Sabtu, 14 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pemuda AMANAH Kecam Kartel Yang "Berlagak Suci"

Posted: 13 May 2016 10:56 PM PDT

Pemuda Amanah kecam pemimpin 'berlakon suci', 3 penjuru sukar dielak

Pemuda Amanah Nasional hari ini menegaskan pendirian agar parti itu mewakili Pakatan Harapan dalam dua pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta mahu pemimpin yang 'berlakon suci' untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRK terbabit melihat kembali tindakan mereka yang mengecewakan rakyat dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang baru berakhir.


"Rakyat tidak bodoh. Sukar untuk mereka menerima pemimpin yang telah mengecewakan majoriti rakyat dengan tindakan melulu membenarkan pertandingan sesama Pakatan Harapan dalam PRN Sarawak yang lalu, kini 'berlakon suci' pula kononnya mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan Pas/Blok Ketiga.

"Apakah mesej politik yang mahu dihantar pemimpin ini sebenarnya? Terus mahu mengucar-kacirkan Pakatan Harapan atau apa?" tegas Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan.

Menurut Sany, perbincangan kerusi sesama Pakatan Harapan bagi dua PRK itu adalah detik paling kritikal untuk rakyat meyakini gabungan alternatif yang kuat dan mampu menggantikan BN serta melakukan reformasi menyeluruh terhadap urustadbir negara.

Pertindanan kerusi sesama Pakatan Harapan di PRN Sarawak, katanya kekal menjadi sejarah hitam dan sepatutnya tidak diulang oleh mana-mana parti dalam koalisi.

Pakatan Harapan juga, katanya perlu menghormati kerjasama yang dibuat oleh Pas dan parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bersama 'ratusan' badan bukan kerajaan yang lain dalam membentuk Blok Ketiga.


"Harus diterima umum bahawa Pas dan rakan-rakan koalisinya telah nekad untuk bertanding di mana sahaja kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan. Bahkan senario tersebut telah pun berlaku dalam PRN Sarawak yang lepas.

"Lantas kemungkinan berlakunya pertandingan 3 penjuru antara Pas (Blok Ketiga), Amanah (Pakatan Harapan) dan Umno (BN) di P.093 dan P.067 hakikatnya merupakan suatu pertembungan yang bakal menguji dan menjadi kayu ukur gabungan politik mana yang lebih dipercayai rakyat," ujarnya.

Sany menegaskan bahawa rakyat telah sedia maklum bahawa Pas bukan sebahagian Pakatan Harapan dan akan bertanding mewakili Blok Ketiga.

Sehubungan itu beliau menggesa seluruh pemimpin Amanah, PKR dan DAP menyedari hakikat ini dan berusaha memperkukuhkan Pakatan Harapan sebagai alternatif kepada BN.


Pemuda Amanah Nasional juga, jelas beliau yakin Amanah perlu diberi laluan untuk bertanding di dua PRK terbabit bagi menguji kekuatannya di Semenanjung selepas meraih undi popular sebanyak 1.24% dengan umur penubuhan selama 8 bulan dalam PRN Sarawak.

"Peratusan undi popular dengan umur penubuhan parti yang masih baru boleh diakui lebih baik dan jauh meninggalkan parti-parti tempatan sendiri seperti STAR dan PBDS (Baru),"
ujar Sany.

Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga, tambah beliau adalah kawasan strategik bagi Amanah sebagai parti Islam memandangkan komposisi campuran penduduk dengan majoriti Melayu Islam.

Menurut Sany, sentimen anti-Najib yang semakin meluas di kalangan rakyat memerlukan Pakatan Harapan meletakkan calon yang tegas menolak Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

"Penting untuk Pakatan Harapan mengambil kira ketegasan prinsip untuk menolak Najib Razak dan pada masa yang sama tidak memberi ruang calon-calon yang 'mesra' Najib Razak bertanding secara solo," katanya.

Beliau juga yakin Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor sedia membantu Amanah untuk menang di kawasan Parlimen Sungai Besar. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan tidak menamakan siapa pemimpin "yang berlagak suci" itu. Namun umum sudah tahu siapa sebenarnya yang dimaksudkan.

Sebelum ini GB ada mengulas mengenai hal 3 penjuru di dalam PRN Sarawak yang baru lalu di entri bertajuk: 3 Penjuru: Azmin & PKR Teruk Dimaki Di Media Sosial

Di dalam ulasan GB telah menyatakan:

Kewujudan "Kartel Azmin" di dalam PKR menyebabkan seluruh Pakatan Harapan menjadi huru-hara. Akibat darinya, Azmin dan PKR menjadi sasaran maki hamun oleh rakyat Malaysia kerana mengkhianati Perjanjian Pakatan Harapan.

Sebelum ini Azmin menyatakan beliau melakukan apa sahaja untuk "mengelakkan" pertandingan tiga penjuru tetapi apa yang berlaku rupa-rupanya kartel Azmin inilah yang "menggalakkan" pertandingan tiga penjuru tersebut.

Azmin juga dilaporkan berkata bahawa beliau yang memberi kuasa PKR Sarawak bertanding di lima kerusi yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada DAP.

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan hari ini menunjukkan PKR MEMANG BERSALAH. Buktinya, 2 kerusi DUN telah dimenangi tanpa bertanding oleh BN iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota.

"Orang tamak sentiasa rugi," tulis seorang penyokong PH difacebooknya.

"Kerana PKR gila sangat berebut kerusi, akhirnya Allah hukum dia awal-awal, dia peneyebab PH hilang dua kerusi. Macamana calon boleh tiba-tiba "hilang" dan bagaimana seorang muflis boleh dijadikan penyokong?," bentaknya lagi.

"Kalau dulu, PKR marah PAS kerana PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi miliknya, kini PKR pula meniru perangai PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi yang telah diperuntukkan kepada parti lain. 2x5 sahaja perangai PKR dan PAS," tweet seorang lagi penyokong PH.

"Bagitahu kepada Azmin, bagitahu Tian Chua, bagitahu kepada Shamsul, supaya jangan pertahankan kesalahan kamu, kita akan berusaha dan berdoa agar mereka ini akan kalah di dalam PRU akan datang kerana mengkhianati PH sama seperti PAS mengkhianati PR dahulu," tulis seorang lagi di dalam satu kumpulan Whatsapps.

Sementara itu Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.

Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan persetujuan untuk tidak bersetuju, yang membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat



Dan seperti yang GB jangkakan ia menjadi kenyataan. PKR telah "dihukum" di Sarawak.

TAHUN DAP PKR
2011 20.05% 17.41%
2016 18.21% 9.29%
BEZA -2.21% -7.85%

Berdasarkan jadual peratusan undi popular PRN Sarawak di atas, sekalipun PKR berjaya mengekalkan 3 kerusi PKR, tetapi hakikatnya undi popular PKR di Sarawak telah menjunam jatuh dari 17.41% pada PRN10 kepada hanya 9.29% pada PRN11 iaitu menurun sebanyak 7.85%.

Kerusi DAP walaupun merosot kepada 7 dari 12 kerusi angkara permainan kartel Azmin, namun undi popularnya hanya menurun 2.21% sahaja (20.05% pada PRN10 kepada 18.21% pada PRN11).

Walaupun sebelum ini PKR mendakwa mereka mendapat lebih sokongan rakyat Sarawak daripada DAP, jelas sekali keputusan menunjukkan di sebaliknya.

Lansung tiada pernyataan meminta maaf dari kartel Azmin atau mana-mana pemimpin PKR terhadap kecurangan mereka, yang ada ialah kenyataan Nurul Izzah beberapa hari sebelum pilihanraya berjalan "mempertahankan" Azmin.

Sejurus selepas keputusan diumumkan Azmin membuat kenyataannya untuk memujuk DAP, katanya kekalahan DAP adalah kekalahan PKR juga sedangkan beliaulah akitek yang menyebabkan DAP kecundang semata-mata inginkan PKR merampas Sarawak dari DAP dengan menjadikan orangnya sebagai Ketua Menteri, demikian GB dimaklumkan.

Kemudian timbul pula beliau mengajak PAS bersama PH walaupun ianya lansung tidak dibincangkan oleh Majlis presiden PH apatah lagi dimuafakatkan bersama parti-parti komponen PH iaitu DAP dan AMANAH.

Setelah mengkhianati DAP, kni beliau cuba mengkhianati AMANAH.

Azmin terlupa akan jasa-jasa AMANAH kepadanya kerana dengan sebab tindakan 2 orang ADUN AMANAHlah, Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang dicop dan difitnahkan sebagai "barua" dan "broker" oleh Presiden PAS yang telah menyebabkan beliau berjaya menjadi Menteri Besar Selangor. TETAPI kuasa Allah menetapkan kedua-dua YB ini akhirnya mendapat sokongan rakyat apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara!


Malah seluruh kerajaan Selangor sepatutnya "berterima kasih" kepada kedua-dua ADUN Amanah itu kerana dengan tindakan merekalah kerajaan PR terselamat di Selangor. Jika tidak PKR sudah tercampak keluar apabila PAS dan UMNO ketika itu sudah merancang untuk wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.


Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. DAP dan Amanah yang dikhianati akan tetap mendapat pembelaan dari hukum Allah berkenaan.


IKLAN BERBAYAR


PAS Warning PAS, DAP Umum Sokongan Kepada Calon PH

Posted: 13 May 2016 05:48 PM PDT

P'raya kecil: PAS keluar arahan tutup mulut

PAS mengeluarkan arahan tutup mulut daripada mengulas isu berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata arahan itu dikeluarkan oleh mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu dalam mesyuarat malam tadi.


"PAS Selangor menghormati keputusan ini dan akan mengarahkan pimpinan dan ahli-ahlinya mematuhi arahan ini," katanya yang juga pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Berkaitan kenyataan pemimpin PAS sebelum ini pula, PAS Selangor menganggapnya sebagai kenyataan peribadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan pilihan raya kecil untuk kawasan parlimen itu akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini.

Kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytihar kosong selepas kedua-dua penyandangnya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

PAS kalah tipis di Sungai Besar dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti kira-kira 400 sahaja. Manakala di Kuala Kangsar, mereka hanya ketinggalan kira-kira 1,000 undi.

PAS sudah mengumumkan akan berdepan dengan BN di kedua-dua kerusi itu.

Bagaimanapun, kemungkinan pertembungan tiga penjuru dengan pembangkang lain masih ada, terutama serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH). -mk


PRK: DAP tidak akan sokong PAS, kata Guan Eng

DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, maka ia bukan sekutunya dan oleh itu ia tidak akan menyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu mengenai pilihan raya kecil itu.

"Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing," katanya kepada pemberita pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.

Lim, bagaimanapun enggan mengulas tentang jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lepas.
- Bernama


Gara-gara kenyataan Khairuddin At-Takiri yang dilihat merugikan PAS, maka PAS terpaksa memberi amaran kepada pemimpinnya supaya tutup mulut.


Tetapi arahan itu tidak bermakna apa-apa kerana seluruh rakyat Malaysia sudah tahu memang PAS kini adalah sebuah parti mesra-UMNO. Presiden PAS telah berkali-kali menyatakan bahawa PAS tak gila kuasa, cuma mahu menjadi "Penasihat" kepada kerajaan BN.


Jadi PAS tidak perlu berdolak-dalik untuk menipu pengundi khususnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar

PAS kini sudah tentu kehilangan sebilangan besar undi kaum bukan-Melayu di kedua-dua parlimen berkenaan apabila DAP sudah secara terbuka menyatakan DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan di dalam PRK di kedua-dua tempat itu. Undi besar yang diperolehi oleh calon PAS semasa PRU13 adalah kerana undi solid dari DAP ketika itu kerana PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui bahawa kaum bukan-Melayu di Semenanjung adalah pengundi DAP. MCA dan MIC seperti melukut di tepi gantang.

Di PRN Sarawak pula kaum Cina tertipu dengan BN apabila janji BN untuk melantik Timbalan ketua Menteri tidak kesampaian apabila Adenan Satem hari ini mengumumkan 3 orang TKM dan tiada kaum Cina untuk jawatan berkenaan.


Langkah Adenan Satem berkenaan sudah pasti memberi impak sokongan yang negatif dari kaum Cina di Semenanjung.

Jadi PAS kini hanya bergantung kepada DHPPnya yang membentuk kurang 1% dari jumlah pengundi bukan Melayu.

Sedangkan Pakatan Harapan yang bakal diwakili oleh AMANAH insyaallah akan mendapat undi yang lebih banyak bukan sahaja undi solid dari kaum bukan-Melayu tetapi dari pengundi-pengundi Melayu yang terdiri dari penyokong-penyokong PR yang kini menyokong PH, bekas ahli-ahli PA yang telah berhijrah kepada AMANAH, ahli-ahli UMNO yang menyokong team TDM & Muhyiddin dan kumpulan atas pagar yang melihat hanya PH satu-satunya blok yang akan menumbangkan BN.




IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: