Sabtu, 28 Mei 2016

kalam Perantau

kalam Perantau


‘Lorong Sunyi Media Bebas’ satu pembaharuan dalam dunia buku?

Posted: 28 May 2016 06:55 PM PDT

Oleh : Shuhaimi Almaniri

Sebelum menulis kolum Kalam Perantau pada minggu ini, saya mengucapkan tahniah pada team editorial Harakah kerana berjaya membuat satu lagi pembaharuan dalam dunia pesuratkhabaran dengan memberikan wjah baru pada Harakah edisi terkini adalah 40 mukasurat dimana semua muka surat dicetak dengan warna dan tiada lagi mukasuarat hitam putih tetapi dikekalkan pada harga RM 2 senaskah.

Saya tidak segera untuk mendapatkan buku Lorong Sunyi Media Bebas terbitan Penerbitan Pemuda dan terima kasih kepada Pengarang Ahmad Lutfi Othman yang menjemput saya untuk hadir pelancaran buku tersebut pada 20hb Mei 2016 lalu tetapi saya tak dapat hadir kerana bertembung dengan mesyuarat yang perlu saya hadiri.

Saya terpanggil untuk segera mendapatkan buku tersebut bila seorang rakan dari Sabah datang ke MyharakahBazzar pada Jumaat 27hb Mei untuk membeli buku tersebut tetapi tidak ada dalam senarai buku jualan di MyharakahBazaar.

Rakan tadi meminta bantuan untuk berhubung dengan penulis buku tersebut, Ahmad Lutfi untuk membeli terus dari beliau. Saya membawa rakan yang mencari buku tadi berjumpa dengan Lutfi dirumahnya. Terkejut saya, bukan sebuah yang dibelinya, tetapi 100 buah ditempah untuk dibawa balik ke Sabah.

Saya sendiri pun tidak ingat ada menyumbang satu artikel dalam buku tersebut. Berkali-kali saya cuba menulis tetapi tidak tahu dimana hendak mula. Secara jujur saya memberitahunya, sukar untuk tulis permintaan beliau pada kali ini. Untuk tidak menghampakan permintaannya, saya cuba menaip sesuatu sebagai catatan sekadar ingatan kepada seorang sahabat lama secara sepintas lalu sahaja berkaitan sisi pandang terhadap Lutfi kerana saya tulis tergesa-gesa sekitar bulan November, 2015 yang dijadikan bab ke-48 dalam buku tersebut dengan tajuk, Diingati kerana komitmennya pertahan hak pelajar berpurdah.

Menyertai Harakah

Sebenarnya kegigihan Lutfi sebagai seorang penulis dipupuk sejak dikampus UTM lagi. Diperingkat awal penglibatannya dalam PMUTM, beliau memang memegang portfolio akhbar dan penerbitan PMUTM sesi 1983/84 dan 1984/85 serta dilantik Ketua Pengarang 'Nada Kampus' lidah rasmi PMUTM. Jika tidak ada orang lain menulis dan menyediakan bahan, Lutfi menulis seorang diri dan kemudiannya terpaksa mempertahankan tulisan tersebut daripada mangsa guntingan Hal Ehwal Pelajar. Tidak sedikit tulisannya yang dilarang terbit. Semasa menjadi Setiausaha Agong PMUTM, Lutfi tetap konsisten menulis dan menyunting serta terlibat dengan kerja pengedaran. Tidak cukup dengan itu, beliau menerbitkan Suara Siswi, majalah khas PMUTM untuk mahasiswi dan beliau juga menjadi ketua pengarangnya.

Selepas Lutfi menyertai Harakah pada Mac, 1987 beliau diberi kepercayaan menjaga ruangan tetap Kampus. Hubungannya dengan aktivis pelajar berterusan. Malah beliau ditahan ISA pada akhir tahun 1989 kerana membuat laporan tentang demonstrasi pelajar UM dan dituduh sebagai penghasut mahasiswa untuk menentang kerajaan. Beliau kekal di Harakah hingga dilantik Pengarang Kumpulan Harakah pada tahun 1993.

Manakala saya menyertai Harakah agak lewat kerana saya menyertai dunia korporat terlebih dahulu untuk menimba pengalaman. Saya diminta bersama Harakah selepas menyelesai pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di UiTM selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008. Iaitu sebulan lebih sebelum pelancaran Harakah 2 kali seminggu pada Muktamar PAS di Ipoh. Lebih kurang setahun saya mengendalikan pemasaran Harakah, pada 2009 saya diberikan tugasan baru mempersiapknh Harakah dari segi IT dan memulakan pembangunan perniagaan digital.

Meskipun lama bersama Lutfi sebagai rakan sekerja Harakah atau pun aktivis mahasiswa dulu, kami kerap berbeda pendapat terutama berhubung pendekatan politik. Kami berbeda pandangan, misalnya terhadap isu-isu dalaman PAS. Saya sesekali turut dalam aktiviti kebebasan medianya, menerusi KAMI.

Lutfi sebelum masuk semula Harakah sebagai Ketua Pengarang Kumpulan pada 2006, beliau diamanahkan menerajui akhbar Siasah. Saya juga pernah menjadi kolumnis Siasah,. Kalam Perantau. Di Harakah pada peringkat awalnya saya tidak menulis apatah lagi mempunyai kolum, melalinkan kemudiannya sesekali menulis atas permintaan Lutfi. Tetapi diakhir khidmatnya sebelum bersara sebagai Ketua Pengarang kerana keuzuran, saya diberikan satu kolum untuk meneruskan minat saya dalam bidang penulisan.

Bersama Lutfi di PMUTM dan Harakah

Saya mula mengenali Ahmad Lutfi Othman bukan di harakah tetapi semasa menjadi aktivis pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kami pernah bersama-sama menjadi aktivis Persatuan Mahasiswa Unitersiti Teknologi Malaysia (PMUTM) pada era tahun 1980'an dulu.

Beliau bertanding dan menang dalam pilihanraya kampus beberapa kali sejak sesi 1983/84 hingga 1985/86. Banyak kenangan suka duka kami lalui bersama dalam memperjuangkan hak mahasiswa untuk terlibat dan bergiat dalam apa yang dikenali sebagai percaturan 'politik kampus'.

Kemuncak keterlibatan beliau sebagai aktivis mahasiswa adalah pada masa beliau menjadi Setiausaha Agong PMUTM 1985/86. Pada masa itu saya menjadi seorang exco PMUTM yang bertanggungjawab pada portfolio Asrama dan Penginapan. Turut terpilih menjadi exco PMUTM, adalah Zaini Ujang sekarang menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan mantan Naib Canselor UTM.

Lutfi kerap diingati kerana kesungguhannya memperjuangkan hak mahasiswi untuk memakai purdahdan bersikap proaktif membantah keras arahan pengharaman berpakaian menutup muka, apatah lagi dengan tindakan UTM memecat para pelajar berkenaan, majoritinya berada ditahun akhir pengajian. Dia bersungguh-sungguh menetangnya.

Pada zamannya juga terbentuk satu gabungan kepimpinan kampus-kampus utama yang sebahagian besarnya berpusat di Lembah Kelang kecuali USM di Pulau Pinang dan UUM di Kedah. Badan itu dikenali sebagai Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dipimpin oleh Zulkifli Yusoff (Presiden PMUM; sekarang Prof di Akademi Pengajian Islam UM) dan setiausaha adalah Saifuddin Nasution Ismail (Presiden PMUPM; pernah menjadi Setiausaha Agung KeADILan).

Antara aktiviti paling menonjol BBMN ialah demonstrasi besar menghimpunkan aktivis kampus Lembah Kelang membela Lutfi pada tahun 1986, bertempat di UTM selepas Jumaat ekoran penyingkirannya tanpa sebab yang munasabah. Mahasiswa tidak boleh menerima alas an beliau gagal dalam peperiksaan sedangkan beliau uzur ketika itu. Ramai pemimpin pelajar UTM yang digantung pengajian kerana tunjuk perasaan tersebut. Saya terlepas daripada tindakan disiplin tersebut kerana tidak mendaftar untuk tahun keempat Integrasi Sains Komputer selepas mendapat diploma pada tahun tersebut.

Sebaliknya memulakan kerjaya dalam bidang IT ini dengan terus bekerja dengan sebuah syarikat korporat, GLC dalam bidang besi waja berpangkalan di Kemaman Terengganu. Kemudiannya saya berpindah ke Kuala Lumpur semula dengan menyertai sebuah syarikat GLC yang lain dalam bidang teleomunikasi. Serentak dengan itu, saya juga memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah yang tertangguh dahulu dan memohon semula untuk memasuki UTM pada akhir 1980an.

Selepas mendapat tahu kemungkinan tidak dibenarkan menyambung semula pengajian ijazah oleh seorang Timbalan Naib Canselor, setelah Dekan Institut Sains Komputer (ISK) tiada halangan untuk meneruskan pengajian di UTM , saya menghantar permohonan ke UKM.

Saya pernah merekodkan dunia aktivisme ini dalam buku "Disebalik Tabir Politik Kampus" terbitan 1995. Ketika saya hendak menyambong menyambung pengajian peringkat sarjana, saya dan rakan menasihatkan dia untuk sambung semula pengajiannya yang tertangguh dulu. Lutfi memilih bidang Sains Politik di UKM.

Ini bukan ulasan buku. Tulisan ini ini telah disusun semula dari artikel saya dalam buku tersebut untuk tatapan pembaca setia kolum Kalam Perantau menjelang Muktamar PAS ke62 sebagai tribute kepada Mantan Ketua Pengarang Harakah bagi yang belum membaca lagi tulisan saya dalam dalam buku tersebut.

Biasanya apa yang saya tulis Lutfi akan berusaha baca, begitu juga sebaliknya. Saya tak pasti sama ada buku tersebut ada dijual di Muktamar atau pun tidak. Tergambar dalam fikiran bila baru dimananahkan mengndalikan Penerbitan Buku-buku Harakah, sebuah buku seperti ini perlu diterbitkan seperti yang pernah dilakukan semasa menyambut 20 tahun harakah bagi mengingati Ulangtahun ke30 Harakah pada tahun 2017. Ini adalah sekadar lontaran awal, apa pun perkara itu perlu difikirkan dan akan diusahakan bila tiba masanya nanti.

Saya tidak sempat lagi menghadam buku Lorong Sunyi Media Bebas setebal 811muka surat. Cuma apa yang saya lihat semacam ada satu trend baru dalam dunia buku bila ramai yang menjadi penulis dalam sesebuah buku menjadikan ianya seolah-olah sebuah jurnal. Dalam buku tersebut saya kira ada 70 orang kenalan beliau menulis. Apa yang Lutfi buat itu sebenarnya, saya dah mulakan ketika diamanahkan menjadi Editor Perunding untuk menerbitkan buku '25 tahun Kepimpinan Ulama' pada 2009 yang lalu.

Pada Muktamar PAS ke62 ini, Unit Buku Harakah berjaya menerbitkan 2 buah buku, iaitu Sejarah PAS 1951-1957 : Membina Jiwa Merdeka yang gagal diterbitkan sejak sekian lama dan buku lama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Sirrah Nabawiyyah yang disusun semula kepada 17 bahagian sebagai satu lagi tribute kepada beliau yang meninggalkan khazanah berharga tersebut sebagai amal jarian beliau yang berterusan.


Tiada ulasan: