Jumaat, 10 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BN perbaharui janji bina jambatan Manong

Posted: 10 Jun 2016 04:25 AM PDT

BERNAMA
 
 
Pilihan Raya Kecil Kuala KangsarPilihan Raya Kecil Kuala Kangsar


Rancangan pembinaan jambatan menghubungkan Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong merupakan berita gembira buat penduduk kawasan itu yang selama ini terpaksa menggunakan perkhidmatan bot penambang.

Jambatan itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 500 penduduk daripada 100 keluarga yang terdiri kalangan pekebun getah dan kelapa sawit di kawasan itu untuk berurusan di Pekan Manong atau untuk ke bandar Kuala Kangsar.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Penduduk Kampung Seberang Manong, Mohd Hussin Jap berkata pengumuman Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini bahawa kementerian itu kini dalam proses memperhalusi permohonan projek jambatan itu memberi kelegaan kepada mereka.

"Penduduk di kawasan ini sudah lama menantikan berita gembira ini kerana ia dapat memudahkan pergerakan ke bandar Kuala Kangsar untuk melakukan pelbagai urusan," katanya kepada Bernama.

Mohd Hussin, 46, berkata bekas anggota Parlimen Kuala Kangsar Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad telah lama memperjuangkan isu jambatan itu termasuk membentangkan perkara tersebut di Dewan Rakyat dan sudah beberapa kali memohon kepada Jabatan Kerja Raya supaya menyegerakan pembinaan jambatan tersebut.

"Isu pembinaan jambatan ini juga sering kali menjadi agenda pembangkang yang menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan.

"Ramai penduduk kampung yang berpindah ke kawasan lain disebabkan masalah pengangkutan kerana ada ketika berlaku kecemasan seperti penduduk sakit dan mahu melahirkan anak lebih-lebih lagi pada waktu malam, memang menyusahkan penduduk kerana perjalanan ke hospital agak jauh dari sini.

"Dengan adanya jambatan itu nanti akan memendekkan masa perjalanan penduduk jika hendak ke Pekan Manong atau ke bandar Kuala Kangsar. Sekarang ini kami terpaksa menempuh perjalanan darat sejauh kira-kira 45 kilometer apabila hendak pergi kedua-dua kawasan itu," katanya.

Selain itu, Mohd Hussin berkata ketika musim tengkujuh tiba, paras air Sungai Perak akan naik dan ia menyukarkan perjalanan pelajar dan guru ke sekolah atas faktor keselamatan.

Sementara itu, Junaida Ramli, 43, seorang penduduk Kampung Seberang Manong berkata beliau sudah lama mengharapkan pembinaan jambatan itu.

"Kalau naik bot penambang memang tak lama dan tambangnya pun tak mahal tetapi agak bahaya.
Tambahan pula saya mempunyai dua anak orang kurang upaya yang bersekolah khas di Pekan Manong, selalu risau mengenai keselamatan mereka berdua.

"Alhamdulillah, lega hati kami penduduk Kampung Seberang Manong bila dapat tahu jambatan itu bakal dibina akhirnya kerana memang dah lama kami tunggu jambatan itu," katanya yang bekerja sebagai buruh ladang di kampung berkenaan.

Senada dengan Junaida ialah Jamilah Mat Darus, 63, yang berkata hampir setiap hari beliau menggunakan perkhidmatan bot penambang sejak 20 tahun lalu sebagai pengangkutan utama untuk melakukan aktiviti harian.
"Saya harap jambatan baharu itu cepat-cepatlah dibina, sekurang-kurangnya jambatan itu nanti memudahkan perjalanan untuk ke kawasan berhampiran. Kalau tidak terpaksa ikut jalan jauh jika mahu ke bandar Kuala Kangsar atau ke Pekan Manong," katanya.
Bot penambang yang beroperasi setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 6 petang mengenakan kadar bayaran untuk pergi dan balik sebanyak RM1 seorang dan RM2 sekiranya membawa motosikal dan perjalanan hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk merentasi sungai berkenaan.

Fadillah ketika lawatan kerja ke Kuala Kangsar baru-baru ini berkata kementerianya kini dalam proses memperhalusi permohonan projek berkenaan dan telah memohon peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk pembinaan jambatan itu.

Azizah gesa Najib mansuh Akta MKN

Posted: 10 Jun 2016 04:16 AM PDT

Azizah gesa Najib mansuh Akta MKN

 
Wan Azizah menyifatkan pewartaan RUU MKN 2015 sebagai undang-undang tanpa persetujuan Agong adalah perkembangan berbahaya dan julung kali berlaku dalam sejarah perlembagaan negara.


wan-azizah-NSC


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong pada sesi Parlimen akan datang.

Ini kerana katanya, pewartaan Rang Undang-undang (RUU) MKN 2015 sebagai undang-undang adalah perkembangan berbahaya dan julung kali berlaku dalam sejarah perlembagaan negara.

Beliau turut mempersoalkan kenapa undang-undang baru drakonian itu perlu diluluskan secara tergesa-gesa sedangkan Majlis Raja-raja dan rakyat pelbagai lapisan turut berkongsi kebimbangan sama terhadap pewartaan RUU itu.

Presiden PKR itu berkata, BN bukan sahaja tidak menghormati raja-raja malah mereka mengabaikan peranan perlembagaan raja-raja.

"Peranan mereka amat penting khasnya dalam konteks negara kita, di mana BN telah lama mengabaikan kebebasan asasi dan perbezaan kecil dalam perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RUU MKN 2015 yang dibantah parti pembangkang ketika dibentangkan dalam Dewan Rakyat tahun lalu, menjadi undang-undang dengan sendirinya walaupun tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Ia diluluskan berdasarkan Fasal 4 (a) Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan, iaitu sesuatu RUU menjadi undang-undang 30 hari selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenapa ubah tempat mengundi?

Posted: 10 Jun 2016 04:13 AM PDT

 
Tindakan SPR menukar tempat mengundi hanya akan menimbulkan kekeliruan pada hari pengundian 18 Jun nanti.


khalid-samad_spr_undi_6001


SUNGAI BESAR: AMANAH mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan status tempat mengundi terbaru bagi 4,524 pengundi di Sungai Besar.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan SPR itu hanya akan menimbulkan kekeliruan pada hari pengundian kelak.

"Tindakan ini pasti akan menjejaskan dan menyebabkan pengundi di Sungai Besar keliru. Namun masih ada masa untuk mereka lakukan perubahan.

"Kita juga hairan kenapa mereka lakukan dalam waktu terdekat bila ada PRK ini dan kenapa tidak lakukan pada waktu PRU13 lalu," ujarnya.

Beliau berkata, SPR juga dilihat tidak memaklumkan secara rasmi pertukaran tempat mengundi tersebut, sebaliknya ia hanya disedari pada hari penamaan calon Ahad lalu.

Sementara itu, ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin terkejut dengan tindakan SPR menukar tempat mengundi yang dikhuatiri akan mempengaruhi 10% pengundi di PRK Parlimen Sungai Besar.

"Di DUN Sungai Panjang, seramai 2,520 pengundi di kawasan Kampung Baru Nelayan, Taman Seri Indah, Jalan Panchang Bedena, Taman Seri dan beberapa kawasan telah dikumpulkan ke sebuah daerah mengundi baru iaitu 'Kampung Baharu Nelayan'," jelasnya.

Sementara itu, Khalid turut mengeluh PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan pada bulan Ramadan.

"PRK pada bulan Ramadan ini menyulitkan kami untuk berkempen. Kami tidak ada alat propaganda seperti media arus perdana.

"SPR mempunyai masa 60 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya, kenapa lakukan pada waktu ini sedangkan ia juga boleh dilakukan selepas Ramadan?

"Sembahyang habis pada pukul 11 malam dan permit ceramah pula habis pukul 12 tengah malam," katanya.

4 mangsa culik masih di Sabah ambil keterangan susulan

Posted: 10 Jun 2016 04:10 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun menafikan empat pemuda dari Sibu, Sarawak itu dibawa ke Bukit Aman untuk diambil keterangan.


Sabah


KOTA KINABALU: Empat mangsa culik dari Sarawak yang dibebaskan kumpulan militan Abu Sayyaf masih berada di Sabah untuk diambil keterangan susulan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada semua mangsa culik itu sejak semalam sejurus mereka tiba di Kota Kinabalu.

"Sekarang kita masih membuat siasatan susulan dan kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi (mengenai pembebasan mangsa) yang boleh mengelirukan orang ramai," katanya.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata demikian selepas majlis penyerahan kuih raya kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah hari ini.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, serta seorang lagi anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, Semporna pada 1 April lepas.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun menafikan empat pemuda dari Sibu, Sarawak itu dibawa ke Bukit Aman untuk diambil keterangan.

"Tidak ada keperluan untuk bawa mereka (empat warga Malaysia) ke Bukit Aman kerana mereka sekarang berada di Kota Kinabalu, Sabah untuk diambil keterangan berkaitan perkara-perkara berhubung insiden penculikan itu dan melengkapkan siasatan polis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita, The Borneo Post Sabah yang mendakwa kesemua mereka dibawa ke Bukit Aman pagi tadi untuk diambil keterangan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka dibebaskan pada awal pagi Rabu lepas dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Selepas berjumpa dengan ahli keluarga dan selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di Sandakan semalam, empat mangsa culik itu diterbangkan ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat PDRM.– BERNAMA

PM tak ada standard, kata Khalid

Posted: 10 Jun 2016 04:04 AM PDT

 
Khalid berkata, Azmin sudah menjelaskan pendirian untuk menyokong AMANAH bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


khalid-najib


SUNGAI BESAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menyatakan pendiriannya terhadap isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan Najib menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan pendirian kerajaan negeri itu sama ada menyokong PAS atau AMANAH di Sungai Besar, seolah-olah tidak ada standard.

"Perdana Menteri jelas tidak ada standard apabila mendesak Azmin menjelaskan isu ini (sama ada sokong PAS atau AMANAH).

"Pendirian Menteri Besar jelas, dia tidak mahu dilibatkan secara bersungguh-sungguh kerana ia akan mengganggu hubungan dengan EXCO PAS," katanya dalam sidang media di pejabat AMANAH Sungai Besar, hari ini.

Jelasnya, Azmin juga sudah menjelaskan pendirian untuk menyokong AMANAH bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Adakah Najib hendak teruskan dengan RUU yang dibawa Hadi. Jadi, apakah pendirian Najib dan parti komponen BN yang lain?" soalnya.

Semalam, Najib dilaporkan sebagai berkata, kecelaruan pembangkang jika dibawa ke peringkat pentadbiran negara hanya akan mewujudkan kerajaan yang lemah.

PAS merupakan rakan dalam kerajaan Selangor yang dipimpin PKR, manakala AMANAH pula merupakan rakan komponen Pakatan Harapan yang dianggotai PKR.

"Kecelaruan di pembangkang amat jelas di Sarawak apabila mereka bertembung di banyak kawasan. Di sini pun kita lihat perkara yang sama, mana letaknya pendirian kerajaan negeri?

"Kita masih tidak tahu PAS ni masih mereka terima atau tidak. Seolah-olah tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain," kata Najib selepas berbuka puasa bersama penduduk semalam.

Dua beranak rentung dalam letupan kereta

Posted: 10 Jun 2016 04:01 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Menurut saksi, kereta itu meletup dua kali dan mangsa yang cuba keluar dari kereta itu gagal diselamatkan orang ramai.


PDRM kereta terbakar


LABUAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila kereta Proton Gen 2 mereka terbakar berhampiran sebuah Tadika di Jalan Tanjung Bendera, tengah hari tadi.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata, mangsa dikenali sebagai Yunus Japar, 39, dan anaknya yang berusia 5 tahun, Muhamad Darwisy Haiman.

Beliau berkata, mereka dalam perjalanan dari Jalan Tanjung Bendera menuju persimpangan Tadika Chi Hwa apabila kereta itu tiba-tiba terbakar dan meletup.

"Saksi berkata kereta itu meletup dua kali dan mangsa cuba keluar dari kereta itu dan cuba diselamat oleh orang ramai tetapi gagal," katanya.– BERNAMA

Mana Jambatan Manong yang sudah 5 kali pecah tanah

Posted: 09 Jun 2016 07:43 PM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Bot penambang Sungai Perak yang digunakan penduduk untuk menyeberang.Bot penambang Sungai Perak yang digunakan penduduk untuk menyeberang.


Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji mereka untuk membina Jambatan Seberang Manong yang telah lama dinantikan penduduk di kawasan tersebut.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata, kerajaan BN perlu menyatakan tarikh yang tepat bila jambatan tersebut akan siap dibina dan tidak memberikan harapan palsu kepada rakyat.

Asmuni AwiAsmuni Awi"Kami menuntut dalam pilihan raya kecil ini pihak kerajaan menunaikan janji yang sudah dibuat sejak tiga pilihan raya yang lalu.

"Kami mencabar pihak kerajaan BN tolong tetapkan tarikh bila akan dibina dan akan disiapkan jambatan Seberang Manong itu.

"Sudah lima kali pecah tanah sampai dah tak ada tanah nak dipecahkan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Lebih 10,000 penduduk Manong masih menunggu jambatan itu dibina untuk menyeberangi Sungai Perak.

Sehingga kini, mereka masih menggunakan bot penambang untuk menyeberangi Sungai Perak walaupun menteri kanan pernah menjadi wakil rakyat di parlimen tersebut.

PAS dakwa 84% Melayu Kuala Kangsar sokong RUU Hadi

Posted: 09 Jun 2016 07:26 PM PDT

 
 
Menerusi kaji selidik terbarunya, PAS mendapati 84 peratus masyarakat Melayu di Kuala Kangsar bersetuju dengan usul rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, penemuan kaji selidik itu adalah serupa dengan hasil punggutan suara yang pernah dilakukan oleh aktivis belia Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Twitter.

"Sebanyak 20,000 maklum balas telah diterima dalam pungutan suara Twitter itu. Ini adalah lebih tinggi daripada kita," katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, masyarakat bukan Melayu, khususnya kaum Cina masih tidak memahami RUU Hadi itu, katanya.

"Mereka datang untuk memahami RUU tersebut selepas PAS menjelaskan terus kepada mereka," kata Idris.

PAS telah menganjurkan sesi dialog dengan masyarakat Cina di Jerlun pada 5 Jun yang lalu, di mana Abdul Hadi dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria memberi penjelasan mengenai perkara itu kepada mereka.

"Mereka telah menerima bahawa ini adalah perkara yang berkaitan rapat dengan perjuangan PAS, selepas kami menjelaskan RUU itu bagi membolehkan mereka mendapat gambaran yang lebih jelas," katanya.

Mengkritik golongan yang menentang RUU tersebut, Idris berkata, Malaysia boleh dianggap sebagai bernasib baik kerana mahkamah syariah telah ditubuhkan sejak sekian lama dahulu.

"Jika tidak, kumpulan-kumpulan ini akan melakukan lebih banyak usaha untuk menentang mahkamah syariah juga," jelas beliau lagi.

Tiada cuti tambahan Aidilfitri - Kementerian Pendidikan

Posted: 09 Jun 2016 07:24 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafi memberikan cuti sekolah tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media sosial. 
 
Jurucakap kementerian berkata, jumlah cuti yang disebarkan itu sebenarnya sudah ditetapkan dalam takwim persekolahan sejak awal tahun ini dan kementerian tidak membuat sebarang perubahan. 
 
"Berita yang tersebar di media sosial menyatakan kementerian menambah cuti sekolah sempena Aidilfitri adalah tidak benar, sebaliknya ianya adalah bilangan cuti yang sama seperti ditetapkan dalam takwim persekolah sejak awal tahun. 
 
"Tarikh permulaan dan tamat cuti sekolah itu berbeza mengikut kumpulan," katanya ketika dihubungi BH. 
 
Sebelum ini, tersebar berita di media sosial mendakwa kementerian mengeluarkan surat siaran menyatakan cuti sekolah sempena Aidilfitri diberikan tambahan tiga hari. 
 
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menjelaskan perkara sama di laman Facebook miliknya dan menafikan berita yang tersebar itu. 
 
Info - Cuti sekolah sempena Aidilfitri * 3 hingga 9 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. 
 
* 4 hingga 10 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
 
 

Dr Rani dedah ada pemimpin PKR kecewa dengan tindakan parti sokong calon PAN

Posted: 09 Jun 2016 07:20 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
  Post Pic

SUNGAI BESAR: Ada sebilangan pemimpin PKR kesal dengan tindakan parti itu melebihkan kempen calon Parti Amanah Negara (PAN) untuk menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Itu dakwaan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman apabila diajukan peranan PKR dalam membantu PAS untuk menang kerusi tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah pemimpin PKR yang dimaksudkan itu.
"Jujurnya saya beritahu bahawa ada pemimpin PKR membantu dengan tidak turun berkempen untuk calon PAN. Mereka tak tunjuk muka. Mereka ada mesej secara peribadi dengan berharap saya menang. Tidak secara sokongan fizikal. Mereka beritahu kecewa dengan tindakan pemimpin PKR dan DAP yang turun (sokong PAN).
"Ada yang kecewa, namun saya tak mahu sebut nama. Saya tak kisah, yang penting kita tumpu kepada kempen, jumpa pengundi dan beritahu mereka apa yang boleh kita bantu," demikian menurutnya ketika ditemui Antarapos, semalam.
Meskipun kempen pilihan raya bagi PRK Sungai Besar kini memasuki hari keenam, kelibat pemimpin PKR bagi membantu jentera PAS masih gagal kelihatan.
Rata-rata pemimpin PKR, seperti Nurul Izzah Anwar dan Abdullah Sani Abdul Hamid dilihat lebih senang berdampingan dengan pimpinan PAN bagi memenangkan calonnya, Azhar Abdul Shukur.
Abdul Rani, yang juga ADUN Meru memberitahu tidak kecewa dengan sikap PKR itu.
"Saya diajar oleh Nik Aziz, apa sahaja kekecewaan serah kepada Tuhan, bukan kepada manusia. Sejak saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor, Nik Aziz pesan 'kalau kecewa, jangan cerita pada sesiapa, sebaliknya malam bangun solat tahajud, cerita pada Allah SWT'. Terserah pada tuhan," ujar Abdul Rani.
Dalam pada itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga diminta mengulas tindakan pihak tertentu, dipercayai daripada parti politik yang mendirikan papan iklan yang mendakwa parti Islam itu bergabung dengan Umno, malah bersekongkol dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menyifatkan ia sebagai strategi politik kotor dan terdesak, Abdul Rani menegaskan PAS sesekali tidak akan terjerumus dalam kempen sebegitu semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.
"Ya, pada saya itu kempen kotor. Tidak apalah, manusia ini kita tak kenal, tapi apabila mereka bercakap atau berbuat sesuatu, kita dapat tahu sejauh mana fikrah mereka. 
"Itu yang sering disebut Hadi, PAS kena pergi ke arah politik matang dan sejahtera. Kita tak akan lakukan perkara yang sama seperti mereka. Pada saya, apa yang dibuat, berani buat berani tanggung. Masyarakat akan menilai," katanya.
Beberapa papan iklan yang ditemui di Sungai Besar dan Kuala Kangsar memaparkan imej muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin parti komponen BN antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Malah ada juga papan iklan itu yang tertera "BN, Pas sehati sejiwa..."
Kesemua papan iklan tersebut bagaimanapun sudah diturunkan.

Tuan Ibrahim: PRK bukan medan wrestling Pas

Posted: 09 Jun 2016 07:09 PM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
SHAH ALAM – Pas hari ini menyanggah dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa parti Islam itu memberi serangan hebat kepada Parti Amanah Negara  (Amanah).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan Mahfuz yang menyifatkan  Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai medan gelanggang wrestling (gusti) antara Pas, Amanah dan BN tidak tepat memandangkan parti itu tidak memberi 'serangan' kepada Amanah.

Sebaliknya tambah Tuan Ibrahim lagi, parti itu kekal menyasarkan BN sebagai lawan terdekat pihaknya.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, pada pilihan raya kali ini, Pas lebih memberi tumpuan terhadap prestasi dan kredibiliti parti berbanding memberi kritikan kepada parti lain.

"Pas sudah buat penegasan tidak akan serang Amanah dan hanya akan serang BN, Pas hanya angkat parti dan tidak akan memuji dan menyanjung parti lain.

"Kita bila masuk politik mesti beri perhatian pada parti (sendiri). Bila kita bertanding (dalam pilihan raya), tak kan kita nak puji parti politik lain?" soalnya sinis.

Mahfuz dalam sebuah kenyataan pada Isnin lalu menyifatkan pertembungan parti-parti politik pada PRK seperti pertemuan musuh di gelanggang gusti.

Ini kerana kata beliau, Pas dan BN hanya menumpukan usaha untuk menjatuhkan Amanah, bukannya berkempen untuk mengatasi calon parti pihak lawan.

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK seperti gelanggang 'wrestling', kata Mahfuz]

Tuan Ibrahim ketika dihubungi Sinar Online hari ini turut menempelak Mahfuz yang dilihat menyebelah parti-parti pesaing.

"Sepatutnya beliau perlu sokong parti sendiri sebab dia masih ahli Pas. Dia tidak boleh dilihat menyebelahi pesaing-pesaing Pas," bidasnya.


Laporan polis berhubung jual beli maklumat peribadi

Posted: 09 Jun 2016 07:05 PM PDT

MALAYSIAKINI


Sekumpulan ahli PAS Cawangan Kampung Beringin Kota, Salor dalam kawasan Kubang Kerian membuat laporan polis berhubung pendedahan wujudnya jual beli maklumat peribadi kira-kira 900,000 individu untuk digunakan bagi Deklarasi Mahathir.

Zainal Abidin Deraman, yang mendakwa mewakili lebih 100 orang anggota PAS dari cawangan tersebut, berkata beliau membuat laporan polis kerana bimbang ia dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan individu tertentu.

"Kami harap pihak polis seperti Unit Forensik diminta supaya menjalankan siasatan rapi ke atas tandatangan terbabit dan membuat pengesahan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Baharom Abu ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan tersebut.- Bernama


Peniaga rebut tapak bazar Ramadan

Posted: 09 Jun 2016 06:59 PM PDT

 Peniaga rebut tapak bazar Ramadan
Pergaduhan bagaimanapun berjaya diredakan dengan bantuan orang ramai.
 
 
 
SEREMBAN - Bantahan secara aman dirancang Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) di depan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, semalam, berhubung pengurusan bazar Ramadan tidak kesampaian apabila berakhir dengan kekecohan.

Insiden tidak diduga itu berlaku sekitar jam 2.15 petang di pekarangan Dewan MPS, di sini, tatkala penganjur dan peserta piket sedang berteduh ekoran hujan lebat yang menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.

Sementara menantikan hujan reda, pihak media mengambil keputusan untuk menemu bual Pengerusinya, Mejar (B) Razali Zakaria bagi mengetahui lebih lanjut bantahan yang dirancang.

Namun tidak sampai 10 minit temu bual dijalankan, muncul sekumpulan individu entah dari mana lantas meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan Razali dan peserta terlibat.

Bagaimanapun, Razali dilihat tetap tenang dan kekal di tempat duduknya walaupun menerima asakan bertubi-tubi secara lisan dari beberapa arah, sambil cuba dipertahankan Dzullirusdi Razali, 25, yang tidak senang melihat bapanya diperlakukan sedemikian rupa.

Ketika pertikaman lidah semakin rancak, tiba-tiba sahaja berlaku pergelutan antara Dzullirusdi dengan Mohd Fazall Ahi Mohd Yusof, 36, sehingga terpaksa dileraikan oleh semua yang ada di situ.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk, Razali mengambil keputusan untuk beredar kerana mahu membuat laporan di Balai Polis Rahang, di sini.

Selepas keadaan kembali tenang, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Perpaduan Ummah Malaysia (Prima Malaysia), Paduka Ayahanda Mohd Yusof Mohammad Din, 73, tampil memberi penjelasan.

"Sejak 1.30 petang lagi, kami dah ada di sekitar kawasan ni. Masa tu, kami nak dengar dulu apa yang bakal dikatakan Razali pada media.

"Bila dah tahu biji butirnya yang jelas tipu belaka, kami pun serbu dia," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Menurutnya, Razali tidak sepatutnya berbuat sebegitu memandangkan MPS sudah membuka peluang kepada semua untuk berniaga di Senawang pada Ramadan kali ini dengan adil dan saksama.

"Masalahnya sekarang, dia sendiri yang tak mahu ikut serta pengundian di dewan ni pada 8 Jun lepas untuk mendapatkan lot atau tempat bagi peniaga-peniaga bawah kendaliannya.

"Tak dinafikan, Razali memang ada datang masa tu. Tapi dia balik sekitar jam 2.45 petang, sebelum pengundian lot dijalankan," katanya yang turut disahkan Pengerusi Persatuan Peniaga Bersatu Negeri Sembilan, Nor Hafiz Mohamed Razali, 34, dan Setiausahanya, Zaimiliah Misran, 40.

Pada masa sama, Mohd Fazall Ahi pula menafikan dirinya yang mencetuskan pergaduhan dengan anak Razali.

"Dia yang tolak dulu di bahagian dada. Terpaksalah saya pertahankan diri. Mujur tak cedera, cuma melecet sikit dan baju terkoyak bahagian belakang," katanya yang akan turut membuat laporan polis bersama bapanya, Mohd Yusof.

Tak tahu diajak berpiket

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Seremban, Mohd Yusmasdi Mohd Yusof, 38, mempunyai sebab tersendiri untuk tidak berpuas hati dengan Razali.

"Razali merupakan AJK Umno bahagian Rembau. Secara tak langsung, perbuatan dia membuat piket akan mencemarkan reputasi parti dan menjatuhkan air muka Menteri Besar.

"Kalau macam ni, bukannya membela peniaga. Sebaliknya menyusahkan peniaga yang dia kelolakan. Nampak sangat dah lari dari tujuan asal Umno yang sepatutnya menolong orang Melayu," katanya.

Siti Mariam Matzihi, 27, yang bernaung bawah PUDS sejak dua tahun lalu pula rasa tertipu dengan Razali.  
 
 "Sedih sangat bila jadi macam ni. Sampai semalam, saya diberikan harapan palsu rupanya. Bila tanya semalam (kelmarin), dia kata tapak niaga dah confirm dapat. Tiba-tiba, hari ni ajak buat bantahan pula.

"Apa akan jadi pada kami semua. Stok jualan untuk puasa pun dah ambil. Bila jadi macam ni, di mana kami nak meniaga. Lepas ni tak kisahlah dengan siapa pun kami bernaung (penganjur), asalkan dapat berniaga di situ nanti," katanya.

Untuk rekod, sebanyak 360 lot niaga disediakan untuk Ramadan kali ini oleh MPS di Senawang, yang dibahagi kepada Tapak A hingga I.

Seramai sembilan penganjur terpilih dari pelbagai persatuan dipanggil untuk mencabut undi bagi menetapkan kedudukan gerai atau booth bakal diterima.

Setiap penganjur diperuntukkan 40 tapak yang seterusnya akan diagihkan kepada peniaga yang mendaftar sebagai ahli mereka.
 
 

Tanggal segera siren, ‘lampu mata’

Posted: 09 Jun 2016 06:56 PM PDT

Tanggal segera siren, 'lampu mata'
Ketua Trafik IPD Kluang, Asisten Superintendan Azmi Suratman (tengah) bersama pemilik van jenazah yang datang membuat pemeriksaan ke IPD Kluang bagi mengetahui status kenderaannya yang memasang siren berserta lampu mata arah.


KLUANG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian yang memasang siren berserta lampu mata arah (beacon light) supaya menanggalkannya segera.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, terdapat aduan diterima daripada orang awam memaklumkan terdapat van jenazah di daerah ini memasang siren berserta lampu mata arah.

Jelasnya, dalam penggunaan apa juga siren adalah menurut Kaedah 24 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 iaitu alat amaran hanya boleh dipasang untuk kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kastam, polis, ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Bagi penggunaan lampu mata arah, penggunaan hanya dibenarkan untuk kenderaan bomba, Kastam, polis, ambulans dan JPJ.

"Adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana kenderaan persendirian yang menggunakan lampu mata arah tanpa kebenaran Ketua Pengarah JPJ Malaysia di bawah Kaedah 138(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mohamad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera terhadap pemilik kenderaan yang memasang siren berserta lampu mata arah.

'Saya budak kampung, cuma pakai pakaian biasa'

Posted: 09 Jun 2016 06:53 PM PDT

Budiman Mohd Zohdi
Budiman Mohd Zohdi 
 
 
SUNGAI PANJANG - Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi  menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya terlibat dalam merampas tapak papan iklan DAP dan menaikkan poster kempennya di Sekinchan.

Menurut Budiman, gambar yang terdapat pada papan iklan itu sebenarnya bukan merupakan prosedur operasi standard (SOP) beliau selama ini.

"Saya tak berpakaian baju melayu di kawasan majoritinya cina dan pakaian kot bukanlah SOP dari pasukan saya.

"Saya budak kampung dan saya cuma memakai pakaian biasa," katanya ketika sidang media khas yang berlangsung hari ini.

Dalam pada itu, Budiman yang juga Adun Sungai Panjang memaklumkan bahawa dakwaan tersebut adalah taktik bagi memburukkan imej beliau memandangkan pihak berkenaan tidak mempunyai modal serta sengaja menggugat sokongan rakyat terhadap BN.

Beliau berkata, papan iklan berkenaan tidak sewajarnya dipasang memandangkan iklim politik di Sungai Besar adalah berlainan.

"Berilah rakyat di Sungai Besar memilih dengan tenang tanpa ada provokasi yang melampau," katanya.

Tambah Budiman, pihaknya kini dalam perbincangan dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan berhubung isu tersebut.

Sebelum itu, Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim menuduh BN mencuri tapak billboard yang dimiliki oleh mereka di sekitar Sekinchan.


Azhar bukan boneka DAP

Posted: 09 Jun 2016 06:50 PM PDT


PRK Sungai Besar
PRK Sungai Besar
 
 
SHAH ALAM - Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Tahir menyangkal dakwaan bahawa calon Amanah di PRK Sungai Besar, Azhar Abdul Shukor sebagai boneka DAP.

"Hanya kerana beliau berkempen di kawasan majoriti Cina dengan pemimpin DAP, dikatakan sebagai boneka DAP. Ini dakwaan bersifat perkauman dan rasis. Sampai bila perkara ini perlu dipermainkan setiap kali pilihan raya?," soalnya.

Menurutnya, tuduhan terbabit tidak berasas sama sekali memandangkan kempen bersemuka yang dilakukan calon di majoriti di kawasan Cina.

"Fikirlah logik, jangan sesekali mudah membuat tuduhan melulu.

"Sudah tentu apabila beliau berkempen, soal bahasa menjadi kekangan dalam mendekati pengundi terutama pengundi Cina.

"Jangan kerana berkempen di kawasan Cina bersama-sama dengan pemimpin DAP dikatakan boneka DAP, hujah ini terlalu enteng," ujarnya mengulas laporan media terhadap kempen yang dilakukan calon Amanah bersama pemimpin DAP yang dilihat sebagai boneka DAP.

Dalam pada itu, Anuar memberitahu sokongan pengundi terhadap Amanah tidak terjejas sama sekali apabila dikaitkan dengan isu papan tanda perkauman yang dipasang oleh DAP.

"Soal itu sama sekali tidak menjejaskan sokongan terhadap Amanah, malah sokongan terhadap kami semakin bertambah," katanya.


Tiada ulasan: