Rabu, 23 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


KPPHM Gesa Majlis Presiden Pakatan Harapan Lebih Pro-Aktif Hadapi Isu...

Posted: 22 Mar 2016 11:25 PM PDT

KENYATAAN MEDIA KPPHM

1)Demi keutuhan Pakatan Harapan di dalam menghadapi pelbagai kemelut yang melanda, Majlis Presiden Pakatan Harapan diminta untuk bertindak dengan lebih pro-aktif dengan mengeluarkan kenyataan bersama terhadap terhadap apa jua isu besar seperti kes penubuhan blog ketiga, isu tuduhan rumah KM Pualau Pinang, Presiden AMANAH yang dihalang memasuki Sarawak, isu penyelewengan dana kerajaan RM107 juta di dalam KKBS dan sebagainya.




2) Mana-mana pemimpin parti komponen Pakatan Harapan tidak sewajarnya mendahului Majlis Presiden di dalam membuat kenyataan sehingga ia tidak mencermin dan memperlihatkan pendirian dan keputusan Majlis Presiden. Apa-apa jua kenyataan yang dikeluarkan mengenai sesuatu isu oleh mana-mana pemimpin di dalam parti komponen PH hendaklah dianggao sebagai pandangan peribadi pemimpin tersebut dan tidak dilihat mewakili pandangan dan pendirian Pakatan Harapan secara keseluruhannya kecuali ianya telah dibincang, disokong dan disahkan oleh Majlis Presiden.

3) Parti-parti komponen PH perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan. Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) di kalangan ahli komponen PH perlu dihalakan ke arah mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam mengahadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.

4) KPPHM juga berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam menghadapi pilihanraya. Sekalipun "satu lawan satu" itu memang baik dan memberi kebaikan serta keuntungan untuk pembangkang secara kesuluruhannya, namun, apabila ianya tidak dilayan dan dihormati oleh pihak lain, maka PH perlu tegas dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya walaupun terpaksa bertarung di dalam banyak penjuru.

5) Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri daripada terus menabur benih di angkasa mengharapkan pertandingan dua penjuru. Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.

6) Dengan point (5) di atas, Pakatan Harapan perlu meletakkan "kepentingan rakyat dan negara" sebagai keutamaan. KPPHM menyokong segala usaha bagi tujuan menyelamatkan Malaysia daripada terus terjebak dalam pelbagai masalah dan kepincangan sehingga menyebabkan rakyat dan negara menjadi sengsara dan rosak binasa lantarannya.

7) Pakatan Harapan tidak perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Barisan Nasional tetapi perlu mengambil tindakan untuk bersama dengan mana-mana gerakan yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.

8) KPPHM ingin mengulangi pendiriannya akan terus menyokong usaha supaya Najib dan BN ditukarkan agar rakyat dapat melaksanakan agenda reformasi dalam ekonomi, politik dan sosial di negara ini. KPPHM mahu menggunakan saluran demokrasi supaya Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.


Greenboc
Timbalan Presiden
Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia
merangkap
Pengerusi Biro Publisiti dan Komunikasi KPPHM

23 Mac 2016

Pakatan Harapan Selar Adenan Satim Sekat Mat Sabu Masuki Sarawak

Posted: 22 Mar 2016 06:01 PM PDT

Amanah kecam tindakan halang presidennya masuki Sarawak

Parti Amanah Negara (Amanah) mengecam keras tindakan menghalang Presidennya, Mohamad Sabu memasuki negeri Sarawak seperti yang berlaku hari ini.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir dalam satu kenyataan media berkata, Mohamad tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.30 pagi dalam rangka lawatan dua hari ke negeri itu.

"Beliau bagaimanapun ditahan ketika mahu melepasi pemeriksaan imigresen dan hanya dimaklumkan halangan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

"Parti Amanah ingin mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem bahawa Sarawak salah sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Tidak sepatutnya hak mana-mana warganegara untuk masuk ke negeri itu dihalang," tegas Anuar.


Tambah beliau, dengan insiden yang tidak disangka itu sangkaan Amanah bahawa Adenan berbeza dari pemimpin sebelumnya adalah meleset dan silap.

Menurut beliau, sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Adenan menyaksikan betapa beliau masih di dalam kerangka pemikiran sempit politik lama seperti diamalkan bekas Ketua Menteri sebelumnya.

Sebelum ini beberapa pepimpin Pakatan Harapan antaranya Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan beberapa pemimpin lain turut dihalang daripada memasuki negeri itu.

"Apa yang jelas, tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, menunjukkan betapa Ketua Menteri berada dalam ketakutan dan cuba menyekat suara perubahan dan kebangkitan rakyat," tegas Anuar. -Malaysia Dateline


Halang Mat Sabu masuk Sarawak bukti Adenan takut Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR 22 MAC: Sekatan Presiden Amanah, Mohamad Sabu memasuki Sarawak membuktikan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satim begitu takut dengan Pakatan Harapan menjelang pilihan raya negeri itu yang dijangka diadakan April depan.

Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu bersama pegawai khasnya, ditahan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Sibu sekitar 10.30 pagi tadi tanpa diberikan sebarang alasan.

Beliau yang dijadual mengadakan lawatan kerja dua hari sempena PRN, diarah pulang meninggalkan Sarawak dan kini dalam perjalanan balik ke Semenanjung.

Bagaimanapun, menurut Mat Sabu, larangan tersebut dikeluarkan atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, halangan ke atas pimpinan Pakatan Harapan untuk bertemu rakyat Sarawak merupakan tindakan terdesak dan amat dikesali.

"Saudara Mohamad Sabu merupakan salah seorang dari sejumlah pimpinan politik dan masyarakat sivil yang kini tidak boleh lagi menjejak kaki ke Bumi Kenyalang.

"Tindakan ini menjadi bukti bahawa BN di bawah pimpinan Adenan Satem cukup takut pada musuh politik seperti Pakatan Harapan sehingga kehadiran pimpinan seperti Zuraida Kamaruddin, Nurul Izzah Anwar, Tony Pua, Teresa Kok, Mazlan Aliman dianggap satu ancaman politik.

"Di dalam demokrasi yang maju dan progresif, musuh politik perlu diserang melalui idea dan perbahasan, bukan dengan halangan pentadbiran seperti berlaku sekarang," kata Fahmi dalam kenyataan.

Tegasnya, pentadbiran Adenan perlu menamatkan dasar menghalang warga Malaysia yang berlainan ideolagi politik dari memasuki Sarawak, demi demokrasi lebih matang dan Malaysia lebih baik.

Sementara itu, Amanah menegaskan, sekatan ini menunjukkan satu lagi pelanggaran ke atas hak dan kebebasan Mat Sabu berstatus warganegara Malaysia, seraya mendesak halangan tersebut ditarik balik serta merta.

"Parti Amanah kesal atas pernahanan Mat Sabu. Kami juga meminta supaya Ketua Menteri Sarawak menarik balik arahan tersebut," kata

Naib Pengerusi Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, pada sidang media di Parlimen.

Pemimpin pembangkang lain yang turut dihalang memasuki Sarawak atas pelbagai alasan sebelum ini adalah Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
-KD


Tiada ulasan: