Selasa, 17 Mei 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO

Posted: 17 May 2016 06:30 AM PDT


  Sejak ketiadaan almarhum TGNA, Pispus nampaknya semakin hari semakin galak mahu berbaik-baik dengan Umno/ BN.

 Hj Hadi pernah berkata, lontaran idea UG tu ditarik balik kerana "ramai orang Pas dan kepimpinannya pun tidak faham, sebab malas membaca buku politik!"

  Tapi cakap-cakap Hj Hadi ini semua orang kampung pun sudah tahu sangat - jenis tak boleh pegang. Mudah sangat flip-flop! Mudah bertukar bila-bila masa sahaja.

  Langkah pertama yang Hj Hadi lakukan untuk menjilat Umno ialah dengan memuji Umno. Hj Hadi sekonyong-konyong telah memuji  yang kononnya Umno kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara yang berbeza...

Artikel ini diblog Hj Hadi ini sudah dipadam.....
 Langkah seterusnya, Hj Hadi telah menelan umpan yang dihulurkan Umno bersalutkan isu Hudud. Hj Hadi percaya sangat kononnya Umno akan tolong Pas untuk laksanakan Hudud di Kelantan....

  Akhirnya Hudud itu entah sudah kemana perginya. Pas sudah berhenti cakap pasal Hudud. Umno pun turut diam sama. Tapi yang pastinya isu Hudud telah menyebabkan Pakatan Rakyat yang menggabungkan DAP, PAS dan PKR telah berkubur, sebagaimana yang dirancangkan oleh Umno. Disini jelas bahawa Hj Hadi ini sebenarnya adalah khadam Umno walaupun walaun siang malam terjerit-jerit menuduh orang lain khadam DAP!

  Setapak demi setapak Hj Hadi maju dengan sepak terajangnya. Mula-mula melalui Pemuda yang berdemo dihadapan pejabat Agong Pas, menuntut pemecatan beberapa pemimpin progressif...

  Kemudian diikuti dengan Pemuda Kencing Berjemaah ketika ucapan perasmian Muktamar Pemuda oleh Hj Mohd Sabu yang ketika itu adalah Timbalan Presiden parti ...

   Semua episod kurang ajar pemuda Pas yang diatas itu , termasuk 'doa khianat' sewaktu Muktamar lalu adalah mendapat restu dari Hj Hadi sendiri.

  Dan akhirnya Hj Hadi berjaya menyepak terajang keluar kumpulan progresif dalam Pas.
 
  Kemudian beberapa kenyataan Hj Hadi sebagai tukang ampu dan tukang jilat Umno sering berkumandangan sehinggakan kita semakin mulai lupa apa yang pernah almarhum TGNA pesankan kepada kita mengenai Umno.

Berikut diulang siar semula untuk ingatan kita semua.

  KOTA BHARU 11 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai 'boneka UMNO'.

 "Suara sumbang dari dalam Pas yang menyokong kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO. Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO, terang dan jelas," tegasnya.

 Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.

 "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu yang sebulat suara menyokong pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari ini.

 Hari ini, Dewan Pemuda Pas dilaporkan meminta pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang menghormati gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi. ~  Sumber 

Amanah muncul sebagai penerus legasi Tok Guru Nik Aziz

Posted: 17 May 2016 03:30 AM PDT

Amanah muncul sebagai penerus legasi Tok Guru Nik Aziz
Kewujudan dua pendekatan yang dinamakan haluan terbuka menerima kaedah mengadakan pakatan dengan pihak di luar parti dan haluan tertutup yang berfahaman sebaliknya adalah punca wujudnya dua polar dalam Pas yang akhirnya menimbulkan perselisihan yang berakhir dengan kemunculan parti baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah).

 Demikian penjelasan yang diberikan anggota pimpinan nasional Amanah, Datuk Pahrolrazi Zawawi dalam satu dialog di Kota Bharu.

 Menurut beliau, Pas satu ketika telah menjadi satu parti besar yang disertai oleh pelbagai latar belakang masyarakat negara ini sama ada berpendidikan agama atau asalnya mengikuti pendidikan konvensional.

 Dari kalangan berpendidikan agama pula katanya ada yang mendapat pendidikan dalam negara dan yang lain belajar di luar negara khususnya Timur Tengah.

 "Ini menyebabkan berlaku dua jenis kaedah dalam menjayakan dakwah dan politik Islam berhubung cara berhadapan kumpulan-kumpulan yang tidak bersama gerakan Islam sama ada mereka muslim mahupun bukan muslim.

 "Satu pihak mengambil pendirian keras secara pukul borong menganggap orang lain adalah musuh Islam dan satu-satunya cara ialah memasukkan mereka menjadi seperti kita sehingga akhirnya kita menang bila majoriti bersama kita.

 "Satu pihak lain pula berpendapat mereka yang di luar kumpulan kita tidak perlu jadi seperti kita untuk berpakat dengan mereka, sebaliknya cukup sekadar bergabung dengan mereka berdasarkan isu-isu yang serupa," katanya.

 Dari sinilah munculnya kaedah tahalluf siyasi yang menjadikan Pas berada dalam pelbagai pakatan dan yang paling berjaya Pakatan Rakyat.

 Menurut beliau walaupun sejak dulu telah wujud kumpulan keras yang tidak bersetuju jenis pakatan ini, mereka terpaksa tunduk kepada arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu memihak kepada pendekatan pakatan dengan pihak lain.

 Sekarang katanya kumpulan itu menguasai parti dan mereka membuat pelbagai cara untuk ketepikan idea berpakat dengan pihak lain menjadikan parti akhirnya bertelagah, pecahbelah dan kemunculan Amanah sebagai parti Islam baru. 

Mengulas gertakan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah, bahawa Amanah perlu bertanggungjawab jika Pas kalah di Kelantan, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang pelik dan nakal.

 "Kalau Pas kalah, yang pasti Pas yang salah kerana gagal menyempurnakan usaha untuk menang.9 "Tak kan orang kalah dalam pertandingan akan kata pihak lawan kena bertanggungjawab atas kekalahan kami," kata beliau.

 Lagi pun menurut beliau pilihan raya adalah keputusan rakyat yang mengundi, mereka mesti dihormati kerana jika mereka membuat sesuatu pilihan tentu mereka pilih yang lebih baik bukan yang lebih buruk.

 "Kalau mereka pilih Amanah tentu kerana Amanah lebih baik, kerana mereka yakin Amanah mampu urus kerajaan Islam yang lebih baik daripada Pas," katanya.

 Pahrolrasi yang juga Presiden Pasma sebelum itu menyampaikan bantuan kepada golongan Asnaf di Rantau Panjang sebagai acara kemasyarakatan berjadual NGO itu. ~ sumber

Deklarasi Rakyat : Terpulang kepada mana-mana individu sama ada menyokong atau tidak

Posted: 17 May 2016 02:26 AM PDT


  DAP hari ini menegaskan untuk terus bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun selepas terdedahnya 'warkah dari penjara' hasil nukilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Dalam respons pertama dari DAP sejurus tersebarnya surat tersebut semalam, Tony Pua berkata, keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa.

 "Ia adalah reaksi yang biasa. Selain Anwar, masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir. Sama seperti mereka meragui ketika Anwar menyertai pembangkang banyak tahun yang lalu.

 "Kebimbangan beliau itu ada rasionalnya seperti kami jua. Kami juga takut dipergunakan (oleh Mahathir demi agenda peribadi)," kata Pua (kiri) yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu.

  Mengulas lanjut, Pua menambah, selepas menimbang buruk baiknya dalam kerjasama dengan Mahathir, DAP merasakan boleh meraih manfaat dalam kerjasama itu, terutama penyokong BN yang dibawa olehnya.

 "Titik utama ialah kita mampu mendekati penyokong BN menerusi Mahathir. Kami boleh menggunakan pengaruh beliau untuk mendekati lebih ramai penyokong," ujarnya.

 "Peluang ini akan digunakan untuk menerangkan kepada penyokong BN tentang pendirian kami supaya mereka lebih mengenali Pakatan Harapan dengan lebih baik. Dan, kita mendapat lebih banyak sokongan," katanya. Baca selanjutnya di sini

  Sementara itu naib presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata bahawa ingatan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti itu berwaspada dan tidak terpedaya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bermakna kerjasama antara kedua-dua pihak perlu dihentikan, kata .

 "Berwaspada bagi saya suatu perkataan yang positif misalnya kita diminta berwaspada (apabila berada) di jalan raya, takkan tak nak guna jalan raya.

 "Logik yang sama berlaku di sini," katanya yang juga adalah Ahli Parlimen Bukit Katil kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.

  Menurutnya, PKR bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi melawan kerajaan, dan ini termasuk dengan Mahathir.

Whip PKR Datuk Johari Abdul ketika ditemui pemberita berkata terpulang kepada mana-mana individu sama ada untuk menyokong Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh Mahathir.

 "Sesetengah mereka, bermula sejak PKR dan reformasi dihidupkan. Mereka melihat Mahathir sebagai perdana menteri dan masih tidak dapat melupainya, jadi mereka menjauhkan diri daripada menyokongnya.

 "Tidak mengapa, ada yang lain menyokong juga," kata Johari.Baca seterusnya di sini.

DIALOG TOK DENGAN NATANG MAMAT

Posted: 16 May 2016 06:36 PM PDT

Nik Doremon dah beri amaran kat Amanah. "Kalu kerajae Pah kelate tumbe, mu puok2 Amanoh keno jawab depe Tuhe akhirat nanti...puok2 ambo lepah tange jahhh....kito yoya yoya jah dale syurgo nanti..".

Natang mamat tanya tok, " Nape plak Amanah nak kena jawab depan Tuhan, sedangkan yang memerintah berpuluh tahun dan kemudiannya kalah itu adalah parti tok. Nape Amanah pulak nak kena jawab?". Soal natang mamat dengan penuh kejahilannya.

 Tok jawab, " Sebabnya...Amanah masuk bertanding sape suruh?" Bila dia masuk bertanding, pecah undi dan parti tok kalah". Sebab tu Amanah kena jawab". Kata tok.9 Natang mamat garu kepala dia yg rambut tak bersikat tu. " 

Tapi tok...bukankah Amanah dah ajak parti tok berunding dan berbincang agar sama2 selamatkan Kelantan dari jatuh?". Soal natang mamat masih tak puas hati.

 Tok jawab, " Mana boleh berunding...Amanah pengkhianat...kalau mereka kuat, masuklah bertanding...tapii..ingat...kalau puak2 tok kalah, mu Amanah kena jawab depan Tuhan esok2..." Kata tok.

 Lagi pening tok tengok wajah natang mamat. " Kalau parti tok kalah, siapa akan menang nanti?". Soal natang mamat.

 " Tentulah amno menang...sebab undi dah pecah oleh Amanah". Tegas tok.

 "Laaa....Amno menang dan amno dah kalahkan parti tok serta Amanah...patutnya Amno lah kena jawab depan Tuhan". Kata Natang mamat.

Tok jawab, "Ehhh...amno terkecuali...dia tak payah jawab...sebab dia geng...errr...maksud tok,,,dia pun Melayu Islam juga...takde masalah dia jadi kerajaan pun". Kata tok dengan muka sedikit berpeluh.

 Natang mamat tenung muka tok. " Amanah tu Melayu Islam jugak tok....apa masalahnya kalau dia jadi kerajaan pun..". Tambahnya.

 "Ohhh...No...No....Amanah tu guru tok kata dia khadam Dap. Kalau Amanah jadi kerajaan di Kelantan...kompom dia akan lantik Dap jadi MB Kelantan...". Jawab tok tegas.

 "Aku dah agak dah...orang tua ni bangang macam Nik Doremon jugak...." Sungut natang mamat sambil berlalu pergi. ~ Tok Usin UG Ceroi

Tiada ulasan: