WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- VIRAL DI FB ISU HADI BACA TEKS ATAU IKUT ARAHAN?
- WSJ dedah surat rahsia babitkan Jho Low, DAP gesa Pengerusi PAC letak jawatan
- UMNO SEMAKIN GILA, BALU DALAM EDAH (HARAM KELUAR RUMAH) DIPILIH CALON PRK KUALA KANGSAR
- AMANAH BERPELUANG MENANG DI SG BESAR – TINJAUAN PENDAPAT
- PINDAAN AKTA 355 BUKAN UNTUK HUDUD – AMANAH KELANTAN
- PINDAAN AKTA 355 BUKAN UNTUK HUDUD – AMANAH KELANTAN
- MCA TENTANG DAP YANG DIPERSALAHKAN KERANA BIADAP
| VIRAL DI FB ISU HADI BACA TEKS ATAU IKUT ARAHAN? Posted: 28 May 2016 07:27 AM PDT ![]() ![]() |
| WSJ dedah surat rahsia babitkan Jho Low, DAP gesa Pengerusi PAC letak jawatan Posted: 28 May 2016 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 MEI: Misteri keengganan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin untuk mendedahkan surat yang diterimanya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) akhirnya dijawab oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ). WSJ, dalam siri laporannya mendedahkan bahawa surat daripada BNM itu menamakan Low Taek Jho atau Jho Low sebagai pemilik syarikat Good Star Limited. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, menuntut agar Hasan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PAC kerana telah berbohong kepada jawatankuasa, menyembunyikan bukti serta menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang, 1MDB. "Tindakan Hasan itu sebelum ini mengundang keraguan kerana anggota-anggota PAC sendiri tidak dibenarkan melihat kandungan surat itu, sedangkan kami mempunyai autoriti untuk melihat dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). "Beberapa hari lepas, saya telah mempersoalkan sama ada Hasan bertindak sedemikian kerana kandungan surat itu menyebut tentang Jho Low sebagai pemilik Good Star Limited. Nampaknya, dugaan saya benar," kata Setiausaha Publisiti DAP itu dalam satu kenyataan. Surat daripada Bank Negara bertarikh 23 Mac yang didedahkan WSJ mendedahkan bahawa Good Star Limited – syarikat penerima dana AS$1.03 bilion daripada 1MDB, merupakan "milik seorang individu yang tidak berkaitan dengan Petrosaudi International." Ia bercanggah dengan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pegawai-pegawai tertinggi 1MDB yang kononnya syarikat itu merupakan milik kumpulan Petrosaudi. Anggota-anggota PAC pembangkang telah menggesa Hasan supaya menunjukkan kandungan surat terbaru BNM bertarikh 6 April kerana percaya bahawa ia mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut, namun Hasan enggan memberi kebenaran. Tony yang turut menganggotai PAC mendakwa bahawa Hasan telah menyalahgunakan jawatannya sebagai Pengerusi PAC dengan menjadi alat kepada penjenayah-penjenayah 1MDB yang merompak wang cukai rakyat. "Jika Hasan menunjukkan kandungan surat itu kepada kami (anggota-anggota PAC), sudah tentu skandal 1MDB dapat disiasat dengan lebih mendalam dan terperinci. Namun, beliau enggan serta cuba menyembunyikan kebenaran tersebut," katanya. Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan Perdana Menteri dan juga Bank Negara sibuk membuat laporan polis terhadap WSJ kerana kononnya media itu telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA). Baginya, apa yang lebih penting ialah status milikan Good Star Limited yang membuktikan AS$1.03 bilion pemberian 1MDB kepada syarikat itu merupakan satu penyelewengan dan bukannya pelaburan. "Jika dokumen WSJ itu benar, maka ia konsisten dengan maklumat siasatan pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan 1MDB yang kini dijalankan oleh enam negara. Kerajaan pimpinan Najib Razak mesti bertanggungjawab terhadap perkara ini," tegasnya. – Roketkini.com |
| UMNO SEMAKIN GILA, BALU DALAM EDAH (HARAM KELUAR RUMAH) DIPILIH CALON PRK KUALA KANGSAR Posted: 28 May 2016 04:50 AM PDT Pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja. Di mana agaknya UMNO meletakkan hukum Islam di sebalik keputusan memilih Mastura, seorang balu yang masih dalam edah, sebagai calonnya? Tidakkah wanita yang baru kematian suami ada tempoh edahnya yang tertentu di mana mereka tidak boleh keluar rumah, kecuali untuk bekerja atau atas urusan lain yang dikategorikan sebagai darurat sahaja demi menjaga kehormatan mereka? Wanita yang edah juga tidak dibenarkan menziarahi kematian orang lain, pergi ke majlis kenduri, berhias, memakai barang kemas dan sebagainya sepanjang dalam tempoh edah tersebut. Dari segi budaya pula, edah turut dianggap tempoh berkabung sebagai tanda sedih atas kematian suami. Jika wanita yang dalam edah tidak dibenarkan atau haram keluar rumah dan sebagainya kecuali darurat, jadi bagaimanakah Mastura yang pastinya akan keluar lebih daripada 12 sehari sepanjang tempoh kempen nanti sedangkan baru saja kematian suami pada 5 April lalu? Yang Mastura pun satu hal, kenapa ghairah sama untuk dipilih sebagai calon BN? Tidak simpatikah beliau kepada arwah suaminya di dalam kubur di mana ketika tanah kuburnya masih lagi merah, beliau bukan saja melanggar hukum Islam yang wajib dipatuhi, malah akan selalu meninggalkan rumah semata-mata untuk bergelar Yang Berhormat, sama seperti jawatan suaminya dahulu? Dalam hal ini, di manakah ulama-ulama dalam UMNO, apakah mereka sudah jadi bisu semata-mata bersetuju kerana melihat pemilihan Mastura mampu meraih simpati dan seterusnya membawa kemenangan kepada BN? Apakah UMNO sudah benar-benar tiada calon lain yang lebih sesuai untuk diketengahkan sehingga balu yang dalam edah dan sepatutnya lebih sesuai duduk di rumah, dipilih sebagai calon? Dalam maksud yang lebih jelas, balu yang dalam tempoh edah dikira haram bertanding kerana ia secara rela hati melanggar peraturan-peraturan edah itu sendiri seperti keluar rumah bukan kerana darurat, menghias diri, memakai barang kemas serta terlibat dengan percampuran yang lebih terbuka dengan kaum lelaki yang bukan muhrim. Di dalam Al Quran, perkara mengenai wanita dalam edah ini disebut dalam Surah Al Baqarah ayat 228. Sekali lagi, pemilihan Mastura ini ialah keputusan paling gila yang pernah dibuat oleh UMNO. Terbukti UMNO menjadi parti yang "sakit" sekarang ini. Pemilihan beliau sebagai calon adalah haram, bersetuju menerima sebagai calon juga haram, bahkan mengundinya boleh dikira sama hukumnya. Kalau pun benar ingin sangat kepada kemenangan dan menjaga air muka Najib, apakah hukum Tuhan mahu diengkari? Jika di Sungai Besar, seorang Adun dipilih bertanding untuk kerusi Parlimen sudah dianggap aneh, di Kuala Kangsar ini kegilaan dalam membuat memilih calon sudah sampai ke tahap tiada taranya lagi. Lebih mendukacitakan, selain ramai tokoh-tokoh agama dan mufti dalam UMNO, pemilihan Mastura sebagai calon itu pula diumumkan oleh Zahid Hamidi, seorang yang diketahui ada asas pengetahuan agamanya. (SH 28/05/2016). |
| AMANAH BERPELUANG MENANG DI SG BESAR – TINJAUAN PENDAPAT Posted: 28 May 2016 01:35 AM PDT ![]() Amanah berpeluang menang di Sg Besar – Tinjauan pendapatSatu tinjauan pendapat dalam kalangan pengundi di Parlimen Sungai Besar yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda mendapati Parti Amanah Negara (Amanah) mempunyai peluang tipis untuk memenangi Pilihan Raya Kecil parlimen Sungai Besar. "Kebarangkalian tinggi ialah Umno-BN akan menang. Namun begitu kami yakin Amanah dapat menewaskan PAS jika bertanding," kata Musadiq Khalid, salah seorang yang terlibat melakukan tinjuan. Beliau berkata, sokongan 100% penyokong DAP kepada Amanah amat diperlukan bagi menjayakan ramalan itu. Katanya lagi, rakyat di Sungai Besar teruja untuk melihat Amanah buat pertama kali bagi melakukan perbandingan kemampuan dan dasar perjuangan antara parti itu dan PAS. "Amanah boleh menggunakan peluang ini untuk mengkaji respon rakyat terhadap parti mereka dan segala kelemahan boleh diperbaiki sebelum Pilihanraya Umum Ke-14", katanya. Sementara itu, tinjauan rakyat yang dilakukan oleh wartawan Suara pakatan daily di Ipoh ke atas 35 orang penyokong Pakatan Harapan mendapati kesemua mereka berpendirian tegas bahawa Amanah harus bertanding di parlimen itu sebagai satu ujian kekuatan sebelum PRU14. "Inilah peluang keemasan untuk Amanah menggerakkan jentera mereka sebelum PRU14. "Setelah Pilihan Raya Kecil di Sg. Besar dan Kuala Kangsar, saya pasti Amanah akan menjadi lebih kuat lagi selepas nama Amanah diperkenalkan kepada rakyat. "Sekarang ada ramai rakyat yang tidak tahu mengenai Amanah," kata Michael Hoong, seorang warga emas berumur 70 tahun. |
| PINDAAN AKTA 355 BUKAN UNTUK HUDUD – AMANAH KELANTAN Posted: 28 May 2016 01:22 AM PDT Polemik dan kelemahan pindaan Akta 355 (Hudud) – Dr ZulqarnainULASAN: Hangat diperkatakan isu mengenai Ahli Parlimen Marang yang telah mengemukakan usul rang undang-undang persendirian. Pelbagai pihak telah mengulas daripada aspek politik. Saya biarkan orang lain memperkatakan isu politik sama ada perkara itu ada hubung kait antara kerjasama UMNO-PAS atau berkaitan PRK yang bakal dilangsungkan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Saya hanya ingin melihat daripada aspek perundangan. Komen awal saya bila melihat usul yang dibuat dan membuat perbandingan dengan seksyen asal Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), terdapat kejanggalan dari sudut penggubalan (drafting) akta ini. Saya tidak tahu siapakah yang mendrafkan usul tersebut. Saya fikir ianya tidak mematuhi standard dan piawaian Peguam Negara. Sefahaman saya, walaupun ianya adalah usul persendirian, pegawai undang-undang Parlimen seharusnya menyemak terlebih dahulu usul tersebut supaya ianya menepati bahasa undang-undang dan piawaian tertentu. Menjejaskan perlaksanaan Sekiranya terdapat kesilapan daripada segi bahasa kelak ianya akan menjejaskan perlaksanaannya kelak dan kesilapan ini akan menyusahkan pengamal undang-undang dan para hakim sendiri. Pada hemat saya, seharusnya Seksyen 2 Akta 355 ini hanya perlu dipinda di bahagian syaratnya sahaja iaitu berkaitan hukuman tiga tahun penjara atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau gabungan hukuman-hukuman tersebut. Lain-lain peruntukan di dalam seksyen itu tidak bermasalah dan perlu dikekalkan untuk mengelakkan timbul kekeliruan di kemudian hari. Berikut adalah seksyen 2 yang asal: Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah. "Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis: "Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. "Berikut pula adalah petikan apa yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang. Petikan ini saya ambil daripada Aturan Mesyuarat 26 Mei 2016 yang telah dimasukkan dalam laman web : 15. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan;- "Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut:- i. menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut: "2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan."; dan ii. memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut: "2A. Laras bahasa janggal Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati." Perkara penting di sini adalah laras bahasa undang-undang yang digunakan agak janggal iaitu: Usul itu telah membuang perkataan, 'Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri' dan hanya menggunakan perkataan 'Mahkamah Syariah' sahaja. Dalam konteks Negeri Kelantan, sebagaimana yang kita maklumi telah diwujudkan Mahkamah Syariah yang baharu iaitu Mahkamah Bicara Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas. Saya khuatir kelak ada pula orang mempertikaikan keesahan Mahkamah yang baharu diwujudkan tersebut. Saya juga gagal memahami apakah rasional ayat dalam seksyen asal itu dipinda sedangkan ayat tersebut telah banyak kali dicabar di Mahkamah dan seksyen itu telah berjaya menghadapi cabaran itu. Manakala, seksyen baharu yang diusulkan ini belum tentu berjaya menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Seksyen yang asal juga menyatakan, '…berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis'. Jelas seksyen asal ini adalah lebih umum dan menyeluruh berbanding dengan apa yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang. Ini kerana apa yang diusulkan itu hanya menyebut 'kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri..'. Saya kira adalah mustahak untuk mengekalkan bahasa asal Perlembagaan. Perkataan 'kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam' itu telah pun dicabar sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan berjaya mengharung cabaran tersebut. Sekali lagi saya menyatakan kekhuatiran saya sekiranya perkara baharu dibuat, ianya belum tentu lagi akan berjaya menghadapi cabaran itu. Ahli Parlimen Marang juga menyebutkan, 'Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan'. Saya tidak tahu siapakah penasihat undang-undang Ahli Parlimen Marang. Perkataan 'Undang-Undang Persekutuan' bermaksud akta-akta yang digubal oleh Parlimen. Saya percaya perkataan yang lebih tepat adalah 'Perlembagaan Persekutuan'. Bagi saya ini adalah kesalahan penggubalan yang tidak boleh dimaafkan dan termasuk dalam erti kata cuai. Saya tidak percaya ada orang yang berani mensabotaj Ahli Parlimen Marang dan saya anggap sesiapa jua yang menasihatinya patut memohon maaf secara terbuka kerana telah mengaibkan Ahli Parlimen Marang. Mahkamah berkuasa Usul nombor 2A yang dicadangkan juga janggal kerana menyebutkan 'Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah' sedangkan dalam Usul nombor 2 itu langsung tidak menyebutkan perkataan 'undang-undang jenayah'. Perkataan 'berhak menjatuhkan hukuman' juga agak janggal kerana ianya bukan bahasa lazim perundangan. Mungkin perkataan 'berkuasa' mungkin lebih tepat untuk digunakan. Ini kerana Mahkamah tidak dikatakan sebagai diberikan hak dan Mahkamah tidak memerlukan sebarang hak. Sebaliknya Mahkamah diberikan bidang kuasa maka ianya berkuasa untuk menghukum. Usul nombor 2A juga menyebutkan 'dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas'. Ini akan menimbulkan kekeliruan kerana nombor 2 tidak menyebutkan apa-apa kesalahan. Saya menyokong pindaan kepada Seksyen 2 Akta 355 kerana ianya boleh meningkatkan martabat Mahkamah Syariah. Bidang kuasa yang ada sekarang ini sememangnya sangat minima, malah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret. Bidang kuasa yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang ini sekurang-kurangnya menyamakan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sesyen. Namun, sebaiknya usul yang sebegini besar sewajarnya dibincangkan dengan teliti dan berhemat supaya tidak menimbulkan polemik lain. Hanya usul, belum bahas Saya juga telah mendengar sedutan drama di Parlimen hari ini dan saya mendapati Speaker sendiri menyatakan bahawa apa yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang ini hanyalah usul semata-mata dan bukanlah Bacaan Pertama sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang. Usul ini sama seperti usul yang dibawa oleh lain-lain Ahli Parlimen. Contohnya, Ahli Parlimen Kuantan pernah membawa usul berkaitan pencemaran bauksit di Kuantan dan Speaker telah membenarkan ianya dibahas. Lazimnya, cadangan usul akan dibawa di sebelah pagi dan akan dibahaskan di sebelah petang bagi memberikan ruang kepada lain-lain ahli parlimen membuat persediaan untuk berbahas. Anehnya, Ahli Parlimen Marang hanya mengemukakan usul dan usul tersebut telah tergantung tanpa dibahaskan. Usul hari ini tidak membawa apa-apa erti dan nilai daripada sudut perundangan melainkan ianya ada direkodkan di dalam hansard. Perjalanan untuk meluluskan usul ini masih jauh. Tiada siapa yang boleh memberikan jaminan sama ada ianya akan dibahaskan atau tidak. Ini kerana, selepas usul tersebut dibahaskan baharulah akan dibuat proses pengundian sama ada untuk menerima atau menolak usul tersebut. Sekiranya usul tersebut diluluskan baharulah akan dibuat proses berikutnya iaitu Bacaan Pertama, Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan Ketiga. Akhirnya, yang menjadi mangsa polemik adalah rakyat yang tidak memahami peruntukan undang-undang yang diajak untuk berkonflik dan kata-mengata di dalam FB dan whatsapp. Sekian. Dr Zulqarnain Lukman |
| PINDAAN AKTA 355 BUKAN UNTUK HUDUD – AMANAH KELANTAN Posted: 28 May 2016 01:17 AM PDT ![]() Pindaan Akta 355 bukan untuk Hudud – Amanah KelantanAmanah Kelantan menyifatkan usul pensendirian yang dibawa presiden Pas berkaitan Pindaan Akta 355 bagi mengubah kadar hukuman di mahkamah syariah hanyalah satu perancangan memporak perandakan parti-parti pembangkang dan sama sekali tidak berkaitan dengan perlaksanan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Jenayah Syariah II negeri Kelantan (1993) 2015. "Usul persendirian Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 telah mengundang berbagai reaksi dan polemik. "Ada pihak yg mendakwa kejayaan membentang usul ini membuka ruang kearah pelaksanaan hukum hudud, manakala pihak yang lain pula menafikannya. "Ada pihak bangkit membantah kerana hukum hudud, selain ada yang tidak bersetuju kerana bercanggah dengan perlembagaan negara," kata Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed pada satus facebooknya. Bagi beliau, Akta 355 tidak ada kaitan degan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (2015) kerana cadangan pindaannya hanya sekadar menambah kuasa hukuman bagi bidangkuasa jenayah yang sedia ada dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985, bukannya bagi membolehkan mahkamah syariah membicarakan kesalahan-kesalahan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam KJS II (1993) 2015. "Cadangan meminda Akta 355 bukanlah suatu yang pelik kerana semenjak diluluskan tahun 1965, akta ini sudah dua kali dipinda iaitu tahun 1984 dan 1988, cuma pindaan kali ini dicadangkan oleh pihak pembangkang, memang suatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara," katanya Gaya bahasa dan teknik pindaan yang dikemukakan dalam draf RUU MP Marang juga katanya agak kelainan dan nampak pelik berbanding dengan format yang lazim digunakan dalam draf pindaan undang-undang termasuk penggunaan istilah " Undang Undang Persekutuan" kepada Perlembagaan Persekutuan. "Cadangan pindaan dengan memansuhkan Seksyen 2 dalam Akta Ibu dan menggantikannya dengan Seksyen 2 yang baru tidak menampakkan apa-apa perubahan atau pindaan kapada bidangkuasa asal mahkamah syariah seperti yang diperuntukkan dalam Butiran Satu, Senarai II Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan kecuali sekadar mengubah struktur ayatnya yang asal, seolah-olah menampakkan pindaan ini tidak ada apa-apa perubahan undang-undang. . Beliau turut menyentuh cadangan memansuhkan Perenggan Dua dlm Seksyen 2 Akta Ibu dan menggantikannya dengan Seksyen 2A yang baru menjadikan Akta tersebut semakin bercelaru dan tidak jelas di segi kuasa hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah kerana ianya hanya diperuntukkan secara umum " mengikut hukum syarak", cadangan ini tidak mencapai matlamat pengkanunan undang-undang yang sepatutnya disebut secara jelas bentuk dan kadar hukuman yang hendak diperuntukkan. "Semua ini menjadikan saya beranggapan draf RUUP ini telah dibuat secara tergesa-gesa dengan kesilapan yang disengajakan untuk memerangkap Presiden Pas dan pemimpinnya yang lain dslsm polemik isu pelaksanaan hukum hudud yang sengaja dicipta untuk memporak perandakan parti-parti pembangkang. Malaysia dateline |
| MCA TENTANG DAP YANG DIPERSALAHKAN KERANA BIADAP Posted: 28 May 2016 01:11 AM PDT ![]() MCA ketuai parti-parti komponen BN tentang HududSokongan Putrajaya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Parlimen telah menghangatkan suhu politik negara. PAS mengatakan parti Islam itu berjaya membentangkan RUU itu atas kerjasama Umno, namun, apa yang mengejutkan ialah parti-parti komponen BN tidak dimaklumkan hal berkenaan. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kecewa dengan hal tersebut melibas Umno dalam laporan di akhbar Cina dan hari ini bergandingan dengan beberapa parti lain dari BN untuk tujuan yang sama. Liow mengadakan sidang akhbar di Putrajaya, hari ini untuk menyuarakan tentangan terhadap RUU hudud, bersama-sama pemimpin dari MIC, Gerakan dan SUPP. Walaupun hanya empat parti BN yang hadir pada hari ini ekoran ketergesaan dalam memanggil sidang akhbar tersebut, namun, usaha-usaha untuk mengembleng tenaga di kalangan parti-parti lain dalam BN bagi menentang hudud telah berjalan. "Ini bukan hanya MCA, kami berpakat dengan komponen parti lain untuk menyatakan pendirian (menentang hudud)," katanya. Kenyataan akhbar bersama ditanda tangani oleh Liow bersama-sama Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong selain Timbalan Presiden SUPP, Datuk Seri Richard Riot yang diterbitkan hari ini adalah seperti berikut : Kami melahirkan rasa kecewa apabila RUU Persendirian hudud yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan untuk pembentangan untuk tujuan perdebatan melebihi hal-hal kerajaan. Kami juga sedih kerana ia tidak pernah dibincangkan di kalangan kabinet atau majlis tertinggi BN. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan