Selasa, 29 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Azmin Perlu Tegas, Bersama PH Atau PASIK?

Posted: 29 Mar 2016 01:44 AM PDT

Apakah Azmin canggah Hadi di Kongres Rakyat?

Apakah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sudah tidak bersama PAS lagi apabila beliau menyifatkan pihak yang tidak mahu bersama gerakan menurunkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perosak harapan rakyat.

"Kita mahu Najib turun sekarang," kata Azmin ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam Ahad lepas yang secara langsung bertentangan dengan sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yanhg mahukan Najib dipertahankan untuk dijatuhkan menerusi pilihan raya umum.


Menurut Azmin, petaka yang sedang dihadapi rakyat akibat salah urus pentadbiran Najib tidak mampu lagi untuk ditanggung rakyat.

"Saya, parti Keadilan Rakyat, Tun Mahathir dan kita semua mungkin masih boleh menerima kalau Najib terus berkuasa sehingga berlaku pilihanraya tapi rakyat tidak sanggup lagi menanggung," kata beliau diringi tepukan gemuruh di majlis itu.

Perhimpunan kongres rakyat menurut beliau amat bersejarah kerana buat pertama kali pihak-pihak yang saling bertentangan dalam politik dapat duduk bersama.

"Saya sendiri tidak pernah terfikir detik bersejarah seperti ini akan berlaku," katanya.

Sebelum ini, Hadi sering menegaskan, PAS akan melaksanakan politik matang iaitu mahukan pemimpin dijatuhkan semasa pilihan raya. -Malaysia Dateline


TUN M MULA MENGGEMPUR, DAN PEMIMPIN PENJILAT NAJIB SEMAKIN BERAK KAPOR.

Malam ini Tun M datang mengejut berucap di Padang MPAJ Pandah Indah. Ramai juga orang orang UMNO yang datang terutamanya pimpinan grassroot Pandan dan Ampang.

Ada yang datang dilamun ketakutan sempat menyorok di dalam kawasan gelap. Tetapi ramai juga yang berani bertepuk dan bersorak sambil melaungkan jeritan Hidup Tun. !

Edaran borang tandatangan Deklarasi Rakyat berjalan lancar dan hampir 1500 orang menandatangani borang tersebut pada malam ini. Setakat ini hampir 350 ribu orang rakyat sudah pun menyatakan pendirian.

Seruan dan Gerak Gempur perjuangan Deklarasi Rakyat akan berterusan di seluruh negara. Rakyat diseru agar menyahut seruan ini dengan penuh semangat keberanian dan roh perjuangan yang luhur.

Kuasa rakyat memang tinggi daulatnya. Jika rakyat sudah hilang kesabaran dan mengambil keputusan bangun menentang Pimpinan yang zalim dan tidak beramanah, gunung yang tinggi boleh rebah dan sawah yang melebar pun akan dapat dirata rapat rapat.

Lihatlah sejarah....Pimpinan yang bermasalah dan dibenci rakyat, walau sekuat manapun kehebatannya, akan berakhir dengan peristiwa kejatuhan yang mengerikan. Contoh terbaik ialah Hitler dan Mussollini.

Teruskan Perjuangan Fisabiliilah ini dengan laungan semangat "Biar Lerai Daging Di Badan, Rangka Tetap Tegak Berjalan."

SYED SAIFUDDIN SYED HARMAN
MANTAN KETUA PENERANGAN BAHAGIAN PANDAN











ULASAN GB

Sebagai seorang ahli politik, Azmin perlu tegas dan berani di dalam membuat pilihan dan keputusan, samada ingin bersama Pakatan Harapan atau blok PASIK.

Rakyat kini sedang membaca dan menilai tindak-tanduk kartel Azmin. Rakyat boleh membuat keputusan mereka sendiri. Namun yang pasti rakyat tidak menerima sifat dan sikap berkluk-klek, sikap berubah-berubah pendirian, sikap tidak tegas di dalam membuat pendirian dan sikap berdoalk-dalik, depan lain belakang lain. itu politikus hipokrit, itu politikus munafik.

Duri di dalam daging perlu dikeluarkan sebelum seluruh daging rosak akibat darinya.


IKLAN

Raja Bahrin Tempelak Balik Satiful Bahri

Posted: 28 Mar 2016 04:32 PM PDT

Pesuruhjaya Pas T'ganu sudah demam pilihan raya? soal Raja Bahrin

Ahli Parlimen Kuala Terangganu Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan Pesuruhjaya Pas Terengganu menghadapi 'demam pilihan raya' kerana bersikap tidak konsisten dalam isu hudud dan tawaran presiden Pas untuk menjadi penasihat Umno.

Sambil menganggap Satiful Bahri Mamat menggelabah kerana pilihan raya negeri semakin hampir, beliau menganggap pemimpin Pas negeri itu terdesak menutup isu 'hudud' dan 'penasihat kerajaan' yang mula memakan diri kerana dipersoalkan sendiri oleh ahli parti.


Menurut beliau, pesuruhjaya Pas Terengganu itu patut mengikut contoh setiausaha politik presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang bercadang mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana didakwa memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung DAP.

Raja Bahrin hairan dengan sikap Satiful yang menyangkal kenyataan beliau tentang presiden Pas yang berhasrat menjadi penasihat kerajaan sedangkan ia dilaporkan secara meluas di media massa.

"Hampir kesemua media perdana dan media sosial alternatif melaporkan kenyataan presiden Pas bahawa Pas tidak berhasrat menukar kerajaan tetapi memadai dengan pendekatan menasihati sahaja ke arah perubahan.

"Malahan ini diulangi beberapa kali dan disiarkan berulang kali (selama) berbulan-bulan oleh kebanyakan media perdana dan sosial.

"Datuk Ahmad Razif (Abdul Rahman), Menteri Besar Terengganu melalui media utama telah menyatakan kerajaan Terengganu hendak melantik presiden PAS sebagai penasihat kepada kerajaan Umno (negeri)," katanya.

Beliau mempersoalkan mengapa Pas dan Satiful tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit jika laporan berkaitan tidak benar?

Malah beliau melahirkan kehairanan apabila tiada sebarang reaksi atau tindakan dibuat oleh Pas apabila berita berhubung 'penasihat kerajaan' itu disiarkan media massa.

"Apabila kenyataan yang sama datang dari saya, ia pula menjadi fitnah?" ujarnya kesal.

Belau juga hairan dengan sikap Pas yang bersetuju dengan pendekatan pelaksanaan hukum hudud yang disebut presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sedangkan bekas pemimpin Pas yang mengeluarkan pandangan yang sama dituduh liberal, pengkhianat, antihudud dan sebagainya.

"Pas perlu konsisten dalam dua isu di atas. Yang pasti Pas konsisten adalah apabila kenyataan datang dari media pro-Umno atau bekas ahli Umno, Pas akur dan tunduk. Apabila datang dari pihak kami (Amanah) dan lain-lain ianya semuanya fitnah dan tidak benar. Dimanakah konsistensi dan kredebiliti Pas?" soal Pengerusi Amanah Terengganu itu. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Pendek saja ulasan GB kali ini.

Semua orang tahu bahawa kenyataan-kenyataan pemimpin PAS berpusing-pusing, bertukar-tukar dan tidak konsisten.

Itu adalah petanda-petanda kapal PAS sudah hampir untuk karam dan tenggelam... Kata-kata angkuh presidennya yang menyatakan samada AMANAH masih wujud atau tidak menjelang PRU14 nanti bakal terkena kepada partinya sendiri...

Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

Tiada ulasan: