya rasa ia salah," ujarnya.

Dilaporkan 50 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan merampas tebusan di sebuah kelab malam gay di Florida, kata polis pada Ahad.

Kejadian itu menjadikannya kes tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika.

Trump dan pesaingnya dari parti Demokrat, Hillary Clinton, kini sedang cuba memberi maklum balas mengikut prinsip politik masing-masing tentang serangan itu.

Hillary bagaimanapun, menentang sebarang usaha untuk memburuk-burukkan orang Islam sebaliknya membangkitkan isu kawalan keselamatan senjata api.

Dalam wawancara di Institut Keamanan AS (USIP) itu, Dalai Lama turut mengulas tentang  wanita yang menjadi pemimpin sesebuah negara.
Beliau berkata, secara semula jadi, wanita membawa sifat penyayang dan dunia mungkin akan jadi kurang masalah dan keganasan jika lebih ramai wanita menjadi pemimpin.

"Ya, lelaki juga ada yang penyayang," ujarnya yang menambah, terserah kepada warga AS sama ada untuk memilih pemimpin wanita pertama sebagai Presiden negara itu.

Dalai Lama turut menyebut beberapa nama pemimpin wanita sebelum ini yang menunjukkan contoh yang baik seperti Indira Gandhi di India, Margaret Thatcher di Britain dan Angela Merkel di Jerman. 
 
 

Calon PAS hadir majlis buka puasa kempen calon Amanah

Posted: 14 Jun 2016 06:10 AM PDT

Hafiz Marzukhi, Astro Awani
 
Calon PAS hadir majlis buka puasa kempen calon Amanah
ABDUL RANI: Tiada masalah untuk saya berada di sini.
 
 
SUNGAI BESAR: Calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman membuat kejutan dengan menghadirkan diri di majlis berbuka puasa yang  dianjurkan bagi tujuan berkempen bagi calon Parti Amanah Negara (Amanah).

"Tiada masalah untuk saya berada di sini.

"Datuk Seri Azmin adalah Menteri Besar saya juga," kata Dr Abdul Rani, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru.

Beliau disambut secara sopan dan diberikan tempat di meja utama untuk berbuka puasa.

Acara ini dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Apabila ditanya untuk memberi komen tentang kehadiran Dr Abdul Rani, Azmin enggan mengulas lanjut.

"Tunggulah lepas berbuka puasa," kata beliau sambil tersenyum.
Acara tersebut masih lagi berlangsung. 
 
 

Abu mayat: MPK sedia siasat dakwaan rasuah kalau ada bukti

Posted: 14 Jun 2016 06:05 AM PDT

 
MPK mengesahkan menerima permohonan pembinaan penyimpanan abu mayat pada 22 Mei tetapi ia masih belum diluluskan.


MPK


PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini menyatakan kesediannya disiasat ekoran tuduhan berlaku salah laku dalam projek pembinaan penyimpanan abu mayat berdekatan sebuah kawasan perumahan di Klang.

Yang DiPertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata beliau bersedia melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar dakwaan yang dibuat Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah.

"Ada dia bagi apa-apa bukti tentang bayaran (rasuah) itu?" soal Yasid hari ini.

"Jika ada bagi kepada saya untuk saya laporkan kepada SPRM."

Beliau diminta mengulas dakwaan beberapa pegawai MPK menerima sogokan pihak pemaju bagi projek pembinaan penyimpanan abu mayat di Taman Lipat Kajang, Klang.

Ridzuan bersama sekumpulan penduduk hari ini menghantar memorandum bantahan di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Kota Alam Shah.

Beliau mempersoalkan sikap MPK yang tidak menjawab bantahan penduduk dan peniaga kawasan itu, yang rata-rata tidak bersetuju dengan pembinaan bangunan penyimpanan abu mayat berdekatan dengan kawasan perumahan kerana mengganggu ketenteraman penduduk.

MPK mengesahkan ada menerima permohonan pihak pemaju berhubung pembinaan penyimpanan abu mayat pada 22 Mei lalu tetapi ia masih belum diluluskan.

"Kita terima permohonan, kita akan panjangkan ke Jabatan Teknikal untuk memberi ulasan terhadap permohonan tersebut," katanya, sambil menambah proses pendengaran awam akan dilakukan bagi mendengar pendapat dan bantahan penduduk.

Ridzuan berkata pemaju "menghantar orang" memaksa penduduk bersetuju dengan projek berkenaan.

Pengerusi Penduduk Taman Lipat Kajang, K. Gangadharan, 56, berkata pernah menerima ugutan menurunkan tandatangan agar penduduk bersetuju projek itu dijalankan.

"Mereka datang ugut selepas bantahan kedua bulan lepas," katanya.

DAP sanggup bertindak bodoh demi kuasa – Ahmad Samsuri

Posted: 14 Jun 2016 06:02 AM PDT

 
Ahmad Samsuri mendakwa, DAP akan berbuat apa sahaja dakwaan karut, kadangkala bodoh dan sasau untuk mendapatkan kuasa.


Ahmad Samsuri


PETALING JAYA: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa DAP sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah tindakan yang bodoh demi mendapatkan kuasa.

"Politik cara DAP ini adalah jelas menunjukkan DAP akan berbuat apa sahaja dakwaan karut, kadangkala bodoh dan sasau untuk mendapatkan kuasa," tulisnya menerusi Facebook beliau.

Ia susulan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berangan menjadi Perdana Menteri dan angan-angan itu disemai ketika parti Islam itu masih berada dalam Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Apabila DAP dan PKR tidak menyokong hasrat Hadi, Kit Siang menuduh Hadi menyebelahi dan sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk menutup salah laku yang didakwa dilakukan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri menempelak dakwaan Kit Siang dan menyifatkan Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai pemimpin yang mengamalkan politik bohong dan kebencian.

"Hujahan supremo DAP Lim Kit Siang dalam Facebook rasmi beliau semalam bahawa Pakatan Rakyat musnah disebabkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi mahu menjadi Perdana Menteri adalah satu lagi contoh politik bohong dan kebencian yang dibawa oleh DAP," katanya.

Minggu lalu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengakui dua papan iklan berbentuk provokasi yang berlogokan AMANAH dan dipasang di Sekinchan dilakukan parti itu.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, tindakan DAP menaikkan papan iklan itu bertujuan "melepaskan geram" masyarakat Tionghua terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang didakwa pernah mengeluarkan kenyataan berunsur rasis sebelum ini.

Azmin sokong AMANAH, doakan PAS berjaya

Posted: 14 Jun 2016 05:55 AM PDT

 
"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya," kata Azmin



Azmin-Ali_selangor_talk


SUNGAI BESAR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil di Sungai Besar malam tadi dan menyatakan sokongannya kepada calon Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH.

Ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR sepanjang tempoh berkempen setakat ini mengundang pelbagai tanda-tanya dan telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan kritikan.

Tidak terhenti di situ, Azmin turut mengambil peluang menemukan Azhar dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dalam satu majlis berbuka puasa.

Kepada jaguh PAS untuk PRK Sungai Besar, Azmin mengucapkan semoga berjaya dalam pilihan raya kali ini.

"Sahabat saya Rani jangan bersedih…kita sahabat dalam DUN. Beliau banyak beri sokongan pada dasar kerajaan negeri sejak tahun 2008.

"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya. Kita kena runtuhkan Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik," kata Azmin disambut tepukan gemuruh hadirin.

Rani dalam ucapannya selepas itu berkata beliau menyambut pelawaan Azmin ke majlis berbuka puasa ini atas dasar hubungan seorang ADUN menghormati seorang Menteri Besar.

Azmin sebelum ini dilaporkan tersepit antara AMANAH, yang merupakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR, dan PAS, iaitu komponen penting dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Ini merupakan kali pertama Azmin turun membantu kempen Pakatan Harapan. Sebelum ini, beliau hanya turun pada sesi penamaan calon.

"Saya akan datang lagi pada hari Jumaat di Sungai Besar dan Khamis di Kuala Kangsar," katanya.

Azmin sempat menjawab kritikan yang dilontarkan ekoran ketidakhadiran beliau di lapangan kempen.

"Sebelum ini Khairy Jamaluddin tanya saya mana Azmin Ali: Dia tidak datang maknanya dia tak sokong Amanah dan Pakatan Rakyat.

"Ini pemikiran UMNO, saya tidak payah pulun untuk kerja di Sungai Besar semata-mata kerana PKR. Ini cara UMNO. Bila ada PRK baru hendak turun bantu orang kampung dan rakyat desa," jawab Azmin.

MCA: DAP ‘pukau’ Cina sokong PAS 'jingga'

Posted: 14 Jun 2016 05:49 AM PDT

MALAYSIAKINI


MCA membidas DAP yang didakwanya "memukau" masyarakat Cina supaya menyokong Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dituduh sebagai parti PAS yang berbaju jingga.

"AMANAH bukannya apa-apa tetapi adalah PAS, parti politik yang berbaju jingga, perbezaan hanya di luar, namun sama pada bahagian dalam.

"Dari atas ke bawah, pengurusan dan akar umbi AMANAH berasal daripada PAS, mereka telah lama dipengaruhi oleh PAS dan mempunyai pemikiran sama," kata Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan hari ini.

Hujahnya, walaupun baju jingga AMANAH mungkin kelihatan cantik dan baru, dan modus operandi semasanya berbeza dengan PAS, namun kedua-dua parti itu masih sama di bahagian dalam.

Chai berkata DAP tidak sabar-sabar untuk menjenamakan AMANAH sebagai parti baru dan berbeza daripada PAS selepas menyedari kesilapannya dalam mempromosikan parti Islam itu kepada masyarakat Cina.

Beliau berkata sebaik sahaja hubungan DAP dengan PAS menjadi keruh, DAP cepat menjauhkan diri dan menggunakan AMANAH untuk menutup kelemahannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, AMANAH, sebagai parti baru yang memerlukan sokongan bukan Islam bersembunyi di sebalik agenda konservatif dan menggunakan DAP untuk menutup imejnya.

Beliau berkata AMANAH akhirnya akan menanggalkan baju jingga itu dan mendedahkan nilai PAS yang tersirat di sebaliknya.

"DAP sedar tentang perkara ini tetapi membenarkan dirinya untuk digunakan oleh AMANAH demi memancing undi dan juga membantu memukau masyarakat Cina supaya mempercayai parti itu," katanya.

Chai berkata, tindakan DAP itu lebih memalukan apabila bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan negeri Selangor tetapi pada masa yang sama menyokong AMANAH.

Beliau berkata ini membuktikan DAP tidak ikhlas terhadap masyarakat Cina, dan hanya mahu berpaut pada kuasa.

"Akhirnya, masa depan negara akan tergadai berikutan pemusnahan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan pelbagai bangsanya," katanya

Presiden Pas mungkin tak baca Deklarasi Rakyat, kata Amanah

Posted: 14 Jun 2016 05:45 AM PDT

HAZRI NAWAR
 
 
Mujahid kata Hadi tidak baca Deklarasi Rakyat. Gambar Malaysia Dateline oleh Hazri Nawar.Mujahid kata Hadi tidak baca Deklarasi Rakyat. Gambar Malaysia Dateline oleh Hazri Nawar.


Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak membaca kandungan Deklarasi Rakyat apabila mendakwa gerakan itu hanya mahu menukar Datuk Seri Najib Razak sahaja dan bukan menukar sistem.

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, dalam Deklarasi Rakyat jelas dinyatakan tuntutan perubahan sistem seperti yang dimaksudkan Abdul Hadi.

"Mungkin dia (Abdul Hadi) terlepas pandang fakta itu atau memang dia tak baca.

"Perkara itu memang sebahagian tuntutan yang kita mahu dan Tun Mahathir terima," katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas tidak mahu bersama Deklarasi Rakyat yang mahu menjatuhkan Najib semata-mata.

Menyifatkan ianya sebagai tidak memberi faedah, Abdul Hadi dalam reaksinya kepada Tun Mahathir berkata, Pas tidak menentang individu sebaliknya menentang dasar dan pendekatan.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi ketika mengulas perkara sama menjelaskan bahawa adalah tidak mudah untuk menukar sistem selagi cengkaman Najib begitu kuat ketika ini.

Maka katanya, keperluan menukar Najib adalah langkah pertama sebelum sistem keseluruhan dapat diubah.

"Umno ini kekuatannya adalah pada yang nombor satu. Bila tumbang yang nombor satu dengan sendirinya dia akan roboh.

"Presiden Umno sangat berkuasa jadi kalau kita asak presiden itu sendiri saya rasa pada masa itu Umno akan kucar-kacir dan hancur," katanya.

Azmin anggap Dollah Kok Lanas tokoh wartawan, letak asas demokrasi negara

Posted: 14 Jun 2016 04:29 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Allahyarham Abdullah Ahmad tokoh amat dikenali kerana penulisannya yang tajam memberi makna cukup terkesan kepada masyarakat MalaysiaAllahyarham Abdullah Ahmad tokoh amat dikenali kerana penulisannya yang tajam memberi makna cukup terkesan kepada masyarakat Malaysia

Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Strais Times Press, Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad yang juga dikenali sebagai Dollah Kok Lanas merupakan seorang tokoh wartawan yang memainkan peranan besar dalam membantu meletakkan asas demokarsi di negara ini.

Beliau yang mengenali Allahyarham sejak kira-kira 30 tahun lalu, berkata walaupun Allahyarham pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari tahun 1976 hingga 1981, namun selepas dibebaskan beliau banyak menulis mengenai pelbagai aspek yang menyentuh isu demokrasi dalam negara.

"Saya mengenali beliau sejak hampir 30 tahun dan sudah tentulah ketokohan beliau sebagai seorang pejuang yang amat dihormati khususnya ketika berkhidmat sebagai setiausaha politik Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu.

"Apabila beliau ditahan di bawah Akta ISA dan dibebaskan beliau terus berjuang termasuk terlibat secara langsung sebagai wartawan dan tokoh amat dikenali kerana penulisannya yang tajam, memberi makna cukup terkesan kepada masyarakat Malaysia," kata Mohamed Azmin seperti dilaporkan SelangorKini.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Taman U-Thant di sini, malam tadi.

Jelas Mohamed Azmin, Allahyarham Abdullah turut menyatakan dokongannya supaya beliau supaya terus tabah ketika berhadapan ujian getir sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

"Kita merasa sedih atas pemergian Allahyarham. Beliau merupakan seorang tokoh negarawan, pejuang yang banyak menyumbangkan khidmat dan bakti kepada negara dan beliau juga beliau banyak memberi nasihat dan berbincang dengan saya," kata Mohamed Azmin

Undi awal: Sakit bukan penghalang

Posted: 14 Jun 2016 04:24 AM PDT

Undi awal: Sakit bukan penghalang
Zainal Abidin Jaafar


SUNGAI BESAR - Walaupun pergerakkannya terbatas di atas kerusi roda, namun seorang anggota polis berpangkat koperal tidak  ketinggalan menjalankan tanggungjawabnya untuk membuang undi awal di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sabak Bernam di sini, sebentar tadi.

Zainal Abidin Jaafar, 54 tahun, terpaksa berkerusi roda kerana mengalami masalah terseliuh pada kaki kirinya selepas jatuh di rumahnya semalam.

"Saya jatuh dalam bilik semasa hendak menunaikan solat Asar di rumah saya semalam," katanya ketika ditemui di pusat pembuangan undi awal, di sini, hari ini.

Katanya, keadaannya semakin sukar untuk berjalan kerana dia adalah penghidap penyakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan dialisis.

"Saya sedang menjalani rawatan dialisis jadi selepas jatuh badan saya masih lemah dan tidak berapa kuat untuk bergerak sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Zainal berkata, dia bangga kerana dapat membuang undi walaupun terpaksa bergerak dengan menggunakan kerusi roda.

"Saya datang ke pusat pembuangan undi seawal jam 8 pagi dan saya merasa bangga sebab dapat tunaikan sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Zainal yang ditemani isterinya, Norkhairini Abdullah, 45 tahun sudah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun.

Dia kini ditempatkan di bawah Jabatan Siasatan  Jenayah Narkotik (JSJN) di IPD Sabak Bernam lebih kurang 11 tahun.

Bagaimanapun, doktor menasihatkannya dia mebuat kerja ringan kerana masalah penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak lima tahun.


'Saya sudah maafkan Tun Mahathir'

Posted: 14 Jun 2016 04:20 AM PDT

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi


KUALA KANGSAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau secara peribadi sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi‎ berkata, walaupun Pas sering dituduh dengan pelbagai ‎gelaran, namun ‎sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip Islam, beliau perlu berbuat demikian.

"Terutamanya berkenaan Hudud. Saya tahu Tun Mahathir ini telah lama dendam dengan Pas  sebab dia pernah kalah dulu dengan kita.

"Dan Tun Mahathir kata saya tak reti Islam. Saya mengaji bab Islam. Tun Mahathir, dia mengaji bab perubatan.

"Bukan saya nak hina dia (Tun Mahathir), tetapi malangnya dia tidak baca pasal Islam ini. Kita maafkan dia tidak baca. Patutnya dia bacalah. Kalau tidak baca jadi bahaya.

"Kalau Islam tak baca Islam, umur 90 tahun pun tak baligh lagi. Sangat malang," katanya ketika ceramahnya di Dataran Ketior Manong, Kuala Kangsar malam tadi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Abdul Hadi juga berkata, tindakan Mahathir menyatakan sokongan terhadap Parti Amanah Negara (Amanah)  tidak akan menjejaskan Pas  di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Abdul Hadi berkata, beliau percaya parti Islam itu mampu membuat kejutan untuk memenangi PRK di kawasan itu.

"Saya tidak bimbang. Kita lihat Pilihan Raya Kecil (Kuala Kangsar) jadi penentu," katanya ringkas kepada pemberita.

Mahathir sebelum ini merayu kepada pengundi di Kuala Langsar supaya memberikan undi mereka kepada calon Amanah, Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli.

PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan  pertandingan empat penjuru dimana Dr Najihatussalehah Ahmad calon Pas akan ditentang oleh Datin Mastura Mohd Yazid dari BN ,Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. ‎

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini.

Pas: Budaya politik matang dan sejahtera

Posted: 14 Jun 2016 04:11 AM PDT

SINAR HARIAN


KOTA BHARU - Benarkah Pas kini berbeza? Apabila pemimpin Pas tampil berpakaian baju Melayu, lengkap bersamping,

bertanjak dan berkeris semasa muktamar tahunan di Kota Baharu baru-baru ini, banyak kalangan tertanya-tanya mengenai perubahan parti Islam itu.

"Pas dah buang tabiat...," lantas komen dalam satu blog yang melihatnya sebagai suatu yang luar biasa dalam sejarah muktamar Pas, yang lazimnya pemimpin parti tampil dengan imej berkopiah, berjubah dan berserban.

Ketika ditanya pada sidang akhbar, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bahawa ia adalah pendekatan dan idea baharu daripada Dewan Pemuda Pas dan tidak mustahil mereka akan mengenakan pakaian kaum-kaum lain pada tahun depan.

Juga menarik perhatian ialah apabila Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan sebilah keris gergasi untuk memotong pulut kuning. Keris tersebut diarak masuk ke dalam dewan oleh sekumpulan 'hulubalang' sehingga ke atas pentas sebelum diserahkan kepada Abdul Hadi.

Satu kelainan yang ketara ialah tiadanya maki hamun atau suara-suara lantang yang biasanya menghangatkan suasana muktamar. Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Dr Hatta Ramli, antaranya kini sudah berada dalam Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan Pas.

Jemputan khas pula hanya terdiri daripada Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir daripada Parti Ikatan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) N Balasubramaniam, tanpa kelibat pemimpin kanan pakatan pembangkang.

Justeru, Pas kelihatan seolah-olah bersendirian, setelah meminggirkan PKR dan DAP yang menjadi sekutu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Ucapan dasar Abdul Hadi yang menggariskan pendekatan politik baharu Pas ke arah 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera' menarik dianalisis kerana ia bakal mencorak landskap baharu politik tanah air.

Antaranya, kata beliau: "Laungan kasar dan menghukum tanpa fakta yang sahih bertentangan dengan hati budi psikologi masyarakat Malaysia mestilah dihindarkan".

Menurutnya, blok politik sebelum ini diwarnai secara hitam putih semata-mata iaitu: sama ada 'kerajaan' atau 'pembangkang'. Pembangkang sentiasa membangkang apa sahaja agenda kerajaan yang memerintah walaupun kadangkala ada yang baik dilaksanakan.

"Kami ingin keluar daripada politik cara lama dan keterlaluan ini yang menyusahkan rakyat," katanya dan menjelaskan bahawa Majlis Syura Ulama Pas telah pun bersetuju dengan prinsip 'meneruskan agenda kerjasama dengan mana mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuh Islam dan perjuangannya'.

Abdul Hadi mengajak perwakilan yang hadir agar mengambil pendekatan strategik dengan meramaikan kawan sebanyak mungkin dan bukan mencari musuh sebanyak-banyaknya.

"Atas konsep inilah kami mendekatkan diri dengan parti-parti politik yang mempunyai titik persamaan sebanyak-banyaknya dan memaafkan perbezaan yang boleh dimaafkan," katanya.

Tetapi sebelum itu, Dewan Pemuda dan Muslimat Pas jelas mahukan kepimpinan parti menjauhi 'bekas rakan seperjuangan' yang kini menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan juga PKR.

Pas bertindak memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamarnya tahun lepas.

Dewan Pemuda Pas Pusat yang diketuai Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz terang-terangan memberi isyarat supaya Pas serius bertindak dengan kembali bertanding di kerusi-kerusi yang 'dipinjamkan' kepada sekutu pembangkang seperti PKR dan DAP semasa pilihan raya umum yang lepas.

Ucapan Nik Mohamad Abduh pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 itu secara langsung, memberi isyarat jelas kepada anggota parti agar terus menjauhi kedua-dua parti berkenaan.

 Nik Mohamad Abduh berkata pengalaman ketika Pas masih bekerjasama dalam pakatan pembangkang harus dijadikan pengajaran agar anggota Pas tidak lagi dijadikan 'kuda tunggangan' parti-parti lain.

Sidang Muktamar Dewan Muslimat Pas pula menggesa Pas mengkaji semula tahalluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR dalam semua pilihan raya akan datang.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Salamiah Mohd Noor yang mengumumkan perkara itu menyatakan usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.

Keadaan Pas yang bersendirian dan terpinggir kini tergambar semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila ia bukan sahaja berdepan parti pemerintah Barisan Nasional malah turut bersaing dengan calon Amanah yang ketara didukung parti DAP.

Sekilas, konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dianjurkan oleh Abdul Hadi dilihat sealiran dengan konsep wasatiyyah (sederhana) yang kini didukung Umno di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Hadi mahukan Pas menjauhi penampilan retorik yang berasaskan emosi kebencian politik kepartian tetapi sebaliknya mengemukakan penyelesaian secara Islam.

Pas menurutnya, hendaklah sedaya upaya menolak pendekatan negatif, dan tidak membangunkan minda apatah lagi orientasi berteraskan kebencian dan provokasi.

Lantas nada perbahasan semasa muktamar turut berubah. Perwakilan yang diberi peluang untuk berbahas, tampil dengan idea-idea menarik, malah langsung tidak kedengaran caci maki atau sumpah seranah terhadap musuh politik parti itu.

Malah, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut ditegur Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan Pas, Hussin Ismail apabila cuba menghentam Umno ketika berucap menggulung ucapan Presiden Pas.

Mungkinkah Pas kini sedia bekerjasama dengan Umno?

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata konsep BPMS itu secara keseluruhannya amat bagus kerana ia dapat mengurangkan suhu perbalahan sesama Melayu, khususnya antara Pas dan Umno.

"Bagaimanapun, kita saksikan nanti apakah BPMS ini dapat direalisasikan semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana sebelum PRK tercetus, hubungan antara kedua-dua parti dilihat amat baik, cuma dibimbangi ia akan menjarakkan Pas dan Umno selepas PRK berakhir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Malah, Kamarul Zaman berkata Abdul Hadi mengakui kejayaan beliau membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat 26 Mei lalu, turut mendapat bantuan Umno selepas kedua-dua parti membuat rundingan menggunakan saluran kerajaan dengan kerajaan.

Katanya, secara psikologi, ia menjadi lambang betapa perjuangan memartabatkan Islam kini didukung bersama Umno.

Menurutnya, signifikan rang undang-undang itu ialah terhadap penyatuan Islam dan bukan berkait dengan kandungan rang undang-undang berkenaan semata-mata. - Bernama


Asyraf Wajdi teruja Pas minta jadi imam dan beri tazkirah terawih

Posted: 14 Jun 2016 03:50 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
Dr Asyraf Wajdi menjadi Imam solat Isyak dan solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala KangsarDr Asyraf Wajdi menjadi Imam solat Isyak dan solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala Kangsar


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyrat Wajdi Dasuki teruja apabila diminta jadi imam dan menyampaikan tazkirah ketika solat terawih bersama jentera Pas dan Umno di Kuala Kangsar.

Pimpinan Pas Kawasan dan ahli-ahli mereka kata beliau setia mendengar tazkirah yang disampaikannya bahkan meminta beliau menjadi Imam solat Isyak dan Solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala Kangsar

"Seronok saya melihat suasana harmoni kempen pilihanraya di Parlimen Kuala Kangsar kerana jentera Pas dan Umno boleh solat berjemaah Terawih bersama," tulis beliau di status facebooknya.

Menurut beliau peluang itu digunakan untuk mengukuhkan silaturahim di kalangan umat Islam.

"Saya tekankan dalam ucapan saya bahawa kita boleh berbeza pandangan dan pendirian parti tapi jangan sesekali lupa bahawa tali persaudaran sebagai umat Islam yang satu tidak harus dileraikan.

"Bahkan sudah tiba masanya kita mencorakkan budaya politik baru yang meletakkan asas ukhuwwah dan kepentingan Islam melangkaui kepentingan-kepentingan lain.

"Kita mesti mampu berjiwa besar dalam menguruskan perbezaan yang ada di antara sesama manusia.
"Barulah kita benar-benar memanifestasikan nilai ketaqwaan yang diperintahkan Allah apatah lagi dalam bulan Ramadan yang barakah," terang beliau.

Calon BN hanya teruskan legasi mungkir janji, kata Nurul Izzah

Posted: 14 Jun 2016 03:46 AM PDT

ARIF ATAN

Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar


Mengundi calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar meneruskan legasi BN iaitu legasi mungkir janji kepada rakyat, tegas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PKR berkata, tindakan kerajaan menaikkan kadar tol di lapan lebuhraya mulai Januari lalu adalah bukti BN memungkiri janji kepada rakyat.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar hari ini, Nurul Izzah berkata, rakyat terbeban akibat perjanjian yang membolehkan pihak konsesi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun sehingga 2038 mulai tahun ini.

Beliau mengulas tema "Meneruskan Legasi BN" yang dibawa oleh calon BN di P.093 Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Jelasnya, kerajaan tidak mempunyai kerangka dasar yang jitu dalam mengurangkan beban pengguna jalan raya sebagai pembayar cukai jalan.

"Ini merupakan bukti kerajaan tidak punya kredibiliti moral dan menyebabkan rakyat sekali lagi dimangsakan akibat daripada urus tadbir negara yang tempang," bidasnya dalam kenyataan bersama Pengarah Komunikasi Amanah Pusat, Khalid Samad dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Mengulas lanjut Nurul Izzah berkata, tidak munasabah kerajaan Umno-BN tidak mampu membayar pampasan kepada konsesi tol sebanyak RM2.2 bilion dalam tempoh enam tahun.

Sebaliknya, jelas beliau, kerajaan patut menggunakan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengelak kenaikan kadar tol yang membebankan rakyat sebagai pembayar cukai.

"Di mana duit dan hasil GST? Kerajaan telah mengutip wang rakyat daripada GST sebanyak RM27 bilion pada tahun 2015.

"Kami menegaskan bahawa pihak PKR dan Pakatan Harapan telah mencadangkan mekanisme yang dikenali sebagai 'first right of refusal' dalam menyelesaikan isu kenaikan harga tol," jelasnya.

Tambahnya lagi, pemansuhan kadar tol secara berperingkat sama sekali tidak mustahil kerana Najib Razak sendiri mengumumkan Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,090 kilometer dengan kos sebanyak RM16.1 bilion akan bebas tol.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan calon Amanah, Ustaz Azhar Ab Shukur manakala Pas meletakkan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calonnya.

BN sedar Najib bawa 'malapetaka', dakwa Amanah

Posted: 13 Jun 2016 10:55 PM PDT

HAZRI NAWAR
 
 
Ketiadaan gambar Najib di kawasan PRK kerana BN bimbang ia datangkan malapetaka kepada kempen BN, dakwa Salahudin Ayub.Ketiadaan gambar Najib di kawasan PRK kerana BN bimbang ia datangkan malapetaka kepada kempen BN, dakwa Salahudin Ayub.


Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ketiadaan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghiasi kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar kali ini sebagai pelik.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, tidak seperti lazimnya, wajah Najib biasanya akan digandingkan dengan calon BN di sepanjang jalan.

"Nak cari dua tiga gambar Najib pun susah.

"Mungkin berdasarkan risikan atau nasihat Umno BN, bawa gambar Najib adalah satu malapetaka yang boleh menyebabkan calon BN tewas," katanya pada ceramah kelompok di Manong malam tadi.

Umno BN ujar Salahuddin, sedar bahawa Najib sekarang adalah beban kepada mereka dan perdana menteri itu tidak disukai rakyat ekoran terpalit pelbagai skandal termasuk bahana isu RM2.6 bilion berkait 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

"Sebab itulah wajah Najib ini letak mana-mana pun orang Umno tak setuju," katanya.

Bagaimanapun, beliau hairan masih ada parti yang mahu berbaik dengan Umno walaupun sudah jelas segala kerosakan yang dilakukan oleh parti itu.

"Tiba-tiba ada parti nak berbaik dengan Najib, tak nak serang Umno.

"Yang peliknya minta undi dengan rakyat, bila menang, duduk main congkak dengan Umno," katanya.

Kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada Pas ekoran kenyataan ketua pemudanya Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa parti itu bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, parti itu tidak gopoh dalam usahanya untuk bergabung dan bekerjasama dengan Umno.

Azmin turun ke Sungai Besar mulai hari ini, lengkap sudah sokongan untuk Amanah

Posted: 13 Jun 2016 10:45 PM PDT

BORHAN AHMAD 


Azmin memeluk Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika hari penamaan calon Sungai Besar. Turunnya Azmin berkempen melengkapkan sokongan padu untuk calon Amanah. Gambar Malaysiakini.Azmin memeluk Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika hari penamaan calon Sungai Besar. Turunnya Azmin berkempen melengkapkan sokongan padu untuk calon Amanah. Gambar Malaysiakini.


Setelah mengadakan perbincangan dengan pimpinan kanan PKR dan Dr. Dzulkifli Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara semalam,  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turun membantu kempen calon Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mulai hari ini.

Beliau akan turun ke Sungai Besar pada hari ini, 14 Jun 2016 dan pada hari Jumaat, 17 Jun 2016 manakala akan ke Kuala Kangsar pada hari Khamis, 16 Jun 2016 untuk bersama-sama menggembleng kekuatan dan berkempen untuk calon-calon Pakatan Harapan, kata naib presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pengumuman orang kanan Azmin ini melegakan kem Pakatan Harapan di kedua-dua pilihan raya kecil itu terutama di Sungai Besar kerana Azmin mempunyai pengaruh tersendiri selaku menteri besar.

Dengan turunnya Azmin lengkaplah sudah sokongan padu semua pihak terhadap calon Amanah dari Pakatan Harapan melawan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya.

Menurut Shamsul, Azmin mempunyai jadual padat selaku menteri besar yang perlu mengiringi DYMM Sultan Selangor bertemu rakyat sepanjang bulan Ramadhan.

"Walau bagaimanapun beliau tetap komited dalam mencari ruang serta mengendalikan masa dalam mengimbangi tugas rasmi beliau sebagai seorang pentadbir tertinggi negeri dan juga sebagai pimpinan utama Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, beliau  tegaskan PKR tetap komited untuk memastikan kemenangan kedua-dua calon Pakatan Harapan yang bertanding di Sungai Besar.

Kehadiran Azmin bermula hari ini, katanya, pasti akan memperkukuh semangat dan gerak kerja jentera pilihan raya dan ditambah pula dengan komitmen luar biasa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta barisan Naib Presiden seperti Nurul Izzah, Tian Chua dan Dr. Xavier Jayakumar serta pimpinan PKR di semua peringkat yang berganding bahu membantu kempen Pakatan Harapan.






Biarlah dia istiqamah, kata calon Amanah tentang adiknya yang sokong Pas

Posted: 13 Jun 2016 10:42 PM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Dr Terrmizi bertemu dengan pengundi Kuala Kangsar dalam siri kempennya.Dr Terrmizi bertemu dengan pengundi Kuala Kangsar dalam siri kempennya.


Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli menjelaskan, hubungan beliau dengan adik bongsunya Dzorif Ramli yang juga ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar tidak terjejas walaupun berlainan parti politik.

Ahmad Termizi berkata, hubungan dalam keluarga mereka masih harmoni dan mereka saling menghormati pendirian politik masing-masing.

"Hubungan keluarga tak terjejas apa-apa. Dia adik bongsu saya, paling manja dan juga anak susu, dia menyusu dengan isteri saya.

"Hubungan tetap harmoni walaupun berbeza wadah politik," katanya ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Ahmad Termizi juga berkata, semua ahli keluarga termasuk ibu tirinya yang dahulunya Pas telah beralih ke Amanah, cuma Dzorif seorang yang masih dalam Pas.

"Tak ada masalah sebab kami tahu dari awal lagi dia memang Pas dan keluarga kami dulunya Pas tapi semua dah tukar ke Amanah tapi dia seorang sahaja kekal Pas.

"Biarlah dia istiqamah, tak ada masalah. Itu hak dia dan kami sangat menghormai dan kami dalam keluarga memang mengamalkan budaya politik sihat," katanya yang sebelum itu membentangkan lima manifesto 'Suara Wakil Kuale'.

Malah katanya, mereka pernah bertembung sewaktu berkempen dan masing-masing terus berkempen untuk parti masing-masing.

"Kami pernah bertembung sewaktu kempen di Arena Square, Lembah. Dia berceramah dan saya edar risalah kempen. Tak ada masalah," katanya sambil ketawa.

Pas sebelum ini berkata, Dzorif telah berkempen menentang Termizi dalam PRK kali ini.

Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria dalam satu ceramahnya mempersoal Dzorif yang tidak mengikut jejak Ahmad Termizi.

Beliau berkata, ia menunjukkan Dzorif yang juga seorang ulama tahu ada sesuatu yang tidak betul.

Rosmah, Najib dan Umno yang ditertawakan, bukan saya, kata Rafizi

Posted: 13 Jun 2016 10:30 PM PDT

BORHAN AHMAD


Rafizi pertikaikan siapakah yang diketawa, beliau atau Rosmah dan Najib serta Umno.Rafizi pertikaikan siapakah yang diketawa, beliau atau Rosmah dan Najib serta Umno.


Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Anuar Musa terhadap beliau sebenarnya meleset kerana yang jelas  ditertawakan rakyat adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri.

"Saya tidak terkejut bila Tan Sri Annuar Musa menyerang peribadi saya (kononnya rakyat mentertawakan saya) apabila ditanya media mengenai pendedahan ini. Dalam Parlimen pun beliau pernah menggunakan kata-kata yang tidak sopan untuk menyerang peribadi saya.

Rosmah menaik jet mewah yang disewa kerajaan.Rosmah menaik jet mewah yang disewa kerajaan."Cuma saya ingin mengingatkan Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan Umno bahawa dari jumlah rakyat Malaysia yang menonton video yang saya dedahkan dan reaksi mereka, jelas bahawa yang ditertawakan adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.

Ini kerana, kata Rafizi, sehingga kini sudah 1,049,309 lebih sudah menonton video Rosmah menaiki jet mewah dengan beg-beg besar itu.   "Setakat jam 730 pagi ini (sejak dimuatnaik pada hari Jumaat, 10 Jun 2016 jam 1250 tengahari), video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet dengan beg-beg yang diangkut telah ditonton oleh 1,049,309 penonton di Facebook saya, dikongsi sebanyak 16,800 kali dan telah muncul di "timeline" 2,260,537 akaun.

"Ini tidak termasuk capaian di laman-laman lain seperti Malaysiakini, Youtube dan sebaran melalui whatsapp. Jumlah tontonan melebihi 1 juta orang dalam tempoh kurang empat hari jelas menunjukkan isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, terpulanglah kepada pimpinan Umno untuk memperlekehkan pendedahan ini atau mengambil tindakan segera untuk menangani kemarahan rakyat itu.

Menurut Rafizi, beliau memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.

Beg-beg besar dibawa naik jet mewah yang disewa oleh kerajaan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah.Beg-beg besar dibawa naik jet mewah yang disewa oleh kerajaan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah.Malangnya, katanya,  tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan.

Malah, katanya, kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.

Rafizi juga menjelas beberapa kenyataan yang disifatkan oleh beliau sebagai pembohongan pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.

Berhubung dengan anggaran kos RM86 juta yang dikatakan tidak betul, Rafizi berkata, sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.

Bagi beliau, Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti "dry lease" bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.

  Katanya, konsep "dry lease" atau "wet lease" hanya terpakai sekiranya Kerajaan Persekutuan hanya menyewa jet sahaja tetapi keseluruhan operasi (dari juruterbang, pramugara, kos minyak dan lain-lain) dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Dry lease" bermaksud sewaan jet semata-mata tanpa melibatkan kos minyak sementara "wet lease" bermaksud sewaan jet bersama-sama kos minyak yang dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan sewaan.

Pun begitu, katanya, sewaan secara "dry lease" atau "wet lease" ini lebih terpakai bagi pesawat-pesawat biasa (contohnya pesawat kargo, pesawat ambulan udara, pesawat penumpan pukal dan lain-lain) dan bukannya jet peribadi mewah seperti ACJ319 A6-CJE yang dimiliki oleh Emirates ini.

"Semakan saya menunjukkan setakat ini Emirates adalah satu-satunya syarikat penerbangan komersil di rantau Asia (dari kalangan syarikat penerbangan terbesar Asia) yang menawarkan khidmat jet peribadi lengkap dengan pramugara sendiri. Syarikat penerbangan komersil lain seperti Etihad masih menawarkan khidmat mewah melalui tiket kelas satu," katanya.

Ini bermakna, katanya, apabila pelanggan menempah pesawat ACJ319 A6-CJE ini, pelanggan itu membayar keseluruhan khidmat penerbangan mewah yang ditawarkan oleh Emirates melalui jet tersebut.

"Maka konsep tempahan ini bukanlah sewaan secara "dry/wet lease" seperti yang digembar-gemburkan Dato' Rizal. Pesawat mewah seperti ACJ319 A6-CJE ini ditawarkan secara pakej iaitu "air charter" merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut,"katanya.

Oleh itu, anggaran kadar RM60,000 sejam penerbangan itu adalah tepat, kata Rafizi.

Mengambil kira kadar tersebut, penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta, katanya.

Bagi Rafizi, jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat.

"Saya khuatir sewaan secara "air charter" ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta," katanya.

Kartun Zunar mengenai  Rosmah naik jet.Kartun Zunar mengenai Rosmah naik jet.Sehubungan itu, katanya, selagi Najib enggan menunjukkan dokumen perjanjian sewaan "air charter" yang dimeterai dengan Emirates, ia membangkitkan kecurigaan bahawa jumlah yang ditanggung rakyat adalah tinggi.

Berhubung dengan beg-beg besar yang dibawa ke dalam kapal terbang, Rafizi  pertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Rizal kononnya ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini adalah sempit kerana telah diubahsuai.

Menurut Rizal lagi, oleh kerana jet itu juga membawa barang untuk persembahan pasukan Permata Seni, ruang letak beg/kargo tidak mencukupi hinggakan beg-beg penumpang dan krew terpaksa diangkat naik ke ruang mewah pesawat.

"Saya telah menyemak spesifikasi keluasan ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini di laman rasmi Emirates Executives di http://www.emirates-executive.com/en/the-aircraft/specifications," katanya.

Berdasarkan maklumat rasmi Emirates itu sendiri, ruang letak beg/kargo boleh memuatkan di antara 30 hingga 50 beg biasa atau berat muatan 1,200 kg.

"Ruang ini lebih dari cukup untuk menyimpan anggaran 12 hingga 15 beg-beg besar yang dibawa naik ke ruang pesawat," katanya.

Rafizi juga berkata, beliau telah menyemak garis masa persembahan yang dibuat oleh kumpulan Permata Seni dan ketibaan Rosmah di Istanbul untuk menentukan sama ada alasan bahawa ruang letak beg/kargo digunakan untuk membawa barang persembahan itu benar atau tidak.

"Dari maklumat penerbangan yang saya perolehi bagi ACJ319 A6-CJE (yang boleh didapati menggunakan aplikasi Plane Finder), jadual penerbangan dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor," katanya.

Berdasarkan kiraan beliau, Rosmah  hanya tiba lewat petang sedangkan persembahan oleh kumpulan Permata Seni dilaporkan berlaku petang Rabu itu juga.

Maka, katanya, adalah tidak masuk akal barang-barang persembahan untuk Permata Seni dibawa di dalam jet ACJ319 A6-CJE yang disewa itu kerana tempoh masanya adalah terlalu singkat di antara jet itu mendarat dan peserta-peserta perlu bersiap sedia untuk membuat persembahan.

"Saya berpendapat sebenarnya barang-barang persembahan bukanlah sebab ruang kargo menjadi sempit seperti yang didakwa oleh Dato' Rizal Mansor," katanya.

Berdasarkan fakta-fakta itu, katanya, sehingga kini pimpinan Umno dan pihak Rosmah masih belum menjelaskan berapa jumlah kos yang ditanggung rakyat dan apa kandungan beg-beg yang sehingga ia dibawa naik ke ruang mewah pesawat.



Pilihan Raya Kecil -Sampai bila rakyat terus mahu diperbodohkan?

Posted: 13 Jun 2016 10:19 PM PDT




 
Oleh DR. AHMAD FAKHRUDDIN BIN SYEIKH FAKHRURAZI


1. PAS Kedah mengucapkan tahniah terhadap pengumuman oleh kerajaan Persekutuan mahu memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi meningkatkan kemudahan Hospital Kuala Kangsar. Ia merupakan keprihatinan tinggi kerajaan BN terhadap kebajikan rakyat.

Bagaimanapun oleh kerana janji tersebut muncul secara tiba-tiba sewaktu tempoh berkempen PRK Kuala Kangsar, maka ia segera mengingatkan rakyat Kedah terhadap janji BN yang dibuat pada PRK Pendang tahun 2002 lalu. Pada PRK tersebut, BN telah berjanji untuk mewujudkan sebuah Hospital Daerah Pendang dan perasmian tapak hospital dibuat di atas tapak yang pernah dijanjikan untuk maksud yang sama beberapa tahun sebelumnya.

2. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung dalam perasmian Sidang DUN Kedah, pernah menegur Kerajaan Persekutuan kerana melambat-lambatkan pembinaan hospital Pendang yang dijanjikan itu. Tahun lalu Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 telah menyenaraikan Hospital Daerah Pendang untuk dibina mengikut Bajet 2016.

3. Malangnya sehingga hari ini, perkara yang pernah dijanjikan oleh BN pada PRK Pendang 14 tahun lalu itu, belum menjadi kenyataan. Maka ada baiknya jika rakyat negeri ini, khususnya pengundi Kuala kangsar berfikir panjang sebelum mempercayai akan janji politik BN yang sering dimungkiri.

4. Dengan berlaku PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, boleh pula dengan serta merta kerajaan mengumumkan bantuan khas kepada penoreh RM500 seorang dengan dana RM194 juta, sedangkan sejak tiga tahun lalu para penoreh puas menuntut pembelaan dari kerajaan ekoran kejatuhan harga getah, tetapi rayuan masyarakat penoreh tidak dipedulikan.

5. Jika benar dana khas itu untuk bantu penoreh, kerajaan patut menggunakannya sebagai penambah nilai harga sekerap, daripada RM2.00/kg menjadi RM3.00/kg. Seluruh penoreh di negara ini boleh menerima manfaat segera dan merasai kelegaan dengan kenaikan itu. Ia lebih adil dan saksama, yang menoreh dan menjual sekerap akan menerima manfaatnya.

6. Purata pengeluaran getah sebulan di Malaysia ialah 72,000 tan ataupun 72 juta kilogram. Jika harga setiap sekilogram ditokok RM1, kerajaan hanya berbelanja RM72 juta sebulan. Peruntukan khas RM194 juta itu mampu bertahan kira-kira 3 bulan. Bayaran boleh saja dibuat kepada pengilang, bergantung kepada jumlah getah yang dibeli dari pekebun dan peraih. Pemberian one-off RM500 seorang takkan bertahan lebih sebulan dengan kos kehidupan sekarang.

7. Kerajaan pimpinan BN jangan lupa bahawa tuntutan dana Insentif Pengeluaran Getah (IPG- yang diumumkan dalam belanjawan 2016), sejak Januari sampai sekarang, satu sen pun belum dibayar kepada penoreh. Mantan Timbalan Menteri Kementerian terbabit (MPIC) telah memaklumkan di Dewan Rakyat pada 5 April 2016 bahawa RM12 juta telah dikeluarkan daripada dana IPG untuk dibayar kepada penoreh. Ke mana pergi dana itu, bila pula penoreh akan menerimanya?

8. Lebih malang lagi janji bantuan terhadap masyarakat penoreh, disudahi dengan permintaan oleh Perdana Menteri supaya BN dipilih oleh pengundi dalam PRK ini. Tidakkah ia terang-terangan satu bentuk rasuah? Soalnya, sampai bila rakyat terus mahu diperbodohkan?

DR. AHMAD FAKHRUDDIN BIN SYEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah 
  

Mahathir mahu diheret ke mahkamah supaya boleh soal Najib dan isteri

Posted: 13 Jun 2016 10:15 PM PDT

mahathir kuala kangsar
Oleh Syazana Hasanudin


KUALA KANGSAR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak kisah diheret ke mahkamah atas tindakannya mendedahkan salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada umum.

Beliau berkata, setakat ini polis telah memanggilnya sebanyak tiga kali untuk disoal siasat berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap salah laku Najib.

Namun, jelas Mahathir, beliau hanya akan membuka mulut mengenai dakwaan yang dibuat terhadap Najib itu di mahkamah.

"Saya pun pernah kena panggil tiga kali. Tanya saya macam-macam soalan.. Kalau nak saya jawab, dakwa saya ke mahkamah. Dalam mahkamah, saya boleh jawab," katanya semasa berucap di acara Persidangan Khas Skandal 1MDB dan Derma RM4.2 bilion semalam.

Tambah Tun Mahathir lagi, di mahkamah nanti, beliau menerusi peguamnya boleh bertanya kepada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur tentang kesahihan gambar Rosmah menaiki jet peribadi yang memuatkan beg-beg besar diangkut oleh 12 individu.

Kesal dengan tingkah laku 'Wanita Pertama Malaysia' yang menggunakan pesawat peribadi untuk menghadiri majlis di Istanbul pada 27 Mei lalu, Mahathir berkata ada banyak pengangkutan lain boleh digunakan Rosmah bagi menjimatkan wang kerajaan.

"Jika kita mahu ke mana-mana, kita ada Malaysia Airlines (MAS) dan kita boleh pergi mana-mana sahaja, tetapi dia menyewa jet dengan kos RM80 juta untuk dua bulan. Dan kemudian mereka kata, mereka tidak ada wang," katanya.

Menurut mantan perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu, perkara itu tidak wajar berlaku memandangkan banyak janji yang ditabur oleh kerajaan UMNO BN sebelum ini masih belum ditunaikan.

"Dulu, mereka berjanji nak kasi Langkawi RM5 bilion dalam masa lima tahun. Tapi, sekarang dah lebih lima tahun, masih tidak ada apa-apa."

"Setiap kementerian pula digesa kurangkan perbelanjaan sebanyak 20 peratus untuk menjimatkan wang kerajaan, tapi mereka (Najib dan Rosmah) bermewah-mewah," katanya. – Roketkini.com

Nostalgia Tok Guru di bulan Ramadan

Posted: 13 Jun 2016 10:01 PM PDT

Nik Aziz Nik Mat
Nik Aziz 
 
 
SEBAIK kaki melangkah ke Galeri Tok Guru, melihat pula gambar wajah kesayangan ramai, bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, rasa sebak hadir tanpa dipaksa.

Wajah insan yang dianggap istimewa berkenaan sudah pun tiada, berkubur dengan penuh jasa dan ilmu agama yang ditaburkan terlalu banyak.

Ramadan menjengah, sungguh terasa kehilangannya ibarat hilangnya sebutir permata, namun ajarannya masih menjadi kenangan, ikutan dan melekat di ingatan insan yang ada dekat mahupun yang jauh dengannya.

Tahun ini, Ramadan kedua umat Islam di Kelantan meraikan bulan puasa, tanpa seorang Murabbi yang disegani, namun masih ada penyambung warisan anak, cucu, cicit serta rakan taulan serta saudara-mara, yang masih kuat menjaga wasiat serta harapan arwah bapa.

10 minit di hadapan hidangan sebelum berbuka

Mengenang Ramadan bersama arwah bapa, Nik Omar Nik Abdul Aziz, 52, Pengetua Sekolah Darul Anuar berkata, arwah biasanya awal 10 minit berada di hadapan hidangan berbuka.

"Dia (arwah Nik Aziz) wirid dan beritahu suruh baca doa minta apa sahaja dekat waktu berbuka, kerana doa ketika itu mustajab. Dia beritahu, sebelum buka puasa kena buat. Bukan setiap hari pun dia bagi tazkirah, tetapi kita anak, cucu ingat pesan tu.

"Beliau ikut amalan sunnah Rasulullah iaitu sebelum berdoa, amalkan perkara asas seperti istighfar,
selawat dan zikir, kemudian ikut lah doa masing-masing sebelum berbuka. Bagi ayah, masa sebelum berbuka cukup bernilai, ambo (saya) jarang dan hampir tidak pernah tengok dia habiskan (masa) dengan benda kosong atau berehat," katanya.

Makan apa yang dihidang, tidak pilih menu

Menariknya, biarpun bergelar menteri besar atau pemimpin tertinggi dalam Pas, namun Allahyarham langsung tidak memilih makanan berbuka puasa baik di rumah atau semasa menghadiri majlis.

Menurut Nik Omar, arwah bapanya tiada makanan atau menu khusus yang diminta atau ditanya, sebaliknya  lebih senang makan apa yang dihidangkan.

"Cik (panggilan untuk ibu mereka, iaitu isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak) pun kata dia tidak cerewet, dia pun tiada menu khas, makan saja apa yang ada. Malah dalam bab makanan, seolah-olah sepenuhnya diserahkan kepada cik.

"Arwah tidak ada menu istimewa, ulam dan budu pun dia suka, ambo ingat lagi dia suka kuah ikan singgang, biasanya ikan dalam singgang itu dia cicah dengan budu, diselang-seli dengan ulam sayur segar," katanya.

"Bagi minuman pula, bukan sahaja arwah ayah suka, ambo pun suka cendol dicampur dengan biji selasih.

''Menu pula, makanan biasa orang Kelantan di kampung, sup dan singgang. Cuma acap kali juga dalam bulan puasa, dia makan nasi kerabu, berbuka dan bersahur dengan nasi kerabu," katanya.

Boleh dikatakan, dalam sebulan berpuasa, tujuh hingga lapan kali mereka sekeluarga makan nasi kerabu, kata arwah boleh mendatangkan selera berbuka dan bersahur.

Ajak anak cucu berkumpul dan berbuka

Sekiranya jadual sebagai menteri besar kurang padat, Allahyarham Nik Abdul Aziz biasanya mengambil kesempatan mengajak anak-anak dan cucu-cicitnya berbuka bersama-sama di rumahnya, di Pulau Melaka.

"Tidak kira masa, biasanya idea jemputan itu arwah beritahu awal pagi atau ada juga selepas Asar. Kita pun tiada masalah sangat sebab adik-beradik duduk sekitar kawasan ini.

"Kalau mereka dah memasak, kita pakat bawa ke rumah ayah dan cik. Ada juga dia sebut kat ambo kata nak berbuka dengan anak cucu, jadi ambo pun akan telefon adik-beradik yang lain menyampaikan hasratnya," kata Nik Omar.

Arwah tidur awal bulan puasa

Selepas tarawih, Nik Omar berkata, arwah bapanya tidur awal sekitar jam 10 malam atau 10.30 malam, kemudian dia berjaga kira-kira jam 3.30 pagi.

"Waktu ambo kecil-kecil dahulu, dia gerak (kejut dari tidur) ambo sorang sebab ambo ini anak lelaki sulung selepas kakak (Nik Aini), bila dia gerak ambo, dia serah kepada ambo gerak adik-adik yang lain.

"Untuk sahur, cik kejutkan untuk bangun qiamullail.

"Biasa arwah ayah panggil ambo "Ma atau Omar, bangun Subuh"… biasa dia sentuh kaki, kalau dia tengok ambo terjaga… barulah dia pergi dan ambo tidak tidur semula sebab takutkan dia," katanya tersenyum.

Nik Omar berkata, pada bulan puasa, amalan arwah bapanya adalah suka baca al-Quran, solat sunat, namun pada Ramadan, selepas solat berjemaah di Masjid Pulau Melaka beliau duduk lama, iktikaf, memperbanyakkan baca al-Quran.

Menurutnya, arwah ayahnya berbuat demikian pada bulan Ramadan kerana berpandukan hadis Rasulullah, antaranya Rasulullah berbuat sedekah bulan Ramadan, baca al-Quran, jadi Nik Abdul Aziz memang menjadikan sedekah amalan biasa, namun diperhebatkan lagi pada Ramadan.

Abe Ya dampingi Tok Guru sejak 1992

Tempoh lebih dua dekad bukannya masa yang singkat buat  Zakaria Deraman, 61, atau lebih mesra dengan panggilan Abe Ya ini bersama Tok Guru kesayangan ramai itu dan pasti banyak rahsia serta suka duka dikongsi mereka.


Hadi: PAS berbaik Umno untuk menangi undi mereka

Posted: 13 Jun 2016 07:57 PM PDT

Alyaa Azhar 


LIHAT VIDEO DI SINI

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kurang memahami sikap parti pembangkang lain yang seolah-olah sukar apabila partinya berbaik dengan Umno.

Katanya, terdapat sebab mengapa PAS mahu menjalin hubungan mesra dengan Umno dan bukannya memilih untuk berbalah.

"Dia (parti pembangkang lain) susah kerana kita nak baik dengan Umno, memang kita nak baik dengan Umno.

"Kalau tak baik macam mana nak suruh Umno undi kita?" kata Hadi dalam ucapannya di Dataran Ketior, Manong, Kuala Kangsar, malam semalam.

Menurutnya, PAS juga mahu berbaik dengan bekas sekutu yang kini menjadi seterunya, iaitu DAP.
Tetapi ini, katanya, adalah supaya ahli DAP juga mengundi PAS.

"Dengan DAP pun (PAS) nak baik, biar orang DAP undi kita juga.

"Kena baik dengan semua," katanya.

Penjelasan Hadi itu dibuat susulan kenyataan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang mengakui partinya cuba memahami Umno dalam usaha mendekati dan menjalankan hubungan atas dasar "kepentingan Islam".

Bagaimanapun, sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kritikan PAS terhadap Umno semakin berkurangan kerana telah diberikan dedak.

Malah, pada satu majlis di Kuala Kangsar, Ahad lalu, Dr Mahathir berkata beliau telah menemui Hadi bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi "apa yang dia nampak ialah dedak."

Mahathir percaya bahawa PAS cuba memikat Umno kerana parti itu memerlukan sokongan selepas ditinggalkan bersendirian.

Menang atau kalah pilihan raya, GST kekal 6% - menteri

Posted: 13 Jun 2016 07:51 PM PDT

Shakira Buangn


LIHAT VIDEO DI SINI
 
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menafikan dakwaan bahawa kerajaan akan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 6 peratus kepada 8 peratus jika BN menang dua pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini.

Tegas Ahmad Husni, adalah tidak logik bagi kerajaan tiba-tiba mahu menaikkan kadar itu hanya kerana memenangi pilihan raya.

"Cerita naikkan GST ini oleh pembangkang, kita tak pernah layan sebab kita tak pernah berhasrat nak naikkan GST.

"Tak logik dan tak masuk akal tiba-tiba kerajaan nak naikkan GST dari 6 peratus kepada 8 peratus," kata Ahmad Husni kepada pemberita di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar, hari ini.

Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman semalam dilaporkan sebagai berkata, pengundi Kuala Kangsar akan berhadapan kenaikan GST sebanyak 2 peratus jika BN menang.

Hamidah dalam siri kempen bagi memenangkan calon parti Amanah Negara (AMANAH) semalam berkata, kemenangan BN akan ditafsirkan sebagai rakyat telah menyokong GST yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata, pembangkang sudah jelas dari dulu tidak mempunyai apa-apa prinsip sebaliknya hanya bertindak menanam rasa benci rakyat kepada kerajaan.

"Kalau kita tengok dari sejarah dalam politik apa yang pembangkang ada untuk diuar-uarkan bagi mendapatkan sokongan selain membangkitkan rasa benci rakyat kepada kerajaan, itu motif dia. Apa sahaja yang dilakukan kerajaan mendapat bangkangan dari mereka.

"Dulu kita buat lebuhraya Utara-Selatan tak dibangkitkan? Kita buat Putrajaya, KLIA, Menara Berkembar Petronas tak dibangkitkan semua oleh mereka? Tapi apa yang berlaku sekarang?

"Tidakkah ia menjadi ikon kepada negara. Kalau Lapangan Terbang Subang tidak ada dan terlalu kecil, kalau tak ada lebuhraya Utara-Selatan yang sekarang ini pun boleh tahan sesaknya, kalau tak ada Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara dan semua tertumpu di Kuala Lumpur yang sesak itu apa mesyuarat pun semua jadi lewat.

"Jadi, dari dulu sampai sekarang itulah prinsip pembangkang mereka tidak ada apa yang ingin dibawakan tetapi hanya rasa benci yang ditanam kepada kerajaan," kata Ahmad Husni.


PRK Sg Besar: Budiman mahu nyanyi lagu Tamil jika menang

Posted: 13 Jun 2016 07:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


Calon BN, Budiman Mohd Zohdi berjanji untuk menyanyikan lagu Tamil jika pengundi berbangsa India memberi undi mereka kepadanya pada 18 Jun ini.

"Jika anda undi saya, saya akan menyanyi semasa Deepavali," kata Budiman secara berseloroh dalam perjumpaan dengan usahawan India di Sungai Besar.

Pada masa yang sama, ahli dewan undangan negeri Sungai Panjang itu turut berjanji akan mengambil seorang pegawai khas berbangsa India jika menang nanti untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat itu.

Sementara itu, di pihak pakatan pembangkang, ketuanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat menyampaikan hadiah cabutan bertuah dalam usaha memenangi hati rakyat kawasan itu.

Ramai di kalangan pemenang adalah kanak-kanak yang membawa pulang seterika dan pengisar serta banyak lagi peralatan elektrik lain.

Wan Azizah kemudian memberikan ucapan dengan jenaka tentang beliau belajar mengira dalam bahasa Tamil dan bagaimana dia belajar membuat ubi bengkang dengan baik.

"Orang ini (Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh) telah makan dan masih hidup, jadi mestilah baik," katanya secara berjenaka, sebelum terus meminta pengundi memilih calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur.

Tiada ulasan: