Sabtu, 25 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


'Saya takkan melutut'

Posted: 25 Jun 2016 09:00 AM PDT

  Selepas kira-kira 24 jam dipecat Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berikrar tidak akan hidup melutut kerana bukan prinsipnya tunduk bersekongkol dengan perbuatana jahat pemimpin perosak bangsa dan negara.

 Menegaskan bahawa "obor perjuangan dalam jiwa" beliau akan terus menyala bekas timbalan perdana menteri itu menegaskan beliau tidak akan merayu terhadap keputusan Majis Tertinggi Umno (MT) semalam.

 Muhyiddin juga menyeru "bangsa Melayu" supaya bangkit memperjuangkan integriti supaya tidak diperkotak-katikkan oleh pemimpin rasuah dan tamak

"Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

 "Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan perdana menteri," katanya.

 Begitu juga, kata Muhyiddin, nasib yang menimba Mukhriz dan Mohd Shafie.

 "Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur perdana menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal," katanya.

 Umno yang ada kini, kata Muhyiddin, berubah menjadi sebuah parti hanya dikuasai seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya. Baca lagi di sini

Kafir Harbi dan Mufti Pahang

Posted: 25 Jun 2016 04:00 AM PDT

1. Mufti Pahang dinasihatkan bercermat dalam mengkategorikan orang bukan Islam dalam negara ini sebagai Kafir Harbi atas dasar mereka menentang Islam. Kenyataan umum demikian amat merbahaya dalam konteks pembinaan negara bangsa yang terdiri dari berbagai agama di Malaysia, apatah lagi diisyaratkan kepada parti politik tertentu. 

 2. Apakah yang didefinisikan sebagai alasan 'menentang Islam' sebelum Kafir Harbi dikategorikan? Apakah Sohibus Samahah Mufti Pahang mengandaikan memberi pandangan dalam konteks demokrasi dalam soal perundangan negara dan perlembagaan negara dalam hal pentadbiran Islam itu menentang Islam? 

 3. Mufti Pahang nampaknya keliru antara mengkritik isu pentadbiran Islam dengan menentang Islam, ia adalah dua perkara yang berbeza, malah kedudukan beliau sebagai mufti juga ditentukan oleh perundangan negara yang boleh dikritik dan dipertikaikan dari segi pentadbiran. Apakah Mufti menganggap dirinya yang ditentukan oleh pentadbiran sebagai 'suci' tidak boleh dikritik? 

 4. Mufti Pahang juga ketinggalan dalam fatwa terkini yang diterimapakai oleh dunia Islam bahawa pengkategorian hubungan Muslim dan bukan-Muslim dalam konteks kenegaraan atau Muwathanah ditentukan oleh prinsip kewarganegaraan atau kerakyatan yang diikat dengan undang-undang negara dalam memberi hak dan keadilan kepada semua warganya. Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hak mendapat keadilan undang-undang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, keturunan, bangsa dan tempat lahir. 

 5. Dr Yusof Qaradhawi dalam bukunya Al Jihad dan lain-lain ulamak berwibawa menjelaskan bahawa tiada sebab wujudnya Kafir Harbi dan Kafir Zimmi kerana hubungan antara negara dan dalam negara ditentukan oleh kedaulatan undang-undang negara masing-masing dan terikat di bawah piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Kafir Harbi dan Zimmi hanya wujud atas sebab dunia dibahagikan atas geo-politik masa itu antara Darul Harb dan Darul Islam. Tiada Darul Islam atau Darul Harb hari ini dalam konteks hubungan resmi antara negara mahupun dalam negara. 

 6. Implikasi Kafir Harbi ialah dihalalkan darah mereka dan semua harta dan barangannya dirampas dan mereka boleh dihalau keluar. Apakah Mufti sedar kenyataannya itu? Melainkan IS dan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Taliban, seluruh dunia Islam menafikan pengkategorian Harbi atau Zimmi ke atas bukan Islam dalam negara masing-masing dan digantikan atas pendekatan prinsip kerakyatan. Apakah Mufti Pahang mempunyai pandangan yang sama dengan IS? 

 7. Saya menuntut Mufti Pahang menarik balik kenyataan Kafir Harbi dalam konteks negara Malaysia yang menerima pakai pendekatan Fiqh Muwathonah (kefahaman kerakyatan) sebagai asas hubungan berbagai agama di negara ini. Kenyataan Sohibus Samahah menggalakkan kebencian antara kaum dan amat bahaya kepada integrasi nasional yang dipupuk selama ini. Lebih membimbangkan ialah kerangka pemikiran sempit Mufti boleh membawa kepada menularnya fahaman ekstrimisma di kalangan umat Islam sedangkan beliau adalah penjawat awam negeri. 

 8. Saya menasihati Mufti Pahang mengemaskini bacaannya tentang konsep kepelbagaian dalam Islam dan hubungan Muslim dan Non Muslim dalam konsep kerakyatan yang telah dibentangkan dalam seminar NUNJI 15 (Nadwah Ulamak Lil Nahdhah Jadidah) oleh Parti Amanah Negara. Malah saya berbesar hati mengundang beliau untuk membentang konsep Kafir Harbi dalam perspektif negara agar orang ramai lebih mudah melusuri pemikiran Sohibus Samahah dalam menjalankan tugasnya sebagai Mufti Negeri yang tertakluk kepada pentadbiran agama Islam negeri.

 Sekian semoga Mufti Pahang menarik balik dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berbagai kaum di negara ini atas keterlanjuran kenyataannya tentang Kafir Harbi tanpa disiplin ilmu waqie (realiti) yang termaktub dalam kerangka negara bangsa Malaysia hari ini.

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa 
Naib Presiden Parti Amanah Negara 
Ahli Parlimen Malaysia 
24 Julai 2016.

Bukan PAS jer Parti Islam..

Posted: 25 Jun 2016 01:00 AM PDT

Ada orang buat sketsa samakan PAS dgn agama dalam Kes BIMB, Jadi Aku buat Sketsa yg sama..

 Haji Hadi :  Kenapa mu keluar duit mu dari BIMB?

Murid Hj Hadi :  Ha'ahh.. Simpan bank lain..

Haji Hadi: Mu Sokong Bank Kapir ker? Kamu Tahu dok Bank Islam ni Bank bebas riba amal Islam.. yg ikut Quran dan Sunnah..ni mu letak Duit mu dalam Bank Hong Leong ker?

Murid Hj Hadi: Abih ingat BIMB jer Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Arajhi Bank pun Bank Islam.. Depa pun takde Riba, ikut Quran dan Sunnah.. Dividen depa pun tinggi.. Ingat kalau bank takde nama Islam tak Islam ker?

Haji Hadi: Keluar duit mu pasai apa? BIMB tak Islam ke?

Murid Haji Hadi: Bukan masalah nama dan dasar dia Islam..  Tapi layanan mu, pegawai mu lagi teruk dari Bank Kapir.. dok Maki pelanggan.. dok Main perkauman.. nama jer Islam..

Haji Hadi: arrr... arrkkk..

Murid Haji Hadi:  aaaarrr apa? Macam tu jugak parti Amanah, Bukan PAS jer Parti Islam..Amanah pun parti Islam walaupun nama dia bukan Islam... Depa pun ikut Quran dan Sunnah.. Bank Islam bukan agama..!

Haji Hadi: Bank tu semua Barua Broker, Kapir..Tolol..Barua..

Murid Haji Hadi: kan dah kata..last2 keluar jugak maki hamun dia..

 ha ha ha ha ha...... ~Ipoh Mali

Catitan :  Saya percaya Ipoh Mali ni merujuk kepada sketsa sahabat dari parti lama saya, Ismad Shahril yang samakan PAS dgn agama dalam Kes BIMB seperti berikut ini :


Kafir Harbi : Kenapa Polis tidak ambil tindakan?

Posted: 24 Jun 2016 06:59 PM PDT


 Mengapakah sehingga kini pihak PDRM tidak memanggil Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman untuk disoal siasat mengenai kenyataannya yang sangat tidak bertanggungjawab dan boleh membawa kepada keganasan?

 Kenyataan mufti tersebut bahawa bekerjasama dengan DAP, "kafir harbi" dan orang-orang kafir yang lain adalah "dosa besar" boleh mengundang keganasan kerana membayangkan bahawa darah orang DAP dan mereka yang bekerjasama dengan DAP adalah halal atau boleh dibunuh.

  Kenyataan beliau lebih bersifat politik daripada agama. Inilah masalahnya apabila ulama mengelirukan diri mereka dan menyeberangi garis politik dengan menggunakan agama.

  Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Haron Din mengeluarkan kenyataan bahawa  DAP adalah musuh Islam.

  Haron Din menuduh Tun Dr. Mahathir Moha­mad telah menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

"Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga. Baca di sini

  Mufti Pahang pula jadi batu api, cakap "DAP Kafir Harbi"!  Tidakkah ini akan membawa kepada pemikiran yang merumuskan - Bersahabat dengan DAP maka akan jadilah seperti mereka iaitu kafir harbi, yakni halal darahnya, boleh dibunuh??

 Sebelum ini, Presiden Pas, Hj Hadi juga mengeluarkan kenyataan yang juga boleh mengancam keselamatan orang ramai, terutamanya mereka yang telah keluar dari parti Pas.

 "Orang yg khianat dgn perjuangan tak ada pilihan; samada dia balik, atau dia dihapuskan; dia bertaubat!" Katanya . Lihat rakaman VDOnya di sini 

Tidakkah kenyataan-kenyataan mereka ini boleh dianggap sebagai menghasut atau mengancam? 

 Mereka merangsang kepada 'pembunuhan dan pertumpahan darah yang berleluasa. Ini adalah satu ancaman kepada keselamatan orang ramai.

 Abdul Rahman, Haron Din, Haji Hadi perlu bersedia untuk bertanggungjawab jika belaku sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa pemimpin DAP dan juga mereka yang bekerjasama dengan DAP, berikutan kenyataan mereka itu.

  Dan juga termasuk PDRM, kerana enggan bertindak keatas mereka itu.

 Adalah suatu yang melucukan apabila pihak polis begitu cepat mengambil tindakan ke atas Rafizi Ramli kerana dalam satu ceramahnya di Kuala Kangsar ketika kempen PRK lalu dipetik berkata "mahu membaling bom atom" kepada perdana menteri.

"Kami akan memanggil Rafizi untuk mengambil keterangannya dalam tempoh terdekat. Walaupun dia kata bergurau, tetapi ini adalah satu ugutan," kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi.

  Adakah kenyataan  mereka semua itu bukan menggugat keselamatan orang ramai?

Tiada ulasan: