Selasa, 24 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


AMANAH Bakal Pilihan Rakyat Malaysia Yang Cintakan Islam

Posted: 24 May 2016 01:05 AM PDT

Ilham Centre dapati Pas tidak serius menentang BN

Pendirian Pas yang menyertai pilihan raya untuk mendapat keredaan Allah sebenarnya untuk melunakkan dan memainkan sentimen ahli parti itu sahaja, tegas Ketua Pegawai Eksekutif, Ilham Centre, Hisommudin Bakar.

Menurutnya, kenyataan Pas itu gagal meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka sebaliknya hanya bagi memastikan supaya ahli parti tersebut tidak beralih kepada parti pesaing utama mereka, Amanah.


"Kenyataan (Pas) itu tidak serius untuk menentang BN. Sikap Pas hanya memecah ombak dan juga gelombang yang dibina oleh pakatan pembangkang untuk meraih lebih banyak undi," ujarnya dipetik dalam satu program bual bicara di Astro Awani malam tadi.

Mengulas lanjut pertembungan Pas dan Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Jun depan, beliau menyifatkan Pakatan Harapan terpaksa berdepan senario kepimpinan Pas pada masa ini.

"Sebab itu Pakatan Harapan tidak boleh membiarkan hanya PAS berdepan dengan BN. Pakatan Harapan terpaksa menyusun strategi mereka untuk meraih sokongan terbanyak supaya beralih daripada parti yang tidak serius untuk menang (Pas) kepada Pakatan Harapan yang lebih serius (menentang BN dan memenangi pilhan raya)," jelasnya ketika ditemubual perantara, Nazri Kahar.

Pas selesa

Ditanya mengenai dakwaan Pas kononnya kedua-dua kerusi Parlimen itu sebagai kerusi tradisi parti itu, Hisommudin menganggap Pas begitu selesa dengan pendiriannya untuk berdepan dengan BN walaupun tanpa Pakatan Harapan.

"Hakikatnya, selepas perpecahan Pas pada muktamar (tahun) lepas, Pas kena melihat penggerak, aktivis dan jentera pilihan raya sebenarnya telah beralih kepada parti Amanah terutamanya di Selangor.

Amanah bakal pilihan rakyat Malaysia yang cintakan Islam

"Walaupun Amanah satu jenama baru, Pas perlu melihat keupayaan ini sebab undi yang diperoleh sebanyak 43 peratus pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang diperoleh daripada pengundi Melayu lalu sudah tentu akan berpecah lagi. Pas hanya dapat 18 peratus. Bagi saya tidak mungkin Pas boleh mengambil undi 43 peratus itu," katanya.

Menjawab tentang kesan jika Pas gagal untuk berunding dengan Amanah atau Pakatan Harapan berhubung penentuan calon bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau berpendapat Pas mustahil untuk menang dalam keadaan tiga penjuru walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mendakwa mempunyai jentera pilihan raya yang terbaik.

Selain itu, Hisommudin turut menyebut corak pengundian berbeza antara Kuala Kangsar dan Sungai Besar walaupun kedua-dua kawasan Parlimen terbabit boleh dianggap kawasan tradisi pengundi Melayu.

"Terdapat 66 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar dan 68 peratus (pengundi) Melayu di Kuala Kangsar. Corak pengundian mereka berbeza. Di Sungai Besar, pengaruh Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan lebih besar.

"Trend di Kuala Kangsar agak berbeza kerana gelombang dan isu seolah-olah terlindung di sebalik bukit dengan isu tempatan lebih mendapat perhatian berbanding isu nasional.

"Berbanding Sungai Besar, isu nasional yang menjadi liabiliti kepada BN seperti GST (cukai barang dan perkhidmatan), 1MDB (1Malaysia Development Berhad) adalah kelebihan kepada mereka (pembangkang) tetapi tetap akan berlaku perpecahan undi Melayu, maka sudah tentulah berpihak kepada BN," tambahnya lagi dalam program bual bicara hampir 25 minit itu.

ULASAN GB

Berdarkan maklumat Ilham Center di atas, jelas kini PASlah yang perlu mengukur baju di badan sendiri walapun sebelum ini PAS menyuruh parti-parti lain berbuat demikian.

Ini kerana: Pas kena melihat penggerak, aktivis dan jentera pilihan raya sebenarnya telah beralih kepada parti Amanah terutamanya di Selangor, kata Pengarah Ilham Center.

Kedua, kenyataan-kenyatan pemimpin PAS jelas memberi petunjuk bahawa PAS tidak serius menentang BN. Contohnya seperti kenyataan At-takiri:


Malah sebelum ini, Presiden PAS sendiri menekankan bahawa PAS bukan untuk merampas kuasa dari BN, tetapi ingin menjadi Penasihat BN.


Dan seperti dinyatakan oleh Ilham Center di atas, bahawa, Amanah bakal pilihan rakyat Malaysia yang cintakan Islam.





IKLAN BERBAYAR


Mat Sabu Disebut-sebut Calon PRK Sungai Besar

Posted: 23 May 2016 07:37 PM PDT

Mat Sabu antara nama calon AMANAH di Sg Besar

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu adalah antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.

Selain Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, turut dinamakan ialah Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, nama-nama tersebut juga telah dipersetujui oleh DAP Selangor.


Bagaimanapun, Khalid berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar.

"Ya Mat Sabu antara nama calon tetapi selain dia kita juga namakan Salahuddin dan juga Nizar.

"Tetapi kita belum putuskan lagi sebab kita masih lagi membuat tinjauan (berkaitan calon) di Sungai Besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas lanjut mengenai kesediaan AMANAH untuk bertanding di dua pilihan raya kecil berkenaan.

Azmin sebaliknya hanya berkata, sebarang keputusan akan ditentukan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

"Kita akan bincang dalam Majlis Presiden," katanya.

Bagaimanapun Azmin memberitahu belum ada tarikh muktamad ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu. -mk

ULASAN GB

Secara umumnya, akar umbi ahli AMANAH bersetuju menghantar Presidennya untuk menjadi calon di PRK Sungai Besar.

TETAPI, (besar tetapinya itu), AMANAH perlu dilihat tegas di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Nampaknya Majlis Presiden telah gagal untuk memutuskan calon PH. PKR masih sibuk dengan PAS, sedangkan PAS bukan dari PH. Alasan kononnya untuk rakyat. Nak bertanding satu lawan satu. Alasan-alasan ini juga digunakan semasa PRN Sarawak dulu. Apa jadi? Berantakan PH dikerjakan oleh PKR.Sekali lancung ke ujian, seumur hidup orang tak percaya: sekali saja mengkhianati teman maka untuk selanjutnya anda tidak dipercayai lagi.

PH perlu tegas. Sepatutnya hari ini sudah diumumkan pada ini. Ini tidak, nak ikut cakap WAWI dan Azmin, tunggu sampai hari terakhir, hari penamaan calon iaitu 5 Jun.

Sedangkan para petugas perlu dikerah dan digerakkan segera. Parti-parti lawan seperti BN dan PAS sudah pun memulakan tugasnya.

Sebenarnya ada permainan licik dari Azmin dan PKR untuk menepis calon AMANAH, dan PKR sendiri mahu bertanding di situ.

DAP sudah membuat pendirian terbukanya iaitu akan menyokong AMANAH untuk bertanding di Sungai Besar. Jadi ikut konsensus, PH sudah sepatutnya boleh membuat keputusan, tanpa perlu menunggu PKR yang terhegeh-hegeh nak berunding dengan PAS, kononnya.

Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) sebelum ini telah membuat kenyataan tegas. (Rujuk semula kenyataan media KPPHM di bawah:

KENYATAAN MEDIA KEMBALI KEPADA PERJANJIAN PH, PECAT KOMPONEN JIKA PERLU

Senario yang berlaku mutakhir ini menampakkan di mata umum, Pakatan Harapan (PH) seperti sudah tidak bersepakat di dalam sebarang sesuatu isu dan ini telah dan akan terus menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

PRN Sarawak 2016 yang baru berlalu telah meninggalkan kesan yang amat mendalam apabila wujudnya parti yang membelakangkan perjanjian bersama Pakatan Harapan sebaliknya cuba untuk mewujudkan kerjasama dengan blok lain di atas alasan untuk mengelakkan pertindihan kerusi.

Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya apabila pihak di blok lain tidak memberikan kerjasama sehingga mengakibatkan Pakatan Harapan berantakan dan menyebabkan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengalami luka yang parah dengan penyusutan undi popularnya di Sarawak.

Kami, Kelab Penyokong-Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) sebelum ini telah menyatakan parti-parti komponen Pakatan Harapan perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan sepertimana yang . Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) dan "keputusan kolektif" di kalangan ahli komponen PH perlu wujud bagi mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam menghadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.

Ini sejajar dengan Fasal pertama Perjanjian Pakatan Harapan dimana segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Justeru itu, KPPHM berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam menghadapi pilihanraya.

Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga rundingan, kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.

Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan hendaklah bertindak tegas dengan mana-mana parti komponen yang dilihat tidak mematuhi Perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini dan disingkirkan jika perlu.


Ia adalah penting supaya ungkapan 'government-in-waiting', tidak sekadar gimik politik, tetapi benar-benar diterjemahkan kepada realiti.

Niat politik yang ikhlas sepatutnya menjadi asas kepada kepatuhan parti-parti komponen kepada prinsip yang dipersetujui dalam dasar dan keputusan bersama. Keikhlasan dan kejujuran politik sebegini juga adalah sebahagian harapan rakyat yang perlu dikotakan

Greenboc
Timbalan Presiden
merangkap Pengarah Komunikasi
KPPHM

18 Mei 2016



IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: