Rabu, 25 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Lagi Sokongan Untuk Mat Sabu Sebagai Calon PH PRK Sg Besar

Posted: 25 May 2016 12:13 AM PDT

SAMM sokong Mat Sabu jadi calon

SUNGAI BESAR - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menyatakan sokongan penuh kepada Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan Presidennya, Mohamad Sabu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Penyelarasnya, Azhar Achil berkata, parti itu harus menghantar panglima perangnya untuk meraih sokongan pengundi sekali gus mencerahkan peluang Amanah untuk merampas kerusi itu yang dimenangi BN sebelum ini.


"Parti Amanah dengan imej progresif Islam serta latar belakang calon tokoh nasional yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini," katanya dalam kenyataan medianya di Facebook.

Sehubungan itu, katanya, SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan itu memandangkan dua PRK yang diadakan serentak pada 18 Jun depan diandaikan yang terakhir menjelang PRU14.

"SAMM Selangor telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan termasuklah di Sungai Besar dan sekitarnya yang merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri ini,"
katanya.

Beliau berkata, SAMM Sungai Besar telah melaksanakan beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu antara nama yang disenaraikan sebagai calon parti itu pada PRK Parlimen Sungai Besar.

Selain itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. -SH

SAMM SELANGOR SEDIA BANTU CALON PH HADAPI PRK SG.BESAR

Umum telah ketahui PRK Sg.Besar dan K.Kangsar akan diadakan serentak iaitu 5 Jun untuk penamaan calon dan 18 Jun hari mengundi, berikutan kematian dua ahli parlimen Barisan Nasional yang mewakili kawasan tersebut.

SAMM Selangor telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan. Kawasan Sg. Besar dan sekitarnya juga adalah merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri Selangor.

SAMM pernah mengadakan perbagai aktiviti anak muda di kawasan tersebut, justeru itu adalah menjadi tanggujawab kami bersama jentera rakyat memastikan calon Pakatan Harapan yang mewakili aspirasi rakyat menang di kawasan Parlimen Sg. Besar.

Selepas kerusi ini dikosongkan, SAMM Sg Besar sudah membuat beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti-parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.

SAMM Selangor juga tanpa berselindung menyatakan sokongan kepada parti Amanah untuk mencalonkan Md Sabu (presidenya) bagi bertanding di Parlimen Sg. Besar. Parti Amanah harus menghantar general perang terbaiknya dan sosok Md Sabu adalah pilihan tepat.

Peluang kemenangan dengan meletak calon tokoh nasional ini amat cerah. Parti amanah dengan imej progresif islam serta latar bekalang calon yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini.

Sg. Besar yang bakal diwakili tokoh nasional ini pasti nanti akan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan pusat. Kesan positifnya tetap pada rakyat di Sg Besar.

SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan ini dan mengambil serius kerana ini PRK terkahir menjelang PRU akan datang. PRK kali ini juga menjadi medan yang menguji kekuatan, kemenangan PH di Sg. Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pemangkin penting kemenangan PH pada PRU-14.

SAMM Selangor sudahpun mengaktifkan jentera dan akan membuka bilik gerakan serta menggerakkan sepenuhnya jentera bagi memastikan kemenangan PH. Saya selaku penyelaras SAMM Selangor juga merupakan pengundi di Parlimen Sg Besar.

Azhar Achil
Penyelaras SAMM Selangor
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)





IKLAN BERBAYAR


Pemuda AMANAH Tegas AMANAH Bertanding, PKR Digesa Sertai Blok Ke 3

Posted: 24 May 2016 07:52 PM PDT

Pemuda parti Amanah Negara bertegas untuk AMANAH bertanding di Sungai Besar & Kuala Kangsar.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdra Sany Hamzan menyatakan bahawa Pemuda AMANAH mendokong penuh pendirian AMANAH untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.


Pendirian yang dikeluarkan semalam oleh Pengarah Komunikasi, YB Khalid Samad dilihat sebagai garapan jelas mahu merealisasikan pertembungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN), tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya Pemuda AMANAH telah pun menggerakkan jentera dari seluruh negara untuk turun dan berjuang di dua gelanggang besar ini. Persiapan dan gerak kerja awal penting memandangkan AMANAH / Pakatan Harapan bakal berdepan jentera BN yang pastinya akan bermati-matian mempertahankan kedudukan mereka di kedua-dua parlimen ini.

Dalam usaha membantu memperkukuh jentera Pakatan Harapan di kedua-dua pilihanraya kecil ini, Pemuda AMANAH akan memanggil Mesyuarat Pemuda HARAPAN dalam masa terdekat untuk menyelaraskan jentera Pemuda HARAPAN dalam kedua-dua PRK ini. Mesyuarat ini juga diharap mampu merungkai persoalan-persoalan penting seputar kedua-dua PRK ini.

Pakatan Harapan sehingga ini masih belum membuat keputusan parti mana yang akan diberimandat untuk bertanding di dalam kedua-dua PRK berkenaan.

Datin Seri Wan Azizah telah menuding jarinya kepada PAS yang menyebabkan kelewatan tersebut.

Namun kenyataan beliau itu telah ditempelak oleh banyak pihak kerana tidak wajar untuk mengheret PAS lantaran PAS bukannya parti komponen PH.

Adalah difahamkan PKR cenderung kepada PAS berbanding dengan dengan rakan-rakan komponen di dalam PH iaitu AMANAH dan DAP.

Ketua AMANAH Bukit Katil, Sdra Sofi Wahab telah melahirkan rasa keewanya terhadap pendirian PKR tersebut dan menyatakan bahawa PKR seolah-olah merasakan mereka abang besar atau abang long dalam PH sehingga sewenang-wenang membuat keputusan sendiri dalam beberapa hal.

Memetik kenyataan beliau yang tersiar di amanahmelaka.blogspot.com, Sofi juga telah mencadangkan agar PKR segera menyertai Blok ke 3 bersama PAS dan Ikatan.

Katanya, dengan cara demikian, PH boleh berbincang dengan Blok ke 3 (PAS, PKR dan Ikatan) untuk memastikan 1 lawan 1 dengan BN pada 2 PRK Sg Besar dan K.Kangsar serta juga pada PRU 14 nanti.

"PKR tidak perlu meletakkan sebelah kaki dalam PH sementerah sebelah lagi bersama PAS (blok 3)," tambahnya.

Beliau melahirkan rasa optimisnya bahawa jika cadangan itu menjadi realiti, kedua-dua blok pembangkang mudah melaksanakan kerja masing-masing dan mudah untuk membuat keputusan samada ingin berlawan dengan BN secara 1 lawan 1 atau 3 penjuru. -Greenboc




IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: