Ahad, 19 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sahabat-sahabat nabi dibunuh, dicaci....

Posted: 19 Jun 2016 01:00 AM PDT

Siapa yang caci siapa? Hina orang lain sebagai
pencuri, pengacau, melalak Mat Sabun bagai...
Calon PAS Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman berkata kemenangan sebenar hanya akan dikecapi di akhirat kelak.

 "Dalam Al-Quran pun diceritakan bagaimana sahabat-sahabat nabi dibunuh, dicaci, tapi mereka menang di akhirat," katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

  Kalaulah dia menang, nadanya tentu sekali berlainan bunyinya. Tetapi oleh kerana dah kalah dan tidak tahu menerima asbab sebenar kekalahannya (kekalahan Pas) maka dikaitkanlah dengan akhirat.

   Memang pada awalnya lagi, bila Pas melangkah untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, mereka seolah-olah menganggap diri mereka sedang berangkat masuk ke medan perang untuk membunuh musuh.

   Lagak angkuh dan lebih perasan ini dapat dilihat ketika penamaan calon di Kuala Kangsar pada 5 Jun lepas.

  Penyokong Pas telah datang menghampiri kawasan AMANAH dan cuba memperovok dengan mengatakan parti itu sebagai pencuri dan pengacau.

 Mereka yang masih tidak tahu menyebut AMANAH, turut mengatakan 'PAN' bertanding dalam PRK ini kerana telah ditaja oleh DAP yang merupakan parti abang long dalam Pakatan Harapan.

   Di Kuala Kangsar, ada pula yang mengejek-ejek dan menghina presiden AMANAH, Mat Sabu dengan laungan 'Mat Sabun!' walaupun Mat Sabu tidak ada dalam perhimpunan penamaan calon di Kuala Kangsar pada masa itu.

   Mereka menganggap seolah-olah mereka adalah angkatan suci perang Badar yang berhadapan dengan angkatan al-Ahzab! Mereka begitu pasti akan menang kerana kata mereka, 'Kami ada Allah!' dan mereka merasakan Allah akan berikan mereka kemenangan di bulan puasa ....

  Bila dah kecundang, begitulah nada mereka. Nada orang yang kalah dan kecewa di dunia untuk menenangkan jiwanya sendiri.

   Tidak mungkin sebagai orang Islam, Dr Rani hanya menyedarinya setelah kalah?

   Buat apalah dia bertanding kalau dia dah tahu kemenangan sebenarnya di akhirat?

  Buat apa dia menyusahkan petugas-petugas parti berkempen berhempas pulas siang malam kalau Dr Rani hanya mahukan kemenangan di akhirat? 

  Bukankah lebih baik bagi para petugas-petugas parti  disuruh melakukan amalan-amalan soleh seperti Qiyamullail di bulan Ramadhan ini? Memperbanyak bacaan Al-Qur'an , memperbanyak dzikir, doa dan istighfar dan sebagainya supaya dapat meraih kemenangan yang hakiki di akhirat nanti?

Allah ta'ala berfirman :
 وَبَشِّرِ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

 "Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih (menjaga shalat, zakat, menjalankan sunnah dan amalan ketaatan kepada Allah lainnya) bahwasanya mereka akan mendapatkan balasan berupa surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai…" (Qs. al-Baqarah: 25)
      Tetapi Dr Rani dan yang sewaktu dengannya, perlu pula menyedari, bahawa jangan begitu pasti bahawa dia dan partinya bersama presidennya sekali akan mengecapi kemenangan di akhirat nanti kerana Allah sudah memberi peringatan yang merupakan larangan supaya tidak menghina orang lain dengan cercaan atau memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak digemarinya?

Al-Hujuraat: Ayat 11
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
   Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman seperti yang terdapat pada pangkal ayat "Wahai orang yang beriman….." Ayat ini menerangkan tentang etika kehidupan orang-orang yang beriman. Etika ini adalah dalam bentuk peringatan daripada Allah SWT kepada orang-orang yang beriman supaya sesuatu kaum ynag beriman itu tidak mengolok-olokkan kaum beriman yang lain seperti dinyatakan dalam ayat kedua yang bermaksud,"Janganlah sesuatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain."Ini adalah kerana ada kemungkinan kaum beriman yang diperolok-olokkan itu adalah lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan itu.

 Peringatan ini disampaikan dengan cara yang halus tetapi tepat. Orang yang beriman seharusnya sentiasa muhasabah diri untuk melihat kekurangan pada dirinya.

 Orang yang tidak beriman sahaja yang boleh menghina orang lain kerana mereka menganggap diri mereka sempurna. Dengan demikian, tidak mungkin orang beriman boleh merendah-rendahkan saudara sesama Islam yang lain.

 Jangan diingkari peringatan Allah di atas tadi kerana Allah ada berfirman :
 أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

 "Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 85).
 Walaupun ayat ini menceritakan tentang orang Yahudi yang tidak beriman sepenuhnya terhadap kitab Taurat, tetapi ayat ini juga ditujukan kepada mereka yang mengambil sebahagian daripada al-Quran dan menafikan sebahagian daripada isi kandungan al-Quran.

Ibnu Abbas menyatakan:
 .مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ. وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ  

"Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik".
  Dr Rani ada berkata, " ....sahabat-sahabat nabi dibunuh, dicaci...."

   Kata-kata Dr Rani ini tentu sekali akan mengingatkan kita kepada ancaman Hj Hadi terhadap kalangan mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan.

 Menurut kata Hj Hadi, dalam perjuangan Islam, pengkhianat hanya ada dua pilihan sahaja : Bertaubat ataupun Dihapuskan.

  Hj Hadi dan orang-orangnya terus menerus menghina dan mencaci dengan berbagai gelaran terhadap mereka sejak mereka masih berada dalam partinya dan setelah mereka keluar dan menubuhkan parti sendiri, parti Amanah Negara.

   Tidakkah mereka (yang ditendang keluar Pas),yang dicaci dan diancam untuk dihapuskan oleh Hj Hadi ini lebih menepati ungkapan Dr Rani :

"Dalam Al-Quran pun diceritakan bagaimana sahabat-sahabat nabi dibunuh, dicaci, tapi mereka menang di akhirat,"

Allahu a'lam.

Implikasi PRK Kuala dan Sg Besar JUNE 18, 2016

Posted: 18 Jun 2016 09:00 PM PDT

terima kasih.

 Bagi pihak rakyat yang mahu menubuh kerajaan baru, saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada jentera pakatan harapan. Rakyat menghargai kerja keras DAP, Amanah dan PKR. Kita belum mencapai kemenangan. Tapi jangan putus asa- PRK ini ialah election for UMNO to lose anyway.

 Ianya an election for UMNO to lose anyway. Jika mereka kalah, rakyat akan cemuh, bila menang, rakyat tahu ini PRK bukanya PRU. Kerusi2 nya mereka yang empunya asalnya. masih ada 14,000 di Sungai Besar dan 10,500 di Kuala Kangsar yang enggan menyokong UMNO.

 outcome yang terduga.

 Keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, sudah kita ketahui. UMNO menang kedua dua kerusi. Mereka akan gloat. Di Sungai Besar, sebelum keputusan rasmi, pada pukul 4.30 petang, Jamal Yunus sudah pun mengarah anak buah nya, pasang mercun dan bunga api di bangunan baru UMNO. Kita sudah menang teriak nya. Tentu dia menyesal tidak bertanding. Dia pun pasti menang.

 Mereka telah menduga keputusan sebab mereka yang mencorakkan PRK. The outcome was predictable because they designed it.

 The chest thumping starts.

 The gloating and chest thumping sudah bermula.

 Maka berkata semua orang- Mahathir sekarang menjilat luka nya. Penyamun Bugis yang ingat masaalah nya selesai, kata rakyat tidak percaya pembohongan Mahathir. Jangan lah Najib hendak mengada konon nya merasa rendah diri diberi mandat yang begitu besar. Lihat angka dengan betul.

 Hello- di Sungai Besar 14 ribu pengundi masih menolak Najb dan di Kuala Kangsar, 10,500 ribu menolak Najib. Itu akan membuat Najib tidak juga tidur lena.9 Penipuan, pembohongan penyonglapan wang, tetap kekal jinayah yang akan mencari PM Najib. The fat lady hasn't finished singing.

 Kenyataan bongkak dan sombong ini adalah diduga. Tidak mengapa, kita biarkan UMNO dan parti2 nyamuk yang berteduh dibawah payung UMNO bergembira dengan pyrrhic victory ini.

 Mereka menang- betul- tapi kos nya terlalu besar.

 Implikasi nya kepada parti pembangkang peringkat nasional banyak. Kita akan cuba mengupas sedikit sebanyak. Pertama dan utama, kekalahan parti pembangkang( sebetulnya tidak kalah kerana kerusi itu UMNO yang punya asalnya) ialah menerima hakikat bahawa parti pembangkang perlu bersatu padu. Jika ada parti tidak mahu bersatu dibawah satu payung, elok parti yang mahukan perpaduan bersatu dibawah satu logo.

 Kemenangan BN dalam kedua kawasan ini tidak membawa apa2 kegembiraan dan keselesaan kepada parti Cina dalam BN. Memenangi satu pusat daerah mengundi bukanlah hujan yang menghapuskan kemarau. Yang parti gerakan hendak sorak itu mengapa- Mah Sew Keong tahu bagaimana kemenangan kecil itu tercapai.

 Sebetulnya, tidak perlu parti pembangkang- amanah, dap dan PKR bergundah gelana.

 Lihat nya dalam konteks yang lebih besar. Adakah UMNO memenangi sesuatu yang terlalu menakjubkan? Lihat nya dalam konteks berapa undi yang diperolehi oleh UMNO dan berapa undi yang diperolehi oleh parti bukan UMNO. Ertinya, undi yang dicapai oleh amanah dan pas disekalikan dibawah kategori undi bukan UMNO.

 Di Sungai Besar calun UMNO dapat 16,800 undi. Undian bukan UMNO ialah 14,511. UMNO mendapat undi lebihan 2289. Dalam PRU 13, UMNO dapat majority 399. Ertinya, dengan segala resources, wang, manipulasi dan salah guna jentera kerajaan dan mengingati bahawa ini PRK, dari 399, UMNO hanya dapat menambahkan majority sebanyak 1890. Ertinya, walaupun ianya kemenangan, ianya bukanlah satu kemenangan yang menggoncangkan dunia.

 UMNO menggunakan segala jentera kerajaan- polis, kemas, rela, kementerian2 untuk menambah lebihan dari 399 kepada 1890. Mereka yang tidak mengundi UMNO masih berjumlah 14 ribu orang. Masih terdapat kumpulan tidak sukakan UMNO yang akan berteriak balas dendam dalam PRU nanti. Mereka ini yeast yang akan membesar.

 Dalam PRU dimana UMNO tidak dapat menyalah-gunakan resources seperti yang berlaku sekarang, scenario nya mungkn berubah.

 Lihat pula pencapaian UMNO di Kuala Kangsar. Mereka dapat 12, 653 undi. Malah jumlah ini kurang dari yang diperolehi oleh calun terdahulu dalam PRU13( 14,218). Undi bukan UMNO berjumlah 10,567. Majority PRK ialah 2086 mengatasi majority PRU13( 1082 ) sebanyak 1004 sahaja. Undian bukan UMNO ialah 10,567.

ParlimenKuala KangsarSungai Besar
Undi untuk UMNO12,65316800
Undi untuk Bukan UMNO10,56714,511
Majority PRK(umno lwn the rest)2,0862289
Majority PRU131,082399
Tambahan majoriti10041890
Undi UMNO pru1314,21818.695
Undi bukan UMNO pru1313,13618,296
Tambah/kurang undi untuk UMNO(1565)(1895)
Tambah/kurang undi untk bukan UMNO(2569)(3785)
    Kita mesti lihat PRK ini sebagai UMNO lwn bukan UMNO.

 Implikasi kepada parti bukan UMNO dan ini termasuklah PAS- ialah ianya menuntut penyatuan dalam satu barisan. Itu priority nya. Ia memerlukan penundukan ego dan penyatuan tujuan iaitu menumbangkan UMNO.  Tidak dapat tidak, parti2 bukan UMNO mesti bersatu untuk melawan UMNO.

 Tindakan seterus nya ialah menggunakan logo seragam yang satu. Ini akan menyebabkan rakyat faham bahawa pilihanraya ialah pertembungan UMNO dengan bukan UMNO atau BN lwn bukan BN.

 Parti2 dalam pakatan rakyat dahulunya, sekarang mesti cari jalan untuk bersatu dibawah persamaan. Kita masih lagi boleh mengalahkan UMNO dan BN dan mereka tahu perkara ini.

 Buat sementara waktu, tahniah kepada UMNO. ~Senapang sakti

Ini sebabnya pengundi Cina tidak undi Pas

Posted: 18 Jun 2016 07:00 PM PDT

 Walaupun Presiden Pas telah mengeluarkan amaran tetapi agak malang sekali calon Pas tetap kecundang di kedua-dua tempat.

 Dua amaran yang telah nyatakan oleh Presiden PAS kepada pengundi Sungai Besar:

1) Bahawa "berdosa" jika mereka memilih calon yang salah dalam pilihan raya, Sabtu ini.

 2) Pengundi akan menerima padah jika wakil rakyat yang dipilih tidak bercakap benar di Parlimen.  ~ Baca lagi di sini

  Parti Hj Hadi telah mengemukakan dua orang calon yang dianggap 'betul' pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

  Malangnya, kedua-dua calon Hj Hadi itu bungkus sebab orang ramai telah mengundi calon yang 'salah'!

  Nampaknya begitu ramai sekali yang telah 'berdosa' kerana tidak mematuhi fatwa Hj Hadi supaya tidak memilih calon yang salah kelmarin.

  Menurut hemat Naib presiden PAS Idris Ahmad, PAS gagal atas faktor pengundi Cina.
 
  Hj Hadi sepatutnya mengarahkan Dewa Cao Guo Jiu, Adun Paya Jaras, Selangor Mohd Khairuddin Othman untuk membantu dengan memberikan kursus kefahaman yang lebih jelas kepada kaum Cina mengenai konsep dosa pahala ini.

  Ada yang berkata, kesilapan besar yang tealh dilakukan oleh sang dewa ini ialah ketika menyambut Tahun baru Cina yang baru lalu, sang dewa ini telah turun ke Paya Jaras mengedarkan buah-buah oren kepada kaum kerabat Cina....

Patutlah semakin ramai orang-orang Cina telah beraleh dari Pas dan memberikan undi mereka kepada parti Amanah yang warnanya oren!

Tuang Guru, di mana Tuang?
   Menyentuh amaran Hj Hadi yang kedua itu, apakah Tuang Hj Hadi  sendiri yang sering ponteng sebagai wakil rakyat telah menjalahkan kewajipannya sebagaimana yang diamanahkan?

   Bagaimana pula dengan lain-lain wakil rakyat Pas yang hanya duduk goyang-goyang telor dalam Parlimen dan hanya makan elaun buta sahaja!
 
Dedak oh dedak!
  Pas begitu hebat ketika di suatu masa dulu mereka diwakili oleh orang-orang seperti almarhum Ust Fadzil Nor, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Mat Sabu, Dr Hatta ....

   Tetapi kini Pas hanya diwakili oleh anak-anak burung yang hanya pandai menganga mulut seluas-luanya untuk mendapatkan sedikit dedak!

Tiada ulasan: