Sabtu, 25 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Muhyiddin: Selamat tinggal Umno...

Posted: 25 Jun 2016 04:24 PM PDT

Muhyiddin Yassin


Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam Umno, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti.

Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan perdana menteri.

Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur perdana menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal.

Saya berasa kecewa kerana Umno yang ada pada hari ini bukan lagi Umno yang sebenar.

Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya.

Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Berakhirlah sejarah panjang

Mereka yang menguasai Umno boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam Umno.

Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana Umno telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya.

Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati Umno. Saya hanya menentang pemimpin Umno yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah Taala. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Umno dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini.

Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Semoga tabah, sabar

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. Insya-Allah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk.

Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah Taala terhadap saya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya.

Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah Taala berfirman dalam Surah at-Taghabun ayat 11 yang bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar), dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu."

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli Umno sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal Umno.

Kepada Allah saya berserah.


Dr M: Rasuah tak pernah sedahsyat ini

Posted: 25 Jun 2016 04:22 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui wujud amalan rasuah ketika beliau menjadi perdana menteri namun apa yang berlaku kini jauh lebih buruk.

Dalam temu bual beliau dengan stesen televisyen Al Jazeera, Dr Mahathir berkata rasuah berlaku di semua negara namun tahap amalan itu yang menentukan sama ada ia buruk atau terkawal.

"Saya mengaku ketika masa saya ada amalan rasuah, tetapi tidak sehebat pembabitan Najib yang membabitkan berbilion-bilion, puluhan bilion ringgit.

"Ia tidak pernah dilakukan atau didengari di negara ini," katanya kepada hos program UpFront, Mehdi Hasan.

Temu bual itu disiarkan stesen televisten berkenaan semalam dan turut dipaparkan di laman sesawang Al Jazeera.

Sebelum itu Mehdi menyoal Dr Mahathir mengenai amalan rasuah ketika beliau mengetuai kerajaan Malaysia selama kira-kira 22 tahun.

Dr Mahathir juga ditanya mengenai kempennya untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam temu bual itu Dr Mahathir turut mempertahankan rekod perkhidmatannya.

Kata perdana menteri keempat Malaysia itu jika beliau tokoh yang korup tidak mungkin negara mencapai kemakmuran.

"Sebuah negara yang korup tidak boleh maju.

"Pada era saya negara menunjukkan kejayaan. Ia begitu makmur dan rakyat gembira menyokong kerajaan - kerajaan saya - dan setiap pilihan raya selama lima kali saya memenanginya dengan majoriti dua per tiga," katanya.

Kini katanya beliau tidak lagi memegang kuasa.

Jika tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya benar, beliau tentu dihadapkan ke mahkamah.

Beliau juga mempertahankan kempennya menyingkirkan Najib dengan alasan perdana menteri kini menutup saluran demokrasi untuk terus berkuasa.

Jenazah Prof Izzi selamat dikebumikan di sebelah pusara ibu bapanya

Posted: 25 Jun 2016 04:14 PM PDT

BERNAMA
 
 
Prof Izzi dikebumi di pusara ibu bapanyaProf Izzi dikebumi di pusara ibu bapanya


Jenazah pakar motivasi, Profesor Madya Md. Izuddin Ali atau lebih dikenali dengan Prof. Izzi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu di sini, pagi tadi.

Jenazah Prof Izzi dikebumikan bersebelahan pusara ibu bapanya, Ali Ismail dan Maimon Abdul Rahman serta adik perempuannya, Zainon, pada 9 pagi.

Kira-kira 200 ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan dan penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir.

Tapau makanan?

Posted: 25 Jun 2016 04:12 PM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Iklan TM yang jadi perhatianIklan TM yang jadi perhatian


Apabila melihat seseorang itu membungkus makanan atau selalu disebut tapau dalam sesuatu majlis, pasti ada antara kita yang memandang serong perbuatan tersebut dan menganggap ia suatu perbuatan tidak sopan dan menganggap individu yang membungkus makanan itu "buruk lantak".

Hakikatnya, bukan semua orang yang suka membungkus makanan untuk dibawa balik itu "buruk lantak". Tak percaya?

Video Iklan TM Hari raya 2016- rezeki yang dikongsi lebih diberkati- berdurasi 3 minit memaparkan kisah Sofea, gadis kecil molek yang gemar membungkus makanan di majlis berbuka puasa atau Buffet Ramadan.

Sofea sentiasa menyediakan bekas makanan atau mangkuk tingkat khas untuk membungkus makanan yang berlebihan malah tidak segan silu bertanya jika ada makanan yang lebih untuk dibungkus sehingga diumpat oleh rakan-rakan sepejabatya.

Sofea, gadis yang selalu berbaju kurung dan ayu bertudung sering dituduh sebagai tidak malu dan kuat makan dek perbuatannya itu.

Namun Sofea langsung tidak kisah dengan pandangan serong rakan-rakannya itu.

Tiada siapa pun tahu sebab sebenar Sofea sering membungkus makanan.

Sehinggalah suatu hari, ketuanya ternampak Sofea sedang membagikan makanan yang bersusun di atas meja kepada sekumpulan orang yang beratur.

"Oh, siang kerja, malam berniaga," kata ketuanya kepada isterinya.

"Eh, itu semua kan orang susah," balas isterinya.

Sofea juga selalu berbuka puasa dengan gelandangan yang menerima makanan darinya.

Rupa-rupanya Sofea selalu membungkus makanan untuk diberikan kepada orang susah, bukan untuk dirinya sendiri.

Sofea tidak mahu makanan yang berlebihan itu dibuang begitu sahaja sedangkan masih ramai orang yang tidak mampu untuk membeli makanan apatah lagi merasa makanan yang sedap-sedap seperti yang disediakan semasa Buffet Ramadan.

Selepas ketua Sofea mengetahui hal yang sebenar, beliau turut membekalkan makanan dalam mangkuk tingkat kepada Sofea untuk diberiakn kepada orang susah.

Rakan-rakan sepejabatnya yang sebelum ini sering mengumpat Sofea juga melakukan hal sama sehingga penuh meja Sofea dengan mangkuk tingkat berisi makanan untuk orang susah.

Iklan yang sangat menyentuh hati ini kini menjadi viral di media sosial dan semoga lebih ramai yang prihatin selepas menonton iklan ini.

Semoga iklan ini mampu mengubah cara kita berfikir dan tindakan kita.

Semoga tidak ada lagi pembaziran pada bulan Ramadan dan kita lebih peka dengan nasib mereka yang memerlukan.

Syabas kepada TM atas idea menerbitkan iklan yang sarat mesej kemanusiaan ini.

Muhyidin kecewa, sifatkan Umno kini bukan lagi Umno yang sebenar

Posted: 25 Jun 2016 04:04 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Badai landa UmnoBadai landa Umno


Bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin yang di pecat parti itu semalam berkata beliau kecewa kerana selepas empat dekad berkorban akhirnya berlaku tragedi pemecatannya.

"Saya berasa kecewa kerana Umno yang ada pada hari ini bukan lagi Umno yang sebenar.

"Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya.

"Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal.

"Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka yang menguasai Umno kata beliau boleh melakukan apa sahaja terhadapnya, namun beliau tidak rela hidup melutut.

"Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara," katanya,

Berikut adalah kenyataan penuh beliau,

Kenyataan YB Tan Sri Dato' Hj. Muhyidin Hj Mohd Yassin

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam Umno, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal.

Saya berasa kecewa kerana Umno yang ada pada hari ini bukan lagi Umno yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai Umno boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam Umno. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana Umno telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati Umno. Saya hanya menentang pemimpin Umno yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Umno dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli Umno sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal Umno.

Kepada Allah saya berserah.

Tan Sri Muhyidin Yassin



60 pekerja kilang pembuat Roti High 5 di Shah Alam dihentikan kerja

Posted: 25 Jun 2016 03:48 PM PDT

 
Selain menerima notis pemberhentian kerja 24 jam, mereka hanya menerima setengah bulan gaji pada bulan ini.


high5_workers

SHAH ALAM: Sebilangan pekerja Melayu syarikat pembuat roti, High 5 Consolidated Berhad di sini hilang arah selepas tiba-tiba diberhentikan kerja.

Ketua Cawangannya, Mohd Rosnizam Abu Said mempersoal nasib pekerja Melayu yang bakal menghadapi Hari Raya Aidilfitri selepas diberhentikan kerja secara tiba-tiba selain hanya diberi gaji setengah bulan pada bulan ini.

"Macam mana pekerja Melayu nak hadapi raya dengan setengah bulan gaji? Ini satu perkara yang betul-betul mengecewakan.

"Pihak pengurusan bersifat lepas tangan," katanya dalam sidang media yang turut disertai pekerja syarikat terbabit di hadapan ibu pejabat syarikat pembuat roti High-5.

Menerangkan secara lanjut, Rosnizam berkata pada 22 Jun lalu beliau dan 59 orang yang lain telah diberitahu dan diberi notis pemberhentian kerja 24 jam oleh pihak syarikat.

"Hari Khamis bila kami datang, tiada kerja dan diminta menerima surat notis berhenti 24 jam. Ini umpama satu penipuan oleh pihak syarikat," luahnya.

Lebih buruk apabila beliau menuntut terdapat juga pekerja yang tidak dibayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama lapan hingga 12 bulan.

"Bayaran KWSP sebilangan pekerja tertunggak sehingga lapan ke 12 bulan. Kami banyak ditipu dan diperdaya oleh syarikat. Kami minta keadilan untuk pekerja syarikat ini," katanya.

Tambahnya, situasi ini dihadapi semua pekerja High 5 di semua 12 cawangan syarikat itu seluruh negara.

Terdapat kira-kira seribu pekerja High 5 di seluruh negara, katanya.

Sehubungan itu, pihaknya juga akan mengadukan perkara terbabit di Pejabat Buruh pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan meminta campurtangan Kementerian Sumber Manusia berhubung isu ini.

"Apabila kilang ditutup, semua aset akan dicairkan untuk membayar kepada penghutang.

"Dalam hal ini, pekerja yang akan ditipu. Jadi kami minta pihak kementerian libatkan diri," tegasnya.

Vaksin halal, tiada DNA babi- Hilmi

Posted: 25 Jun 2016 03:43 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Vaksin perlu menjadi satu kemestian untuk semua orang kerana ia menghalang individu daripada mendapat penyakit berjangkit yang mengancam nyawa.


Hilmi Yahaya


BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung fatwa penggunaan vaksin.

Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata: "Saya mahu memberi jaminan semua vaksin adalah halal dan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

"Vaksin perlu menjadi satu kemestian untuk semua orang kerana ia menghalang individu daripada mendapat penyakit berjangkit yang mengancam nyawa," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan Aidilfitri kepada 800 penerima di SMK Seri Balik Pulau di sini hari ini.

Beliau berkata ramai ibu bapa mendapat maklumat yang salah daripada internet berhubung vaksin yang menyatakan ia tidak halal ekoran khabar angin yang mendakwa ia mengandungi DNA haiwan itu.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa agar tidak mempercayai 'Dr Google' membuta tuli, sebaliknya mendapatkan nasihat pakar mengenai vaksinasi.

Dr Hilmi berkata bilangan ibu bapa muda yang enggan anak mereka divaksin semakin meningkat kerana mereka lebih mempercayai 'Dr Google' – walaupun mereka tidak mengetahui apa yang mereka baca.

"Bilangan pasangan muda yang enggan anak mereka mendapat vaksin semakin meningkat setiap tahun dan ini adalah satu tindakan jenayah terhadap kanak-kanak," katanya.

Dr Hilmi berkata KKM menyokong usaha untuk menghalang pendaftaran prasekolah kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi vaksin.

Beliau berkata vaksin hanya dilakukan sekali seumur hidup dan suntikan itu adalah percuma di bawah kementerian itu.

Baru-baru ini dua kanak-kanak dari Melaka dan Kedah meninggal dunia disebabkan komplikasi jangkitan akibat kegagalan menerima imunisasi difteria, penyakit disebabkan bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan boleh dielak menerusi vaksin.-BERNAMA

GKCM bayang kemungkinan wujud parti baru

Posted: 25 Jun 2016 06:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


Menganggap 'penghinaan' terhadap beberapa tokoh Umno oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai "tidak dapat diterima lagi", Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) membayangkan kemungkinan bakal wujud parti baru di negara ini.

Menamakan kumpulan penentang Najib itu sebagai 3M (Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Ketua GKCM Kamarul Azman Habibur Rahman mempertikaikan tanggapan mereka tidak lagi berpengaruh.

"Benarkah 3M ini tidak ada pengaruh? Bagaimana jika mereka menubuhkan sebuah parti baru?

"GKCM akan mula bertindak. Umno akan dilanda badai ketidakpercayaan yang amat dasyat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

GKCM adalah gabungan pemimpin Umno peringkat bawahan yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Kenyataan GKCM itu dibuat selepas Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memecat Muhyiddin dan Mukhriz, serta menggantung keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dari Umno.

Muhyiddin adalah bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, manakala Mohd Shafie adalah naib presiden parti. Mukhriz pula bekas menteri besar Kedah.

Ketiga-tiga mereka - bersama Dr Mahathir - adalah antara pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Najib.

Dr Mahathir sendiri terlibat menggerakkan kempen Deklarasi Rakyat bersama beberapa parti pembangkang bertujuan mendesak Najib berundur daripada jawatannya sebagai perdana menteri.

Kata Kamarul Azman pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan keahlian Mohd Shafie sebenarnya akan melahirkan banyak persoalan.

Persoalan utama, katanya, ialah tentang integriti Najib.

Beliau mendakwa bahawa Najib kini menjadi 'orang nombor satu paling dibenci di negara ini' tetapi beliau tidak mahu menerima hakikat itu.

Manakala pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan Mohd Shafie, tambah Kamarul, akan mempunyai tempias negatif terhadap MT.

Justeru katanya Najib dan MT Umno perlu mengambil iktibar daripada revolusi rakyat Filipina yang berjaya menggulingkan Fredinand Marcos pada 22 hingga 25 Februari 1986.


PERKASA anggap mufti Pahang keterlaluan

Posted: 25 Jun 2016 06:04 AM PDT

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berpendapat, kenyataan dikeluarkan mufti Pahang yang mendakwa DAP sebagai kafir harbi sebagai keterlaluan.

Sehubungan itu, Ibrahim meminta supaya Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman membetulkan kenyataannya itu walaupun tidak bersetuju dengan DAP.

Ini kerana, beliau berpendapat kenyataan itu boleh mendatangkan kekeliruan terhadap orang bukan Islam terhadap agama Islam.

"PERKASA berpendapat kenyataan mufti Pahang mengenai DAP sebagai kaum kafir harbi agak keterlalyan. PERKASA memang tak bersetuju dengan politik DAP sejak dulu lagi. Ini bukan perkara baru, kita tau pasal DAP.

"Walau kita berbeza dengan DAP, tetapi isu yang dibawa mufti Pahang boleh memberi salah tafsir orang bukan Islam terhadap Islam.

"Jadi elok mufti Pahang memperbetulkan. Dia boleh menyatakan tidak bersetuju, boleh mengecam DAP, tetapi tidak boleh secara spesifik menuduh yang boleh mengelirukan pandangan orang ramai terhadap Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.

Muhyiddin: Selamat tinggal Umno...

Posted: 25 Jun 2016 06:02 AM PDT

Muhyiddin Yassin 


Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam Umno, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti.

Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan perdana menteri.

Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur perdana menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal.

Saya berasa kecewa kerana Umno yang ada pada hari ini bukan lagi Umno yang sebenar.

Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya.

Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Berakhirlah sejarah panjang

Mereka yang menguasai Umno boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam Umno.

Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana Umno telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya.

Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati Umno. Saya hanya menentang pemimpin Umno yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah Taala. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Umno dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini.

Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Semoga tabah, sabar

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. Insya-Allah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk.

Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah Taala terhadap saya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya.

Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah Taala berfirman dalam Surah at-Taghabun ayat 11 yang bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar), dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu."

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli Umno sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal Umno.

Kepada Allah saya berserah.


MCA, MIC hormati keputusan Umno pecat Muhyiddin-Mukhriz, gantung Shafie

Posted: 25 Jun 2016 05:57 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti komponen Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan majlis Tertinggi (MT) Umno yang bertindak memecat dua pemimpinnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
Bendahari MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata keputusan sebulat suara oleh Umno itu diterima pihaknya tanpa bantahan.
 
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan bahawa keputusan ini adalah keputusan sebulat suara oleh Majlis tertinggi (MT) tanpa sebarang bantahan. 
 
"Ini bermakna ianya adalah keputusan sebulat suara kepimpinan Umno dan bukan mana-mana individu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
MT Umno pada semalam mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz selepas kedua-dua mereka dibuktikan melanggar disiplin parti apabila mengeluarkan kenyataan yang menyerang dan memalukan parti dan pimpinan tertingginya.
 
Pemecatan bekas timbalan presiden Umno dan bekas Menteri Besar Kedah itu berkuatkuasa serta merta.
 
MT Umno juga mengumumkan penggantungan keahlian naib presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal. Nasib Shafie akan diketahui selepas Jawatankuasa Disiplin Umno selesai membuat siasatan.
 
Selain MIC, MCA menerusi Ketua Pemudanya, Chong Sin Woon juga mengambil pendirian yang sama.
 
"Ini adalah masalah dalaman Umno. Sebagai parti komponen BN, kita tidak akan mencampuri urusan dalaman mana-mana parti. Apa yang saya harapkan Umno kekal kuat dan bersatu untuk mengharungi cabaran," katanya kepada Antarapos.
 
Muhyiddin dan Mukhriz dilihat 'mesra' pembangkang apabila kerap sepentas dalam menggerakkan Deklarasi Rakyat yang dipimpin bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini lantang mengkritik Najib berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dan RM2.6 bilion, meskipun kedua-dua isu itu dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM).
 
 

Mayat atas sofa

Posted: 25 Jun 2016 05:55 AM PDT


Mayat atas sofa
Mayat mangsa ditemui terlentang di kerusi sofa kediamannya di Kampung Tengah.


SABAK BERNAM – Seorang jiran yang ingin ke rumah seorang warga emas tergamam apabila menemui mayat wanita itu di ruang tamu rumahnya di Kampung Tengah, di sini, semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Fauziah Enten, 72, yang tinggal bersendirian di rumah itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan terlentang di sofa berhampiran pintu depan rumah terbabit.

Saudara mangsa, Abd Aziz Ahmad, 45, berkata, kejadian disedari apabila anak perempuan mangsa menghubungi seorang jirannya yang memaklumkan ibunya itu tidak dapat dihubungi sejak beberapa hari lalu.
"Jiran ke rumah arwah dan sebaik pintu ditolak dia terkejut bila nampak mayat wanita itu terbujur kaku.

"Dalam keadaan panik itu, dia terus ke rumah ibu saya dan maklumkan makcik (mangsa) dah meninggal dunia atas sofa," katanya kepada Sinar Harian.

Abd Aziz secara kebetulan berada di rumah ibunya yang berhampiran rumah mangsa berkata, wanita itu tinggal bersendirian selepas kematian suaminya lebih tiga tahun lalu.

"Arwah hanya mempunyai seorang anak perempuan yang tinggal di Taiping, Perak. Kebetulan anaknya cuba telefon dia, tapi tidak berjawab menyebabkannya risau tentang keadaan ibunya di kampung," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Baharu, Aisah Mahidin berkata, dia dimaklumkan tentang penemuan mayat itu oleh rakan sejawatannya di kampung berkenaan.

Menurutnya, mangsa adalah seorang veteran Umno yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Umno Bahagian Sabak Bernam.

"Arwah tak lagi aktif dalam politik kerana keuzurannya. Kami pernah beberapa kali ziarah arwah dan saya sendiri secara peribadi sering ke rumahnya untuk bertanya khabar," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, hasil ujian awal Pasukan Unit Forensik mendapati, tiada unsur-unsur mencurigakan berkaitan jenayah terhadap mangsa.

"Kita dapati, tiada kesan geledah di rumah yang dihuni mangsa, malah barang kemas seperti rantai dan anting-anting masih berada pada anggota badan mangsa," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita berkenaan telah meninggal dunia lebih lima hari lalu.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk dibedah siasat dan ketika ini kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya.


Umno Pagoh tolak keputusan MT Umno

Posted: 25 Jun 2016 05:48 AM PDT

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian


MUAR - Umno bahagian Pagoh hari ini sepakat menolak keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang  memecat Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno berkuat-kuasa semalam.

Ketua Penerangannya, Hairul Izam Abd Samat berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya mengkaji dan meneliti beberapa perkara.

"Kami menolak keputusan ini kerana pemecatan tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti Fasal 20 Disiplin.

"MT dan Perlembagaan Umno disalah guna oleh Presiden dengan mengenepikan amalan demokrasi dalam parti di mana Tan Sri Muhyiddin tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak daripada awal penggantungan beliau.

"Selain itu, pemilihan Tan Sri Muhyiddin dalam jawatan berkenaan sebelum ini dibuat berdasarkan sokongan daripada ahli parti seluruh negara. Jadi kami sebagai ahli berasa dikhianati dengan keputusan MT," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Bahagian Pagoh sebentar tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno Johor akur keputusan pecat Muhyiddin]

Menurutnya, tindakan Muhyiddin yang sebelum ini menegur Presiden adalah bertujuan memperkukuhkan parti yang bukan digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Segala kenyataan Tan Sri Muhyiddin berhubung salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh presiden adalah berdasarkan daripada laporan berintegriti daripada agensi kerajaan.

"Maka, tindakan MT memecat Tan Sri Muhyiddin telah menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada ahli Umno Bahagian Pagoh serta merosakkan perpaduan dan keutuhan parti," katanya.



GKCM dakwa Umno bakal dimuziumkan

Posted: 25 Jun 2016 05:45 AM PDT


GKCM wujud bagi perbetulkan perjalanan Umno
Kamarulazman Habibur Rahman 
 
 
SHAH ALAM – Tanggal 24 Jun bakal menyaksikan titik hitam dalam sejarah Umno di mana pastinya parti itu akan terkubur dan dimuziumkan selepas ini, dakwa Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman.
  Menyifatkan pemecatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai tindakan paling ganjil dalam Umno, beliau berkata, Umno bakal berdepan dengan tragedi paling buruk pernah berlaku dalam parti itu.

"Ini merupakan pemecatan paling ganjil dalam Umno, malahan pada mana-mana parti politik dalam peradaban manusia di dunia ini.

"Belum pernah berlaku dimana yang dipecat digantung keahlian adalah mereka yang bersuara tentang salahlaku pemimpin dan bukannya terhadap pemimpin yang melakukan salahlaku. Ini merupakan satu perkara yang akan ditertawakan oleh seluruh dunia," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan]

Katanya lagi, pimpinan Umno sepatutnya sedar pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan keahlian Datuk Seri Shafie Apdal akan melahirkan banyak persoalan.

Ujarnya lagi, rakyat secara jelas akan melahirkan banyak persoalan terhadap integriti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno.

"Pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan Shafie akan mempunyai tempias negatif terhadap Majlis Tertinggi Umno.

"Majoriti rakyat memandang kemenangan BN dalam pilihan raya kecil itu sebagai sesuatu yang mengecewakan mereka. Justeru mereka menanti PRU 14 dengan tidak sabar untuk mengajar BN. Amarah ini akan menjadi seperti gunung berapi yang menanti saat untuk memuntahkaan laharnya," katanya lagi.


Saya terima pemecatan tapi berjanji terus perjuang nilai moral dan integriti - Muhyiddin

Posted: 25 Jun 2016 03:25 AM PDT

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pemecatannya daripada parti itu, namun berjanji akan terus memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti.
 
"Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Umno dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini.
 
"Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala," tulis Muhyiddin di laman Facebooknya, petang ini.
 
Muhyiddin berkata beliau tidak akan membuat rayuan meskipun mendakwa keputusan menggantung jawatannya sehingga ke pemecatannya tidak berlandaskan Perlembagaan parti.
 
"Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati Umno.
 
"Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya," ujarnya.
 
Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat mengumumkan keputusan memecat Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. 
 
Selain dua tokoh politik itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal juga digantung keahliannya daripada parti. 
 
Ketiga-tiga hukuman itu berkuatkuasa serta merta.
 
Muhyiddin, Muhkriz dan Shafie didapati bersalah selepas mengkritik Umno dan pimpinan tertingginya secara terbuka.
 
Malah mereka mempersoalkan kemelut isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion walhal perkara tersebut dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
 

Polimek mengenai zakat malukan Islam

Posted: 25 Jun 2016 03:22 AM PDT

MSO


Akhir-akhir timbul polimek mengenai cara dan bentuk pembayaran zakat. Persoalan tegang kini apakah zakat hanya boleh dibayar menerusi institusi tertentu sahaja (milik pemerintah) dan tidak boleh langsung diagihkan kepada penerima (asnaf) yang ditetapkan?


Hasanuddin Mohd Yunus
Kenapa dikatakan polimek ini tegang kerana ada kenyataan-kenyataan beramaran daripada beberapa orang bertanggungjawab terhadap institusi itu melarang keras agar tidak mengeluarkan zakat tanpa melalui institusi atau badan-badan khasnya.

Dipetik dua kenyataan yang agak keras itu, pertama oleh Pengerusi Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Che Mat Che Ali yang mengatakan berdosa jika bayar zakat kepada fakir miskin tanpa menerusi kerajaan.

Kedua, ialah kenyataan oleh Pengarah JAKIM, Othman Mustapha yang mengatakan, berdosa bayar zakat sendiri tanpa melalui pemerintah.

Dua kenyataan ini dikira sangat tegas dan keras seolah-olah ia menempati mana-mana hukum syarak. Sebaliknya dari sisi lain ia seakan-akan suatu ugutan "di siang bolong" - peringatan bermotif politik. Ia mengelirukan dan menjadi persoalan, menyebabkan orang akan bertanya kenapa kenyataan beramaran ini hanya dikeluarkan kini, tidak sejak lama dahulu. Sepatutnya kalau ia sesuatu yang qati' perlu dijadikan slogan, seperti mana slogan mencegah dadah, Dadah Musuh Nombor Satu Negara, buat papan tanda besar-besar.

Kenapa hari ini? Apakah kerana pusat-pusat pungutan zakat sudah menerima kesan "keengganan" orang ramai menyalur wang pensuci diri dan batin itu maka mereka bingkas membuat "bualan" berunsur agama sebegitu?

Sebenarnya perkara ini tidak perlu, dan kenyataan "di siang bolong" sebegitu tidak dibuat pun kerana ia menjejaskan wibawa umat Islam seluruhnya. Dengan polimek itu menyebabkan orang di luar sana boleh beranggapan umat Islam sedang berebut "ghanimah", menuyebabkan mereka akan teringat kepada kisah dan sejarah di bukit Ramah dalam perang Uhud.

Secara umumnya zakat boleh dan perlu dikeluarkan kepada asnaf yang ditetapkan. Islam sudah menentapkan demikian. Ada lapan asnaf yang digolongkan layak menerima zakat. Namun, ia mungkin menjadi persoalan apabila seperti ada kengkangan daripada pihak tertentu agar zakat disalurkan menerusi mereka? Tindakan menghukum pengeluar zakat selain kepada badan-badan khas itu seakan berlaku keterdesakan kepada badan-badan berkenaan.

Kalau besar jumlah orang ramai tidak lagi menyalurkan zakat mereka menerusi badan-badan berkenaan sehingga pendapatan pusat pungutan berkurangan, apa yang perlu diselidiki ialah mencari sebab musabab kenapa berlaku demikian, bukannya mudah membuat kenyataan dan amaran "di siang bolong". Kenapa mereka tidak mahu menyalur menerusi badan itu. Kedudukan ini perlu dahulu diteliti daripada enak dan mudah menghukum. Orang kita, (golongan agama berpakaian jubah serban ini) mudah sangat melingkungi orang dengan kawat duri dosa.

Persoalan ini yang perlu ditangani terlebih dahulu. Pusat-pusat pungutan zakat dan badan-badan tertentu harus juga mahasabah diri mereka, melihat apakah pengurusan mereka selama ini berjalan betul dan benar atau tidak mengikut kaedah syariah. Mereka tidak boleh berdiri atas nama agama dan Islam sahaja bagi menyakinkan umat tanpa memperkemaskan pengursan mereka sebab pratikal mereka diperhati sama.

Mungkin sikap mereka yang enggan berurusan dengan pusat pungutan itu kerana mereka meragui kepada kridebiliti pusat pungutan. Beberapa kejadian yang menimpa badan-badan itu menyebabkan orang ramai meragui, apakah wang mereka yang dibayar untuk mensucikan batin disalur kepada asnaf yang betul dan digunakan dengan baik. Dalam kata lain sampai ke sisi Tuhan?

Misalnya apa yang berlaku dalam sebuah badan di bawah jagaan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang menggunakan wang orang ramai untuk kepentingan institusi berkenaan atau dibelanjakan untuk keperluan tidak ada sangkut paut dengan kegiatan asalnya, menyebabkan orang ramai jadi ragu dan keliru. Demikian juga laporan mengenai berlaku penyelewengan dan salah guna wang zakat di institusi tertentu, menyebabkan orang curiga dan bimbang.

Saya sendiri pernah ada pengalaman membuat laporan akhbar tahun 80-an dulu macam mana seorang pengurus pungutan zakat telah menyalahgunakan wang untuk membeli saham. Hampir-hampir dicekup pencegah rasuah pegawai berkenaan. Kalau bukan kerana dia mempunyai hubungan baik dengan menteri yang jaga agama ketika itu mungkin pegawai berkenaan meringkuk dalam penjara. Hal-hal seperti itulah menyebabkan orang ramai ragu untuk menyerahkan wang zakat mereka.

Bagi mereda dan mebetulkan persepsi buruk terhadap pusat-pusat atau badan pungutan zakat ini, mungkin pandangan dilontarkan oleh Naib Presiden AMANAH, Hasanuddin Mohd Yunus boleh dijadikan perhatian. Beliau menyatakan kemungkinan institusi pungutan zakat seperti majlis Agama Islam Negeri-Negeri tidak efeksyen dalam urusan mereka, khasnya mengagihkan wang zakat berkenaan.

Memang kalau kita selidiki, ada sesetengah institusi pemungut zakat mempunyai wang yang banyak, beratus juta ringgit, tetapi malang pelaksanaan pengagihannya menyedihkan. Para asnaf yang layak menerimanya terminta-minta hak mereka. Seolah pengaghannya tidak dilakukan secara menyeluruh kerana itu masih ada yang ketinggalan atau ternafi menerima wang itu walaupun mereka termasuk dalam asnaf. Paling menyedihkan ada juga yang menggunakan wang itu (penagihan) sebagai political mileage untuk seseorang.

Paling mendukacitakan asnaf sebenar tidak mendapat wang zakat ini sebaliknya asnaf baharu memperolehinya. Ini berlaku apabila cara dan bentuk pengagihan itu diguna untuk kepentingan politik. Diskriminasi kepada golongan atau individu tertentu berlaku kerana mereka bukan penyokong mana-mana parti politik mendokong pemerintah.

Dalam hal ini Hasanuddin mencadangkan supaya institusi pemungutan dan urus wang zakat itu, ada datanya tersendiri. Badan berkenaan perlu memiliki senarai penerima sepanjang masa dan bukannya terkial-kial mencari penerimaannya saat menjelang raya. Apabila data itu sudah ada senang dan mudahlah pengagihan dilakukan.

Hasanuddin juga mencadangkan agar senarai nama itu termasuk mereka bukan Islam. Tujuannya untuk mendekatkan mereka dengan Islam, memberi kefahaman atas maslahat dakwah. Ini merupakan satu cadangan yang bagus. Kenapa gerakan dakwah Kristian mudah menyentuh perasaan mereka yang lemah imam ialah kerana pendekatan para mubalighnya yang mesra rakyat dan menunjukkan keramahan dan kemurahan hati. Mereka tidak mengasimilasikan orang bukan Kristian dengan penganut agama itu.

Saya percaya kalau apa yang dicadang Naib Presiden Amanah itu diambil perhatian, tidak timbul polimek mengenai zakat ini dan tidak ada hamba yang engan dan abai membayar zakat kepada institusi milik pemerintah sampai kena diugut dengan dosa.

Saya bimbang kalau jumlah pungutan oleh institusi milik pemerintah terus berkurangan menyebabkan akhirnya akan tergubal satu akta untuk tangkap dan penjara mereka yang mengeluarkan zakat tidak melalui badan-badan milik pemerintah itu. Hal ini tidak mustahil dalam Malaysia kerana sebelum ini pun pelbagai akta digubal untuk mengukuhkan kedudukan penguasa

Keputusan pecat Muhyiddin, Mukhriz sudah dijangka

Posted: 25 Jun 2016 03:18 AM PDT


Shahrir Abdul Samad
Shahrir


JOHOR BAHRU - Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mengakui pemecatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan keputusan yang memeranjatkan dan boleh dijangka.

Menurut Shahrir, kedua-dua pemimpin itu sepatutnya mengambil peluang dan ruang menunjukkan kesetiaan kepada Umno semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini jika benar hanya menentang pemimpin dan bukannya parti.

"Sebenarnya sudah ada ruang dan peluang untuk Muhyiddin dan Mukriz menunjukkan sikap dan pendirian adakah mereka menentang kepada parti atau pemimpin

"Sepatutnya apabila calon Umno bertanding  pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar mereka hadir sekurang-kurangnya ketika penamaan calon seperti  dilakukan Shafie (Datuk Seri Shafie Apdal) yang kini digantung daripada parti," katanya.


Saya tak rujuk kafir harbi pada DAP

Posted: 25 Jun 2016 03:13 AM PDT

Saya tak rujuk kafir harbi pada DAP
Abdul Rahman
 
 
KUANTAN - "Saya tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi sesiapa sahaja yang menentang Islam. Itu yang saya maksudkan," demikian  kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Menurutnya, istilah itu tidak menyentuh mana-mana individu dalam DAP, sebaliknya ia berkaitan dengan pemikiran DAP itu sendiri.

"Saya tak sebut individu tetapi DAP itu ada pemikiran yang boleh disifatkan sebagai kafir harbi. Pemikiran mereka jelas cuba memerangi atau meracuni cara hidup Islam daripada ditegakkan. Ini yang kita tentang," katanya.

Katanya, DAP adalah satu dasar politik yang ditentukan dasar mengetahui perjuangan menentang Islam.

"Kita dapat lihat perjuangannya (DAP) yang membangkang (menolak) Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 2016 yang dibawa oleh  Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan usul itu di sokong kerajaan Malaysia (Umno).

"Mereka (DAP) seolah-olah tidak bersetuju dengan kehendak orang Islam untuk meminda RUU tersebut.
Bila DAP menentang Islam ini yang kita istilah kafir harbi," katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Isap Damai di sini, petang tadi.

Abdul Rahman memberitahu dia tidak akan bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini kerana perkara yang penting ialah meletakkan Islam di atas.

Katanya, Islam perlu dipertahankan dengan sebaiknya dan meletakkan agama itu di tempat yang tertinggi supaya ia tidak difitnahkan.

Selain itu, tambahnya, beliau bukan mahu berpolitik, sebaliknya berhak untuk mengeluarkan kenyataan demi kepentingan agama.

"Kita umat Islam kena faham kenapa dahulu tak ada ( kenyataan daripada ahli agama) tapi sekarang saya bangkitkan isu ini dan saya rasa ada sebab untuk saya bercakap dalam hal ini.

"Masyarakat kena faham, saya bukan bercerita pasal politik, sebaliknya saya bercerita  tentang hak kita sebagai orang Islam.

"Saya bukan bercakap cap ayam (cakap kosong) . saya bercakap ada asas agama dan saya tiada kepentingan dalam politik.

"Kalau kata saya hendak pertahankan jawatan sebagai mufti, jawatan ini dilantik atas perkenan Sultan Pahang," katanya.

Di samping itu, katanya, mufti juga merupakan individu yang menyebarkan agama dan ajaran Islam serta mengajar masyarakat kepada perpaduan.

"Kita hendaklah bersatu bukan sahaja pada umat Islam tetapi perlu bersama bangsa lain ke arah perpaduan dan kesejahteraan bersama," katanya.

Dalam pada itu, katanya, berjihad dalam Islam ini bukan hendak berperang tetapi hendak menolak perkara-perkara yang meruntuhkan atau yang cuba menyekat untuk kita menegakkan agama Islam ini.

Jelasnya, ini termasuklah menentang pemikiran harbi.

Beliau meminta agar masyarakat menghormati golongan ulama di negeri mereka.

Memetik kenyataan Abdul Rahman, dalam sebuah akhbar tempatan  melaporkannya,  DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Beliau berkata, adalah haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.

Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap RUU dibawa Presiden Pas, Abdul Hadi.

Muhyiddin: Ini ujian saya pada bulan puasa

Posted: 25 Jun 2016 03:08 AM PDT

Muhyiddin
Muhyiddin. - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI


SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemecatannya daripada parti merupakan ujian buatnya pada Ramadan kali ini.

Menyatakan beliau tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Muhyiddin berkata, keputusan tersebut sudah dijangka sejak awal lagi memandangkan barisan MT jelas tidak bersetuju dengan kelantangannya menegur Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, selama ini.

"Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya. Saya berasa kecewa kerana Umno yang ada pada hari ini bukan lagi Umno yang sebenar.

"Mereka yang menguasai Umno boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tegas Muhyiddin lagi, meskipun kini beliau tidak lagi berdiri di atas kapasiti Umno, perjuangannya terhadap bangsa Melayu dan agama Islam tetap akan diteruskan.

"Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Umno dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini.

"Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada," katanya lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan]

MT Umno pada semalam memutuskan Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara Shafie digantung dari jawatannya.

Semalam Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.


Khaled: Tindakan pecat Muhyiddin, Mukhriz wajar kerana libatkan disiplin

Posted: 25 Jun 2016 02:57 AM PDT

Tindakan memecat Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan satu keputusan wajar dan diterima Umno Johor, apatah lagi bila ia melibatkan soal disiplin dalam parti dan bersekongkol dengan parti pembangkang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Akur dengan keputusan itu, Mohamed Khaled berkata anggota Umno haruslah bersikap rasional dan menerima keputusan ini sebagai satu ujian yang menguji kesabaran dan kematangan dalam memperjuangkan parti.

"Saya percaya bahawa tindakan ini bukanlah satu tindakan yang memeranjatkan mana-mana pihak, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat seperti (Tan Sri) Muhyiddin dan (Datuk Seri) Mukhriz.

"Tonggak bagi mana-mana parti adalah asas disiplin dan yang menguatkan Umno selama ini soal disiplin. Isu ni dah berlarutan. Apatah lagi tindakan untuk bersama-sama dan bersekongkol dengan pembangkang.

"Saya percaya Dr Mahathir ambil langkah awal, dia sendiri keluar dari parti, tidak terikat dengan disiplin parti. Jadi kita tidak boleh sebelah sana, sebelah sini, jadi menyusahkan banyak pihak," kata beliau kepada pemberita selepas program Ziarah Ramadan di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di Johor Bahru hari ini.

Mohamed Khaled menjelaskan Muhyiddin yang pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Pengurusan, yang menjaga mengenai disiplin, faham mengenai ini dan setiap kali mesyuarat Majlis Tertinggi, antara asas untuk memecat ialah bila bersekongkol dengan pembangkang dan secara terang-terangan tidak menyokong calon parti.

Menteri besar berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Majlis Tertinggi semalam mengenai pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz sebagai anggota Umno kerana pelanggaran disiplin serta penggantungan keahlian Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata Umno Johor pernah melalui keadaan sedemikian ketika beliau adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru pada tahun 1990-an apabila Ketua Bahagiannya Tan Sri Shahrir Abdul Samad menerima keputusan digantung.

Mengimbau kembali keadaan itu, beliau berkata anggota Umno menerima keputusan itu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh memusnahkan parti.

"(Tan Sri) Shahrir yang digantung itupun tidak mengambil tindakan-tindakan untuk bersama pihak pembangkang, naik atas platform pembangkang dan sebagainya.

"Beliau menerima walaupun terus protes manakala kami sebagai penyokongnya tidak lakukan perkara yang boleh memudaratkan parti malah kami memperkuat dan memperkukuh kedudukan dalam parti sehingga setiap kali ada perjumpaan, kami akan kemukakan kepada pucuk pimpinan supaya dilepaskan penggantungan itu," kata Mohamed Khaled.

Justeru anggota Umno terutamanya Umno bhagian Pagoh diingatkan agar kekal rasional dan menganggapnya sebagai ujian dalam memperkuat parti sebagai wadah perjuangan orang Melayu, kata beliau.

Ditanya sama ada keputusan ini menjejaskan persiapan Umno Johor untuk pilihan raya umum akan datang, Mohamed Khaled berkata Umno Johor sedia menghadapi sebarang cabaran mendatang dan segala kemungkinan.

Muhyiddin, 69, yang merupakan anggota Parlimen Pagoh sejak memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya ke-5 pada tahun 1978, adalah ketua Umno bahagian Pagoh dari 1986. - Bernama

Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz tak jejaskan Umno - MUBARAK

Posted: 25 Jun 2016 02:52 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemecatan dua pemimpin Umno daripada parti itu tidak memberi kesan kepada ahli-ahlinya jika mereka menghayati perjuangan politik Umno yang sebenar.
 
Itu ditegaskan oleh Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman apabila diminta mengulas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno, berkuatkuasa semalam.
 
"Kerana jelas kedua-dua individu ini memihak kepada parti-parti lawan yang menentang Umno. Maka saya tidak nampak bagaimana (sokongan) ahli-ahli tulen dapat dipesongkan," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam memecat timbalan presiden dan bekas Menteri Besar Kedah itu selepas melanggar disiplin parti dengan mengeluarkan kenyataan yang memalukan Umno dan menyerang pimpinan tertingginya.
 
Pemecatan itu diumumkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat MT Umno, petang Jumaat. 
 
Ujar Najib, tindakan itu juga diambil melihat kepada 'kemesraan' Muhyiddin dan Mukhriz di atas pentas pembangkang dengan mengkritik isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat yang didokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Dalam pada itu Abdul Aziz berpendapat, soal kesetiaan dua pemimpin berkenaan menjadi persoalan besar dalam Umno memandangkan parti telah memberi masa yang secukupnya kepada mereka.
 
"Kita merasakan terlalu lama kepimpinan Umno bersabar. Dan pada masa yang sama beri peluang kepada Muhyiddin dan Mukhriz untuk menyertai (kembali) kepimpinan tanpa menimbulkan masalah percanggahan perjuangan. 
 
"Jelas menunjukkan seorang yang berpaling-tadah dalam perjuangan dengan membantu kempen parti lawan. Perkara sebegini tak boleh dibiarkan begitu sahaja dan tindakan terpaksa diambil untuk memecat mereka," ujarnya lagi.
 
Selain Muhyiddin dan Mukhriz, turut dikenakan tindakan daripada parti adalah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
 
Beliau bagaimanapun hanya digantung jawatan sehingga laporan jawatakuasa disiplin diterima, walaupun turut sama mengeluarkan kenyataan lantang berkenaan 1MDB.
 
 

Pakatan Harapan perlu pembugaran idealisme politiknya

Posted: 25 Jun 2016 02:51 AM PDT

Oleh Lokman Ramlee
Post Pic
 
 
[ULASAN] Mujur calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Besar minggu lalu bukan mewakili PKR. Jika tidak, keadaan dan citra pakatan itu  mungkin lebih tercalar. 
 
Yang nyata, penyokong-penyokong pembangkang di kawasan berkenaan terbahagi dua – satu untuk PAS dan sebahagian lagi menyokong PAN. Bila digabung jumlah undi pembangkang ialah 14,571.
 
Sudah tentu jumlah itu masih jauh berbanding bilangan yang dikutip oleh calon BN, Budiman Zohdi sebanyak 16,800. Jika demikian, majoriti BN ialah 2,229 undi berbanding 399 undi majoriti Allahyarhamah Noriah Kasnon pada PRU13.
 
Yang pasti juga ialah, DAP telah sedaya upaya melobi pengundi Cina supaya menyokong calon PAN, Azhar Shukor.  Ini bererti baki undi Cina hasil lobi MCA dan Gerakan pergi kepada calon BN dan bukan PAS.
 
Pada pilihan raya umum ke-13, calon PAS, Sallehan Mukhyi tewas dengan 399 undi sahaja. Ketika itu seluruh kerana jentera pembangkang dari PAS, DAP dan PKR bertumpu dan berpadu menyokong calon PAS berkenaan. 
 
Keputusan itu memberi gambaran bukan betapa PAS diterima baik oleh semua kaum ketika itu tetapi betapa utuhnya kerjasama pembangkang. 
 
Namun jika PKR lah yang meletakkan calonnya di PRK Sungai Besar dan bukan PAN dalam persaingan tiga penjuru itu, yang pasti undi yang bakal diperolehinya berkurangan 6,902 kerana ia adalah undi penyokong tegar PAS.
 
Sayugia diingat bahawa, sepanjang kempen PRK Sungai Besar, PAS bersendirian. Justeru jumlah yang dikutip adalah mutlak daripada penyokong-penyokongnya. 
 
Bagaimanpun perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk calon PAN. Sebilangan besar pengundi Melayu sudah berpihak pada BN dan juga PAS. Ini bermaksud undi Melayu yang diperolehi oleh PAN adalah tidak seberapa. 
 
Yang membuat PAN nampak hebat walaupun bertanding pilihan raya pertama kali di Semenanjung ialah undi Cina yang "dihadiahkan" oleh DAP. Jika tidak PAN mungkin dapat tidak sampai separuh daripada jumlah 7,609 yang diperolehinya.
 
Jika PKR letak calon, keputusan PRK pembangkang mungkin lebih teruk
 
Dalam senario PKR yang meletakkan calonnya pada PRK Sungai Besar, keputusan lebih buruk mungkin dicatat parti itu. Pergeseran pimpinan PKR bukan satu rahsia dan pengundi atas pagar mungkin menolak calon PKR.
 
Perihal Azmin Ali segera berunding dengan pimpinan PAS meminta "izin dan restu" hanya PKR meletakkan calon (dan bukan PAS) membuktikan betapa Azmin mahu memungut dividen politik dalam partinya. 
 
Jika PAS dapat diyakinkan supaya tidak bertanding secara "dipujuk atau digertak" oleh Azmin, tentu Azmin berharap beliau dapat mengekalkan profil Pakatan Rakyat seperti PRU 13 dan mendapat sokongan DAP dan kini PAN.
 
Kini PRK itu sudah menjadi sejarah. Apapun jua PAS tetap mahu bertanding di Sungai Besar. Pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan. Pelan Azmin terbantut dan terpaksa merelakan PAN menurunkan calonnya.
 
Apapun jika PKR mewakili PH, kemungkinan besar PAN akan kecewa dan merajuk kerana PH sudah berjanji PAN berfungsi mengganti PAS dan semua kerusi PAS akan jadi kerusi yang PAN patut tandingi.
 
Bila itu berlaku, calon PKR pasti tidak mendapat sokongan PAS dan PAN. Ini ditokok bahawa kekecewaan dan dendam DAP akan "salah faham" Pilihanraya Negeri Sarawak di mana DAP percaya Azmin puncanya, masih belum reda.  
 
Azmin berusaha meletakkan calon PKR untuk "menebus gangguan' yang dilakukannya dalam PRN Sarawak di mata pemimpin dan penyokong PKR. Jika menang PRK Sungai Besar, mungkin dosanya itu boleh bertukar pujian.
 
Jika menang, tentu nama Azmin dijulang. Ini akan meletakkan Azmin dalam posisi lebih baik untuk mencabar presiden PKR pada bila-bila masa pemilihan diadakan selepas PRU 14.
 
Di samping itu, pasti juga timbul perkiraan mengapa DAP perlu membantu melonjakkan nama Pengerusi PKR Selangor yang menyebabkan parti dominasi Cina itu menanggung aib kecundang di Sarawak?
 
Natijahnya mungkin DAP tidak akan berusaha sekeras mana ia lakukan membantu kempen calon PAN. Senario yang mungkin berlaku ialah calon PKR akan mencatatkan keputusan lebih buruk lagi berbanding rekod calon PAN.
 
Kedudukan kurang enak bagi pembangkang ini kini cuba ditutup dengan seruan dan cadangan daripada pelbagai lapisan pimpinannya supaya kiambang politik pembangkang PKR, DAP, PAN dan PAS bertaut kembali pasca PRK.
 
Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraidah Kamaruddin mahu rundingan damai dan kerjasama digerakkan sebagai persiapan PRU 14. Namun DAP nampaknya tidak begitu ghairah bincang soal ini. 
 
Yang pasti, PAS tidak menunjuk minat turut melaksanakan usul berkenaan. Ia hanya setuju menghidupkan semula strategi 'satu lawan satu' menentang BN jika ada jaminan bahawa PAS akan bertanding semula di semua kerusi lamanya. 
 
Di samping itu, PAS juga bertekad mengukuhkan blok politik ketiga bersama parti IKATAN dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). 
 
Berdasarkan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS yakin peratus pengundinya yang sudah dihakis oleh PAN adalah tidak begitu signifikan. 
 
Bagaimanapun jika PKR masih berlagak parti peneraju PH tanpa Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, DAP mungkin hilang selera mengikut nasihat dan pimpinan PKR yang lemah dan mempunyai banyak masalah dalamannya sendiri.
 
PAN pula akan terus jadi penumpang dalam PH seraya berharap PKR menemui 'kekuatan lamanya' untuk terus memimpin PH di samping ia (PAN) mendapat kepercayaan serta restu DAP bahawa kehadirannya (PAN) masih relevan.  
 
PH perlukan hembusan tenaga daripada kepimpinan baru. Dalam senario hari ini ketajaman pemikiran dan wawasan kepimpinan PH agak bercelaru dan tepu. Agak nyata dalam PRK baru lalu ia tidak mempunyai modal baru.
 
Isu-isu lama masih digunapakai sedangkan rakyat semakin bersedia menghadapi realiti bahawa soal sosio-ekonomi negara kini terkait dengan pergerakan ekonomi dunia. Kempen memburukkan kerajaan kerana kelembapan ekonomi seakan tidak laku. 
 
Kelemahan ini memungkinkan mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamed yang dirasuk dendam dan benci pada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak mencelah masuk kem DAP, PKR dan PAN dengan muslihat mahu membantu PRK lalu. 
 
Sudah tiba masanya DAP, bercermin diri mengapa kebelakangan ini isu ketelusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang seperti isu laluan terowong dasar laut dan jambatan ketiga ditangani begitu lemah dan kabur. 
 
Dalam PKR pula nampaknya isu ketelusan turut menghantui. Kes rasuah bekas ahli parlimen Kapar P Manikavasagam, rasuah wang dan wanita dan pergeseran dalam kepimpinan parti semakin rumit. 
 
PAN mungkin parti yang baru berusia lapan bulan dalam PH tetapi sebenarnya ia dipimpin oleh pemimpin yang sudah lanjut usia dalam PH. Baik Lim Kit Siang, mahupun Mohamad Sabu dan Wan Azizah perlu memikirkan berundur.  

Najib dijangka umum rombakan kabinet minggu depan

Posted: 25 Jun 2016 02:49 AM PDT

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan rombakan kabinet Isnin depan.

Menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik dijangka mengangkat sumpah pada hari berikutnya, demikian menurut laporan Sin Chew Daily hari ini.

Rombakan kabinet itu dijangka untuk mengisi kekosongan jawatan tiga menteri dan dua timbalan menteri.

Ini termasuk dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri juga kosong – satu bertanggungjawab bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan satu lagi bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Datuk Seri Idris Jala, yang menerajui PEMANDU telah melepaskan jawatannya selepas penggal kedua sebagai senator berakhir.

Tan Sri Abdul Wahid Omar, yang menerajui EPU tidak mahu melanjutkan tempoh khidmatnya dalam kabinet selepas hanya menjadi senator untuk satu penggal.

Manakala jawatan seorang timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kosong selepas Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai menteri besar Kedah.

Hampir dua dekad tapi PKR masih gagal - Chandra Muzaffar

Posted: 25 Jun 2016 02:43 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: PKR gagal mencapai tahap yang lebih tinggi sebagai parti politik kerana masih terperangkap dalam agenda individu Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Bekas pengasas PKR, Dr. Chandra Muzaffar berkata meskipun sudah hampir dua dekad, PKR masih fokus soal pembebasan Anwar dan dilihat gagal menjuarai isu-isu semasa dalam negara ini.
 
Malah, tindakan Anwar menulis warkah tujuh muka surat, menzahirkan kekesalannya terhadap beberapa pemimpin PKR yang padanya 'terpukau' dengan pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan Anuar resah, betapa perjuangan untuk kebebasannya bukan lagi keutamaan parti itu, kata Chandra.   
 
Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR, DAP serta Parti Amanah Negara (PAN) menandatangani Deklarasi Rakyat tajaan Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Agenda Deklarasi Rakyat itu jauh menyimpang daripada perjuangan PKR sebelum ini untuk membebaskan Anwar yang di penjara akibat kesalahan sodomi.
 
"Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, dan melihat kepada usia penubuhannya selama 17 tahun, PKR masih terperangkap dengan isu individu. 
 
"Sepertimana terbukti dalam surat Anwar dari penjara, dan reaksi dari rakan-rakan seperjuangan. Ini jelas menunjukkan bahawa PKR belum mencapai tahap yang lebih tinggi. Ia belum berjaya membebaskan dirinya daripada politik seorang individu. 
 
"Malah saya berani katakan, bahawa Anwar sendiri mahu PKR terus menjadikan beliau sebagai fokus. Itu yang menjadi masalah. Sebab beliau mahu nasibnya sebagai fokus, apatah lagi ketika dipenjarakan," kata Chandra dalam satu temubualnya bersama Antarapos.
 
Chandra kemudiannya mengingatkan PKR bahawa mana-mana parti politik yang berjuang untuk individu tidak akan berjaya dan tidak mampu bertahan lama.
 
"Sebuah parti politik tidak boleh maju, gagal mencapai cita-cita atau tahap yang tinggi dalam perjuangannya jika masih terikat dengan faktor seorang individu," katanya lagi.
 
Selepas Anwar dipenjarakan, nama PKR mulai merudum. Kepimpinan lemah pengganti Anwar iaitu isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memburukkan lagi keadaan.
 
Azizah juga amat perlahan menyatakan responnya dalam sesuatu isu menjadikan PKR kini amat pasif dan hanya digerakkan beberapa pimpinan kanannya seperti Timbalan Presidennya, Datuk Seri mohamad Azmin Ali, Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli, serta Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar.
 
Jika corak pertadbiran dalam PKR ini berterusan, ia akan memberi kesan kepada jatuh bangun parti itu kelak.

Pemuda PAS puji tindakan PM Britain beri rakyat buat keputusan keluar dari EU

Posted: 25 Jun 2016 02:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
SHAH ALAM: Pemuda PAS memuji tindakan berani Perdana Menteri Britain, David Cameron yang menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara itu.
Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Malaysia wajar mencontohi cara David  itu ketika menentukan dasar utama kerajaan termasuk perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Tindakan David Cameron yang berani mengadakan referendum Brexit bagi menentukan sama ada Britain kekal bersama Kesatuan Eropah (EU) atau sebaliknya. 
"Ia membuktikan kesuburan sistem demokrasi berparlimen Britain apabila menyerahkan kepada rakyat menerusi undi popular bagi sesuatu dasar utama, tanpa menggunakan suara wakil rakyat atau pengundian di Parlimen untuk mengubah dasar atau hala tuju negara," ujarnya melalui kenyataan medianya.
Semalam, undian rakyat Britain memutuskan untuk mengundi keluar daripada EU selepas berada dalam kesatuan itu selama 43 tahun bermula 1973 dengan 52 peratus undian memihak kepada kem 'keluar' dan 48 peratus lagi kem 'kekal'.
Muhammad Khalil bagaimanapun turut melahirkan kebimbangan kesan keputusan Britain itu kepada pasaran saham dunia.
"Apa yang dibimbangi Pemuda Pas adalah pelaburan-pelaburan utama kerajaan melalui PNB (SP Setia) dan KWSP di Britain yang dijangka terkesan dengan keputusan Brexit sama ada dalam tempoh terdekat atau jangka panjang. Pun begitu, kami yakin pihak terbabit telah pun mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah ini.
"Pemuda mahukan kerajaan bersedia dengan segala kemungkinan dan ketidaktentuan ini, agar ia tidak menjadi alasan kerajaan terus menekan rakyat," katanya.

Tiada ulasan: