Jumaat, 27 Mei 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


RUU Hj Hadi : Amboi....konon boleh tergelincir aqidah ?

Posted: 27 May 2016 09:00 AM PDT


   Bukan sahaja pengikut Hj Hadi yang salah faham mengenai RUU yang Hj Hadi bacakan di sidang parlimen kelmarin tu, malah parti-parti komponen BN sendiri turut keliru.

  Kenapa boleh keliru? Macam mana tidak keliru, sedangkan Hj Hadi sendiri, khadam tukang baca itu pun turut keliru.

  Mujur Hj Hadi diberikan skrip. Maka khadam itu pun tunduk sepanjang masa hanya membacakannya...korang lihatlah vdonya yang pernah saya siarkan di entri yang lalu. Shinggakan nak jawab soalan mudah Pandikar Amin pun Hj Hadi menggelabah tercari-cari kertas skrip sebelum menjawabnya....alahai khadam, khadam!

 Salah faham ini diakui sendiri oleh Najib sebagaimana laporan berikut :
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui terdapat "salah faham" di kalangan parti-parti komponen BN mengenai rang undang-undang ahli persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, semalam.
 Katanya, apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.Baca lagi di sini 
 Soalnya ialah kenapa mesti Hj Hadi yang membawa RUU untuk pindaan tersebut? Bukankah itu merupakan tanggung jawab kerajaan sendiri dan ia akan lebih mudah untuk dilakukan?

  Tetapi nampaknya Najib cuba mahu menonjolkan Hj Hadi sebagai hero yang  berjuang untuk memperkasakan sistem hukuman Mahkamah Syariah. Konon!

   Yang nak dipinda pun hanya hukuman terhadap pesalah syariah yang terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda RM5000 dan 6 kali sebatan (Hukuman 356). Adakah dengan penambahan hukuman 356 itu sudah boleh dianggap sebagai pemerkasaan terhadap sistem hukuman Syariah ?

   Kita berharap isu Hudud yang Umno/Pas cuba mainkan kali ini biar memakan diri mereka sendiri.

  Yang peliknya ada puak-puak penyokong Hj Hadi yang terkial-kial dan marah heboh  sangat, sampai tuduh Khalid Samad dan anggota parti Amanah boleh tergelincir aqidah pulak pasal apa pulak?

Apakah dengan penambahan hukuman 356 itu sesungguhnya undang-undang itu sudah mengikut hukuman Syariah yang sebenar?

 Najib sudah merasakan bahangnya bila komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, membidas langkah Umno memberi laluan kepada Hj Hadi membawa RUU di parlimen kelmarin.

"Ini yang nak saya terangkan di sini, bahawa pindaan (yang di bawa) itu bukan hukum hudud.

 "Ia merupakan apa yang di katakan sebagai 'enhanced punishment', peningkatan hukuman daripada enam kali rotan kepada beberapa kali, tertakluk kepada kesalahan tertentu," kata Najib cuba mententeramkan komponen BN yang naik hangit!

Berita Harian salah lapor pendirian parti Amanah

Posted: 27 May 2016 06:00 AM PDT


  Parlimen Malaysia adalah pentas, Azalina Othman dan Hadi Awang adalah pelakunnya.... benarkah...? Saya mengesyaki, usul UMNO supaya dipercepatkan pembentangan RUU dan kemudian diminta tangguh oleh PAS, semua itu telah tertulis di dalam skrip.

 UMNO dan PAS hanya menjadikan RUU Akta 355 sebagai modal untuk pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar sahaja.... UMNO mempergunakan kebodohan PAS dalam memanipulasikan isu ini dengan matlamat untuk pecahkan undi Melayu di blok pembangkang di samping untuk mengekalkan undi Melayu kepada Barisan Nasional.

 Penangguhan perbahasan usul oleh Hadi Awang juga adalah menurut skrip yang ditulis oleh UMNO.... Tujuannya untuk mengelakkan undi BN berpecah dan untuk menarik undi kaum Cina supaya tidak menolak BN dan PAS secara total.

 Akhirnya, dengan skrip ini, UMNO dan PAS mengharapkan calon BN akan menang di kedua-dua kawasan.

Sebab itu saya katakan isu ini adalah skrip UMNO, manakala Azalina dan Hadi adalah pelakunnya. Jadi, diharap kawan-kawan semua dapat memahami kenapa saya marah sangat dengan PKR yang bermati-matian mahu berunding dengan PAS.....

PAS ibarat betina sundal yang menggadaikan maruah dan menjual diri untuk memperolehi habuan dunia, tetapi berselindung di sebalik purdah.~ Abe Awang Malaya.

   Mungkin yang berikut ini merupakan modal Umno dan Pas untuk pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Akhbar pro Umno memuatkan berita muka depan meletakan DAP dan Amanah sebagai menentang Hudud dengan tajuk :  "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, AMANAH bantah"

 Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Berita Harian kerana didakwa menyalah lapor pendirian parti tersebut terhadap usul rang undang-undang persendirian berkaitan Akta 355 Mahkamah Syariah Kelantan semalam.
 Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata beliau sudah menghubungi peguam dan mengarahkannya mengeluarkan surat tuntutan ke atas penerbit akhbar berkenaan.
 "AMANAH akan gunakan surat tuntutan itu untuk minta mereka memohon maaf kepada saya dan AMANAH di muka hadapan, sama seperti yang mereka buat hari ini. Atau (jika gagal) mereka akan disaman," katanya.
 Khalid berkata demikian pada sidang media di Shah Alam hari ini.
 Tambah anggota parlimen Shah Alam itu, pihaknya akan menghantar surat tuntutan tersebut selewat-lewatnya Selasa depan.
 Muka depan Berita Harian hari ini menyiarkan laporan: "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, AMANAH bantah" bagi berita usul dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen semalam.
 Usul itu pada asalnya disenaraikan di bahagian hujung aturan mesyuarat namun dibawa ke depan untuk dibentangkan melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
 Cadangan itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga anggota parlimen Papar.
 Khalid menjelaskan, beliau tidak membantah usul tersebut sebaliknya hanya mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian dibawa anggota parlimen Marang itu boleh mengetepikan usul lain dibawa kerajaan.
 "Saya tak bantah malah sokong tafsiran yang dibuat oleh Speaker Tan Sri Pandikar (Amin Mulia) yang membenarkan usul itu dibaca atau dibentang.
 "Saya cuma nak tahu apa pertimbangan yang dibuat kerajaan apabila dia mendahulukan usul persendirian (mengatasi) semua urusan kerajaan dalam senarai perkara yang hendak dibahaskan," katanya.
 Sementara itu, ketika ditanya bagaimanapun parti itu ingin berdepan dengan DAP sekiranya rang undang-undang tersebut dibahaskan, Khalid berkata pihaknya akan sentiasa terbuka serta mengadakan perbincangan.
 Katanya, apa yang penting ialah AMANAH tidak akan mengambil pendekatan memusuhi pihak yang menentang usul berkenaan.
 "Kita tidak anggap pihak yang tidak bersetuju sebagai musuh. Kita tidak mempunyai pendekatan sedemikian.
 "Orang Islam sendiri pun ada tak setuju apatah lagi yang bukan Islam. Namun ia satu usaha berterusan untuk yakinkan semua pihak bahawa Islam yang terbaik.
 "Ia perlu perbahasan dan perbincangan tapi bukan perlu memusuhi mereka kalau tak bersetuju," katanya. ~ sumber 

Hj Hadi terus tak mahu bagi tahu.....

Posted: 27 May 2016 04:24 AM PDT

   Bila Yang Dipertua Dewan Pandikar Amin minta Hj Hadi huraikan RUU yang dia bacakan diparlimen kelmarin tu, Hj Hadi minta ditangguhkan.

 Kenapa minta tangguh? Apakah sejak sekian lama Hj Hadi ni masih belum bersedia? Bila diberi peluang tiba-tiba dia minta ditangguh! 

 Sebenarnya, sejak dulu lagi, Hj Hadi ni terus berteka teki tentang RUU yang dia nak bawa tu. Ikuti pendedahan Hanipa Maiden ketika Muktamar parti sejarah itu dulu. Videonya ada dibawah.

" Hanipa Maiden bertanya , " Kenapakah sebelum RUU 355 dibawa ke parlimen ianya tidak dibincang dalam Pas Pusat? Itulah isunya.

 "Kita tidak bincang bagaimanakah bentuk rang undang-undang itu ." dedah Hanipa.

" Saya AJK Pusat tak pernah dapat lihat rang undang-undang itu sebelum dibentangkan di parlimen . " Kami ahli parlimen Pas, termasuk ketua whip, tak tahu, tiba-tiba tengok rang undang-undang itu telah ada dalam parlimen ; kami tak tahu!

 "Saya sebagai ahli parlimen tak boleh bagi pandangan , adakah rang undang-undang itu betul atau tidak?

 Menurutnya, apabila dia lihat RUU itu didapati ada kelemahan-kelemahan dan boleh dihujahkan RUU itu bukan nak pinda Akta 355, tetapI nak pinda perlembagaan, jelas Hanipa.

 "Dan kita akan menghadapi masalah untuk mempertahankan RUU itu.

 Hanipa juga mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat juga tidak diberitahu mengenai RUU itu.

Hudud! Hudud! Hudud Mana???

Posted: 27 May 2016 01:09 AM PDT

Mana Hudud? Hudud Mana? Mana?
 Pohon sapa2 yg buat Jadual ini dpt perbetulkan, kesalahan no 9 dan 10 bukan di bawah bidangkuasa mahkamah syariah wpun Akta 355 dipinda. Kesalahan tersebut tidak termasuk dlm Butiran 1, Senarai II, Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

 Kesalahan2 di No 4, 5, dan 6, boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana tidak ada undang2 persekutuan yg menganggapnya sbg satu kesalahan. ~ Che Ibrahim Mohamed.

    Lihat perkara 1,2 3, 7 dan 8 dalam jadual diatas - Mencuri (potong tangan), Hirabah (membunuh) dan Zina ( Pesalah yg telah berkahwin), Murtad dan Qisas masih tetap sama tanpa pindaan apa-apa pun.

  Perkara 9 dan 10 pula bukan di bawah bidangkuasa mahkamah syariah ! Jadi persoalannya,  mana Hudud?? Heboh dikatakan inilah Hudud? Rupa-rupanya hanya nak upgrade hukuman 356 yang melibatkan perkara 4,5 dan 6 sahaja!

Apakah dengan hanya mengupgrade hukuman bagi kesalahan-kesalahan 4,5 dan 6 itu sahaja, maka kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia akan menjadi lebih tinggi ?

  Pas dan Umno mahu memerangkap Pakatan Harapan dengan memainkan isu ini dan terlepas pandang isu 1MBD, GST dan perpecahan Umno. Ini semua wayang untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar....

  Baru dapat salinan skrip lebai ...hok aloh....berat nanang tok lebai kita tu weh!

   Patutlah tok lebai dok tunduk baca skrip sampai ke titik noktah ... Umno dan sediakan skrip. Terbaik lakonan tok lebai dan masih boleh dibaiki lagi untuk episide yang akan datang....kikiki

 Harap Pakatan Rakyat tidak mudah terjebak dengan permainan licik Pas dan Umno dengan kenyataan-kenyataan yang akan digunakan semula oleh Pas dan Umno untuk backfire Pakatan Rakyat.

Undang-Undang Syariah yang ada di atas, formula '356' adalah bertentangan
dengan hukuman sebenar syariah di bawah hukum hudud, qisas dan ta'zir.
  Hukuman terhadap pesalah Syariah yang terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda rm5000 dan 6 kali sebatan (Hukuman 356) , maka dengan Usul Persendirian ini had hukuman boleh dipertingkatkan (lihat jadual diatas).

*SEJARAH TERCIPTA; USUL PERSENDIRIAN MEMINDA AKTA 355 DIBENTANGKAN DI PARLIMEN OLEH PRESIDEN PAS*
 Oleh: Ahli Parlimen Kuala Nerus
 1. *ALHAMDULILLAH*. Pada hari ini, Khamis 26 Mei 2016, Usul Persendirian oleh YB Marang, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya *dibentangkan* di Dewan Rakyat setelah beberapa kali disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul di Dewan Rakyat sebelum ini. *Perbahasan* bagi Usul Persendirian ini pula akan dijalankan pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.
2. Namun, pada peringkat awal usaha *"pembentangan usul"*, ia dibantah oleh beberapa ahli parlimen DAP dan PAN. Ada yang beralasan ianya sebagai perkara sensitif yang memerlukan rundingan dengan rakyat. PAS menegaskan bahawa nilaian sensitif atau tidak, perlu dilakukan dalam sesi *"Perbahasan Usul"* nanti dan bukan pada peringkat "Pembentangan Usul".
 3. Apabila alasan mereka ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana tidak mengikut peraturan mesyuarat, mereka meminta pula untuk diadakan *"Undi Belah Bagi"* untuk menentukan sama ada Usul Persendirian itu boleh diusulkan atau tidak, sedangkan "Undi Belah Bagi" tiada dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi peringkat pembentangan usul.
 4. Cubaan beberapa ahli Parlimen DAP ini menimbulkan persoalan terhadap sikap mereka terhadap usaha-usaha untuk memperkasakan perundangan Islam di Malaysia khusus untuk kebaikan orang Islam selaras dengan peruntukan perlembagaan "Islam Agama Persekutuan".
5. Usul Persendirian ini adalah bagi meminda *Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355]* dengan menggantikan seksyen 2 dengan seksyen berikut:
 *"Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah*
*2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan".*
 dan memasukkan selepas seksyen 2 seksyen yang berikut:
*"HUKUMAN*
*2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."*
6. Akta 355 merupakan Akta bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini.
7. Usul Persendirian tersebut adalah bertujuan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia agar lebih tinggi kedudukannya berbanding sekarang.
8. Ia juga bertujuan *memperkasakan* peruntukan undang-undang jenayah Islam dengan meningkatkan kuasa menjatuhkan hukuman bagi Mahkamah Syariah. Jika sebelumnya hukuman terhadap pesalah Syariah terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda rm5000 dan 6 kali sebatan, maka dengan Usul Persendirian ini had hukuman boleh dipertingkatkan untuk selaras dengan sebahagian undang-undang jenayah Islam.
 9. Pindaan undang-undang ini untuk perkara yang melibatkan orang Islam. Ia tidak wajar menimbulkan sebarang sensitiviti bagi orang bukan Islam. Ruang untuk perbahasan terbuka kepada ahli-ahli Parlimen bukan Islam nanti jika ada yang belum memahaminya.
 10. PAS mengemukakan Usul ini di Dewan Rakyat sebagai *satu tanggungjawab dakwah* dan *kewajipan memperkasakan Islam* dengan *memanfaatkan kerangka demokrasi* negara. Ahli-ahli Parlimen di kalangan muslim dan bukan muslim boleh menentukan sikap mereka nanti sama ada menyokong atau membangkang.
 Selamat berbahas!!!
 Sekian.
 Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
 Ahli Parlimen Kuala Nerus
 Khamis 26 Mei 2016  ~ SUMBER

Hj Hadi menggelabah bila disuruh huraikan oleh Pandikar Amin

Posted: 26 May 2016 06:23 PM PDT

Hj Hadi menggelabah mencari sesuatu....
Nasruddin  Hassan at-Tantawi juga kelihatan cemas!
Hj Hadi kelihatan lega apabila selesai menghabiskan membaca skrip RUU yang dibawanya itu.

  Tetapi keadaan nampak ada sedikit perubahan bila Yang Dipertua Dewan, Pandikar Amin meminta Hj Hadi menghuraikan RUU yang dibacanya itu tadi,

  Permintaan ini menjadikan Hj Hadi terus menggalabah tak karuan...kelihatan dia tercari-cari skrip yang nak dibacanya ....

  Walhalnya, Pandikar Amin sudah tolong suapkan skrip yang perlu Hj Hadi diucapkan.....

"Yang berhormat, ini, bila pasti Yang Berhormat hurai dulu.... Kalau Yang Berhormat hurai sekarang boleh, kalau Yang Berhormat hurai dimasa akan datang pun boleh... dibawah peraturan mesyuarat 15(5) .. mana satu? Saya mesti minta kepastian..." kata Pandikar Amin.

  Kemudian, barulah Hj Hadi berkata, "Tuan Yang Dipertua, saya mohon supaya usul ini ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut mesyuarat 15 (5)"

   Ringkas dan mudah sahaja ayatnya tu kan?? Ayat qur'an dan hadis yang panjang berjela-jela biasanya mudah dituturkannya , tetapi kali ini, Hj Hadi nak sebut ayat bahasa Melayu yang mudah dan seringkas itu pun, dia terpaksa tunduk kena tengok skrip yang ada pada kertas tu....

 Korang tengok betul-betul vdo yang ada di sini. Nampak sangat Hj Hadi ni main wayang ikut skrip Umno!

Tiada ulasan: