Isnin, 4 April 2016

.

.


Husam kata Daeng Sanusi tidak wajar jadi hakim

Posted: 04 Apr 2016 04:18 AM PDT

TERKINI

Baru sekejap tadi saya terbaca surat Husam Musa kepada Daeing Sanusi Daeng Meriok selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas dalam wall FB yang meminta agar bekas MP Rantau Panjang itu menguzurkan diri daripada menghakimi tuduhan terhadapnya.

Alasan Husam ialah kerana Daeng Sanusi telah membuat kenyataan awal-awal lagi yang menohmahkan beliau dengan salah laku menjelang muktamart Pas awal tahun lalu. Antara yang ditohmah Daeng Sanusi ialah Husam menubuh PasMa.

Bagi Husam sikap Daeng Sanusi itu tidak mewajarkan dia menjadi hakim untuk membicara kesnya. Husam diberi surat tunjuk sebab oleh Pas.

Dalam surat itu Husam membahasakan Daeng Sanusi sebagai Yang Arif. Tunggu ulasan lanjut. [wm.kl.7:17 pm 04/04/16]

Tengku Razaleigh yang terus menjadi rebutan (1)

Posted: 03 Apr 2016 03:43 AM PDT

CATATAN SENJA

[Atas pemintaan (ikhlas) penjenguk saya membuka semula ruang komen dalam blog ini untuk dimanfaatkan setelah ia ditutup untuk beberapa waktu. Diharap pengomen dapat memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan sikap yang pro serta tidak berlaku kurang sopan dalam membuat komen, saranan dan sebagainya yang menyebabkan saya akan menutup semula ruang komen. Harap maklum. -MSO]

Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menanda tangani deklarasi bersama Umno Kelantan menyokong Najib Razak sebagai presiden parti telah menimbulkan berbagai spekulasi dan persepsi sehinggakan ada menuturkan kata-kata kurang manis kepada anak Raja Kelantan itu.

Tanpa kehadiran Tengku ke Kongres Rakyat di Shah Alam menambahkan lagi spekulasi dan persepsi itu, dan makin banyak kata-kata kurang manis dilemparkan kepada beliau bertebaran di media sosial.



Dr Mahathir Mohamad sendiri yang kecewa dengan sikap ("perubahan") Tengku itu atau ketidaksediaan ahli Parlimen Gua Musang itu berkolaborasi dengannya untuk menjatuhkan Najib, mengatakan Tengku sebagai tidak konsisten atau berpaling tadah dari rancangan asalnya yang telah dipersetujui?


Dr Mahathir menggunakan alasan, Tengku berubah sikap atau kecewa apabila gagal menjatuhkan Najib di parlimen menerusi undi tidak percaya. Ternyata sindiran Dr Mahathir itu mencabar Tengku, menyebabkan beliau (Tengku) terpaksa membuat kenyataan balas dalam sidang akhbar khas, menegaskan bahawa dalam isu Najib pendirian tetap tidak berubah.

Kata Tengku beliau masih "istiqamah" (konsisten) dan tetap dengan pendiriannya. Dia bersetuju tatakelola pentadbiran negara diubah, untuk mengelakkan negara ditimpa bencana dan rakyat bermasalah kerana beberapa kelemahan Najib. Namun untuk bergerak secara fizikal, bersama Dr Mahathir dan oposisi mendesakkan Najib turun, tidak, itu bukan caranya.

Baginya cara Dr Mahathir hendak perlakukan kepada Najib itu termasuk berpakat dengan pembangkang sebagai menyalahi Perlembagaan dan bukan demokratik. "Itu cara Dr Mahathir, saya tidak setuju dengan cara itu," begitu kira-kira tutur Tengku.

Sebagai seorang yang sangat berpegang kepada prinisp demokratik dan menghormati undang-undang, sudah pasti Tengku tidak sedia dirinya dijadikan alat kepada mana-mana kumpulan, apa lagi Dr Mahathir yang sejarah politik mereka berdua diketahui umum. Tengku sudah masak dengan sepak terajang politik Dr Mahathir. Dan sudah tentu dia tidak mahu dipatuk ular bernama Dr Mahathir untuk kesekian kalinya.

Sepatutnya apabila Tengku tidak bersedia untuk diheret ke tengah padang bersama rakyat, Dr Mahathir dan sesiapa juga menerima dengan penuh keinsafan keputusan itu. Itu adalah hak Tengku yang nasih selari dengan sistem demokrasi yang disanjungi. Ia kena dihormati. Sebagai orang berprinsip dan ada pandangan sendiri Tengku adalah ibarat unta yang boleh ditarik ke lautan tetapi tidak boleh dipaksanya untuk minum air masin.

Ekoran Tengku tidak bersedia untuk menyokong Deklarasi Rakyat itu menyebabkanb beliau juga tidak disenangi oleh DAP, di mana seorang ahli parlimennya telah mendedahkan satu "SD" yang meminta ahli parlimen menandatangani untuk menjatuhkan Najib. Dalam SD berupa surat kepada Yang diPertuan Agomng itu ada dikaitkan nama Tengku sebagai pengganti Najib.

Pendedahan SD itu sebagai hendak membukti dan menunjukkan bahawa Tengku seroang yang tidak tetap pendirian dan pada masa sama juga mahu menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik. Tidak sepatutnya perkara itu diungkitkan, melainkan motifnya untuk memburukkan Tengku yang sudah dianggap sebagai belut itu.

Ekoran persepsi itu juga menyebakan Tengku bangun membela dirinya dan menegaskan beliau tidak pernah mengadakan apa-apa gerakan untuk menjatuh sesiapa. Memang, selepas beliau melalui lorong getir dan gelap ketika berlawan dengan Dr Mahathir tahun 80-an dahulu, beliau seakan serit untuk berlawan dengan sesiapa.

Kali terakhir beliau mencuba nasib merebut jawatan Presiden Umno daripada Abdulah Ahmad Badawi ialah pada 2009, hasrat itu pun hanya sekerat jalan sahaja, apabila beliau tidak mendapat pencalonan mencukupi. Kelemahan dan "kekalahannya" diterima dengan baik dan redha tanpa ada dendam dengan Abdullah. Tengku tidak pula menyusun apa-apa barisan atau membentuk kumpulan dalaman untuk mengerpak Abdullah kerana ingin membalas dendam.

Itulah sikap dan perangai Tengku Razaleigh.

Sebenarnya, bagi mereka yang berada jauh dari Rumah Putih di Jalan Langgak Golf, Ampang Kuala Lumpur itu mudah akan membuat tuduhan atau menerima persepsi buruk terhadapnya. Sebaliknya mereka yang sering ke Rumah Putih dan melihat apa yang ada di situ, melihat siapa yang keluar masuk akan dapat cerita sebenarnya. Mereka akan tahu bagaimana Tengku sering dikunjungi orang dan mengadakan berbagai perbincangan demi negara bangsa. Yang hadir bukan sahaja daripada orang separti dengannya, tetapi pembangkang juga.

Kalau mereka mengetahui itu mereka tidak tergamak untuk membuat tanggapan seburuk itu kepada Tengku.

Tengku memang tidak pernah membuat apa-apa gerakan bagi menjatuh sesiapa, terutamanya Najib. Bagaimana pun apa yang berlaku ada orang yang mahu menggerakkan untuknya untuk tujuan tertentu. Beliau hanya dijadikan denak atau jambatan sahaja, yang akan ditinggal selepas hajat tercapai. Dan setiap kali itu dilakukan beliau tidak pernah mendapat laba besar melainkan fitnah termasuk berupa apa disebut ahli parlimen DAP itu. Bersambung. [wm.kl.6:30 pm 03/0416]

* Dalam sambungan nanti akan didedahkan sesiapa yang berjumpa Tengku dan mengajaknya untuk menjatuhkan orang bernama PM, tetapi akhirnya beliau ditipu hidup-hidup. Ada dua peristiwa besar yang menjadi sejarah buat Tengku.


Tiada ulasan: