DIALOG RAKYAT |
- Surat politik Anwar dari Sungai Buloh
- Hospital Perlukan 'Rawatan'
- ADUN PAS di Kedah masih setia bersama parti - Tuan Ibrahim
- Cabaran UMNO di dua PRK
- Amy: Tak sangka fitnah kian besar
- Skandal 1MDB: Bank Swiss akan siasat kakitangannya
- Polis belum panggil bekas CEO 1MDB, kata TPM
- Terlalu awal untuk rumus ada penipuan, kata Najib
- KWSP kekal pemegang terbesar hutang domestik kerajaan
- Bung Moktar ini emosional, kata IGP
- Surat Anwar dibaca, laungan reformasi bergema
- 11 inti pati amanat 'puitis tapi pedas' Anwar
- DAP terus bersama Dr M, walaupun tanpa 'restu' Anwar
- RTM tidak lagi minat siar debat 1MDB
- Maklumat Good Star dipadam dalam laporan PAC kerana 'sulit'
- 'Deklarasi Rakyat bawa perpecahan Pakatan Harapan'
- JAWAPAN TAMBAH PENING DARIPADA MENTERI ARAB SAUDI
- Rafizi senarai jumlah hutang 1MDB yang dibayar kerajaan
- Musim durian Melayu akan bergaduh
- Pas pasti letak calon, Hadi alukan penyertaan PH di PRK Sungai Besar
- Pas Terengganu akan tanding semua kerusi, kata pesuruhjaya negeri
- Peniaga online mungkin kena cukai
- DAP cadang kadar minimum bayar PTPTN
- Elak letak calon 'bidan terjun’ di Sungai Besar
- Amanah kata Pas pengacau di dua PRK
Surat politik Anwar dari Sungai Buloh Posted: 17 May 2016 07:13 AM PDT MSO Hari ini kepala pemerhati politik belum habis berputar dan pening-pening memikirkan gelagat parti pembangkang untuk menghadapi dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang masih belum muktamad dan tuntas untuk sepakat, tiba tiba mereka disua atau tersua pula dengan surat Anwar Ibrahim yang memberi peringatan kepada gerakan Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pembangkang masih "berkekah" sesama sendiri. Kemunafikan politik jelas berlaku di situ dalam kalangan parti pembangkang. Satu masa mereka sikeras untuk menumbangkan BN dan Najib Razak yang kononnya cemar dengan pelbagai skandal dan membawa najis kepada negara, tetapi di masa lain mereka bergerak seakan untuk menyelamatkan kerusi BN itu. Semacam ada sandiwara di situ? Kerana kalau mereka tulus dan ikhlas pasti pilihan raya itu akan dihadapi secara maufakat dan semua lubang dan retak untuk membolehkan BN lolos ditutup rapat. Apabila berlaku pertandingan, tiga atau empat penjuru menjadi banyak lubang dan lompong ini memberi kelebihan kepada BN. Itu yang dikatakan politik pembangkang bukan ada kelas dan standard tersendiri, tetapi jelas penuh hipokrasi dan oportunis. Ia membingungkan kemudian meloyakan orang awam memikirkan cara pembangkang berpolitik. Apa yang berlaku itu juga menebalkan keraguan orang ramai kepada pembangkang untuk mara dan diharap mengambil alih Putrajaya. Benarlah gelaran atau tuduhan pihak BN selama ini yang pembangkang tidur sebantal tetapi punyai mimpi berlainan. Apa yang terjadi dalam pembangkang bukan satu dakyah tetapi realiti. Mereka tidak dapat duduk sebakul melainkan jadi seperti ketam yang saling ingin "merukas" belakang antara satu sama lain untuk memerdekakan nafsu masing-masing. Di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sekiranya pembangkang gagal mencari jalan damai akhirnya menyebabakn BN menang besar, ini memberi kesan buruk kepada parti pembangkang di masa akan datang. Kepayahan pembangkang untuk bersatu dan maufakat akan dijadikan alasan kenapa parti pembangkang tidak boleh diharap mengganti BN dan orang akan muak kepadanya. Keadaan yang memberi kesan buruk kepada pembangkang di dua pilihan raya itu, jadi semakin mencelarukan fikiran lagi apabila tersebar pula surat daripada Anwar Ibrahim yang memberi peringatan kepada rakan-rakannya supaya berhati-hati dengan agenda Dr Mahathir Mohamad menggerakkan Deklarasi Rakyat. Dalam surat itu Anwar cuba menjustifikasikan pandangan dan penerimaannya terhadap gerakan itu, tetapi mesej utamanya agar menolak gerakan Dr Mahathir itu. Anwar tetap dengan agenda asalnya, reformasi menjatuhkan BN, menukar kerajaan yang ada kini. Walaupun deklarasi rakyat itu membantu proses berkenaan, tetapi bagi Anwar ia bukan putih kerana Dr Mahathir menyelit malahan menjadikan intipati untuk kepentingan politiknya. Saya tidak pasti apakah surat Anwar itu ditulis sebelum Dr Mahathir mengatakan Anwar tidak layak jadi PM kerana sudah tua dan tidak bermoral atau sebelumnya? Tidak dapat ditusuk selindung Dr Mahathir mahu mencapai cita-cita politiknya. Bagi Dr Mahathir dia tidak mahu menumbangkan BN, sebaliknya yang perlu digugurkan Najib. Dr Mahathir masih mahu menggunakan BN sebagai wadah atau tangganya untuk menaikkan anaknya. Itu sahaja dan agenda itu jelas. Manakala bagi Anwar pula yang perlu digugurkan bukan Najib, tetapi BN sekaligus. Saya rasa semua orang tahu dan dapat baca politik Dr Mahathir. Makanya ia perlu bijak. Dalam konteks usaha Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib itu seharusnya diambil kesempatan bijak oleh pembangkang dan juga pendokong Anwar. Dalam hal ini saya membuat ibarat Dr Mahathir sebagai sang buaya yang boleh digunakan untuk menyeberang sungai. Naiklah ke atas belakang buaya itu asalkan kita boleh seberang ke sana. Dalam pada itu harus waspada dan tahu menjinakkannya kerana ia haiwan yang ganas dan merbahaya. Dengan apa yang berlaku kini, perkembangan politik kini membentuk tiga keadaan. Mahathir mahu Najib turun dan Umno terus hidup. Anwar pula mahu Najib turun, dan kerajaan BN juga diganti dengan kerajaan baharu. Di samping itu beliau dikeluarkan daripada penjara. Bagi peribadi Anwar dan orang-orang yang kasih dengannya jika ditawarkan tiga perkara itu, mereka tentu akan memilih pembebasan Anwar dahulu daripada yang lain. Kerana kedua-dua (Mahathir dan Anwar) ada kepentingan maka tidak mungkin akan berlaku penyatuan dan kerjasama erat yang ikhlas. Masing-masing ada agenda tersendiri. Dalam usaha mencapai hajat masing-masing, masing-masing ada melakukan kesilapan. Tanpa disedari dengan perkembangan terkini kedua mereka masih berperang dan menyerang. Misalnya surat Anwar itu keadaanya sama dengan Deklarasi Rakyat yang dianggap memecah-mecilkan Harapan Rakyat. Surat Anwar juga menimbulkan kekeliruan baharu mengenai penerimaan Anwar. Saya sendiri baharu memahami kenapa gerakan itu tidak disertai oleh orang-orang tertentu, keran ia sudah ada mesej awal dari Anwar. Paling menyedihkan sampai dianjurkan debat mengenai deklarasi itu kononnya mencari kebenaran. Surat Anwar itu menjadi persoalan dan diterjemahkan mengikut rasa masing-masing walaupun ia membawa mesej tersendiri. Sebab ia berrsifat subjektif. Yang boleh dipertikaikan kenapa mesej itu tidak disampaikan serentak. Kenapa harus berselindung. Jelas bukan semua pemimpin PKR menerima mesej daripada Anwar itu. Penjelasan dan penafian Shamsul Iskandar Md Akin mengatakan surat itu sebagai palsu, manakala Rafizi Ramli pula mengesahkan ia sebagai benar menjelaskan bahawa surat itu tidak disampaikan secara adil. Kenapa? Maklumat atau mesej diberikan "beratahan" dalam PKR sendiri. Apabila dilihat kedua-dua mereka mewakili kumpulan tertentu dalam PKR, seolah-olah surat itu disembunyikan dan ia tidak terbuka. Adakah tujuan dan maksud Anwar dalam hal ini. Adakah beliau tidak mempercayai atau meragui kesetiaan mereka yang bersama Dr Mahathir dan sebaliknya? Situasi sebgini seharusnya tidak berlaku. Dalam pada itu saya ada maklum lain yang mungkn ada kaitan dengan surat Anwar atau sikap Anwar itu. Apabila membaca surat itu ia memberi gambaran, seolah-olah Anwar tidak mahu Najib diturunkan. Di sini ada hubungkait atau berita yang saya dengar. Anwar ditawarkan pembebasan awal daripada sepatutnya? Apakah bagi merealisasikan itu maka Najib tidak perlu diturunkan dahulu. Apakah janji "luhur" yang dibuat kepada Anwar yang saya dengar ini menyebabkan Anwar menulis surat demikian yang membawa dua mesej berbeza. Tampak surat itu sangat berwaspada, tetapi ia kurang bijak dalam usaha merapatkan saf perjuangan. Surat sedemikian kalau cara edarannya tidak sekata dan menyeluruh, ia satu yang tidak baik bahkan boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu saya namakan surat itu sebagai surat politik. Apakah Anwar mengambil sikap begitu, bimbang dan prejudis dengan Dr Mahathir kerana mempercayai apa yang dijanjikan kepadanya. Benar atau tidak apa yang terlatas ke telinga saya kononnya Anwar akan diberi pengampunan bagi memboleh beliau dialam penjara hanya dua tahun sahaja. Apa yang berlaku kepada Khir Toyo menjadi precedent. Ertinya tahun hadapan beliau akan dibebaskan? Apakah Anwar berharap dan percaya kepada janji berkenaan? Kalau inilah sebabnya maka surat sedemikian beredar, kononnya ia suatu justifikasi kepada Deklarasi Rakyat, maka ia sesuatu yang malang. Bukan sahaja orang diluar tidak konsisten dan keliru dengan pegangan politik, tetapi Anwar sendiri juga tidak pasti dan seakan menjadi salah fikir dan salah tafsir. Surat Anwar itu sebagai amanat kepada pemimpin PKR itulah intipati dan iktibar boleh diambil, tetapi dari sudut lain ia juga ada elemen-elemen politik yang Anwar sendiri tidak dapat bersikap tegas dan beliau juga samar dengan apa yang hendak dilakukan. Surat itu kini sudah beredar dan mesejnya sudah dibaca dengan berbagai tafsiran dan makna. Apa yang boleh dilakukan, tidak dinafikan ada pihak yang terkilan dengan surat berkenaan. Surat itu akan meluaskan tuduh menuduh antara satu sama lain, natijahnya meretakkan hubungan sesama sendiri. Apapun yang kita harap dan doakan semoga imbuhan yang diharapkan dengan sikap dan pendirian Anwar ambil itu menjadi kenyataan dan bukan hanya omong kosong sahaja. Janji itu janganlah palsu seperti beberapa kejadian sebelum ini. Diharap ia tidak seperti menyuapkan buah epal plastik kepada orang sedang kemaruk makan selepas demam panjang. Kesian.. | ||
Posted: 17 May 2016 06:01 AM PDT Akibat banjir kilat yang sering melanda kawasan hospital, kolam tadahan air sangat diperlukan di sana. Terbaharu, sebahagian wad geriatrik dinaiki air akibat hujan lebat. Wad itu berada di kedudukan yang rendah dalam kawasan hospital. Pengarah HTAR, Dr Ding Lay Ming berkata kolam takungan di sebelah wad mungkin akan membantu mengatasi masalah ini untuk jangka masa pendek. "Kita memerlukan kolam tadahan supaya air hujan mengalir ke sana ," katanya dalam satu temu bual di hospital. Dr Ding berkata pembinaan kolam tadahan yang telah dicadangkan semasa mesyuarat dengan Jabatan Kerja Raya negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kesihatan pada Februari tahun lepas. Wad tiga tingkat itu telah dibina pada tahun 1967, dan merupakan salah satu bangunan HTAR yang terawal. Dr Ding berkata hujan lebat menyebabkan kawasan berkenaan digenangi air dengan cepat. Beliau berkata tindakan pantas oleh doktor, jururawat dan kakitangan lain berjaya mengawal keadaan. "Tiada pesakit atau peralatan yang terjejas," katanya. Penyelia Hospital, C. Mohan berkata pihak hospital telah meletakkan beg pasir berhampiran pintu masuk sejak Oktober lepas. Mohan, yang telah berkhidmat dengan HTAR selama kira-kira 30 tahun mendakwa bahawa reka bentuk longkang bersebelahan dengan hospital yang tidak diselenggara dengan baik juga menyumbang kepada banjir kilat. | ||
ADUN PAS di Kedah masih setia bersama parti - Tuan Ibrahim Posted: 17 May 2016 05:47 AM PDT Oleh Nur Atiqah Abd SamadSHAH ALAM: PAS hari ini menafikan dakwaan dua ADUNnya di Kedah bakal menyertai Parti Amanah Negara (PAN). Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini pihaknya tidak ada menerima laporan mengenai perkara tersebut. Malah beliau yakin kesemua ADUN PAS di Kedah masih setia dengan parti Islam itu. "Hingga setakat ni saya tak ada terima maklumatlah, setahu kita tidak berlaku. ADUN-ADUN tu di samping menang wakili PAS, mereka juga terikat dengan baiah. "Setiap ADUN kena ingat kita bukan saja untuk seketika di sini saja, baiah kita mengikat kita. Sama ada kita nak melanggar bererti kita bersedia terima apa yang kita uacpkan. "Bagi saya, saya yakin ADUN-ADUN kita di Kedah masih kekal bersama PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos. Sebuah portal berita memetik Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi sebagai berkata, dua ADUN Kedah itu ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang bakal menyertai PAN. Tetapi Phahrolrazi berkata, kedua-duanya masih belum membuat keputusan muktamad untuk melompat parti. Sekiranya perkara itu berlaku, Phahrolrazi tidak menolak ia akan memberi kesan kepada PAS Kedah | ||
Posted: 17 May 2016 05:45 AM PDT Oleh Zulkiflee Bakar GENAP 13 bulan sejak 7 Mei 2015, arena politik negara bakal menyaksikan dua Pilihan Raya Kecil (PRK). Kali ini di dua kawasan Parlimen, di dua buah negeri yang diperintah oleh dua parti berbeza iaitu PKR dan UMNO. Kerusi pertama di Sungai Besar, Selangor manakala kerusi kedua di Kuala Kangsar, Perak. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Barisan Nasional (BN) menguasai kedua-dua kerusi itu dengan majoriti 399 undi dan 1,082 undi. Tradisinya, kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertembungan antara UMNO dan Pas. Bagaimanapun senario politik yang berbeza termasuk perbalahan dalam kalangan parti-parti pembangkang memungkinkan pertarungan di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut amat menarik untuk diperhatikan. Perlu diakui sama ada UMNO mahupun pembangkang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri apabila turun ke gelanggang mulai hari penamaan calon pada 5 Jun diikuti pengundian pada 18 Jun. UMNO mempunyai tanggungjawab besar dan cabaran getir bagi mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut. Jumlah undi majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Noriah Kasnon di Sungai Besar dan Allahyarham Datuk Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di Kuala Kangsar membuktikan BN bukanlah berada dalam kedudukan selesa untuk mempertahankan kedudukannya. Pakatan pembangkang sudah pasti akan membangkitkan pelbagai isu dengan tujuan meraih sokongan rakyat. Pelbagai dakwaan, tohmahan dan mengungkit isu-isu lama pasti akan menjadi "peluru" dalam usaha mereka merampas kedua-dua kerusi tersebut. Atas sebab itulah, UMNO perlu bekerja keras terutamanya dalam memastikan segala masalah dalaman dapat dielakkan dan calon yang dipilih benar-benar mampu menarik hati rakyat. Di Kuala Kangsar sudah wujud kebimbangan bahawa apa yang berlaku di Parlimen Bukit Gantang dalam pilihan raya umum akan berulang. Apatah lagi sudah ada desas-desus di peringkat kepemimpinan bahagian ada individu cuba menjadi "taiko" dengan "memadamkan" individu-individu yang dilihat layak dipertimbangkan menjadi calon. Kalau benarlah senario ini berlaku, ia bukanlah satu petanda yang baik untuk UMNO. Atas sebab itulah, kepemimpinan pusat perlu bertegas dalam soal ini dan tidak lagi bertolak ansur dengan mana-mana pemimpin di peringkat bahagian yang melakukan tindakan yang boleh menjejaskan peluang BN mempertahankan kerusi tersebut. Sokongan rakyat Sepatutnya di Perak tidak ada masalah untuk BN memenangi kerusi itu memandangkan di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar, negeri itu sudah mencapai kemajuan dan pembangunan yang cukup pesat. Pelbagai program dan perancangan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memperkukuhkan sokongan rakyat kepada BN. Di Sungai Besar pula, suasana dikatakan lebih aman. Jentera pilihan raya dikatakan sudah bersiap sedia sepenuhnya. Setakat ini difahamkan enam calon sudah disenarai pendek termasuk calon muda. "Kita memahami cabaran getir untuk mempertahankan kerusi tersebut, tetapi kita sama sekali tidak akan berputus asa sebaliknya akan mempertingkatkan lagi usaha bagi memastikan kerusi Parlimen Sungai Besar kekal dalam genggaman BN," kata satu sumber ketika dihubungi. Tidak kira apa juga senario di Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar, apa yang lebih penting ialah bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat di kedua-dua negeri itu memahami betapa pentingnya PRK tersebut. Agak melegakan apabila difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN telah menegaskan, pemilihan calon akan dilakukan secara teliti. Ia bukan sahaja sekadar bergantung kepada cadangan Badan Perhubungan UMNO Negeri atau bahagian, tetapi juga pihak-pihak lain yang berkaitan. Langkah itu amat tepat sekali bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar layak pada pandangan rakyat bukannya layak pada pandangan pemimpin bahagian atau mana-mana individu. Ini adalah pertarungan yang bukan sahaja melibatkan maruah UMNO, tetapi juga bagi mengelakkan parti-parti pembangkang menjadikan ia modal bahawa UMNO semakin ditolak oleh rakyat jika tewas. Perlu difahami ancaman bukan sahaja akan datang daripada parti-parti pembangkang tetapi juga segelintir pemimpin dan bekas pemimpin UMNO yang mungkin berhasrat mahu menjadikan gelanggang PRK itu sebagai medan untuk melunaskan agenda peribadi mereka. Dalam berhadapan dengan situasi tersebut, UMNO tidak ada pilihan selain memastikan parti itu meletakkan calon yang tepat dan menghapuskan mana-mana individu yang boleh menjejaskan peluang untuk mencapai kemenangan. Perbalahan dalam pembangkang bukanlah kelebihan untuk UMNO. Ini memandangkan rakyat mempunyai pandangan sendiri. Lagipun tiada apa yang hendak dihairankan dengan sikap DAP dan PKR yang terus mahu "membuli" Pas biarpun tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP mempunyai pandangan berbeza sesama mereka. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu Pas kembali ke meja rundingan, tetapi Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail menganggap itu pandangan peribadi Menteri Besar Selangor tersebut, bukannya pendirian parti. Begitu juga DAP, Nga Kor Ming mahu Pas berunding dengan parti-parti pembangkang yang lain tetapi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah menyatakan parti itu tidak akan menyokong calon Pas. Perbalahan ini membuktikan bahawa parti-parti pembangkang sejak dulu, kini dan selamanya tidak akan mencapai kata sepakat. Apabila melibatkan soal kuasa dan kedudukan sikap mereka pasti akan berbalah. Namun itu bukanlah "durian runtuh" untuk UMNO dan BN. Pertarungan dalam gelanggang pilihan raya melibatkan banyak faktor. Kalau mahu dilihat dari segi jasa dan keupayaan antara BN dan pakatan pembangkang bagai langit dan bumi, tetapi soalnya adakah itu boleh dianggap mampu menjamin kemenangan BN? Sebab itulah dalam berhadapan kedua-dua PRK tersebut, UMNO benar-benar perlu berhati-hati dalam mengatur strategi dari segala sudut, khususnya melibatkan calon dan pergerakan jentera. Tidak boleh ada sebarang masalah dalam usaha BN mahu mempertahankan kedua-dua kerusi itu. Tetapi sama ada ia akan berjaya atau tidak segala-galanya bergantung kepada pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian di kedua-dua negeri. Keikhlasan, kejujuran dan ketelusan mereka amat dituntut. Tidak boleh ada pengkhianat dalam kalangan mereka sehingga ia akhirnya menyebabkan kedua-dua kerusi itu terlepas ke tangan pembangkang. | ||
Amy: Tak sangka fitnah kian besar Posted: 17 May 2016 05:37 AM PDT MALAYSIAKINI Vokalis Search, Amy, menunjukkan rasa musykil dengan sikap penaja konsert mereka, Afjets Sdn Bhd, yang disifatkannya seperti mencurah minyak ke api dalam isu pertikaian dengan Yazid. Dalam status di Facebook, Amy menyatakan dengan kedudukan kewangan semasa Afjets sepatutnya tidak ada masalah untuk menjayakan projek konsert 35 Tahun Search pada Ogos nanti. "Tapi (mereka) menuang minyak kasi api lagi besar... Why? Kenapa?" katanya. Bagi Amy hanya pihak Afjets saja yang mempunyai jawapan kepada tindakan mereka. Dalam sidang media Yazid pada 12 Mei lalu diberitakan Ketua Pegawai Eksekutif Afjets Amrul Nizar Anuar mengesahkan ada lima nama pada memorandum persefahaman (MoU) asal antara pihaknya dengan Search. Bagaimanapun kata Amrul Nizar, nama Yazid dikeluarkan apabila dokumen akhir diserahkan semula kepadanya kemudian. Dia juga menceritakan Afjets membuat bayaran pertama kepada Search pada 25 Disember dengan anggapan ia dibahagi sama banyak dengan semua lima anggota kumpulan berkenaan. Yazid sebelum itu mendakwa dia tidak tahu menahu mengenai pembayaran pertama itu kerana tidak mendapat bahagiannya. Sebelum itu Yazid - pemain dram Search - mengadakan sidang media menjelaskan mengapa dia membuat laporan polis selepas tidak puas hati dengan cara pengagihan wang untuk konsert berkenaan. Main setakat larat Dia juga enggan memohon maaf seperti dituntut pihak Search kerana kenyataan dibuatnya. Yazid turut mendakwa dia berasa disisihkan sejak mereka mengadakan persembahan di Istana Budaya pada 2014. Amy berkata Search tidak mengetepikan Yazid disebabkan faktor wang, malah tidak ada sebarang kenyataan dibuat untuk mencari pengganti dalam konsert berkenaan. Search istana budaya. Mcm mana org kata kite ketepikan dia kerana duit. Tk pernah satu statemnt on kite cari penganti. Yazit main mana yg dia larat. Dia main 4 lgu utk segmnt dia di 4mlm. Kite main 20lgu dn hmpir 2jam stngh. Yazit dpt Rm42 ribu dn Rm7 ribu duit tshirt. Cuma kurang 20% dri kite org sebab bayo pemain drum sesionist. Show lain pn mcm tu gak. Ade show dia tk main sbab kt hospital tpi kite org bagi juga. Nasir hnta kt hospital bln posa sblm beberapa hari sblom Ray... Lihat Lagi "Yazid main mana (setakat yang) dia larat. Dia main empat lagu untuk segmen dia di empat malam. (Kami) main 20 lagu dan hampir dua setengah jam. "Yazid dapat RM42,000 dan RM7,000 duit (baju-T). Cuma kurang 20 peratus dari (kami) sebab Bayo (sebagai) pemain dram sesionist," kata Amy. Menurutnya, keadaan sama berlaku pada persembahan lain Search dan pada ketika tertentu Yazid tidak terbabit kerana mendapatkan rawatan di hospital. Walaupun begitu Amy berkata Search tetap memberi sebahagian daripada perolehan kumpulan itu kepada Yazid. Buat laporan polis Antaranya, kata Amy, sumbangan beberapa hari sebelum hari raya yang disampaikan Nasir (pemain bass). "Siang kawan hantar rezeki, malam (kemudian Yazid) keluar televisyen (tuduh) kawan-kawan dia penipu. "Dah dua kali hari raya dia caci kawan-kawan cuma (kami) ni tak pernah balas balik," katanya. Menurut Amy dia terpaksa menjawab isu berkenaan kerana tidak menyangka "fitnah" itu "semakin besar". Search dijadual mengadakan persembahan di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Ogos ini sempena 35 tahun pembabitan mereka dalam industri seni negara. Bagaimanapun konflik berlaku apabila Yazid dikatakan tidak berpuas hati dan membuat laporan polis. Search kemudian mengadakan sidang akhbar untuk membuat penjelasan, dan sehari kemudian Yazid melakukan tindakan sama untuk membalas kenyataan diberi anggota kumpulan itu. | ||
Skandal 1MDB: Bank Swiss akan siasat kakitangannya Posted: 17 May 2016 05:33 AM PDT MALAYSIAKINI Bank Swiss yang terlibat dalam siasatan global 1MDB, BSI SA, dikatakan akan menyiasat kakitangannya dan urusniaga yang dilakukan melibatkan dana pelaburan Malaysia itu, menurut laporan Bloomberg. Memetik sumber, seorang kakitangannya sedang disiasat di Singapura, adalah pengurus kepada pegawai bank yang didakwa di negara tersebut. Pengarah urusan perkhidmatan pengurusan kekayaan telah digantung kerja sementara siasatan sedang berjalan, kata sumber itu. Ia, bagaimanapun, menekankan pengarah urusan itu tidak dituduh melakukan sebarang kesalahan oleh pihak berkuasa Singapura. Inkuiri BSI yang sedang berjalan dilaporkan berlaku ekoran pihak berkuasa peringkat antarabangsa menyemak dakwaan 1MDB digunakan untuk menyalurkan dana kepada individu berkaitan politik. Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, bank Swiss telah memperkenalkan 1MDB kepada dana Cayman Islands yang menerima pelaburan sebanyak AS$2.32 bilion. Pelaburan itu dan urusniaga berkaitan dengannya tertakluk kepada siasatan jenayah, termasuk mereka yang melakukannya di Singapura. Pihak berkuasa kewangan Singapura telah menyoal kira-kira 40 bank, termasuk dua bank terbesar Australia, dalam siasatannya berkaitan dana-dana tersebut. Sebelum ini, bekas pegawai BSI Bank yang beroperasi di Singapura berdepan tiga lagi dakwaan tambahan atas pergerakan dana dari akaun yang dikaitkan dengan 1MDB, demikian menurut laporan Straits Times Singapura. Yeo Jiawei telah digambarkan oleh pihak pendakwa sebagai memainkan "peranan berpusat" dalam pergerakan dana dan menyembunyikan transaksi. Pihak pendakwa berkata, para penyiasat mengesyaki "sejumlah wang - S$200,000 dan US$200,000 - dipindahkan bagi pihak Yeo" kepada Harry Elias Partnership, firma guaman untuk peguamnya, Philip Fong, "mungkin perolehan berkaitan pelakuan jenayah". Pegawai bank berusia 33 tahun itu didakwa buat kali pertama pada 16 April ekoran cuba menghalang keadilan, menipu bekas majikan dan penggubalan wang haram, membawa kepada enam dakwaan ke atas beliau. Dakwaan pertama Sumber seterus memberitahu Bloomberg yang BSI telah memaklumkan pihak berkuasa kewangan Singapura tentang perkembangan inkuiri tersebut. | ||
Polis belum panggil bekas CEO 1MDB, kata TPM Posted: 17 May 2016 05:29 AM PDT MALAYSIAKINI Pihak polis belum menyoal siasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi dalam sebahagian siasatan ke atas firma pelaburan kontroversi itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. "Semua saksi yang terlibat akan dipanggil oleh polis jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataan mereka dan siasatan selanjutnya. "Shahrol belum dipanggil untuk merekodkan kenyataan beliau lagi," ujar Zahid dalam jawapan bertulis parlimen semalam. Beliau menambah, siasatan polis adalah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan sekiranya terdapat unsur pecah amanah dan tipu. Dlam laporannya mengenai 1MDB, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyalahkan Shahrol atas kelemahan firma itu. Antara kelemahan-kelemahan tersebut ialah pelanggaran keputusan pengurusan dan nasihat oleh lembaga pengarah, atau bertindak sebelum keputusan spesifik dibuat oleh lembaga pengarah. Shahrol terlibat dengan 1MDB dari mula, ketika ia masih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA). Kira-kira dua minggu yang lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengarahkan siasatan lanjut ke atas 1MDB. "Mengenai 1MDB, saya sudah arahkan siasatan lanjut berkenaan dengan personaliti lain yang mungkin terlibat dan saya masih belum menerima kertas siasatan (IP) berhubung dengan arahan itu. "Setakat ini, mereka belum kembali (kepada saya)," kata Apandi. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporan yang dibentangkan awal bulan April mencadangkan pihak berkuasa supaya menyiasat Shahrol Azral dan juga pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat itu. Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya mengumumkan satu pasukan polis sedang menyiasat 1MDB untuk meneliti laporan PAC. | ||
Terlalu awal untuk rumus ada penipuan, kata Najib Posted: 17 May 2016 05:21 AM PDT MALAYSIAKINI Adalah masih terlalu awal untuk merumuskan bahawa terdapat penipuan dalam transaksi atau urusniaga berkaitan 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Pada masa ini, terdapat pertikaian antara 1MDB dan IPIC. "Justeru, pihak 1MDB sedang mengkaji dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuktikan bahawa pihak IPIC dan Aabar Investment PJS bertanggungjawab ke atas dana yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI berjumlah AS$3.5 bilion," katanya dalam jawapan bertulis parlimen semalam. Najib, yang menjawap dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, berkata adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada penipuan berlaku dalam urus niaga itu. Beliau mengulas soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang menyoal mengenai sebab di sebalik peletakan jawatan yang dikemukakan oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy. "Bila CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy meletakkan jawatan dan adakah ia kerna penipuan dalam IPIC dan Aabar yang melibatkan AS$3.5 bilion, sebab perletakan jawatan ditolak oleh Lembaga Pengarah 1MDB sedangkan semua ahli lembaga pengarah telahpun letak jawatan. "Macam mana faedah AS$50juta dibayar bila IPIC enggan berbuat demikian," soal Lim. | ||
KWSP kekal pemegang terbesar hutang domestik kerajaan Posted: 17 May 2016 05:17 AM PDT MALAYSIAKINI Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang terbesar hutang domestik kerajaan dengan komposisi pegangan 21.6 peratus atau RM131.7 bilion. Menurut menteri kewangan, pinjaman itu dalam bentuk pegangan KWSP dalam instrumen sekuriti kerajaan berjumlah RM65.9 bilion dan terbitan pelaburan kerajaan RM65.8 bilion. Dalam jawapan bertulis di parlimen, menteri juga menjelaskan pinjaman yang diperoleh kerajaan persekutuan adalah bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Dan secara tidak langsung, kata Datuk Seri Najib Razak, ia memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan pelbagai program pembangunan negara. Najib menjelaskan hutang domestik kerajaan sebanyak 96.6 peratus atau RM609.1 bilion. Bakinya RM21.5 bilion (3.4 peratus) adalah pinjaman luar pesisir. Beliau menjawab soalan Wong Tien Fatt (Sandakan) berkaitan hutang kerajaan kepada KWSP, selain tujuan dan syarikat dimanfaatkan daripada hutang itu. Sementara itu, Najib juga berkata, kedudukan terkini hutang kerajaan pada akhir Disember 2015 sebanyak RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK). Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan komited memastikan paras hutang persekutuan tidak lebih 55 peratus daripada KDNK. | ||
Bung Moktar ini emosional, kata IGP Posted: 17 May 2016 04:32 AM PDT Shakira Buang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan ahli parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin sebagai emosional apabila mencadangkan agar pihak berkuasa menembak penagih dan pengedar dadah di negara ini. Katanya, apa saja tindakan yang mahu diambil oleh pihak berkuasa harus berlandaskan undang-undang dan peraturan. "Saya rasa MP Kinabatangan ini dia emosional. "Kita tak boleh emosional dalam memberi pandangan dan apa jua tindakan. Apa-apa tindakan mesti berlandaskan peraturan dan undang-undang," kata Khalid pada sidang media di ibu pejabat polis daerah (IPD) Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini. Bung Moktar semalam mencadangkan penyelesaian drastik bagi membendung masalah salah guna dadah di negara ini. Beliau mengketengahkan cara Brazil menangani masalah itu tanpa membawanya ke mahkamah, tetapi mengarahkan polis yang menyamar supaya menembak penagih dan pengedar dadah. Hasilnya, kata Bung masalah itu selesai. Bung berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Antidadah Kebangsaan 2016 di Dewan Rakyat, semalam. Mengulas lanjut, Khalid berkata cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan selain tidak mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada di negara ini. "Saya tak tahu sama ada betul ke Brazil buat begitu. Sudah semestinya (undang-undang) tak sesuai kerana tidak mengikut peraturan dan undang-undang serta tidak boleh dilaksanakan di negara kita," katanya. Terdahulu Khalid menghadiri majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis dan serah terima tugas jawatan pengarah serta pengerusi Perkep jabatan KDNKA, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Bukit Aman, Kuala Lumpur. | ||
Surat Anwar dibaca, laungan reformasi bergema Posted: 17 May 2016 04:28 AM PDT Anne Muhammad Penalis forum 'Deklarasi: Mana Pergi Rakyat', pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membaca surat dari bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disambut dengan laungan reformasi bergema di majlis tersebut. "Setiap perjuangan selalu melahirkan sejumlah pengkhianat dan para penjilat. Jangan kau gusar, saudaraku. "Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang. Jangan kau kecewa, saudaraku." "Fokus kita untuk tumbangkan Umno dan Barisan Nasional," katanya lagi, lantas disambut laungan kuat 'Reformasi' oleh para hadirin yang kebanyakannya menentang usaha Deklarasi Rakyat. Laungan tersebut berterusan untuk beberapa ketika, sehingga menenggelamkan penjelasan seorang lagi ahli Panel, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang menegaskan Deklarasi Rakyat tidak menghalang usaha menjatuhkan kerajaan. Surat bertulis tangan itu dikatakan menyentuh penglibatan dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad. Forum itu menampilkan Khalid berserta bekas pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga dan bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat. Manakala Chegubard, bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan peguam Haris Ibrahim sebagai pihak yang menentang. Bagi Haris, beliau menentang deklarasi tersebut bukan kerana tidak bersetuju dengan isi kandungannya, tetapi kerana khuatir dengan agenda di sebaliknya yang disifatkannya hanya untuk menyelamatkan Umno dan BN. "Saya tidak percaya usaha yang dipimpin Mahathir dan lihat ia tidak akan dapat mencapai reformasi yang diingini rakyat... Yang perlu digulingkan adalah Umno-BN (dan bukan hanya Najib). "Selagi ia tidak berlaku, jangan harap reformasi akan berlaku," katanya lantas disambut tepukan gemuruh 300 hadirin. Khalid mengecam hujah pihak yang menentang yang menurutnya 'mengungkit hal yang telah berlalu' sehingga menghalang sebarang kerjasama dengan pihak lain. "Memang dia (Mahathir) ada agenda, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh atasinya (dengan agenda kita). Saya bimbang dengan tanggapan sebegini," katanya lagi. Arutchelvan pula menyifatkan Deklarasi Rakyat yang dikatakan ingin menyatukan pihak yang tidak bersetuju dengan Najib akhirnya memecah-belahkan Pakatan Harapan sendiri. "Kehadiran Mahathir telah memecahkan kita. PKR dan DAP pecah dua, masyarakat sivil berpecah lagi banyak," katanya, yang turut mengecam usaha itu yang disifatkan dibuat secara tergesa-gesa dan melibatkan segolongan kecil tokoh sahaja. "Deklarasi rakyat tidak mengubah apa-apa, ia hanya menghancurkan kita,"katanya. Forum lebih dua jam itu panas dengan hujah barisan ahli panel serta sorakan hadirin, sehingga menyebabkan penganjur terpaksa mencelah untuk meminta semua yang pihak untuk bertenang. | ||
11 inti pati amanat 'puitis tapi pedas' Anwar Posted: 17 May 2016 04:26 AM PDT MALAYSIAKINI Jarang ahli politik menulis surat panjang lebar dengan penggunaan bahasa indah berhias puisi-puisi penyair terkenal seluruh dunia. Tetapi di sebalik pemilihan kata-kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak dengan surat lapan halaman daripada penjara yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Deklarasi Rakyat. Anwar menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia. Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar. Bagaimanapun, surat panjang itu mungkin sedikit sukar difahami gaya penulisan itu. Berikut inti pati amanat Anwar itu yang disusun semula oleh Malaysiakini: (1) Terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat. Strategi itu menggugat perjuangan PKR dan pemimpinnya harus menghindari permainan elit penguasa untuk mengekalkan sistem usang. Mahathir dan Daim agresif mempertahankan sistem kroni kapitalisme. (2) Tengku Razaleigh Hamzah licik mempergunakan akuan bersumpah (SD) anggota parlimen yang tidak menyokong kepimpinan Najib, walaupun menafikannya. Tengku Razaleigh atau Ku Li meletakkan diri sebagai calon kompromi di tengah-tengah pertembungan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. (3) Anwar menetapkan jarak daripada awal dengan "kelompok Deklarasi Rakyat". Agenda perubahan harus selaras dengan gagasan reformasi. (4) Deklarasi Rakyat menafikan kepentingan moral untuk "reformasi terhadap demokrasi yang beramanah". Pelancarannya seolah-olah ditetapkan tanpa boleh dirunding. Malah, pandangan PKR dimasukkan di saat-saat akhir dan sekadar mencantikkan deklarasi. "Dokumen Tun M" itu cacat dan tidak selari dengan pandangan reformasi. (5) Deklarasi Rakyat hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah. (6) Mahathir pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan. Bagaimanapun terdapat pemimpin PKR terpegun dan merendah diri dengannya seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. (7) Mahathir tidak pernah menghargai sifat berlapang dada padanya, bahkan menunjukkan sifat terkutuk meneruskan serangan peribadi. Lebih sedih lagi, penghinaan itu tidak dibela oleh rakan-rakannya yang lebih mementingkan usaha sama dengan Mahathir. Anwar dan Azizah merasakan keperluan membantah sebagai prinsip mempertahankan maruah. (8) Kumpulan elit penguasa hanya berusaha menyelamatkan Umno. Memetik penyair Inggeris William Shakespeare, Anwar berkata "ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota". (9) Anwar mengutuk sikap tidak peka yang mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah (anaknya) membuat kunjungan hormat terhadap Mahathir. Hasrat mengambil hati Mahathir dengan menuntut pengorbanan keluarganya, terutamanya selepas cemuhan bekas perdana menteri itu, sangat tidak berhati perut. (10) Dakwaan Najib menghantar Zahid bertemunya di Hospital Kuala Lumpur ketika beliau dimasukkan ke wad baru-baru ini adalah fitnah untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan. (11) Anwar berasa sugul. Derita di penjara tidak sekusut perkembangan terkini PKR apabila idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Memetik penyair terkenal Indonesia Tawfiq Ismail, Anwar mengetengahkan sajak yang mengingatkan wujudnya golongan pengkhianat, penjilat dan pahlawan jadi-jadian dalam perjuangan. | ||
DAP terus bersama Dr M, walaupun tanpa 'restu' Anwar Posted: 17 May 2016 04:23 AM PDT Kow Gah Chie DAP hari ini menegaskan untuk terus bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun selepas terdedahnya 'warkah dari penjara' hasil nukilan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam respons pertama dari DAP sejurus tersebarnya surat tersebut semalam, Tony Pua berkata, keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa. "Ia adalah reaksi yang biasa. Selain Anwar, masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir. Sama seperti mereka meragui ketika Anwar menyertai pembangkang banyak tahun yang lalu. "Kebimbangan beliau itu ada rasionalnya seperti kami jua. Kami juga takut dipergunakan (oleh Mahathir demi agenda peribadi)," kata Pua (kiri) yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu. Dalam surat dengan lapan halaman itu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia. Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar. Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu. Deklarasi Rakyat turut menafikan kepentingan moral untuk "reformasi terhadap demokrasi yang beramanah" dengan hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah, kata Anwar lagi. Mahathir juga disifatkan sebagai pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan sambil memetik memetik ungkapan oleh penyair Inggeris terkenal, William Shakespeare : "ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota". Mengulas lanjut, Pua menambah, selepas menimbang buruk baiknya dalam kerjasama dengan Mahathir, DAP merasakan boleh meraih manfaat dalam kerjasama itu, terutama penyokong BN yang dibawa olehnya. "Titik utama ialah kita mampu mendekati penyokong BN menerusi Mahathir. Kami boleh menggunakan pengaruh beliau untuk mendekati lebih ramai penyokong," ujarnya. "Peluang ini akan digunakan untuk menerangkan kepada penyokong BN tentang pendirian kami supaya mereka lebih mengenali Pakatan Harapan dengan lebih baik. Dan, kita mendapat lebih banyak sokongan," katanya. | ||
RTM tidak lagi minat siar debat 1MDB Posted: 17 May 2016 04:08 AM PDT Kow Gah Chie RTM tidak lagi berminat untuk menyiarkan debat secara langsung antara ahli parlimen DAP, Tony Pua dengan boss 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. "Kita tidak berminat ekoran penyiasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara telah selesai. Jika ada sesiapa yang berminat untuk berdebat, mereka boleh berbuat demikian di Parlimen. "Apa yang sedang berlaku sekarang adalah lebih kepada pertikaian perniagaan antara 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC)," Salleh beritahu wartawan di lobi Parlimen, hari ini. Salleh, bagaimanapun, berkata stesen TV lain bebas untuk menganjurkan debat berkenaan jika berminat. Terdahulu, Pua menzahirkan hasrat beliau untuk berdebat dengan Arul Kanda, sama ada di RTM atau TV3, secepat yang boleh. Arul telah menghubunginya untuk membuat pengendalian sewajarnya bagi menjayakan acara tersebut, kata Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara. "Beliau telah menugaskan Ketua Komunikasi 1MDB, Robert Ho untuk mengepalai perbincangan tentang format dan struktur debat atau rancangan bual bicara tersebut," jelas Pua. Bagi pihak DAP, ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan Ong Kian Ming akan mengatur serta memuktamadkan butiran pengendaliannya, kata Pua lagi. Pua, yang turut menganggotai PAC memperbaharui cabarannya untuk berdebat dengan Arul Kanda pada 14 April selepas PAC menerbitkan lapora 1MDB. Cabaran awal telah disekat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana PAC belum memuktamadkan siasatanya dalam 1MDB. | ||
Maklumat Good Star dipadam dalam laporan PAC kerana 'sulit' Posted: 17 May 2016 04:06 AM PDT MALAYSIAKINI Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memadamkan beberapa kenyataan dalam laporan 1MDB kerana segala maklumat yang diberi oleh Bank Negara adalah berstatus "sulit" dan bukan untuk laporan umum. "Pengerusi PAC (Datuk Hasan Arifin) menerima maklumat daripada Bank Negara Malaysia yang menyatakan bahawa segala maklumat yang diberi adalah berstatus 'sulit bagi tujuan risikan sahaja dan bukan untuk kegunaan mahkamah atau laporan awam," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan parlimen hari ini. "Untuk makluman, semua anggota PAC telah dimaklumkan mengenai perkara ini melalui surat Pengerusi PAC kepada Timbalan Gabenor Bank Negara bertarikh 6 April," katanya. "Ini kerana laporan PAC adalah untuk kegunaan awam, maklumat berkenaan tidak boleh dimasukkan dalam laporan itu," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan). Lim bertanya sama ada Hasan boleh memadamkan kenyataan yang dibuat oleh Bank Negara dalam laporan PAC yang berkata pihak berkuasa Malaysia memaklumkan bahawa Good Star Limited (GSL), yang menerima AS$700 juta daripada 1MDB dimiliki oleh seorang individu yang tidak ada hubungan kait dengan rakan kongsi usaha sama 1MDB, Petrosaudi Group. "Adakah Low Tack Jho (Jho Low) menguasai GSL?" soalnya. | ||
'Deklarasi Rakyat bawa perpecahan Pakatan Harapan' Posted: 17 May 2016 01:48 AM PDT KUALA LUMPUR - Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa sebaliknya membawa perpecahan kepada Pakatan Harapan (PH). Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, ini terbukti apabila Deklarasi Rakyat yang disertai oleh pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan parti-parti pembangkang dalam PH berpecah belah. "Deklarasi Rakyat bukan Deklarasi Rakyat sebaliknya Deklarasi Elit ia deklarasi cetek dan cacat...kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad memecahkan kita di mana seorang didaktor diangkat oleh rakyat mana logiknya. "Kehadiran Mahathir juga telah memecahkan kita, PKR pecah dua DAP pecah dua, kita NGO berpecah," katanya dalam Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur hari ini. Dakwanya oleh itu, Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa, sebaliknya membawa 'malapetaka' kepada PH. "Deklarasi rakyat tidak mengubah apa-apa ia hanya menghancurkan kita,"katanya. Debat Perdana dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan; bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan; Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin. | ||
JAWAPAN TAMBAH PENING DARIPADA MENTERI ARAB SAUDI Posted: 17 May 2016 01:37 AM PDT shahbudindotcomPutera Sultan Abdulaziz, anak Raja Arab Saudi yang memerintah sekarang iaitu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata, beliau tidak boleh mengulas secara spesifik berkaitan derma RM2,600 juta yang diterima oleh Najib Razak sebelum pilihanraya 2013 lalu. Najib mengatakan wang yang diterimanya adalah derma politik daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan ia kemudian turut disahkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali. "Saya benar-benar tidak tahu latar belakang isu ini, bukan saya mahu mengelak tetapi saya benar-benar tidak ada latar belakang. "Ini isu dalaman Malaysia dan saya pasti anda akan selesaikannya," kata beliau ketika bercakap dengan media yang turut dihadiri oleh Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Sebagai analogi mudah, katalah pihak yang berkaitan dengan Istana atau kerajaan Malaysia telah heboh diperkatakan di seluruh dunia memberikan derma dan jika derma itu memang benar-benar sebagai derma, apakah mungkin menteri negara kita sanggup memberikan reaksi seperti di atas? Tidakkah derma itu sepatutnya sesuatu yang mudah untuk diakui, kalau pun tidak mahu membanggakannya? Cuma perlu katakan ya atau tidak saja. Kenapa menterinya yang juga merupakan salah seorang anak Raja Arab Saudi boleh mengatakan beliau tiada latar belakang mengenai derma itu sambil tergamak menyebut ia adalah isu dalaman Malaysia? Mengapa beliau tak mahu mengakui wujudnya derma tersebut jika ia benar-benar sebagai derma? Lagi pula jumlahnya bukan RM2.60 sen yang menyebabkan ia malu untuk diakui secara terbuka, tetapi RM2,600 juta. Pening lagi Najib dibuatnya.... | ||
Rafizi senarai jumlah hutang 1MDB yang dibayar kerajaan Posted: 17 May 2016 01:34 AM PDT MALAYSIA DATELINE Menurut Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, hutang-hutang ini juga menyebabkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terpaksa membayar faedah tahunan (dipanggil bayaran kupon) sepanjang tempoh hutang itu belum dilangsaikan. Beliau seterusnya menyenaraikan jumlah hutang 1MDB yang telah dan berkemungkinan diambil alih oleh kerajaan: HUTANG YANG TELAH DIAMBIL ALIH KERAJAAN i. Hutang SRC sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) melalui pemindahmilikan SRC dari 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). ii. Hutang Bandar Malaysia sebanyak RM2.4 bilion dari Tabung Haji melalui pemindahmilikan Bandar Malaysia dari 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) HUTANG YANG BERKEMUNGKINAN TERPAKSA DIAMBILALIH i. Hutang dalam bentuk bon berjumlah USD1.75 bilion (bersamaan RM7 bilion) yang dijamin IPIC tetapi telah melanggar syarat pinjaman apabila 1MDB gagal membayar faedah bulan lalu. ii. Hutang dalam bentuk bon berjumlah USD1.75 bilion (bersamaan RM7 bilion) yang juga dijamin IPIC dan faedah perlu dibayar hari ini. Jika tidak dibayar oleh 1MDB, sekali lagi ia melanggar syarat pinjaman. iii. Hutang dalam bentuk terbitan sukuk/bon patuh syariah berjumlah USD1.83 bilion (bersamaan RM7.4 bilion) yang boleh dituntut serta merta akibat pelanggaran syarat pinjaman hutang-hutang (i) dan (ii) akibat dari "cross defaults". Dari jumlah keseluruhan hutang bernilai RM27.8 bilion itu, Rafizi menganggarkan kadar faedah 5% dan tempoh matang purata 15 tahun berjumlah RM20.85 bilion. Sehubungan itu, jumlah keseluruhan hutang bercampur faedah adalah bernilai RM48.65 bilion. Beliau turut menganggarkan bahawa kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah RM3.3 bilion bagi membayar hutang 1MDB selama 15 tahun. "Maknanya, rakyat Malaysia mesti menyedari bahawa setakat ini, jumlah peruntukan tahunan yang terpaksa dipotong atau tidak dibelanjakan bagi tujuan rakyat akibat hutang 1MDB (yang kita ketahui setakat ini) adalah dianggarkan RM3.3 bilion," ujarnya. Rafizi seterusnya memberikan contoh peruntukan kerajaan bagi pendidikan tinggi dan kesihatan/perubatan yang terpaksa dikorbankan untuk membayar hutang 1MDB. Menurutnya, sebuah universiti awam yang baik dan mampu menawarkan pendidikan pada kos yang berkali ganda lebih murah dari IPTS kepada sekitar 5,000 pelajar pada satu-satu masa dianggarkan memerlukan pelaburan awam sebanyak RM750 juta. Tambah beliau, sebuah hospital besar di peringkat daerah yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan/perubatan yang baik kepada sekitar 100,000 orang penduduk dianggarkan berjumlah RM500 juta (mengambil kira kos hospital sedia ada). Peruntukkan RM3.3 bilion setiap tahun untuk membayar hutang 1MDB katanya, adalah bersamaan dengan pembinaan dan operasi dua universiti awam (IPTA) dan tiga hospital awam setiap tahun bagi tempoh 15 tahun. "Bagi tempoh matang purata selama 15 tahun, ini bermakna rakyat Malaysia akan kerugian 30 universiti awam (IPTA) dan 45 hospital awam akibat menanggung hutang 1MDB setakat ini," ujar beliau. | ||
Musim durian Melayu akan bergaduh Posted: 17 May 2016 01:31 AM PDT TS MOHAMAD MOHAMAD TAIB Adik saya di kampong dekat Ulu Bernam, Tanjong Malim semalam talipon saya durian di kebun dah berbunga. Dia gembira sebab empat bulan lagi selepas bulan Syawal musim durian akan bermula. Ramailah adik beradik dari luar rajin balik ke kampong. Durian dah berbunga. Tak lama lagi musim durian akan tiba. Saya teringat Pak saudara saya di kampong pernah berkata kepada saya .. 'Nak tengok orang Melayu bergaduh, tunggu musim durian'. Memang betul. Masa musim durian ramailah adik beradik akan tak bertegur sapa. Kata mengata. Umpat mengumpat. Merajuk. Abang yang duduk di kampong dialah yang urus segala-galanya. Menjaga pokok durian, menebas rumput dan lalang, meracun, bayar cukai tanah dan lain-lain. Dialah berkuasa. Adik beradik yang lain tak nampak muka. Tak tolong jaga kebun. Tak bayar cukai. Tak balik kampong pun. Bila musim durian barulah nampak muka. Barulah balik. Menyebuk. Banyak tanya. Berapa hasil buah durian? Mana duitnya? Macam-macam lagi. Si abang yang jaga kebun di kampong tak suka banyak soalan. Dia kata makanlah buah durian tu. Jangan banyak tanya. Tapi adik-adik dalam hati resah dan suka bertanya. Mana hasil durian? Mana duit durian? Siapa dapat? Siapa dapat lebih? Kebun jiran sebelah nampak macam tenang sahaja. Adik beradik ramai balik ke kampong dan ke dusun durian. Tapi nampak macam ok je. Abang yg jaga kebun pandai jaga adik-adik. Apa yangg Pak Saudara saya kata lima puluh tahun dahulu itu masih saya dengar di telinga saya sekarang. 'Nak tengok orang Melayu bergaduh tunggu datangnya musim durian'. Mana tak? Pembahagian tak sama rata. Ada dapat banyak. Ada dapat sikit. Ada tak dapat langsung. Adik disayangi dapat. Adik yangg cakap banyak tak dapat. Begini perang pun boleh. | ||
Pas pasti letak calon, Hadi alukan penyertaan PH di PRK Sungai Besar Posted: 17 May 2016 01:29 AM PDT BERNAMA PAS bersikap terbuka terhadap cabaran daripada parti pembangkang lain yang mahu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun depan. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS telah membuat keputusan untuk meletakkan calon di kawasan berkenaan. "Kita telah buat kenyataan untuk bertanding, parti lain terserah. "PAS tak rugi apa-apa, kalau menang kita untung ... parti lain boleh mengadu nasib," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan berkata Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada PRK Sungai Besar. Pakatan Harapan dianggotai DAP-PKR-Parti Amanah Negara. Hadi berkata calon PAS bagi PRK tersebut telah dipersetujui Majlis Syura dan akan diumum dalam masa terdekat. PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Perak Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun. | ||
Pas Terengganu akan tanding semua kerusi, kata pesuruhjaya negeri Posted: 17 May 2016 01:26 AM PDT WARTAWAN MALAYSIA DATELINE Pas Terengganu akan meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri itu sekiranya berlaku pilihan raya negeri (PRN) atau dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang. Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat berkata PAS sudah membuat persediaan bagi menghadapi sama ada PRN atau pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang. "Saya tak kata (ada) pilihan raya kecil, (tapi) kebarangkalian tu ada, jadi kita sebagai Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPNT), kita buat persediaanlah (menghadapi) apa-apa yang berlaku sama ada pilihan raya kecil ataupun apa (PRU-14)," jelasnya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal anjuran BPPNT dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Shah Alam kelmarin, lapor Buletin Online, media milik Pas Terengganu. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberikan ucap utama pada makan malam yang telah berjaya menjual 110 buah meja itu. Turut hadir ialah anggota Dewan Harian BPPNT dan wakil-wakil rakyat Pas Terengganu. Sehingga kini, Pas masih mengadakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR selepas Pakatan Rakyat pecah. Dalam pilihan raya umum lalu, Pas mengambil keputusan bertanding di tiga kerusi yang diperuntukkan kepada PKR dalam rundingan Pakatan Rakyat. Calon PKR yang juga Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menang Dun Bandar dalam pilihan raya lalu manakala calon Pas menang 14 kerusi manakala 17 lagi di menangi oleh calon Umno dari Barisan Nasional (BN). Satiful yakin Pas akan meningkatkan kemenangan dan menambah jumlah kerusi sama ada dalam PRN atau PRU-14 akan datang. Katanya, pertembungan sebenar sejak dari dahulu dalam politik Terengganu adalah di antara Pas dan Umno. Oleh kerana itu, Pas bersedia meletakkan calon untuk 32 DUN dan lapan kawasan Parlimen pada kali ini. | ||
Peniaga online mungkin kena cukai Posted: 17 May 2016 01:25 AM PDT Cukai perlu dikenakan terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai. KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) sedang mengkaji kemungkinan untuk mengenakan cukai ke atas perniagaan dalam talian pada tahun depan, sejajar kepesatan perkembangan sektor berasaskan Internet di negara ini. Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata MOF sudah mengarahkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan kajian terperinci mengenai perkara itu. Malah, katanya, LHDN yang menubuhkan Bahagian Perniagaan dan Perdagangan Dalam Talian, turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan itu. "Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai. "Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Sektor Awam – Pembaharuan Kewangan Bagi Pembangunan Ekonomi Asia, di sini, hari ini. "Ini bagi membolehkan kita mengetahui jumlah pendapatan yang diperoleh," katanya. Menurutnya, kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan pendapatan pemandu teksi/kenderaan perkhidmatan Uber dan Grab boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan iaitu angka yang boleh dikenakan cukai. Pendapatan bulanan boleh dicukai ketika ini adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000. Terdahulu, ketika berucap, Irwan berkata kerajaan kekal komited kepada inisiatif pengukuhan fiskal dalam usaha memantapkan kedudukan kewangan serta bagi mencapai sasaran bajet seimbang pada 2020. Beliau turut menyuarakan rasa optimisnya bahawa hutang kerajaan dapat berada di paras kurang 55% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). "Kita berharap dapat merendahkan lagi paras itu kepada kurang 50% menerusi langkah pengurangan pembaziran serta perbelanjaan secara berhemat, namun ini pastinya akan memakan masa," katanya. — BERNAMA | ||
DAP cadang kadar minimum bayar PTPTN Posted: 17 May 2016 01:10 AM PDT KUALA LUMPUR - DAP mencadangkan kerajaan mengenakan kadar minimum untuk pembayaran semula Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) berdasarkan aras gaji graduan. Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, kadar minimum itu memudah dan meringankan graduan untuk membayar semula hutang tersebut. "Graduan bukan tidak mahu membayar PTPTN tetapi gaji mereka tidak cukup untuk pembayaran semula. "Jadi, dengan adanya kadar minimum itu ia akan meringankan beban mereka," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. Mengambil contoh Australia, beliau yang juga merupakan jurucakap kepada Hal Ehwal Pendidikan, Sains dan Teknologi berkata, graduan di negara itu membayar pinjaman pendidikan sekiranya mereka memperoleh pendapatan tahunan melebihi AUS$54,126 setahun. "Di Malaysia, jika pendapatan graduan sekitar RM3,500 iaitu bersamaan RM42,000 sukar untuk mereka membayar semula. Ini kerana mereka berdepan dengan kos hidup selepas belajar. "Jadi cadangan kadar minimum ini wajar dipertimbangkan dan dikaji sebelum dilaksanakan," katanya. Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan 1.25 juta peminjam PTPTN gagal membayar semula hutang berkenaan selepas tamat pengajian. Tindakan itu menyebabkan nama kesemua mereka disenarain hitamkan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). "Tindakan ini menyukarkan mereka untuk membuat pinjaman lain seperti pinjaman peribadi, perumahan dan pinjaman-pinjaman lain," katanya. | ||
Elak letak calon 'bidan terjun’ di Sungai Besar Posted: 17 May 2016 01:04 AM PDT SUNGAI BESAR - BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar sekiranya meletakkan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Muslimin Yahaya sebagai calon. Presiden Kelab Usahawan Selangor (Kusel), Mohamad Zaini Md Taha berkata, Muslimin sebagai orang kanan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon dilihat calon paling sesuai pada PRK nanti. Mohamad Zaini antara rakan rapat Noriah mengakui, timbalan menteri itu sendiri pernah menyuarakan perkara itu kepadanya semasa mereka bersembang tentang perkembangan politik semasa kira-kira dua bulan lalu. "Arwah ada cerita pada saya dia ingin bersara daripada politik. Arwah kata, jika dia bersara nanti, orang paling layak menggantikan tempatnya di Parlimen (Sungai Besar) ialah Muslimin. "Arwah beritahu, Muslimin boleh buat kerja di kawasan ini dan dia adalah calon paling disukai segenap masyarakat," katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Zaini berkata, sejak menjadi SUSK kepada Noriah, Muslimin kerap turun padang dan lebih dekat dengan pengundi pelbagai bangsa serta seorang calon yang disifatkan sebagai 'winnable candidate'. "Muslimin biasanya akan turun tiga atau empat hari lebih awal jika ada program di kawasan. Dia lebih faham selok-belok Parlimen Sungai Besar dan mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan arwah," katanya. Katanya lagi, kredibiliti Muslimin sebagai seorang pemimpin yang disenangi di peringkat akar umbi mampu mengangkatnya sebagai calon pilihan untuk mewakili BN di kerusi Parlimen Sungai Besar. Jelasnya, Muslimin adalah adalah seorang guru jika bekas anak muridnya (yang layak) mengundi dalam PRK, ini satu kelebihan kepadanya. "Saya nampak, Muslimin juga rapat dan disenangi wanita sebab beliau menjaga bosnya yang menjadi ketua wanita bahagian, selain mendapat tempat di hati pengundi Cina terutama di Sekinchan. "Kita kena ingat, di Sekinchan BN tewas, jadi amat penting, BN memilih Muslimin yang kerap jumpa penduduk di Bagan untuk meraih sokongan pengundi Cina," katanya. Beliau berkata, BN diingatkan supaya tidak sesekali meletakkan 'calon helikopter' di parlimen itu memandangkan kawasan itu hanya menang tipis dalam PRU13 lalu. Malah, katanya, jika 'calon helikopter' yang dipilih dalam PRK nanti, tidak mustahil kawasan itu bakal dimenangi pembangkang. "Calon helikopter ni maksudnya, nak darat ke mana pun dia boleh darat. Janganlah letak calon bukan anak tempatan sebab dia tak tahu keadaan politik di sini. "Calon parlimen ini mesti anak jati Sungai Besar dan orang yang disukai masyarakat. Di sini terdapat pelbagai etnik seperti Jawa, Banjar dan Melayu...semua ini kena ambil kira untuk jadi calon BN," katanya. | ||
Amanah kata Pas pengacau di dua PRK Posted: 17 May 2016 12:47 AM PDT SINAR HARIAN KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyifatkan Pas hanya 'pengacau' jika masih berdegil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak. Naib Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak boleh mendakwa kedua-dua kawasan itu adalah 'tempat' mereka kerana sudah tiga kali kalah walaupun mendapat sokongon DAP dan PKR pada pilihan raya umum lalu. "(Walaupun bertanding) atas nama Pakatan Rakyat pun (Pas) masih belum menang, bagaimana (bila) Pas bertanding bersendirian dia kata dia ada (sokongan) akar umbi. "Pihak ketiga hanyalah pengacau. Kita (Amanah) rasa peluang kita menentang Barisan Nasional berbanding Pas itu adalah lebih baik sebab kita bertanding atas nama Pakatan Harapan yang mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong parti pembangkang," katanya pada sidang akhbar di pejabat parti itu di sini, hari ini. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata, Pas bersikap terbuka terhadap cabaran daripada parti pembangkang lain yang mahu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun depan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan serentak pada 18 Jun. Hari penamaan calon ialah pada 5 Jun. Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. Dalam pada itu, Che Ibrahim turut menyelar kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menolak tawaran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar parti itu kembali bersatu di bawah Pakatan Harapan yang kini dianggotai DAP, PKR dan Amanah. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan