Rabu, 9 Mac 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pecat Muhyiddin, pecat Shafie Afdal adakah Islamik?

Posted: 09 Mar 2016 08:00 AM PST

  Inilah akibatnya bila terlalu banyak makan dedak hingga tersedak jadinya.Bila Deklarasi Rakyat mendesak Najib meletak jawatan, lalu dia kata itu adalah sia-sia dan budaya memecat pemimpin tidak digalakkan dalam Islam!

  Hj Hadi lupa bagaimana dia memecat sekumpulan progressif dalam partinya sendiri melalui kaedah memfitnah dan kaedah
'chai'! Adakah Islam menggalakan cara ini wahai Hj Hadi?

  Tetapi kenapa Tuang Penasihat ini duk diam sahaja dan tidak menasihati Najib bila dia memecat Muhyiddin dan Shafiee Afdal?

  Haji Hadi juga terkancing gigi seribu bahasa bila Gani Patail dipecat dari jawatannya sebagai Peguam Negara. Adakah pemecatan mereka itu islamik maka Hj Hadi terdiam hingga ke saat ini?

     Saya sertakan komen menarik oleh Shahbudin di blognya ini :
Tetapi, ingin juga ditanya kepada Hadi Awang, tidakkah beliau lupa bahawa Najib jugalah yang mengetuai gerakan "memecat" Menteri Besar Perak dari Pas, Nizar Jamaluddin pada tahun 2009 dahulu? 
Jika benar Islam tidak menggalakkan pemecatan pemimpin, bagaimana sekarang beliau boleh berkawan rapat dengan "ketua gerakan pecat-memecat" itu? 
Lebih dari itu, dalam UMNO sendiri Najib juga sudah melakukan banyak pemecatan dan penyingkiran bagi tujuan mengekalkan kuasanya.
Tidakkah Hadi terasa "geli" ketika berbaik-baik, duduk-duduk berdekatan atau semasa ketawa-ketawa bersama Najib?
  Dalam sebuah negara yang demokratik, hak rakyat untuk menyuarakan pandangan adalah dijamin Perlembagaan. Ini termasuk untuk menyatakan sikap terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.

  Meminta seorang perdana menteri berundur kerana pembabitannya dalam skandal kewangan adalah sebahagian daripada hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi.

  Desakan supaya Najib berundur tanpa menunggu pilihan raya bukanlah perkara baharu. Ia pernah berlaku pada era pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan terakhir, Tun Abdullah Badawi yang berundur untuk beri laluan kepada Najib memimpin negara.

  Gebenur Bank Negara Zeti Aziz sudah tidak boleh buka mulut... Hari ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, enggan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanya tentang skandal RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

 Najib telah memperkukuhkan kedudukannya dengan beberapa akta seperti POCA, POTA, SOSMA dan yang terbaru Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara. Ini semua digunakan oleh Najib untuk menutup suara orang ramai meluahkan perasaan dan menghalang segala usaha yang mahu menjatuhkannya dari kekuasaan.

  Najib juga telah melumpuhkan pelbagai agensi kerajaan demi menutup kesalahan yang dilakukannya mengakibatkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin nombor satu negara itu semakin terhakis. PDRM, SPRM, PAC, Kehakiman , Bank Negara , Parlimen semuanya tunduk dibawah telunjuknya dan menjadi pak turut dan tukang angguk semata.
 
  Rakyat sudahpun membaca Deklarasi Rakyat yang berpusat kepada kritikan terhadap cara Najib mengendalikan negara sekarang ini dan sudahpun memahaminya.

 Pendedahan dan penerangan akan terus dilakukan menerusi penganjuran perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia di seluruh negara agar kesedaran dan desakan rakyat akan memuncak hingga rakyat berani melakukan perubahan mengikut jalan perundangan yang ada.

  Langkah terdekat, Pakatan Harapan akan menganjurkan Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016.

Berikut kenyataan seorang pengampu, tuang punahsihat.....

  Budaya memecat pemimpin tidak digalakkan dalam Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, seolahnya membidas gerakan yang mahu menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

 Katanya, apa yang dibenarkan adalah memperbetulkan pemimpin mengikut sistem dalam negara.

 "Ia tidak digalakkan dalam Islam. Walaupun saya tidak bersetuju dengan kerajaan, tetapi kami bersabar," kata ahli Parlimen Marang itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

 Terdahulu pagi ini, Hadi berkata beliau menolak Deklarasi Rakyat yang ditandatangani bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil lain, kerana menganggapnya sia-sia

 Katanya, ia tidak akan membawa sebarang perubahan tanpa sokongan pemimpin Barisan Nasional.

 "Saya sudah jelaskan sebelum ini, terdapat perkara yang kita (PAS dan parti pembangkang lain) bersetuju, dan ada perkara yang kita tidak bersetuju. Baca sepenuhnya  di sini

ISU CADANGAN PEMBINAAN KONDOMINIUM BERSEBELAHAN MASJID SULTAN MUHAMMAD KE II, TELIPOT, KOTA BHARU, KELANTAN.

Posted: 09 Mar 2016 05:00 AM PST

Masjid yg dapat menampung lebih 1,500 jemaah dalam kawasan 
'elit' bandar ini telah terancam oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) 
yg  merancang untuk membina sebuah kondominium 24 tingkat 
di atas lot tanah PT 470 yang mengandungi Tadika Tengku Anis 
dan terletak  betul-betul bersebelahan dengan Masjid ini
  Parti Amanah Negara Negeri Kelantan menyokong penuh cadangan YB ADUN Salor dlm ucapannya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih ke atas Titah Perasmian Tuanku Al Sultan dlm persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yg sedang berlangsung skrg ini supaya Kerajaan Kelantan membatalkan cadangan pembinaan sebuah kondominium di atas sekeping tanah lapang bersebelahan Masjid Sultan Muhammad Ke II, Telipot.

 Selaras dengan kedudukan Masjid tersebut dipinggir bandar Kota Bharu dan berdekatan dgn Istana Telipot yg skrg ini sedang diduduki oleh Sultan Muhammad Ke II, selain pembinaan rumah rumah mewah di Jalan Raja Dewa oleh Syarikat Tijani, adalah wajar masjid tersebut diperbesarkan utk menampung pertambahan ahli jemaah yg semakin meningkat.

 Wpun Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk mengubah syarat asal kegunaan tanah tersebut, ternyata tujuan tanah tersebut telah dikhaskan semenjak turun temurun sbg kegunaan awam. Ianya bukan shj dicatat atas geran tanah tersebut, tetapi telah digunakan sbg Pusat Pengajian Pra Sekolah, iaitu Tadika Sakinah di Zaman Dato Hj Mohd Asri sbg MB Kelantan dan terkini sbg Tadika Tengku Anis.

Pada 29 Mei 2015,Penduduk Kejiranan Raja Dewa mengadakan bantahan secara aman kerana menyedari bangunan itu akan menjadi ancaman kepada masjid tersebut. Bagi mereka tapak tersebut adalah lebih baik digunakan utk pembesaran masjid bagi menampung  jemaah yg semakin bertambah setiap tahun. Pada masa yang sama, mereka bimbang penghuni kondom tersebut dari kalangan bukan Islam kerana harganya yang terlalu mahal dan dijangka bakal melebihi RM600,000.

 Jika projek ini diteruskan, maka anggapan sesetengah pihak yg mengatakan penutupan Tadika Tengku Anis yg telah sekian lama beroperasi di atas tanah tersebut adalah sesuatu yg disengajakan bagi membolehkan pihak2 tertentu membangunkan semula dgn projek komersial ada kebenarannya kerana Tadika ini sblmnya bukan beroperasi di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK). YIK sewajarnya tidak mengambil kesempatan tersebut untuk mengubah syarat asal kegunaan tanah drp bangunan sekolah kpd bangunan komersial.

 Kerajaan Kelantan ada pilihan lain utk membangunkan kondominium di kawasan tersebut jika ianya benar2 merupakan satu keperluan kerana saya difahamkan tanah2 yg berada dihadapan Masjid Sultan Muhammad Ke II spt tapak menara Telekom dan gelanggang badminton di sebelahnya masih berstatus tanah kerajaan.

 Parti Amanah Negara Negeri Kelantan berpandangan, sesuai dgn masjid tersebut yg telah dinamakan dgn nama Masjid Sultan Muhammad Ke II dan lokasinya yg berdekatan dgn pusat bandar Kota Bharu dan Istana Telipot, dinaikkan taraf menjadi Masjid Draja Negeri. Jika ini dilakukan, sudah tentu tanah tersebut adalah tanah yg paling sesuai untuk diserahkan kpd MAIK bagi tujuan pembesaran masjid.

 Pihak MAIK dan orang ramai boleh mencari dana bagi tujuan tersebut, dan YIK tidak akan menanggung apa2 kerugian kerana tanah tersebut akan dibayar dgn nilai semasa sbgmana yg telah disebut oleh Jkuasa Penduduk dlm momerandumnya kpd YAB Menteri Besar Kelantan.

Che Ibrahim Mohamed.
Naib Pengerusi, 
Parti Amanah Negara Negeri Kelantan. 
Bertarikh 9/3/2016.~ sumber

Nasrudin Tantawi dengan kajian putar alamnya ...

Posted: 09 Mar 2016 12:00 AM PST


  Walaupun sudah empat hari Deklarasi Rakyat telah ditandangani tetapi Pas masih mengkaji sama ada Deklarasi Rakyat itu memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara atau sebaliknya kata Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan.

   Menurutnya, PAS mempunyai pendirian yang jelas bahawa perdana menteri mesti ditukar melalui proses demokrasi.

  Ahli Parlimen Temerloh itu juga menegaskan, tindakan Pas membenarkan empat anggotanya menghadiri majlis menandatangani deklarasi itu tidak bermakna Pas menyokong deklarasi.  Baca kenyataan penuhnya di sini

 Hoi! Kamu nak kaji berapa lama lagi Tantawi?? Apa yang jelas kepada kami, Pas mempunyai pendirian klu klek bukan sahaja dalam isu tersebut, malah dalam beberapa isu yang lain.Pas dalam banyak hal, dilihat lebih cenderung membela Najib.

  Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan.

  Deklarasi tersebut telah menyemarakan lagi hala tuju Pakatan Harapan untuk terus maju dengan  penganjuran Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia.

  Setahu saya, Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar hadir dan menandatangani deklarasi itu atas insiatif dan kesedaran mereka sendiri sebagai warga negara yang prihatin dengan masalah rakyat.  Mereka tidak pernah meminta izin dari Pas untuk hadir seperti apa yang kamu dakwa.

  Tidak sebagaiman Datuk Mustafa Ali dan Datuk Khairuddin Aman Razali yang tiba-tiba tercongok di situ meskipun sebelum itu, PAS telah menyatakan mereka tidak akan bersama.  

   Pas membuat kenyataan bahawa kehadiran mereka mendapat izin presiden dan bertujuan untuk mengambil maklumat hanyalah kerana nak tutup kemaluan setelah parti mereka terlalu gelojoh dan gopoh membuat kenyataan.

"Menandatangani deklarasi itu inisiatif mereka dan kami tak nyatakan itu sebagai kesalahan sebab pergi secara peribadi dan majlis tak memberi kemudaratan kepada parti." - Kata-kata Tantawi ini mengingatkan kita kepada Adun Dewa Jadi-jadian yang pergi ke majlis Tahun Baru Cina  secara peribadi dan tidak memberi kemudaratan kerana tanpa niat! Kah!Kah! Kah!

  Dan Tantawi kata, "Membenarkan mereka hadir bukan bermaksud bersetuju dengan deklarasi."

 Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan Presiden Pas yang menganggap Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu boleh diterima?


 Dan kalau benar tidak bersetuju, kenapa Mustafa Ali susahkan diri menandatangani deklarasi tersebut?

 Kenapa Mustafa  tidak bertindak sebijak Mohd Khairuddin yang memberi alasan terbaiknya, "ana (saya) hanya hadir tetapi tidak sign declaration kerana mandat dari Presiden hanya untuk hadir mendengar dan menemani Cikgu Pa…"

  Lalu kamu pun beri alasan, Mustafa menandatanganinya itu adalah atas kapasiti peribadi.... Tapi, kalau Hj hadi yang sain atau buat keputusan atas keputusan peribadi, korang boleh terima pula bahawa itu adalah keputusan Pas!!

   At-tantawi, teruskanlah dengan kajian putar alam politik matang kamu itu ! Permisi, kami maju dulu...

Cubaan memfitnah Salahuddin Ayub Kantoi

Posted: 08 Mar 2016 08:00 PM PST

  Apalah punya akhlak seorang manusia yang bernama Ahmad Jaafar ni? Dia cuba menyalahkan Salahuddin Ayub pula apabila Pas kalah dalam tuntutan petisyennya.

   Adakah hanya kerana Salahuddin itu Timbalan Presiden Amanah?

 Ahmad Jaafar dalam status fesbuknya (lihat di sebelah) dia  menulis :
Beramanahlah wahai parti amanah. Jgn jadikan amanah itu sekadar 'menaruh harapan' Huhuhuhu
  Adakah dia lupa bahawa Pas Perak telah mengeluarkan setengah juta ringgit untuk membayar kos petisyen 6 kawasan pilihanraya yang gagal dibicarakan?

  Adakah calon-calon yang terlibat atau Pas negeri Perak yang kena bayar kos petisyen tersebut? Ahmad Jaafar carilah sendiri jawapannya itu ; biar ceghedik sedikit!

  Kedua yang patut dia sedari bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mat Sabu yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden Pas dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 itu  kerana kesalahan memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah pada Februari 2013. Bukan Mat seorang yang dikenakan saman itu tau!

  Tetapi Pas lah yang nampak bangsat sangat dan tidak bermaruah bila orang-orang Pas sendiri nampak meriah meraikannya tanpa ada keinsafan untuk sama membantu hanya kerana Mat Sabu adalah Presiden Amanah tetapi nama Mustafa Ali langsung tidak menonjol kerana dia orang Pas??! 

 Ketiganya, nak bagi tahu Ahmad Jaafar, Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan menolak petisyen Dun Nusajaya itu  selepas mendapati pempetisyen gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan apabila mengemukakan petisyen menerusi ejen calon, bukan peguam atau calon itu sendiri selain tidak mempunyai fakta atau butiran mencukupi bagi menyokong petisyen berkenaan. Rujuk di sini

  Oleh itu janganlah memfitnah kononnya Salahuddin telah menzalimi Khairildin Jantan si Nelayan tersebut. Tindakan mengemukakan petisyen itu diputuskan oleh Pas Johor. Maka Pas Johorlah yang perlu menanggungnya. Baca  laporan berikut :
  PAS Johor dan Terengganu telah memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung 5 Mei lalu.
 Pas Johor memfailkan empat petisyen bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gambir, Mahkota dan Nusajaya serta Parlimen Pulai. Petisyen itu difailkan peguam, Mohd Fikah Sanusi dan Mohd Zulkhairi Ab Aziz di mahkamah sivil di Menara Cyberport di sini pagi Isnin.
 Petisyen itu dibuat hasil kajian PAS mengenai masalah rasuah yang berlaku semasa PRU-13.
 Petisyen tersebut menamakan calon-calon Barisan Nasional yang menang dan Pegawai-pegawai Pengurus Pilihan Raya di Parlimen dan tiga DUN berkenaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.
 "Dokumen yang lengkap sudah diterima pihak pendaftar mahkamah dan kini kita hanya perlu menunggu untuk mendapatkan tarikh pengurusan kes sebelum mendapatkan tarikh bicara," kata Mohd Fikah ketika ditemui.
 Turut hadir Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Setiausaha PAS Johor Onn Jaafar, Anggota Dewan Undangan Negeri Mengkibol Tan Hong Ping, dan Yang Dipertua PAS Kluang Khairul Faizi Ahmad Kamil.
 Pada pilihan raya tersebut, kerusi Parlimen Pulai dimenangi Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti 3,226 undi menewaskan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
 M Asojan memenangi kerusi DUN Gambir dengan majoriti 310 undi menewaskan Mahfodz serta dua calon bebas Mohd Zan Abu dan Yunus Mustakim.
 Md Jais Sarday pula memenangi kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 1,108 undi menewaskan Khairul Faizi; manakala Dr Zaini Abu Bakar memenangi kerusi DUN Nusajaya menewaskan Salahuddin dengan majoriti 2,201 undi. ~ sumber
  Insaflah kamu wahai Ahmad Jaafar. Jangan kamu menzalimi diri kamu sendiri. Kalau benar kamu memperjuangkan Islam, maka kamu sepatutnya tunjukanlah peribadi Islam yang berakhlak mulia.

Harapan kepada Deklarasi Rakyat

Posted: 08 Mar 2016 05:00 PM PST

Oleh A Shukur Harun


  Politik memang sesuatu yang sukar diramal, gerakan politik yang dinamik dan penuh dengan andaian.

 Oleh itu, gerakan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad dan berikutnya, majlis perisytiharan dan menandatangani Deklarasi Rakyat di Kuala Lumpur minggu lalu adalah gerakan politik yang sukar diramal, tetapi boleh digantungkan harapan.

 Deklarasi Rakyat itu ditandatangani kira-kira 74 pelbagai tokoh – daripada bekas timbalan perdana menteri, bekas menteri besar, bekas menteri, membawalah kepada tokoh NGO dan aktivis politik.

 Namanya ialah Deklarasi Rakyat, sangat simbolis kedengarannya, mengundang simpati dan dokongan rakyat yang selama ini sangat mengharapkan perubahan.

 Selama bertahun-tahun, kehidupan rakyat semakin sukar, dengam hambatan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), harga barang yang melambung naik, hampir setiap hari, nilai ringgit yang terus susut, rasuah dan pembaziran semakin meluas.

 Penoreh getah semakin merasakan kesulitan hidup yang bukan kepalang, begitu juga pekebun kecil, nelayan pantai, buruh bandar dan luar bandar. Pendeknya majoriti rakyat menghadapi kesukaran yang amat sangat untuk meneruskan kehidupan, baik di bandar mahupun di luar bandar.

 Sebab itu perisytiharan Deklarasi Rakyat seperti "bunyi keramat" yang diharapkan boleh membaik pulih kehiduoan rakyat.

 Ini, saya kira, yang paling utama diberi fokas oleh semua pihak, terutama para tokoh yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu.

 Tujuan hendak menggantikan Datuk Seri Najib Razak memang menjadi fokal point gerakan yang dipimpin Dr Mahathir dan angkatannya.

 Tetapi gerakan baru ini, terutama dengan majoriti tokoh yang hadir dan menandatangani Deklarasi Rakyat itu, bukan sekadar hendak menggantikan Najib, tetapi juga kerajaan Umno/Barisan Nasional. Inilah yang dimaksudkan perubahan.

 Oleh itu, apa yang akan berlaku selepas ini, sukar diramalkan, justeru memikirkan Najib juga dijangka akan mengambil langkah perlu untuk mempertahankan kedudukannya.

 Dengan demikian, pergolakan ini mungkin saja memakan masa lama dan berliku-liku. Oleh yang demikian rakkyat dikhuatiri akan berada lama dalam kehidupan seperti sekarang ini juga.

 Yang menghadiri dan memandatangani Deklarasi Rakyat itu, seperti yang dinyatakan, antaranya, adalah para tokoh politik negara daripada pelbagai parti, sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Ini sekali gus memberi isyarat mengenai desakan memuncak rakyat supaya dilakukan perubahan.

Mustafa Ali adalah antara yg menandatangagani Deklarasi Rakyat tersebut walaupun 
Setiausaha  Pas mendakwa hala tuju deklarasi itu tidak jelas dan Ketua Penerangannya, 
Nasruddin Hassan berkata, membenarkan mereka hadir bukan bermaksud bersetuju 
dengan deklarasi tersebut (di sini)
   Antara tokoh utama yang hadir ialah Dr Mahathir, bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, presiden Amanah Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub, timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, naib presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua, penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. 

 Turut kelihatan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid, serta aktivis sosial Datuk Ambiga Sreenevasan dan tokoh penulis Datuk Abdul Kadir Jasin. 

 Dr Mahathir membacakan Deklarasi Rakyat yang antara lain menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan reformasi dilakukan dalam pentadbiran negara. Deklarasi Rakyat itu ditandatangani individu dengan 5 kumpulan.

 Beberapa tokoh Parti Amanah Negara ikut hadir di majlis tersebut, dengan hujah bahawa Amanah bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa namun. Pada waktu yang sama Amanah mendesak agar reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik.

 Amanah, menurut kenyataan presidennya, Mohamad Sabu, dengan slogan Harapan Baru bersedia melihat kepentingan gerakan "Selamatkan Malaysia" bagi membantu cita-cita perubahan dan reformasi yang digerakkan selama ini oleh Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan serta masyarakat madani.

 Oleh itu, Amanah, katanya, akan bersama mana-mana gerakan rentas kepartian atas prinsip warganegara yang prihatin terhadap masa depan negara.

 Ada 18 perkara yang disebut dalam Deklarasi Rakyat itu, yang berpusat kepada kritikan terhadap cara Najib mengendalikan negara sekarang ini.

 Deklarasi Rakyat yang dibacakan oleh Dr Mahathir itu, antara lain, menyuarakan bahawa warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

 Kebanyakan rakyat sudahpun membaca Deklarasi Rakyat 18 perkara itu dan sudahpun memahaminya. Tinggal lagi rakyat mahukan tindakan dan langkah selanjutnya, apa yang akan berlaku selepas ini.

 Saya kira, rakyat mahukan perubahan terhadap negara. Kemelut yang melengkari kehidupan rakyat selama ini mestilah diakhiri segera.

 Lakonan pemimpin politik yang berlarutan selama ini perlulah dihentikan segera. Rakyat tercungap-cungap untuk menyambung kehidupan dengan harga barang yang melambung, nilai mata wang yang terus menurun, kos kehidupan yang terus naik disemua segi.

 Oleh itu apa yang diharapkan oleh rakyat dengan Deklarasi Rakyat 18 perkara itu akan menjadi "turning point" kepada perubahan kehidupan mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.

 Rakyat berharap Deklarasi Rakyat itu tidak tinggal deklarasi saja, sedangkan pemimpin politik terus bercakaran tanpa kesudahan. Sedangkan matlamat pertemuan Jumaat lalu itu ialah hendak membuat perubahan kepada situasi negara ini.

 Apalah ertinya kepada rakyat jika mereka hanya menyaksikan perbalahan demi perbalahan antara yang berkuasa dengan yang menuntut perubahan.

 Dikhuatiri perbalahan itu tidak juga berkesudahan sedangkan rakyat terus menderita. Inilah yang amat dikhuatiri oleh rakyat.

 Pemimpin politik mesti melihat ini dengan pandangan jauh, justeru rakyatlah yang semestinya menjadi fokas utama.

 Maka itu rakyat sedang menanti apa yang akan berlaku sesudah perisytiharan Deklarasi Rakyat ini yang dilihat sangat penting dalam usaha untuk membuat perubahan kepada Negara.  ~ SUMBER

Tiada ulasan: