Ahad, 12 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


‘Ada ahli parti lawan turut sokong saya’

Posted: 12 Jun 2016 04:16 AM PDT

'Ada ahli parti lawan turut sokong saya'
 
 
 
SUNGAI BESAR - Calon Parti Amanah Negara (Amanah) PRK Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur mendedahkan ada ahli parti lawan yang memberikan sokongan kepadanya.

Katanya, ahli parti lawan itu telah berjumpa sendiri dengan beliau dan menyatakan sokongan mereka secara peribadi pada Amanah.

"Semasa saya berkempen di beberapa buah tempat di Sungai Besar ada beberapa pemimpin parti lawan telah bertemu dengan saya untuk menyatakan sokongan pada saya dengan harapan Amanah menang di Sungai Besar nanti," katanya ketika berucap dalam sesi ceramah kelompok Pakatan Harapan, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Azhar berkata, ahli parti lawan  yang menemui beliau itu tidak dapat menyatakan perkara tersebut secara terbuka kerana masing-masing masih terikat dengan keahlian parti.

"Saya yakin ada ramai lagi ahli parti lawan yang berada di luar sana itu  menyokong Amanah dan akan membantu kemenangan kami di sini nanti," katanya.

Sementara itu, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, DAP bersungguh-sungguh membantu kempen Amanah kerana parti berkenaan berada dalam keluarga besar Pakatan Harapan.

"Kalau Amanah menang bermakna PKR dan DAP  menang dan Pakatan Harapan juga menang.

"Kalau ada yang tak faham mereka kena belajar lagi kenapa DAP kempen kuat untuk Amanah," katanya.


Rampasan ayam proses dari China sedang disiasat

Posted: 12 Jun 2016 04:13 AM PDT

Rampasan ayam proses dari China sedang disiasat


SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pihak berkuasa sedang menyiasat kes rampasan ayam proses dari China yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Senari, Kuching, Sarawak.

Sehubungan itu, Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, menasihatkan pengguna agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk dan barangan yang hendak dibeli.

"Untuk makluman pengguna, pihak Jabatan Agama Islam Sarawak bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) masih menjalankan siasatan mengenai pihak yang bertanggungjawab membawa masuk produk tersebut untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Laporan tersebut mendedahkan Kastam, Jais Sarawak dan Jabatan Veterinar Sarawak menahan sebuah kontena berisi daging ayam proses di Pelabuhan Senari di sini pada pukul 8 pagi, Selasa lalu tetapi diisytiharkan dalam dokumen sebagai sayur brokoli dari China.

Menurut laporan itu, Jabatan Veterinar telah mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk pembekal mengimport ayam dari China kepada mana-mana syarikat di negeri itu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas sebuah syarikat penyimpanan sejuk beku makanan yang beralamat di Bintulu

Suee Lim tidak matang berpolitik

Posted: 11 Jun 2016 09:14 PM PDT

Dr Abdul Rani Othman
Dr Abdul Rani Othman


SUNGAI BESAR - Calon Pas PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman menyifatkan kenyataan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim yang supaya mencadangkannya menarik diri daripada bertanding dan balik ke Meru sebagai tidak matang.

Menurutnya, Suee Lim seolah-olah tidak faham dengan senario politik di negara sendiri.

"Politik seperti ini biasa, lagipun tak ada halangan dalam politik Malaysia untuk seseorang itu menjadi ahli parlimen di kawasan bukan kelahirannya.

"Lim Guan Eng sendiri bukan orang Pulau Pinang tapi dia menjadi ketua menteri di sana dan Mohamad Sabu pula orang Pulau Pinang yang menetap di Shah Alam tapi beliau pernah menjadi ahli parlimen di Kelantan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, perkara penting harus dilihat adalah tanggungjawab sebagai ahli parlimen yang bakal disandangnya apabila menang kelak dan bukan personalitinya sebagai orang luar.

"Perkara sebegini sepatutnya tak berlaku dan beliau tak harus mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kalau macam itu, Suee Lim juga tidak seharusnya menjadi wakil rakyat di Sekinchan kerana beliau sendiri tinggal di Shah Alam," katanya.

Kelmarin, Suee Lim menasihatkan Dr Abdul Rani dalam kenyataannya di Sinar Harian supaya menarik diri daripada bertanding di PRK Sungai Besar.

Katanya, Abdul Rani tidak diperlukan di Sungai Besar dan penyokong Pas sendiri tidak membantunya berkempen.

"Kalau boleh sebelum 18 hari bulan nanti, saya akan beritahu Dr Rani supaya tarik diri untuk jaga maruah dan tidak dipergunakan oleh Pas untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah).

"Sebagai kawan saya, dia ada maruah dan jangan gadaikan maruah sempena bulan Ramadan yang mulia ini," katanya.

Suee Lim berkata demikian selepas Abdul Rani meminta beliau menyelesaikan masalah peniaga di Pasar Awam Sekinchan yang berdepan dengan tekanan, selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menaikkan kadar sewa bulanan petak perniagaan sejak Januari lalu.


HISHAM LAGI PELIK....

Posted: 11 Jun 2016 08:29 PM PDT

shahbudindotcom


Hishammuddin Hussein, Naib Presiden UMNO yang dibisik-bisikkan bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri dilaporkan pelik terhadap tindakan Tun Mahathir Mohamad yang sanggup turun padang memberi sokongan kepada calon Amanah dalam pilihanraya kecil kali ini.

"Saya pelik sebab peringkat awal Tun Mahathir kata akan sokong pembangkang untuk kalahkan BN, tetapi sekarang nampaknya beliau hanya sokong Amanah saja sedangkan Pas pun pembangkang juga.

"Jadi saya tak faham, menyokong pembangkang pun tak jelas, pembangkang yang mana? Pas ke? Amanah ke? DAP ke? Semalam (di Sungai Besar) beliau turun di atas platform DAP.

"Saya tak faham rasionalnya Tun Mahathir berbuat begitu," kata sepupu Najib itu ketika bercakap dengan media di Kuala Kangsar.
 
 
 
 
Alahai...kesiannya, macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau benda semudah ini pun sukar memahaminya.

Kalau Hishammudian mengatakan beliau pelik dengan sikap Tun Mahathir, kegagalan memahami langkah mudah bekas Perdana Menteri itu jauh lebih pelik lagi sebenarnya.

Kenapa perlu pelik sedangkan Tun Mahathir awal-awal lagi sudah mengatakan beliau akan turun berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk membantu calon daripada parti yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Susah ke nak faham parti mana yang menyokong Deklarasi Rakyat?

Tentang Tun Mahathir turun dalam program anjuran DAP di Sungai Besar, bukankah parti itu merupakan salah satu komponen Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan Amanah?

Apa salahnya Tun Mahathir hadir dalam program anjuran DAP yang merupakan sebahagian aturcara kempen memenangkan calon Amanah yang bertanding?

Tidakkah Ia lebih kurang sama macam Najib hadir dalam program anjuran MCA saja, lalu apa yang peliknya?

Hishammuddin juga tidak perlu pelik mengapa Tun Mahathir tidak memberi sokongan kepada Pas kerana mustahil beliau tidak menyedari bahawa parti itu kini lebih ghairah untuk "berpeluk dan bergesel pipi"  dengan Najib berbanding menentang kemungkaran dan penyelewengan dalam negara.

Takkan Hishammuddin tak sedar Hadi dan Najib sudah sedondon berbaju merah jambu, malah Pas dalam muktamarnya baru-baru ini juga turut bertanjak, berpulut hijau dan menjulang keris gergasi?

Jadi apa yang peliknya bila Tun Mahathir tidak menyokong Pas, tetapi memberi sokongan kepada calon Amanah yang bukan saja menyokong Deklarasi Rakyat, bahkan ingin bersama-sama dalam usaha menyelamatkan negara dek onar dan bahana angkara Najib yang sudah menjadi perbualan di seluruh dunia?

Dalam waktu yang sama, sebagai pemimpin dan manusia yang waras, apakah Hishammuddin tidak pelik dengan skandal dan hutang yang mencanak tinggi melibatkan 1MDB?

Apakah Hishammuddin tidak pelik dengan dongengan bahawa ada orang sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta kepada Najib?

Tidak tercabarkah rasa kepelikan dalam dirinya apabila Najib mengatakan beliau tidak tahu wang sebanyak RM42 juta dalam akaun peribadinya datang daripada SRC International, sebuah anak syarikat milik Kementerian Kewangan?

Tidakkah lebih pelik di sebalik tidak tahu itu, wang tersebut sebaliknya bukan saja tidak dipulangkan, tetapi turut dibelanjakan Najib, antaranya untuk membayar hutang kad kreditnya?

Tidak pelikkah sebagai salah seorang menteri apabila melihat bagaimana isteri Najib, Rosmah Mansor boleh berbelanja mewah di seluruh dunia sambil bergentayangan menaiki jet milik kerajaan?

Bukankah semua yang dilakukan Najib dan Rosmah itu pelik-pelik belaka?

Memang pelik kalau Hishammuddin tak terasa pelik dengan semua perkara pelik yang dilakukan Najib, tetapi tiba-tiba boleh pelik bila Tun Mahathir turun padang menyokong Amanah yang mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 


Siti Nurhaliza 'Gantung Mic' Bukan Bermakna Tidak Boleh Hadiri Majlis

Posted: 11 Jun 2016 08:04 PM PDT

Oleh: JEMANG RAHMAN
 
 
Siti Nurhaliza masih dalam tempoh berehat sehingga sambutan Aidilfitri.
 
 
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menegaskan keputusannya untuk memperlahankan segala aktiviti seni sehingga Hari Raya Aidilfitri depan masih dikekalkan namun itu bukan bermakna dia langsung enggan menonjolkan diri dalam mana-mana majlis.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Taruddin, 37, berkata, sehingga hari ini dia hanya menghadiri majlis berkaitan urusan perniagaan yang memerlukan dia memberi komitmen dalam usahasama menaikkan lagi nama dan perniagaan antara kedua-dua belah pihak.

"Benar, saya masih dilihat menghadiri beberapa majlis dan ia disifatkan bercanggah oleh sesetengah pihak yang keliru dengan kenyataan saya sebelum ini untuk memperlahankan segala bentuk urusan seni seperti nyanyian.

"Sebetulnya saya masih kekalkan kenyataan itu dan ingin saya jelaskan kehadiran saya dalam beberapa majlis selepas pengumuman itu dibuat adalah berkaitan dengan urusan dan komitmen saya dalam bidang perniagaan. Saya harap kenyataan ini jelas," katanya kepada mStar Online.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara SimplySiti Mall Powerd by AmaxMall bersama Asiaspace Sdn Bhd di Kuala Lumpur Golf & Country Club, di sini, Khamis.

Siti Nurhaliza.
 
Dalam perkembangan sama, Siti menegaskan selepas mengumumkan untuk memperlahankan aktiviti seni, dia tidak lagi menerima tawaran atau undangan nyanyian daripada mana-mana pihak sehingga akhir Ramadan.

"Saya memang 'gantung mic' untuk tempoh sekarang sehingga nak berkaraoke di rumah pun saya malas. Kalau dilihat menyanyi pun, itu atas dasar untuk menyerikan majlis sahaja. Seperti hari ini, saya diminta menyanyikan dua buah lagu untuk hiburkan tetamu, itu sahaja," katanya.

Tambahnya lagi, hampir sebulan tidak menyanyi secara serius (paling akhir pada April lalu untuk konsert di Stadium Negara), dia akui agak kekok untuk mengekalkan lenggok nyanyian.

Perkara itu membuatkan dia memerlukan masa hampir dua jam untuk warm-up di studio rakaman ketika merakamkan lagu raya berjudul 'Hari Kemenangan' ciptaan Pak Ngah Suhaimi baru-baru ini.

Sementara itu, bercerita tentang kerjasamanya dengan Amax Mall, kata Siti ia bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam usaha meningkatkan jumlah usahawan atas talian yang sekali gus dapat mengurangkan kos operasi dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti perniagaan.

Enam tahun nama SimplySiti memonopoli pasaran tempatan, Siti menegaskan sudah tiba waktunya dia meluaskan empayar perniagaan menerusi sistem dalam talian dengan kerjasama Amax Mall dalam usaha memberi kemudahan terbaik kepada pengguna setia SimplySiti tidak sahaja di dalam negara, malah di luar negara juga.

Amax Mall adalah produk syarikat Asiaspace Sdn Bhd yang diperkenalkan pada tahun lalu dan merupakan platform eDagang pelbagai vendor di mana para usahawan dapat memiliki kedai atas talian bagi memaparkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Tun Mahathir ziarahi ayah calon Amanah, bekas Adun, Datuk Abdul Shukur

Posted: 11 Jun 2016 08:01 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tun Mahathir di rumah Datuk Shukur ayah calon AmanahTun Mahathir di rumah Datuk Shukur ayah calon Amanah


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi ayah kepada calon Amanah Sungai Besar, Datuk Abdul Shukur yang juga bekas Adun dan Ahli Parlimen di Selangor.

Turut serta adalah isteri bekas perdana menteri paling lama mrmerintah itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kedua-dua mereka diiringi oleh calon Amanah, Azhar Ab Shukur.

Dr Mahathir mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Ia selepas Azhar menandatangani Deklarasi Rakyat hari ini untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Dr Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.

Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli Amanah yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya di forum anjura DAP mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion di Sekincan.

Mustafa harap niat Pas tidak disalah erti

Posted: 11 Jun 2016 08:00 PM PDT


Mustafa Ali
Mustafa Ali


SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berharap tidak berlaku kekeliruan terhadap kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bahawa parti itu kini giat mendekati Umno.

Menurutnya, perkara itu berlaku hanya dalam konteks Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 dan sama sekali tidak melibatkan kerjasama dalam soal politik.

"Ini tiada kaitan politik, bukan dasar kita (Pas) untuk bekerjasama dengan Umno dalam soal politik," katanya, semalam.

Tambahnya, mendekati diterjemahkan  perbincangan bersama pimpinan Umno memerlukan teknikal rang undang-undang.


JPJ: Plat 'F1' Mampu Dijual Lebih RM1 Juta

Posted: 11 Jun 2016 07:52 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
SUNGAI BESAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk Putrajaya, 'F1' mampu dijual sehingga melebihi RM1 juta.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata jumlah yang akan dibida bagi nombor pendaftaran baharu itu tidak ditetapkan dan adalah terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat memilikinya.

Beliau berkata tarikh tutup bagi membida nombor pendaftaran dengan abjad 'F' adalah pada Selasa ini manakala bagi abjad 'V' pula, bermula 15 Julai hingga penghujung bulan tersebut.

"Nombor pendaftaran yang paling mahal setakat ini dibeli pihak tertentu adalah W1N pada harga RM746,000 dan bagi nombor plat 'F1' pula dijangka lebih RM1 juta," katanya ketika ditemui pemberita pada Program 1 Komuniti 1 JPJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Makmur, di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan identiti individu yang membuat permohonan membida nombor pendaftaran 'F1' itu berikutan tempoh pembukaan tender masih berbaki tiga hari lagi.

Pada 19 Mei lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumkan kenderaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran baharu masing-masing bermula dengan abjad 'F' dan 'V'.

Katanya, nombor pendaftaran berkenaan akan diikuti dengan nombor 1 hingga 9999.

Azam Nik Abduh jadikan perlawanan PRK serentak hanya olok-olok

Posted: 11 Jun 2016 07:47 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Sheikh Omar AliSheikh Omar AliParti Tindakan Demokratik (DAP) menyifatkan kenyataan Nik Abduh; "Memang PAS ditubuhkan untuk menyatukan ummah. Bukan hanya niat, dia (ada) niat, azam, ada belaka," yang merujuk persoalan penyatuan Pas-Umno memperlihatkan perlawanan antara Pas-Umno di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, hanyalah ibarat 'olok-olok' sahaja.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Saudara Sheikh Omar Ali, dalam satu kenyataan berkata jika rakyat mengundi PAS, hakikatnya parti itu sedang berusaha menjalin hubungan rapat dengan UMNO.

"Maka, apa ertinya mengundi PAS dalam 2 PRK ini?," soal beliau.

Menurut beliau tidak ada lagi garis yang jelas memisahkan perjuangan Pas dan Umno yang boleh menjadi asas kukuh mengapa rakyat perlu mengundi Pas berbanding Umno.

"Justeru, saya menyeru agar rakyat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberikan undi kepada calon-calon Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara yang jelas ingin memperjuangkan nasib rakyat dari terus dibelenggu polisi-polisi tempang dan sarat dengan rasuah dibawah Umno-BN," katanya.

Beliau menyifatkan kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh amat menyimpang dari semangat perjuangan politik Pas yang pernah dibawa oleh ayahnya sendiri Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pas pimpinan Almarhum katanya, amat menekankan ruh kesejagatan Islam.

"Ia cenderung ke arah membawa rakyat kepada ruh perjuangan Islam yang meraikan kepelbagaian yang tidak dibatasi perbezaan warna kulit," katanya.

Sebaliknya kata beliau, kenyataan Nik Abduh (rujuk http://m.malaysiakini.com/news/344921) hanyalah menggambarkan PAS yang kini hilang arah bahkan melangkah kebelakang sehingga terpaksa menjalinkan hubungan intim dengan Umno untuk lebih memahami parti berteraskan Mrlayu tersebut.

"PAS kini jelas hilang jati diri, seolah-olah meraba-raba mencari arah," katanya.

Memetik kenyataan Nik Abduh; "PAS cuba faham elok-elok UMNO, NGO, kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu," juga pada beliau hanyalah membawa parti tersebut kepada Islam berteraskan perkauman, bukan atas semangat Islam yang rahmah, yang dahulunya cukup popular dengan jolokan 'PAS for all'.

"Dalam konteks dua pilihan raya kecil yang sedang berlangsung, saya berpandangan PAS seakan-akan cuba mempersendakan rakyat.

"Patutlah semasa berkempen di Sungai Besar, saya tidak jumpa masyarakat bukan Muslim memegang bendera Pas apatah lagi berkempen untuk Pas sepertimana suasana yang pernah dialami sewaktu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz masih hidup," katanya.

Waktu itu katanya, Pas untuk semua, tapi kini Pas seperti untuk Melayu sahaja.

Ilham Centre nafi keluar 'opinion poll' PRK Sungai Besar

Posted: 11 Jun 2016 07:43 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
CEO Ilham Centre Hisomuddin BakarCEO Ilham Centre Hisomuddin Bakar


Firma kajian bebas Ilham Centre hari ini menafikan ada mengeluarkan maklumat kaji selidik berkenaan Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar seperti sedang viral di facebook dan juga melalui aplikasi whatsapp.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar dalam satu kenyataan berkata maklumat cetak skrin yang tersebar itu bukan di bawah kendalian pihak mereka.

"Sepanjang kami ditubuhkan, kami tidak menggunakan metodologi undian pantas atau 'quick poll' dalam kajian kami.

"Semua bentuk kajian adalah melalui kajian lapangan menggunakan kaedah tatap muka (face to face) dengan responden," tulis beliau di facebook.

Cetak skrin yang tersebar itu antara lain menunjukkan peratusan sokongan undi terhadap tiga parti bertanding pada PRK itu iaitu BN, Pas dan Amanah bagi dua tarikh yang berbeza iaitu 8 dan 10 Jun 2016.

Pada maklumat itu, peratusan undi BN dan Pas masing-masing berkurang daripada 56 kepada 46 peratus dan 24 kepada 18 peratus, manakala meningkat secara drastik bagi Amanah iaitu daripada 20 kepada 36 peratus.

"Oleh itu, maklumat yang tersebar melalui media sosial yang menggunakan nama kami adalah palsu," katanya.

Nama Ilham Centre tidak asing lagi bagi pengikut tegar perkembangan politik tanahair ekoran sering mencul dengan hasil kaji selidik mereka berkenaan kecenderungan pengundi pada setiap kali berlakunya pilihan raya.

Lebih menarik, hasil kajian mereka disifatkan banyak pihak sebagai antara yang paling dekat dengan keputusan sebenar yang diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terbaharu, kajian mereka terhadap sikap pengundi pada PRN Sarawak juga mendapat perhatian banyak pihak ekoran bacaan yang hampir tepat.



Claire tidak yakin selamat jika datang beri keterangan 1MDB

Posted: 11 Jun 2016 07:36 PM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Claire dalam tele sidang dari United Kingdom ke Sekinchan semalam berkata bebanan beliau kini sudah berkurang selepas wartawan di seluruh dunia turut menulis mengenai 1MDB.  Claire dalam tele sidang dari United Kingdom ke Sekinchan semalam berkata bebanan beliau kini sudah berkurang selepas wartawan di seluruh dunia turut menulis mengenai 1MDB.


Ketua Pengarang Sarawak Report, Claire Recastle Browm tidak yakin untuk ke Malaysia bagi memberikan keterangan dalam skandal 1MDB walaupun diberikan imuniti oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Parlimen Malaysia.

"Saya tidak yakin akan selamat jika ke Malaysia dan belum tentu dapat kelulusan dari Pengerusi PAC Malaysia. Namun saya bersedia memberikan keterangan melalui tele sidang semacam ini," kata Claire dalam lintas langsung ke Sungai Besar dari London semalam.

Beliau membuat ucapan kepada perhimpunan Kolokium 1MDB oleh kumpulan Deklarasi Rakyat yang berhimpun di sebuah Dewan Cina di Sekinchan.

Claire memberikan keterangan terus dari London melalui Skype kepada penal dan peserta yang berhimpun di dewan itu selepas ditanya oleh ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang apakah beliau bersedia untuk datang ke Malaysia memberikan keterangan kepada PAC mengenai 1MDB.

Claire adalah wartawan pertama di dunia mendedahkan skandal 1MDB melalui Sarawak Report yang dipimpinnya.

Minggu lalu, pengarang kumpulan New Strait Times meletakkan jawatan kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan menutup cerita 1MDB ini.

Sebelum itu, seorang wartawan kanan Utusan Malaysia juga meletakkan jawatan kerananya.

"Bebanan saya kini sudah berkurang selepas tugas ini telah diambil oleh wartawan dari seluruh dunia untuk membuat pendedahan mengenai 1MDB," katanya yang juga mengucapkan tahniah ke atas keberanian wartawan Malaysia yang berani membuat laporan di bawah tekanan yang kuat.

"Saya sekarang sibuk melayan wartawan dari seluruh dunia yang bertanya tentang cerita 1MDB ini," kata Claire.

Claire juga berkata, beliau menulis tentang 1MDB bukan untuk menyerang Malaysia tetapi mahu memberikan contoh masalah yang dihadapi oleh sistem kewangan dunia.

"Apa yang terkena kepada Malaysia juga memberi kesan kepada kewangan dunia. 1MDB hanya satu contoh saja. Ia satu contoh jenayah kewangan dunia," kata Claire ketika ditanya kenapa beliau menulis tentang 1MDB.   Menurut Claire, semua wartawan telah menjalankan tugas mereka untuk membuat laporan.

"Sekarang terserah kepada pengundi untuk buat keputusan. Jangan harap perletakan jawatan akan berlaku. Saya akan teruskan tugas saya dari luar dan tidak ada yang saya nak sembunyi," kata Claire dalam lintas langsung itu.

Izzah akui calon PAN sukar dekati pengundi Sungai Besar

Posted: 11 Jun 2016 07:26 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui calon Parti Amanah Negara (PAN) sukar untuk mendekati pengundi ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.
 
"Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju Amanah (PAN) untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan," katanya.
 
Menurut Nurul Izzah, Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan oleh sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan.
 
Pada PRK itu, calon Amanah Azhar Abdul Shukur selaku Pengerusi PAN Sungai Besar ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi manakala Pas‎ mempertaruhkan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.
 
Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
 
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16 peratus pengundi Melayu, 30.70 peratus pengundi Cina, 1.92 peratus pengundi India dan 0.22 peratus pengundi kaum-kaum lain.
 
 

Mastura boleh keluar buang undi - Mufti Perak

Posted: 11 Jun 2016 07:20 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid boleh melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
 
Bagaimanapun, katanya calon BN itu perlu menjaga adab, mematuhi etika berpakaian yang bersesuaian dan tidak terlalu menonjolkan diri kepada khalayak ramai.
 
"Mastura boleh keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya itu," katanya.
 
Mastura, 55, pada sidang media di kediamannya hari ini berkata beliau akan merujuk kepada pakar agama sebelum memutuskan untuk hadir atau tidak ke pusat pengundian di SK Raja Perempuan Muzwin pada hari pengundian PRK itu.
 
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
 
Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Bebas

Ribuan iringi perjalanan akhir Muhammad Ali

Posted: 11 Jun 2016 07:18 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LOUISVILLE: Beribu-ribu orang berbaris di tepi jalan di bandar ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Muhammad Ali, legenda tinju yang juga wira hak asasi.
 
Seterusnya jenazahnya diarak melalui bandar ini sebelum upacara pengebumian tertutup dan majlis peringatan sebagai penamat upacara penghormatan terakhir selama dua hari untuk juara tinju heavyweight dunia tiga kali itu.
 
Beliau meninggal dunia  minggu lalu pada usia 74 tahun selepas menderita penyakit Parkinson.
 
Bermula jam 10.30 pagi waktu tempatan, sejam lewat daripada jadual asal, acara pengebumian bermula di bandar ini dengan 600,000 penduduk.
 
Louisville sebuah bandar di negeri Kentucky, di selatan Amerika Syarikat ialah tempat kelahiran Ali ketika era pengasingan kaum.
 
Keranda beliau diarak melalui lokasi penting kehidupannya termasuk rumah ketika zaman kanak-kanak, Ali Center, Pusat Warisan Afrika Amerika yang menumpukan kehidupan masyarakat kulit hitam di Kentucky dan melalui Boulevard Muhammad Ali sebelum tiba di Tanah Perkuburan Cave Hill untuk disemadikan.
 
Pemerhati berbaris di tepi jalan, mengambil gambar dan melaungkan nama Ali.
 
Dilahirkan sebagai Cassius Clay pada 1942, peninju itu menang pingat emas Olimpik dan menikmati karier membanggakan dengan pertarungan terkenal seperti "Rumble in the Jungle" dengan George Foreman dan "Thrilla in Manila" dengan Joe Frazier dan kini sebagai legenda sukan.
 
Beliau mengejutkan Amerika kerana enggan berkhidmat di Vietnam. Keputusan itu menyebabkan pingat dan karier beliau ditarik balik selama bertahun-tahun.
 
Beliau pernah diselar kerana kenyataan tidak sopan terhadap seterunya dan pernah dipanggil Frazier sebagai "gorilla".
 
Namun Ali kemudian meraih penghormatan dunia sebagai aktivis hak asasi yang mempromosikan sifat toleransi agama dan perjuangannya menentang penyakit yang memusnahkan tubuhnya. - AFP
 
 

JAHEAIK nafi saman 31 wanita seksi, pakai ketat

Posted: 11 Jun 2016 07:17 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menafikan 31 wanita yang dikatakan berpakaian ketat dan seksi dikenakan kompaun dalam `Ops Aurat' Rabu lepas.
 
Ketua Bahagian Penguatkuasa JAHEAIK Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata 24 wanita terbabit hanya diserahkan notis dan perlu menghadiri kaunseling pada tarikh yang ditetapkan oleh jabatan berkenaan.
 
"Manakala tujuh lagi hanya diberikan amaran dan dilepaskan. Isu ini yang kini sudah diviralkan pihak tertentu sebenarnya tidak tepat malah JAHEAIK tidak mengenakan sebarang kompaun lagi kepada mana-mana individu," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
 
Fadzuli berkata operasi yang dijalankan adalah sebagai mendidik orang ramai khususnya wanita supaya lebih menghormati Ramadan dengan tidak berpakaian seksi atau ketat.
 
Beliau berkata semua wanita yang diberikan notis sudah dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan sama tetapi tetap diminta hadir untuk sesi kaunseling.
 
"Mana-mana individu yang ingkar akan dihadapkan ke mahkamah dan boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
 
"Tindakan ini bukannya bertujuan mendatangkan masalah kepada kaum wanita tetapi lebih kepada mendidik mereka supaya menghormati bulan yang mulia ini," katanya.
 
Katanya, wanita sepatutnya melindungi aurat mereka daripada dilihat bukan muhrim terutamanya di luar rumah seperti di pasar raya ataupun kini di bazar Ramadan.
 
 

Tiada ulasan: