Isnin, 4 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Yang Perasan Kuat, Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong...

Posted: 04 Apr 2016 03:23 AM PDT

'Kehadiran rendah di demo anti-GST bukti PAS kuat'

Kehadiran kurang memberansangkan di himpunan anti-GST semalam adalah bukti kekuatan PAS, kata Timbalan Presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Dalam konteks dari jumlah kehadiran mungkin gagal, sebab PAS tak menyertai. Kalau PAS sertai (himpunan itu) jumlahnya lebih besar," katanya di Putrajaya hari ini.

Lebih 2,000 berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri protes itu.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding himpunan terakhir anjuran PAS bagi menentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang menarik kehadiran kira-kira 4,500 peserta.


Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata perhimpunan anti-GST semalam tidak bermaksud ia gagal.

"Tengok pada jumlah tak berjaya tapi tengok pada isu, ia satu kejayaan. Sebab isu itu walaupun rakyat tak demo, bukan bermakna rakyat tak sokong," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan PAS Putrajaya hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, pemimpin nombor dua PAS itu berkata kurangnya peserta Melayu pada Perhimpunan Bersih 4 turut membuktikan keupayaan parti itu dalam menggerakkan peserta.

Katanya, beliau sendiri mahu parti itu menggerakkan protes Bersih selama dua hari, tetapi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan sebaliknya.

"Kurang 10 peratus yang turun. Tanpa PAS himpunan akan gagal.

"Masalahnya kita tak sedar kita kuat. Kita tak sedar kita kuat. Kita rasa kita lemah," katanya. -mk

ULASAN GB

Sungguh betul-betul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Kononnya tanpa PAS, jumlah kehadiran tak ramai, kononnya juga ia menunjukkan bukti PAS kuat.

Kita katakan kepada TITM, kami lebih suka jumlah yang rendah tanpa PAS daripada jumlah yang ramai dengan PAS!

Kita lihat pada perhimpunan TPPA yang lepas bagaimana PAS dengan sifat anarkis dan biadabnya menggunakan platform demo berkenaan bukan bertujuan untuk menentang TPPA, tetapi digunakan untuk memaki hamun dan mengeboo parti AMANAH.


Petikan:

Sementara itu protes semalam juga menunjukkan bersatu atas perjuangan sama bukan alasan memadai untuk mengetepikan persaingan.

Ketika Naib Presiden PKR Tian Chua menyebut Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam ucapannya di Padang Merbok dia dikutuk penyokong PAS yang melaungkan "Hancur AMANAH".

Malah sebelum ini pun PAS telah acapkali "mengkhianati rakyat dan Pakatan Rakyat" sehingga Pakatan Rakyat terkubur lantarannya.

Kononnya di atas nama "politik matang" PAS enggan untuk menyertai apa-apa perhimpunan, tetapi anehnya mereka sendiri gian untuk berdemo apabila melihat rakyat beramai-ramai keluar berdemo bersama Pakatan Harapan.

Itulah sikap PAS yang berkluk-klek. Sikap PAS sentiasa berpusing-pusing membuat keputusan. Serba tak kena, serba mereng dan serba cacamarba.

GB pernah ulas mengenai isu pemboikotan PAS di dalam BERSIH 4.0 sebelum ini. Petikan.

Alasan Presiden PAS kali ini:

"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang,"

Kita tak tahu siapa yang dimaksudkan "ajak orang lain datang" sedangkan DAP, PKR, GHB dan NGO-NGO lain sudah memutruskan untuk bersama di dalam BERSIH 4.0.

PAS tidak mahu sertai BERSIH 4.0 kononnya kerana ia dianjurkan "orang lain" bukan PAS. PAS mahu biar dia jadi kepala, bukan orang lain.

Sikap demikian ialah sikap kebudak-budakan dan tidak menampakkan kematangan berpolitik. Bagaimana anda hendak mengharapkan "orang lain" menyertai agenda anda seandainya anda sendiri tidak meraikan agenda orang lain?

Bagaimana anda hendak menjadi ketua sedangkan anda sendiri tidak boleh menjadi pengikut yang amanah dan setia seperti apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dulu?

Alangkan Rasululullah saw sendiri tidak pernah mungkir dan curang kepada janjinya walaupun kepada kumpulan kkafir dan musyrik di Mekah. Tidakkah kisah Perjanjian Hudaibiyah sekalipun ia tidak memihak kepada Islam tetapi Rasulullah amat bertoleransi dan bertolak ansur yang akhirnya memberi kemenangan kepada umat Islam?


Demikianlah, apabila PAS berjuang dengan nafsu dan emosi, bukan dengan ilmu dan strategi.

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

PAS akan tuai apa yang dia tanam.

Adalah terlebih baik PAS mencari jalan untuk meramaikan kehadiran orang-orang yang datang di program-program ceramahnya yang kini telah merudum hebat daripada sibuk hendak menganjur atau menyertai program demonstrasi rakyat. Kita mendapat makluman TITM buat ceramah di Jengka beberapa hari lepas sekitar 10-20 orang saja hadir. Jadi lihatlah kepada baju sendiri sebelum menunjukkan baju orang lain koyak.

[VIDEO 2 & 3) Mansuh GST - Ucapan Beberapa Pemimpin Di Dataran Merdeka

Posted: 03 Apr 2016 07:40 PM PDT

Berikut dipaparkan ucapan-ucapan berapi dari pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sebaik saja peserta perarakan demontstrasi tiba di Dataran Merdeka semalam.

Diantara yang berucap ialah Faiz Fadzil, (AMANAH), Datuk Saifuddin Abdullah (KEADILAN), YB Nurul Izzah, (KEADILAN), Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH), YB Khalid Samad (AMANAH), YB Dr Mohd Hatta Ramli (AMANAH), Anthony Loke (DAP), YB DS Nizar Jamaluddin (AMANAH), YB Rafizi Ramli (KEADILAN), Mohammad Sabu (AMANAH) dan akhirnya ucapan bekas Pedana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir,.


Faiz Fadzil - Negara kita negara ketiga paling korup didalam dunia. Akibat pemerintahan rasuah Najib, rakyat hidup susah akibat ditekan dengan GST.

Datuk Saifuddin Abdullah - "hari panas, hati banyak panas, panas sama siapa? panas sama siapa? panas sama siapa? disambut oleh peserta : NAJIB!!!

Nurul Izzah - Kita mahu GST dimansuhkan, pemimpin korup jangan harap dapat lari. "Count your days, count your handbags, count your diamond rings. Your time is up, it is our time to take over the future of the country. I believed when you are righteous, kita pasti akan menang akhirnya!"

Dr Dzulkefly - "Najib dan Umno tidak ada maruah untuk memerintah negara ini," ujar Dr Dzulkefly diakhiri dengan pekikan "Tumbang BN" dan "Reformasi".

Khalid Samad - Apabila Pakatan Rakyat menolak GST tahun lalu, pihak kerajaan menuduh sebagai 'keldai DAP' kerana kononnya tauke Cina yang membantah GST. "Umno penipu guna perkauman sebagai senjata mereka. RM2.6 bilion konon nak halang Cina berkuasa. Awak nak rasuah kata sajalah. Nak laga-lagakan rakyat. "Nak tanya tentang RM2.6 bilion di Parlimen pun, dia tak berani. Parlimen apa ni?"

Hatta Ramli - Beliau mengajak para demonstran menyanyikan lagu "selamat mati GST" bagi menyambut ulang tahun pertama pelaksanaan cukai tersebut.. Menurutnya, jika rakyat istiqamah melawan GST, cukai itu akan dihapuskan juga akhirnya.

Salahuddin Ayub - Najib perlu belajar sejarah dunia. Najib mesti belajar jangan dia menjadi diktator dalam negara kita. Nanti rakyat akan bangun bangun untuk mengajar kamu.

Anthony Loke - Ketika isu MH370, Najib berada di Itali membeli cincin bersama Rosmah sebanyak RM3.5 juta. Masa rakyat di Kelantan banjir teruk tahun lepas Najib di mana? Main golf di Hawaii. Sebelum itu shopping. Najib Dan Rosmah satu hari shopping habis RM500,000. Undur Najib. Undur Rosmah.

DS Nizar Jamaluddin - 30 juta rakyat Malaysia menanggung kesusahan dan penderitaan kerana GST yang dikenakan oleh Najib dan UMNO BN. "Jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim kelak nanti kamu akan disambar api neraka - terjemahan Al-Quran

Rafizi Ramli - Kita beri amaran, selepas ini kita akan jatuhkan seorang demi seorang mereka di sekeliling Najib dan Rosmah. Lama sangat mereka makan dedak.

Mohamad Sabu - "Kita akan teruskan himpunan dan akan turun dengan jutaan orang. Najib rasuah polis, tentera, pegawai rakyat dan kami susah. Bebas Anwar."

Tun Dr Mahathir - Najib rasuah, Rosmah suruh. Pemimpin Umno makan dedak. Saya rayu najib mengenai GST, tetapi dia tidak peduli kerana dia banyak hutang. Sebab itu kita mesti jatuhkan Najib (kerana) dialah punca masalah yang dihadapi kita semua. Rakyat sanggup berada dalam keadaan panas untuk menyatakan kepada kerajaan masalah yang dihadpai rakyat. Malangnya Najib pekak bisu. Bila ada tunjuk perasaan, dia akan tafsir orang Cina nak jatuhlan kerajaan Melayu.




Tiada ulasan: