Jumaat, 11 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[GAMBAR] Ribuan Hadir Ceramah Husam Bersama Mat Sabu Di Kubang Kerian

Posted: 11 Mar 2016 01:07 AM PST

Desak Najib undur suruhan agama kata Husam

Bekas naib presiden Pas Dato' Husam Musa berkata usaha mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan adalah bertepatan dengan ajaran agama Islam.

Menurut beliau perkara ini dinisbahkan kepada tindakan nabi SAW yang menyertai peristiwa "Hilful Fudhul" semasa baginda masih remaja lagi.

"Dalam peristiwa ini nabi SAW menyertai sekumpulan penduduk Mekah yang membuat perjanjian untuk membela peniaga yang dianiaya seorang pembesar yang enggan membayar hutang," kata beliau di majlis ceramah perdana mantan ahli parlimen Kubang kerian 10 Mac lalu.



Ceramah anjuran sebuah NGO itu diadakan di bandar setelit Pasir Tumboh dan dipengerusikan Ahli Parlimen Kubang Kerian Ustaz Baihaki Atiqullah.

Menurut Husam walaupun kumpulan yang membuat perjanjian tersebut adalah terdiri daripada penyembah-penyembah berhala baginda nabi tidak teragak-agak untuk menyertainya kerana ia melibatkan soal maruah dan integriti.

Beliau yang turut menandatangani deklarasi rakyat yang mendesak Najib berundur menyeru orang ramai menyertai kempen ini kerana ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan bertepatan dengan ajaran Islam.

"Dalam kisah hilful fudhul pembesar Mekah itu hanya khianat kepada seorang peniaga sedang dalam kes Najib pengkhianatan dilakukan kepada sejumlah rakyat yang begitu ramai," jelasnya.

Beliau mengambil contoh kes Tabung Haji (TH) bagaimana badan yang dimiliki umat Islam itu diperalat untuk membeli sebidang tanah dengan harga berganda yang tidak masuk akal semata-mata untuk melindungi skandal 1MDB.

"Berapa ramai pendeposit TH yang dianiayai dan dikhianati dalam kes ini sahaja," soal beliau.

Beliau melahirkan rasa terkejut kerana ada pihak yang mendakwa mendesak PM meletak jawatan akan membawa huru-hara dan keadaan anarki.

"Dalam perlembagaan negara kita seorang perdana menteri boleh meletakkan jawatan sebagai salah satu kaedah peralihan kuasa yang dibenarkan,"

"Ini telah berlaku kepada Tun Husein Onn, Tun Abdullah Badawi dan Kepada Tun Mahathir sendiri.
kata beliau.

"Masa mereka ni undur dengan meletakkan jawatan mana ada masalah," kata beliau.

Turut berceramah dimajlis tersebut adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Haji Mohd Sabu dan timbalannya, Haji Salahuddin Ayub.- Malaysia Dateline

Peristiwa Hilful Fudhul


Beliau Shallallahu'alaihi Wasallam pernah bersabda: "Aku menghadiri sebuah perjanjian di rumah Abdullah bin Jud'an. Tidaklah ada yang melebihi kecintaanku pada unta merah kecuali perjanjian ini. Andai aku diajak untuk menyepakati perjanjian ini di masa Islam, aku pun akan mendatanginya" (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra no 12110, dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah no.1900)

Seorang pedagang dari Yaman yang berasal dari kabilah Zabid datang ke kota Mekkah membawa barang dagangan. Lalu ada seorang lelaki dari suku Quraisy yang membeli barang darinya. Lelaki ini terkenal akan kekejaman, kejahatan dan kezalimannya. Ia adalah Al 'Ash bin Wa'il As Sahmi, yang merupakan ayah dari sahabat Nabi Amr bin Al 'Ash dan Hisyam bin Al 'Ash radhiallahu'anhuma. Ketika Al 'Ash mendapatkan barangnya dan sudah diletakkan di tempatnya, ia tidak mau membayar kepada si pedagang.

Si pedagang tersebut berusaha minta tolong kepada para penduduk dan pembesar Quraisy untuk membantunya namun usahanya sia-sia. Setelah putus asa, ia pergi ke tengah-tengah Masjidil Haram di samping Ka'bah lalu bersyair:

ياآل فهر لمظلوم بضاعتـه.. ببطن مكة نائي الدار والنفر
ومحرم أشعث لم يقض عمرته .. يا للرجال وبين الحِجر والحَجر
البيت هذا لمن تمت مروءته .. وليس للفاجر المأفـون والغدر

Wahai keturunan Fihr! Tolonglah orang yang perdagangannya dizhalimi
Di tengah kota Mekkah, sementara ia jauh dari rumah dan sanak keluarga
Dalam kondisi berihram, rambut kusut, dan belum menyelesaikan umrahnya
Wahai para pembesar di antara dua batu (hajar Ismail dan hajar Aswad)
Sesungguhnya Baitullah ini hanya pantas untuk orang yang sempurna kehormatannya
Bukan untuk orang yang jahat dan suka berkhianat

Bangkitlah salah seorang pemuka Bani Abdil Muthallib pun datang, namanya adalah Az Zubair. Ia berkata kepada si pedagang: "Aku penuhi panggilanmu dengan membawa solusi. Sungguh kezaliman ini sudah tidak bisa ditahan lagi dan tidak bisa dibiarkan lagi". Lalu Az Zubair bergegas saat itu juga pergi ke rumah salah seorang pembesar Quraisy yang bernama Abdullah bin Jud'an, yang masih ada hubungan kerabat dengan Abu Bakar Ash Shiddiq radhiallahu'anhu. Abdullah bin Jud'an dikenal kemuliaannya dan kedermawanannya. Abdullah bin Jud'an pun bersedia untuk bangkit dan bertindak. Ia pun memanggil penduduk Quraisy dan sekitarnya: "Ayolah para pemuka kota Mekkah, datanglah ke rumahku, kita buat perjanjian yang dapat menolong orang yang terzhalimi dan menghentikan perbuatan orang zhalim".

Panggilan ini diamini oleh banyak orang termasuk para pemuka dari Bani Hisyam, Bani Abdil Muthallib, Bani Asad, Bani Zahrah, Bani Tamim. Juga dihadiri oleh Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam yang ketika itu belum diutus menjadi Nabi dan Rasul namun beliau sudah memiliki reputasi sebagai orang yang digelari Al Amin. Beliau Shallallahu'alaihi Wasallam pernah bersabda:

لَقَدْ شَهِدْتُ فِي دَارِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُدْعَانَ حِلْفًا مَا أُحِبُّ أَنَّ لِيَ بِهِ حُمْرَ النَّعَمِ ، وَلَوْ أُدْعَى بِهِ فِي الإِسْلامِ لأَجَبْتُ

"Aku menghadiri sebuah perjanjian di rumah Abdullah bin Jud'an. Tidaklah ada yang melebihi kecintaanku pada unta merah kecuali perjanjian ini. Andai aku diajak untuk menyepakati perjanjian ini di masa Islam, aku pun akan mendatanginya" (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra no 12110, dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah no.1900)

Lalu mereka membuat satu perjanjian yang isinya: di Mekkah tidak boleh ada orang yang dizhalimi baik penduduk Mekkah sendiri maupun pendatang kecuali pasti akan dibantu dan kembalikan haknya dari pihak yang menzhalimi. Lalu orang-orang Quraisy menamai perjanjian itu dengan nama Hilful Fudhul, karena disepakati orang para afadhil (orang-orang yang memiliki keutamaan).

Saat itu juga, orang-orang yang menyepakati perjanjian tersebut mendatangi rumah Al 'Ash lalu memintanya memenuhi hak si pedagang dari Yaman. Sejak itu orang-orang yang berada di Mekkah di jamin keamanannya oleh penduduk Mekkah dari segala bentuk kezhaliman. -muslim.or.id







PAS Baru Sedar Tidak Boleh Sendirian, Mahu Bentuk Blok Ketiga

Posted: 10 Mar 2016 08:33 PM PST

PAS umum bentuk gabungan baharu pembangkang 16 Mac

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari mengumumkan parti Islam itu akan membentuk satu gabungan baharu pembangkang pada 16 Mac ini.

Takiyuddin berkata langkah tersebut sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti susulan keputusan mereka enggan menyertai Pakatan Harapan.

"Pada 16 Mac depan, kami akan umum satu muafakat dengan parti politik.


"Ia muafakat bagi menghadapi pilihan raya umum depan," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata mereka boleh bekerjasama dengan mana-mana politik selagi ia selari dengan perjuangan dan objektif mereka, tapi menolak sama sekali untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Dalam perlembagaan kami boleh bekerjasama dengan sesiapa asalkan objektif dan perjuangan serta tuntutan mereka sama dengan kami.

"Kami masih bersama Pakatan Rakyat tapi dengan PKR, semestinya bukan dengan Pakatan Harapan," katanya.

Takiyuddin menolak untuk bekerjasama dengan bekas rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP.

Pakatan Rakyat secara rasminya sudah terkubur akibat pertikaian dan tidak sefahaman sesama ahli parti dalam gabungan pembangkang tersebut.

Bagaimanapun, pada tahun lepas satu gabungan baharu pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara membentuk gabungan dikenali sebagai Pakatan Harapan bagi menggantikan gabungan terdahulu, tetapi tanpa penyertaan PAS.

ULASAN GB

PAS baru menyedari bahawa ia tak mampu "bersendirian" sepertimana yang diura-urakan sebelum ini.


Langkah penubuhan blok ketiga (atau blok mentaliti dunia ketiga?) dilihat semacam langkah terdesak PAS setelah melihat mood rakyat menolak mereka yang kelihatan lebih condong kepada menyokong aspirasi UMNO BN.

Kenyataan-kenyataan para pemimpin PAS bercelaru dan bercanggah diantara satu sama lain, sehingga menyebabkan tidak ada satu pun pendirian rasmi yang tetap dari PAS terhadap sesuatu isu.

Dan kini PAS "uturn" lagi. Tak mahu bersendirian tetapi mahu "pecahkan pembangkang" dengan menubuhkan pakatan pembangkang yang baharu. Langkah terbaru PAS itu sepastinya disambut meriah oleh UMNO BN yang sememangnya mengharapan pembangkang berpecah. Sungguh jahat tindakan PAS ini.



Persoalan kini siapa rakan PAS yang dikatakan akan membentuk blok ketiga itu? GB rasa yang dimaksudkan PAS itu ialah PKR. PKR telah menyelamatkan PAS di Selangor dengan tidak membentuk kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya mengekalkan Pakatan Rakyat.

Sebelum GB pernah bertanyakan satu soalan kepada PKR. Petikan:

...hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak. PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS semasa ia berada di dalam PR. Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi menjadi "anchor party" di dalam Pakatan Harapan.

Semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Kita berjuang bukan dengan nafsu dan emopsi, tetapi dengan ilmu dan strategi. Pakatan Harapan telah cukup terbuka selama ini. Kita tak perlu terhegeh-hegeh untuk memberi ruang kepada yang terhegeh-hegeh di luar dari Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: