Nuffnang

Pengikut

Komentar Kini

sumber :-

Komentar Kini


Sebagai seorang Islam

Posted: 06 Mar 2016 05:15 PM PST


Kita sedia maklum bahawa Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Tuhan semesta alam (Allah).

Ia terhabagi kepada dua, pertama ialah istislam qasriiaitu tunduk secara paksa. Yang kedua,istislam ikhtiyari,ia itu tunduk secara sedar keatas keinginan sendiri.

Pembahagian pertama, dilihat kepada kepatuhan manusia kepada sunnatullah (hukum alam) didalam hal penciptaan, keabdian dan kefahamannya serta semua makhluk sebagai manusia secara mutlak menyerah dan tunduk kepada Allah subhanahu wataala secara terpaksa.

Pembahagian kedua, dilihat atas kepatuhan manusia kepada Allah Tuhan semesta alam diatas dasar keinginan sendiri dan kesedaran.

Kepatuhan secara sedar ini pada dasarnya berada didalam hati dan gejalanya nampak diluar. Ia adalah kepatuhan terhadap ketentuan Allah subhanahu wataala. Inilah inti dan kandungan agama yang dikehendaki oleh Allah untuk hamba hambanya sepertimana firmannya yang bermaksud:

" Sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam" (surah al Imran ayat 19).
Dengan demikian, Islam adalah merupakan agama daripada semua nabi sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya kami, para nabi memilki satu agama". Bermakna semua nabi nabi beragama Islam.

Agama para nabi ini iaitu kepatuhan secara sedar dan secara mutlak kepada Allah subhanahu wataala yang dikenali sebagai agama tauhid sepertimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembah dia (Allah), inilah jalan yang lurus" (surah Ali-Imran ayat 51)

Hal itu, dilihat sebagai bentuk kepatuhan kepada ketentuan Allah subhanahu wataala (syariat) yang boleh sahaja berbeza dan beragam sesuai dengan perbezaan para nabi dan ada manusia yang salahfaham mengatakan ada agama sarmawi lain selain daripada Islam.

Semacam lojik ada agama sarmawi (agama langit) lain selain Islam, kerana kebanyakan kita mengatakan dan bersetuju agama Islam datang kemudian. Pada hal agama Islam datang bersama para nabi yang bermula dengan Nabi Adam AS dan disempurnakan di zaman nabi Muhammad SAW.

sepertimana firman Allah yang bermaksud: pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah aku cukupkan atas kamu nikmatku dan aku radha Islam sebagai agama kamu" (surah al-Maidah ayat 3)

Bagi kukukan bukti lihat firman Allah yang bermaksud: " Katakanlah, sesungguhnya aku telah ditunjuki Tuhanku ke jalan yang lurus, iaitu agama yang betul, agama nabi Ibrahim yang suci dan tidak dia (Ibrahim) itu dikira dari orang orang musyrik" (surah An'am ayat 161)

Sangat tidak lojik jika kita andakan Kitab kitab Allah seperti Zabur, Taurat dan injil bukan kitab agama Islam. Kitab agama Islam hanya Al Quran yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad  SAW sahaja.

Kitab Zabur, Taurat dan Injil telah diselewengkan oleh Yahudi dan Nasrani dan dijadikan agama baru yang dipesongkan. Islam bukan agama baru sepertimana kebanyakan kita fahami.Islam disempurnakan kemudian dengan kitab yang diberi nama Al Quran.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada nabi nabi dibunuh kerana pengikut pengikutnya tidak sekali kali akan setuju dengan agama tauhid yang diturunkan kepada nabi nabi, termasuk Nabi Musa AS dan nabi Isa AS.

Yahudi dan nasrani mengubah kitab kitab Allah dan membunuh Nabi nabi termasuk membunuh nabi Isa AS dengan alasan sebagai penebus dosa tanpa disedari tindakan tersebut semata mata untuk mengadakan agama baru yang dipesongkan.

Sedangkan kita sedia maklum bahawa Allah tidak akan terima agama lain selain Islam .Firman Allah yang bermaksud: "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam,maka sekali kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya dia diakhirat termasuk orang orang yang rugi." (surah surah al imran ayat 85)

 Definisi Islam secara istilah, didalam pengertian syar'ie.Lafaz Islam secara khusus diertikan sebagai syariat (ketentuan) yang diturunkan dan diwahyukan oleh Allah subhanahu wataala kepada nabi Muhammad SAW dan nabi disuruh untuk menyampaikannya kepda manusia. 

Suruhan atau perintah itu wajib patuh dan tunduk kepada Allah subhanahu wataala. 

Maka syariat yang diturunkan dan perintah Allah subhanahu wataala kepada manusia secara keseluruhan untuk tunduk kepadanya.itulah islam yang diterima di sisi Allah subhanahu wataala. Umat manusia wajib untuk menjadikan Islam sebagai agama.Allah subhanahu wataala tidak akan menerima apa pun dari seseorang yang tidak menjadikan Islam sebagai agama.


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT