Rabu, 9 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ahmad Said Dakwa Simpan Rahsia Besar Najib

Posted: 09 Mar 2016 05:42 AM PST

KELAB GREENBOC


 
Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau menyimpan satu rahsia besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian lapor FreeMalaysiaToday.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, ia boleh memalukan Najib dan rakyat.

"Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).

"Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu 'terhutang," katanya kepada FMT.

Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.

Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.

"Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).

"Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina," katanya.

Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar peraturan DUN.

Portal bicara.news melaporkan bahawa pada sesi petang, kelibat Dato' Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di dalam Dewan.

"Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan diri dalam dewan," lapor portal berkenaan.

Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun, tambahnya.

Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.

PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.

ULASAN GB

Tetapi Presiden PAS sendiri tak datang untuk mengundi sokong tidak usul Ahmad Said berkenaan, bagaimana kata ahli-ahli PAS bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif? 
 
 

Cadangan agar Pas tukar presiden tepat

Posted: 09 Mar 2016 05:33 AM PST

MSO
 

Cadangan dilontar oleh Husam Musa agar Pas menukar presiden parti itu daripada Abdul Hadi Awang kepada Tuan Ibrahim Tuan Man adalah cadangan yang tepat, rasional dan memenuhi kehendaki semasa. Cadangan itu juga dianggap ikhlas untuk mengembalikan Pas menjadi sebuah parti yang dihormati dan disegani di mata umum seperti lebih sedekad lalu.

Tentu cadangan itu bukan untuk merendah-rendahkan kepimpinan dan kebolehan Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin, tetapi dibuat demi mengekalkan keperkasaan Pas sebagai parti alternatif kepada Umno. Bukan bermakna Abdul Hadi tidak layak, tetapi masa yang diperuntukkan kepadanya untuk memimpin lebih satu dekad sudah mencukupi.

Tuan berundurlah demi perkasakan Pas.
Husam membuat anologi Pas kini bukan lagi seekor singa gagah digerumi seperti dahulu tetapi merupakan seekor kucing yang tidak tahu ke mana hala tuju dan arah politiknya. Anologi itu sesuatu yang sangat buruk kepada Pas sebenarnya, tetapi perlu diterima dengan tasamuh. Justeru cadangan Husam itu perlu dikaji dan jangan melihat ia bersifat politikal.

Senario dan tribulasi politik yang semakin canggih sekarang ini tidak mampu dihadapi oleh Abdul Hadi. Beliau banyak gagal atau pun tidak berdaya membaca peta dan perjalanan politik mengeliwati negara sangat rumit dan berbelit saat ini. Politik hari ini memerlukan pentafsiran dan penyelesaia yang bijak dan konkrit.

Gara-gara sikap atau modul politik yang diamalkan Abdul Hadi itu menyebabkan Pas terkebelakang dari segi orentasi politik berbanding dengan parti oposisi lain seperti DAP, KeADILan maupun AMANAH yang semakin jauh dan galak ke depan.

Misalnya, penolakan Abdul Hadi kepada deklarasi rakyat untuk menjatuhkan Najib Razak, jelas menunjukkan kedangkalan politik Abdul Hadi sebagai presiden. Gerakan itu tidak diambil kesempatan oleh Abdul Hadi bagi meletakkan Pas sebagai wadah kepercayaan rakyat. Sikap demikian adalah songsang dan tidak bijak politik.

Tuan Ibrahim politiknya
lebih jelas.
Apa dikesalkan dalam masa sama masih mahu mempertahankan Najib. Mempertahankan Najib tidak menjadi masalah demi Melayu, tetapi yang menjadi persoalannya Najib masih lagi bertarik tali dengan projek ta'awun Pas. Kelicitan Najib ini seakan tidak terbaca oleh Abdul Hadi dan beliau tersihir dengan sesuatu kebaikan yang diharapkan tetapi ianya nihil.

Sudah banyak jaminan dan layanan istimewa yang Abdul Hadi berikan kepada Najib untuk kestabilan politik PM itu atas nama Melayu dan Islam. Namun tidak satu pun lagi Najib membalas budi baik yang dihulurkan itu. Abdul Hadi ikhlas tetapi tidak di sebelah Najib. Tampak di sini yang menjadi hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong ialah Pas. Apakah Abdul Hadi kira cukup setakat melantik Haron Din sebagai kluster majlis perundangan Islam (MPI)? Rendah sangatlah nilai dan harga diri Pas.

Beberapa tindakan politik yang dilakukan Abdul Hadi tidak membawa kekuatan kepada Pas sebaliknya menjuruskan Pas ke lembah yang hina. Ini merugikan masa depan parti itu dan mengsia-siakan harapan yang diberikan oleh rakyat. Mengisa-siakan peluang yang ada adalah satu "kebundakan" dan dosa sebenarnya. Tuhan pun melarang makhluknya berbuat sia-sia dan tidak mengambil peluang atas apa yang disediakan.

Misalnya sikap tidak konsisten Abdul Hadi dan bertentangan dengan prinsip dan menepati bingkai politik yang disediakan oleh arwah Fadzil Mohd Noor dan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang mengadakan hubungan baik dengan pembankang, tidak diterus dan direalisasikan oleh Abdul Hadi. Bahkan dalam keadaan tertentu beliau seakan membelakangkan bingkai dan persefahaman itu mahu membawa Pas ke zaman jahiliah siasah. Bukankah cara Abdul Hadi itu sebagai tidak bertanggungjawab?

Selain kelemahan dan fenomena itu banyak kelemahan lain yang membelit diri presiden Pas itu yang menyebabkan Pas seperti mana kata Husam, ia bukan seekor singa yang gagah lagi tetapi menjelma menjadi kucing mainan kepada Umno.

Makanya apabila ada cadangan agar Pas menyalin kepimpinan adalah satu idea yang baik yang perlu dipertimbangkang oleh bukan sahaja pemimpin dan ahli, bahkan Abdul Hadi sendiri juga. Beliau kena ikhlas dan menyedari akan kebolehan dan kelemahannya. Kita bercakap soal keikhlasan, soal akhlak, soal wala' tetapi kita sendiri "berjeluah" dengan selut dosa dan noda. Apakah kita hanya menolak munafik kepada orang lain tetapi munafik diri sendiri dikelek?

Berhubung dengan kegagaan dan ketidakupayaan Abdul Hadi meneruskan legasi politik ditinggalkan oleh Fadzil dan Nik Aziz, ia menimbul berbebagai persoalan. Apakah ianya disengajakan atau pun memang Abdul Hadi tidak menyedari yang beliau sudah melarikan Pas jauh mengikut rentak dan nafsu pemain baharu? Pertukaran pemegang jawatan dalam beberapa badan tertinggi Pas, yang beroperasi di Pejabat Agung seperti Pusat Kajian Strategi, Setiausaha Agung, dan sebagainya dilihat telah merosakkan minda politik Abdul Hadi.

Kerana itu ada tuduhan mengatakan bahawa Pas kini sedang diresapi oleh satu elemen yang mahu merosakkan parti itu dan sekaligus reputasi Abdul Hadi sebagai presiden. Elemen ini yang dikuasai entiti yang dibentuk dari luar khabarnya telah membuat perancangan rapi untuk menguasai unit-unit istimewa dalam Pas bagi membolehkan mereka mengembangkan idea dan mempengaruhi presiden mengikut kehendak minda dan menerima modul politik tajaan mereka.

Mereka membuat perancangan rapi dengan berkolaborasi dengan anak-anak muda dalam Pas yang berlatar belakangkan pendidikan agama untuk mengabui mata ahli bagi melindungi maksud dan motif sebenar mereka. Dengan berlindung di sebalik anak-anak muda yang dianggap "Ansorollah" ini maka golongan itu berjaya menyelitkan diri mereka dalam unit-unit khas yang bertindak menjadi penasihat dan mengawal politik presiden.

Anak-anak muda ini pula yang cetek dengan sepak terajang politik mudah terpengaruh dengan puji-pujian merima idea dan kerangka elemen dan mempertahankan sehingga sanggup memfitnah dan memburukkan pihak lain. Mereka pula tidak sedar kewujudan mereka yang sengaja dibentuk agar ianya dilihat kontras. Dalam kata lain elemen itu berjaya mempengaruhi dan mengubah keadaan dalam Pas.

Apakah ini benar dan apakah presiden menyedarinya? Kebenaran ada, kalau dilihat kepada perubahan sikap dan pembawaan politik diamalkan oleh Abdul Hadi yang kini ketara berbeza. Perubahan sikap redikalnya kepada Umno selama ini kepada liberal dalam menerima idealisme Umno Melayu menjelaskan yang beliau sudah pun dapat dinuteraliskan oleh golongan ini.

Berdasarkan hakikat serta perubahan Abdul Hadi itulah mungkin Husam mencadangkan agar Pas diperkasakan dengan menukar presiden yang sudah berjaya dikaramkan oleh golongan berkenaan. Dan orang yang dicadangkan untuk mengganti Abdul Hadi, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sepantasnya. Pertukaran atau cadangan Husam itu tentu sekali untuk menyelamatkan Pas.

Mengapa Tuan Ibrahim? Walaupun Tuan Ibrahim tampak lembut tetapi beliau memiliki waja dan teras politik tersendiri dalam jiwanya. Ini dapat dilihat kepada beberapa kenyataanya yang seakan lari atau tidak sejalur dengan presiden yang tampak lebih manja dengan Umno.

Misalnya sikap berlunak presiden dengan Umno kurang disenangi oleh Tuan Ibrahim dengan menegaskan bahawa Pas tetap bersama oposisi termasuk dengan DAP. Tuan Ibrahim memperakui yang Pas masih memerlukan oposisi termasuk DAP. Ruang dan pandangan politik Tuan Ibrahim lebih konseptual berbanding dengan Hadi.

Begitu juga dalam membuat penilaian kepada pencapaian atau perubahan dalam Pas kini, cadangan agar Pas menubuhkan kerajaan teknokrat bagi menzahirkan sebuah kerajaan yang profesional menunjukkan Tuan Ibrahim masih percayaan kejayaan dan kelangsungan politik Pas seharusnya bergabung dengan profesional. Baginya politik atau negara tidak boleh ditadbirkan dengan ilmu agama sahaja yang cetek dengan aspek profesional lain. Ayat-ayat Quran dan terjemahan Hadith serta kelancaran dan kelunakan membaca salawatan ke atas Nabi dan sahabat dan doa iftitah sebagai muqadimah untuk memulakan syarahan bukan merupakan kunci utama untuk mentadbir dan mengurus negara.

Justeru cadangan dibuat Husam itu molek untuk dipertimbangkan oleh Pas dan Abdul Hadi sendiri. Dan Tuan Ibrahim juga tidak perlu berfikir panjang demi kebaikan dan keutuhan Pas sebagai parti alternatif di masa hadapan jika keadaan berkehendakkan demikian. Masa masih ada untuk Pas mengolahkan dirinya sesuai dengan kehendak rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang. Tunggulah bas tiba jangan menanti selepas bas berlalu.

Polis letupkan bom yang ditemui di KLCC

Posted: 09 Mar 2016 05:31 AM PST

MALAYSIAKINI




Skuad bom polis hari ini meletupkan dua bahan letupan buatan sendiri yang ditemui di Aquaria di KLCC yang menjadi tempat pelancongan popular.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hang Tuah, Fuad Omar memberitahu Malaysiakini bahawa bahan letupan itu berjaya diletupkan oleh robot yang dikendalikan oleh skuad bom polis pada kira-kira 7.45 malam.

"Bom diletakkan dalam balang. Tiada kejadian yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah berkata butiran lanjut akan diberikan kepada media tidak lama lagi.

Fuad berkata seorang pekerja Aquaria KLCC ternampak balang itu pada kira-kira jam 5.30 petang dan meletakkannya berhampiran sebuah tong sampah berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Anggota keselamatan KLCCyang mengesyaki sesuatu yang tidak kena kemudiannya menghubungi pihak polis, yang seterusnya menghantar skuad bom.

Pasukan Bomba dan Penyelamat diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga semasa bahan itu diletupkan.

Fuad berkata bom itu diletupkan di taman di hadapan pusat konvensyen itu, selepas kawasan itu dikepung daripada orang ramai.

Menurutnya, anggota polis masih berada di loaksi untuk menentukan bahan yang digunakan untuk membuat bom itu.

'Nak jadi PM mesti MP, mana dia dapat PHD?'

Posted: 09 Mar 2016 05:29 AM PST

Mahfuz Omar 




Saya terkejut bila membaca kenyataan Datuk Dr Puad Zarkashi, anggota Majlis Tertinggi Umno yang menyatakan Tun Mahathir Mohamad mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM selepas menjatuhkan Najib.

Tidak sewajarnya Puad yang juga merupakan bekas timbalan menteri dan bekas anggota parlimen Batu Pahat serta seorang yang memiliki PHD, bahkan kini diberikan kepercayaan oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), tidak tahu syarat untuk menjadi PM.

Kalau dia pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dan membangangkan dirinya sendiri.

Ini buat kenyataan memalukan orang yang ada PHD.

Kenyataan Puad sudah macam tidak ketahuan hala dan tidak boleh membezakan antara anggota Parlimen dengan anggoa Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Saya ingin memberitahu Puad bahawa Mukhriz seorang ADUN. Untuk menjadi PM seseorang itu mestilah anggota Dewan Rakyat.

Kalau esok sekali pun Tun M berjaya turunkan Najib sebagai PM, Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai PM kerana beliau hanyalah seorang ADUN.

Mukhriz atas sifat sebagai ADUN hanya boleh menjadi MB atau dilantik sebagai anggota Dewan Negara untuk menjadi menteri atau pun timbalan menteri sahaja.

Kecualilah kalau bubar parlimen dan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen. Itu pun kalau menang.
Barulah boleh diangkat menjadi PM. Puad ini sudah mengalahkan kebodohan Awang Liku. Mana dia dapat PHD?

Kepada kawan saya Puad, kalau nak bodek dan mengampu Najib pun bagilah nampak cerdik macam betul-betul orang yang ada PHD.

Jangan sampai pegawai JASA bawahan pun gelak dan jangan sampai Aflin Shauki panggil buat uji bakat cari pelawak baru.


* DATUK MAHFUZ OMAR anggota parlimen Pokok Sena.


Universiti ada hak tamatkan khidmat profesor, jelas Menteri

Posted: 09 Mar 2016 05:24 AM PST

|BERNAMA


Idris JusohIdris Jusoh


Universiti Awam (UA), termasuk Universiti Malaya (UM) mempunyai hak untuk menamatkan kontrak mana-mana profesor yang dilantik bergantung kepada keperluan institusi berkenaan, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
"Pelantikan dan penamatan kontrak profesor adalah hak universiti masing-masing, saya yakin universiti ini mempunyai alasan menamatkan kontrak profesor berkenaan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mengenai isu penamatan perkhidmatan 156 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti-universiti awam, termasuk Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, yang dilaporkan tidak akan dilanjutkan perkhidmatan mereka susulan kekangan bajet.

Idris berkata rasional pengecilan bajet itu adakah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 bagi memastikan universiti-universiti awam tidak terlalu bergantung kepada sumber kewangan kerajaan.

Bagaimanapun menurut Idris, UM dilihat sebagai sebuah universiti yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam merancang dana mereka.

Terdahulu, menjawab soalan Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai status pelaksanaan 'Program Fakulti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)' yang dilaksanakan di universiti-universiti terpilih negara, Idris berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneruskan program itu tahun ini.

Katanya program itu akan dilaksana dengan perluasan kategori penyertaan kepada para CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pegawai tinggi kerajaan.

"Diharapkan kelangsungan program ini akan membantu KPT terus mewujudkan sistem pendidikan tinggi yang semakin cemerlang," katanya.

Beliau berkata program itu menerima respons yang baik daripada warga pendidikan tinggi dunia dalam satu persidangan Asia Pasifik mengenai pendidikan tinggi di Melbourne awal Mac lalu, sekaligus menunjukkan ia mula mendapat perhatian antarabangsa.

Program Fakulti CEO dilancarkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 tahun lalu dengan sasaran untuk melahirkan graduan yang holistik dan seimbang serta membina jalinan hubungan kerjasama antara universiti dan industri.

Program ini melibatkan golongan CEO tempatan berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar di dewan kuliah sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar dengan golongan profesional.

Setakat ini, 24 CEO telah berkongsi pengalaman mereka antaranya CEO Ambank Group, Tan Sri Azman Hashim, CEO CIMB Malaysia Datuk Tengku Zafrul Azizi dan Presiden B.Braun Kawasan Asia Pasifik, Anna Maria Braun.

Kerajaan Perak perlu jelaskan kehilangan wang mangsa banjir - Pemuda Amanah

Posted: 09 Mar 2016 05:21 AM PST

Mohd Fitri AsmuniMohd Fitri Asmuni
Pemuda Amanah Negeri Perak mendesak kerajaan negeri menjelaskan mengenai kehilangan wang bantuan mangsa banjir berjumlah RM40,000 daripada simpanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) pada September 2015 di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang dijadualkan berlangsung April ini.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak Mohd Fitri Asmuni berkata, langkah ini perlu memandangkan kehilangan wang itu membabitkan dana awam yang disumbangkan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, apatah lagi kejadian tersebut juga sudah berlaku lebih daripada lima bulan tanpa sebarang penjelasan.

"Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir yang merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBUDR perlu berani tampil menjelaskan perkara tersebut kepada seluruh ahli dewan mengenai punca dan bagaimana wang tersebut boleh hilang dan mencadangkan agar satu jawatankuasa siasatan dalaman ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan wang tersebut," katanya.

Menurutnya, bagi menjamin siasatan berjalan secara telus, Pemuda Amanah Perak juga mendesak Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Ismail Saffian digantung tugas sehingga siasatan tersebut selesai sepenuhnya.

Kejadian kehilangan wang tersebut, katanya sudah berlaku lebih daripada lima bulan tetapi sehingga kini tiada sebarang penemuan dibuat.

"Oleh kerana ia membabitkan dana awam, maka penjelasan mengenainya kepada ahli dewan adalah amat wajar," ujar beliau.

Kaji sebelum ambil bekas tentera Sri Lanka

Posted: 09 Mar 2016 05:16 AM PST

Sri Sanjeevan
Sri Sanjeevan
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan di saran untuk menjalinkan kerjasama dengan persatuan pesara atau persatuan bekas anggota keselamatan seperti tentera dan polis bagi menawarkan khidmat jawatan sebagai pengawal keselamatan.
Pengerusi NGO anti jenayah (MyWatch), Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan berkata, cadangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang mahukan agar bekas tentera Sri Lanka dijadikan pengawal keselamatan merupakan langkah kurang bijak khususnya ketika pelbagai pihak mahukan pekerja asing di negara ini dikurangkan.
"Bekas tentera Sri Lanka ini bukanlah pihak yang layak dijadikan pengawal keselamatan kerana mereka sebenarnya merupakan 'penjenayah perang'.

"Mereka ini terlibat dalam pembunuhan puluhan ribu manusia tidak berdosa di utara Sri Lanka di dalam perang antara pihak yang menuntut kemerdekaan iaitu Tamil Eelam dan tentera kerajaan Sri Lanka," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Sanjeevan memaklumkan bahawa kerjasama dengan persatuan pesara atau persatuan bekas anggota keselamatan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing.

Tambahnya, anak muda yang tercicir dalam pelajaran juga ramai berminat untuk menjadi pengawal keselamatan sekiranya gaji yang ditawarkan munasabah dengan kos sara hidup kini.

"Bekas anggota keselamatan negara juga sudah biasa dengan aktiviti lasak dan mempunyai kemahiran sebagai seorang anggota keselamatan.

"Sudah tiba masanya kerajaan memberi galakan kepada syarikat keselamatan supaya mengajikan rakyat Malaysia sebagai pengawal keselamatan.

"Usaha ke arah ini akan lebih berjaya sekiranya kerajaan turut berkeras dalam mengenakan hukuman kepada syarikat keselamatan yang menggajikan pekerja asing tanpa izin sebagai pengawal keselamatan," katanya.


SPR akan tubuh sekretariat khas 9 Mac 2016 0 SPR akan tubuh sekretariat khas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Seri Mohamad Hashim Abdullah pada perasmian bangunan Menara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. - Foto Bernama PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menubuhkan sekretariat khas yang memberi penerangan kepada rakyat mengenai proses pilihan raya bagi mengubah persepsi negatif terhadap badan bebas itu. Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata masih ramai pengundi yang tidak memahami sepenuhnya proses pilihan raya sehingga menyebabkan mereka mudah mempercayai fitnah dan tuduhan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap SPR. Bagi tujuan itu, katanya, bekas warga SPR yang berpengalaman serta memahami undang-undang dan peraturan pilihan raya akan dipanggil semula untuk menyertai sekretariat itu untuk memberi latihan dan menjalankan kempen kesedaran. "SPR juga akan mendapatkan kerjasama institut-institut latihan dan kemahiran belia dengan mendapatkan satu slot dalam kursus mereka untuk memberi pendedahan tentang kaedah pilihan raya," katanya selepas majlis perasmian Menara SPR oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di sini hari ini. Bangunan 10 tingkat yang dibina dengan kos RM126.7 juta itu mula digunakan SPR pada 14 Februari lepas. Sejak ditubuhkan pada 1957, SPR telah ditempatkan di lima lokasi sebelum ini iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur; Bangunan Yayasan Selangor, Kuala Lumpur; Bangunan Tong Ah, Kuala Lumpur; Menara Bank Pembangunan, Kuala Lumpur; dan Kompleks C, di sini. Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada April ini, beliau berkata SPR sudah 90 peratus bersedia bagi melaksanakan PRN itu. Katanya, beliau juga telah bertemu dengan semua pihak yang akan terlibat secara langsung dalam PRN itu termasuk parti politik, pihak berkuasa, petugas media serta 21,000 petugas pilihan raya. "Saya memaklumkan kepada parti politik supaya mereka memberi kerjasama kepada SPR dan memaklumkan kepada petugas mereka tentang kaedah perjalanan pilihan raya supaya mereka faham," katanya. Ditanya sama ada beliau sudah dimaklumkan mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, beliau berkata: "Saya pun tidak tahu, apabila dewan bubar dan Speaker maklumkan kepada kami, maka kami akan masuk untuk jalankan pilhan raya." - Bernama

Posted: 09 Mar 2016 04:49 AM PST

SINAR HARIAN
 
 
SPR akan tubuh sekretariat khas
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Seri Mohamad Hashim Abdullah pada perasmian bangunan Menara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menubuhkan sekretariat khas yang memberi penerangan kepada rakyat mengenai proses pilihan raya bagi mengubah persepsi negatif terhadap badan bebas itu.  

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata masih ramai pengundi yang tidak memahami sepenuhnya proses pilihan raya sehingga menyebabkan mereka mudah mempercayai fitnah dan tuduhan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap SPR.  

Bagi tujuan itu, katanya, bekas warga SPR yang berpengalaman serta memahami undang-undang dan peraturan pilihan raya akan dipanggil semula untuk menyertai sekretariat itu untuk memberi latihan dan menjalankan kempen kesedaran.  

"SPR juga akan mendapatkan kerjasama institut-institut latihan dan kemahiran belia dengan mendapatkan satu slot dalam kursus mereka untuk memberi pendedahan tentang kaedah pilihan raya," katanya selepas majlis perasmian Menara SPR oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di sini hari ini.  

Bangunan 10 tingkat yang dibina dengan kos RM126.7 juta itu mula digunakan SPR pada 14 Februari lepas.  

Sejak ditubuhkan pada 1957, SPR telah ditempatkan di lima lokasi sebelum ini iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur; Bangunan Yayasan Selangor, Kuala Lumpur; Bangunan Tong Ah, Kuala Lumpur; Menara Bank Pembangunan, Kuala Lumpur; dan Kompleks C, di sini.  

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada April ini, beliau berkata SPR sudah 90 peratus bersedia bagi melaksanakan PRN itu.  

Katanya, beliau juga telah bertemu dengan semua pihak yang akan terlibat secara langsung dalam PRN itu termasuk parti politik, pihak berkuasa, petugas media serta 21,000 petugas pilihan raya.  

"Saya memaklumkan kepada parti politik supaya mereka memberi kerjasama kepada SPR dan memaklumkan kepada petugas mereka tentang kaedah perjalanan pilihan raya supaya mereka faham," katanya.  

Ditanya sama ada beliau sudah dimaklumkan mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, beliau berkata: "Saya pun tidak tahu, apabila dewan bubar dan Speaker maklumkan kepada kami, maka kami akan masuk untuk jalankan pilhan raya." - Bernama


Adun Balakong ugut buang sampah depan rumah

Posted: 09 Mar 2016 04:41 AM PST

Adun Balakong ugut buang sampah depan rumah
Eddie Ng(dua, kiri) melihat longgokan sampah yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di bahu Jalan Indah 1/6, di sini. Gambar kecil: Keadaan sampah yang dibuang di bahu Jalan Indah 1/6, di sini.
 
 
BALAKONG - "Saya bagi amaran kepada pihak yang buang sampah merata-rata bahawa saya tidak akan teragak-agak membuang kembali sampah dibuang di depan kilang atau rumah mereka jika dapat mengenalpasti siapa orangnya," kata Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee.

Beliau berkata, sudah tidak boleh berkompromi dengan pihak yang membuang sampah secara haram di tepi jalan kerana masalah berlarutan bertahun-tahun lamanya sebelum ini.

Terbaru katanya, Jalan Indah 1/6, berdekatan kawasan perniagaan Cheras Raya, Batu 11 Cheras dikesan menjadi lubuk pembuangan sampah domestik dan sisa buangan perindustrian.

Sebelum ini pihak tidak bertanggungjawab menjadikan kawasan bahu jalan kira-kira 500 meter dari lokasi itu sebagai tempat pembuangan sampah.

Namun selepas pihak industri mengambil inisiatif membersihkan kawasan dan menanam pokok, pihak terbabit mewujudkan lokasi baru pembuangan sampah.

"Sekarang pihak terbabit buang sampah di sini pula, saya minta mereka yang hadapi masalah kerana kontraktor tak angkut sampah dan sebagainya supaya berjumpa dengan ahli majlis atau ketua kampung, jangan buang sampah sesuka hati," katanya.

Katanya, amaran dikeluarkan berikutan pihaknya sudah tidak boleh lagi bertolenrasi dengan pembuang sampah, isu itu perlu diselesaikan kerana mengundang masalah kepada orang awam.

Pesalah katanya boleh dikompaun RM1,000 sekiranya berjaya ditangkap anggota penguatkuasa.

"Kalau saya dapat tahu siapa buang sampah dan peroleh gambar daripada sesiapa mengenai perbuatan itu saya akan minta MPKj  rujuk dengan JPJ alamat pemilik, saya akan bertemu dengannya.

"Saya juga tak teragak-agak bawa dan pulangkan sampah dibuang di depan rumah atau kilang orang yang membuangnya jika saya dapat maklumat,"katanya.

Beliau berkata, ada mendapat gambar mengenai kegiatan pembuangan sampah dipercayai dilakukan pengilang di Kampung Baru Balakong, identiti pengilang itu katanya sedang dikenalpasti.

Menurutnya lagi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melaksanakan tugas  membersihkan sampah haram setiap minggu namun tidak sampai beberapa jam lokasi dipenuhi sampah kembali.

Ahli Majlis MPKj, So Lian Kiong berkata, majlis akan melantik kontraktor baru di beberapa kawasan namun katanya punca masalah  perlu selesaikan terlebih dahulu.

Beliau bercadang memperkenalkan kaedah kitar semula kerana mendapati kebanyakkan sisa dibuang boleh dikitar semula.

"Banyak cara boleh dilaksanakan...sekarang kita sedang pilih cara paling sesuai, harap penduduk dan pengilang dapat beri kerjasama bulan depan," katanya.

Ketua Kampung Batu 11,Lim Chin Yuan turut berharap dengan tindakan dan amaran tegas yang dikeluarkan pihak berkenaan tidak mengulangi perbuatan membuang sampah secara haram di merata tempat.

Beliau turut meminta penduduk yang melihat kegiatan pembuangan sampah dapat mengambil gambar kenderaan dan menghantar kepadanya untuk tindakan lanjut.


Pandikar: Usul undi tak percaya tidak boleh dibuat secara 'serang hendap'

Posted: 09 Mar 2016 04:35 AM PST

MALAYSIAKINI




Sebarang usul undi tidak percaya tidak wajar dibuat secara "serang hendap", sebaliknya harus dimaklumkan melalui notis kepada dewan terlebih dahulu, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Merujuk kepada kes "usul" undi tidak percaya yang dicadangkan terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu semalam, beliau berkata ia tidak sepatutnya berlaku dalam negara demokrasi moden seperti Malaysia.

"Untuk buat undi tidak percaya, tidaklah sesiapa sahaja apatah lagi seseorang yang cukup berpengalaman berdiri dan selepas itu bawa usul.

"Seolah-olah itu adalah serang hendap, tengok kalau ada pihak sebelah sana yang tidak hadir dan anda terus berdiri. Dalam demokrasi tiada tipu menipu," katanya dalam ucapan ketika merasmikan Menara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said, yang juga bekas menteri besar Terengganu, semalam mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif sebelum mengakhiri perbahasannya pada sesi perbahasan atas titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan persidangan DUN ke-13.

Bagaimanapun, speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong menolak "usul" itu.

ADUN Kijal itu mengemukakan alasan bahawa terdapat konspirasi untuk memburukkan nama beliau dalam politik dan sebagai wakil rakyat.- Bernama


Pua: Jawapan RM27 juta SRC ke akaun Najib 'hina' Parlimen

Posted: 09 Mar 2016 04:26 AM PST

MALAYSIAKINI




Keengganan Kementerian Kewangan untuk menjelaskan bagaimana wang RM27 juta dari SRC International berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu penghinaan kepada Parlimen, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini berkata syarikat milik negara itu tidak mempunyai maklumat mengenai wang RM27 juta yang disalurkan kepada akaun bank menteri kewangan dan bahawa ia hanya spekulasi media.

Bagaimanapun, Pua berkata, laporan media mengenai perkara itu adalah berdasarkan carta jejak wang oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendedahkannya pada sidang akhbar untuk membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada bulan Januari lalu.

"Tetapi PM sekarang enggan menjelaskan wang RM27 juta itu atau pun menafikan kewujudannya.

"Memalukan! Ini satu penghinaan kepada Parlimen," kata Pua dalam Facebook.

Pua dalam soalan bertulisnya di Parlimen menyoal mengapa wang RM27 juta itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib.

"SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran wang ke akaun Menteri kewangan dan ia juga adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber beritanya.

"Sehubungan dengan itu, di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan kementerian kewangan.

Pua juga meminta kerajaan menyatakan tujuan SRC International membuat bayaran sebanyak RM170 juta antara 8 Julai sehingga 8 Ogos 2014 kepada Syarikat Putra Perdana Consturction,

Penolong pendaftar tanah saman bekas ketua pengarang berita TV3

Posted: 09 Mar 2016 04:24 AM PST

MALAYSIAKINI




Seorang penolong pentadbir tanah Temerloh memfailkan saman fitnah terhadap bekas ketua pengarang berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad berhubung beberapa kenyataan di laman Facebooknya sekitar Mei tahun lalu.

Mohd Iqbal Zainal Abidin, 30, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 14 Ogos lalu dan kes itu disebut di hadapan hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini Hassan Abdul Ghani hari ini.

Peguam T Gunaseelan dan Ikmal Hisham Idris yang mewakili Mohd Khaidir, 54, selaku defendan, memberitahu bahawa mahkamah menetapkan 28 April depan untuk memberi keputusan terhadap permohonan mereka untuk meminda pernyataan pembelaan.

"Permohonan kami berasaskan keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan saman menteri besar Pahang Datuk Seri Adnan terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd atas alasan penjawat awam tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) bagi menyaman atas alasan fitnah dalam hal berkaitan tugasnya," katanya kepada Bernama selepas prosiding dalam kamar selesai.

Kes itu pada asalnya dijadualkan sebagai perbicaraan selama dua hari bermula hari ini dan pada prosiding itu, peguam Adnan Seman@Abdullah mewakili plaintif.

Berdasarkan writ saman, Mohd Iqbal mendakwa defendan telah mengeluarkan kenyataan beransur fitnah dalam akaun Facebook 'Khaidir Ahmad' antara 21 dan 24 Mei lalu yang mengundang pelbagai komen negatif dan tidak benar daripada defendan dan rakan laman sosialnya.

Plaintif mendakwa semua kenyataan itu membawa maksud beliau seorang pegawai yang korup dan terlibat rasuah, menyalahguna kuasa, berniat jahat terhadap defendan, penipu, tidak berhati perut serta menganiaya bangsa sendiri.

Plaintif mendakwa kenyataan itu ekoran tindakan defendan yang marah kerana beliau menandatangani notis bertarikh 15 Mei 2015 berkaitan isu pendudukan tanah kerajaan tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri kepada defendan.

Notis itu dikeluarkan kerana defendan melanggar undang-undang dengan menaikkan papan tanda 'Projek Ternakan Ikan Sangkar, Nama: Khaidir Bin Ahmad, TOL/LPS PTT/234/2015/11' dan memasang sangkar ikan di kawasan yang telah diluluskan untuk operasi pam pasir kepada Hamzah Mohamed.

Plaintif mendakwa walaupun operasi pam pasir itu dihentikan oleh Pentadbir Tanah dan Daerah sehingga mendapat ulasan pelbagai agensi ekoran bantahan penduduk termasuk defendan, namun Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan permit Hamzah masih sah dan berkuat kuasa kerana telah membuat segala pembayaran, belum tamat tempoh atau ditarik balik.

Sehubungan itu, plaintif mendakwa tindakan beliau menandatangani notis kepada defendan adalah mengikut perutukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Plantif mendakwa defendan turut enggan memohon maaf, memadam dan menarik semula perkataan fitnah itu meskipun beliau telah menghantar surat tuntutan kepada defendan pada 28 Mei lalu.

Plaintif mendakwa tindakan defendan menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk pada reputasinya dan membawa pandangan buruk masyarakat terhadapnya kerana kenyataan fitnah itu mendapat beribu 'like' selain 'tag' kepada rakan Facebook defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi pengajaran, kos tindakan dan faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun bermula tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Plaintif juga memohon mahkamah mengeluarkan injuksi bagi menghalang defendan, pekerja atau ejennya daripada mengeluarkan dan menerbitkan sama ada secara lisan, maya atau bercetak sebarang kenyataan memfitnah atau memburuk-burukkan beliau.

Sementara itu, Mohd Khaidir yang juga pengerusi Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Pahang ditemani kira-kira 20 penyokong dan anggota keluarganya juga mengadakan perarakan secara aman dari Dataran Temerloh ke kompleks mahkamah.- Bernama


PAS tak terlibat tukar MB jika hanya 'perebutan kuasa'

Posted: 09 Mar 2016 04:10 AM PST

Zulaikha Zulkifli  




PAS tidak terlibat dengan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang dibawa pendahulunya Datuk Ahmad Said semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka tidak akan terlibat dalam usaha menukar menteri besar jika ia hanya melibatkan isu perebutan jawatan semata-mata.

"PAS tidak akan terlibat," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika terdapat kewajaran lain, perkara itu akan menelitinya terlebih dahulu.
"Kita tak akan terlibat dan akan lihat isu (sama ada) munasabah (atau tidak)," kata Hadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.

Hadi pernah menjadi menteri besar Terengganu selama sepenggal pada 1999 sebelum menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Idris Jusoh selepas BN merampas kembali negeri itu.

Ahmad Said (gambar) semalam mencetuskan kegemparan selepas membentangkan usul itu yang menurutnya tidak memerlukan notis awal kerana melibatkan perkara bawah perlembagaan negeri.

Speaker bagaimanapun menolak usul itu dan menegaskan kebenaran speaker diperlukan jika notis 14 hari itu dikecualikan.

Menurutnya, undi tidak percaya bukanlah memperkatakan pentadbiran jentera kerajaan negeri atau tanggungjawab menteri besar tetapi mempersoalkan kewujudan pembentukan kerajaan negeri itu sendiri

Justeru, katanya usul undi tidak termasuk dalam ruang lingkup fasal yang mahu digunakan Ahmad Said dalam peraturan dewan.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.


'SPRM dapati tiada rasuah dalam kes RM2.6b Najib'

Posted: 09 Mar 2016 04:00 AM PST

MALAYSIAKINI




PARLIMEN l Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas isu 'derma' RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan bahawa perdana menteri telah melakukan sebarang perbuatan rasuah.

"Kertas siasatan yang dikemukakan kepada Peguam Negara, menunjukkan hasil siasatan SPRM tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri telah melakukan sebarang perbuatan rasuah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis parlimen semalam.

"Berdasarkan kepada Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada sesuatu kes ke mahkamah perlu didakwa di mahkamah atau tidak."

Mengenai satu lagi soalan lain oleh Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) sama ada terdapat konflik kepentingan apabila Apandi yang dilantik oleh perdana menteri untuk mengendalikan kes 'derma' RM2.6 bilion Najib, Azalina menjawab bahawa kes itu disiasat oleh SPRM dan bukannya Peguam Negara.

Deklarasi Rakyat sia-sia, kata Presiden PAS

Posted: 09 Mar 2016 03:58 AM PST

Zulaikha Zulkifli    




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat, tindakan kumpulan yang mengadakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan perdana menteri baru-baru ini sebagai sia-sia.

Menurutnya, untuk menjatuhkan seseorang perdana menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya.

Sehubungan itu, jelasnya, untuk melakukan usul undi tidak percaya dilihat tidak akan berlaku memandangkan ia memerlukan majoriti daripada anggota Parlimen daripada Umno dan BN.

"Kita mahu perubahan secara demokrasi sama ada undi tak percaya atau pilihan raya. Undi tak percaya mestilah undi di parlimen dan di parlimen mesti dari orang-orang Umno sendiri.

"Kalau orang Umno tak ubah kita je nak ubah kerusi nak buat apa.

"Ya sia-sialah. Senang sebut sia-sia. Dan mesti ada kemunasabahan dia," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai 57 individu dari pembangkang dan NGO menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Antara yang menyertai Deklarasi itu adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

PAS tidak sebulat suara

Sementara itu Hadi mengakui ahli-ahli PAS tidak sebulat suara berhubung Deklarasi Rakyat tersebut.

Katanya, terdapat sebahagian ahlinya yang menyokong deklarasi tersebut dan ada yang tidak.

"Deklarasi Rakyat saya dah buat kenyataan awal, ada tempat kita setuju ada yang setuju. Yang setuju (tentang) perubahan dan tak setuju- gopoh.

"Kita tak sebulat suara dalam perkara ini," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan membuat mesyuarat bagi membincangkan Deklarasi Rakyat itu, Hadi berkata:

"Ada perkara kita mesyuarat ada perkara perlu pandangan dari beberapa orang tokoh pimpinan. Bukan semua mesyuarat," katanya lagi.


Tinjauan M'kini: Lebih 70% sokong Deklarasi Rakyat

Posted: 09 Mar 2016 03:54 AM PST

MALAYSIAKINI




Satu tinjauan media sosial yang dilakukan Malaysiakini mendapati terdapat sokongan padu terhadap Deklarasi Rakyat dan peranan dimainkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan itu.

Daripada 5,852 responden di Facebook dan akaun Twitter Malaysiakini (Bahasa Inggeris), 76.2 peratus memihak perisytiharan itu yang bertujuan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya.
 
Bagaimanapun, 11.6 peratus memilih untuk menolak perisytiharan itu dan keputusan pembangkang bekerja dengan Mahathir, 8.8 peratus mengatakan ia tidak akan berjaya, 16 peratus berasa skeptikal dan 7 peratus lagi berkata mereka tidak peduli.

Deklarasi Rakyat untuk 'Menyelamatkan Malaysia' itu ditandatangai Jumaat lalu dan diketuai oleh Mahathir dalam usaha menyingkirkan Najib sebagai PM, serta melaksanakan pembaharuan terhadap institusi negara.

Antara mereka yang menandatangani deklarasi itu ialah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli-ahli parlimen pembangkang Azmin Ali dan Lim Kit Siang, serta pemimpin masyarakat sivil, Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah.


Mukhriz: Najib dedah BN belanja RM1.5b untuk PRU13

Posted: 09 Mar 2016 03:53 AM PST

MALAYSIAKINI


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pertemuan dengan ketua perhubungan Umno mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum ke-13.

Mukhriz berkata beliau diberitahu perkara ini selepas menyoal Najib mengenai wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri yang didakwa sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah.

Oleh itu, Mukhriz mempersoalkan bagaimana Najib boleh mengembalikan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion jika RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pilihan raya.

"Apa yang saya dapati pelik dan ingin tahu tentang RM2.6 bilion yang didakwanya derma (dari) Arab adalah jika beliau membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 maka yang tinggal hanya RM1.1 bilion.

"Macam mana dia boleh kata pulangkan RM2.03 bilion balik kepada Arab? (Bagaimana baki dari RM1.1 bilion boleh jadi RM2 bilion?

"Benda ini budak-budak kecil pun boleh faham. Angka-angka semua ini tidak betul." katanya dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle di Youtube.

Mukhriz, yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata demikian kepada ahli-ahli akar umbi Umno pada satu majlis di Kelantan pada Isnin lalu.

Ibrahim kecewa speaker tolak usul Ahmad Said

Posted: 09 Mar 2016 02:08 AM PST

Anne Muhammad

 


Presiden PERKASA bersetuju dengan usul undi tidak percaya yang dibawa oleh bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said ke atas penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ibrahim yang menyifatkan tindakan Ahmad Said itu mengikuti lunas demokrasi berkata, Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embon tidak seharusnya menolak usul berkenaan.

"Ahmad Said semalam (mahu) guna kuasa undi tidak percaya (ke atas menteri besar) dan dihalang speaker.

"Dia (Ahmad Said) menggunakan hak dia, itu hak demokrasi, tidak salah bagi saya.

"Kalau ada usul (undi) tak percaya (terhadap menteri besar) dalam dewan undangan negeri, pada saya cuma satu - speaker jangan guna kuasa untuk hentikan (tolak usul) undi tak percaya.

"Bagi saya bagus kalau speaker benarkan dan (proses) undi tak percaya dijalankan kerana ia boleh menunjukkan sama ada Ahmad Said masih mempunyai undi (sokongan) dalam dewan ," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur hari ini.

Negara sudah maju

Semalam, Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap penggantinya, Ahmad Razif tetapi ditolak Speaker DUN Terengganu Mohd Zubir Embong.

Ahmad Said membentangkan usul itu mengikut Perkara 14(6) perlembagaan negeri yang membolehkan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar dikemukakan.

Beliau juga memetik Fasal 33(11) peraturan mesyuarat DUN yang menyatakan perkara-perkara di bawah perlembagaan negeri tidak memerlukan notis.

Perkara itu mencetuskan protes di kalangan wakil rakyat pembangkang termasuk ADUN Bandar, Azan Ismail yang mahu pengundian diadakan.

Kita negara demokrasi
Ahmad Said turut menyifatkan keputusan speaker sebagai tidak adil kerana pernah ada duluan (precedent) mengenai usul undi tidak percaya dengan memetik kejadian pada 1961 apabila tiga ADUN pembangkang berpaling tadah kepada BN dan membentangkan undi tidak percaya terhadap kerajaan PAS.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Ibrahim berkata, sekiranya undian itu berlaku dan menghasilkan keputusan tertentu, ia sudah tidak dapat dipertikaikan.

"Undi tidak percaya itu merupakan keputusan yang tak boleh dipertikai, ini yang diamalkan negara maju.
Kita nak masuk negara maju, sudah ada KLCC dan lebuh raya," katanya.

Ibrahim turut memberi contoh, sekiranya beliau dituduh melakukan jenayah rasuah tapi hakikatnya dia tidak melakukan kesalahan berkenaan, tentulah isu itu akan dibawa ke mahkamah untuk diadili.

"Begitu juga dengan undi tidak percaya, kalau kamu dituduh tapi mahkamah tetapkan kamu tidak bersalah, kamu adalah hero.

"Apabila saya sokong usul undi tidak percaya (supaya) dibenarkan, bukan bermakna saya sokong Ahmad Said atau MB (menteri besar).

"Jika ada undian (dijalankan dalam DUN), dan kalau Ahmad Said kalah, ia menunjukkan MB kuat, begitu juga sebaliknya. Jadi biar undi tak percaya yang tentukan (sebab) kita negara demokrasi," katanya.


MB ingatkan Ahmad Said, kita orang politik jangan kecil hati

Posted: 09 Mar 2016 02:04 AM PST

MALAYSIAKINI




"Saya akan lawan! Saya akan lawan dengan berusaha supaya mencipta lebih banyak kejayaan, lebih banyak kebaikan untuk rakyat!.

"Saya akan lawan dengan berusaha keras supaya Terengganu dihormati kawan dan lawan. Saya akan lawan dengan berusaha supaya kita dapat hapuskan sebarang bentuk rasuah dan penyelewangan. Kalau saya mati sekalipun, saya mati melawan."

Demikian ikrar Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung tindakan bekas menteri besar dan juga Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya (Ahmad Razif) semalam tetapi ditolak speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong.

Abdul Razif berkata sejak awal mengambil tugas sebagai Menteri Besar (MB), beliau sentiasa menjadikan tiga bekas MB iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahmad sebagai ikon.

"Saya raikan mereka dalam satu majlis semata-mata bertujuan memperingati dan menunjukkan rasa hormat saya terhadap jasa dan sumbangan mereka, namun malangnya Adun Kijal tidak hadir.

"Saya mahu rakyat tahu bahawa saya menyambung kerja-kerja baik dan asas yang telah mereka letakkan untuk pembangunan Terengganu. Siapalah saya berbanding mereka. Saya hanya cikgu sekolah.

"Saya mengharapkan ketiga-tiga bekas MB ini dapat bersama-sama membantu saya dan kerajaan dalam memajukan negeri. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu adalah dendam," katanya.

Ahmad Razif turut menyatakan bahawa beliau merasa pelik apabila dikatakan membuat konspirasi untuk menafikan sumbangan Ahmad sewaktu beliau menjadi MB.

Katanya, sekiranya terdapat kebaikan yang disebut oleh pihak lain ketika beliau menjadi menteri besar, ia sebenarnya adalah kebaikan yang dimulakan oleh Barisan Naisonal (BN) terdahulu.

"Misalnya, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) telah siap ketika saya menjadi MB namun kerja-kerja awal telahpun bermula ketika zaman Wan Mokhtar lagi. Begitu juga stadium, ITC Kemaman, Sekolah Menengah IMTIAZ dan pelbagai projek yang sebelum ini terbengkalai atau dibiarkan lesu.

"Saya sambung dan selesaikan. Saya tidak menafikan sumbangan sesiapa, malah saya selesaikan apa yang tidak selesai dan tambah nilai apa yang belum selesai.

"Saya sentiasa katakan bahawa kita harus sentiasa memandang ke hadapan. Kita jangan lupa, apabila kita tinggalkan sesuatu jawatan, kita mungkin tinggalkan bukan sahaja legasi baik tetapi mungkin ada legasi tidak baik," katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memuji tindakan Idris yang hadir secara konsisten dalam sidang DUN walaupun telah menyerah tugas, namun ia berbeza dengan keadaan Ahmad, yang mana beliau kerap tidak hadir.

"Yang sudah tu sudahlah. Saya teringat kata-kata yang diucap sendiri oleh Adun Kijal, 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kita orang politik jangan berkecil hati, jangan makan hati, jangan rasa hati dan mesti berhati-hati'.

"Saya akui saya hanyalah seorang cikgu dan cikgu ini sifatnya sentiasa akur dan menerima, jarang sekali membantah. Diseru dan dipanggil...kita datang. Disuruh pergi..kita pulang.

"Tetapi sesiapa sekalipun, sama ada dia seorang cikgu atau bukan, sekiranya asyik diasak dan maruhnya dihina, dia akan melawan. Saya akan lawan!", katanya sebelum mengakhiri ucapan yang mendapat tepukan gemuruh dalam kalangan barisan kerajaan.-Bernama


Tiada isu perlekeh Agong, Kit Siang hanya merujuk amalan Parlimen

Posted: 09 Mar 2016 01:58 AM PST

Lim Lip Eng

Oleh Syazana Hasanudin

KUALA LUMPUR: Titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan sidang Parlimen sememangnya ucapan dasar-dasar kerajaan, malah perkara itu dipelajari semua pelajar undang-undang di universiti, kata Lim Kit Siang.

Sehubungan itu, jelas Ketua Parlimen DAP, kenyataan beliau bahawa titah Seri Paduka ketika merasmikan pembukaan sidang Parlimen keempat penggal ke-13 itu disediakan oleh kerajaan hanya menjelaskan amalan dan prinsip asas Parlimen dan Perlembagaan di negara ini.

Justeru, beliau berkata, tiga individu yang membuat laporan palsu terhadapnya semalam terbukti berniat memburuk-burukkannya dengan mendakwa kononnya beliau cuba memperlekeh Yang di-Pertuan Agong sedangkan beliau (Kit Siang) hanya menyuarakan hakikat dan fakta.

"Titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika pembukaan sidang Parlimen memang ucapan dasar kerajaan. Perkara itu diketahui semua pelajar undang-undang.

"Apa yang amat memeranjatkan ialah, ada Menteri dan ahli parlimen UMNO-BN begitu jahil tentang prinsip asas Perlembagaan dan Parlimen sehingga menyebelahi laporan palsu tiga individu itu," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengulas tindakan tiga individu yang membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan menghasut selepas portal berita Malaysiakini melapor kenyataan beliau bahawa teks ucapan Yang di-Pertuan Agong disediakan oleh kerajaan.

Menurutnya, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, telah pun membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga individu itu kerana memberi maklumat palsu ketika membuat dakwaan.

"Titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merupakan ucapan dasar kerajaan. Oleh sebab itu, pindaan terhadapnya adalah kerap di negara-negara Komanwel lain seperti United Kingdom, Australia atau India.

"Ia juga merupakan sebab mengapa dua hari dari tempoh 10 hari di peringkat penggulungan itu diberi kepada Menteri untuk mempertahankan dasar kerajaan yang terkandung dalam titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

"Memandangkan ucapan itu merupakan ucapan dasar kerajaan, adalah pelik jika Menteri Kabinet memuji diri sendiri selepas mendapat penghormatan dalam ucapan tersebut, seolah-olah mereka tidak tahu bahawa ia sepatutnya membincangkan tentang dasar," katanya. – Roketkini.com 


Apa perkembangan pelantikan Gabenor Bank Negara baharu?

Posted: 09 Mar 2016 01:50 AM PST

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
Jangan biarkan berita-berita seperti cubaan penculikan setahun lepas mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara yang lebih penting!
 
 
 
Tuan-Ibrahim_-negara_600



Dalam perkembangan politik yang panas, tumpuan terhadap perlantikan Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Jangan biarkan berita-berita seperti cubaan penculikan setahun lepas mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara yang lebih penting.

PAS telah menegaskan bahawa BNM adalah satu-satunya institusi yang masih dipercayai rakyat Malaysia, perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Calon yang menggantikan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mestilah dari kalangan mereka yang bebas politik.

Dengan kemelut 1MDB yang masih bergema di seluruh dunia, mereka yang pernah melibatkan diri di dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mana-mana parti politik BN mestilah ditolak sebagai calon gabenor BNM yang baru.

Ini penting untuk menjaga imej dan integriti BNM memandangkan PM Najib sehingga hari ini masih enggan menyaman WSJ.

Untuk mengekalkan keyakinan rakyat dan antarabangsa terhadap BNM, Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru mestilah seorang yang berani dan tegas, adil, berpihak pada kebenaran dan berkemampuan seperti Tan Sri Zeti untuk melakukan perkara yang betul apabila berdepan dengan isu seperti 1MDB dan ekonomi yang mencabar.

PAS memohon agar Tan Sri Zeti diberikan lanjutan kontrak sekiranya laporan audit 1MDB memerlukan beliau mengambil tindakan tertentu. Biar Tan Sri Zeti memenuhi hasratnya untuk melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum bersara.

Peringatan Tan Sri Zeti bahawa BNM perlu kekal sebagai badan bebas daripada sebarang pengaruh politik perlu diambil serius. Kerajaan wajib melupakan kecenderungannya dalam mencabuli kebebasan BNM.

Sehingga kini, PM masih tidak memberikan sebarang petanda bahawa beliau bersetuju dengan Zeti dalam perkara ini.

Rakyat menanti jaminan PM bahawa Bank Negara akan bebas dari campurtangan ahli politik. Jaminan ini sangat penting bagi membina keyakinan pelabur luar dan integriti BNM dapat dipertahankan.

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS

Mana duit 5 sen saya?

Posted: 09 Mar 2016 01:38 AM PST

 
Wujud trend di mana wang berbaki 5 sen digantikan dengan sebiji gula-gula. Apakah saya patut menerimanya sahaja atau bersuara demi hak saya sebagai pengguna? Anda bagaimana?
 
 
 
5-sen


Pagi tadi sebelum ke kerja, dalam perjalanan ke sekolah anak saya, saya berhenti sebentar di kedai serbaneka untuk membeli roti, bekalan sekolah anak. Dua roti ban, air teh bunga dan surat khabar, jumlahnya, RM4.63, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan dibundarkan menjadi RM4.65 sen.

Duit baki yang saya terima daripada juruwang kedai serbaneka itu ialah RM0.30 dan sebiji gula-gula kecil.
Dalam situasi ini, apakah yang sepatutnya saya lakukan?

Pulang sahaja mengambil wang 30 sen dan gula-gula tanpa berkata-kata atau salahkah jika saya tetap menuntut 5 sen yang sepatutnya dipulangkan itu?

Akhir-akhir ini, perkara ini sangat kerap berlaku. Kalau ia berlaku kepada saya seorang, mungkin ia kes terpencil, saya pun tak kisah sangat. Tetapi kebetulan apabila berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan, rupanya trend 5 sen ganti gula-gula, sudah menular dan dirasai segelintir besar rakan-rakan yang saya hubungi.

Ia dikatakan lebih ketara berlaku sejak pelaksanaan GST, mungkin selepas harga barang dibundarkan dengan GST menyebabkan harga berakhir dengan nilai 1, 2, 3 4, 6, 7, 8 dan 9 sen.

Pada kebanyakan masa, itulah harga yang perlu dibayar bukan? RM1.66, RM4.88, RM7.12…

Lebih menjengkelkan apabila juruwang atau pekedai yang bertindak menggantikan 5 sen dengan gula-gula berkelakuan ia seperti ia perkara biasa dan kita pula yang bersalah dan dipandang murah kerana menuntut kembali duit 5 sen itu.

Lima sen pun, tetap duit juga dan sekali hilang 5 sen, 10 kali sudah berapa?

"Saya tanya, kenapa selalu sangat tak pulang baki lima sen, juruwang itu tengking saya pula. Dahlah dia pekerja warga asing, saya minta duit saya, dan saya pula kena marah," kata seorang rakan sekerja yang turut berkongsi pengalamannya di sebuah restoran dekat pejabat kami di Damansara.

Nampaknya, isu ini memang isu konsumer tetapi mungkin kerana nilainya hanya 5 sen, tidak diperbesarkan, atau tidak mahu diperbesarkan.

Namun, saya faham bahawa saya tidak boleh 'jump the gun'. Mendekati jurujual ini, mereka akui berbuat demikian sama ada kerana tiada bekalan 5 sen atau kerana mahu memudahkan urusan.

"Saya takde 5 sen kakak. Stok sudah habis. Kalau kena marah, saya pulangkan 10 sen sahaja," kata seorang pekerja restoran yang menjaga mesin kaunter. Katanya kerana itu mereka dinasihatkan pulangkan sebiji gula-gula oleh majikan.

Bagaimanapun sebagai pengguna, saya tetap mahukan 5 sen saya dan saya harap trend ini tidak terus menjadi-jadi. Kalau hari ini mereka ganti sebiji gula-gula dengan 5 sen, mungkin mereka akan lakukan perkara yang sama dengan 10 atau 20 sen.

Satu lagi, saya juga tidak menyalahkan GST, cuma berharap ada satu kaedah yang lebih efektif supaya kami pengguna, yang dibebani dengan cukai tidak dipaksa pula dengan makan gula-gula menggantikan 5 sen.

Apakah kita sedang bergerak mundur ke belakang mengguna pakai sistem barter dalam urus niaga???

Kelantan kaji sebat penzina dikhalayak

Posted: 09 Mar 2016 01:35 AM PST

 
Hukuman sebat itu adalah bagi menimbulkan rasa gerun terhadap pesalah atas perbuatan zina.


nasrudin


PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan sedang mengkaji langkah untuk melaksanakan hukuman sebat enam rotan bagi kesalahan berzina dikhalayak ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassurdin Daud berkata, hukuman sebat bagi kesalahan syariah itu sebelum ini dijalankan di penjara.

"Dalam al-Quran ada disebut orang mukmin boleh melihat hukuman sebat yang dijalankan bagi menimbulkan rasa gerun. Oleh itu kita akan membuat kajian mengenai cadangan itu," katanya lapor laman portal Harakah Daily.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam, Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang) mencadangkan agar kerajaan negeri menjalankan hukuman sebat enam rotan ke atas kesalahan zina di tempat terbuka.

Perkara itu pernah dilakukan di Mahkamah Tinggi Sabah tahun lepas ke atas seorang lelaki hang disabitkan di atas kesalahan berkenaan dengan disaksikan 40 jemputan khas.

Dalam pada itu, Nassurudin berkata, Kelantan merupakan negeri pertama mewujudkan Jabatan Pendakwaan Syariah di negara ini yang diasingkan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Kit Siang digelar ‘manusia paling bijak di Malaysia’

Posted: 09 Mar 2016 01:33 AM PST

Susulan kenyataannya yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong hanya membaca teks ucapan yang disediakan kerajaan Persekutuan.


kit-siang-pandikar


KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyindir Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan menggelarnya manusia paling bijak di Malaysia kerana mendakwa titah Yang di-Pertuan Agong adalah ucapan yang disediakan Datuk Seri Najib Razak.

"Saya rasa dia manusia paling bijak di Malaysia. Tidak ada bawah peraturan mesyuarat buat kenyataan di luar Dewan Rakyat ambil tindakan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Pandikar Amin bagaimanapun berkata ia terpulang kepada rakyat untuk menilai kenyataan yang dikeluarkan Ketua Parlimen DAP itu.

"Biar orang ramai yang lihat," katanya sambal menambah, tiada tindakan akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Gelang Patah itu kerana kenyataan itu tidak melanggar Peraturan Dewan Rakyat.

"Terpulanglah. Bagi saya, kalau dia sudah begitu dia cuma melanggar etika Parlimen. Mengapa dihujah," katanya.

Kit Siang sebelum ini mendakwa, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hanya membacakan teks ucapan yang disediakan Kerajaan Persekutuan kerana bertitah menyatakan hasrat supaya mengekalkan pentadbiran sedia ada bagi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

"Ucapan Agong disediakan kerajaan," kata Lim yang ketika ini digantung selama 6 bulan dari menghadiri sidang Dewan Rakyat sejak Oktober lalu.

Tuanku Abdul Halim bertitah demikian ketika Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Parlimen ke-13, Isnin lalu.

Dalam titah baginda, Tuanku Abdul Halim menyeru ahli Parlimen berhenti berpolitik atas kepentingan sempit kerana ia melelahkan rakyat dan kerajaan dan ia berlaku sejak sekian lama.

Kampung sebelah Putrajaya, tapi tiada air, elektrik

Posted: 09 Mar 2016 01:30 AM PST

 
Apa gunanya ERL bagi mereka yang hidup tanpa elektrik dan air bersih? Ikuti siri pertama pendedahan kampung Orang Asal yang diabaikan sejak Merdeka.
 
 
 



BANGI: Tak patut! Itulah ungkapan yang keluar daripada mulut apabila berada di kawasan perkampungan di Dengkil yang bersempadanan dengan Putrajaya.

Ini kerana, kawasan berkenaan yang penduduknya terdiri daripada Orang Asal dan sedikit orang Melayu masih lagi belum menikmati kemudahan asas iaitu bekalan elektrik dan air bersih.

Meskipun terletak di negeri paling maju di Malaysia serta jarak dalam radius lima kilometer dari pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, kawasan berkenaan tidak sempurna dan terdapat beberapa kampung masih dalam keadaan daif.

Tinjauan FMT ke Dengkil mendapati sekurang-kurangnya tiga kawasan penempatan – Kampung Orang Asal Bukit Tunggul Blok A, Blok B dan Blok C – tidak mendapat akses elektrik dan air walaupun rumah mereka berdekatan dengan Jalan Kajang-Dengkil.

Manakala penempatan berhampiran, Kampung Orang Asli Bukit Jenuk pula baharu mendapat bekalan air bersih, tetapi tiada bekalan elektrik disalurkan.

Kesemua penempatan itu diduduki Orang Asal yang majoriti daripada suku Temuan, sedikit daripada suku Mah Meri, orang Melayu dan kaum India.

Walaupun kawasan perkampungan terbabit langsung tiada bekalan elektrik atau air, namun landasan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibina melalui kawasan itu.

Kampung Orang Asal Bukit Tunggul yang dibahagikan kepada tiga blok adalah yang paling daif, di mana kemudahan asas hampir tiada termasuk bekalan air bersih selain tiada sistem perparitan sempurna.

Kebanyakan tandas atau bilik air penduduk kampung terbabit terletak di luar rumah dan berdindingkan kain kanvas.

Penduduknya pula hidup dalam serba kekurangan dan bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.

Tinjauan ke kawasan tiada bekalan elektrik atau air sejak negara ini merdeka turut mendapati beberapa menara bangunan Kerajaan Persekutuan di Presint 4, jelas kelihatan daripada kampung Orang Asal itu.

Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan berhubung komuniti Orang Asal yang tinggal bersempadanan dengan Putrajaya, yang mana jelas tercicir daripada arus pembangunan.

Tiada ulasan: