Rabu, 25 Mei 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tolak Calon Najib Di Prk Sg Besar Dan Kuala Kangsar

Posted: 25 May 2016 04:06 AM PDT



 
Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR


1.PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal berlaku dengan penamaan calon pada 5 Jun 2016 dan hari mengundi pada 18 Jun 2016.PRK ini berlaku ekoran kematian 2 penyandang yang terlibat dalam tragedi terhempasnya helikopter di Serawak.Moga Allah mencucuri Rahmat keatas Roh mereka.Alfatehah.

2.PRK sudah pasti akan menyaksikan pertandingan luar biasa.Walaupun kemenangan calon Kuasa Rakyat tidak mengubah kedudukan Kerajaan yang memerentah Malaysia tetapi kemenangan Calon Rakyat akan memberikan isyarat yang jelas Kepada Najib dan puak pemakan Dedak kebinet dapur Umno Bn.
3.Siapa pun calon Umno Bn dia adalah *pecacai* dan *penjilat* Najib yang akan menentang kuasa rakyat.Calon Najib (Umno Bn) akan terus pertahan dan lindungi Najib bukannya lindungi rakyat dan pertahankan Negara.Calon Najib akan tetap pertahan Najib, *GST* , *AES*, *TOL* , *RASUAH*, *PENYELEWENGAN* , *SALAH GUNA KUASA* dan sebagainya.Calon Najib akan pertahankan *RM2.6* *Bilion* Dan *RM42* *Milion* dalam akaun Peribadi Najib itu tak salah.Calon Najib akan Pertahankan *Najib* dan *1MDB* bukan *sindiket penipuan* walaupun Negara dan Rakyat atas nama 1MDB kehilangan wang berpuluh bilion ringgit Malaysia.

4.Negara dan rakyat meletakan pengharapan besar kepada pengundi Parlimen K.Kangsar dan Sg.Besar atas nama *Demi Malaysia* untuk *menolak calon Najib dari Umno Bn* yang akan bertanding dalam piliharaya kecil pada 18 Jun 2016.Siapa dan berapa pun jumlah calon yang akan bertanding menentang calon Najib nanti,pengundi tiada pilihan melainkan menolak calon Najib dan memilih calon mewakili kuasa rakyat.Bagaimana dan siapa perlu dipilih itu adalah kebijaksanaan pengundi yang memilih.PRK di Sg.Besar dan K.Kangsar adalah ibarat satu medan *peperangan antara Rakyak dan Najib*.Walaupun ia hanya PRK yang tidak akan mengubah kerajaan tetapi PRK ini sangat bererti untuk menunjukan *Kuasa Rakyat mampu menolak kepimpinan Najib* dan melakarkan satu lagi lanskap baru politik di Malaysia.


#‎UndurNajib‬
‪#‎TegakanKuasaRakyat‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR,Ahli Parlimen Pokok Sena

SIAPA YANG NAJIB NAK KELENTONG ATAU INI PETANDA TIADA SIAPA AKAN DIDAKWA BERKAITAN 1MDB?

Posted: 25 May 2016 04:01 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berhubung tindakan yang diambil kerajaan terhadap pengurusan 1MDB selepas laporan PAC dibentangkan di Parlimen, Najib Razak memberitahu, tidak berlaku sebarang penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan urus tadbir syarikat pelaburan tersebut.

Sebaliknya, hanya terdapat kelemahan dalam urus tadbir syarikat, kata Najib lagi.

Biar betul jawapan Najib di Parlimen ini?

Benarkah semua yang berlaku dalam 1MDB hanya kelemahan dalam urus tadbir syarikat dan bukannya penyelewengan?

Bolehkah diterima akal bahawa  berlakunya pembayaran sebanyak AS$3.51 bilion atau RM14,000 juta kepada syarikat klon, Aabar Investment PJS Ltd (didaftarkan di British Virgin Island) yang mempunyai nama hampir sama dengan anak syarikat IPIC yang sebenar iaitu Aabar Investment PJS (didaftar di Abu Dhabi), semata-mata suatu kelemahan dalam urus tadbir?

Jika jumlah yang tersalah bayar itu hanya RM3.51 sen, barangkali masuk akal juga jika dikatakan sekadar kelemahan dalam urus tadbir syarikat dan bukannya penyelewengan, tetapi bagaimana dengan amaun sebesar AS$3,510 juta atau bersamaan RM14,000 juta?

Begitu juga dengan pembayaran sebanyak AS$1.03 bilion kepada Good Star Ltd yang dipercayai milik Jho Low, apakah ia kelemahan urus tadbir syarikat juga?

Bagaimana pula dengan keseluruhan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB yang berjumlah AS$7,000 juta atau RM28,000 juta yang menurut laporan PAC tidak dapat disahkan kesahihannya?

Apakah ia hanya kelemahan urus tadbir syarikat dan bukan penyelewengan?

Sekali lagi, pembayaran yang tidak dapat disahkan itu bukannya 7 ringgit tetapi AS$7,000 juta, maka otak jenis apa yang boleh menerima ia  hanya sekadar kelemahan urus tadbir dan bukannya penyelewengan?
 
 
 
 
Selain itu, dengan sekurang-kurangnya tujuh buah negara sedang menjalankan siasatan berkaitan 1MDB di mana Switzerland serta Singapura sudah pun memulakan tindakan perundangannya, masihkah mahu dikata ia bukan penyelewengan juga?

Di dalam negara pula, kalau benar apa yang berlaku dalam 1MDB bukan suatu penyelewengan dan hanya kelemahan dalam urus tadbir, mengapa PAC turut mencadangkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu tertentu dalam pengurusan kanannya?

Selain itu, kenapa Laporan Audit 1MDB tidak berani didedahkan untuk tatapan umum sehingga sekarang?

Kenapa perlu diOSAkan jika segala-galanya hanya kelemahan urus tadbir?

Siapa yang Najib mahu kelentong dengan jawapannya kali ini?

Atau apakah dengan memberikan jawapan sedemikian, ia merupakan mesej daripada Najib bahawa tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pengurusan 1MDB meskipun telah dicadangkan oleh Laporan PAC dan Ketua Audit Negara?

Meskipun dalam jawapan yang sama di Parlimen, Najib memberitahu, "Justeru Ketua Polis Negara telah memaklumkan pihak polis akan meneliti saranan PAC jika wujud sebarang elemen yang memerlukan penyiasatan dan tindakan lanjut", tetapi dengan pendirian Najib itukah yang menyebabkan sehingga sekarang nampaknya tiada apa-apa khabar berita mengenai perkembangan siasatan terhadap 1MDB? 
 
 
 

Rayani Air Jamin Selesaikan Masalah Penumpang, Gaji Pekerja Sebelum Aidilfitri

Posted: 25 May 2016 03:58 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 


PETALING JAYA: Rayani Air pada Rabu memberi jaminan pembayaran balik tambang penumpang susulan penggantungan operasi syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Jaminan tersebut termasuk bayaran tunggakan gaji pekerja syarikat penerbangan itu bagi Mac berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

Perkara itu dibuat menerusi kenyataan bersama pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran dan isterinya, Datuk Karthiyani Govindan yang merupakan Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia syarikat penerbangan itu kepada mStar Online pada Rabu.

"Kami tidak berniat untuk menipu para penumpang tetapi pada masa ini kami akui tidak mempunyai dana bagi membuat bayaran berkenaan.

"Kami sedang berunding dengan pelabur-pelabur untuk mendapatkan dana dan proses rundingan kini di peringkat akhir.

"Kami menjangkakan rundingan dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu lagi. Kami beri jaminan bahawa bayaran balik tambang dan tunggakan gaji dapat diselesaikan sebelum Hari Raya," katanya kepada mStar Online.

Pada Selasa, sekumpulan 40 wakil penumpang yang tidak dapat meneruskan penerbangan ke destinasi masing-masing kerana penggantungan operasi Rayani Air, tampil membuat laporan polis.

Laporan dibuat selepas syarikat penerbangan itu gagal mengembalikan wang tambang dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang dijanjikan.

Ravi dan Karthiyani memohon kepada semua penumpang termasuk pekerjanya supaya bersabar dan memahami situasi yang sedang dihadapi oleh Rayani Air ketika ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Rayani Air sedang berunding dengan lima pelabur sebelum 'tawaran yang terbaik' dimuktamadkan.

"Kita akan cuba selesaikan sebelum hari raya tetapi sekiranya berjalan lancar dan dimuktamadkan lebih awal, lebih cepatlah pembayaran dapat dilakukan," jelas mereka.

Mengenai hanya gaji pekerja bagi Mac akan dilunaskan, kedua-duanya menjelaskan bahawa tunggakan gaji lain akan dibincangkan apabila Rayani Air dapat beroperasi semula.

Pada 10 April lalu, Rayani Air menerusi laman Facebooknya berjanji akan membayar semula wang tambang penumpang dalam tempoh tujuh hingga 15 hari kemudian melanjutkannya kepada 30 hari.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 11 April lalu menggantung sementara operasi syarikat penerbangan itu selama tiga bulan.

Tiada jaminan Pakatan Harapan umum calon PRK esok

Posted: 25 May 2016 03:53 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tidak ada jaminan bahawa Pakatan Harapan akan memutuskan soal calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, esok, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
 
"Kita masih punya banyak masa sehingga 5 Jun nanti. Kita tidak begitu tergesa-gesa hendak selesaikan isu ini," katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.
 
Beliau mengulas pengesahan bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) akan bermesyuarat di bangunan Parlimen esok, namun agenda perjumpaan itu masih samar.
 
Mesyuarat itu sudah ditangguhkan dua kali sebelum kerana dikatakan menunggu respon rasmi PAS mengenai dua PRK serentak, 18 Jun ini.
 
PAS akan mengumumkan calonnya untuk Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Jumaat ini sekaligus mengesahkan saingan tiga penjuru atau lebih, untuk PRK berkenaan.
 
Shamsul berkata rundingan antara pimpinan PAS dan PKR masih berterusan untuk memastikan saingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen itu.
 
"Kita masih teruskan. Presiden PKR sudah buat kenyataan bahawa rundingan dan perbincangan dengan PAS masih diteruskan. Saya tidak rasa kita akan dedahkan apa hasil perbincangan itu. Tunggu mesyuarat," katanya lagi.
 
Bagaimanapun, Ketua Pemuda Nik Abduh Nik Aziz berkata buat masa ini tidak ada sebarang rundingan berlangsung di antara PAS dan PKR.
 
Shamsul berkata buat masa ini tidak timbul soal PKR menuntut hak untuk bertanding sama ada di Sungai Besar atau Kuala Kangsar sebagaimana yang diuar-uarkan oleh setengah pihak.
 
"Isu itu tak timbul kerana pada peringkat ini kita masih melakarkan beberapa senario. Yang penting kita nak menang, khususnya di Sungai Besar," tegasnya lagi.
 
Sebelum ini wujud ura-ura bahawa PKR juga 'mengintai' peluang untuk bertanding, selepas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini memberi kata dua kepada tiga exco PAS Selangor supaya meletak jawatan jika parti Islam itu bertegas untuk bertanding di Sungai Besar.
 
 

[KEMASKINI] PAS nafi rundingan PRK diteruskan dengan PKR

Posted: 25 May 2016 03:51 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz menafikan rundingan PKR dan partinya berkenaan peletakan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar masih diteruskan.
 
"Tidak ada, rundingan sudah banyak hari habis. Cuma Pakatan Harapan (PH) tak buat keputusan mereka, itu urusan mereka," katanya kepada pemberita, di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.
 
Nik Abduh mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa rundingan di antara PAS dan PKR berhubung peletakan calon di dua PRK serentak itu masih berlangsung sehingga kini.
 
Rundingan itu dikatakan bagi memastikan wujud pertandingan satu lawan satu di kedua-dua kerusi berkenaan, meskipun Parti Amanah Negara (PAN) mengumumkan untuk turut sama meletak calon.
 
PAS kini bagaimanapun dilihat selangkah ke depan apabila bakal mengumumkan calon untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jumaat ini.
 
Sementara itu, PH akan mengadakan Mesyuarat Majlis Presiden pada esok, namun tidak ada jaminan bahawa soal calon dari gagasan itu akan dimuktamadkan pada mesyuarat tersebut. 
 
Dalam pada itu, Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berpendapat sokongan DAP Selangor terhadap calon PAN di pilihan raya berkenaan memberi kesan tidak baik kepada partinya.
 
"Mereka berhak (sokong) sebab mereka di dalam PH," ujarnya ringkas mengulas kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
 
Dalam kenyataan beberapa hari lalu, Tony turut mendakwa berdasarkan respon penduduk setempat, sokongan PAS di kerusi berkenaan amat tipis memandangkan parti Islam itu menjadi punca terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh juga berkata partinya tidak gentar dengan pendirian bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyokong calon PH untuk mengalahkan Umno-Barisan Nasional.
 
"Kita dah buat perkiraan dengan semua kumpulan yang sedang bertelagah dalam politik hari ini. PAS ada strategi tersendiri untuk berhadapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kita tahu bahawa kumpulan Mahathir akan menjejaskan Umno," katanya yang yakin pendirian Mahathir itu tidak akan menjejaskan undian kepada PAS

Di mana Muhyiddin Yassin?

Posted: 25 May 2016 03:47 AM PDT

Oleh Fakhrurrazi Rashid


Tokoh totok UMNO yang kuat menentang rakan partinya kini seolah-olah terdiam daripada merancakkan bukti ketirisan bekas ketuanya dalam jemaah menteri.
 
 
muhyiddin-yassin



Warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim menggamatkan ruang awam yang asyik meletakkan harapan kepada Deklarasi Rakyat (DR) bagi menumbangkan Datuk Seri Najib Razak.

Ramai yang membenarkan kezaliman dan kelicikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membawa gerakan ini melalui warkah Anwar. Namun, di pihak sejuta rakyat yang menandatangani DR masih mencari solusi dan keyakinan untuk meneruskan idea DR walaupun warkah Anwar seolah-olah mencabar kemampuan gerakan tersebut.

DR menerima pelbagai kritikan apabila terdapat pimpinan yang lantang mengkritik mahakuasa hari ini turut serta dalam DR. Pada kala ramai pihak mempersoalkan kredibiliti Mahathir dalam DR dan debat memilih gerakan lebih efektif untuk menjatuhkan Najib, timbul satu persoalan. Di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Tokoh totok UMNO yang kuat menentang rakan partinya kini seolah-olah terdiam daripada merancakkan bukti ketirisan bekas ketuanya dalam jemaah menteri. Kini, bekas timbalan perdana menteri itu masih gagal menimbulkan keyakinan rakyat untuk meletakkan kesanggupan merubah Malaysia ke arah lebih baik. Masalah utama sekali apabila Muhyiddin tidak hadir ke Parlimen.

Muhyiddin tiada di Parlimen

Persidangan Parlimen mesyuarat kedua bagi penggal keempat bermula pada 16 Mei 2016. Sesi Dewan Rakyat yang singkat selama lapan hari ini merupakan satu peluang terbaik kepada ahli Parlimen, termasuk Muhyiddin membawa isu negara dan rakyat untuk dibahaskan.

Malah desakan untuk menyemak, mengimbangi dan mempersoalkan urus tadbir kerajaan boleh dilakukan di Dewan Rakyat apabila masalah UMNO/BN semakin menggusarkan orang awam.

Malangnya, Muhyiddin masih gagal menghadirkan diri ke Parlimen untuk membahaskan masalah kerajaan di bawah Najib. Tindakan ini merupakan bukti Muhyiddin masih tidak berani mengkritik partinya dan wakil rakyat BN secara langsung di Parlimen.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak memberikan soalan lisan dan bukan lisan pada sesi Parlimen setakat ini. Bagaimana seorang ahli Parlimen dan bekas TPM gagal mengemukakan bukti skandal yang diketahui di Parlimen?

Ketidakhadiran Muhyiddin di Parlimen jelas memperlihatkan pemimpin UMNO ini tidak mempunyai perbezaan dengan Najib yang enggan hadir ke Parlimen bagi menjawab soalan ahli Parlimen pembangkang.

Malah, Muhyiddin pula gagal mengemukakan bukti penyelewengan dan skandal 1MDB yang semakin merunsingkan rakyat di Parlimen. Dia tidak boleh memberi alasan pemecatannya sebagai TPM membolehkan dirinya tidak hadir ke Parlimen untuk bangkit mempersoalkan kelemahan kerajaan.

Berbeza pula dengan Tony Abbott, bekas perdana menteri Australia yang hadir ke Parlimen walaupun dipecat partinya dan jawatannya digantikan dengan Malcolm Turnbull pada September 2015. Tindakan Tony itu bukti betapa penting seorang ahli Parlimen hadir bagi menjalankan tugasnya walaupun dipecat daripada kerajaan.

Sikap tidak hadir di Parlimen ini memberi kesan negatif kepada integriti dan amanah Muhyiddin yang perlu hadir untuk mewakili kawasan Pagoh membahaskan isu rakyat. Di sini terlihat kelemahan Muhyiddin yang tidak mempunyai pengaruh di dalam Dewan Rakyat, terutamanya BNBBC.

Muhyiddin perlu belajar daripada 150 ahli Parlimen backbenchers parti Konservatif Britain yang memberi tekanan hebat di House of Commons kepada David Cameron melalui undi tidak percaya sekiranya Britain keluar (Brexit) daripada Kesatuan Eropah (EU). David dikritik hebat oleh ahli partinya yang melihat kempen ini tidak mendatangkan keuntungan kepada Britain.

Bagaimanapun, sokongan ahli Parlimen BN dilihat tidak berganjak untuk menyokong Najib walaupun pelbagai pendedahan dilakukan. Wakil rakyat BN dingin dengan tindakan Muhyiddin dan akhirnya tujuan menjatuhkan Najib bertambah sukar tanpa sokongan ahli Parlimen UMNO/BN.

Apa yang boleh dilakukan Muhyiddin dalam Parlimen?

Sistem Parlimen Malaysia masih di tahap semi-autoritarian di mana semua urusan Parlimen berpihak kepada parti pemerintah tanpa laluan yang mudah untuk parti pembangkang. Amalan ini boleh diperbaharui sekiranya Muhyiddin mempunyai 'political willing' bagi memberi tekanan kepada perdana menteri.

Muhyiddin perlu membawa usul undi tidak percaya kepada perdana menteri di Parlimen. Perkara ini bersesuaian dengan hujah yang dibawa Dr Azmi Sharom yang menegaskan ahli Parlimen mempunyai kuasa untuk menyingkirkan perdana menteri.

Namun, perkara ini mungkin bercanggah dengan amalan parti UMNO/BN. Tindakan ini berperlembagaan dan tidak bercanggah dengan amalan sistem demokrasi berparlimen.

Usul undi tidak percaya yang dibawa pihak pembangkang tidak pernah dibahaskan di Dewan Rakyat walaupun usul tersebut diterima speaker Dewan Rakyat. Mungkin, usul ini boleh dibahaskan sekiranya dibawa seorang ahli Parlimen UMNO seperti Muhyiddin dengan sokongan beberapa ahli Parlimen BN.

Jika perkara ini berjaya dibawa Muhyiddin, maka terdapat momentum perubahan yang cukup signifikan kepada sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

Tidak bermanfaat sekiranya DR hanya menumpukan objektif menjatuhkan Najib di ruang awam tanpa usaha melawan dan membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat. Muhyiddin perlu tahu dia mempunyai sokongan daripada pihak pembangkang dan sejuta tandatangan sebagai sokongan rakyat untuk menjayakan usul undi tidak percaya.

Apa seterusnya?

Muhyiddin wajib hadir pada sidang Parlimen akan datang ketika belanjawan negara dibentangkan. Peluang ini perlu digunakan oleh Muhyiddin untuk meneliti belanjawan negara yang dilihat semakin menyusahkan rakyat selepas Bajet 2016 dibentangkan.

Saya fikir, Muhyiddin tidak akan hadir persidangan singkat Dewan Rakyat kali ini. Jika dia masih tidak hadir untuk persidangan parlimen akan datang, maka dia tidak layak menjadi ahli Parlimen lagi dan saya fikir lebih baik UMNO memecatnya daripada parti.

Malah, saya tidak fikir Muhyiddin akan menjadi calon BN di Pagoh pada PRU14 selepas pengkhianatan yang dibuat kepada parti. Persoalannya, mampukah Muhyiddin membawa usul undi tidak percaya perdana menteri di Parlimen?

*  Oleh Fakhrurrazi Rashid ialah pembaca FMT

Khir Toyo bebas menjalani parol Jumaat ini

Posted: 25 May 2016 03:32 AM PDT

 
Khir Toyo akan menandatangani dokumen pembebasannya di Pejabat Parol Daerah Klang kira-kira jam 10 pagi ini


Khir-Toyo_rumah_600


KAJANG: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo akan dibebaskan pada Jumaat ini selepas menjalani parol selama dua bulan sejak Mac yang lalu.

Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata Khir Toyo akan menandatangani dokumen pembebasannya di Pejabat Parol Daerah Klang kira-kira jam 10 pagi ini.

"Sepatutnya mengikut tarikh pembebasan, Khir Toyo akan bebas pada 29 Mei ini. Namun setelah diambil kira pada hari itu cuti umum, maka kita akan bebaskan dia pada 25 Mei ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Sebelum ini Khir Toyo hari telah diberi parol selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, sembilan tahun lepas.

Apapun, Khir Toyo perlu melaporkan diri ke pejabat Lembaga Parol di Klang setiap minggu dan perlu mematuhi 41 syarat yang dikenakan selama tempoh parol.

Terdahulu, jumlah hukuman penjara yang dikenakan ke atas Khir Toyo ialah 12 bulan, bagaimanapun telah dipendekkan kepada lapan bulan kerana sikap yang baik ditunjukkannya.

Tambahnya mana-mana banduan yang menunjukkan sikap yang baik sewaktu menjalani tempoh penjara akan dipertimbangkan untuk dipendekkan tempoh hukuman.

"Macam Khir Toyo ini kita lihat dia mengaku kesalahan dia dan semasa waktu tahanan dia menunjukkan sikap baik dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak penjara.

"Sewaktu dalam menjalani parol juga kita lihat dia sentiasa mengikuti program-program masyarakat dan aktiviti masjid yang dijalankan oleh pihak penjara," katanya.

Pada 22 September tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Khir Toyo dan mengekalkan sabitan terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta daripada Ditamas Sdn Bhd sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Dis 2004.

Khir Toyo, 51, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Beliau yang juga doktor gigi, membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Tempoh jawatan menteri besar beliau ialah dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Dua pelajar ditemukan mati lemas ketika mandi di Kemaman

Posted: 25 May 2016 03:23 AM PDT

Astro Awani 
 
Dua pelajar ditemukan mati lemas ketika mandi di Kemaman
Imej ini menunjukkan pasukan keselamatan membawa naik mayat Mohd Arif Azaharudin selepas dijumpai terapung kira-kira 5.50 petang semalam. - Gambar Astro AWANI
 
 
KEMAMAN: Kegembiraan tiga rakan mandi berakhir dengan tragedi apabila dua dari mereka mati lemas selepas di Pantai Kampung Geliga dekat sini, petang Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Amir Syafiq Azahari dan Mohd Arif Azaharudin.

Mayat Amir Syafiq ditemui terapung kira-kira jam 5.50 petang, lebih 20 meter daripada lokasi dia dilaporkan hilang.

Mayat mangsa kedua Mohd Arif Azaharudin, 14 ditemui terdampar di pantai kira kira jam 6.40 pagi tadi, 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Mohd Arif ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat yang menyusur pantai sejak awal pagi berikutan keadaan air pasang.

Seorang lagi rakan mangsa yang juga berusia 14 tahun berjaya diselamatkan penduduk kampung.

Ketiga-tiga sahabat terbabit yang menuntut di tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga dikatakan mandi di pantai berkenaan kira-kira jam 4.30 petang Selasa.

Pegawai Zon 11 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Mohd berkata ketiga-tiga mangsa dipercayai dipukul ombak dan tenggelam dibawa arus deras.
Khidmat unit skuba dengan bantuan tiga penyelam profesional gagal mengesan mangsa dan operasi ditangguhkan kira kira jam 7 malam tadi.

Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah

Posted: 25 May 2016 03:22 AM PDT

Bernama
 
Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah
Shalihoddin Azman diiringi polis di mahkamah siang tadi. - fotoBERNAMA
 

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kedai aksesori kenderaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki senjata api dan peluru hidup secara tidak sah pada 15 Mei lepas.

Tertuduh, Shalihoddin Azman, 34, didakwa memiliki revolver Smith & Wesson 4 berserta sarung dan 30 peluru jenis 38 LRN Special Ball, di susur Lebuhraya Utara-Selatan Kempas di sini kira-kira 12 tengah hari.

Shalihoddin didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan di bawah Seksyen 8(1) Akta Senjata 1960. Ia masing-masing memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan, serta penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

BACA: Safee Sali beri keterangan berhubung pistol, peluru hidup dalam kenderaannya

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sewaktu pertuduhan dibacakan dan meminta untuk dibicarakan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia dan servis pistol daripada pihak pendakwaan.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Hazza Khalid.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan bersama sepucuk pistol dan peluru ketika memandu kereta jenis Ford Ranger milik pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali.

Safee difahamkan menghantar kenderaannya itu ke kedai tempat tertuduh bekerja bagi diubah suai dan dijadual mengambilnya semula selepas tamat perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan PKNS FC pada 14 Mei lepas.

Kementerian sasar kurangkan kadar keciciran sekolah pelajar India

Posted: 25 May 2016 03:20 AM PDT

Bernama
 
Kementerian sasar kurangkan kadar keciciran sekolah pelajar India
Kementerian akan menjejaki perkembangan setiap pelajar India bagi mengawal kadar keciciran mereka daripada sekolah. - Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk mengekalkan kadar keciciran yang rendah dalam kalangan pelajar India dengan memastikan mereka meneruskan pembelajaran di sekolah.

Dalam hal ini, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian akan menjejaki perkembangan setiap pelajar India.

"Kami mahu beritahu semua pelajar ini bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk mereka maju di negara ini, jadi kami akan mengawal kadar keciciran melalui sistem pemantauan.

"Malah mereka yang keciciran ini, kami mahu mereka mendapat pendidikan semula dengan mengikuti pelbagai latihan vokasional dan mendapat kemahiran yang diperlukan.

"Kami mahu mereka tahu kepentingan mempunyai kemahiran dan pendidikan," katanya kepada Bernama sempena 'Malaysian Indian Education Roadshow' (Minder) di ibu pejabat MIC, semalam.

Mengenai kadar 10.6 peratus pelajar India yang telah mendaftar untuk memasuki pelbagai politeknik tahun lepas, Kamalanathan berkata beliau gembira tetapi percaya lebih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai peratusan yang lebih tinggi.

"Saya gembira, tetapi masih belum berpuas hati. Saya akan lebih gembira jika bilangannya adalah 6,000 pelajar, bukan 2,000 ditempatkan di politeknik," katanya.

Ditanya mengenai reaksi masyarakat India mengenai Minder yang dilancarkan tahun lepas dan berjaya mendekati 15,000 pelajar, beliau berkata tahun ini masih belum menggalakkan.

Bagaimanapun beliau berkata program itu telah mencatatkan kejayaan.

PRK Sungai Besar: BN Calon 'Underdog' - Ahmad Zahid

Posted: 25 May 2016 03:18 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Ahmad Zahid berbincang dengan Liow dan Mah semasa mesyuarat penyelarasan penganjuran program kerajaan persekutuan di kawasan Parlimen Sungai Besar.
 

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) turun sebagai 'underdog' atau calon bukan pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun ini, oleh itu BN perlu  bekerja keras dan lebih bijaksana untuk menang.

Timbalan perdana menteri yang juga naib presiden Umno itu berkata pada pilihan raya umum lalu, penyandang kerusi Sungai Besar Allahyarham Datuk Noriah Kasnon mengekalkan kerusi BN itu dengan kemenangan tipis.

"Di PRK Sungai Besar, kita lebih underdog kerana kita memperoleh kemenangan hanya 399 undi. Selain itu, kerajaan negeri juga dikuasai orang lain.

"Kita sedar kita harus bekerja keras dan lebih bijaksana untuk menangani segala permasalahan bagi memastikan kemenangan di Sungai Besar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penganjuran program kerajaan persekutuan di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Mesyuarat pada Rabu diadakan untuk memastikan tiada pertindihan dari segi pelaksanaan program dan aktiviti yang bakal diadakan memandangkan Selangor dikuasai pembangkang.

Hadir sama ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Kiong dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan Pengarah Pilihan raya Sungai Besar Datuk Noh Omar.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau dan Noh bersama presiden parti komponen BN akan memberi tumpuan dengan mengambil beberapa tindakan bersifat kos efektif agar memberikan hasil yang lebih baik.

Ahmad Zahid berkata BN menyenarai pendek tujuh calon dan parti akan mencalonkan individu yang boleh menang dan disukai ramai untuk kerusi itu.

"Kami akan mengadakan perbincangan (tentukan calon) dengan pemimpin BN Selangor dan Sungai Besar sebelum keputusan diambil.

"Ramai yang mengharapkan wanita dipilih sebagai calon. Bagaimanapun kami ada pertimbangan yang lain juga. Calon yang boleh menang dan disenangi turut menjadi keutamaan kami," katanya.

Sementara itu, Liow berkata masyarakat Cina di kawasan Parlimen Sungai Besar mahukan kerajaan yang stabil dan kukuh.

"Mereka menerima baik dasar kerajaan kerana kerajaan amat responsif terhadap permintaan mereka.
Kaum Cina tahu yang mereka perlu berada dalam kerajaan bukan selamanya dengan pembangkang.

"Mereka mahu ada suara dalam kerajaan dan kami berharap mereka boleh memberikan kekuatan kepada MCA untuk memainkan peranan dalam kerajaan dalam membantu menyuarakan keluhan mereka," katanya.

Terdapat 33 peratus pengundi Cina di kawasan Parlimen Sungai Besar daripada 42,655 pemilih berdaftar.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Sungai Besar, Noriah, korban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. -BERNAMA 

 

PRK Sungai Besar: Penyertaan Parti Pembangkang Lain Untuk Tumbangkan PAS - Mohd Amar

Posted: 25 May 2016 03:13 AM PDT

MSTAR ONLINE




KOTA BARU: Penyertaan parti pembangkang lain pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor adalah semata-mata untuk menumbangkan PAS dan bukannya Barisan Nasional (BN).

Merujuk hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding di kerusi itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia menunjukkan parti pembangkang lain seperti tidak serius mahu merampas kerusi tersebut daripada tangan BN.

"Kalau kita sudah buat keputusan untuk bertanding, kalau ada parti-parti pembangkang lain yang bertanding mereka sebenarnya tidak serius untuk menumbangkan BN sebaliknya nak tumbangkan PAS," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, Perak diadakan berikutan kematian anggota Parlimen bagi kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, dengan penamaan calon pada 5 Jun.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan parti itu akan meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kedua-dua kerusi yang secara tradisi ditandingi parti berkenaan.

Keputusan itu dikatakan muktamad walaupun PKR sehingga kini dikatakan masih cuba untuk berunding berkaitan calon dengan PAS bagi memberi ruang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk bersemuka satu lawan satu dengan BN.

Amanah pula baru-baru ini telah menyatakan secara terbuka kesediaannya untuk mewakili PH untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu dengan menamakan Presidennya Mohamad Sabu sebagai antara calon parti itu bagi PRK Sungai Besar.

Selain itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata parti pembangkang sepatutnya menerima pendapat dikemukakan Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang mencadangkan agar kerusi Parlimen diserahkan kepada PAS untuk ditandingi.

"Jadi kalau betul-betul kita serius nak menghadapi BN, mereka (parti pembangkang lain) sepatutnya menghormati pendirian PAS dan sokong (calon PAS)," katanya.-- Bernama

1MDB bayar kompaun BNM

Posted: 24 May 2016 11:48 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


1MDB menerima dan menghormati kuasa serta keputusan BNM untuk mengenakan kompaun pentadbiran kerana gagal mematuhi arahan tertentu dan penamatan siasatan ke atasnya.


bank-negara-1mdb


KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengesahkan telah membuat bayaran penuh kompaun pentadbiran bagi mematuhi keputusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Tarikh akhir bagi pembayaran itu ialah 30 Mei ini.

1MDB dalam satu kenyataan berkata, ia menerima dan menghormati kuasa serta keputusan BNM untuk mengenakan kompaun pentadbiran kerana gagal mematuhi arahan tertentu dan penamatan siasatan ke atasnya.

Bank pusat itu pada 28 April lalu mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ini termasuk keperluan bagi 1MDB untuk menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan BNM kepada 1MDB, masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011.

BNM berkata, 1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan bank itu untuk memberikan alasan kukuh berhubung ketidakupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik tersebut.– BERNAMA

Moratorium peralihan MAS kepada MAB dilanjut

Posted: 24 May 2016 11:45 PM PDT

MALAYSIAKINI


Pentadbir Malaysian Airline System Bhd (MAS) menerima kelulusan daripada pihak berkepentingannya untuk melanjutkan moratorium semasa berhubung peralihan MAS kepada Malaysia Airlines Bhd (MAB) untuk tempoh 12 bulan lagi sehingga 24 Mei, 2017 bagi menyelesaikan tugas-tugas yang belum dilaksanakan.

Akta Malaysian Airline System Bhd (Pentadbiran) 2015 (Akta MAS) menyediakan peruntukan bagi penubuhan entiti baharu, Malaysia Airlines Bhd (MAB), dengan model perniagaan baharu untuk menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan negara, selain sebagai kaedah yang berkesan, cekap dan lancar bagi peralihan perniagaan, harta, hak, liabiliti dan hal ehwal MAS kepada MAB.

Dalam kenyataan hari ini, Pentadbir Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata memandangkan perbincangan mengenai peralihan adalah kompleks, melibatkan undang-undang dan implikasi cukai merentasi pelbagai bidang kuasa, pihak-pihak berkepentingan meluluskan untuk melanjutkan moratorium semasa.

"Atas sebab-sebab ini dan untuk mencapai hasil yang terbaik mungkin, kami telah mendapat kelulusan untuk melanjutkan moratorium semasa," katanya.

Sementara itu, Mohammad Faiz, yang dilantik sebagai pentadbir pada 25 Mei, 2015, berkata selepas setahun pentadbiran, aset dan liabiliti terpilih yang penting kepada operasi penerbangan MAB telah dipindahkan daripada MAS kepada MAB.

Ini termasuk tanah dan bangunan, kemudahan bengkel, pejabat, stesen, pesawat dan kenderaan, selain kontrak bagi perkhidmatan kejuruteraan, perkhidmatan undang-undang, bekalan bahan api, katering, keselamatan, sistem sokongan dan kemudahan modal kerja.

Beliau turut menekankan keutamaan pentadbiran untuk menjaga kebajikan waris mangsa penerbangan MH370 dan MH17.- Bernama


'Biarlah PAS bertanding di Sungai Besar, Kuala Kangsar' - Mat Taib

Posted: 24 May 2016 11:41 PM PDT

Astro Awani 
 
'Biarlah PAS bertanding di Sungai Besar, Kuala Kangsar' - Mat Taib
PRK bagi kedua-dua bahagian ini akan diadakan serentak pada 18 Jun ini. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menasihatkan pemimpin Pakatan Harapan untuk membiarkan PAS bertanding di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Jun ini.

"Saya berpandangan impak negatifnya lebih besar sekiranya PAS dan juga parti-parti komponen PH turut meletakkan calon menentang Barisan Nasional.

"Jika itu berlaku, akhirnya, kita yang akan ditewaskan BN," kata Muhammad.

Beliau mengambil contoh berdasarkan pengalamannya sebelum ini ketika masih berada dalam BN dahulu dimana keadaan parti pembangkang yang berpecah belah hanya akan menguntungkan BN.

BACA: PAS tidak perlu bertanding di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar - MTRK

"Jika kita dapat mengekalkan semangat muafakat sesama pembangkang, sudah pasti kita dapat menang," kata Muhammad.

Tambah beliau, dengan meletakkan hanya satu calon di kedua-dua PRK, ia akan memberi isyarat kepada rakyat bahawa blok pembangkang adalah matang dan serius dalam usahanya untuk membawa perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

"Orang tidak suka, malah benci serta meluat melihat telatah parti pembangkang yang bergaduh sesama sendiri," kata Muhammad.
Semalam,  Naib Presiden PAS Idris Ahmad menyatakan PAS akan mengumumkan calon-calon bagi kedua-dua PRK itu pada Jumaat ini.

PRK bagi kedua-dua bahagian ini akan diadakan serentak pada 18 Jun ini.


Mahkamah kekal perintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Anwar

Posted: 24 May 2016 11:32 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan perintah kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu saman fitnah.
 
Panel yang dianggotai tiga hakim diketuai Hakim Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham menolak rayuan Utusan terhadap jumlah RM200,000 yang diberikan kepada Anwar oleh Mahkamah Tinggi pada 19 Okt 2015 selepas Anwar memenangi saman fitnah itu terhadap penerbit akhbar berkenaan.
 
Hakim Dr Prasad Sandosham yang bersidang bersama Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Asmabi Mohamad juga memerintahkan Utusan membayar faedah lima peratus kepada Anwar dari tarikh keputusan itu dibuat pada 19 Okt tahun lepas.
 
Panel memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi tidak silap semasa menetapkan Anwar dibayar sebanyak itu dan memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM5,000 kepada Anwar yang hadir di mahkamah hari ini.
 
Anwar, 69, menyaman Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel fitnah terhadapnya pada muka depan dan muka surat 10 Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan 2012 berhubung temu bualnya dengan BBC.
 
Anwar memenangi tuntutan terhadap Utusan dan Abdul Aziz itu yang kemudian diperintahkan Mahkamah Tinggi membayar Anwar sebanyak RM100,000 ganti rugi am dan RM100,000 lagi untuk ganti rugi teruk.
 
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buluh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 mengekalkan pensabitan dan hukuman terhadapnya kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Terdahulu peguam Utusan Melayu Wan Azmir Wan Majid berhujah hakim Mahkamah Tinggi gagal mengambil kira pensabitan Anwar sebelum ini kerana meliwat dan rasuah semasa menetapkan jumlah ganti rugi itu.
 
Peguam Anwar, Latheefa Koya membalas hujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah pun menimbangkan pensabitan anak guamnya semasa menetapkan jumlah berkenaan.
 
 

Tak perlu cukai konvensional terhadap perniagaan kecil ‘online’, kata Ahli Parlimen DAP

Posted: 24 May 2016 11:28 PM PDT

gst online

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, meminta kerajaan supaya tidak mengenakan cukai pendapatan secara konvensional terhadap perniagaan kecil atas talian (online).

Sehubungan itu, beliau yang juga Penolong Setiausaha DAP Selangor berkata, mekanisme cukai pendapatan perniagaan konvensional yang dipilih Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mencukai peniaga atas talian perlu dikaji semula.

Menurutnya, sistem konvensional itu akan menyukarkan individu yang memilih perniagaan atas talian sebagai punca rezeki tambahan kerana mereka (peniaga dalam talian) terpaksa melakukan dokumentasi cukai seperti yang dilakukan syarikat-syarikat berdaftar.

"Ada kemungkinan tinggi mereka berniaga secara atas talian ini melakukannya sebagai 'part time' sahaja dan tidak ada kapasiti untuk mendaftarkan syarikat.

"Mereka juga mungkin tidak mampu untuk membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk perkhidmatan 'company secretary' untuk memfailkan dokumen-dokumen yang penting bukan sahaja kepada LHDN tetapi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga," katanya kepada Roketkini.

Sehubungan itu, Kian Ming mencadangkan supaya LHDN bersama-sama institusi kerajaan yang berkaitan mengambil langkah mengenal pasti jumlah peratusan peniaga atas talian yang telah berdaftar dengan SSM.

Jika didapati terdapat ramai peniaga online yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan pihak SSM, katanya, kerajaan harus mengkaji secara terperinci punca timbulnya masalah terbabit supaya ia dapat diatasi dengan berkesan.

"Isu sekarang ialah sama ada peniaga 'online' mempunyai syarikat berdaftar atau tidak.

"Kementerian yang berkenaan sepatutnya mengenalpasti peratusan peniaga online yang tidak mempunyai syarikat berdaftar dan mengapa mereka tidak menjalankan perniagaan melalui syarikat berdaftar," katanya.

Dalam kenyataan semalam, LHDN menyatakan bahawa menurut Seksyen 4 Akta Cukai pendapatan 1967, pendapatan suatu perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan setelah mengambil kira semua perbelanjaan yang layak dibenarkan dalam perniagaan dan pelepasan cukai yang layak dituntut oleh peniaga tersebut.

Bagi perniagaan dalam talian yang dijalankan oleh individu, cukai pendapatan mereka akan mengikut kadar cukai pendapatan individu bermula dari kosong peratus sehingga 28 peratus (mulai Tahun Taksiran 2016).

Manakala bagi perniagaan dalam talian oleh syarikat, kadar cukai pendapatan yang akan dikenakan adalah antara 19 peratus dan 24 peratus. – Roketkini.com


Royalti minyak 20% mampu tampung kos bina jalanraya 4,000km di Sarawak, tak perlu GST

Posted: 24 May 2016 11:25 PM PDT

Oscar (3)

oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Dakwaan Barisan Nasional bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperlukan untuk menampung kos pembinaan 4,402 km jalan raya di Sarawak hanyalah taktik mengaburi mata rakyat Bumi Kenyalang untuk menerima cukai regresif tersebut.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, berkata kos sebanyak RM24.8 bilion bagi menyiapkan jalan raya yang menghubungkan di antara kawasan bandar dan luar bandar itu boleh diselesaikan jika 20 peratus kenaikan royalti minyak yang telah diluluskan DUN negeri pada dua tahun yang lalu dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

"Sebenarnya setiap tahun royalti minyak dan gas yang diperoleh sebanyak lima peratus boleh membawa RM2 bilion kepada kerajaan Sarawak.

"Kalau royalti ini dinaikkan seperti yang diluluskan dalam DUN Sarawak, maka kerajaan Sarawak boleh mendapat sekurang-kurangnya sebanyak RM8 bilion," katanya kepada Roketkini.com.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang dipetik sebagai berkata, berdasarkan cadangan bahawa keseluruhan jalan raya itu akan dibina dalam masa 14 tahun, maka Sarawak memerlukan RM1.9 bilion setahun untuk membina 338 km jalan raya.

Justeru, Masing membayangkan kutipan RM2 bilion GST daripada rakyat Sarawak boleh menampung kos pembinaan RM1.9 bilion setahun berkenaan, sekaligus membayangkan bahawa GST itu perlu demi pembangunan infrastruktur negeri.

Bagaimanapun, Oscar yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Sarawak berkata, adalah tidak adil bagi rakyat Sarawak untuk membayar GST semata-mata untuk mendapatkan infrastruktur yang lebih sempurna.

Sedangkan, rakyat negeri berkenaan telah pun dikenakan cukai sedia ada seperti cukai peribadi dan cukai syarikat oleh kerajaan Persekutuan, tambahnya.

"Ini hanya taktik, mengikut jawapan daripada Parlimen, GST yang dikutip di Sarawak ialah lebih kurang RM1 bilion setahun. Saya tidak tahu mahu dari mana Masing mendapatkan jumlah RM2 bilion itu.

"Mungkin kerajaan berhasrat untuk menaikkan kadar GST dari 6 peratus kepada 10 peratus?" katanya.

Pada Mei lalu, sebelum tiga hari pilihanraya negeri Sarawak ke-11 berlangsung, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan bahawa tuntutan kenaikan royalti minyak oleh kerajaan Sarawak tidak sesuai dipertimbangkan ketika ini ekoran kononnya kejatuhan harga minyak global. – Roketkini.com


BALA 1MDB SEMAKIN DEKAT

Posted: 24 May 2016 10:26 PM PDT

shahbudindotcom

 

Pada Januari lalu, Peguam Negara Switzerland mendedahkan bahawa satu siasatan mengenai 1MDB telah mendapati kira-kira AS$4 bilion atau RM16,000 juta telah diselewengkan daripada dana syarikat itu.

Sehubungan itu, mereka secara rasmi meminta bantuan Peguam Negara Malaysia membantu siasatannya terhadap kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan sogokan wang kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, penggubahan wang haram dan dakwaan wujud jenayah salah urus dalam firma tersebut.

Itu berita kira-kira lima bulan yang lalu.
 
 
 
 
Hari ini, pejabat Peguam Negara Switzerland mengumumkan telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan 1MDB.

Mengikut Kanan Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah yang munasabah yang dikehendaki untuk mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan, terutama berkaitan penggubahan wang haram atau kesalahan rasuah yang tertentu.

"Maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan kesalahan penggubahan wang haram dan rasuah oleh pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB boleh dielakkan BSI SA diuruskan sewajarnya," kata pejabat Peguam Negara Switzerland lagi.
 
 
 
 
Di Singapura pula, susulan tindakan kerajaan Switzerland tersebut, pihak berkuasa kewangan negara itu iaitu MAS atau The Monetary Authority of Singapore telah mengarahkan cawangan Bank BSI di republik itu ditutup.

Penarikan balik status kepada sesebuah bank saudagar oleh kerajaan Singapura ini adalah yang pertama sejak 32 tahun yang lalu.

Alasan penutupan bank itu ialah berkaitan pelanggaran serius atas keperluan anti penggubahan wang haram, pengawasan operasi dan pengurusan yang lemah serta salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangannya.

Nah, lihatlah....besar tak besar bahana 1MDB sekarang sehingga sebuah bank terpaksa ditutup kerananya!!
 
 
 
 
Masihkah ada yang mahu berbangga dengan 1MDB?

Kiranya apa yang berlaku  melibatkan 1MDB itu tidak begitu serius dan tidak juga terlalu memudaratkan, melakukan prosiding jenayah mungkin boleh dianggap perkara biasa, tetapi tentunya luar biasa jika sampai bank juga ditutup berpunca daripadanya.

Daripada sekurang-kurangnya tujuh negara yang sudah melakukan penyiasatan berkaitan 1MDB, negara mana lagi yang akan membawa berita buruk buat Malaysia selepas ini?

Sudahlah dibebankan dengan hutang mencecah RM50,000 juta, 1MDB juga tanpa kesudahan turut mendatangkan aib kepada negara di seluruh pelusuk dunia dengan satu demi satu negara asing menunjukkan kebenaran yang tidak ditemui di negara kita sendiri.

Tentunya juga, selepas tindakan tegas yang diambil oleh Switzerland dan Singapura ini, bala 1MDB pasti akan berterusan lagi yang mungkin melibatkan personaliti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat pelaburan itu.

Di negara kita, siapa agaknya yang sudah mula kepanasan ketika ini? 


PKR arah Rafizi serah bukti 'rasuah wanita' pada SPRM

Posted: 24 May 2016 10:15 PM PDT

MALAYSIAKINI


PKR mengarahkan naib presidennya Rafizi Ramli menyerahkan bukti berkaitan dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat biro politik parti itu malam ini.

"Biro politik telah membuat ketetapan bahawa Saudara Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Dalam kenyataannya lewat malam ini, Azizah berkata biro itu juga akan meneliti dakwaan itu dan anggotanya yang terlibat akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.

Sementara itu, ditanya desas-desus Rafizi akan ditukar sebagai setiausaha agung, Azizah berkata ia tidak dibincangkan.
 
 

Rumah Safiq Rahim dipecah perompak

Posted: 24 May 2016 10:10 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Rumah pemain bola sepak pasukan JDT, Safiq Rahim di Kota Puteri, Batu Arang, di sini, dipecah masuk penjenayah petang semalam.
 
Bapa kepada kapten JDT itu, Rahim Mohd Yatim berkata kejadian itu hanya disedari selepas seorang jiran Safiq menghubunginya kerana curiga pintu depan kediaman anaknya terbuka pada kira-kira jam 6.15 petang.
 
Susulan panggilan telefon itu, Rahim yang menetap di Bestari Jaya di sini pergi ke Kota Puteri dan mendapati kediaman anaknya dalam keadaan berselerak.
 
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata ada kesan umpil pada tingkap dan tiga bilik di kediaman dua tingkat itu.
 
"Setakat ini polis belum mengenal pasti jumlah kerugian mangsa," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.
 
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pecah rumah dan mencuri.
 
 

Jamal Yunos tidak minat tanding PRK Sungai Besar

Posted: 24 May 2016 10:05 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi yang mengaitkan dirinya sebagai antara calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang bakal diadakan 18 Jun depan.
 
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasminya, Jamal menegaskan, beliau tidak mempunyai hasrat atau minat untuk bertanding mewakili BN dalam PRK Parlimen berkenaan melainkan komitmen penuhnya untuk membantu memastikan kemenangan besar calon parti itu.
 
"Saya akan menggunakan segala tenaga dan usaha bersama barisan kepimpinan BN Sungai Besar untuk bekerja keras bagi memastikan siapa juga calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti mencapai kemenangan yang lebih besar pada PRK Parlimen ini.
 
"Dengan pendirian saya ini, saya berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi berhubung isu calon PRK Parlimen Sungai Besar," katanya.
 
Dalam pada itu, Jamal yang juga Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar turut mengingatkan semua jentera parti di kawasan itu supaya mengenepikan sebarang perbezaan pandangan atau pendapat melibatkan soal dalaman parti.
 
Sebaliknya, beliau meminta semua jentera BN memberikan fokus dan melaksanakan sepenuhnya gerakan yang telah disusun untuk berhadapan serangan pihak pembangkang dalam kempen PRK Parlimen itu.
 
"Apa yang lebih penting adalah lebih fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya bagi menggerakkan jentera BN yang lebih mantap bagi menghadapi serangan parti pembangkang," tegasnya.
 
 

PAS tak kacau rumah tangga orang lain - Idris Ahmad

Posted: 24 May 2016 09:57 PM PDT

MALAYSIAKINI


Penangguhan berterusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi membincangkan isu berkaitan pilihan raya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PAS.

Naib presidennya, Idris Ahmad berkata masalah yang berlaku di dalam Pakatan Harapan tidak boleh dikaitkan dengan PAS.

"Apa pasal ada kena mengena dengan kami pula? Masalah bergaduh isteri orang dengan suami orang takkan jiran sebelah nak tentukan cerai atau tidak.

"Itu rumah tangga orang. Kami tidak campur dengan rumah tangga orang," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Semalam, Pakatan Harapan buat kali kedua menagguhkan mesyuarat majlis presidennya.

Penangguhan tersebut dikatakan berpunca daripada PAS yang gagal memberi maklum balas bagi membincangkan mengenai calon pembangkang yang akan mewakili di kedua-dua kerusi berkenaan.

Kerusi parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang adalah juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mahu semua parti politik berlapang dada dalam membuat keputusan berhubung calon pembangkang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Katanya, PAS tetap dengan keputusan mereka walaupun parti itu bergelut dengan kontroversi melibatkan Pakatan Harapan.

"Saya sendiri hanya ikut apa sahaja keputusan pusat," katanya yang dipetik akhbar itu.

Jelasnya, kemenangan di kedua-dua parlimen berkenaan tidak memberikan impak yang besar namun akan dianggap sebagai kelebihan.

"Saya harap rakyat dapat melihat secara fizikal dengan sistem pentadbiran yang banyak berlaku ketirisan, penyalahgunaan kewangan diuar-uarkan sememangnya berlaku.

"Setakat ini pun tidak ada penafian yang boleh meyakinkan masyarakat. Jadi elok rakyat faham apa yang berlaku supaya pilihan raya ini menjadi titik tolak atas kesedaran masyarakat dengan aktiviti kepimpinan yang akhirnya beri impak tidak baik kepada masyarakat," katanya lagi.

Bekas ketua CID KL buat laporan polis kedua terhadap AG

Posted: 24 May 2016 09:49 PM PDT



Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang didakwanya beri keterangan palsu dalam membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dakwaan salah laku membabitkan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Laporan polis itu dibuat Jumaat lepas, dan ia dibuat selepas Apandi tidak menunjukkan sebarang bukti, seperti penyata bank, untuk membuktikan dakwaan bahawa wang itu datang dari seorang putera Arab Saudi dan bahawa AS$620 juta, dan bukan AS$650 juta, telah dikembalikan oleh Najib kepada putera raja itu.

Mat Zain mendakwa terdapat fakta penting yang bercanggah atau mengelirukan jika seseorang itu membandingkan carta aliran transaksi dan penyata transaksi yang diperolehi dan diterbitkan semula oleh media tempatan antarabangsa dan tempatan, seperti Wall Street Journal, bersama-sama dengan kenyataan Apandi.

Beliau memberi contoh di mana carta aliran yang khusus menunjukkan pemindahan AS681 juta dari Tanore Finance Corp, melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, ke akaun peribadi Najib, yang telah dibuat di antara 21 Mac 2013, dan 25 Mac 2013.

Bagaimanapun, dalam laporan polis itu, Mat Zain berkata Apandi dalam sidang akhbar itu yang membersihkan Najib daripada sebarang dakwaan salah laku, berkata bahawa deposit dibuat di antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013, dengan tarikh-tarikh berkenaan berbeza daripada carta aliran transaksi itu.

Katanya, urus niaga terperinci dan tepat mengenai pengirim, bank yang menghantar dana, penerima, jumlah dan tarikh serta masa deposit dan pengeluaran, boleh dilihat melalui penyata bank, dan peguam negara mempunyai hak dan kuasa untuk memeriksa penyata berkenaan.

Carta aliran itu, tambahnya, menunjukkan pemindahan balik AS$650 juta pada 30 Ogos 2013, dari akaun peribadi Najib kepada pengirim asal melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, yang dimiliki oleh Tanore Finance Corporation.

Pada hari yang sama, dakwa Mat Zain, Najib menutup akaunnya di AmPrivate Banking.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, kenyataan akhbar Apandi berkata dana sebanyak AS$620 juta telah dipindahkan, yang menurut Mat Zain terdapat perbezaan sebanyak AS$30 juta, atau kira-kira, hampir RM100 juta.

Carta itu, dakwa Mat Zain, menunjukkan AS$650 juta dikembalikan kepada Tanore Finance Corporation tetapi Apandi berkata ia adalah AS$620 juta, tanpa secara khusus mengatakan bagaimana ia dikembalikan.

Mat Zain juga berkata, terdapat persoalan sama ada Najib mendapat kelulusan Bank Negara untuk memindahkan sejumlah wang yang besar di luar negara.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi mendakwa Najib telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk membawa masuk AS$681, yang memaparkan versi lain dalam saga RM2.6 bilion itu.

'Pastikan 1MDB tak pinjam dana awam bagi menyelamat'

Posted: 24 May 2016 09:47 PM PDT

 
 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, semua pihak perlu memastikan bahawa 1MDB tidak meminjam dari institusi awam dengan tujuan menyelamatkan firma pelaburan itu.

"Soal dari segi kita nak guna dana-dana institusi (awam) untuk menyelamatkan 1MDB ini, saya rasa kita semua bertanggungjawab bahawa mana-mana dana awam kita akan pastikan bahawa 1MDB tidak lagi meminjam dari mereka," katanya di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab .

Beliau mengulas soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) yang berkata kemelut 1MDB tidak sepatutnya membebankan orang ramai dengan wang rakyat digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Mansor berkata 1MDB tidak sepatutnya menyentuh dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Johari bagaimanapun menjelaskan bahawa 1MDB terpaksa membayar balik semua hutang tempatan jangka pendeknya.

Menurut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hutang terkumpul 1MDB pada Januari 2016 adalah RM50 bilion.

Tiada ulasan: