Jumaat, 13 Mei 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


5 Perkara Menarik Tentang Jurulatih Baru Pasukan Kelantan

Posted: 13 May 2016 02:03 AM PDT



TENTANG JURULATIH BARU TRW

Berikut 5 perkara tentang Velizar Popov:-

1) Popov dilahirkan pada 7 Februari 1976 di Plovdiv, Bulgaria. Antara kelab yang pernah diwakilinya sepanjang karier sebagai pemain ialah Lokomotiv Plovdiv, Hebar Pazardzhik dan Spartak Plovdiv.

2) Popov dilabel sebagai jurulatih terbaik yang pernah membimbing pasukan kebangsaan Maldives. Bintang PDRM FA, Ali Ashfaq menyifatkan Popov antara jurulatih terbaik yang beliau pernah bekerjasama.

3) Sebelum itu, Popov mencipta sejarah bersama kelab Maldives, New Radiant. Pada tahun 2013, Popov membawa New Radiant muncul juara liga dengan rekod 100 peratus kemenangan tanpa seri atau kalah.

4) Popov pernah dilamar pasukan Perak sebelum ini untuk melatih Seladang pada pertengahan 2014. Bagaimanapun, keputusan tersebut dibatalkan pada saat saat akhir. Popov kemudiannya membimbing pasukan Liga Thailand, Suphanburi FC dimana beliau berjaya membawa kelab tersebut di tangga ke-6 liga selain layak ke semi final Piala FA.

5) Popov fasih bertutur dalam 6 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Portugis, Rusia, Bulgaria, Itali dan Latin. Beliau juga mampu mempunyai kemahiran berkomunikasi secara asas dalam Bahasa Romania, Arab dan Dhivehi (Bahasa Maldives).

6) Mempunyai lesen pro UEFA selain pernah menjalani kursus kejurulatihan dengan Persatuan Bolasepak Bulgaria dan Persatuan Bolasepak Belanda.

Jelas sekali Kelantan telah mendapat seorang jurulatih yang cukup berkualiti dan berpengalaman. Pastinya reputasi The Red Warriors akan pulih dengan kehadiran Popov selepas ini.

Tiada ulasan: