Ahad, 12 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


RUU Hadi ciptaan manusia, bukan hukum Tuhan, kata Kit Siang

Posted: 12 Jun 2016 03:30 AM PDT

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa Rang Undang-undang (RUU) anggota persendirian mengenai Akta 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rang undang-undang buatan manusia yang cuba diperlihatkan seolah-olah ia adalah daripada Allah Taala.

 "RUU hudud oleh Abdul Hadi adalah dicipta oleh dirinya sendiri, ia bukan undang-undang Tuhan. Ia adalah undang-undang buatan manusia. Itulah sebabnya ia boleh dipinda ," katanya pada sidang akhbar.

 "Malah, Kanun Jenayah Syariah Kelantan II Enakmen 2015 adalah undang-undang PAS. Jika ia adalah undang-undang Allah, maka ia tidak boleh dipinda ," katanya.

 "Oleh itu, saya fikir ada keperluan untuk dibincangkan perkara ini."

 Sambil mengakui adalah sukar untuk orang Islam menentang apa yang dipanggil hukum Allah, beliau berkata, namun, adalah lebih mudah untuk mereka menentang RUU Abdul Hadi itu. ~ sumber

Bolehkah Najib ambil aleh tanah wakaf Sultan Perak?

Posted: 12 Jun 2016 12:20 AM PDT

 Sempena lawatan rasmi ke KUISAS, PM Najib telah mengisytiharkan Kuisas di naik taraf sebagai universiti penuh dengan nama Universiti Sultan Azlan Shah serta merta.

 Najib membuat pengumuman itu sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid KUISAS.

   Tetapi ramai yang mempersoalkan, kenapa digugurkan perkataan Islam?Nama asalnya ialah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah - Kuisas

  Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) adalah kesinambungan kepada Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) yang telah diasaskan penubuhannya pada tahun 2000.

  Melalui surat bertarikh 13 Disember 2012, Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan kelulusan untuk KISDAR dinaikkan ke taraf Kolej Universiti.

  Baru selang sehari, tapi sudah mulai kedengaran bisik-bisik suara rakyat yang mempersoalkan kenapa pengisytiharan tersebut tidak dilakukan oleh baginda Sultan Nazrin sendiri?

  Apakah benar bahawa Raja Nazrin tidak begitu berkenan dengan tindakan PM Najib menjadikannya sebagai universiti penuh walaupun dijanjikan dengan pemberian geran?

  Mungkin Baginda merasakan sedikit terguris kerana Najib telah mengambil kesempatan untuk berkempen di musim pilihanraya kecil parlimen Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun nanti.

  Raja Nazrin mahu melihat KUISAS mengamalkan budaya autonomi intelek, berada di atas dan berkedudukan bebas dari sebarang pengaruh politik kepartian agar dapat memenuhi falsafah pengwujudannya sebagai perkampungan ilmu yang menghayati prinsip kesatuan dalam kepelbagaian.

 Seperkara lagi ialah, kawasan seluas seratus ekar untuk tapak kampus pengajian KUISAS itu telah diwakafkan oleh Raja Nazrin.

   Apakah PM Najib sudah dapat berkenan Baginda Sultan untuk mengambil aleh tanah wakaf tersebut untuk dijadikan hak Persekutuan?

  Baginda pernah menyarankan agar peranan wakaf dalam pendidikan perlu dilawati semula dan dirintis usaha untuk dihidupkan semula.

  Baginda mahu agar potensi wakaf diterokai sepenuhnya dan dijadikan satu sumber pendapatan kepada KUISAS dan tidak hanya bergantung kepada sumber kewangan kerajaan dan sumber pendapatan dari yuran pengajian.

 Baginda berpandangan, pergantungan kepada sumber tajaan Kerajaan untuk membiayai Institusi Pengajian Tinggi tidak akan kekal selama-lamanya. Malah pergantungan semata-mata kepada dana Kerajaan tidak akan membolehkan KUISAS berkembang pesat.    

Bukti-Bukti adanya kerjasama Pas-Umno

Posted: 11 Jun 2016 10:48 PM PDT

 Naib Presiden Pas, Ust Idris Ahmad menafikan adanya kerjasama dan menerima wang dari Umno BN. Idris mendakwa tuduhan tersebut sebagai liar.

 Beliau turut menyatakan tuduhan Pas bersama Umno adalah fitnah yang melata khususnya dikalangan masyarakat China.

  Apa yang dinyatakan oleh Idris Ahmad itu hanyalah satu penafian yang kosong.

 Idris semata-mata hanya menyatakan bahawa tuduhan tersebut hanyalah fitnah.

     Orang-orang Pas masih mahu menafikan adanya usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO walaupun telah ada bukti-bukti yang nyata didepan mata mereka.

   Tetapi pelikya, mereka masih tidak mahu menerima hakikat kebenaran tersebut.                       

1. Pendedahan Ustaz Ahmad Awang sendiri ketika ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak. Beliau juga memberitahu, barua politik Umno itu menghubungi beliau sehari atau dua hari selepas PAS Perak mengumumkan ia akan membentuk kerajaan bersama-sama DAP dan PKR.

2.  Pengakuan bekas Timbalan Presiden Pas, Ust Nasarudin Mat Isa yang telah ditugaskan oleh Majlis Syura Ulama untuk menemui pemimpin Umno. Boleh rujuk rakaman vdonya di sini

3. Pendedahan oleh  Husam Musa bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO. Husam menyatakan dia boleh mendatangkan saksi malah sanggup bersumpah talak isteri untuk mengesahkan tuduhannya itu.

   Helah Hj Hadi Berdepan Cabaran Husam Musa

   Tetapi malangnya, Presiden PAS dan pemimpin-pemimpin yang sewaktu dengannya, tidak berani langsung untuk menafikan kebenaran perkara 1 dan dua.

   Hj Hadi menganggap dakwaan Ust Ahmad Awang itu tidak perlu dilayan mungkin sebab UAA tidak menyebut nama pemimpin PAS berkenaan.Namun sebagai presiden parti, Hj Hadi sepatutnya menyanggah dakwaan UAA sekiranya perkara tersebut tidak benar.

  UAA telah menyatakannya secara berdepan dalam Muktamar ke-55 Pas. Begitu juga pemimpin yang berkenaan yang hanya menikus tidak berani untuk menafikannya.Kini kita semua sudah dapat mengenal pasti siapa pemimpin yang menikus itu yang kini dilantik sebagai ketua kluster dakwah kepada Majlis Perundingan Islam (MPI).

  Dan jika sekiranya dakwaan Ust Nasharudin Mat Isa itu hanyalah suatu pembohongan, kenapa Nasarudin tidak pernah dipanggil untuk disiasat mengenainya?

  Keakraban Nasharudin dengan pemimpin-pemimpin Umno dapat dilihat  sebagai peneroka jalan bagi Hj Hadi dan pemimpin-pemimpin Pas yang sewaktu dengannya untuk berpelukan dengan Umno.

  Mereka sangka dengan membiarkan isu tersebut begitu sahaja dengan harapan ianya akan berlalu pergi dan akan dilupakan mengikut peredaran masa...

  Nasharudin Mat Isa kini dilantik oleh PM Najib sebagai ketua pegawai eksekutif baru Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah, bekas timbalan menteri dan pemimpin pusat Umno yang menyertai PKR baru-baru ini.                                                                                                                                                                                  
   Dakwaan Husam Musa juga mahu dibiarkan begitu juga. Tetapi  Hj Hadi tersilap langkaha bila dia suruh Husam Musa untuk bersumpah jika benar dakwaannya bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO.

 "Kalau dia beranggapan apa yang dia katakan itu betul dan apa yang kami (PAS) katakan adalah bohong, maka silakan bersumpah," katanya pada program Dewan Muslimat PAS di sini, hari ini. Rujuk di sini

 Hj Hadi sangka Husam seorang yang penakut dan mudah digertak! Selang beberapa hari kemudian, Husam Musa telah menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah talak isteri demi menegakkan dakwaannya berkenaan rundingan antara PAS dan Umno.

 Husam kata, mana aci suruh orang bersumpah sorang-sorang.... Maka Husam pun cabar Hj Hadi Awang untuk melakukan sumpah yang sama bagi menafikan pendedahan tersebut.

  Hj Hadi terkencing dalam seluar! Langsung tak berani nak balas cabaran Husam!

 Kenapa Hj Hadi, satelah cabar Husam bersumpah lalu Husam menerimanya dan mengajak Hj Hadi bersumpah sama, tetapi Hj Hadi terus kecut dan tidak berani menerimanya?

 Husam telah sanggup bersumpah untuk membuktikan dakwaannya itu adalah benar dan bukan fitnah.

 Tetapi Hj Hadi tidak berani bersumpah untuk membuktikan apa yang dia nafikan mengenai tuduhan Husam itu adalah bohong.

 Ini membuktikan bahawa apa yang didakwa oleh Husam bahawa dakwaannya bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO adalah benar.

 Kalau masih ada suara-suara sumbang mana-mana orang Pas yang mahu menafikan tidak ada wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO dan menuduh dakwaan Husam tersebut adalah fitnah, sila gesa Hj Hadi untuk bersumpah.
 
   Dan yang terbaharu adalah pengakuan Nik Abduh Ketua Pemuda Pas, mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.

    Kalaulah ada almarhum TGNA, saya percaya sudah tentu muka-muka mereka ini, Nik Abduh, Nasharudin Mat Isa, Hj Hadi dan Harun Din akan diludahi oleh almarhum.....

Tiada ulasan: