Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

sumber :-

Tukar Tiub


LAYARI RADIO BANGSAR

Posted: 10 Mar 2016 07:00 PM PST






PROGRAM


RADIO BANGSAR

Rancangan Rock'A'Rona minggu depan. Apakah rock di Malaysia suatu gerakan ideologi atau Ikut ikutan dan jadi jadian? Bersama tamu Rosdan bekas penyanyi kumpulan Bloodshed dan menubuhkan band Punisher. Juga Tajul dari FTG mengupas persoalan dan falsafah rock, thrash dan underground. Bersedia ke website radiobangsarutama

Radio Bangsar Utama radio online Berani Langgar, Laporan Jelas


------------

APA DIA BARISAN BERSATU

Posted: 10 Mar 2016 06:38 PM PST




APA iTU

BARISAN

BERSATU



Lupakan kisah silam, bersatu selamatkan negara, kata pengarah strategi Amanah 

Gerakan Selamatkan Malaysia bukan satu "alignment (penjajaran) semula" parti politik di negara ini tetapi satu kebangkitan rakyat menyelamatkan negara, kata pengarah strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad.
Dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider, beliau berkata, berdasarkan kepada masalah negara, sekarang bukan masa semua pihak mengungkap kisah silam, tetapi masa untuk rakyat bertindak tanpa mengira kelompok politik.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?
u=OAR%2BEXHZ9wfNVYCp%2BihT%2BMitKcsh6%2B4eDMIDxtuB%2BHnBVJN%2FgTJqND69gV5y6c2GjwBTHtr%2BY%2BbCmQ2bWYZ0EaT6MZlmoygpnHL8kVF2N32gD4cG%2FNdiTPpXHJ%2B7qp53p%2BNFAtWKJ5K5jovrjFFs0mVECU2wOjX2d7U%3D&b=5#sthash.KEo7FalH.dpuf


JEMPUTAN

AHAD MALAM



-------------

DALANG YANG MANA?

Posted: 10 Mar 2016 05:50 PM PST






SAPA DALANG

SAPA WAYANG

PAK DALANG?





'Ada dalang hasut kemuka usul'

KUALA TERENGGANU - Tindakan Adun Kijal,  Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu,  Ahmad Razif Abdul Rahman pada sidang Dun baru-baru ini dipercayai turut didalangi individu lain.

Ahmad Razif berkata, beliau percaya bekas menteri besar itu tidak berani berbuat demikian sekiranya tidak mendapat sokongan pihak lain.

"Kita tahu, sudah pasti tindakan yang dilakukan itu turut melibatkan pihak lain yang berkepentingan kerana kalau berseorangan sudah tentu beliau tidak akan berani buat usul begitu kalau tidak ada pihak-pihak lain terlibat.

KAH KAH KAH

satu malaysia heboh
nak ganti pm mesti
ada pilihanraya
kah kah kah
datang amt said
dia buktikan secara umum
boleh ganti pm atau mb
tanpa pilihanraya
kah kah kah
kira kira mat said ini
memberi pencerahan politik

PENCERAHAN
------------

SERBA SALAH

Posted: 10 Mar 2016 05:00 PM PST







PECAT SALAH

TAK PECAT 

SALAH 

JADI SEMUA

SERBA SALAH


Umno jadi lemah jika tidak pecat ahli bersekongkol dengan pembangkang

Umno akan menjadi sebuah parti yang lemah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak memecat ahli parti yang bersekongkol dengan pembangkang dalam menandatangani "Deklarasi Rakyat", baru-baru ini.
Ahli Dewan Negara,  Mohd Ali Rustam berkata dalam keadaan politik sekarang, Umno tidak boleh mempunyai "gunting dalam lipatan" yang boleh memecahbelahkan parti dari dalam dan perlu segera melakukan "pemutihan parti" bagi memastikan Umno terus kukuh.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=3ZIpvYyWIJbwzTGFAthPUYqRUZrKb3euYXDfz0svVXHLsif8Z2%2Fos23rTxP26eEmif4mMTyDfQ58uCGozDSDnNkaSyRTb9wXIqz%2Bg3tlnqB9fo%2B%2ByUcvqwWupRPl2iiLUvZNHxwKC5jBHBmUyoEnwtxaaP8%3D&b=5#sthash.3wUCNBE3.dpuf

KAH KAH KAH

mahathir dulu tulis buku
dilema melayu
kah kah kah
sekarang dah jadi
dilema ketuanan melayu
kah kah kah 
berani nak pecat muhyidin
berani nak pecat mukhriz
berani nak pecat afdal
siapa yang berani

APA TERJADi


-------------

MENANTU ABAH

Posted: 10 Mar 2016 04:30 AM PST









MENANTU ABAH

hilang dimana
kenapa senyap membisu
buat buat tak tahu kes SRC
buat buat tak tahu kes 1MDB
buat tak sedar deklarasi rakyat
buat senyap  senyap
sokong najib atau tak sokong
pasang janggut sedang menyamar
cuba lagi









-----------

PEMANASAN GLOBAL - SILA BACA SEKALI LAGI

Posted: 10 Mar 2016 04:00 AM PST






 SEPULUH TAHUN

DULU GWA

SUDAH CAKAP

LU TAK CAYA

Dangerous global warming will happen sooner than thought – study



The world is on track to reach dangerous levels of global warming much sooner than expected, according to new Australian research that highlights the alarming implications of rising energy demand.


University of Queensland and Griffith University researchers have developed a "global energy tracker" which predicts average world temperatures could climb 1.5C above pre-industrial levels by 2020.
That forecast, based on new modelling using long-term average projections on economic growth, population growth and energy use per person, points to a 2C rise by 2030.




DARI ARKIB - 7 MEI 2005 -

http://thericecookershop.com/hishamuddin-rais-dimana-perginya-katak-hijau-itu/




DIMANA PERGINYA KATAK HIJAU ITU?


Saya dibesarkan di Jelebu yang pada satu ketika dahulu dianggap kawasan pendalaman yang agak ulu. Konsep ‚Jelebu sebagai kawasan pendalaman – kami terima kerana pada satu ketika dahulu daerah kami adalah tempat di mana orang-orang jahat – gedebe dan gengster – di buang daerah. Dalam daerah pendalaman kami terdapat kawasan-kawasan bergunung ganang dan lembah-lembah hijau yang subur. Jelebu tersuruk dicelah-celah di kaki Banjaran Titiwangsa.
Di lereng-lereng bukit tertanam pokok-pokok getah. Di kawasan lembah di mana batang Sungai Klawang mengalir ke Sungai Pahang terdapat kawasan perkampungan sawah padi. Di musim menanam padi akan kelihatan beribu-ribu burung Tempua berpindah randah membuat sarang di sekitar kawasan sawah. Sarang mereka bergantungan di atas pohon rumbia atau pokok-pokok yang berhampiran dengan sawah. Burung-burung Pucung pula sering berkeliaran mencari belalang dan ulat serangga. Sesekali ternampak juga burung Bangau mencari anak ‚anak ikan.
Saya juga selalu ternampak burung Butbut ‚ yang terbang rendah di pinggir kawasan sawah. Burung ini sering disurahkan sebagai memiliki rahsia untuk mengubat tulang yang patah atau seliuh. Manakala di dalam sawah pula akan ditemui pelbagai jenis ikan air tawar ‚ sembilang, keli, puyu, sepat dan haruan. Di antara lopak-lopak sawah ini, jika ada lubuk-lubuk kecil pasti ianya akan menjadi tempat ikan bersarang. Di kawasan lubuk ini juga pasti ada lagi satu makhluk ‚ katak hijau.
Ini bukan saya bernostalgia dan mengelamun tentang kampung. Saya menulis ini kerana pada hari ini semua yang saya tulis ini tidak lagi wujud di Jelebu. Sawah telah kering. Ada yang menjadi belukar. Ada yang dijadikan tapak rumah. Ada juga dijadikan kawasan kebun. Aliran air sungai pula semakin susut. Airnya masih jernih tetapi tidak lumayan seperti satu ketika dahulu.
Lalu saya bertanya ke mana perginya pelbagai jenis burung-burung yang pernah saya nampak dahulu. Di mana mereka mencari makan dan bersarang. Dan ke mana perginya katak hijau yang telah gagal menampilkan diri. Saya telah gagal melihatnya saya hampir 35 tahun. Apa telah terjadi? Saya selalu berfikir dan ingin mencari jawapan.
Bila teringatkan katak hijau ini saya teringat kembali kepada Amerika Latin. Saya sebenarnya tidak pernah sampai ke Amerika Latin. Tetapi pada tahun 1992 dahulu saya pernah menjadi pembantu penyunting sebuah filem dokumentari ‚ Message from Elder Brothers – untuk stesen tv BBC. Filem ini ialah tentang masyarakat Kogi yang tinggal di atas banjaran pergunungan Andes di Amerika Latin. Masyarakat Kogi mengakui bahawa diri mereka adalah abang-abang tua kepada kita semua. Ini kerana mereka tinggal di kawasan pergunungan bersalji yang paling tinggi.
Melalui filem ini mereka ingin menyampaikan satu pesanan penting dan satu peringatan untuk adik-adik mereka ( kita semua ) yang tinggal di bawah gunung. Abang kita ini mengingatkan kita untuk berwaspada kerana salji semakin berkurangan di pergunungan Andes. Menurut abang tua kita, ini satu petanda yang tidak baik.
Filem dokumentari ini dibuat hampir 15 tahun dahulu. Rasa saya memang tidak ramai penonton yang ambil peduli. Ada yang menganggap dokumentri ini sebagai hiburan ringan. Tetapi ketika saya memotong filem ini saya dapat merasakan betapa pentingnya pesanan yang disampaikan oleh masyarakat Kogi ini. 
Pesanan ini mengingatkan saya kembali kepada masyarakat Maya yang telah mendirikan tamadun mereka di Amerika Latin. Tamadun ini cukup anggun dan tersebar luas. Pada zaman keagungan tamadun ini wujud 50 juta warga Maya. Mereka memiliki tulisan, mengetahui ilmu alam, ilmu bintang dan telah berjaya mendirikan kota-kota yang indah permai. Tamadun ini runtuh dan berakhir di antara 800/900 AD.
Bila kita melihat kembali kota-kota kuno tamadun Maya pasti ada di antara kita yang akan berani dan angkuh berkata ‚kenapa orang Maya ini bebal sangat memotong semua pokok-pokok di sekeliling wilayah mereka !
Lalu saya berfikir, tamadun Maya yang anggun lagi hebat itu pasti tidak runtuh dalam sekelip mata. Ianya bukan dilanda gunung berapi seperti kota Pompeii atau dilanggar tsunami seperti kota Acheh. Keruntuhan tamadun Maya pasti mengambil masa beratus tahun. Sedikit demi sedikit tamadun ini tergelincir tanpa disedari. Pasti wujud tanda-tanda awal tetapi mungkin telah tidak dipedulikan oleh orang-orang Maya pada ketika itu. Mereka tidak ambil pot, atau mereka gagal memahami tanda-tanda ini.
Apa yang sedang terjadi di daerah Jelebu pada ketika ini mungkin tanda-tanda awal. Burung Tempua, Butbut, Puyuh, Pucung dan Bangau yang telah tidak saya lihat lagi mungkin satu penanda. Ke mana agaknya burung-burung ini menghilangkan diri. Apakah mereka telah berpindah. Atau apakah spesies mereka telah pupus. Saya belum menemui jawapan. Malah saya belum pernah terbaca satu kajian untuk dapat menjawab kepada soalan saya ini.
Bila saya pulang ke kampung, orang kampung sering berkata bahawa musim telah berubah. Hujan dan panas datang tidak tentu masa. Musim buah pun telah susah hendak ditentukan. Jelebu yang biasanya kering pada bulan April, May dan Jun kini selalu pula hujan. Hakikatnya cuaca alam telah berubah.
Saya rasa kita semua amat sedar tentang perubahan cuaca ini. Hanya kita masih belum sedar apakah makna yang akan dibawa oleh tanda-tanda dari perubahan ini. Suhu cuaca semakin naik ‚ ini telah menjadi pengetahuan umum. Hujan tidak lagi mengikut musim. Perubahan bukan hanya terjadi di Jelebu. Banjir melanda di sana sini – bukan hanya di Kelantan. Kejadian perubahan cuaca ini bukan khusus kepada satu wilayah, sebuah mukim atau satu negara tetapi keseluruhan dunia hari ini sedang mengalami perubahan kenaikan suhu cuaca.
Bulan lalu Eropah telah di landa banjir. Sungai terpanjang di Eropah ‚ Sungai Danube ‚ melimpah. Sungai Meuse di Belgium melimpah sama. Dalam masa yang sama di Afrika Tengah musim kering terus memanjang. Kemudian saya terbaca tentang Orang Asli di Pahang membantah kerana hutan dara di wilayah kediaman mereka dipotong balaknya. Di Kedah Hutan Belum yang berumur 300 juta tahun kini sedang diancam oleh pembalakan haram.
Kemudian saya juga terbaca pula tentang bagaimana pada hari ini botol dan sampah plastik didapati lebih banyak terapung dari plankton di dalam laut. Ini pasti menyusahkan ikan. Saya juga ada terbaca bagaimana banyak burung Belibis ( seagull) telah ditemui mati tercekik kerana mereka telah menyambar sampah plastik yang terapung di permukaan laut. Malah anak-anak burung ini juga didapati mati di sarang kerana diberi makan sampah plastik oleh ibu mereka.
Semua berita ini boleh kita baca dalam akhbar harian kita. Sekali imbas ianya hanyalah satu laporan berita. Orang Asli di Bera pasti tidak ada hubungan dengan Sungai Danube. Masyarakat Kogi di Andes tidak ada kena mengena dengan burung Butbut di Jelebu. Mungkin berita burung Belibis makan plastik amat melucukan tetapi apa pula hubungannya dengan buah durian di kampung saya.
Tetapi jika direnungkan dan gunakan sedikit buah fikiran maka kita akan dapat melihat satu gambaran yang lebih jelas dan besar. Kita cantumkan semua berita-berita ini. Kita letakkan berita-berita ini dalam satu peta. Maka saya rasa kita semua akan dapat melihat bahawa semua berita-berita ini adalah tanda-tanda awal bahawa tamadun kita hari ini sedang dalam kesakitan.
Perubahan suhu cuaca yang sedang berlaku hari ini akan membawa satu akibat yang menggerunkan bukan sahaja kepada burung, katak, atau binatang tetapi untuk semua makhluk dalam dunia ini. Perubahan ini adalah perbuatan kita sendiri. Kita semua warga dunia bertanggung jawab menebang pokok, menggali bumi, meledakkan gunung dan akhirnya menaikkan suhu cuaca.
Kita jugalah yang membakar minyak petrol sambil memanaskan bumi kerana kita ingin bergerak ke hulu ke hilir. Manusia ‚ kita semua – bertanggung jawab mencemarkan udara dengan bom atom, bom nuklear, dan membuang segala macam sampah kimia yang mengotorkan wilayah kita sendiri.
Hasilnya, katak hijau yang pada satu ketika dulu saya anggap sebagai teman kini telah menghilangkan diri. Katak hijau ini menjadi teman kerana si katak ini adalah tanda untuk saya mengenali lubuk mana yang dipenuhi dengan ikan. Jika lubuk itu kelihatan didiami oleh banyak katak hijau ertinya banyak ikan di dalamnya. Lubuk yang ini baik untuk saya memasang tajur. Bila si katak hijau ini menghilangkan diri, saya melihat ini sebagai satu peringatan pribadi untuk diri saya.
Peringatan bahawa tamadun moden yang berasakan kebendaan ini telah memisahkan saya dengan alam. Tamadun moden ini juga telah memisahkan antara kita sesama kita. Seperti tamadun Maya yang runtuh kerana hutan-hutan ditebang, lembah menjadi keing dan akhirnya panen gagal. Saya membaca semua yang sedang berlaku hari ini adalah tanda-tanda peringatan yang telah datang kepada kita semua. Hanya kita yang lalai dan gagal memahaminya. Katak hijau itu, sama seperti masyarakat Kogi di Amerika Latin sedang cuba memberi tahu sesuatu kepada saya.
Mungkin ada orang yang akan ketawa kerana teman yang memberi ingatan hanyalah seekor katak hijau dari sebuah lubuk di Jelebu. Tetapi pada ketika ini saya lebih yakin tentang tanda dan makna melalui berita yang dibawa oleh seekor katak, walau pun dia telah lama hilang. Ini kerana saya amat mengenali kejujurannya peranannya. Binatang, burung, serangga dan katak tidak pernah berdusta dengan alam.(TT)

-------------

SILA KLIK IKLAN

Posted: 10 Mar 2016 03:30 AM PST











DERMA DAPUR 

JALANAN



iKLAN
jika anda lihat 
ada iklan
sila klik iklan itu
iklan dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya menjadi iklan percuma

duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

INGATAN SEBELUM MEROTAN

Posted: 09 Mar 2016 11:30 PM PST








SEBELUM

MEROTAN

SILA SIAPKAN

RUMAH ROSAK

DILANDA BAJIR

2 TAHUN LALU



Kelantan kaji sebat penzina di khalayak umum

Kerajaan Kelantan dilapor menyokong cadangan seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu supaya penzina disebat di khalayak umum selepas solat Jumaat.
Timbalan Menteri Besar Tuan Haji  Mohd Amar Abdullah berkata cadangan itu baik kerana dapat memperkenalkan undang-undang hudud secara perlahan-lahan di negeri itu.
Bagaimanapun, katanya lagi, pelbagai isu akan diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil, lapor The Star Online.



REST MY CASE

MY LORD

KAH KAH KAH

------------

HADI BERHUDUD HUDUD

Posted: 09 Mar 2016 11:00 PM PST







FACE BOOK

Pas nya auta.... Aduhai..
Dulu x menyempat2. Skrg x sempat.

























TERGOLEK DOG



----------------

JEREBU AKAN BERULANG?

Posted: 09 Mar 2016 10:00 PM PST





AKAN 

BERULANG?


Kebakaran hutan meningkat, Indonesia umum status darurat di wilayah Riau

JAKARTA: Wilayah Riau di Sumatera, Indonesia telah mengeluarkan status darurat akibat kebakaran hutan dan tanah gambut, lapor pegawai rasmi republik itu seperti yang dilapor Reuters.

"Gabenor Riau telah mengumumkan keadaan darurat sekarang ini, supaya dapat menghindari dan menangani kesan jerebu yang teruk seperti tahun 2015," ujar jurucakap pemerintah wilayah, Darusman.

Tambahnya, kehidupan penduduk di wilayah yang diumumkan darurat itu masih dalam keadaan normal.




MINGGU LALU

-------

FATWA MAT SOTONG

Posted: 09 Mar 2016 09:00 PM PST




MAT SOTONG

BERI FATWA

LAGI


Hadi: Islam tak galak pecat pemimpin

Anggota Parlimen Marang Tuan Haji Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk memecat pemimpin sebaliknya perlu 'membetulkan' mereka.

Sambil memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As-siddiq, presiden PAS itu berkata parti politik dan rakyat sendiri perlu bersabar berbanding menjatuhkan pemimpin.

"Budaya pecat pemimpin tak digalak Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul pemimpin boleh.

"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin. Walaupun saya tak setuju dengan kerajaan tapi kita (PAS) sabar," katanya.

Seeloknya Hadi jgn bercakap...

KAH KAH KAH

i res mi kes

mi lord 

KAH KAH KAH



-------------

EKONOMILAH BANGANG!

Posted: 09 Mar 2016 08:43 PM PST








EKONOMILAH

BANGANG!





Are You Kidding Me? Chinese Exports Plunge 25.4 Percent Compared To Last Year

We just got more evidence that global trade is absolutely imploding.  Chinese exports dropped 25.4 percent during the month of February compared to a year ago, and Chinese imports fell 13.8 percent compared to a year ago.  For Chinese exports, that was the worst decline that we have seen since 2009, and Chinese imports have now fallen for 16 months in a row on a year over year basis.  The last time we saw numbers like this, we were in the depths of the worst economic downturn since the Great Depression of the 1930s.  China accounts for more global trade than any other nation (including the United States), and so this is a major red flag.  Anyone that is saying that the global economy is in "good shape" is clearly not paying attention


EKONOMI CHINA

ekpot menurun
impot menurun
ini namanya ledakan ekonoimi
awas waspada
bersedia!


-----------------

FAKING FUNY

Posted: 09 Mar 2016 08:18 PM PST







FAKING FUNY

KESAH KELUARGA 

CEKAI MEKAI 

KAH KAH KAH




Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT