Rabu, 11 Mei 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


ANTARA AGENDA DAJJAL DAN iSLAM

Posted: 11 May 2016 04:20 PM PDT

Sesiapa boleh dakwa mereka memperjuangkan Islam.kerana umat Islam disebut oleh Nabi Muhammad SAW akan berpecah kepada 73 puak.Cuma satu sahaja yang diterima keislamannya, iaitu yang ikut ajaranNya SAW. Maka, 72 puak lagi itu tidak diterima keislamannya.Mereka masih umat Islam dan mengaku muslim dan memang wajar mendakwa mahu memperjuangkan Islam acuan mereka.

Oleh itu, dalam Islam ada yang muslim,  ada yang munafik dan ada yang fasik.ada yang mukmin, jadi, tidak hairan dengan dakwaan dakwaan yang dibuat bahawa saya memperjuangkan Islam Allah telah memberitahu sepertimana FirmaNya yang bermaksud: " Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanya berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri, sesungguhnya Allah maha kaya ( tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk"(surah Al-Ankabut ayat 6)

Sehubungan dengan itu, Lim Guan Eng ketua menteri Pulau Pinang mahu memperjuangkan Islam. Bukan setakat hendak memperjuangkan Islam, malah beliau mahu memerintah Pulau Pinang macam Khalifah Umar Abdul Aziz.

Peliknya, ada juga orang orang Islam dari golongan ulama yang percaya dengan dakwaan tersebut dan lupa dengan kata kata Allah dalam Al Quran yang menyatakan bahawa mereka itu adalah musuh Allah, musuh nabi nabi dan musuh Islam.Pada hal Allah telah memberitahu dengan sejelas jelas bahawa orang kafir suka berbohong dan suka menipu dan berdusta.

Karpal Singh pernah dakwa yang dia bukan kafir.  Kafir, mereka tidak beragama. Atau dengan kata lain tidak ada agama, sedangkan karpal Singh beragama kristian.Dia ada agama.Maka dia dakwa dia bukan kafir.malah ada orang orang kafir marah apabila kata mereka kafir.Orang China yang masuk islam juga sangat sensitive dengan gelaran Kafir kerana orang bangsa mereka yang belum Islam..

Orang umno memang selama lama tidak bersetuju mengatakan orang kafir itu kafir. Gelaran kafir ini bukan kita yang pandai pandai buat. Akan tetapi Allah yang sebut bahawa mereka yang engkar itu adalah kafir.Kan, Islam lawan kafir. Apa akan jadi apabila perkataan kafir tidak ada.Sudah tentu tidak boleh buat perbandingan antara Islam dan kafir.Pasti jadi lebih keliru.

Jika fikir sepintas lalu, semacam  ada kebenaranya, kerana kebanyakan orang Islam setuju bahawa agama Yahudi dan kristian adalah agama samawi, atau berasal dari agama samawi (agama langit).demikian juga dengan Budha. Yahudi pernah dakwa mereka bukan kafir. Kafir sebenar ialah non Yahudi yang wajib  dibunuh.(Talmud)

Persoalan yang timbul sekarang,  apakah seorang muslim boleh dakwa dia memperjuangkan Islam.Jawapnya memang boleh apa sahaja, kerana mereka umat Islam (muslim) yang menganut fahaman yang pelbagai (berbeza) antara satu sama lain.

Mustafa Kamal Ataturk (1881-1938) mendakwa Islam yang beliau perjuangkan itu adalah Islam modern. Itu adalah dakwa presiden Turki (1924-1938) yang buang undang undang Islam dalam kerajaan yang diterajuinya.

Rakyat jelatanya tetap mendakwa diri mereka masih Islam, tidak kurang yang menunai haji di Mekah apabila tiba musim haji, miskipun telah menyatakan "kami tak mahu undang undang Islam (tolak Allah) dalam suatu himpunan tidak lama dahulu.

Dalam kitab mastika hadis, barangsiapa yang mengatakan undang undang Islam tidak sesuai, maka kafirlah dia. Soalnya, mereka bukan kata undang undang Islam tidak sesuai sahaja, malah mereka terang terangan tolak hukum Allah dan berkata, kami tidak mahu undang undang Islam.

Apakah betul dengan dakwa itu,Mereka tetap mengatakan yang mereka berada dipihak yang benar, kerana dia seorang muslim. Mereka lupa seseorang muslim belum tentu dia mukmin beriman dan bertakwa.

Manakala mukmin pula pasti dia beriman dan bertakwa. Oleh itu,belum tentu muslim, seorang  yang beriman dan bertakwa. lebih lebih lagi mereka itu belum lagi diuji dengan ujian yang melayakan mereka dianugerahkan sebagai mukmin sebenar.

Kini, Islam terbahagi kepada banyak puak dan mendakwa yang dia juga memperjuangkan Islam, iaitu Islam mengikut fahaman masing masing yang kita kenalpasti, ada Islam liberal, Islam moden. Mereka mendakwa mereka juga Islam dan memperjuangkan Islam.

Itulah perbezaan fahaman dek salah faham dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW yang rata rata masih mendadik dada akulah yang memperjuangkan Islam tanpa rujuk dengan Al Quran dan hadis.

Perbezaan pendapat ini bukan sahaja berlaku antara umat islam yang berlainan parti, malah dalam parti yang sama juga turut berbeza pendapat.

Misalnya, dalam Pas, Presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berbeza pendapat dengan Mursyidul Am Datuk Dr Harun Din. Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bekas menteri Kelantan dengan menteri besar Datuk Ahmad Yaakub.

Presiden membenarkan penggunaan  kalimah Allah kepada orang kafir , tetapi jangan salahguna, sedangkan Datuk Dr Harun Din, mengatakan jadi kafir bagi mereka yang membenarkan kalimah Allah dipakai oleh orang kafir sehingga lupa membenarkan orang kafir menggunakan kalimah Allah merupakan tiket untuk orang kafir menghina Islam. 

Kalimah Allah dibubuh pada selipar.Pada hal Allah telah beritahu dalam Quran bahawa orang orang kafir suka salahguna apa sahaja demi untuk menghina Islam. (istilah "salahguna" tidak ada dalam kamus orang orang kafir. Demikian juga halal haram. Semuanya boleh)

Demikian juga dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat, yang tidak membenar perempuan masuk musabaqah Al Quran, kerana suara perempuan adalah aurat. Tapi Datuk Ahmad Yaakub setelah mengambil alih menteri besar Kelantan, membenarkan perempuan menyertai musabaqah Al Quran yang diadakan setiap tahun itu.

Ini berlaku dalam satu jemaah.Maka tidak menghairankan apabila orang PAN, orang Umno dan orang Islam dalam DAP mendakwa yang mereka juga mahu memperjuangkan Islam, Lim Guan Eng juga mahu memperjuangkan Islam.Dicanang dan dijaja sedemikian rupa.

Sudahlah orang orang islam, mereka berbeza satu sama lain.Ada yang langsung tidak fikir mengenai halal dan haram.termasuk jadi pengamal tegal riba.Inilah bentuk Islam mereka sepertimana yang dinyatakan Rasulullah SAW bahawa umatku berpecah kepada 73 puak. Bayangkan dengan 72 puak yang kita kenapasti sejak dahulu dan kini itu.

Mungkin yang sesat juga boleh berbuat demikian dengan tujuan untuk mengelirukan orang awam ikut turut sesat dan menyesatkan. Yahudi pun tidak mengaku yang mereka kafir. Apatah lagi dengan orang Islam yang muslim.mereka tetap mengaku yang mereka muslim, miskipun tidak solat lima waktu sehari semalam.

Apakah wajar mereka memperjuangkan Islam sepertimana yang didakwakan itu?

Tiada ulasan: